cerita rakyat sabah

8

Click here to load reader

Upload: myema-azimah

Post on 13-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

crs

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Rakyat Sabah

PENULIS :

Nur Azimah binti Jukirim

Siti Aminah Binti Mohd Yusoff

TAJUK:

SAMPAPAS

Page 2: Cerita Rakyat Sabah

Penghargaan

Syukur hadrat llahi dengan limpah dan

kurniaNya, dapat kami menghasilkan sebuah buku

cerita rakyat tempatan ini. Kami menjulang

penghargaan yang sepenuhnya kepada Pensyarah

atas kesudian beliau memberikan tugasan kepada

kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang

berlakunya perlaksanaan tugasan ini. Pelbagai ilmu

yang dapat kami rungkaikan sepanjang menyiapkan

tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam

era globalisasi ini,begitulah dominannya peranan

mahasiswa dan mahasiswi khususnya bakal pendidik

di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan

di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai

pembangunan dari segenap sudut begitu pesat

terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang

pendidikan.Oleh itu, haruslah mahasiswa dan

mahasiswi ini tergolong dalam orang yang sentiasa

menyayangi peradaban zaman yang begitu

hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah

serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-

renungan dan selamat beramal.

“kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang

paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi

adakalanya lebih berguna daripada kesenangan

terus-menerus.”

Page 3: Cerita Rakyat Sabah

Pada zaman dahulu,ada sepasang

suami isteri yang tinggal dalam sesebuah

kampung.Kinomulok,iaitu isteri kepada

kudingking ini seorang yang mandul. Mereka

teringin mempunyai anak.Mereka teringat Odu

mangatob iaitu salah seorang ahli kampungnya

itu yang mempunyai seorang anak yang

bernama Garob.

Garob sangat dihormati oleh penduduk di dalam

kampung itu. Hal demikian kerana,Garob

mempunyai kuasa ajaib yang dapat memenuhi

apa sahaja permintaan penduduk di kampung

itu.

Pada suatu hari,mereka pergi berjumpa

Garob.Tujuan mereka berjumpa dengan Garob

adalah untuk meminta tolong.

Page 4: Cerita Rakyat Sabah

“Garob,kami mahukan seorang anak.Biarlah

tubuh anak itu sebelah sahaja,kami cukup

bahagia dan redha menerimanya” kata

sepasang suami isteri yang sudah lama ingin

kan anak itu.

Garob pun setuju membantu mereka.

Selepas itu,Kudingking telah pun hamil.Setelah

cukup bulan,dia melahirkan seorang anak

lelaki.Malangnya,bayi yang dilahirkan itu

hanyalah mempunyai sebelah badan, iaitu

sebelah mata, tangan, kepala dan kaki.

Namun, mereka tetap menerimanya.Bayi itu

diberi nama Sampapas. Sampapas terlalu

dimanjakan oleh orang tuanya sehingga dia

menjadi nakal.

Page 5: Cerita Rakyat Sabah

Suatu hari,ibunya berkata, “Ibu sudah tidak

tahan dengan kenakalanmu, Sampapas!

Kenapa engkau tidak meninggal dunia

saja,hah?!” kata ibunya.

Sampapas berasa sedih.Dia pergi

meninggalkan ibunya dan melompat ke dunia

luar.Di dunia luar,dia bertemu Kinorohingan.

“Kata ibu,aku nakal kerana tubuhku sebelah

saja.Aku ke mari kerana mencari tubuhku yang

sebelah lagi” kata sampapas.

“Ah,itu silap ibu dan bapamu sendiri. Mereka

yang meminta sesuatu dengan terburu-

buru,”kata Kinorohingan lagi.

Sampapas pun mengekori

Kinorohingan.Sedang mengekori,tiba-tiba

Sampapas terlihat tubuhnya yang sebelah

lagi.Sampapas pun terus melompat dengan

sebelah kaki.Mereka bertemu dan bercantum

menjadi satu.Sejak hari itu,Sampapas menukar

nama kepada Sanginan.Sanginan bererti satu

tubuh.Sanginan berasa amat gembira.Dia

memohon agar dibenarkan pulang.

Page 6: Cerita Rakyat Sabah

“Pesan kepada orang kampung supaya tidak

memohon sesuatu tanpa berfikir terlebih

dahulu.Mereka juga tidak boleh menanam padi

sehingga sekumpulan bintang bernama muruh

puruh timbul dilangit,” kata kinorohingan.

Apabila Sanginan sampai di kampung,dia

disambut gembira oleh

keluarganya.Kemudian,dia menyampaikan

pesanan Kinorohingan kepada kaumnya.Akan

tetapi,kebanyakan mereka menganggap

Sanginan sudah tidak siuman lagi.Maka

timbullah satu kepercayaan di kalangan orang

Dusun.Jika padi tidak berisi,orang Dusun

percaya ianya kerana mereka tidak

mengendahkan nasihat sanginan.

Page 7: Cerita Rakyat Sabah

Pengajaran

Jangan membuat keputusan secara

terburu-buru.

Sabar dengan segala pemberian dari

tuhan.