cerita murid tahun2

12
SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ____________________ dari Tahun Dua Biru akan menyampaikan cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati. Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas. Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut.

Upload: ariesling

Post on 04-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATISelamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ____________________ dari Tahun Dua Biru akan menyampaikan cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati.Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut. Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepada burung merpati kerana menyelamatkannya.Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu hendak menembak burung merpati.Tanpa membuang masa semut terus memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya. Pemburu itu menjerit kesakitan, Aduh!Jeritan pemburu itu telah menyedarkan burung merpati. Merpati terus terbang apabila melihat pemburu di situ.Sambil terbang, burung merpati memandang ke arah semut dan mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya.Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi baik akan dibalas dengan kebaikan juga.Sekian, terima kasih.

Anjing Yang TamakSelamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang Tamak.Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi. Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing ingin merampas tulang itu. Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal. Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri. Itulah akibatnya jika tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.Sekian, terima kasih.

PENGGEMBALA DENGAN SERIGALASelamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Penggembala dengan Serigala.Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka menipu. Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit. Suatu hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang kampung. Dia pun menjerit, Tolong! Tolong! Serigala!Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata untuk membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu! Mereka pulang dengan perasaan marah.Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit meminta tolong lagi. Tolong! Tolong! Serigala! Sekali lagi penduduk kampung pergi menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka tertipu lagi.Suatu hari, seekor serigala muncul dan membaham kambing budak itu. Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk kampung terdengar jeritan itu tetapi mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis dimakan oleh serigala. Dia sangat menyesal di atas perbuatannya dahulu.Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka menipu tidak akan dipercayai walaupun dia berkata benar.Sekian, terima kasih.SINGA DENGAN TIKUSSelamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Singa dengan Tikus.Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat di bawah sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu terlanggar singa hingga terkejut.Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding kukunya ke arah tikus. Tolong jangan makan saya, Tuanku! rayu tikus. Maafkan saya! Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti.Singa tersenyum sambil menyindir, Tubuh sekecil ini ingin menolong Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus terdengar ngauman singa. Dia segera berlari ke dalam hutan. Dia ternampak singa terperangkap di dalam jaring.Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku, kata tikus. Si tikus mula menggigit jaring itu dengan giginya yang kuat untuk menebuk lubang besar. Akhirnya, singa berjaya melepaskan diri.Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat, puji singa.Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang hebat juga ada kelemahannya dan turut memerlukan pertolongan.Sekian, terima kasih.