check!

13
Check!King ku dikepung oleh pihak lawan. Seorang non-muslim. Aku terus menarik nafas, dan melepaskannya secara perlahan. Mataku terus melihat ke arah papan catur. Aku harus bertindak dengan bijak jika aku ingin memenangi perlawanan ini. Akalku sedang ligat merangka strategi. Aku mula menggerakkan knight untuk melindungi raja. Tidak sampai seminit, lawanku kembali mengasak. Check!Aku harus bertenang. Bismillahirrahmanirrahim.. Rabbi yassir, wa la tu assir. Hatiku memohon pertolongan dari Allah. Pemilik segala kekuatan. Pemilik segala kemenangan. Jantungku yang berdegup dengan kencang sebentar tadi, kini kembali normal. Bismillah.. Aku terus menggerakkan rook ke hadapan.

Upload: suriana-norizan

Post on 29-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mengisi masa terluang dengan menulis cerpen. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih-jernih sahaja..

TRANSCRIPT

Check!

King ku dikepung oleh pihak lawan. Seorang non-muslim.

Aku terus menarik nafas, dan melepaskannya secara perlahan. Mataku terus melihat ke arah papan catur. Aku harus bertindak dengan bijak jika aku ingin memenangi perlawanan ini. Akalku sedang ligat merangka strategi.

Aku mula menggerakkan knight untuk melindungi raja. Tidak sampai seminit, lawanku kembali mengasak.

Check!

Aku harus bertenang.Bismillahirrahmanirrahim.. Rabbi yassir, wa la tuassir.Hatiku memohon pertolongan dari Allah. Pemilik segala kekuatan. Pemilik segala kemenangan. Jantungku yang berdegup dengan kencang sebentar tadi, kini kembali normal.

Bismillah..

Aku terus menggerakkan rook ke hadapan.Check! Suaraku memecah kesunyian.Terlihat lawanku tersentak. Mungkin tidak menyangka aku akan melindungi king ku seterusnya mengatur serangan.Dia terus mengalihkan king nya ke penjuru. Heh, masuk perangkap. Namun, aku tidak segera menyerang. Aku harus melihat dahulu kemungkinan seranganku dipatahkan. Setelah berpuas hati, dengan lafaz basmalah aku terus menggerakkan rook ku yang satu lagi ke petak yang paling hujung.

Checkmate!

Hatiku lapang. Seolah-olah hatiku disirami oleh air yang sejuk. Alhamdulillah. Allah telah kurniakan kejayaan buatku. Terlihat lawanku hanya tertunduk. Kemudian dia mengangkat kepalanya.

Tahniah. Awak memang hebat. Salamnya ku sambut.Tahniah juga. Awak pun tak kurang hebatnya. Kami sama-sama tersenyum.Tak lah. Saya masih jauh untuk menandingi awak. Senyumku terkoyak.Sebenarnya, segala kemenangan ini, Tuhan saya yang kurniakan.Aku masih terus tersenyum. Ya, kejayaan ku hari ini, bukan atas usahaku, tetapi atas izin Ya Rahman.Kami terus menuju ke arah arbiter yang bertugas untuk melaporkan keputusan perlawanan kami tadi.

Selesai melaporkan, kami sama-sama keluar dari dewan pertandingan. Lawanku tadi melihat ke arahku.Awak kata kemenangan ini Tuhan awak yang berikan?Ya..kerana saya orang Islam dan itulah apa yang saya percaya.

Kami terus berbual sementara menanti semua perlawanan tamat. Siapa sangka, aku mampu pergi sejauh ini. Aku harap perkongsianku ini mampu menariknya untuk memeluk Islam. Agama yang suci ini.

*******

Suatu ketika dahulu.

Arghhh! Kenapa asyik kalah je ni? Aku tidak berpuas hati.Setelah bertahun-tahun aku berusaha, hanya kekalahan yang aku tempuhi. Kenapa malang sangat nasibku? Kenapa asyik kalah sahaja? Kenapa? Kenapa? Allah tak adil!!

Aku terus melepaskan amarahku. Sakit hati dengan kekalahan yang tak putus-putus. Ini sudah masuk tahun ketiga aku mewakili sekolah menengah dalam kejohanan catur. Aku mula mewakili sekolah semenjak di bangku sekolah rendah. Cukup tiga tahun, aku menginjak ke usia 13 tahun, membuatkan aku berada di sekolah menengah dan seterusnya mewakili sekolah menengah pula. Sekarang aku sudah berada di tingkatan tiga.

Astaghfirullahalazim. Bawak mengucap sikit Ana. Terdengar kawanku, Hannah menegur.Ah!! Kau tau apa Hannah! Aku penat! Aku bosan! Asyik kalah je memanjang. Sakit hati betul. Kau lain la, menang je. Kenapa la nasib aku buruk. Sedangkan kalau setiap kali kita berlatih, aku yang menag dengan kau. Tapi sekarang, aku kalah kau menang. Agaknya memang Allah tak nak bagi kemenangan kat aku. Huh!Astaghfirullahaazim. Kau ni dah kenapa Ana? Aku harap kau boleh bertenang dahulu. Kalau kau nak tahu rahsia aku, lebih baik kau pergi ambik wudhuk, solat taubat dua rakaat. Lepas kau buat semua tu, baru aku ceritakan kat kau.Aku mendengus. Lantas ku bawa diriku ke bilik dan menghempaskan tubuhku di atas katil. Penat. Letih. Perit. Semuanya ada. Kata-kata Hannah tadi tak ku hiraukan. Aku terus terlelap.

Dalam tidurku, aku bermimpikan kekalahanku sepanjang penyertaanku sebagai peserta. Aku dicemuh dan diejek oleh rakan sekelas. Malah guru-guruku juga memulaukan ku. Aku terasa diri ku bagai dihimpit-himpit. Sempit. Terasa sesak nafasku. Aku terus terjaga.

Astaghfirullahalazim! Air mataku mengalir laju. Hannah yang sedang membaca di katil sebelah, terkejut.

Ana, kau okay tak ni? Hannah meluru ke arahku. Aku tidak mampu berkata-kata. Hanya air mataku yang tak henti-henti mengalir. Hannah terus memelukku. Air mataku semakin laju. Dan terus laju. Aku tidak mampu menahannya lagi.

Kringgg! Kringggg!!!

Loceng asrama berbunyi menandakan sudah tiba waktu untuk ke surau. Waktu maghrib akan masuk tidak lama lagi.

Ana..Mari kita ke musolla. Jom kita cari kekuatan.Hannah tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Lantas ku menyambutnya bersama juraian air mata yang masih mengalir.

Dahlah..walau apa pun yang terjadi, ingatlah bawaha aku adalah sahabatmu. Tak mungkin aku akan biarkan kau keseorangan. Tangannya mengelap tubir mataku untuk menghilangkan sisa air mata.

Terharu.

Kami bersama-sama menuju ke arah musollah. Ya, untuk mencari ketenangan. Untuk mencari kekuatan. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang!

Hm..kau macam mana sekarang? Teguran Hannah memecah lamunanku. Aku tersenyum.Alhamdulillah. Terima kasih sahabat.Sama-sama. Nama pun sahabat kan.

Senyumku terkoyak.

Betul ni..aku berterima kasih banyak kat kau. Tak kisahlah..sikit je pun.Bagi kau sikit, bagi aku besar maknanya ni tau.Dahlah..kau kalau nak gula-gulakan aku, tunggu aku jadi air dulu.

Tawa pecah.

Haha..tunggu kau jadi air, mustahil sangat la tu.Aku gurau je. Sekarang ni, macam mana?Macam mana apa?Kau nak dengar cerita aku tak?Eh, tentulah nak.Hannah bercerita dengan semangatnya. Aku menjadi kagum. Siapa sangka, pendiamnya seorang Hannah, tersimpannya mutiara berharga. Apa yang aku dapat melaluinya, kita mestilah perbetulkan niat. Niat. Nampak macam mudah tapi susah. Ya lah. Selama ni aku bertanding, aku hanya mahukan kemenangan. Sedangkan, Hannah memberitahu ku bahawa cita-cita perlu lebih besar daripada itu. Kembangkan Islam.Kata-kata Hannah itu ku sematkan dalam hati. Akan ku berusaha untuk kembangkan Islam melalui permainan catur ini. Walaupun mungkin ramai yang meremehkan ku, akan ku terus melangkah. Insya-Allah!

Keesokan harinya.

Aku dan Hannah menuju ke bilik kaunselor untuk berjumpa dengan guru penasihat kelab catur merangkap guru kaunseling kami. Sebaik memberi salam, terlihat senyuman di bibir Cikgu Rohaya.

Assalamualaikum cikgu! Aku dan Hannah serentak memberi salam.Waalaikumussalam. Marilah masuk. Nak jumpa cikgu ke?Ya, cikgu. Cikgu free tak sekarang? Hannah memulakan bicara.Ya, boleh. Silakan. Nak bercakap di sini sahaja ke, atau nak ke bilik yang lebih privacy?Kat sini pun okey cikgu. Aku membalas.Baiklah. Jemput duduk.Aku dan Hannah mengambil tempat di hadapan Cikgu Rohaya. Senang nak berbual. Lagipun, barulah senang nak menghadam apa yang akan diperkatakan oleh Cikgu Rohaya nanti.

Terlihat senyuman terukir di bibir cikgu. Manis.

Haa, Ana dengan Hannah nak cakap apa dengan cikgu? Cikgu Rohaya masih lagi tersenyum. Ibarat melihat seorang ibu. Itulah yang kami rasakan.

Hannah memandang ke arahku.

Kami nak minta sikit nasihat cikgu. Hannah memulakan bicara.Silakan. Selagi cikgu boleh bantu, cikgu bantu.Aku tersenyum. Aku menarik nafas dan melepaskannya secara perlahan-lahan.

Cikgu, boleh bagi tips sikit tak? Macam mana nak menghadapi lawan? Maksud saya dalam perlawanan catur.

Oh, cikgu ingatkan kamu nak ceritakan apa tadi. Senang je tu.Aku dan Hannah saling berpandangan.

Senang? Maksud cikgu? Aku kehairanan.

Cikgu Rohaya mengambil sehelai kertas dan sebatang pensil. Dilakarnya sebuah bulatan. Kemudian cikgu membelah bulatan itu kepada dua.

Cuba kamu cakap kat cikgu, apa yang kamu nampak? Cikgu Rohaya menunjukkan lakarannya tadi kepada kami.

Err..sebuah bulatan? Separa bulatan? Aku membalas.Lagi?Lagi? Erm.. Seimbang? Sama saiz?Lagi?Kepalaku yang tidak gatal ku garu perlahan. Aku memandang ke arah Hannah.Han, kau nampak apa? Berkerut semacam aku tengok.Aku nampak sebuah kehidupan, yang diberikan sama rata. Aku dapat separuh, kau pun dapat separuh. Tapi, sejauh manapun kita kejar untuk dapat lebih dari separuh tu, hakikatnya kita berpusing di bulatan yang sama.

Aku terdiam. Tak pernah aku terfikir begitu. Aku lihat senyuman di wajah Cikgu Rohaya semakin melebar.

Kamu nampak tak apa yang cikgu nak sampaikan? Cikgu Rohaya memandang ke arahku. Aku hanya menggeleng. Sungguh aku bingung.

Kita perlu berfikiran jauh. Berfikir di luar kotak. Kalau cikgu tanyakan soalan yang sama di dalam kelas contohnya, majoriti akan menjawab seperti kamu Ana. Tapi, akan ada segelintir orang yang akan berfikir macam Hannah. Begitulah kehidupan ini. Begitu jugalah dalam permainan catur. Jika kita mahu menang, kita perlu berfikir jauh ke hadapan. Dan kita juga perlu berfikir dengan lebih mendalam.Aku mengangguk-anggukkan kepala. Menandakan aku mula memahami apa yang ingin disampaikan oleh Cikgu Rohaya.

Cikgu bagi contoh. Dalam permainan catur. Jika kamu dapat berfikiran lebih jauh, kamu pasti akan menang. Apabila lawan kamu sedang memikirkan satu cara untuk menyerang kamu. Kamu sudah berfikir tiga cara untuk menyerangnya. Jadi, kamu boleh nampak tak siapa yang untung di situ?

Kami saling tersenyum.

Begitu juga kalau kamu berada di situasi bahaya. Adakah bermakna kamu sudah kalah?Tak semestinya cikgu.Ya, betul tu Ana. Kamu perlu berfikir di luar kotak. Macam mana kamu hendak menyelamatkan raja kamu? Kamu tak semestinya perlu mengalihkan raja kamu, tapi kamu boleh menggunakan buah catur yang lain untuk melindunginya. Perbuatan ni kadang-kadang juga boleh menjadi kelebihan buat kamu apabila kamu dapat mempertahankan raja kamu, seterusnya menyerang semula pihak lawan. Yang penting, kamu perlu bertenang dan fikir dahulu.

Kami mendengar dengan teliti.

Dalam Islam pun sudah diterapkan ajaran ini. Cuma ramai yang tidak mengambil tahu.Maksud cikgu? Aku inginkan penjelasan.Yalah. Dalam Islam, kita disuruh percaya adanya hari kiamat. Kenapa?Supaya kita berfikir bahawa setiap perbuatan kita ada balasannya. Maksudnya, setiap yang kita lakukan pasti akan dibalas. Pasti akan disoal. Pasti akan menemui pengakhiran.Bagus Hannah! Dalam Islam sudah diterapkan unsur berfikiran jauh, dan berfikir di luar kotak. Kita tak perlu soalkan kenapa kita perlu tutup aurat macam sekarang ni. Kalau kita dapat berfikir jauh, kita akan nampak bahawa perbuatan ini membantu diri kita sendiri juga. Untuk keselamatan diri kita. Dan Allah kurniakan balasan ata setiap kesusahan kita itu dengan balasan syurga. Manakala, apabila kita berfikir di luar kotak, kita akan dapat lihat pelbagai jalan untuk kita menutup aurat. Tak semestinya kita perlu memakai tudung labuh sahaja. Kalau kamu nak pakai pashmina ke, shawl ke, tak kisah. Yang penting tutup aurat.

Gambaran itu semakin jelas di fikiranku.

Kamu perlu ingat, hakikat kemenangan bukanlah apabila kamu berjaya menjadi johan dalam kejohanan itu. Tapi, lebih besar dari itu. Hakikat kemenangan ialah apabila kamu mampu menyebarkan Islam melalui kemahiran kamu. Kamu boleh menjadi contoh pula kepada pelajar lain. Cuba kamu bayangkan, kalau kamu menjadi johan tetapi akhlak kamu entah ke mana, kamu hanya akan dapat gelaran ini. Tetapi, hati kamu takkan pernah tenang. Sedangkan kemenangan yang sebenar menjanjikan kebahagian buat kita. Kalau kamu tak dapat johan sekalipun tapi kamu tunjukkan akhlak yang baik. Bertegur sapa dengan lawan. Menghormati pihak lawan. Apa yang kamu dapat?

Tentulah saya akan bahagia walaupun tak menang. Sebab saya masih dapat yang lain iaitu persahabatan dan mungkin termasuk juga perkara yang lain.

Bagus! Sebab kebahagiaan itulah kemenangan yang sebenar.

Dan kebahagiaan itu menjanjikan kemenangan yang bermakna. Hannah dilihat tersenyum.Aku turut tersenyum. Kenapa aku tidak pernah berfikir hal ini? Banyak lagi aku perlu belajar rupanya. Aku perlu tenang dan bersabar untuk mendapatkan sesuatu. Aku perlu bertenang dahulu. Fikir jauh ke hadapan. Aku perlu bersabar dahulu. Fikir di luar kotak. Ya! Aku sudah faham. Akan ku sematkan nasihat ini dalam hatiku.

Terima kasih cikgu!

Aku dan Hannah keluar dari bilik kaunseling dengan hati yang lapang dan semangat yang membara. Kini aku tahu apa yang aku tertinggal selama ini. Apa yang aku cari selama ini.

Ayuh! Mari kita kejar kemenangan yang hakiki!