cerpen tanggar amanat

15
ANTOLOGI DIGARHAYU BAHASAKU CERPEN TANGGAR AMANAT Amaruszati Noor Rahim

Upload: preciousafiqah

Post on 17-Aug-2015

31 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen tanggar amanat

ANTOLOGIDIGARHAYU BAHASAKU

CERPEN TANGGAR AMANAT

Amaruszati Noor Rahim

Page 2: Cerpen tanggar amanat

Disediakan oleh :

SITI AISHAH BT HANAFI

PUTERI IZZAH AFIQAH BT ZAKI NOR LIYANA BT ROSLI NUR EZZATI BT ROZLAN

Page 3: Cerpen tanggar amanat

SINOPSISHawa ialah waris kepada Ahmad Abdullah yang memiliki

empayar perniagaan di Amerika Syarikat. Dia sedang mengandung empat bulan. Tempat yang didiami oleh Hawa akan musnah sebagai akibat letupan gunung api yang dijangkakan akan berlaku. Berikutan itu, suami Hawa, Adam mengajak Hawa berhijrah ke tempat yang selamat, iaitu Malaysia. Hawa enggan mendengar nasihat Adam. Adam berasa jemu untuk memujuk Hawa lalu meninggalkan Hawa sendirian.

Semasa Hawa bersendirian, dia telah melayang dalam dunianya sendiri. Dia telah bertemu dengan janinnya, iaitu anak didalam kandungannya. Pertemuan itu membolehkan Hawa berkomunikasi dengan anaknya. Anak Hawa telah menasihatinya agar meninggalkan Amerika Syarikat dan mendengar nasihat suaminya. Hawa tetap dengan pendiriannya untuk berada di Yellowstone, Amerika Syarikat kerana memegang pesan nenda anaknya. Anak Hawa menjelaskan bahawa Hawa masih dapat meneruskan apa-apa yang telah diusahakannya di tempat lain.

Page 4: Cerpen tanggar amanat

Anak Hawa menasihatinya supaya tidak meneruskan usahanya di Amerika Syarikat kerana secara tidak langsung Hawa telah membantu Israel memperoleh sumber kewangan untuk memusnahkan negara-negara Islam. Anak Hawa memberitahu Hawa bahawa Yellowstone akan musnah. Hawa masih bertegas untuk mempertahankan warisan Ahmad Abdullah di Yellowstone. Anak Hawa menjelaskan bahawa dirinya ialah harta warisan yang paling berharga dan merayu agar Hawa memberikannya kesempatan untuk menjadi insan.

Kata-kata anaknya telah menyedarkan Hawa. Hawa akur permintaan anaknya untuk menyelamatkan keturunan Ahmad Abdullah. Tiba-tiba ilusi Hawa terputtus apabila namanya dipanggil berulang kali oleh Adam. Hawa tersedar daripada khayalannya. Hawa mahu menjadi isteri yang setia kepada Adam. Hawa juga berasa tidak sabar untuk memberitahu Adam bahawa anak mereka lelaki.

Page 5: Cerpen tanggar amanat

TEMA

Cerpen ini mengemukakan tema ketegasan seorang wanita dalam mempertahankan empayar perniagaan yang merupakan warisan keturunannya.

Page 6: Cerpen tanggar amanat

PERSOALAN

• Usaha yang gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang itu walaupun dia berada di negara asing.

• Kasih sayang seorang ibu terhadap anak lebih daripada segala-galanya.

• Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan rumah tangga terus harmoni.

• Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau pendirian.

• Pengorbanan besar yang perlu dilakukan dalam menghalang keganasan Israel terhadap bangsa Palestin.

Page 7: Cerpen tanggar amanat

WATAK DAN PERWATAKAN

1) HAWA o Hamil empat bulan.o Generasi ketujuh Ahmad Abdullah.o Menyayangi suami, iaitu Adam dan bayi dalam

kandungannya.o Menunggu selama lapan tahun untuk memperoleh

cahaya mata.o Bersikap degil untuk terus menetap di Yellowstone.o Teguh pendirian dalam mempertahankan warisan yang

ditinggalkan oleh Ahmad Abdullah.o Akur dengan bisikan bayinya supaya meninggalkan

Yellowstone yang akan musnah kelak.o Bersikap rasional, iaitu bersetuju untuk mengikut

suaminya, Adam pulang ke Malaysia.

Page 8: Cerpen tanggar amanat

2) ANAK / BAYI DALAM KANDUNGANo Berada di alam janin.o Baru berusia empat bulan.o Bijak memberikan pendapat dan nasihat.o Bakal lahir sebagai seorang lelaki.o Sayang akan ibunya, Hawa dan ayahnya,

Adam.

3) ADAMo Anak kelahiran Malaysia.o Mengahwini Hawa, wanita dari negara

Yellowstone.o Memujuk isterinya supaya pulang ke Malaysia.

Page 9: Cerpen tanggar amanat

LATAR

1) LATAR TEMPAT

o Di rumah Hawa, di Yellowstone. Contohnya, Adam memujuk Hawa untuk meninggalkan Yellowstonedan pengikutnya pulang ke Malaysia.

o Di alam janin atau alam rahim. Contohnya, perbualan yang berlaku antar hawa dengan bayinya.

Page 10: Cerpen tanggar amanat

2) LATAR MASA o Latar masa cerpen ini adalah pada musim gugur.

Contohnya, ketika Adam memujuk Hawa untuk mengikutnya pulang ke Malaysia.

3) LATAR MASYARAKATo Masyarakat melayu yang tinggal di Amerika Syarikat.o Masyarakat usahawan. Contohnya, pHawa mempusakai

perusahaan yang ditinggalkan oleh Ahmad Abdullah.o Masyarakat janin. Contohnyaanak Hawa yang masih berada

dalam kandungan dan beruasaha menjadi insan.o Masyarakat yang berpandirian tetap. Contohnya, Hawa

tegas mempertahankan warisan keturunannyao Masyarakat yang prihatin. Contohnya, Adam begitu prihatin

terhadap keadaan sekelilingnya.o Masyarakat yang kejam. Contohnya, Israel yang melakukan

kekejaman terhadap Palestin.

Page 11: Cerpen tanggar amanat

TEKNIK PLOT

1) TEKNIK DIALOG(a) Dialog antara Adam dan Hawa. Contohnya, o “abang takut mati?” dia menghadiahi pandangan

menguji. “Setiap kita akan mati.” “Ya, tapi bukan menunggu begini.” “Lahir saya di sini , mati saya biarlah juga di sini.” (hal 177)

2) TEKNIK MONOLOG(a) Hawa bermonolog tentang keajaiban alam yang

baru dimasukinya. contohnya.,o “Ajaibnya alam ini!” dia tertinjau-tinjau aneh

melihat dua saluran, kiri dan kanan. (hal 180)

Page 12: Cerpen tanggar amanat

GAYA BAHASA

1) BAHASA ISTANA o “Bonda boleh mendengar suarra hati dan suara

akal anakanda. Sebaliknya juga.” (hal 181)o “Nendamu berpesan, tetap teguhlah di

Yellowstone, …” (hal 183)

2) HIPERBOLA o Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke

barat. (hal 178)o Bonda mengembara dalam tubuh bonda sendiri.

(hal 181)

Page 13: Cerpen tanggar amanat

3) PERSONIFIKASI oAngin musim gugur mencuri masuk

melalui leher jaket tebalnya.(hal 177)oAroma bunga liar menerpa hidung. (hal

179)

4) REPETISI o“Lahirnya saya di sini, mati saya biarlah

juga di sini.” (hal 177)oAda tangan. Ada jari. Ada kaki. (hal 181)

Page 14: Cerpen tanggar amanat

NILAI

• Nilai kasih sayang. Contohnya, Hawa amat menyayangi bayi dalam kandungannya.

• Nilai ketegasan. Contohnya, Hawa bersikap tegas untuk mempertahankan warisan keturunan Ahmad Abdullah di Yellowstone.

• Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, bayi dalam kandungan Hawa menasihatinya supaya berhijrah ke tempat yang selamat.

• Nilai berpandangan positif. Contohnya, Adam berpandangan positif, iaitu yakin akan selamat sekiranya dia dan Hawa berhijrah ke Malaysia.

• Nilai ketaatan. Contohnya, Hawa berjanji akan menjadi isteri yang taat kepada Adam.

Page 15: Cerpen tanggar amanat

PENGAJARAN

• Setiap orang mesti tegas dalam mempertahankan warisan keturunan masing-masing.

• Kita harus yakin bahawa rezeki berada di mana-mana sahaja agar kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

• Kita hendaklah berfikir secara rasional agar tidak membuat keputusan yang salah.

• Kita janganlah bersubahat dengan pihak musuh.• Kita hendaklah setia kepada suami demi

kebahagiaan rumah tangga.