chap goh mei

3
Analisis kefahaman mahasiswa terhadap perayaan Masyarakat Cina Seramai 30 responden telah dipilih untuk kajian ringkas kefahaman mereka terhadap perayaan masyarakat cina. Mereka terdiri daripada mahasiswa universiti, guru, orang awam dan pelajar sekolah Majoriti responden adalah terdiri daripada golongan kaum bukan cina. Pecahan responden berdasarkan kaum mendapati wanita lebih ramai iaitu 60 orang (53 peratus) berbanding lelaki 53 orang (47 peratus). Mereka terdiri daripada pelbagai etnik di mana Melayu adalah paling ramai iaitu 14 orang (74 peratus), diikuti India seramai 12 orang (16 peratus), Cina 3 orang (9 peratus) dan lain-lain hanya seorang (1 peratus). Semua responden berada di lingkungan umur 20 – 30 tahun. Maklumat Kekerapan (n=113) Peratus Lelaki 53 47 Perempuan 60 53 Melayu 84 74 Cina 18 16 India 10 9 Bumiputera Sabah 1 1 Daripada jumlah ini, responden beragama Islam membentuk 74 peratus diikuti Buddha, Hindu dan Kristian. Ia memberi gambaran bahawa semua responden memiliki nilai-nilai hidup berteraskan kepercayaan agama.

Upload: thirumurthi-subramaniam

Post on 01-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Chap Goh Mei

TRANSCRIPT

Analisis kefahaman mahasiswa terhadap perayaan Masyarakat Cina

Analisis kefahaman mahasiswa terhadap perayaan Masyarakat Cina

Seramai 30 responden telah dipilih untuk kajian ringkas kefahaman mereka terhadap perayaan masyarakat cina. Mereka terdiri daripada mahasiswa universiti, guru, orang awam dan pelajar sekolah Majoriti responden adalah terdiri daripada golongan kaum bukan cina.

Pecahan responden berdasarkan kaum mendapati wanita lebih ramai iaitu 60 orang (53 peratus) berbanding lelaki 53 orang (47 peratus). Mereka terdiri daripada pelbagai etnik di mana Melayu adalah paling ramai iaitu 14 orang (74 peratus), diikuti India seramai 12 orang (16 peratus), Cina 3 orang (9 peratus) dan lain-lain hanya seorang (1 peratus). Semua responden berada di lingkungan umur 20 30 tahun.

MaklumatKekerapan(n=113)Peratus

Lelaki5347

Perempuan6053

Melayu8474

Cina1816

India109

Bumiputera Sabah11

Daripada jumlah ini, responden beragama Islam membentuk 74 peratus diikuti Buddha, Hindu dan Kristian. Ia memberi gambaran bahawa semua responden memiliki nilai-nilai hidup berteraskan kepercayaan agama.

Terdapat 14 bidang pengajian yang akan diikuti oleh responden iaitu bahasa Perancis, biokimia, bioteknologi, ekonomi, farmasi, sains aktuari, kewangan, matematik, pengajian Islam, perakaunan, perubatan, sains komputer, undang-undang dan kejuteraan. Sebahagian besar responden telah mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang seperti 15A dan 17A. Keupayaan mereka berfikir sangat dinamik dan mengatasi mahasiswa sedia adak di dalam negara.

Kajian ke atas kefahaman konsep Satu Malaysia dibuat dengan meminta responden membentuk kumpulan kecil seramai 11 hingga 12 orang. Mereka diberi penerangan dan pendedahan tentang sejarah negara seperti konsep kewarganegaraan, kontrak sosial, perlembagaan persekutuan dan perkembangan kemajuan negara selepas merdeka hingga hari ini. Maklumat-maklumat ini disampaikan melalui ceramah, latihan dalam kumpulan, soal jawab dan tayangan video supaya asas-asas pembentukan negara dapat difahami dengan baik.

Satu soalan telah dikemukakan kepada responden iaitu: Apakah yang anda faham tentang konsep Satu Malaysia?

Responden diberi masa selama 15 minit untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing. Jawapan dalam bentuk esei tidak melebihi 150 patah perkataan. Analisis ke atas jawapan berkenaan telah dikelompokkan di dalam beberapa tema seperti perpaduan kaum, masyarakat maju, nilai bersama dan keamanan.

Dapatan kajian menunjukkan semua responden memahami konsep Satu Malaysia sebagai elemen untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan etnik. Mereka memahami perpaduan adalah unsur penting yang menjamin keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Konsep Satu Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia kerana responden melihat Satu Malaysia menonjolkan ciri-ciri persamaan nilai dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, sedangkan Malaysian Malaysia mengutamakan hak sama rata dalam semua perkara.

Dalam Satu Malaysia, lapan nilai yang diketengahkan ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, meritokrasi, pendidikan, integriti dan kesetiaan. Jika diambil nilai pertama iaitu budaya kecemerlangan, konsep Satu Malaysia hendak melihat rakyat Malaysia memahami bahawa cemerlang boleh menjadi budaya.

Bagi tema masyarakat maju, responden melihat Satu Malaysia adalah kesinambungan daripada Wawasan 2020 iaitu kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Nilai-nilai yang diterapkan pula adalah nilai yang telah sedia ada dalam masyarakat negara ini. Responden juga mencadangkan kerajaan mengerakkan kefahaman Satu Malaysia melalui kempen dan ceramah motivasi supaya penerapan nilai-nilai kejayaan dan kerjasama antara kaum dapat digerakkan.

Perbezaan etnik tidak mempengaruhi responden untuk menolak negara yang aman kerana responden berpendapat negara ini perlu berada dalam keadaan politik, ekonomi dan sosial yang stabil. Responden melihat Datuk Seri Najib berazam menyatukan semua rakyat Malaysia supaya negara ini mempunyai maruah.

Kajian ringkas ini memberi panduan yang jelas kepada pengkaji sejauh mana kefahaman responden tentang konsep Satu Malaysia. Rata-rata mereka memahami bahawa Satu Malaysia menekankan elemen perpaduan kaum di Malaysia dan sebagai usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju melalui nilai-nilai kecemerlangan. Pada masa yang sama, responden merasai hak istimewa orang Melayu terus dipertahankan manakala hak kaum-kaum lain dilindungi sepenuhnya.