naskhah sahih—bahasa malaysia · tahun yang sama kepada jawatankuasa bar kuala lumpur. (6) aset...

25
Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. Pindaan seksyen 3 Akta 166 D.R. 39/91 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang- Undang 1976. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 1991. (2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh- tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. 2. (1) Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda dengan memotong takrif "Fakulti", "Jawatankuasa Penyiasatan" dan "Jawatankuasa Tatatertib". (2) Apa-apa sebutan mengenai takrif "Jawatankuasa Tatatertib" atau "Jawatankuasa Penyiasatan" di mana- mana jua ia terdapat dalam Akta ibu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai istilah "Lembaga Tatatertib".

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

Tajuk ringkasdan mulaberkuatkuasa.

Pindaanseksyen 3Akta 166

D.R. 39/91

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta ProfesionUndang-Undang (Pindaan) 1991.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikhyang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuandalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanyaperuntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

2. (1) Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976,yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipindadengan memotong takrif "Fakulti", "JawatankuasaPenyiasatan" dan "Jawatankuasa Tatatertib".

(2) Apa-apa sebutan mengenai takrif "JawatankuasaTatatertib" atau "Jawatankuasa Penyiasatan" di mana-mana jua ia terdapat dalam Akta ibu hendaklah disifatkansebagai sebutan mengenai istilah "Lembaga Tatatertib".

Page 2: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

2 RANG UNDANG-UNDANG

3. Subseksyen (3) seksyen 15 Akta ibu adalah dipinda—Pindaanseksyen 15.

(a) dengan memotong perkataan "dan" di akhirperenggan (d);

(b) dengan menggantikan noktah di akhir perenggan(e) dengan koma bertitik; dan

(c) dengan memasukkan, selepas sahaja perenggan(e), perenggan baru (f) dan (g) yang berikut:

"(f) salinan-salinan benar bagi apa-apaketerangan dokumen yang menunjukkanbahawa ia adalah sama ada seorangwarganegara Persekutuan atau seorangpemastautin tetap Malaysia; dan

(g) salinan-salinan benar bagi apa-apaketerangan dokumen bahawa dia telahlulus atau dikecualikan daripadaPeperiksaan Kelayakan BahasaMalaysia.".

4. Seksyen 67 Akta ibu adalah dipinda denganmenggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen (2)baru yang berikut:

Pindaanseksyen 67.

"(2) Mana-mana mesyuarat agung, sama adadipanggil atas permintaan ahli-ahli menurut seksyen65 (2) atau dipanggil menurut seksyen 65 (4),hendaklah dibubarkan jika tidak ada kuorum dalammasa setengah jam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat.".

5. Seksyen 68 Akta ibu adalah dipinda denganmemasukkan, selepas sahaja subseksyen (3), subseksyenbaru (4), (5) dan (6) yang berikut:

Pindaanseksyen 68.

"(4) Ahli-ahli yang menjalankan amalan diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklahberhak menubuhkan bar yang berasingan bagiWilayah Persekutuan Kuala Lumpur bernama BarKuala Lumpur. Keputusan untuk mengadakan baryang berasingan hendaklah dibuat melalui undimajoriti ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat agungyang dipanggil bagi maksud itu.

Page 3: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 3

(5) Pada masa penubuhan Bar Kuala Lumpurmana-mana ahli yang telah membayar yurant ahunan bagi t ahun ka lendar iiu kepadaJawatankuasa Bar Neger i Selangor t idaklahdikehendaki membayar satu lagi yuran tahunan bagitahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar KualaLumpur.

(6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazimd ikena l i sebagai Bar Selangor dan WilayahPersekutuan, hendaklah, apabila tertubuhnya BarKuala Lumpur, dibahagikan di antara Bar NegeriSelangor dengan Bar Kuala Lumpur menurut kadarkeah l ian mas ing-mas ing dalam keahlian Bargabungan terdahulu.".

6. Seksyen 70 Akta ibu adalah dipinda— Pindaanseksyen 70.

(a) dengan memasukkan, selepas sahaja sub-seksyen (1), subseksyen baru ( 1 A ) yang berikut:

"(1A) Jawatankuasa Bar Negeri hendaklahmenyebabkan disediakan dan dibentangkandi mesyuarat agung tahunan—

(a) suatu laporan tentang aktiviti-aktivitiBar Negeri dalam tempoh jawatannya;dan

(b) akaun yang sempurna, yang telahdiaudit sewajarnya, bagi segala wang,harta dan aset Bar Negeri bagi duabelas bulan yang berakhir pada 31haribulan Disember sebelum sahajamesyuarat agung itu.".

(b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengansubseksyen (2) baru yang berikut:

"(2) Dalam tiap-tiap mesyuarat agungtahunan, Pengerusi Jawatankuasa Bar Negerihendaklah mernpengerusikan mesyuarat dansekiranya dia lidak hadir, ahli yang palingkanan yang sanggup hendaklah mempenge-rusikannya, dan kuorum ialah satu pertigadaripada jumlah bilangan ahli Bar Negeri itu.

Page 4: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

4 RANG UNDANG-UNDANG

Jika tidak ada kuorum dalam masa setengahjam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat itu, maka mesyuaratitu hendaklah ditangguhkan ke hari yangsama dalam minggu yang berikutnya padamasa dan di tempat yang sama melainkanjika ahli-ahli diberitahu selainnya olehJawatankuasa Bar Negeri.".

7. Seksyen 70A Akta ibu adalah dipinda denganmenggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen (6)baru yang berikut:

Pindaanseksyen 70A.

"(6) Mana-mana mesyuarat agung yang dipanggildi bawah subseksyen (3) atau (5) hendaklahdibubarkan jika tidak ada kuorum dalam masasetengah jam dari masa yang ditetapkan untukmengadakan mesyuarat.".

8. Seksyen 71 Akta ibu adalah dipinda denganmemasukkan, selepas sahaja subseksyen (5), subseksyenbaru (6) yang berikut:

Pindaanseksyen 71.

"(6) Jika pemisahan berlaku menurut per-untukan-peruntukan seksyen ini, aset Bar gabunganterdahulu hendaklah dibahagikan sebagaimanadiperuntukkan dalam subseksyen (6) seksyen 68mutatis mutandis".

9. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepassahaja seksyen 78, seksyen baru 78A seperti berikut:

Seksyenbaru 78A.

78A. (1) Majlis Peguam boleh, dengankelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan pengambilanindemniti profesional bagi peguambela-peguambela dan peguamcara-peguamcaraterhadap apa-apa kelas liabiliti profesional dankaedah-kaedah itu boleh bagi maksudmengadakan indemniti itu melakukan semuaatau mana-mana yang berikut:

"Kuasauntukmembuatkaedah-kaedahmengenaiindent i t iprofesional.

(a) memberikuasa Majlis Peguam untukmengambil dan menyenggara insurans

Page 5: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 5

atas nama Bar Malaysia dengan mana-mana orang yang dibenarkan olehundang-undang untuk menjalankanperniagaan insurans liabiliti profesionalatau perniagaan insurans kerugian wangdan meliputi tiap-tiap peguambela danpeguamcara yang menjalankan amalan;

(b) memberikuasa Majlis Peguam untukmenubuhkan dan menyenggara suatukumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang bagi maksud yangdisebut terdahulu; atau

(c) menghendaki peguambela-peguambeladan peguamcara-peguamcara meng-ambil dan menyenggara insurans.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen(1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawahseksyen ini boleh—

(a) menentukan terma-terma dan syarat-syarat yang berdasarkannya indemnitiprofesional akan boleh didapati;

(b) mengadakan peruntukan bagi pengu-rusan, pentadbiran dan perlindunganmana-mana kumpulan wang yangditubuhkan di bawah subseksyen (1) danmenghendaki peguambela-peguambeladan peguamcara-peguamcara membuatpembayaran kepada mana-manakumpulan wang sedemikian;

(c) menghendaki peguambela-peguambeladan peguamcara-peguamcara membuatpembayaran melalui cara premium atasapa-apa polisi yang diambil di bawahsubseksyen (1) dan mengadakan per-untukan bagi prosiding-prosiding olehBar Malaysia atau penanggung-penanggung insuransnya terhadapmana-mana peguarabela dan peguam-cara yang gagal berbuat demikian untuk

Page 6: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

6 RANG UNDANG-UNDANG

mendapatkan premium-premium yangberkenaan;

(d) menetapkan syarat-syarat yang mestidipenuhi oleh sesuatu polisi insuransbagi maksud subseksyen (1) (c);

(e) memberikuasa Majlis Peguam untukmenentukan amaun apa-apa pembayaranyang dikehendaki oleh kaedah-kaedahitu;

(f) menentukan hal-keadaan dalam manaj ika seseorang peguambela danpeguamcara telah gagal untuk mematuhikaedah-kaedah itu, prosiding-prosidingberkenaan dengan apa-apa jumlah wangyang dibayar melalui indemniti bolehdiambil terhadapnya oleh Bar Malaysiaatau penanggung-penanggung insurans-nya;

(g) menetapkan bahawa seseorang peguam-bela dan peguamcara tidaklah berhakmendapat Sijil Tahunan melainkan jikadia telah mengambil insuranssebagaimana yang dikehendaki olehkaedah-kaedah itu bagi tempoh yangberhubungan dengan Sijil Tahunan itu;

(h) memberikan kuasa kepada MajlisPeguam un tuk mengambil apa-apalangkah sebagaimana yang difikirkan-nya perlu atau suaimanfaat untukmenentukan dan memastikan bahawakaedah-kaedah itu dipatuhi; dan

(i) mengandungi apa-apa peruntukan yangbersifat prosedur, yang bersampinganatau yang lainnya sebagaimana yangdifikirkan perlu atau suaimanfaat bagimaksud-maksud kaedah-kaedah itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen iniboleh menyentuh hak mana-mana peguambeladan peguamcara, sebagai tambahan kepada

Page 7: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 7

indentiti yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, untukmenginsuranskan dirinya selanjutnya terhadapapa-apa kerugian yang berbangkit akibatdaripada apa-apa tuntutan yang mungkindimulakan terhadapnya.

(4) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawahseksyen ini tidak boleh berkuatkuasa sehinggaia telah disiarkan dalam Warta.",

10. Seksyen 88A Akta ibu adalah dipinda—(a) dengan memasukkan, selepas sahaja perkataan-

perkataan "Majlis Peguam fikirkan bahawaadalah" dalam subseksyen (1), perkataan-perkataan "bagi kepentingan awam atau"; dan

(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan"Jawatankuasa Penyiasatan" dalam subseksyen(7) dengan perkataan-perkataan "LembagaTatatertib".

Pindaanseksyen 88A.

11. Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikanseksyen 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99, 100, 101, 102 dan 103dengan seksyen 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99, 100, 101, 102,103, 103A, 103B, 103c, 103D, 103E, 103F dan 103G baruyang berikut:

Pindaanseksyen 93hingga 103.

93. (1) Bagi maksud-maksud prosidingtatatertib di bawah Bahagian ini, makahendaklah ditubuhkan suatu LembagaTatatertib.

(2) Lembaga Tatatertib hendaklah mem-punyai kuasa-kuasa yang sama sebagaimanayang dijalankan oleh Majlis Peguam sebelumBahagian ini mula berkuatkuasa.

"LembagaTatatertib.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah terdiridaripada yang berikut:

(a) pengerusi Lembaga Tatatertib yangdilantik oleh Hakim Besar dan orang ituhendaklah seorang Hakim MahkamahTinggi atau Mahkamah Agung, seorang

Page 8: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

8 RANG UNDANG-UNDANG

Hakim Mahkamah Tinggi atauMahkamah Agung yang telah bersaraatau mana-mana orang lain yang layakmenjadi seorang Hakim MahkamahTinggi atau Mahkamah Agung:

Dengan syarat bahawa dalam halapabila seorang Hakim MahkamahAgung hendak dilantik sebagaipengerusi, perlantikan itu hendaklahdibuat oleh Hakim Besar selepasberunding dengan Ketua Hakim Negara;

(b) Yang Dipertua Majlis Peguam denganNaib Yang Dipertua sebagai silih-gantinya; dan

(c) lima belas orang ahli pengamal yangsudah menjadi peguambela danpeguamcara tidak kurang daripada limabelas tahun yang dilantik oleh HakimBesar selama tempoh dua tahun:

Dengan syarat bahawa Hakim Besarboleh melanjutkan tempoh jawatanmereka selama tempoh yang tidakmelebihi dua tahun lagi atau melantikmereka semula.

(4) Kuorum Lembaga Tatatertib ialah tujuhorang ahli dan daripadanya seorang ahlihendaklah daripada perenggan (a), seorang ahlidaripada perenggan (b) dan lima orang ahlidaripada perenggan (c) subseksyen (3).

(5) Setiausaha Lembaga Tatatertib hendak-lah menjadi seorang pekerja sepenuh masaMajlis Peguam yang dilantik di bawah seksyen98 dan orang itu hendaklah seorang peguambeladan peguamcara yang sudah menjadi peguam-bela dan peguamcara tidak kurang daripadalima tahun.

(6) Lembaga Tatatertib boleh membuatkaedah-kaedah berhubungan dengan kuorum-nya dan untuk mengawal prosedurnya.

Page 9: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 9

94. (1) Semua peguambela dan peguamcaraadalah tertakluk bagi maksud-maksud semuatindakan tatatertib kepada pengawalanLembaga Tatatertib,

KuasaLembagaTatatertibuntukmemotongdaripadaDaftarai,meng-gantungkeranasalah laku,dsb.

(2) Mana-mana peguambela dan peguam-cara yang melakukan salah laku boleh dipotongdaripada Daftarai atau digantung daripadamenjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yangtidak melebihi lima tahun.

(3) Bagi maksud-maksud Bahagian ini,"salah laku" ertinya kelakuan atau ketinggalanuntuk bertindak di Malaysia atau di tempat lainoleh seseorang peguambela dan peguamcaraatas sifat profesionalnya atau selainnya yangdikira sebagai perbuatan tidak patut yang seriusdan termasuk—

(a) sabitan atas kesalahan jenayah yangmenjadikan dia tidak layak menjadi ahliprofesionnya;

(b) pelanggaran kewajipan kepada mah-kamah termasuk apa-apa kegagalannyamematuhi sesuatu akujanji yang diberi-kan kepada mahkamah;

(c) kelakuan curang atau fraud dalammenunaikan kewajipan-kewajipannya;

(d) pelanggaran apa-apa kaedah amalan danetika profesion yang dibuat oleh MajlisPeguam di bawah Akta ini atauselainnya;

(e) dihukum menjadi bankrap dan didapatibersalah atas mana-mana perbuatan atauketinggalan yang tersebut dalamperenggan (a), (b), (c), (d)t (e), (/), (h),(k) atau (l) seksyen 33 (6) AktaKebankrapan 1967;

(f) menawarkan atau memberi apa-apasuapan kepada mana-mana orang yangtelah mendapatkan pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan bagi dirinya

Akra 360

Page 10: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

10 RANG UNDANG-UNDANG

sendiri atau bagi mana-mana peguam-bela dan peguamcara lain;

(g) secara langsung atau tidak langsungmendapatkan atau cuba mendapatkanpekerjaan bagi dirinya sendiri ataumana-mana peguambela dan peguam-cara lain melalui atau atas arahandaripada mana-mana orang yangkepadanya apa-apa saraan keranamendapatkan pekerjaan itu telahdiberikan olehnya atau dipersetujui ataudijanjikan akan diberikan;

(h) menerima pekerjaan dalam apa-apaurusan perundangan melalui penariklangganan;

(i) membenarkan mana-mana orang yangtidak diberi kebenaran menjalankanurusan perundangan atas namanya tanpakawalan langsung dan rapat olehnyaselaku ketua atau tanpa penyeliaan yangsepatutnya;

(j) menjalankan sendiri, secara langsungatau tidak langsung, apa-apa profesion,tred, perniagaan atau urusan yang tidakbersesuaian dengan profesion undang-undang atau diambil bekerja untukganjaran atau selainnya dalam apa-apaprofesion, tred, perniagaan atau urusanitu;

(k) pelanggaran mana-mana peruntukanAkta ini atau mana-mana kaedah yangdibuat di bawahnya atau apa-apa arahanatau keputusan Majlis Peguam;

(l) dipecat, dipotong daripada Daftarai,digantung atau dicela atas sifatnyasebagai pengamal undang-undang dimana-mana negara lain atau melakukanperbuatan salah laku yang bolehmenyebabkan dia dihukum di mana-mana negara lain;

Page 11: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROPESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 11

(m) mengenakan, tanpa perjanjian bertulis,berkenaan dengan perkhidmatanprofesional yang diberikan kepada klien,fee atau kos yang terlalu berlebihanmemandangkan semua hal keadaan;

(n) terlalu mengabaikan kepentingan-kepentingan kliennya; dan

(o) melakukan apa-apa kelakuan yang tidaksepadan dengan seorang peguambeladan peguamcara atau yang menyebab-kan atau dijangka akan menyebabkanprofesion undang-undang dipandanghina.

(4) Jika seorang peguambela dan peguam-cara—

(a) telah didapati bersalah oleh mahkamahatas apa-apa kesalahan yang melibatkankecurangan, penyalahgunaan ataupelesapan apa-apa wang atau harta klienatau mana-mana orang lain;

(b) telah dipecat, dipotong daripadaDaftarai, digantung atau dicela atassifatnya sebagai seorang pengamalundang-undang di mana-mana negaralain;

(c) menjadi bahan sesuatu aduan mengenaiapa-apa perbuatan curang yang telahdilakukannya atas sifatnya sebagaiseorang peguambela dan peguamcara;

(d) telah meninggalkan negara atau telahtidak hadir di pejabatnya dalam keadaanyang sedemikian rupa sehingga MajlisPeguam semunasabahnya boleh meng-anggap bahawa dia telah melarikan diri;atau

(e) adalah selainnya tidak berupayadisebabkan kelemahan tubuh atau akalatau apa-apa sebab lain untuk

Page 12: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

12 RANG UNDANG-UNDANG

melaksanakan dengan berkesan fungsi-fungsi seorang peguambela danpeguamcara,

dan Majlis Peguam berpendapat bahawa adalahbagi kepentingan awam atau kepentingan klien-kliennya atau kepentingan profesionnyabahawa peguambela dan peguamcara itudigantung daripada menjalankan amalan,Majlis Peguam boleh memohon kepadaLembaga Tatatertib untuk mendapatkanperintah menggantung peguambela danpeguamcara itu daripada menjalankan amalansehingga notis selanjutnya.

(5) Seorang pelatih adalah mutatis mutandistertakluk kepada pengawalan yang samadaripada Lembaga Tatatertib sepertimana yang,menurut kuasa seksyen ini, dilaksanakanterhadap peguambela dan peguamcara tetapisebagai ganti perintah yang memotongnyadaripada Daftarai atau menggantungnya, suatuperintah boleh dibuat menghalang pelatih itudaripada mempetisyen Mahkamah untukditerima masuk sehingga selepas tarikh yanghendaklah dinyatakan dalam perintah itu.

95. Bagi maksud-maksud prosiding tatatertibdi bawah Bahagian ini, maka hendaklahditubuhkan suatu Panel JawatankuasaTatatertib dengan suatu JawatankuasaTatatertib yang ditubuhkan di bawahnya dansuatu Panel Tribunal Penyiasatan dengan suatuTribunal Penyiasatan yang ditubuhkan dibawahnya.

PanelJawatan-kuasaTatatertibdan PanelTribunalPenyiasatan.

96. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, darisemasa ke semasa sebagaimana yangdikehendaki, melantik suatu Panel Jawatan-kuasa Tatatertib, daripada senarai yangdiberikan oleh Majlis Peguam, yang terdiridaripada tiga puluh orang ahli yangdaripadanya dua puluh orang ahli ialah

PerlantikanPanelJawatan-kuasaTatatertib.

Page 13: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

14 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Pengarah itu hendaklah bertugas sebagaiSetiausaha kepada Lembaga Tatatertib,Jawatankuasa Tatatertib dan TribunalPenyiasatan.

(3) Majlis Peguam hendaklah bertanggung-jawab bagi saraan Pengarah itu dan hendaklahmempunyai kuasa untuk membatalkanperlantikannya.

(4) Pengarah itu hendaklah bertanggung-jawab bagi pentadbiran harian aduan-aduanterhadap peguambela dan peguamcara di bawahBahagian ini.

99. (1) Apa-apa aduan mengenai kelakuanmana-mana peguambela dan peguamcara ataumana-mana pelatih hendaklah secara bertulisdan hendaklah pada mulanya dibuat ataudirujukkan kepada Lembaga Tatatertib yangakan mengendalikan aduan itu mengikut apa-apa kaedah yang dibuat dari semasa ke semasadi bawah peruntukan-peruntukan Bahagian ini.

Aduan-aduanterhadappeguambeladanpeguamcaraatau pelatih.

(2) Mana-mana mahkamah, Hakim, HakimMahkamah Sesyen atau Majistret atau PeguamNegara boleh pada bila-bila masa merujukkankepada Lembaga Tatatertib apa-apa aduan yangdibuat terhadap seseorang peguambela danpeguamcara atau pelatih.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen iniboleh dikira menghalang Majlis Peguam atauJawatankuasa Bar Negeri daripada membuatapa-apa aduan atas usulnya sendiri kepadaLembaga Tatatertib terhadap seseorangpeguambela dan peguamcara atau pelatih.

100. (1) Jika sesuatu permohonan atau aduanbertulis dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib,Lembaga Tatatertib itu hendaklah dengan serta-merta menubuhkan suatu Tribunal Penyiasatan.

TribunalPenyiasatan.

Page 14: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 15

(2) Sesuatu Tribunal Penyiasatan yang akandilantik oleh Lembaga Tatatertib untukmenyiasat permohonan atau aduan ituhendaklah terdiri daripada tiga orang ahliiaitu—

(a) dua orang peguambela dan peguamcara;dan

(b) seorang ahli biasa,yang dilantik daripada Panel TribunalPenyiasatan.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah melantikseorang ahli daripada perenggan (a) subseksyen(2) menjadi pengerusi Tribunal Penyiasatantersebut.

101. (1) Sesuatu Tribunal Penyiasatanhendaklah, dalam masa dua minggu selepasperlantikannya, memulakan penyiasatannyaterhadap permohonan atau aduan itu danmelaporkan dapatannya kepada LembagaTatatertib dengan seberapa segera yangsemunasabahnya boleh diharapkan daripada-nya, tetapi, biar bagaimanapun jua, tidak lewatdaripada dua bulan selepas bermulanyapenyiasatan itu.

Penyiasatan.

(2) Bagi maksud apa-apa penyiasatan,Tribunal Penyiasatan boleh—

(a) meminta atau mengambil kerja mana-mana orang untuk membuat ataumembantu dalam membuat apa-apa juapenyiasatan permulaan yang difikirkan-nya perlu;

(b) menghendaki dikemukakan untukpemeriksaan oleh Tribunal Penyiasatanatau mana-mana orang yang diambilkerja di bawah perenggan (a) apa-apabuku, dokumen atau kertas yang adahubungan atau kaitan dengan hal-perkara penyiasatan itu dan boleh

Page 15: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

16 RANG U N D A N G - U N D A N G

menghendaki mana-mana orang mem-berikan maklumat berhubungan denganbuku, dokumen atau kcrtas itu; dan

(c) menghendaki orang yang berkenaanmember ikan segala m a k l u m a t ber-hubungan dengan mana-mana buku ,dokumen atau kertas sedemikian yangmungkin semunasabahnya dikehendakioleh Tribunal Penyiasatan atau olehorang yang d iambi l kcrja di bawahperenggan (a).

(3) Mana-mana peguambela dan peguam-cara dan mana-mana orang lain yang tanpaalasan yang sah enggan atau gagalmengemukakan kepada Tribunal Penyiasatanatau kepada mana-mana orang yang diambilkcrja olch Tribunal Penyiasatan bagi maksudpenyiasatan mana-mana buku, dokumen ataukertas atau gagal member ikan apa-apamaklumat berhubungan dengannya di bawahperenggan (h) atau (c) subseksyen (2) adalahm e i a k u k a n sua tu kesalahan dan, apabi ladisabitkan, boleh didenda tidak melebihi limaratus ringgit.

(4) Sebelum Tribunal Penyiasatan memula-kan pcndengarannya berkenaan dengan apa-apaperkara—

(a) Tribunal Penyiasatan hendaklah meng-hantar mela lu i pos atau menyerahkankepada peguambela dan peguamcarayang berkenaan—

( i ) suatu salinan apa-apa pcrmohonanatau aduan bcrtulis dan juga apa-apa akuan berkanun atau afidavityang tclah dibuat bagi menyokongpcrmohonan atau aduan itu; dan

( i i ) suatu notis menjemput peguam-bela dan pcguamcara yangberkenaan, dalam apa-apa, tempoh(yang tidak kurang daripada empat

Page 16: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 17

belas hari) yang dinyatakan dalamnotis, untuk memberi TribunalPenyiasatan apa-apa penjelasanbertulis yang ingin dike-mukakannya dan memberitahuTribunal Penyiasatan sekiranyadia ingin didengar oleh TribunalPenyiasatan itu; dan

(b) Tribunal Penyiasatan hendaklah mem-biarkan masa yang ditetapkan dalamnotis itu berlalu dan memberipeguambela dan peguamcara yangberkenaan peluang yang munasabahuntuk didengar jika dia berhasratsedemikian dan hendaklah memberikanpertimbangan yang wajar kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya.

102. (1) Tribunal Penyiasatan hendaklahmemutuskan dan mengesyorkan kepadaLembaga Tatatertib mana-mana satu daripadasyor yang berikut:

Pertim-banganLembagaTatatertibtentanglaporanolehTribunalPenyiasatan.

(a) bahawa penyiasatan formal tidaklahperlu;

(b) bahawa tiada sebab yang cukup beratwujud bagi penyiasatan formal tetapipeguambela dan peguamcara ituhendaklah diperintahkan membayarpenalti; atau

(c) bahawa patut diadakan suatupenyiasatan formal oleh JawatankuasaTatatertib.

(2) Jika Tribunal Penyiasatan dalamlaporannya mengesyorkan—

(a) bahawa patut diadakan suatu penyia-satan formal, maka Lembaga Tatatertibhendaklah menubuhkan suatu Jawatan-kuasa Tatatertib; atau

Page 17: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

18 RANG UNDANG-UNDANG

(b) bahawa suatu penyiasatan formal olehJawatankuasa Tatatertib tidaklah perlu,maka Lembaga Tatatertib boleh, jika iatidak bersetuju dengan syor itu, melantiksuatu Jawatankuasa Tatatertib.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah memberi-tahu peguambela dan peguamcara itu dan orangyang membuat permohonan atau aduan itutentang cara ia telah memutuskan permohonanatau aduan itu dan sekiranya keputusannyaialah bahawa suatu penyiasatan formal tidakperlu, Lembaga Tatatertib hendaklah ataspermintaan orang itu memberinya sebab-sebabnya secara bertulis.

103. (1) Jika Lembaga Tatatertib memutuskanbahawa tiada sebab yang cukup berat wujudbagi membuat sesuatu penyiasatan formaltetapi memutuskan bahawa peguambela danpeguamcara itu hendaklah diperintahkanmembayar penalti ia boleh memerintahkanpeguambela dan peguamcara itu membayarpenalti yang tidak lebih daripada lima riburinggit.

KuasaLembagaTatatertibunlukmeme-rinlahkanpenalti.

(2) Sebelum Lembaga Tatatertib membuatperintah bagi pembayaran penalti di bawahseksyen ini, ia hendaklah memberitahupeguambela dan peguamcara yang berkenaantentang niatnya untuk berbuat demikian danmemberinya peluang yang munasabah untukdidengar.

103A. Jika—

(a) Lembaga Tatatertib memutuskanbahawa hendaklah diadakan suatupenyiasatan formal; atau

(b) seorang peguambela dan peguamcaratelah disabitkan atas kesalahan pecahamanah jenayah di bawah seksyen 409Kanun Keseksaan atau apa-apa

PermohonanuntukmelantikJawatan-kuasaTatatertib.

N.M.B.Bab 45.

Page 18: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 19

kesalahan lain yang melibatkan fraudatau kecurangan; atau

(c) peguambela dan peguamcara itu telahdigantung di bawah seksyen 94 (4)Bahagian ini,

Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta melantik suatu Jawatankuasa Tatatertibyang akan mendengar dan menyiasat perkaraitu.

103B. (1) Lembaga Tatatertib hendaklahmelantik suatu Jawatankuasa Tatatertib untukmenimbangkan, dalam hal-hal apabila suatuTribunal Penyiasatan telah dilantik, laporanTribunal Penyiasatan itu, atau untuk menyiasatdan membuat syor kepada Lembaga Tatatertibberkenaan dengan hal-hal di bawah seksyen103A.

Jawatan-kuasaTatatertib.

(2) Sesuatu Jawatankuasa Tatatertibhendaklah terdiri daripada lima orang ahliiaitu—

(a) tiga orang peguambela dan peguamcara;dan

(b) dua orang ahli biasa,yang dilantik daripada Panel JawatankuasaTatatertib.

(3) Lembaga Tatatertib hendaklah melantikseorang ahli daripada perenggan (a) subseksyen(2) menjadi pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.

103c. (1) Selepas mendengar dan menyiasatapa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya,sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklahmerekodkan dapatannya berhubungan denganfakta-fakta kes itu dan mengikut fakta-faktatersebut hendaklah memutuskan dan membuatmana-mana satu daripada syor yang berikutkepada Lembaga Tatatertib:

DapatanJawatan-kuasaTatatertib.

(a) bahawa tiada sebab yang cukup beratwujud bagi tindakan tatatertib;

Page 19: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

20 RANG UNDANG-UNDANG

(b) bahawa walaupun tiada sebab yangcukup berat wujud bagi tindakantatatertib peguambela dan peguamcaraitu patut dicela; atau

(c) bahawa terdapat merit yang cukupdalam aduan itu dan bahawa peguam-bela dan peguamcara itu hendaklahdikenakan salah satu daripada tindakantatatertib yang berikut:

(i) pengenaan denda ke ataspeguambela dan peguamcara itusebanyak yang difikirkan adil olehJawatankuasa Tatatertib;

(ii) penggantungan peguambela danpeguamcara yang berkenaandaripada menjalankan amalanselama tempoh yang difikirkanpatut oleh Jawatankuasa Tatatertibmemandangkan hal keadaan itu;atau

(iii) pemotongan peguambela danpeguamcara yang berkenaan dari-pada Daftarai.

103D. (1) Selepas menimbangkan laporanJawatankuasa Tataterib, Lembaga Tatatertibhendaklah membuat suatu perintah—

(a) yang mengesahkan syor-syor Jawatan-kuasa Tatatertib; dan

(b) boleh sama ada menerima syor-syorJawatankuasa Tatatertib tentanghukuman yang akan dikenakan atau,dalam kes-kes luar biasa, mengenakanhukuman yang lebih berat.

(2) Sebelum Lembaga Tatatertib membuatsesuatu perintah dan mengenakan sesuatuhukuman di bawah seksyen ini yangmengakibatkan hukuman yang lebih berat iahendaklah memberitahu peguambela dan

Pertim-banganolehLembagaTatatertibakanlaporanJawatan-kuasaTatatertib.

Page 20: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 21

peguamcara yang berkenaan tentang niatnyauntuk berbuat demikian dan memberinyapeluang yang munasabah untuk didengar.

103E. (1) Mana-mana pihak yang terkilandengan apa-apa keputusan atau perintah yangdibuat oleh Lembaga Tatatertib berhak merayukepada Mahkamah Tinggi dalam masa sebulanselepas pemberitahuan keputusan atau perintahyang dimusykilkan itu.

RayuandanpadakeputusanLembagaTatatertib.

(2) Rayuan itu hendaklah ditetapkan untukdidengar di hadapan tiga orang HakimMahkamah Tinggi.

(3) Mana-mana pihak yang terkilan dengankeputusan Mahkamah Tinggi berhak merayukepada Mahkamah Agung dalam masa satubulan selepas keputusan Mahkamah Tinggi.

(4) Majlis Peguam boleh atas budi bicaranyamencelah pada mana-mana peringkat apa-aparayuan di bawah seksyen ini.

103F. (1) Lembaga Tatatertib hendaklah, darisemasa ke semasa, membuat kaedah-kaedahu n t u k mengawalsel ia prosedur berkenaandengan prosiding tatatertib.

(2) Apa-apa kaedah yang dibuat di bawahBahagian ini tidak boleh berkuatkuasasehingga ia telah disiarkan dalam Warta.

Kuasauntukmembuatkaedah-kaedah.

103G. (1) Penggantian peruntukan-peruntukanyang berhubungan dengan prosiding tatatertiboleh Akta ini tidaklah menyentuh apa-apapermohonan, aduan atau prosiding tatatertibyang belum diputuskan pada tarikh mulaberkuatkuasanya Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) peruntukan-peruntukan Akta ibu yang berhubungan denganprosiding tatatertib hendaklah terus berkuat-kuasa.".

Peruntukankecualiandanperalihan.

Page 21: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

22 RANG UNDANG-UNDANG

12. Seksyen 108 Akta ibu adalah dipinda denganmenggantikan perkataan-perkataan ", JawatankuasaPenyiasat dan Jawatankuasa Tatatertib" denganperkataan-perkataan "dan kos prosiding di hadapanTribunal Penyiasatan dan Jawatankuasa Tatatertib",

Pindaanseksyen 108.

13. Seksyen 109 Akta ibu adalah dipinda denganmenggantikan perkataan-perkataan "JawatankuasaTatatertib, Jawatankuasa Bar Negeri atau JawatankuasaPenyiasatan" dengan perkataan-perkataan "TribunalPenyiasatan atau Jawatankuasa Tatatertib".

Pindaanseksyen 109.

14. Seksyen 110 Akta ibu adalah dipinda denganmemasukkan, selepas sahaja perkataan-perkataan"bertulis orang itu," dalam subseksyen (2), perkataan-perkataan "Tribunal Penyiasatan atau".

Pindaanseksyen 110.

15. Seksyen 111 Akta ibu adalah dipinda denganmenggantikan perkataan-perkataan "JawatankuasaTatatertib, Jawatankuasa Bar Negeri, Bar Malaysia,Majlis Peguam atau Jawatankuasa Penyiasatan" denganperkataan-perkataan "Tribunal Penyiasatan, Jawatan-kuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib, Bar Malaysia atauMajlis Peguam".

Pindaanseksyen 111.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan meminda Akta ProfesionUndang-Undang 1976 (kemudian daripada ini disebut "Akta").

2. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 3 Akta dengan memotongtakrif tiga istilah, iaitu, "Fakulti", "Jawatankuasa Penyiasatan" dan"JawatankuasaTatatertib". la adalah suatu pindaan berbangkit.

3. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 15 (3) dengan memasukkanperenggan baru (f} dan (g). la memperuntukkan bahawa apa-apapermohonan kepada Mahkamah untuk diterima masuk sebagaiseorang peguambela dan peguamcara hendaklah disokong olehketerangan-keterangan dokumen yang menyatakan bahawa pemohonialah seorang Warganegara Persekutuan atau pemastautin tetapMalaysia dan telah lulus atau telah dikecualikan daripadaPeperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia. Pindaan ini akanmemberikan kuatkuasa statutori kepada amalan yang sedia ada.

Page 22: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 23

4. Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 67 (2) untukmemperuntukkan bahawa mana-mana mesyuarat agung yangdipanggil di bawah seksyen 65 (2) atau (4) hendaklah dibubarkanjika tidak ada kuorum dalam masa setengah jam dari tempoh yangditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu. Di bawah seksyen67 (2) yang sedia ada mesyuarat itu hendaklah ditunda ke mingguhadapan yang berikutnya jika tidak ada kuorum. Pindaan baru inidibuat untuk mengelakkan kesusahan dan perbelanjaan untukmemanggil suatu mesyuarat kedua jika tidak mendapat sokonganmenyeluruh daripada ahli-ahli.

5. Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 68 untuk mengadakanperuntukan bagi pemisahan Bar Negeri Selangor dan Bar WilayahPersekutuan yang sekarang ini bergabung, menjadi Bar KualaLumpur dan Bar Negeri Selangor. Negeri Selangor sekarang inisudahpun mempunyai Mahkamah Tingginya sendiri di Shah Alamdan, oleh yang demikian, Bar Negeri Selangor berhasrat untukberpisah daripada Bar Wilayah Persekutuan. Seksyen 71membenarkan pemisahan Bar yang bergabung tetapi ia tidak terpakaibagi Bar Negeri Selangor dan Bar Wilayah Persekuluan disebabkanoleh peruntukan-peruntukan seksyen 68 (3).

6. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 70 dengan memasukkansubseksyen (1A) baru untuk mengadakan peruntukan bagiJawatankuasa Bar Negeri memberikan laporan tahunan kepada ahli-ahli dan mengemukakan akaun-akaun teraudit tahunan. Pindaan iniadalah selaras dengan amalan sekarang. Fasal 6 juga bertujuanmeminda subseksyen (2) untuk memperuntukkan bahawa PengerusiJawatankuasa Bar Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuaratagung tahunan. la selanjutnya mengadakan peruntukan bagipenundaan mesyuarat jika tidak ada kuorum.

7. Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 70A(6) Akta untukmengadakan peruntukan bagi mana-mana mesyuarat agung yangdipanggil di bawah subseksyen (3) atau (5) seksyen yang samadibubarkan jika tidak ada kuorum. la membuat peruntukan bagi BarNegeri mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkanbagi Bar Malaysia dalam fasal 4.

8. Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 71 dengan memasukkansubseksyen (6) baru untuk mengadakan peruntukan bagipembahagian aset Bar gabungan sekiranya berlaku pemisahan.

9. Fasal 9 bertujuan meminda Akta dengan raemasukkan seksyen78A baru untuk memberikan kuasa kepada Majlis Peguam, dengankelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagimelaksanakan skim insurans indemniti profesional terhadap apa-apakelas liabiliti profesional.

Page 23: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

24 RANG UNDANG-UNDANG

10. Fasal 10 bertujuan meminda seksyen 88A untuk mengadakanperuntukan bagi penggantungan seseorang peguambela danpeguamcara demi kepentingan awam dalam hal keadaan yangdisenaraikan satu persatu dalam seksyen yang sama.

11. Fasal 11 bertujuan meminda Akta dengan menggantikanseksyen 93 hingga 103 dengan seksyen baru 93 hingga 103c.Prosedur tatatertib yang sedia ada bagi peguambela dan peguamcaraadalah tidak praktikal, menyebabkan banyak kelewatan danmelibatkan kerja-kerja yang berulang-ulang di pelbagai peringkatpihak berkuasa. Dari segi amalan adalah mustahil untuk menepatihad tempoh yang diperuntukkan oleh Akta. Pindaan-pindaan yangbertujuan dibuat oleh fasal 11 akan memudahkan prosedur tatatertibdan banyak menjimatkan masa yang terlibat dalam penyiasatansesuatu permohonan atau aduan.

Perkara-perkara yang lebih utama berkenaan dengan seksyen-seksyen baru yang dicadangkan adalah seperti yang berikut :

Seksyen 93 membuat peruntukan bagi penubuhan LembagaTatatertib.

Semua perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertibadalah sekarang ini dipindahkan daripada Majlis Peguam kepadasuatu badan yang ditubuhkan di bawah Akta ini yang dinamakanLembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib itu hendaklahdipengerusikan oleh seorang yang dilantik oleh Hakim Besar.

Seksyen 94 menetapkan bahawa semua peguambela danpeguamcara adalah tertakluk kepada pengawalan LembagaTatatertib. "Salah laku" dihuraikan secara terperinci dalam seksyenyang sama.

Seksyen 95 membuat peruntukan bagi penubuhan PanelJawatankuasa Tatatertib dan Panel Tribunal Penyiasatan.Jawatankuasa Tatatertib dan Tribunal Penyiasatan akan ditubuhkanmasing-masingnya di bawah kedua-dua Panel itu.

Peruntukan-peruntukan juga dibuat di bawah Akta bagipenyertaan orang-orang biasa dalam perkara-perkara yang berkaitandengan prosiding tatatertib.

Seksyen 96 membuat peruntukan bagi perlantikan PanelJawatankuasa Tatatertib.

Seksyen 97 membuat peruntukan bagi perlantikan Panel TribunalPenyiasatan.

Seksyen 98 mewujudkan jawatan Pengarah Urusetia Aduan.

Seksyen 99 adalah mengenai aduan-aduan terhadap peguambeladan peguamcara atau pelatih.

Page 24: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 25

Seksyen 100 mengadakan peruntukan bagi keanggotaan TribunalPenyiasatan yang telah ditubuhkan di bawah Panel TribunalPenyiasatan.

Seksyen 101 mengadakan peruntukan bagi peranan TribunalPenyiasatan dalam prosedur tatatertib. la menyiasat sesuatupermohonan atau aduan dan melaporkan dapatannya kepadaLembaga Tataterib.

Di bawah seksyen 102 Lembaga Tatatertib menimbangkanlaporan Tribunal Penyiasatan. la hendaklah menubuhkan suatuJawatankuasa Tatatertib jika penyiasatan formal disyorkan olehTribunal Penyiasatan. Seksyen yang sama juga mengadakanperuntukan bagi Lembaga Tatatertib memberitahu peguambela danpeguamcara yang berkenaan tentang hasil penyiasatan yang dibuatoleh Tribunal Penyiasatan.

Seksyen 103 mengadakan peruntukan bagi kuasa LembagaTatatertib memerintahkan penalti yang relevan.

Seksyen 103A mengadakan peruntukan bagi keadaan apabilaLembaga Tatatertib memutuskan bahawa suatu penyiasatan formalterpaksa dibuat berkenaan dengan aduan terhadap peguambela danpeguamcara. Dalam hal sedemikian suatu Jawatankuasa Tatatertibhendaklah dilantik di bawah scksyen 103B.

Seksyen I03c menerangkan peranan dan kuasa-kuasa Jawatan-kuasa Tatatertib. la juga mengadakan peruntukan bagi berbagai-bagai tindakan tatatertib yang boleh disyorkan supaya diambilberkenaan dengan peguambela dan peguamcara yang berkenaan.

Seksyen 103D mengadakan peruntukan bagi penimbangan olehLembaga Tatatertib akan laporan yang dibuat oleh JawatankuasaTatatertib. Lembaga Tatatertib hendaklah mengesahkan syor-syorJawatankuasa Tatatertib atau mengenakan hukuman yang lebihberat. Dalam hal yang disebutkan kemudian, peguambela danpeguamcara yang berkenaan hendaklah diberitahu dan diberipeluang yang munasabah untuk didengar oleh Lembaga Tatatertib.

Seksyen 103E mengadakan peruntukan bagi rayuan-rayuan yanghendak dibuat oleh pihak yang tcrkilan kepada Mahkamah Tinggidan kemudiannya kepada Mahkamah Agung.

Seksyen I03F memberikan kuasa kepada Lembaga Tatatertibuntuk membuat kaedah-kaedah untuk mengawalselia prosedurberkaitan dengan prosiding tatatertib.

Seksyen 103G ialah suatu peruntukan kecualian berkenaan dengansemua perkara dan prosiding tatater t ib yang masih belumdiputuskan.

Page 25: Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia · tahun yang sama kepada Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur. (6) Aset Bar Negeri Selangor, yang lazim dikenali sebagai Bar Selangor dan Wilayah Persekutuan,

26 RANG UNDANG-UNDANG

12. Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 108 untuk memberikankuasa kepada Mahkamah membuat perintah berkenaan dengan kosprosiding di hadapan Tribunal Penyiasatan dan JawatankuasaTatatertib.

13. Fasal 13, 14 dan 75 bertujuan membuat pindaan-pindaanberbangkit kepada seksyen 109, 110 dan 111 Akta.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan tambahan. [PN. (U2) 1628.]