catatan kemajuan tindakan susulan

Upload: janiceheuwaiyee

Post on 10-Mar-2016

25 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

hihi

TRANSCRIPT

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

Tindakan Susulan Minggu 1Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan merancang objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan perangai dan perlakuan murid 1H . Guru pembimbing saya telah memberi cadangan kepada saya supaya menentukan kumpulan dalam kelas Pendidikan Jasmani dengan beberapa jenis kad buah-buahan. Ini dapat memudahkan pengawalan kelas kerana murid akan beratur mengikut kumpulan buah-buahan masing-masing.

Tindakan Susulan Minggu 2

Bagi mengelakkan masa yang tidak mencukupi, saya akan mengurangkan masa bagi pengajaran saya. Pertamanya saya akan mengurangkan masa pada bahagian permulaan iaitu pemanasan badan dan saya akan memperuntukkan masa yang lebih pada bahagian perkembangan dan kemuncak di mana masa lebih diperlukan. Guru pembimbing saya juga telah memberi cadangan kepada saya supaya menyusun alatan terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Ini dapat menjimatkan masa pengajaran di mana saya tidak perlu membuang masa dengan menyusun alatan. Dengan ini, saya juga dapat mengelakkan berlakunya kekangan dari segi masa.

Tindakan Susulan Minggu 3

Tindakan Susulan Minggu 4

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, saya akan mengaplikasikan pengajaran kemahiran dalam PdP saya. Saya akan cuba menggunakan permainan kecil yang lebih kreatif dan menarik dalam pengajaran saya. Sebagai contoh, saya akan menggantikan permainan kecil dinamik dalam permulaan daripada menggunakan kaedah pengajaran yang bosan seperti regangan. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dalam Pendidikan Jasmani contohnya seperti menggunakan muzik dalam aktiviti memanaskan badan atau menyejukkan badan.