cerita kanak2

5
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Terima kasih Pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, kelompok pendidik bestari, rakan-rakan pencerita seterusnya hadirin dan hadirat yang dekat di hati. Kawan-kawan, nak dengar cerita tak? Kalau nak dengar cerita…tepuklah dahulu….terima kasih…. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Sang singa dan sang tikus. Dengarlah satu ceritaku Seekor tikus dan singa

Upload: khanisah-ismail

Post on 10-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Terima kasih Pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, kelompok pendidik bestari, rakan-rakan pencerita seterusnya hadirin dan hadirat yang dekat di hati. Kawan-kawan, nak dengar cerita tak? Kalau nak dengar ceritatepuklah dahulu.terima kasih. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Sang singa dan sang tikus.Dengarlah satu ceritakuSeekor tikus dan singa Tikus lincah berlari-lariSinga garang sombong sekaliAda seekor tikus tinggal di dalam sebuah lubang. Lubang itu berada di dalam hutan. Berhampiran dengan lubang itu, tinggal seekor sang Singa yang sangat garang. Semua binatang takut dengan Sang Singa itu. Pada suatu malam, ketika sang Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.Sang Tikus tidak nampak kerana berjalan di dalam gelap sangat. Tiba-tiba, sang tikus terlanggar sesuatu. Rupa-rupanya sang tikus terlanggar sang Singa. Sang Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.Sang Singa terus bangun dan menjerit pada sang tikus sang Tikus sangat takut. Sang Tikus meminta maaf dan merayu sang singa agar tidak membunuhnyasang tikus berjanji dengan sang singa akan membantunya suatu masa nanti sang Singa memandang sang tikus dengan angkuhIa merasakan sang tikus adalah haiwan yang lemah dan tidak mungkin akan membantunyaBeberapa hari kemudian, sedang sang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara sang Singa mengaum meminta tolong.Sang Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara sang singa.Ia ternampak Sang Singa terperangkap di dalam sebuah jaring pemburu. Tikus gigit jaring Singa senang hati Mereka mula mengenaliTikus baik hatiSinga senang hatiSang Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus. Maka Sang singa pun dapatlah melepaskan diriBarulah sang singa sedar bahawa sang tikus yang kecil itu benar-benar ikhlas membantunyaKawan-kawan .kita sepatutnya tidak boleh memandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jadi sebagai manusia kita janganlah sombong kerana sifat sombong tidak membawa kita ke mana punSekian sahaja cerita sayaAssalamualaikum.