cerita nabi musa

11
TONGKAT MUKJIZAT NABI MUSA AS. Bismillahir rahmanir rahim ……….. Assalamualaikum wbt Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya, arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Tongkat mukjizat nabi Musa Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sangat zalim. Pada zaman itu, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun mempercayai ramalan seorang ahli nujum yang mengatakan bahawa ada seorang bayi lelaki yang bakal menghancurkan kerajaannya. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Qasas sepotong ayat 4 Mak sudnya “ mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan mereka,” Peri stiwa ini mengajak kita agar tidak membeza-bezakan antara anak lelaki dengan anak perempuan. Sedangkan setiap anak yang dilahirkan di muka bumi ini adalah anugerah dan rahmat daripada Allah serta ianya ibarat sehelai kain putih yang suci dan bersih. Para hadirin yang dirahmati Allah Ibu Nabi musa bernama Yukabad manakala ayahnya pula bernama Imran yang merupakan keturunan Nabi Yaakob. Nabi Musa dilahirkan secara bersembunyi kerana takut akan diketahui kelahirannya.

Upload: noorfiazah-abdullah

Post on 23-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Teks Bercerita Kisah Quran

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Nabi Musa

TONGKAT MUKJIZAT NABI MUSA AS.

Bismillahir rahmanir rahim ……….. Assalamualaikum wbt

Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya,

arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di

hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Tongkat mukjizat nabi

Musa

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sangat zalim. Pada

zaman itu, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun mempercayai ramalan

seorang ahli nujum yang mengatakan bahawa ada seorang bayi lelaki yang bakal menghancurkan

kerajaannya. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Qasas sepotong ayat 4

Maksudnya “ mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak

perempuan mereka,”

Peristiwa ini mengajak kita agar tidak membeza-bezakan antara anak lelaki dengan anak

perempuan. Sedangkan setiap anak yang dilahirkan di muka bumi ini adalah anugerah dan

rahmat daripada Allah serta ianya ibarat sehelai kain putih yang suci dan bersih.

Para hadirin yang dirahmati Allah

Ibu Nabi musa bernama Yukabad manakala ayahnya pula bernama Imran yang

merupakan keturunan Nabi Yaakob. Nabi Musa dilahirkan secara bersembunyi kerana takut akan

diketahui kelahirannya. Yukabad tidak menyangka yang dia melahirkan anak lelaki. Selama 3

bulan Yukabad menjaga Nabi Musa, namun Yukabad juga berasa bimbang jika kelahiran anak

lelakinya itu diketahui oleh para askar Firaun. Subhanallah, Allah maha Pengasih, Allah

mengilhamkan kepada Yukabad untuk menghanyutkan Nabi Musa ke sungai Nil di dalam di

sebuah peti besi. Dengan hati yang pilu dan sedih Yukabad melepaskan anaknya itu sambil

berdoa kepada Allah supaya anaknya dilindungi Allah.

Hanyutlah peti besi yang berisi Nabi Musa itu hingga ke sepohon pokok dan dijumpai

oleh para dayang Asiah, isteri kepada Firaun. Lalu mereka membuka peti besi dan mendapati

seorang bayi yang comel. Asiah tertawan sehingga timbul rasa kasih lalu digendongnya Nabi

Musa dan menamakannya Musa yang bermaksud pohon dan air. Begitulah para hadirin, kasihnya

Page 2: Cerita Nabi Musa

ibu boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa seorang ibu itu boleh

memberikan kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita. Janganlah sesekali kita berlaku jahat

kepada ibu kita.

Para hadirin yang dirahmati Allah

Benarlah Allah melakukan sesuatu mengikut IradatNya. Siapa sangka, bayi yang

diramalkan menghancurkan kerajaan Raja Firaun, telah menjadi anak angkat kepada Raja Firaun.

Nabi Musa dibesarkan di istana bagaikan menatang minyak yang penuh. Walaupun Firaun tidak

menyukai Musa namun demi kasih kepada isterinya Asiah, Nabi Musa disayang seperti anak

sendiri. Namun terjadi satu peristiwa yang menyebabkan kemurkaan Raja Firaun terhadap Nabi

Musa. Berlaku pergaduhan antara dua orang lelaki dari kaum raja Firaun. Nabi Musa datang

meleraikan pergaduhan malangnya, hanya kerana satu tumbukan daripada Nabi Musa, Fatun

jatuh ke tanah lalu meninggal dunia. Hal ini menyebabkan Raja Firaun marah dan menitahkan

askarnya untuk menangkap Nabi Musa. Namun begitu, nabi Musa Berjaya melarikan diri ke

negeri Madyan. Para hadirin, peristiwa itu tadi mengajar kita agar sentiasa berhati hati dalam

membuat keputusan mahupun tingkah laku. Silap langkah pasti mengundang padah. Jangan kita

terlalu ikutkan perasaan sebaliknya kita harus mengawal kemarahan kita agar tidak menyesal

kelak.

Para hadirin yang dikasihi Allah

Setelah bertahun lamanya Nabi Musa meninggalkan Mesir, Nabi Musa teringatkan

keluarganya, lalu pergi ke Mesir bersama isterinya. Apabila sampai di Bukit Tursina, baginda

terdengar suara seruan yang datang dari sebatang pohon kayu. Seperti firman Allah dalam Surah

Toha ayat 12 yang bermaksud “sesungguhnya aku ini adalah Tuhanmu, maka tanggalkanlah

kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di Lembah Tuwa yang suci”.

Inilah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa a.s sebagai tanda kenabiannya.

Baginda juga telah diangkat menjadi Rasul dan dikurniakan 2 Mukjizat. Allah juga

memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Raja Firaun. Sebagai pengajarannya, kita

hendaklah sentiasa mempercayai kekuasaan Allah dan sentiasa beriman kepadaNya hingga hari

akhirat.

para hadirin yang dirahmati Allah

Nabi Musa dan Nabi Harun berjumpa Firaun di istana untuk berdakwah. Maka berlakulah

perdebatan di antara nabi Musa dengan Firaun. Nabi Musa menyeru Firaun untuk beriman

Page 3: Cerita Nabi Musa

kepada Allah, lalu Firaun mencabarnya untuk melihatkan bukti-bukti kebenaran ajaran Allah.

Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melemparkan tongkatnya ke lantai lalu menjelmalah

seekor ular yang besar menghala ke arah Firaun hingga menyebabkan dia lari ketakutan. Setelah

takutnya reda, Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan lagi bukti yang lain. Nabi Musa

menyeluk sakunya lalu mengeluarkan tangannya yang bercahaya hingga kilauannya itu menyilau

pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap tidak berpuas hati, lalu firaun memerintahkan

ketua Ahli sihirnya yang hebat iaitu Haman untuk mencabar Nabi Musa As. Peristiwa ini ada di

ceritakan di dalam al-Quran surah asy-syuraa ayat 38 yang berbunyi

Maksudnya “ lalu dikumpulkanlah para sihir pada waktu (ditetapkan) pada hari yang

ditetapkan.

Seluruh ahli sihir datang untuk menewaskan mukjizat Nabi Musa. Para sihir itu

membawa peralatan masing-masing seperti tongkat dan tali. Raja Firaun menitahkan kesemua

para sihir itu untuk melemparkan tongkat dan tali ke lantai, lalu berubah menjadi ular-ular yang

kecil. Maka Nabi Musa melemparkan tongkat itu , dengan izin Allah maka muncullah seekor

ular yang besar menelan kesemua ular-ular kecil tersebut. Melihat akan mukjizat itu, para sihir

itu pun beriman kepada Allah. Para hadirin yakinlah kepada mukjizat para Nabi. Mukjizat tidak

sama dengan silap mata ataupun sihir yang ditunjukkan kepada kita pada zaman ini. Amalan

sihir ini adalah sama seperti mensyirikkan Allah. Segala bantuan hendaklah kita memohon

kepada Allah.

Para hadirin yang dikasihi Allah

Kemenangan Nabi Musa itu, menyebabkan ramai kaum bani Israil beriman kepada Allah

dan mengikuti ajaran Nabi Musa. Raja Firaun bertambah marah dan semakin menindas mereka

yang menerima ajaran Nabi Musa. Keadaan ini menyebabkan mereka mendesak kepada nabi

musa agar berdoa kepada Allah. Lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah memohon agar segala

kekayaan dan harta benda raja Firaun dan kaumnya itu dimusnahkan dan dihancurkan.

Allah memperkenankan doa Nabi Musa itu, maka turunlah bala dari langit. Kerajaan

firaun dilanda krisis kewangan dan makanan. Setelah itu, berlaku pula banjir besar yang

memusnahkan harta benda mereka. Bak kata pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga”. Satu persatu

bala diturunkan, wabak penyakit, kutu-kutu dan katak-katak menganggu ketenteraman dan

Page 4: Cerita Nabi Musa

kenikmatan hidup mereka. Tanpa segan silu, mereka datang berjumpa Nabi Musa untuk

memohon pertolongan. Apabila Nabi Musa memohon pertolongan daripada Allah swt, maka

keadaan kemabli pulih seperti sediakala. Namun keinsafan kaum firaun itu hanya sementara.

Mereka kembali menyiksa kaum yang beriman kepada ajaran Nabi Musa. Para hadirin sekalian,

janganlah kita berasa bongkak dan sombong di muka bumi ini, segala kekayaan dan nikmat yang

kita perolehi adalah datangnya daripada Allah. Janganlah kita menjadi seperti kaum firaun yang

tidak tahu mensyukuri nikmat Allah walaupun telah diberikan pengajaran. Perbuatan ini adalah

terkutuk dan boleh digolongkan sebagai orang yang kufur.

Para hadirin yang dirahmati Allah

Kerana tersiksa mereka berpindah

Ke baitulmaqdis jalan bersembunyi

Berjalanlah mereka di waktu malam

Melarikan diri dari firaun yang zalim

Laut merah terbentang luas

Hanya Allah maha Berkuasa

Tongkat mukjizat membelah laut

Menyeberanglah mereka dengan selamat

Raja Firaun berfikir jalan itu adalah selamat buat mereka. Dengan angkuhnya, Raja Firaun

dan bala tenteranya menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika meraka berada ditengah-

tengah lautan terbelah itu, Allah menutup belahan itu lalu lemaslah mereka di perut laut itu.

Maka berakhirlah riwayat raja Firaun yang kononnya mengaku dirinya tuhan dan hebat dari

segala-galanya. Di dalam surah al-Mukmin ayat 39 Allah berfirman yang bermaksud “barang

siapa yang melakukan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan setanding

dengan kejahatannya”

Para hadirin, janganlah sesekali kita melakukan kejahatan di dalam kehidupan kita. Setiap

perbuatan kita akan dibalas mengikut amalan dan perbuatan kita. Namun begitu, janganlah pula

kejahatan itu dibalas dengan kejahatan, bersabarlah sesungguhnya kesabaran itu adalah cagaran

hadiah kebahagiaan dalam perjuangan. Sekian sahaja cerita saya.. wabillahi taufiq walhidayah

wasaalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

Page 5: Cerita Nabi Musa

SITI HAJAR BONDA NABI ISMAI

Bismillahir rahmanir rahim ……….. Assalamualaikum wbt

Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya,

arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.

Ibu mithali Ibu sejati

Tonggak pada keluarga bahagia nasyid

Para hadirin ..

Di dalam islam ada banyak cerita tentang ibu mithali. Hari ini saya ingin bercerita

tentang siti Hajar bonda Nabi Ismail. Siti Hajar adalah isteri kedua kepada Nabi Ibrahim. Isteri

pertama nabi Ibrahim adalah siti sarah. Walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga namun

mereka tidak dikurniakan zuriat. Oleh itu siti sarah mencadangkan kepada nabi Ibrahim agar

berkahwin dengan siti Hajar yang merupakan hamba mereka. Biarpun hidup bermadu namun siti

hajar dan siti sarah, hidup berbaik baik dengan antara satu sama lain. Nabi Ibrahim selalu berdoa

kepada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh. Hal ini telah disebutkan dalam sepotong ayat

daripada surah as shaafat ayat 100 yang berbunyi

Auzubillahi minas syaitanir rojim

Robbi hablii minas solihin .. sodakallahu aziim

Maksudnya : Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh”

Sesungguhnya peristiwa ini mengajak kita untuk hidup berkasih sayang antara satu sama lain.

Walaupun berbeza taraf kita haruslah mengasihi dan melayan orang dengan baik. Tidak seperti

hari ini, kebanyakan orang kita suka bergaduh dan tidak menghormati antara satu sama yang

lain.

Hadirin yang dirahmati Allah

Dengan takdir Allah, siti Hajar pun mengandung. Berita ini menggembirakan hati Nabi

Ibrahim dan siti sarah yang sudah lama menginginkan zuriat. Sejak siti Hajar mengandung, kasih

sayang dan perhatian Nabi Ibrahim diberikan kepada siti Hajar. Hal ini menyebabkan siti sarah

cemburu kepada siti Hajar. Disebabkan cemburu siti sarah itu, Allah memerintahkan nabi

Ibrahim agar membawa siti Hajar ke suatu lembah yang jauh dari rumah mereka. Walaupun siti

Hajar tidak merelakan, namun Nabi Ibrahim memujuknya mengatakan itu adalah perintah

daripada Allah. Akhirnya siti Hajar redha dan menerima perintah Allah itu dengan hati yang

berat. Lalu berhijrahlah siti Hajar ke satu lembah yang kering kontang. Walaupun siti hajar

Page 6: Cerita Nabi Musa

berasa takut dan sedih namun beliau redha akan perintah Allah yang diturunkan kepadanya.

Biarpun jauh dari suaminya, namun siti Hajar tetap setia dengan suaminya. ni menunjukkan

betapa taatnya siti Hajar kepada suaminya dan perintah Allah. Berbanding zaman sekarang,

acapkali kita mendengar di halwa telinga kita ini kes-kes kecurangan isteri kepada suami atapun

sebaliknya. Masya Allah hebatnya keimanan umat islam di zaman terdahulu. Marilah kita sama-

sama mencontohi ketaatan siti Hajar ini.

Para hadirin yang dirahmati Allah

Tinggal sendiri tidak berteman

Hanya tawakkal kepada Allah

Melahirkan anak tiada berteman

Nabi Ismail Nabi Mulia

Keimanan teruji sekali lagi

Susunya kering habis bekalan

Meraunglah Hajar pilunya hati

Mengenang Ismail menangis kehausan

Maka berusahalah siti Hajar untuk mendapatkan seteguk air. Hinggakan fatamorgana

disangkakan air, berlarilah beliau berulang alik sebanyak tujuh kali antara bukit safa dan bukit

marwa untuk mencari sumber air. Allah Maha berkuasa, ketika Nabi Ismail menangis kehausan

sambil menghentak hentakkan kakinya, keluarlah mata air di bawah tolakkan tumit Nabi Ismail.

Siti hajar terkejut dan bergembira sambil mengambil air itu dan berkata zam zam yang

bermaksud berkumpullah, berkumpullah. Rasa bersyukur kepada Allah, anaknya yang kehausan

diberikan minum air tersebut. Itulah dia para hadirin, mata air yang mengalir di bawah tumit kaki

nabi ismail itulah air zam zam yang hingga ke hari ini tidak pernah kering airnya. Air zam zam

itulah menjadi punca wujudnya kota mekah yang menjadi kota makmur dan didatangi oleh

ribuan umat islam untuk menunaikan haji dan umrah. Peristiwa ini mengajak kita untuk tidak

hanya mengharapkan sesuatu tanpa berusaha. Walaupun penat siti Hajar sanggup berlari lari

sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan air. Sungguh kasih ibu hingga ke syurga. Pengorbanan

siti Hajar itu patut dijadikan panduan kepada setiap ibu agar sentiasa berusaha untuk anaknya.

Namun cukup menyedihkan apabila zaman ini, kita sering mendengar di corong-corong radio

dan di kaca tv, kes mengabaikan, mendera dan membuang anak. Nauzubillahi min zalik.

Page 7: Cerita Nabi Musa

Para hadirin yang dirahmati Allah

Nabi Ibrahim terasa rindu

Sekian lama tidak bertemu

Di dakap di peluk anakanda tercinta

Tanah gersang makmur jadinya.

Sekali lagi Allah swt menguji siti Hajar. Allah menurunkan wahyu untuk memerintahkan nabi

Ismail disembelih. Walaupun berat rasa hati siti Hajar, namun demi ketaatannya kepada Allah,

beliau redha akan perintah itu. Saat itu, datanglah iblis menghasut siti Hajar dengan mengatakan

bahawa Nabi Ibrahim membunuh anaknya Nabi Ismail. Namun hasutan itu tidak dapat melawan

ketaatan siti Hajar kepada Allah. Malah perintah itu, menambahkan lagi keimanan siti hajar.

Maiti hajar. Masya Allah, semoga kita punyai keimanan yang kuat seperti ibu mithali ini. Nabi

Ismail pula turut redha menerima perintah daripada Allah swt. Masya Allah begitulah kuatnya

didikan siti Hajar hinggakann anaknya pun redha dengan perintah Allah.

Namun perintah itu hanyalah dugaan keimanan Nabi Ibrahim semata mata. Di saat Nabi

Ibrahim hendak menyembelih Nabi ismail ternyata Allah telah menyuruh nabi Ibrahim

menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Legalah hati siibu dan siayah mendengar

perintah Allah itu. Para hadirin, agak2nya lah.. adakah kita mampu menghadapi dugaan seperti

ini? Sabarkah kita menempuhi cabaran. Semoga kita tergolong di dalam golongan hamba Allah

yang tabah dan mempunyai keimanan yang tinggi seperti siti Hajar, Nabi Ismail dan Nabi

Ibrahim. Sekian sahaja cerita saya.. wabillahi taufiq walhidayah wasalamualaikum

warhamatullahi wabarakatuh