assignment kr after bar uh antar

44
KURSUS MSK 3153 STUDIO PRAKTIS KRAF GROUP: UPSI 01 (A 131 PJJ) PENSYARAH: Drs Izzani bin Mat Il SOALAN: 01 TAJUK TUGASAN:INDIVIDU Kraf dan Nilai Identiti 1

Upload: russell-berger

Post on 23-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

lkhljljl;j

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Kr After Bar Uh Antar

KURSUS

MSK 3153STUDIO PRAKTIS KRAF

GROUP: UPSI 01 (A 131 PJJ)

PENSYARAH: Drs Izzani bin Mat Il

SOALAN: 01

TAJUK TUGASAN:INDIVIDU

Kraf dan Nilai Identiti

NAMA:

ABDUL KHUZIR BIN ABDUL WAHAB D2010204381

1

Page 2: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Bil. Isi Kandungan m/s

1. Pengenalan Kraf dan Identiti

3-4

2. Sejarah Kraf Nusantara 4-7

3. Tamadun 7-10

4. Pengenalan Kraf Mengikut Zaman

10-12

5. Ciri-Ciri Kraf Mengikut Zaman

13-22

6. Nilai Intelektual Di Sebalik Kraf-KERIS

22-28

7. Motif dan Identiti 29-30

8. Lampiran 31-33

9. Rujukan 34

2

Page 3: Assignment Kr After Bar Uh Antar

1. PENGENALAN KRAF DAN IDENTITI

Kraf secara umumnya sering dikaitkan dengan seni, namun ianya memiliki cabangnya yang

tersendiri. Secara umumnya orang menterjemahkan kraf sebagai satu hasil kerjatangan yang

indah dan bermutu. Namun tidak ramai yang melihat kraf dari sudut seni, khususnya seni halus

Sebelum perbincangan tentang kraf secara mendalam ada baiknya kita mengetahui dulu

pengertian seni.Tujuan assignment ini dibuat untuk mengupas secara mendalam tentang kraf dan

identiti bimbingan dari pensyarah sangat dialu-alukan untuk menyiapkan sebuah assignment,

Pemahaman tentang seni secara umum sering kabur disebabkan oleh pemahaman yang kurang

mendalam. Kita sering terkeliru antara seni dan estetika. Kita sering mendengar orang

mengatakan “seni itu sesuatu yang indah”, “seni itu yang disukai ramai” (Osborne:1970) “seni

adalah imej bentuk perasaan (Osborne:1970) “seni adalah satu imej mental yang dinyatakan

dalam bentuk melalui bahan yang terhasil dari karya sebenar dalam fikiran pemerhati” (Croce

and Collingwood:1972) dan beratus difinisi tentang seni.

Tetapi bagaimana kita hendak membawa mereka mengetahui seni secara utuh. Apa itu seni yang

sebenar-benarnya seni yang bukan boleh dihayati dengan kata-kata. Untuk itu ada baiknya kita

membawa mereka ke dalam proses penciptaan seni. Dalam proses penciptaan seni, untuk

mencapai tingkat seni ianya harus melalui tiga tahap;

1.1 Tahap penggunaan asas seni seperti unsur seni serta alat dan media yang digunakan.

Tahap ini masih dikatakan tahap estetik.

1.2 Tahap penggunaan prinsip rekaan (pergerakan, keseimbangan, kepelbagaian,

kontra, penegasan dan sebagainya) semasa menghasilkan karya. Tahap ini

juga masih dikatakan tahap estetik.

1.3 Tahap ekspresi (samada ekspresi secara objektif atau subjektif) seniman atau ekspresi

dari karya yang dihasilkan (samada ekspresisecara objektif atau ekspresi subjektif). Tahap

ini baru dikatakan tahap seni.

Jadi di sini dapat difahamkan bahawa pemahaman seni secara umum adalah suasana atau

mood yang diciptakan oleh sesuatu karya seni dan ekspresi seni ini pula tergantung pada

latar belakang pengetahuan estetik pengamat. Sebagai contoh bila kita mendengar sesebuah

lagu suasana atau mood yang diciptakan oleh lagu tersebut akan menarik naluri estetik kita

3

Page 4: Assignment Kr After Bar Uh Antar

untuk menghayati, itulah yang dikatakan seni.

2.SEJARAH KRAF DI NUSANTARA

Zaman Prasejarah.

2.1.     Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman

a.      Zaman Paleolitik

b.     Zaman Neolitik

c.     Zaman Mesolitik

d.     Zaman Logam

2.2     Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi

a.      Arkeologi ialah kajian terhadap

i.      Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk,

tembikar,pisau dan lain-lain.

ii.      Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan

iii.       Feature – tinggalan seperti struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat di

ubah.

2.3.     Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:

a.      Tingkayu

b.     Kota Tampan

c.     Gua Niah

d.     Lenggong

2.4.     Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik

a.      Hidup secara nomad iaitu berpindah randah

b.     Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.

c.     Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.

4

Page 5: Assignment Kr After Bar Uh Antar

d.     Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.

e.      Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai

estetika dan seni.

2.5.     Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:

a.      Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.

b.     Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha

dan Ban Kao di Thailand serta Gua Sireh di Sarawak

c.     Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.

d.     Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.

e.      Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.

f.       Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.

g.     Berjaya memikirkan cara melebur logam.

h.     Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan

i.      Sistem barter –pertukaran barangan

ii.      Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.

2.6.     Masyarakat Neolitik di Timur Dekat

a.      Wujud pertanian sejak 8000SM

b.     Penternakan biri-biri di Iraq

c.     Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu

d.     Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.

e.      Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM

2.7.     Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.

a.      Di Malaysia wujud sekitar 500SM

b.     Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.

5

Page 6: Assignment Kr After Bar Uh Antar

c.     Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.

d.     Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti

gendang gangsa di Dongson,Vietnam.

2.8.     Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya

berasaskan ciri-ciri berikut:

a.      Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.

b.     Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.

c.     Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke

daratan.

d.     Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.

e.      Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).

f.       Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar dan

besi.

3.Konsep Tamadun

3.1Tamadun boleh dimaksudkan dengan:

1.     Madain atau mudun .

2.     Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

3.     Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar

4.     Peradaban manusia.

5.     Maksud tamadun dari sudut Barat:

a.      Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan

undang-undang, kesenian dan perbandaran.

b.     Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.

c.     Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.

6

Page 7: Assignment Kr After Bar Uh Antar

6.     Maksud tamadun dari sudut Islam:

a.      Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

b.     Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.

c.     Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan

kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

7.     Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.

a.      Lahir – di Tunisia

b.     Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.

c.     Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila lahir

semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong menolong dan kerjasama.

d.     Penulisannya – berasaskan pengalaman.

e.      Karya sulung Muqadimmah – guna istilah

i.      Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.

ii.      Hadarah – hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral

yang tinggi.

iii.      Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.

8.     Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:

a.      Petempatan kekal

i.      Lebih sistematik, tidak berpindah randah.

ii.      Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.

b.     Sistem pemerintahan

i.      Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai ketua dianggap mewakili tuhan.

ii.      Adanya sistem perundangan yang mengawal perilaku rakyat, menjaga keamanan dan

kemakmuran.

c.     Agama dan Kepercayaan

7

Page 8: Assignment Kr After Bar Uh Antar

i.      Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling mereka.

ii.      Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan penyembahan tuhan.

d.     Kehidupan berorganisasi

i.      Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.

ii.      Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.

e.      Pengkhsusan Kerja

i.      Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.

ii.      Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.

iii.      Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.

f.       Bahasa dan Sistem Penulisan.

i.      Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.

ii.      Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.

iii.      Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.

iv.      Digunakan dalam urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-

undang dan hal keagamaan.

Sejarah Nusantara adalah peristiwa – peristiwa dan Kerajaan-Kerajaan yang berada di Nusantara

atau Dunia Melayu sebelum penubuhan Malaysia,Singapura,Brunei,Filipina dan Pepublik

Indonesia,Umumnya,sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau pra sejarah,zaman

Kerajaan Hindu Buddha,Zaman Kerajaan Islam dan akhirnya Zaman kolonial.Selepas zaman

Kolonial,Nusantara berpecah kepada beberapa Negara iaitu

Brunai,Filipina,Indonesia,Malaysia,Singapura dan Timor Timur.

PENGENALAN-CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN

Kerajaan Hindu/Buddha Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara

8

Page 9: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Candi Borobudur di pulau Jawa merupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di

Nusantara.

Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu.

Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara.

Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa

Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan

tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai [1] yang bertarikh 400 SM.

Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan

kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan

Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa.

Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara

menerusi Sumatra.

Sumatera

1. Kerajaan Tambayung Pulau Bintan abad

Pertengahan 6 -7

2. Kerajaan Srivijaya Pertama Gunung Dempo

3. Kerajaan Keritang

4. Kerajaan Melayu Jambi /Kerajaan

Semenanjung Tanah

Melayu

1. Kerajaan Gangga Negara

2. Kerajaan Langkasuka

3. Kerajaan Pan Pan

4. Kerajaan Kedah Tua

9

Page 10: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi

5. Kerajaan Sekala Brak

5. Kerajaan Chi Tu /Kerajaan

Tanah Merah

Kerajaan Islam (1500 - sekarang)

Fail:Nusantara islam.JPG

Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara

Masjid Baitul Rahman, Bandar Aceh. Aceh merupakan pusat tumpuan penyebaran Islam setelah

kejatuhan Melaka.

Islam mula menapak di Nusantara sekitar kurun ke 11 menerusi Sumatra apabila kerajaan Pasai

memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang

Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-

kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.

Pada kurun ke 14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di

Nusantara. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kesultanan Aceh di

Sumatra. Pada lewat kurun ke 15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali

di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Timur.

Zaman penjajahan Eropah

Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada

tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian

daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ketangan Sepanyol dan

10

Page 11: Assignment Kr After Bar Uh Antar

dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan

pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula

menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah

untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan

pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris Belanda 1824

dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah

dimana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa

negeri mengikut penjajahnya.

5.CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN

Kebudayaan awal di Malaysia adalah kebudayaan zaman Mesolitik dimana nenek moyang orang

Melanesia dan Polinesia di kawasan pasifik masih tinggal di tertutup di gua-gua batu bagi

melindungi diri dari ancaman alam.Mereka mengamalkan kehidupan berburu dan pengumpul

untuk meneruskan kehidupan. Ini dapat dibuktikan dari tinggalan sejarah berbentuk artifak

seperti serpihan tembikar, perkakas hiasan seperti gelang, cincin, sisir batu, tempat memasak dari

tanah yang dikeraskan melalui proses pembakaran. Kebudayaan Hoabinhian ini dikatakan nenek

moyang orang Melayu “moden” (Peter Bellwood:2000).

Konsep kebudayaan memburu dan menggumpul sangat mempengaruhi bentuk kraftangan

Melayu. Konsep kraftangan bagi masyarakat pemburu dan pengumpul dapat dikategorikan

dalam bentuk kebudayaan fizikal, dimana setiap barangan kraf yang dibuat bertujuan untuk

memerdekakan diri dari kesusahan dan untuk meneruskan kehidupan (Abdul Halim

Nasir:1987,33). Bukti dari peninggalan kebudayaan fizikal sedikit sebanyak dapat dilihat dari

artifak seperti kapak batu dan tombak batu di lenggong Perak. Kebudayaan fizikal ini senantiasa

berubah mengikuti dimensi waktu dan pengaruh. Pengaruh dimensi waktu menjadikan manusia

Homo Sapiens yang dulunya tinggal tertutup di gua-gua mula hidup bebas di kawasan lembah,

paya-paya, dan pesisir sungai. Bentuk kehidupan mereka juga mula berubah, mereka mula

bercucuk tanam, perikanan, meramu makanan dan mereka juga memiliki masa lapang yang lebih

panjang. Perubahan kehidupan mereka telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan.

Waktu lapang yang lebih panjang menyebabkan naluri estetik mula muncul dalam kehidupan

mereka. Dulunya barangan kraf yang meraka hasilkan lebih mengarah kepada fungsi fizikal

11

Page 12: Assignment Kr After Bar Uh Antar

untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi estetik. Mereka mula

menghias peralatan harian yang mereka gunakan. Ini dapat dibuktikan dari serpihan seramik

yang bercorak yang ditemukan di Gua Cha di Kelantan. Cabaran di alam terbuka juga

memunculkan kekaguman mereka terhadap fenomena alam. Unsur kekuatan alam semulajadi

seperti banjir, petir, hujan dan sebagainya telah memunculkan kekaguman yang membawa

mereka kepada kepercayaan. Kesan dari kepercayaan ini sekali lagi memberi bentuk

baru dalam hasil kraf yang mereka hasilkan. Hasil kraf yang mereka hasilkan selain memiliki

fungsi fizikal dan fungsi estetik mereka juga menyerapkan fungsi kepercayaan. Ini dapat

dibuktikan dari peninggalan zaman Neolitik seperti “batu lintar” cincin, lukisan gua dan

sebagainya. Penemuan peralatan zaman Neolitik menandakan bukti tentang kesedaran estetik

dalam penciptaan kraftangan Melayu. Kraftangan yang semakin halus dapat dikatakan

bermulanya kesedaran estetik. Penemuan perhiasan yang dibuat dengan tujuan estetik seperti

tembikar berukir yang dihias dengan kulit siput, kulit kerang, keratan buluh dan kayu berukir.

Penggunaan bahan alam sebagai unsur hias berterusan hingga kini, malah masih diamalkan oleh

seniman tembikar Sayong dan Pulau Tiga.

Perjalanan sejarah yang cukup panjang telah mempengaruhi perkembangan kraf di Malaysia.

Sebagai hasil budaya, kraftangan tidak lepas dari struktur sosial budaya dan agama

masyarakat.Sebagai sebuah tamadun, Malaysia telah melalui beberapa pengaruh sosial budaya,

politik dan agama. Pengaruh-pengaruh tersebut secara tidak langsung telah mencorakkan bentuk

dan fungsi kraftangan Malaysia. Perubahan ketara dalam perkembangan kraf di Malaysia setelah

masuknya zaman beragama di Malaysia. “Periode Hindu” bermula sejak abad ke-1 hingga abad

ke-14.(Abdul Halim Nasir:33). Selama “periode Hindu” unsur-unsur kebudayaan Hindu meresap

dan menyatu dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Pengaruh Hindu ini memberi kesan yang

mendalam terhadap sosial budaya masyarakat Melayu. Beberapa unsur kebudayaan Hindu

seperti bahasa, kesusasteraan, agama,amalan,adat,perkahwinan,kepercayaan, sihir, busana,

arsitektur dan kriya mempengaruhi kebudayaan Melayu. Pengaruh dari kebudayaan Hindu juga

mempengaruhi perkembangan kraftangan di Malaysia. Selain bentuk kebudayaan fisik, pengaruh

Hindu juga meninggalkan pengaruh sosial kepada kebudayaan di Malaysia. Pengaruh yang

paling menonjol terhadap struktur sosial masyarakat Melayu adalah sistem feudal.

12

Page 13: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Sistemtersebut telah mempengaruhi struktur sosial masyarakat Melayu. Dalam sistem feudal,

struktur sosial masyarakat Melayu dipisah-pisah mengikut status sosial masyarakat. Secara

tradisional masyarakat Melayu dipisahkan kepada dua kelompok. Keturunan bangsawan yang

tinggal di istana terdiri dari golongan raja dan pentadbir istana manakala golongan rakyat biasa

yang tinggal di kampung-kampung, pesisir sungai dan pesisir hutan (Siti zainon Ismail: 13).

Tahap awal perkembangan kraf di Malaysia adalah bentuk kerja sambilan. Kegiatan berseni

dalam masyarakat Melayu awalnya sebagai mengisi masa lapang. Kegiatan mengukir, menenun,

menganyam dan membatik dilakukan pada waktu lapang. Contohnya bagi masyarakat petani,

waktu yang lapang ini biasanya digunakan untuk kegiatan berseni dan penyediaan keperluan

fizikal keluarga, seperti pembuatan alat-alat pertanian, memperbaiki rumah dan lain sebagainya.

Begitu juga dengan masyarakat nelayan, musim tengkujuh digunakan untuk hiburan dan

memperbaiki peralatan perikanan mereka seperti perahu, jaring sebagainya. Kegemilangan

kraftangan bermula semenjak golongan istana atau sultan mengangkat darjat seniman kraf

sebagai seniman istana atau dengan kata lain menjadi pelindung yang menghidupkan kesenian

tersebut (Muhamad Afandi Yahya:103). Kegemilangan kraftangan ini dibuktikan dengan

mengangkat kraftangan sebagai simbol status sebuah pemerintahan. Sebagai contoh seorang raja

yang tidak mempunyai istana yang indah dengan penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja

yang belum sempurna dan kurang martabatnya. Statusnya juga dianggap lebih rendah dari raja

yang mempunyai istana yang berukir.(Abdul Halim Nasir:36). Peranan institusi istana ini telah

mengangkat seni rakyat masuk ke dalam istana merupakan titik awal kegemilangan kraftangan di

Malaysia. Kraftangan bukan lagi dianggap kerja masa lapang. Hasil kraftangan yang

berkonsepken simbol dan budaya masyarakat Melayu mendapat tempat yang istimewa dalam

istana. Seniman kraf yang memiliki kemampauan seni dan kemahiran tangan yang tinggi

diangkat menjadi “seniman diraja”. Zaman Kesultanan merupakan awal kepada penglompokan

perkampungan seni di Malaysia. Sebagai contoh, di Perak perkampungan kraftangan(masyarakat

kraf) berpusat di Kuala Kangsar, di Kelantan berpusat di Penambang dan beberapa lokasi kraf

yang ada kaitan dengan istana di negeri-negeri yang lain di Malaysia.

Bagi seniman yang telah diangkat sebagai seniman istana pekerjaan kraftangan yang dilakukan

dikaitkan dengan patron-client. Mereka sepenuhnya mengabdikan diri pada raja untuk

melakukan kerja-kerja kraf. Kehidupan mereka tergantung pada bayaran yang diberikan oleh raja

bagi setiap karya yang disiapkan. (Md. Din Jusoh:71). Kedudukan seniman kraf mendapat

tempat yang istimewa di dalam istana, kehidupan mereka lebih terjamin, mereka senantiasa

13

Page 14: Assignment Kr After Bar Uh Antar

diberi bantuan oleh raja dan atau bangsawan istana. Mereka juga mendapat tempat tinggal di

sekitar istana atau “perkampungan seni”. Penglompokan perkampungan kraf di zaman

kesultanan ini mempengaruhi kewujudan kraftangan di zaman kesultanan. Sultan sebagai petron

kepada seniman kraf secara tidak langsung mempengaruhi bentuk dan mutu hasil kraftangan.

Konsep golongan bangsawan sebagai “tuan” telah menyebabkan seniman kraf menuangkan

segala kemampuan yang dimiliki untuk menaikkan nama “tuannya”. Apabila kraf diletakkan

sebagai simbol status kepada raja peranan seniman kraf semakin besar dan ini merupakan

bermulanya zaman kegemilangan kraf di Malaysia. Sebagai karya seni yang lebih

mengutamakan nilai seni dan simbol status kraftangan istana tidak hanya menekankan aspek

estetiknya sahaja tetapi juga menekankan aspek makna yang tersirat di sebalik hasil karya yang

diciptakan. Hubungan petron-client antara raja dan seniman kraf menyebabkan semua hasil

karya seniman kraf yang diciptakan adalah mutlak hak raja. Corak dan motif yang dibuat tidak

boleh ditiru oleh rakyat biasa. Kraftangan yang terdapat pada istana atau golongan bangsawan

tidak dapat dijumpai di lingkungan rakyat biasa. Penerapan unsur-unsur makna dalam hasil

kraftangan juga itu mempengaruhi bentuk visual karyanya. Ini adalah kerana penciptaan karya

kraf, secara tidak langsung dikaitkan dengan nilai-nilai yang hidup dalam masyarakat golongan

bangsawan. Berbeza halnya dengan kraftangan golongan rakyat biasa. Kewujudan kraftangan

rakyat biasa tidak banyak berubah. Kerja-karja kraf masih lagi berstatus kerja masa lapang. Hasil

kraftangan seperti bubu, dinding buluh, jala, batik, ukiran kayu dan sebagainya berkembang

mengikut fungsi kegunaan. Kalau ada unsur hiasan ia hanya merupakan perkembangan naluri

estetik dan keparcayaan seniman kraf. Perbezaan klompok budaya dari pengaruh Hindu ini

banyak mencorakkan perkembangan kraftangan di Malaysia. Kesan dari perbezaan golongan dan

cara hidup ini mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan di Malaysia. Dua katagori

kraftangan mula wujud di Malaysia, Kraftangan golongan bangsawanan bukan sahaja terkenal

dengan kehalusan dan ketelitian tetapi memiliki nilai makna dan falsafah disebalik hasil

kraftangan. Ukiran kayu, tenunan songket, ukiran logam menjadi simbol golongan bangsawan

yang akhirnya hasil kraftangan istana diangkat sebagai simbol status manakala kraftangan

golongan rakyat biasa masih kasar dan lebih mementingkan pada fungsi gunaan.

Setelah kemasukan Islam di pada awal abad ke-12 di pantai timur dan abad ke 13 di pantai barat

Semenanjung Malaysia, ajaran Islam sedikit demi sedikit melunturkan pengaruh ajaran Hindu di

Malaysia. Islam menjadi pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu di Malaysia. Kesan dari

pengaruh Islam ini akhirnya menyingkirkan sedikit demi sedikit pengaruh Hindu dalam

masyarakat Melayu. Perubahan pegangan hidup ini telah mengubah struktur sosial dan gaya

14

Page 15: Assignment Kr After Bar Uh Antar

hidup masyarakat Melayu Malaysia. Besarnya pengaruh Islam dalam masyarakat mengakibatkan

segala aktiviti masyarakat dikaitkan dengan prinsip dan ajaran Islam. Kesan dari pengaruh

agama Islam ini telah mengubah bentuk dan konsep kraftangan di Malaysia. Secara konseptual,

nilai-nilai keislaman diterapkan dalam hasil kraftangan. Motif-motif fauna digantikan dengan

motif-motif tumbuh-tumbuhan atau stilisasi serta ukiran kaligrafi Islam (Abdul Halim Nasir:34).

Hasil karya yang dikaitkan dengan Islam dan kepercayaan mendapat tempat yang istimewa.

Kebanyakan seniman kraf menuangkan kemahiran krafnya pada istana, masjid dan surau dalam

bentuk ibadat.

Pengaruh revolusi industri di Eropah mendorong berlakunya penjajahan oleh negara-negara yang

lebih maju terhadap dunia ketiga. Malaysia juga tidak terlepas dari pengaruh tersebut. Selama 48

tahun penjajahan Inggeris terhadap Malaysia tidak ada perubahan yang bererti terhadap

kewujudan seni kraf di Malaysia. Zaman penjajahan perkembangan kraf golongan Istana ibarat

“hidup segan mati tak mau.” Berbeza dengan perkembangan kraf golongan rakyat biasa,

perkembangan kraf golongan rakyat biasa tetap berkembang mengikut keperluan fungsi fizikal.

Pada tahap awal penjajahan Inggeris, tiada usaha-usaha secara nyata dilakukan pentadbir

Inggeris di Malaysia untuk meningkatkan perkembangan kraf. Di sisi lain pula berkurangnya

kekuasaan institusi istana dalam pemerintahan juga membatasi perkembangan kraf di Malaysia.

Institusi istana tidak lagi memiliki kuasa penuh terhadap seniman kraf seperti hubungan petron-

client pada zaman kesultanan dulu. Banyak seniman kraf istana meninggalkan pekerjaannya

karena tidak mendapat jaminan ekonomi dari institusi istana. Akibatnya tidak ada perkembangan

yang berarti dalam perkembangan kraf di Malaysia.

Perkembangan yang kurang memuaskan ini juga disebabkan oleh perkembangan pengaruh

penjajahan khususnya Inggris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Usaha penjajahan

pemikiran yang dilakukan oleh Inggris berhasil mengubah pola hidup masyarakat Melayu.

Kehidupan masyarakat Melayu yang mengagungkan cara hidup barat atau kebudayaan popular

menyebabkan masyarakat Melayu di Malaysia membelakangi pola hidup tradisional. Peralatan

yang menggunakan sains dan teknologi menjadi pilihan bagi golongan elit dalam kehidupan

sehari-hari, akibatnya kesenian tradisi mula terdesak mula tersisih dalam kehidupan masyarakat.

Kurangnya permintaan terhadap hasil kraftangan juga menyebabkan seniman kraf di

Malaysia lebih cenderung untuk meninggalkan profesion sebagai seniman kraf. Mereka lebih

15

Page 16: Assignment Kr After Bar Uh Antar

cenderung untuk kembali bertani atau menjadi nelayan atau bahkan berhijrah ke kota untuk

mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan. Pengaruh penjajahan memperlihatkan satu

pergerakan kearah “zaman kegelapan” dalam perkembangan seni kraf di Malaysia (Mustafa

Muhammad:96). Generasi penerus menganggap “sepi” terhadap masa depan kraftangan di

Malaysia. Mereka lebih berminat untuk berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan. Akibatnya,

terjadilah ketidakseimbangan penyebaran kependudukan dan pekerjaan. Tanah-tanah pertanian

dan perikanan menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Menyedari hakikat tersebut, pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu mengharapkan

kependudukan dan budaya hidup masyarakat Melayu tidak diganggu. Masyarakat Melayu

seharusnya dikekalkan di desa-desa dan mengamalkan cara hidup bertani, bertukang atau

nelayan.(Mustafa Muhammad: 96). Akhirnya pada tahun 1916 R.O. Winsted memperkenalkan

kursus baru dalam sekolah vernakular Melayu. Kursus baru tersebut adalah kursus pertanian dan

pertukangan yang juga melibatkan seni kraf. Sasaran dari sekolah vernakular Melayu ini untuk

memenuhi asas sosial masyarakat Melayu di desa.

Dengan diperkenalkan kursus pertanian dan pertukangan itu seni kraf mendapat nafas baru

yang menyegarkan. Pelajar sekolah vernakular Melayu yang mendapat perestasi baik mendapat

peluang untuk melanjutkan pendidikan ke tingkat yang lebih tinggi. Untuk merealisasikan tujuan

pendidikan sekolah vernakular Melayu ketingkat yang lebih tinggi, kemudian dikenalkan kursus-

kursus pertanian dan pertukangan melalui pusat-pusat pengajian tingggi. Pusat pendidikan tinggi

itu antara lain Perguruan Sultan Idris Traning Collage (SITC), Universiti Pertanian Malaysia

(UPM), Institut Teknologi Mara (ITM), dan sebagainya.

Dengan diperkenalkannya kursus pertanian dan pertukangan di pusat pengajian tinggi,

peranan pentadbiran Inggris dalam perkembangan seni kraf di Malaysia sangat besar sekali.

Walaupun kesan fzikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat,

tetapi peranan yang dimainkan oleh pemerintah Inggris dapat dikatakan sebagai embrio ke arah

perkembangan baru dalam seni kraf di Malaysia untuk jangka masa yang panjang.Perkembangan

kraf tangan di Malaysia semakin menampakkan perkembangan yang positif setelah

kemerdekaan. Kesedaran tentang semangat nasionalisma dan jatidiri bangsa Melayu

menyebabkan kesenian yang berunsurkan kebangsaan menunjukkan perkembangan yang

memberangsangkan. Walaupun pada peringkat awal kemerdekaan pengaruh “budaya popular”

masih mempangaruhi masyarakat Malaysia, tetapi usaha-usaha positif telah mula dilakukan oleh

pentadbiran baru kerajaan Malaysia. Untuk merealisasikan seni kraf sebagai sebuah industri,

16

Page 17: Assignment Kr After Bar Uh Antar

wewenang tersebut diserahkan kepada Rural and Industrial Development Authority atau RIDA

pada tahun 1958.

Setelah Rancangan Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat

atau MARA mengambil alih tugas RIDA. Tujuan MARA didirikankan adalah untuk

menggalakkan masyarakat Melayu ikut serta dalam bidang perniagaan. Akhirnya bidang seni

kraf dipilih untuk dijadikan industri modern karena majoriti seniman kraf di Malaysia terdiri dari

masyarakat Melayu. Penubuhan Handicraft Development Centre pada tahun 1967 memberikan

khidmat nasihat berbentuk latihan, teknikal, dan keuangan kepada pengusaha dan seniman kraf.

Akhirnya, seni kraf di Malaysia berubah status dari cottage industry menjadi industri moden.

Setelah kraf berkembang menjadi industri moden. Seni kraf Melayu mulai dilirik kembali

oleh masyarakat Melayu. Beberapa jenis kraftangan seperti ukiran, tenunan, batik, dan

sebagainya yang satu masa dulu hampir dilupakan oleh masyarakatnya sendiri, mulai mendapat

nafas baru. Seni kraf tidak lagi dipandang sebagai kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan

yang berkaitan dengan minat. Untuk memperkukuh kedudukan industri kraf di Malaysia, pada

tahun 1973 kerajaan Malaysia menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang

sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM

diganti dengan nama baru sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau PKKM.

Pendirian PKKM tersebut sepenuhnya dikelola oleh Kementerian Pembangunan Usahawan

Malaysia. Misi pendirian PKKM adalah untuk membangun dan mempromosikan industri seni

kraf di Malaysia. Pendirian PKKM yang awalnya berpusat di Kuala Lumpur, kemudian

berkembang menjadi cawangan-cawangan kecil di setiap negeri di Malaysia.

Untuk merealisasikan misi PKKM Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengantar

pelatihnya untuk mendalami bidang-bidang seni kraf yang berkaitan keluar negeri. Negara-

negara yang menjadi pilihan antara lain adalah Jepun, Indonesia, Thailand dan Korea. Pelatih

PKKM yang tamat pendidikannya diluar negeri akan dilantik sebagai tenaga pengajar di

cawangan PKKM di tiap negeri. Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat

dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu “seni kraf” dan “kraf seni”.

Kelompok “seni kraf” lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan

dalam aspek formal manakala kelompok “kraf seni” lebih berorientasikan pada seni murni yang

mengarah ada aspek kandungan dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya.

17

Page 18: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah “ukiran kayu” dan “ukiran kayu halus”. “Ukiran

kayu” adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai estetiknya lebih

bersifat formal, manakala “ukiran kayu halus” lebih berorientasikan pada perasaan yang

mengarah pada emosi dan ekspresi.

6.NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF

KERIS

PENDAHULUAN

Keris berasal dari rantau Asia Tenggara/Nusantara selatan 300Bc.Terdapat beberapa tafsiran

yang berkait dengan keris.Pada masa dahulu keris mempunyai pengaruh Hindu yang sangat

kuat,dan dipercayai keris berasal dari perkataan Hindu iaitu ‘ngeris’ yang bermaksud untuk

menikam.Namun begitu setelah berbincang dengan pensyarah pendapat ini adalah salah

Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di

Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan

Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata

tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima

ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan

sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk

kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan

dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan Keris dengan

pemeganggnya berukir dengan bilah yan berombak adalah ikon yang unik dalam sejarah budaya

Melayu Nusantara.Pada abad yang lalu ia berkembang dari berperanan sebagai senjata kepada

kepada lambang status induvidu dalam peradaban sejarah Melayu.Hiraki salasilah budaya

Melayu ditentukan mengikut ukiran dan rekabentuk yang terdapat pada keris zaman-

berzaman.Dari segi sejarah terdapat keris yang berbeza bentuk,saiz dan kehalusan

ukirannya.Keris yan bersaiz besar semasa Kesultanan Melayu dahulu adalah kepunyaan

Hulubalang DiRaja dan Pahlawan Melayu terbilang.Terdapat keris yang bersaiz kecil yang

dibuat khusus untuk Puteri-puteri DiRaja.Biasanya keris untuk puteri berukir indah tempawan

bagi menaikkan aura kecantikan puteri DiRaja dan halus seni tempawannya yang melambangkan

status manakala untuk gadis-gadis biasa keris berperanan untuk menjaga keselamatan si gadis.

18

Page 19: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata

pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini,

fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati,

barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang

mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa

perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh

itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

PANTUN

“TAMING SARI KERIS TERBILANG

SENJATA MELAYU TURUN TEMURUN

KERIS PUSAKA LAMBANG GEMILANG

MENJADI KEBANGGAAN TURUN TEMURUN”

-KHUZIR

KEGUNAAN SARUNG, HULU DAN PANGKAL KERIS

19

Page 20: Assignment Kr After Bar Uh Antar

6.NILAI INTELEKTUAL DI SEBAIK KRAF - KERIS

Unsur ghaib

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat

berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib.

Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat

membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk

pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya

20

Page 21: Assignment Kr After Bar Uh Antar

imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa

rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan

nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri,Kepala Gajah, Anak Ayam Teleng dan

lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat

daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan

sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan

tersendiri.

Peranan Keris lebih dari senjata.

Keris juga telah menonjolkan cirri-ciri intelektual masyarakat Melayu dahulu kala sebagai

contoh mereka telah pandai mengimpal beberapa logam,Kimpalan antara nikel dan logam lain

dapat membentuk corak yang dikenali sebagai ‘Pamor’ atau ‘Damsyik’,Nilai intelektual mereka

bukan itu saja malah mereka telah pandai menggunakankan air kelapa dari yang muncul sebelah

barat yang lebih mempunyai kuasa untuk menghidupkan Pamor menjadikan keris mempunyai

ciri-ciri yang menarik dan unik pada keris.Masyarakat Melayu pada masa itu sudah pandai

menggunakan logam dan ini adalah bukti nilai intelektual masyarakat.

Keris sebagai pakaian Di Raja.

Keris sebagai salah satu perhiasan pakaian Di Raja ia juga menjadi perhiasan yang digunakan

oleh pembesar-pembesar di sesebuah negeri apabila majlis Pertabalan Kesultanan Melayu hingga

ke hari ini.Keris akan digunakan bersama sepersalinan baju Melayu bertekad benang emas dan

bersamping untuk duduk di atas takhta.Keris juga menjadi salah satu hiasan untuk pengantin

lelaki sebagai pelambangan gagah perkasa.Keris yang dibuat khusus untuk sultan atau raja

biasanya akan menggunakan ‘pandai besi’untuk membuat sebilah keris yang ditempa dan diukir

dengan begitu rapi serta dihiasi dengan batu permata dan sangat artistik.

21

Page 22: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Sebagai Tangkal atau Azimat.

Mengikut kajian saya,terdapat unsur KeTuhanan untuk menjaga keselamatan si pembawa

keris ,sebagai tangkal untuk menjaga diri dari musuh dan makhluk halus seperti jin dan

syaitan.Sebagai contohnya sebelum kedatangan agama Islam di rantau Nusantara.Agama Hindu

mempengaruhi budaya Nusantara maka tidak hairanlah terdapat banyak keris yang ulu kerisnya

diukir dengan patung Dewa Hindu sebagai pelindung dari makhluk jahat.Selepas kedatangan

Islam keris tidak lagi diukir berbentuk Tuhan Hindu malah ciri-ciri keislaman telah

mempengaruhi seni pembuatan keris ,termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran pada keris.

Menjaga Keturunan /Status

Masayarakat Melayu lama meletakkan keris sebagai perlambangan kepada keturunan atau

salasilah keluarga pada kebiasaanya anak sulung akan menyimpan ‘Keris Keturunan’yang

menjadi lambang kepada sesuatu keturunan seperti anak Raja,Bendahara,laksamana dan

sebagainya.Pada masa dahulu juga orang melayu yang kuat berpegang kepada adat akan

menempah pada ‘pandai besi’khusus sebagai pemberian seperti hari lahir,akil

baligh,penurunan /pemberian harta dan perkahwinan.Anak yang baru lahir akan diberikan

sebilah keris ianya bukan bermakna untuk membunuh dan menumpahkan darah tetapi

berperanan sebagai simbol untuk menjaga keturunan serta menjalankan tanggungjawab menjaga

nama baik keluarga.

Bahan Pemujaan

Orang Melayu pada zaman dahulu mempercayai keris pusaka yang berusia ratusan tahun

mempunyai kuasa sakti tertentu,untuk ritual yang dikatakan keris yang ditempa dengan tahi

besi.tahi bintang Berjaya unuk menakutkan makhluk halus dan mempunyai semangat

tersendiri.Sesetengah masyarakat melayu kuno mempercayai keris boleh dijadikan bahan

pemujaan dan apabila ritual pemujaan dijalankan ada keris yang boleh terbang ‘sendiri’ atau

boleh ‘berdiri’ tegak dengan jampi serapah.Sejata Traditional ini mempunyai unsur ‘mistik’yang

sukar dipercayai namun mengikut rujukan saya ia tidak boleh diragui dan terpulang kepada

persepsi individu.

Keris Sebagai Senjata Teknologi

22

Page 23: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Menurut Haryono Hanyo Guritno 69 dari Indonesia menyatakan keris mempunyai imej teknologi

sebelum terciptanya senjata lain seperti lembing,panah,pistol dan sebagainya .Kimpalan

beberapa logam membentuk corak yang dikenali sebagai ‘Pamor’ atau ‘Damsyik’ menjadikan

keris mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik pada keris.

Keris sebagai medium perubatan alternatif

Perbomohan dan perubatan traditional masih menjadi pegangan orang melayu zaman berzaman

hingga ke hari ini.Sekiranya mereka tidak Berjaya untuk mengubati penyakit dengan rawatan

moden di hospital mereka akan mendapatkan rawatan traditional sebagai rawatan

alternatif.Bukan semua penyakit yang boleh disembuhkan oleh perubatan moden.Bolehkah

perubatan moden mengubati penyakit yang agak mistik?jawapannya terpulang kepada andaian

individu namun perubatan traditional ini di percayai berjaya untuk menyembuhkan penyakit

seperti di’rasuk hantu’’sakit’angin roh’,sakit’santau’’hilang semangat’ dan ‘gila’.Kebanyakkan

bomoh traditional akan menggunakan keris bagi menjalankan ritual perubatan traditional di

samping alat-alat lain kemenyan,buah limau nipis,bertih,pulut kuning,setanggi dan lain-

lain.Keris ‘kepala mayat’digunakan oleh bomoh bagi tujuan mengubati penyaki ‘mati pucuk’atau

lemah tenaga batin.Bomoh hujan pula akan menggunakan keris sebagai elemen dalam spiritual

mereka, keris Kembang Kacang/Belalai gajah diperlukan oleh bomoh hujan jika dipanggil untuk

menghalang hujan apabila keraian di istana atau majlis perkahwinan.

7.MOTIF DAN IDENTITI KRAF

Seni kraftangan merupakan sesuatu perlakuan atau kerja yang dihasilkan daripada kreativiti atau

daya cipta menggunakan tangan.Kebiasaannya seni kraf tangan di negara ini lebih tertumpu

kepada kemahiran seseorang bagi menghasilkan produk berasaskan teknik tertentu sama ada

ukiran, jahitan, lakaran mahupun anyaman.Di negara ini juga kebanyakan kraf tangan yang

dihasilkan amat sinonim dengan identiti masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan

agama.Tidak kira dari segi anyaman, ukiran mahupun motif atau corak yang digunakan selalunya

23

Page 24: Assignment Kr After Bar Uh Antar

akan dikaitkan dengan identiti sesuatu bangsa.Kraf tangan yang dianggap tradisional di negara

ini termasuk batik, ukiran kayu, penghasilan wau, labu sayong,ukiran besi dan tembaga,keris,

anyaman manic dan sebagainya.

Kraf tangan telah menjadi satu identiti di sesebuah negeri contohnya apabila kita berbicara

tentang Wau Bulan dan Batik kita tentu teringatkan Negeri Kelantan,Labu Sayong tentu

teringatkan Negeri Perak,Seni tembikar tentu kita ingatkan Pasu Sarawak dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan kebanyakan negeri di negara ini mempunyai produk kraf tangan tertentu yang

melambangkan identiti masyarakat tempatannya.Kebanyakan hasil kraf diakui amat halus dan

mempunyai nilai tersendiri bagi mereka yang begitu meminati seni kraf.Peredaran masa

membawa seni kraf ke tahap yang lebih membanggakan.Bukan hanya menjadi kebanggaan

masyarakat tempatan malah kegilaan golongan pelancong dari luar negara untuk dijadikan

cenderamata.Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup berbelanja besar demi memiliki

sesuatu produk kraf untuk dijadikan sebagai hiasan rumah.Dalam bidang pendidikan misalnya,

kepentingan seni kraftangan turut diberi tumpuan menerusi subjek seni di sekolah bagi

memastikan masyarakat di negara ini tidak cetek dalam menghasilkan kraf biarpun sekadar

anyaman.

Kraf Tradisional juga telah menjadi lambang identiti sesebuah Negara contohnya telah di cetak

di wang-wang kertas dan duit syiling seperti Wau Bulan,Gasing,Batik dan Kain Songket.Identiti

sesebuah Negara contohnya Keris telah diletakkan pada Jata Negara Malaysia.

24

Page 25: Assignment Kr After Bar Uh Antar

Keris telah menjadi lambang Identiti pada Jata Negara Malaysia

Motif ukiran kayu,Batik,tekad Benang emas danWau Bulan pada wang Kertas Malaysia

8.LAMPIRAN

25

Page 26: Assignment Kr After Bar Uh Antar

ILLUSTRASI OLEH: ABD.KHUZIR BIN ABD. WAHAB

GAMBAR-GAMBAR KOLEKSI KERIS

26

Page 27: Assignment Kr After Bar Uh Antar

KERIS PENYALANG/PANJANG KERIS BUGIS PATANI

KERIS ALANG KERIS BUGIS SINGA BARONGAN

KERIS LURAH UTARA KERIS TAJONG PATANI LOK 11

GAMBAR-GAMBAR KOLEKSI KERIS

27

Page 28: Assignment Kr After Bar Uh Antar

KERIS ANAK ALANG SEMENANJUNG KERIS PANDAI SARAH PATANI

KERIS MELELA KERIS SEPUKAL KELANTAN

KERIS JAWA LOK 10 KERIS JAWA LOK 13

9.Rujukan

28

Page 29: Assignment Kr After Bar Uh Antar

1. Modul Kraf Seni Dr. Izzani.UPSI

2. Modul Seni Visual untuk kanak-kanak bermasalah Pembelajaran-Profesor Madya

Hj.Iberahim Hassan UPSI.

3. Seni dan Seniman ,Esei-Esei Seni Halus-Zakaria Ali-Dewan Bahasa dan Pustaka

Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus.S.H Nasr.Dewan Bahasa dan Pustaka.1989

4. Burckhardt, Ibrahim Titus, “Peranan Seni Halus dalam Pendidikan Muslimin”,

Falsafah kesusasteraan dan Seni Halus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1992.

5, Warisan Seni Bina Dunia Melayu,Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.UTM Skudai 2004

Rujukan Sesawang

1. Ms.wikipedia.org/wiki/

2. www.kraftangan.gov.my

3. www.kosmo.com.my

4. http;//bp.blogspot.com

29