cerpen farina (email ha)

7
Penantian Jika seorang suami yang sangat disayangi tidak pulang ke rumah pada waktu yang sepatutnya untuk memesrainya, apakah yang sewajarnya diimaginasikan? Zara bukanlah seorang perempuan dan isteri yang luar biasa, yang sepolos-polosnya mampu mengandaikan suaminya sekarang melakukan kerja-kerja kebajikan atau dakwah. Ini masalah biasa antara suami dan isteri, cemburu dan curiga. Kata orang, tanpa cemburu, rasa kasih sayang bagi suami isteri sudah hambar. Hambar bererti tiada lagi rasa mesra dan rindu-merindui. Tanpa rasa rindu antara suami isteri, tiadalah rasa ingin tahu apa- apa yang sedang dilakukan. Lalu, biarlah. Bagaimana dengan Zara? Tidak, dia ada rasa cemburu, rasa mesra dan rindu. “Minggu ini memang banyak kerja yang perlu diselesaikan.” Klise! Zara hafal benar dialog seperti ini. Itu sebahagian daripada dialog dalam puluhan drama di kaca televisyen. Ah, orang lelaki, hendak memberi alasan pun seperti kehilangan idea. Gumamnya sendiri sambil membelai-belai rambut anak perempuannya. Itu dialog minggu lepas. Cubalah dialog yang lain pula. Statik. “Maafkan abang, sayang. Bukan kehendak abang lewat pulang. Abang berikan bunga sekalipun ini bukanlah hari lahir Zara…” Lembut suara Zakri meresap ke dalam telinga Zara. Seorang isteri yang menunggu, dalam keragu-raguan apabila dicumbui dengan kemesraan yang didambakan, hilanglah resahnya. Dia lupa, sepatutnya untuk minggu kedua kelainan pada suaminya ini dia mahu mula berdialog, bersoal jawab prihal kelewatannya pulang ke rumah. Tidak, dia bukan mahu menerkam dan menyerang suaminya. Dia hanya mahu mendapat sebab yang paling

Upload: ina-osman

Post on 07-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen farina (email ha)

Penantian

Jika seorang suami yang sangat disayangi tidak pulang ke rumah pada waktu yang sepatutnya

untuk memesrainya, apakah yang sewajarnya diimaginasikan? Zara bukanlah seorang

perempuan dan isteri yang luar biasa, yang sepolos-polosnya mampu mengandaikan

suaminya sekarang melakukan kerja-kerja kebajikan atau dakwah.

Ini masalah biasa antara suami dan isteri, cemburu dan curiga. Kata orang, tanpa

cemburu, rasa kasih sayang bagi suami isteri sudah hambar. Hambar bererti tiada lagi rasa

mesra dan rindu-merindui. Tanpa rasa rindu antara suami isteri, tiadalah rasa ingin tahu apa-

apa yang sedang dilakukan. Lalu, biarlah. Bagaimana dengan Zara? Tidak, dia ada rasa

cemburu, rasa mesra dan rindu.

“Minggu ini memang banyak kerja yang perlu diselesaikan.”

Klise! Zara hafal benar dialog seperti ini. Itu sebahagian daripada dialog dalam

puluhan drama di kaca televisyen. Ah, orang lelaki, hendak memberi alasan pun seperti

kehilangan idea. Gumamnya sendiri sambil membelai-belai rambut anak perempuannya. Itu

dialog minggu lepas. Cubalah dialog yang lain pula. Statik.

“Maafkan abang, sayang. Bukan kehendak abang lewat pulang. Abang berikan bunga

sekalipun ini bukanlah hari lahir Zara…” Lembut suara Zakri meresap ke dalam telinga Zara.

Seorang isteri yang menunggu, dalam keragu-raguan apabila dicumbui dengan kemesraan

yang didambakan, hilanglah resahnya.

Dia lupa, sepatutnya untuk minggu kedua kelainan pada suaminya ini dia mahu mula

berdialog, bersoal jawab prihal kelewatannya pulang ke rumah. Tidak, dia bukan mahu

menerkam dan menyerang suaminya. Dia hanya mahu mendapat sebab yang paling

Page 2: Cerpen farina (email ha)

munasabah. Tidak, dia tidak mahu menerima dialog yang sudah acap kali didengar di kaca

televisyen.

Memang sudah seminggu lebih dia tidak melayan suaminya di kamar tidur. Dan baru

malam tadi dia kembali seperti masa-masa lalu. Entah siapa yang mengejutkan daripada tidur,

dia pun kurang pasti, tapi sekarang melihat jam menunjukkan empat pagi, dia berasa seperti

bukanlah dirinya, Zara yang selalunya akan tidur sepuas-puasnya setelah selesai tugas di

kamar tidur.

Mengapa dia tidak bertanya hal Mira? Zara diam di pagi nan sepi dan dingin. Benar

dia merasaiku sebagaimana yang didambakan, tapi bukankah Mira sebahagian daripada

jiwaku, jiwanya juga. Mengapa dia tidak membelai Mira sebagaimana biasa? Mengapa dia

tidak bertanya tentang perubahan yang berlaku pada tubuhku. Apakah dia benar-benar sibuk

sehingga dia tidak sedar yang aku kini sedang mengandungkan zuriatnya yang dia impi-

impikan selama ini. Zara sengaja ingin memberi kejutan kepada Zakri tentang kedatangan

orang baru dalam hidup mereka pada malam ulang tahun perkahwinan mereka nanti tetapi

SMS yang diterimanya selepas balik dari klinik tempoh hari benar-benar mengganggu

emosinya. Zara menyambung bisikan emosinya.

Zara menoleh kepada Mira yang sedang nyenyak diselimuti mimpi. Apa mimpi

kanak-kanak seperti Mira. Damai atau gelisahkah didalam mimpinya.? Tiba-tiba naluri

keibuannya meresapinya hening pagi. Air matanya menitik, satu, dua, tiga dan…..

“Apa lagi ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat?” Itu pertanyaan Zara kepada Zakri

enam tahun lalu. Enam tahun setelah melewati masa enam tahun berikhtiar mendapat zuriat.

“Allah belum mengizinkan …” Zakri cuba meredakan keresahan Zara. Sebagai suami,

dia tahu keinginan seorang isteri setelah menempuh gerbang perkahwinan. Ya, setahun dua

Page 3: Cerpen farina (email ha)

memang boleh menjawab belum masanya mempunyai zuriat kerana mahu berbulan madu

sepuas-puasnya. Tahun ketiga, mula berfikir, bagus sekali kalau ada suara mersik dan hilai

tawa kanak-kanak. Tahun seterusnya mula berfikir, sepatutnya sudah ada kanak-kanak berlari

dalam rumah.

Zara diam dengan jawapan suaminya. Ya, dia pun sedia faham, soal anak, keturunan,

adalah kerja Tuhan. Kun fayakun! Kalau Allah mahu jadikan, mudah saja. Dan, kalau Allah

tidak mahu, pun mudah juga. Tapi, sebagai manusia, kita tidak boleh menyerah begitu saja

kepada nasib.

“Ambil anak angkat…” Cadangan dari kawan-kawan sekerja Zara.

Zara dan Zakri diam. Kedua-duanya tahu, mengambil anak angkat seolah-olah segala

ikhtiar untuk berzuriat sendiri sebagai pengikat kasih suami isteri, sudah berada di

penghujung jalan.

Melalui perjanjian dengan dua pupu Zakri, dari keluarga yang agak daif ekonominya,

Mereka menyetujui bayi yang bakal dilahirkan nanti diserahkan kepada pasangan Zara dan

Zakri. Maka, apa yang diharapkan kedua-duanya dikabulkan oleh Allah. Melalui tangisan

Mira, bayi itu didakap oleh ibu biologinya, tetapi ibu angkat yang berjanji menjadi seperti ibu

kandungnya. Zara bukan main-main, dia yang bersama jururawat menunggu kelahiran Mira

di desa yang jauh.

Dia mengelus-ngelus pipi dan rambut Mira. sesekali dia memandang ke arah

suaminya yang masih lena di ranjang. Pandangannya kembali ke wajah Mira dan perutnya

yang kian membesar. Lama sekali dia memandang wajah comel itu. Seakan tidak puas-puas,

seakan untuk kali terakhir sehingga air matanya menitis kembali. Engkau tidak bersalah

anakku, tetapi mengapa nasibmu jadi begini?

Page 4: Cerpen farina (email ha)

“Comelnya Mira…” itu suara suaminya dulu sewaktu Mira berusia setahun. Hadirnya

Mira mengubah suasana sepi rumah besar itu. Tangis dan tawanya adalah gema yang dinanti-

nantikan sejak enam tahun lalu. Zara sudah tidak kekok lagi kalau kembali ke rumah

keluarganya mahupun bertandang ke rumah keluarga suaminya. Seorang ibu tidak bertanya

lagi kapankah tangannya akan membelai cucu dari perut Zara. Meskinpun ibu tidak

membandingkan Zara dengan dua orang kakaknya, tapi tebakan Zara tidaklah meleset. Meski

hati kecilnya mengakui bahawa Mira bukan anak bialoginya, tetapi kasih sayangnya tidak

berbeza sebagaimana kakak-kakaknya meladeni anak masing-masing.

“Mbak Unah, saya pergi dulu.” Zara pamitan terhadap pembantu rumahnya. Tanpa Mbak

Unah yang setia dan tidak cerwet itu, dia akan tertewas dalam pergelutan hidup. Benar Zakri

dan dirinya masih berupaya menguruskan Mira, tapi tuntutan dunia moden memaksa dirinya

memanfaatkan juga ilmunya dalam kerjaya. Sekali lagi mujur ada Mbak Unah. Lantaran itu,

setiap kali kakinya hendak keluar rumah meninggalkan Mira dan Mbak Unah, disapanya

wanita tua dari seberang itu sebagai ibu layaknya. Dan sebagai insan, Mbak Unah berasa

betah sekali .

Ada sms masuk bersama masuknya ke tempat kerja. Dia membuka dan membaca

‘Selamat ulang tahun Sayang’. Ucapan ringkas tertera di paparan skrin telefon bimbitnya dari

Zakri suaminya yang tercinta. Dia tidak segera membalas ucapan indah pagi itu.

Tengah hari itu Zara menerima sejambangan bunga. Zara duduk dan tersenyum.

Menyandarkan badannya ke kerusi empuk, dia berfikir tentang Zakri. Memberi bunga tidak

melucukan, malah menghargai jiwa perempuan bergelar isteri. Namun sekarang, jiwa Zakri

sukar ditafsir seolah-olah ada tembok besar yang mengelilinginya yang membuatkan Zara

merasa Zakri semakin jauh darinya.

Page 5: Cerpen farina (email ha)

Dia pernah bertanya kepada rakan-rakan Zakri apabila suaminya sering lewat pulang

hingga jam 12 malam. Seorang pun tidak dapat beri jawapan.

“Abang tidak ke mana-mana, ada kerja di luar, buat kerja dengan kawan. Okey, sehari

dua lagi siap, abang janji akan pulang awal.” Zakri memberi jaminan.

Benar, Zara tidak dikecewakan lagi oleh Zakri. Dan selepas janji itu sehingga

seminggu Zakri tidak memungkirinya. Dan selepas itu, jika ada kemungkinan lewat pulang,

sms akan sampai kepada isterinya. Lalu, seharusnya Zara tidak akan bertanya lagi.

“ Kasihan Mira…” itulah bisikan yang sepatutnya tidak diluahkan kepada Zakri. Dia

pun mengerti siapa Mira dengan Zakri, meski sebagai anak angkat, namun masih ada

pertalian darah dengan dirinya juga.

Bukan salah Mira…”sekali lagi suaraya lirih memohon pergertian suaminya. Dia pun

faham rayuan seperti itu sepatutnya tidak diluahkan. Meluahkan rayuan itu bermakna satu

peringatan kepada yang lupa. Seboleh-boleh dia tidak mahu memberi kata-kata merupakan

peringatan kepada suaminya.

Apa masalahnya Zakri dan Mira sekarang? Tiba-tiba pertanyaan itu menerjah

emosinya. Tapi, ya sudah lebih empat minggu Zara tidak melihat Zakri mendukung Mira

dibawa berjalan-jalan keliling rumah. Ya, selain lewat pulang, tetapi sewaktu pulang pada

masa yang menjadi kebiasaannya pun perhatiannya terhadap Mira berkurangan. Hanya pada

hujung minggu, tetapi itu pun kelihatan sudah tidak semesra dahulu.

Mira normal bang, dia selalu tanya abang. Tidak terkeluar baris ayat itu terhadap

suaminya. Dia tahu, mengeluarkan baris ayat itu bermakna menambah peringatan kepada

suaminya. Menambah-nambah peringatan kepada lelaki oleh seorang isteri, bukanlah suatu

keindahan malah boleh menjadi malapetaka baru.

Page 6: Cerpen farina (email ha)

Apakah sebenarnya ini ya Tuhan? Terlucut pertanyaan itu dalam dada Zara. Dia pun

tidak menyangka akan bertanya soalan itu kepada yang Maha Adil. Adakah tuhan sedang

tidak adil kepadaku? Dia akui setia kepada Zakri dan sekalipun bekerjaya, segala

tanggungjawab di rumah pasti dibereskan semuanya. Sekalipun Mira bukan anak biologinya

dan menjadi kurang upaya, tidak pula pernah Zakri mempersoalkan tanggungjawabnya. Juga

tidak pernah ipar duainya menyentuh hal kurangnya layanan terhadap Mira. Tapi, mengapa

begini…

“Abang Zara mintak kejujuran abang sekarang ni…” suara Zara di pagi minggu. Hari

masih sepi. Mira pun masih nyenyak. “Zara sudah lama menyimpan cerita…”kata-kata Zara

mati di situ.

Zakri diam saja. Duduk dibirai ranjang bagai tidak ada apa-apa yang berkocak dalam

dada. Dia seakan membiarkan Zara meneruskan bicaranya.

“ Lama Zara menyimpan SMS ini. Abang bacalah..” Zakri terkejut, namun tidak pasti

untuk apa. Dia segera mengambil telefon isterinya dan membaca kandungan mesej yang

sudah lama itu. Dahinya berkerut, mulutnya masih membisu. Berulang-ulang jari jemari

menekan butang telefon mencari kepastian.

“Abang….” Suaranya terhenti. Ada sesuatu menyekat daripada luar.

“Ya, betul!!” itulah jawapan Zakri, yang menyiat-nyiat kesetiaan dan kepasrahan

seorang isteri bernama Zara.

Tidak ada perempuan akan tenang dan senang mendengar pengakuan suaminya

mempunyai hubungan gelap dengan perempuan lain. Zara terkesima, terkedu bagaikan

terkena renjatan elektrik. Yang menambah beban di jiwanya ialah ketenangan Zakri

mengiyakan bukti dalam SMS itu.

Page 7: Cerpen farina (email ha)

“Zara, dengar baik-baik. Abang tidak akan berkahwin dengan dia. Tidak sama sekali.”

Ketegasan Zakri dipamerkan seolah-olah dia sudah nekad dengan keputusannya.

Dalam keadaan sedang mengigil-gigil, Zara bersuara.

“Dia sudah hamil, betul?” Zara ingin kepastian.

“Asalkan dia tidak membunuh diri, apa-apa kehendaknya akan abang tunaikan.

Kahwin dengan dia tidak sama sekali. Cukuplah, abang sudah puas untuk mendapatkan

bukti.” Zakri memberi penjelasan.

“Bukti?” terpancul pertanyaan itu dari mulut Zara.

Hilang seketika gigil ditubuhnya. Bukti apa? Tanya Zara lagi dalam dirinya.

“Abang tidak mandul!” Zakri bersuara keras seperti melaungkan kemenangan yang

didambakan sejak bertahun.

Ya Allah, abang …..Zara terkulai lesu sambil memegang perutnya.

***TAMAT***