akidah teras pembangunan muslim

Upload: nfaf82

Post on 14-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    1/33

    CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS

    ISLAM

    (AKIDAH TERAS

    PEMBANGUNAN MUSLIM)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    2/33

    OBJEKTIF TAJUK

    Memahami konsep akidah dari perspektif Islam

    Memahami asas-asas akidah Islam

    Mengenal pasti kaedah-kaedah pembinaan danpengukuhan akidah

    Mengenal pasti faktor-faktor pembatalan akidah

    Mengetahui peranan akidah di dalampembangunan ummah

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    3/33

    AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN

    MUSLIM

    MANUSIA

    UNSUR JASMANI UNSUR ROHANI

    ZatVitaminProtinLemak Dsb

    AkidahImantaqwa

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    4/33

    PENGERTIAN AKIDAH, IMAN, TAUHID

    Akidah simpulan iman, pegangan yang kuat dan satu keyakinan yangmenjadi pegangan

    - keimanan yg mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-manapengaruh sama ada dari luar atau dari dalam diri seseorang itu.

    Iman membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah sertamembuktikan dengan anggota tubuh badan dengan melakukanamal ibadah di samping pengabdian diri terhadap Allah SWT

    Tauhid Berasal dari kalimah wahid bererti esa (satu)

    - Mengesakan Allah SWT satu-satunya Tuhan yang wajib disembahserta melakukan segala suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    5/33

    PEMBAHAGIAN TAUHID

    TAUHID

    RUBUBIYYAH

    ULUHIYYAH

    ASMA WA AL-SIFAT

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    6/33

    1- TAUHID ULUHIYYAH

    Uluhiyyah berasal daripada perkataan Ilah yangbererti sesuatu yang dipuja dan disembah.

    Tauhid Uluhiyyah bermaksud mentauhid/mengesakan Allah dari sudut pengibadatan ataupenyembahan.

    Allah sebagai Ilah bermaksud Dialah sahaja tuhanyang wajib disembah dan dipuja.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    7/33

    2- TAUHID RUBUBIYAH

    Rububiyah berasal daripada perkataan Rabb yang bermaksudpencipta, pemimpin, penguasa, pemilik, pemerintah sertapemelihara alam semesta, pemberi rezeki dan sebagainya.

    Tauhid Rububiyah bermaksud mentauhid/ mengesakan AllahSWT dari sudut Allah sebagai pengatur segala sesuatu. Dialah

    pencipta aturan alam semesta, Dia yang menghidupkan, yangmematikan, yang memberi manfaat, yang mendatangkan hukummudarat, dan di tanganNya lah terletak segala kebaikan.

    Hanya Allah yang menciptakan makhluk bahkan apa yangmanusia lakukan tertakluk di bawah ketentuanNya.

    Hanya Allah sahaja sebagai Rabb dan tidak boleh sekali-kalimenganggap yang lain sebagai Rabb atau bersama-sama Allahmenjadi Rabb.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    8/33

    3- TAUHID AL-ASMA WA AL-SIFAT

    Asma adalah kata jama kepada ism (nama). Olehitu, Asmabermaksud nama-nama.

    Tauhid Asma wa al-sifat bermaksud

    mentauhid/mengesakan Allah SWT melalui nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    9/33

    PERKAITAN ANTARA AKIDAH,IMAN DANTAUHID

    Akidah, iman dan tauhid mempunyai pertautanyang sangat rapat.

    Akidah merupakan suatu pegangan dan di dalampegangan itu ada bahagian-bahagiannya yang

    merupakan kepercayaan tertentu iaitu keimanan. Melalui keimanan akan melahirkan rasa

    ketauhidan kepada Allah SWT.

    Apabila seorang itu mempunyai pegangan yang

    kuat kepada rukun iman, nescaya ia akan berimankepada Allah SWT dab sekaligus mengakui AllahSWT sahaja lah Tuhan yang Maha Esa.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    10/33

    1.Beriman kepada Allah2.Beriman kepada Malaikat3.Beriman kepada kitab-kitab

    4.Beriman kepada Para Rasul5.Beriman kepada Hari Akhirat6.Beriman kepada Qada dan

    Qadar

    ASAS-ASAS AKIDAH

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    11/33

    1- BERIMAN KEPADA ALLAH

    Konsep beriman kepada Allah meliputikepercayaan bahawa Allah itu ada dan esa, percayabahawa Allah bersifat dengan sifat-sifatkesempurnaan, Dialah penjadi alam ini dan alam

    akhirat, Dialah yang menghidupkan danmematikan, mempercayai bahawa semua makhlukadalah milikNya, Dialah sahaja tuhan yangdisembah dengan sebenar-benarnya.

    Beriman kepada Allah juga bermakna semuaperkara di dalam kegiatan hidup kita adalahkeranaNya dan melaksanakannya berpandukankepada peraturan Allah SWT.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    12/33

    BERIMAN KEPADA ALLAH

    Bukti kewujudan Allah :

    Dalil naqli (wahyu)

    Dalil aqli (logik akal)

    Cara mengenal Allah Melalui ayat-ayat maktubah/makruah (al-Quran)

    Melalui ayat-ayat maftuhah/manzurah (alam semesta)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    13/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH

    1- Membezakan kehidupan manusia dengan haiwan.

    Allah berfirman: Sesungguhnya Allah akan memasukkanorang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal

    yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnyabeberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafirmenikmati kesenangan di dunia serta mereka makanminum sebagaimana binatang-binatang ternakmakan minum, sedang Nerakalah menjadi tempattinggal mereka. (Surah Muhammad:12)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    14/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH

    2- Mengenali Allah sebagai Yang Memberi Petunjukkepada jalan yang benar.

    Mengelakkan diri daripada melakukan kebinasaaan di duniakerana tidak mengetahui apakah amalan soleh apakah amalan

    buruk.

    Allah berfirman: (Iaitu) orang-orang yang merombak(mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan

    memutuskan perkara yang disuruh Allah supayadiperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakandan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang

    yang rugi. (Surah al-Baqarah: 27)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    15/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH

    3- Mengetahui matlamat hidup dan bersediamenghadapi kematian

    Orang yang tidak beriman dengan Allah tidak tahu matlamatsebenar kehidupan dan hatinya keluh kesah mengingatkankematian dan tidak mahu berfikir tentangnya.

    Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yangkamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan

    menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaAllah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, laluDia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan(serta membalasnya). (Surah Jumuah:8)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    16/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH

    4- Mendapat keredaan, pertolongan dan bantuanAllah Taala.

    Firman Allah Taala:

    Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yangmenolong agamaNya (agama Islam).

    (surah al-Hajj:40)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    17/33

    Orang yang tidak beriman kepada Allah diharamkanbaginya daripada mendapat keredaan Allah dan nikmatsyurga-Nya.

    Allah berfirman:

    Maksudnya:Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki

    dan perempuan serta orang-orang kafir dengan NerakaJahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itumenjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan merekadan bagi mereka azab seksa yang kekal.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    18/33

    BERIMAN KEPADA MALAIKAT

    Allah menciptakan malaikat daripada cahaya (nur)berdasarkan hadith Rasulullah SAW yangbermaksud:

    Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin diciptakandari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yangditerangkan padamu semua.

    (Riwayat Muslim)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    19/33

    Malaikat sebagai makhluk Allah yang kuat, memilikisayap-sayap yang banyak sehingga demikian

    membolehkan mereka melakukan pergerakan yangpantas. Sayap-sayap mereka adalah berbeza antarasatu sama lain. Ada yang mempunyai dua, tiga danempat sayap bahkan lebih dari itu.

    Allah berfirman di dalam Surah Fathir ayat 1 yangbermaksud:

    Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langitdan bumi, menjadikan malaikat sebagai utusan. Paramalaikat ada sayap-sayap; ada yang punya dua sayap,

    tiga sayap, empat sayap. Allah boleh menambahkanpada ciptaannya apa yang Allah kehendaki,sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-galanya.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    20/33

    Malaikat juga boleh berupa dengan bermacam-macambentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada

    Rasulullah dalam bentuk cahaya dan ada juga yangdatang ke bumi dalam bentuk manusia.

    Contohnya malaikat Jibril datang dalam satu majlisRasulullah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Jibril

    berupa seorang lelaki dan bertanya Rasulullahbeberapa persoalan tentang Islam,Iman dan Ihsan.

    Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukanlelaki dan bukan perempuan, mereka tidak tidur, tidak

    mempunyai nafsu, tidak mempunyai kuasa memilihdan seumpamanya.

    Jumlah malaikat ini tidak terhingga banyaknya.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    21/33

    BERIMAN KEPADA MALAIKAT

    Tugas malaikat

    Membawa wahyu kepada para nabi dan rasul

    Bertasbih, patuh serta sujud kepada Allah

    Menanggung arash Allah

    Mencatat amalan manusia

    Menjalankan tugas di hari akhirat : beri salam ahli syurga,azab ahli neraka dsb

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    22/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

    1- Salah satu daripada rukun iman

    2- Menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah.3- Allah mengutuskan malaikat untuk menolong orang beriman.

    Firman Allah Taala:

    (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat:Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi

    pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yangberiman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir denganperasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) danpotonglah tiap-tiap anggota mereka. (Surah al-Anfal:12)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    23/33

    KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

    4- Sentiasa berhati-hati daripada melakukan kemungkaran.Firman Allah Taala:

    Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengarapa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yangmereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukansebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusanKami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala

    yang mereka lakukan. (Az-Zukhruf:80)

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    24/33

    BERIMAN KEPADA KITAB

    Kitab terbahagi kepada 2: Suhuf Kitab : Taurat, Injil, Zabur , al-Quran

    Persamaan dan perbezaan (al-Quran dengan kitab-kitab lain Persamaan : kesemua kitab membawa konsep tauhid Perbezaan : beriman dengan al-Quran bukan sekadar percaya al-Quran itu

    daripada Allah tetapi mesti mempelajari, memahami dan melaksanakannya.Manakala kitab-kitab lain diperintah untuk mempercayai sahaja tanpa dituntutuntuk mempelajari, memahami dan melaksanakannya.* kandungan al-Quran menyeluruh-kitab-kitab lain tidak lengkap* keaslian al-Quran terpelihara dari perubahan-kitab-kitab lain telahmengalami perubahan

    * Penggunaan al-Quran sesuai semua zaman dan tempat-kitab-kitab lainhanya untuk tempoh dan tempat tertentu sahaja

    * Bahasa al-Quran (bahasa Arab) hidup pemakaiannya sepanjang masa- bahasakitab- kitab lain telah pupus

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    25/33

    BERIMAN KEPADA RASUL

    Peranan Rasul : Mengajar manusia

    Memandu manusia

    Memimpin manusia

    Kebenaran Rasul- Mukjizat

    Nabi Muhammad Rasul Terakhir

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    26/33

    BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

    Bukti /dalil kewujudan hari akhirat Dalil naqli (wahyu)

    Dalil aqli (logik akal)- manusia yg hidup akhirnya akan mati

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    27/33

    Peringkat-peringkat di Hari Akhirat

    1- Alam Kubur (Barzakh)

    2- Hari Kebangkitan

    3- Manusia Dihimpunkan4- Pembentangan Amalan

    5- Kiraan dan Timbangan Amalan

    6- Meniti Titian (as-Sirat)

    7- Balasan Syurga dan Neraka

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    28/33

    BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

    Ketentuan Allah ke atas manusia: Ketentuan Allah mengandungi sebab dan akibat

    Takdir Allah termaktub dalam sunnahNya : Kejadian manusialelaki/perempuan, cacat / sempurna dsb.

    Kepentingan beriman kepada Qada dan Qadar Memperolehi bahagia dan bersedia menerima ketentuan Manusia tidak mudah putus asa apabila diuji

    Mengandungi hikmah dalam setiap ketentuanNya

    Kekeliruan memahami konsep takdir Disebabkan kejahilan Melakukan kejahatan, menyalahkan takdir Allah

    Kelakuan itu bukan takdir tetapi pilihan manusia sendiri

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    29/33

    Sikap Orang Islam menerima takdir

    * reda

    * bersabar

    *bersyukur*sentiasa berusaha dan berwaspada

    *sentiasa berdoa

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    30/33

    PEMBINAAN DAN

    PENGUKUHAN AKIDAH

    Membina kefahaman terhadap konsep Islam yangsebenar-bina akidah melalui pendidikan/ilmu

    Membersihkan hati dengan meninggalkan larangan

    Allah dan melaksanakan suruhanNya-ibadah/taqarrub

    Berjihad melawan hawa nafsu dan beriltizam denganIslam

    Bergaul dengan orang-orang yg soleh Berwaspada dengan segala kemungkaran dan

    kemaksiatan di sekeliling

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    31/33

    FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH

    1- Melaluiiktiqad dalam

    hati

    2-Melaluiperbuatan

    3- Melaluiperkataan atau

    percakapan

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    32/33

    FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH1- Melalui iktiqad di dalam hati

    - hati tidak yakin dan ragu-ragu dengan ajaran Islam2- Melalui perbuatan

    - syirik kepada Allah seperti memuja, menyembah,berdoa dan memohon kepada selain daripada Allah.

    - memaki al-Quran, Rasul atau nabi3- Melalui percakapan atau perkataan

    - mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengankonsep akidah Islam.

    -contoh: =bersumpah dengan agama yang lain dariIslam=menghina Rasulullah dan ajaran yangdisampaikannya.

  • 7/30/2019 Akidah Teras Pembangunan Muslim

    33/33

    PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

    Melahirkan ummah yang tundukdan patuh kepada Allahdan RasulNya

    Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju danmatlamat hidupyang jelas

    Melahirkan ummah yang memiliki keperibadianyangunggul

    Melahirkan ummah yangberfikiran kritis, progresifdandinamis

    Membangunkan ekonomi ummah secara komprehensif

    Menegakkan sistem pemerintahanyang stabil