celik it

2
Tajuk : Celik IT Pelajar berkualiti Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. “Celik IT Pelajar Berkualiti” itulah tajuk pidato saya pada hari ini. Hadirin yang saya muliakan, Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu terutamanya pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali. Hadirin sekalian, Antara kebaikan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di

Upload: boonyi-unai

Post on 16-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pidato spontan

TRANSCRIPT

Tajuk : Celik IT Pelajar berkualitiDalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Celik IT Pelajar Berkualiti itulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Hadirin yang saya muliakan, Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpamakatak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu terutamanya pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor, bidang pendidikan tidak terkecuali.Hadirin sekalian,

Antara kebaikan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah internet mampu meberikan manfaat kepada golongan pelajar.Hadirin yang saya kasihi,Di harapkan semua pihak tampil untuk bekerja sama dalam memastikan internet sentiasa digunakan di jalan yang betul dan kerajaan seharusnya memperbanyakkan lagi Pusat Jalur Lebar tertutamanya di kawasan pedalaman supaya anak-anak disana mampu untuk menikmati kebaikan internet seperti rakyat bandar lain. Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sangatlah sesuai untuk dipraktikkan oleh pemimpin dalam menyebarkan dan memperkenalkan kebaikan internet kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik pada masa yang akan datang. Sekian dan terima kasih.