ceramah 29 - kaedah bersih harta tak patuh shariah part 2

Upload: abdul-aziz-mohd-nor

Post on 13-Jan-2016

50 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bagaimana suci harta haram hasil dari ASB, EPF, KWSP?

TRANSCRIPT

Ceramah kewangan islam

Ceramah kewangan islamUstaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz LaribaTopik 29: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Bhg 2

Surau As-SakeenahTTDI Jaya, Shah Alam1 Jamadil Akhir 143622 Mac 2015

1Topik Perbincangan Hari Ini2Kenapa perlu bersihkan harta haram?Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Boleh DibersihkanKaedah menentukan patuh shariah bagi sahamApa itu pelaburan unit amanah atau saham amanah (unit trust)?Memahami elemen riba dalam ASB dan KWSPKaedah bersih riba unit amanah ASBKaedah bersih riba KWSP

Kenapa Perlu Bersihkan Harta Haram?3Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Baqarah: 172)Amalan tidak diterima dan dosa hanya terampun selepas kita selesai membersihkan harta tak patuh shariah Mengelakkan seksaan api neraka, sabda Rasulullah s.a.w.: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya. (HR At-Tirmizi)Mengelak berperang dengan Allah dan RasulNya sebab berterusan mengamalkan riba

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan4Tidak boleh dibersihkan dengan dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga untuk bayar hutang, bayar cukai, perbaiki rumah, kereta dan melancung kecuali jika fakir-miskinAdakah isteri-isteri dan anak-anak dianggap turut berdosa mengambil manfaat atas pendapatan haram suami?

Dalam Islam, isteri dan anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suamiNafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab wajib suamiMelainkan nafkah wajib, tidak boleh dimanfaatkan cara lain jika tahu itu pendapatan haram

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan5Al-Syeikh al-Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa.

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan6Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Masud: Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan. Jawab Abdullah bin Masud: Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya. (Musannaf Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn Umar: Ya (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan7Diharuskan diberikan kepada ahli keluarganya jika keluarganya tergolong fakir-miskinBoleh diberikan pada dirinya sendiri jika fakir miskin tetapi ulama tak sepakatUlama Hanafi, Mazhab Syafie berfatwa harus menggunakan duit haram yang tidak diketahui pemilik ini untuk membina masjid dan surau. (Al-Majmu' , 9/428 ; Hasiyah Radd Al-Muhtar, 2/92)

Ada ulama mazhab Hanafi, Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qasim al-Maliki tidak membenarkannya kerana ada hadith menyebut Arab Jahiliyah amat menjaga Ka'bah agar tidak terbina dari duit haramSenarai Pelaburan Patuh Shariah8

Senarai Sekuriti Patuh Shariah(>650)Senarai Dana Islam Patuh Shariah (>250)Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (www.sc.com.my) Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?9Skim Unit Amanah (SUA) adalah skim pelaburan kolektif di mana pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dikongsi bersama oleh pelabur tersebutDalam skim unit amanah (unit trust), pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/saham secara terus

Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unit-holders)Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh pengurus syarikat unit amanah

Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?10

Syarikat Di Bursa Malaysia Saham Patuh Shariah (Kontrak Musyarakah)

Labur

PelaburWakil Pelabur Syarikat Pengurus Unit Amanah (Kontrak Wakalah)

Labur

Untung/RugiUntung/Rugi

Mengapa Pilih Pelaburan Unit Amanah?11Kelebihan melabur dalam dana unit amanah berbanding dengan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham ialah:Profesional dan pengurusan dana masa penuhKepelbagaian pelaburanMudah melabur dan tidak memakan masaAliran keluar modal kecilRisiko kecairan rendahKetelusan dalam penentuan hargaKawal-selia ketat oleh Suruhanjaya SekuritiCara Keuntungan Unit Amanah Dijana12Pelaburan PokokDividen (% dari pelaburan)Jumlah Pelaburan BaruDividen dikira atas dividen setelah tahun kedua pelaburan

Unsur Riba Dalam Pelaburan ASB13ASB telah mengurangkan pelaburan dalam Maybank dari 21.33% (dalam tahun 2013) kepada 20.75%

Namun masih tidak menepati garis panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang meletakkan aras maksima 5%Jumlah peratus tidak patuh Syariah tahun 2014 ialah 22.75% (pengurangan 0.28% dari tahun 2013)ASB gagal memenuhi pemeriksaan teras/utama shariah SC

Kajian % Tak Patuh Shariah ASB14Setakat ini, lapuran tahunan ASB dari 1990 hingga 2012 tidak terdapat untuk tatapan umumDalam lapuran JAKIM berkenaan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, peratusan pendapatan patuh syariah ASB telah meningkat daripada 53% pada tahun 2007 kepada 80% pada tahun 2009 Maka kita simpulkan purata peratus tak patuh syariah untuk 25 tahun ialah sekurang-kurangnya 30% untuk kajian ini47%20%23.03%200720092013Peratus tak patuh shariah dalam ASB22.75%2014Candangan Pembersihan Riba ASB15Purata peratus dividen dari tahun 1990 hingga 2014 ialah 10.53%Purata peratus dividen tak patuh shariah ialah 30%

Jumlah peratus yang perlu dibersihkan dari jumlah pelaburan terkini mengikut tahun mula melabur atau berapa tahun sudah melabur seperti berikutUntuk mengelak terus menanggung beban dosa riba dinasihatkan menutup akaun segeraPengiraan Zakat Pelaburan ASB16Jumlah tak patuh shariah = 20% TAK WAJIB ZAKATJumlah patuh shariah setelah dibersihkan = 100% - 20% = 80%

WAJIB BAYAR ZAKATZakat tidak harus ke atas sumber pendapatan yang tidak halalMaka zakat wajib dikeluarkan hanya ke atas baki pelaburan setelah dibersihkanContoh:Baki pelaburan pada tahun 2014 ialah RM24,000Tahun mula melabur tahun 2002Peratus tak patuh shariah 21.83% atau RM5,239.20Baki setelah dibersihkan RM18,760.80Jumlah zakat 2.5% ialah RM469.02Maka baki yang bersih untuk dimanfaatkan ialah RM18,291.73 atau 76.22% dari baki asal.

Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB17Soalan: Bagaimana saya nak bersihkan pengeluaran yang terdahulu? Jawapan: Sekurang-kurangnya bertaubat kepada Allah sebab sebelum ini kita tidak tahu. Tapi kalau nak bersihkan juga, boleh dikira mengikut tahun dan jumlah pengeluaran, Insha Allah.

Dari Ibnu Abbas r.a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah Taala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya. (HR Ibnu Majah, Baihaqi dan lainnya)

http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-39-perilaku-yang-diampuni/17Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB18Soalan: Bagaimana kalau saya sudah menambah atau mengurangkan pelaburan? Apakah % yang perlu dibersihkan?Jawapan: Selalunya kalau dah dikeluarkan, % pembersihan lebih tinggi dan sebaliknya. Gunakan carta tadi dan tambah atau kurang % ikut keikhlasan diri.

Soalan: Saya melabur dalam ASB dari simpanan KWSP. Bagaimana cara pembersihannya?Jawapan: Nasihat saya tutup akaun ASB dan pindah pelaburan kembali kepada KWSP. Kemudian ikut cara pemberihan KWSP atau melabur ke dalam unit amanah patuh shariah.

Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB19Soalan: Saya melabur dalam ASB menggunakan wang pinjaman dari perbankan konvensional. Bagaimana membersihkannya?Jawapan: Perbankan konvensional juga terlibat riba, maka ada dua elemen riba di sini. Oleh itu amat penting disegerakan pembersihan.

1. Tutup akaun ASB

2. Wang dikembalikan kepada bank konvensional

3. Jika kurang, mohon pembiayaan dari perbankan Islam untuk menampung kekurangan4. Jika ada lebih, bersihkan menggunakan kadar mengikut tahun mula melaburApa Itu KWSP/EPF?20Ditubuhkan dalam tahun 1951KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ialah simpanan hari tua untuk rakyat Malaysia yang bekerjaSimpanan terdiri dari caruman sebahagian gaji dan caruman dari majikan

Tidak seperti kebanyakan negara maju lain, di Malaysia caruman gaji mesti dibuat dalam KWSP sahajaPengeluaran dibenarkan berdasarkan sebab-sebab yang terhad ASB

KWSP/EPFPelaburan secara sukarela iaitu pilihan sendiri

Caruman adalah wajib dan tiada pilihan lainPelaburan adalah sempurna milik (kecuali pelaburan terus dari simpanan KWSP) iaitu boleh dicairkan dan dimanfaatkan mengikut kehendak diri kita sendiriSimpanan adalah tidak sempurna milik, hanya boleh dikeluarkan mengikut keperluan tertentu dan pada umur tertentu.Kesalahan riba tidak ditanggung pencarum tetapi mesti dibersihkanTerdapat riba dan jaminan pelaburan pokok yang tidak patuh shariahKWSP menjanjikan dividen minima 2.5% dan riba yang tidak patuh shariahPerbezaan Antara Pelaburan ASB dan Simpnan KWSP21

Bila Simpanan KWSP Dibersihkan?22Ada beberapa cara simpanan KWSP menjadi sempurna milik (boleh dimanfaatkan), iaitu apabila membuat pengeluaran seperti untuk:PendidikanAnsuran pinjaman perumahan Pendaftaran hajiSimpanan lebih RM1 juta Usia 50 tahunUsia 55 tahun

Apabila sempurna milik, maka perlu dibersihkan dan dikeluarkan zakat, termasuk pengeluaran kerana kematian pencarum

Pelaburan KWSP23

Mengikut lapuran tahunan 2103, KWSP melabur dalam semua bank konvensional di Malaysia yang berasaskan ribaKWSP tidak pernah mengeluarkan lapuran tentang peratusan pelaburan patuh atau tidak patuh shariahDalam surat KSWP pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia, KWSP mengesahkan pelaburannya tidak patuh shariahPurata dividen dari tahun 1952 sehingga 2013 ialah 5.93%

Taksiran Pelaburan Tak Patuh Shariah KWSP24Mengikut Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, kajian daripada 2 orang ulama, berikut adalah 3 pilihan kita untuk membersihkan simpanan KWSP (pengeluaran 55 tahun):

Pilihan1: Bersih peratus dividen yang bercampur-campur 35%Peratus sumbangan pokok pekerja dan majikan yang bersih ialah 65%Pilihan 2: 70% tak patuh shariah (24.5% dari keseluruhan)30% patuh shariahPilihan 3: 52% tak patuh shariah (18.2% dari keseluruhan)48% patuh shariahContoh Taksiran Pelaburan Tak Patuh Shariah KWSP25Pilihan 1: Bersih jumlah bercampur-campur 35% atau RM35,000(1) Jumlah simpanan pokok RM100,000, jumlah bersih 65% atau RM65,000*Pilihan 2: 70% tak patuh shariah atau RM24,500 (24.5% dari keseluruhan) (2) 30% patuh shariah atau RM10,500*Pilihan 3: 52% tak patuh shariah atau RM18,200 (18.2% dari keseluruhan)(2) 48% patuh shariah atau RM16,800*Selepas dibersihkan jumlah tak patuh shariah, maka dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas baki bersih ((1) + (2))

Soalan Lazim Isu Permbersihan KWSP26Soalan: Bagaimana kiraan pembersihan jika saya keluarkan sebelum bersara pada umur 55 tahun?Jawapan: Dari simpanan selama 30 tahun, pengiraan adalah mengikut prorata. Contohnya, jika kita memilih 18.2% pembersihan dan dikeluarkan selepas 10 tahun, maka peratus pembersihan ialah lebih-kurang 6%, kalau 20 tahun 12%.

Soalan: Jika cara pengeluaran ialah KWSP membayar terus kepada bank atau universiti, mestikah saya bersihkan dan keluarkan zakat juga?Jawapan: Apabila KWSP membayar bagi pihak kita, itu sudah dikira sebagai sempurna milik sebab telah dimanfaatkan. Maka perlulah untuk membersihkan dan jumlah yang bersih dikeluarkan zakat

Soalan Lazim Isu Permbersihan KWSP & ASB27Soalan: Saya telah sedekah wang tak patuh shariah dari KWSP dan EPF kepada sebuah NGO Islam. Saya telah mendapatkan resit zakat dari mereka dan telah memohon rebet dari LHDN. Adakah ini dibolehkan?Jawapan: Pemilik harta tak patuh shariah tidak boleh manfaatkan harta tersebut. Apa yang telah dilakukan boleh dikategorikan sebagai mengambil manfaat. Manfaatnya ialah apabila digunakan untuk mendapatkan rebet, maka cukai yg perlu dibayar menjadi kurang. Contohnya jika perlu bayar RM10,000 cukai tetapi sebab rebet RM5,000, hanya perlu bayar RM5,000. Maka RM5,000 rebet itu tuan gunakan untuk manfaat diri atau keluarga. Maka pada dasarnya wang tak patuh shariah itu tidak dibersihkan.28

Terima Kasih

29Telefon: 012 286 0669Email: [email protected]: facebook.com/UstazAbdulAzizMN29