catan

33
CATAN

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 10-Aug-2015

142 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TRANSCRIPT

CATAN

CATAN

• PENGENALAN

• SEJARAH CATAN

• ALIRAN SENI LUKIS

• MEDIA CATAN

• TEKNIK CATAN

PENGENALAN

• Catan ialah hasil seni yang menggunakan media warna pada permukaan rata seperti kertas atau kanvas.

• Catan juga ialah luahan perasaan pelukis , interpretasi pandangan, rakaman gambaran yang digambarkan dalam bentuk visual.

• Catan juga merupakan penerokaan yang jauh dan mendalam mengenai gaya persembahan yang asli dan tersendiri.

SEJARAH CATAN

ZAMAN YUNANI•Media : fresko dan mozek•Subjek : adat istiadat dan agama•Pelukis : Polygnoyos, Zeuxis, Protogenes, Apelles.

ZAMAN RENAISSANCE

( Abad ke 14-16)

•Media : Fresko, cat minyak, cat tempera, cat air.•Subjek : perisatiwa kitab suci, agama kristian, peperangan, potret. •Gaya : Realistik•Pelukis : Leonardo Da Vinci, Albrecht Durer.

ZAMAN BAROK DAN ROKOKO

(abad ke 17 - 18)

• Media : Fresko , Cat Minyak• Subjek : Alam benda,

Permandangan, Potret.• Gaya : Realistik dan Dekoratif .• Pelukis : Hermensz van Rijn

Rembrandt, Jean-Antoine Watteau.

ZAMAN SEMI-ABSTRAK DAN

ABSTRAK (abad ke 19-20)

• Media : cat minyak, cat enamel, cat aluminium, cat campuran.

• Subjek : Catan alam benda, permandangan, kegiatan manusia, objek.

• Gaya : impresionisme, Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak, Kiubisme, Seni Pop, Seni Op, Seni Minimal, Seni konseptual.

• Pelukis : Paul Cezanne, Vincent Van Gogh, Henri Matisse, Pablo Picasso, Salvador Dali dll.

ALIRAN SENI LUKIS

REALISM

IMPRESIONISME

EKSPRESIONISME

EKSPRESIONISME ABSTRAK

KIUBISME

SUREALISME

SENI POP

SENI OP

SENI MINIMAL

SENI KONSEPTUAL

Realistik

“Yati” 1963 oleh Mazli Mat Som

Catan dibuat mengikut subjek sebenar dengan tepat dan menyerupai bentuk yang sebenar

Pelukis Barat:Leonardo Da VinciAlbrecht DurerJean Francois Millet

Pelukis Tempatan:Mohd Hoessein EnasMazli Mat SomAmron Omar

Impresionisme

“Waktu Pagi di Kampung”

1959 oleh Lai Foong Moi

Catan mengutamakan kesan utama atmosfera yang menumpukan kepada pencahayaan dan apresiasi pelukis yang dilihat pada jangka masa tertentu. Biasanya, lukisan dilukis di luar menggunakan kekuda.

Pelukis Barat :Paul CezannePierre Auguste RenoirVincent Van Gogh

Pelukis Tempatan :Abdullah Arif Lai Foong MoiTay Hooi Keat

Menekankan kepada emosi yang dilukis secara spontan. Bentuk awal objek tidak jelas kelihatan sebaliknya lebih memberi penekanan kepada warna, jalinan, dan garisan.

Pelukis Barat :Henri MatisseAndre Derain

Pelukis Tempatan :Dzulkifli BuyongIsmail Mustam

Ekspresionisme

“London Bridge” 1906 oleh Andre Derain

Ekspresionisme Abstrak

“Trengan” 1962 oleh Yeoh Jin Leng

Pelukis meluahkan idea, perasaan, falsafah, peribadi, dan sejagat melalui catan yang spontan dan agresif yang banyak menggunakan simbol, imej abstrak untuk menyampaikan mesej. Pelukis mengutamakan unsur warna, bentuk dan garisan disamping mengutamakan pelbagai teknik dan media.

Pelukis Barat :Franz KlineJackson Pollock

Pelukis Tempatan :Syed Ahmad JamalYeoh Jin LengAbdul Latif Mohidin

Kiubisme

“Three Musicians” 1921Oleh Pablo Picasso

Lebih mengutamakan bentuk-bentuk geometri yang dipecahkan agar dapat dipandang dari pelbagai sudut yang dapat menimbulkan ilusi 3D yang mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan dan ekspresi bebas.

Pelukis Barat :Pablo PicassoGeorges Braque

Pelukis Tempatan :Chia Yu Chian

Surealisme

“The Persistance of Memory” 1931 oleh Salvador Dali

Catan mempersembahkan gaya imej bawah sedar atau dalam khayalan di mana objek yang tidak berkaitan diletakkan bersisi dalam situasi yang tidak dijangkakan.

Pelukis Barat :Max ErnstJoan MiroSalvador Dali

Pelukis Tempatan :Ali RahamadZulkifli Mohd Dahalan

Seni Pop

Drowning Girl, 1963Oleh Roy Lichtenstein

Catan menggunakan unsur tampak iklan atau objek komersil di mana imej, tema, dan teknik bersifat semasa dan populariti.

Pelukis Barat :Richard HamiltonRoy Lichtenstein

Pelukis Tempatan :Ibrahim HusseinJoseph Tan

Seni Op

“Intake” 1964 oleh Bridget Riley

Reka bentuk geometri digabungkan dengan kombinasi warna untuk menghasilkan ilusi pergerakan pada penglihatan. Pelbagai rupa saiz dan warna digabungkan dengan ton yang diulang-ulang.

Pelukis Barat :Victor de VasarelyBridget Riley

Pelukis Tempatan:Tan Teong EngTang Tuck Kang

Seni Minimal

“Untitled” 1971 oleh Dan Flavin

Catan dan arca abstrak mementingkan bentuk dan rupa bentu asas. Situasi dibina khas agar penonton berada pada ruang dan masa yang dipamerkan.

Pelukis Barat :Dan FlavinCarl Andre

Pelukis Tempatan :Ruzaika Omar Basree

Seni Konseptual

“The Great Malaysian Landscape” 1972

oleh Redza Piyadasa

Tidak mementingkan objek tetapi megutamakan konsep dan pemikiran di sebalik objek tersebut. Idea dipersembahkan melalui bahasa. Simbol, foto, dokuman, carta, peta, filem, video dan sebagainya.

Pelukis Barat :Hans Haacke

Pelukis Tempatan :Redza Piyadasa

Cat Air

Bahantara : Air

Bahan Pengilat : Gam Arab

Alat dan Bahan : Berus lembut dan kertas cat air

Teknik : Basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah.

Kesan Catan : Lut Sinar, Legap jika disapu berulang kali.

Cat Poster

Bahantara : Air

Bahan Pengilat : Pengilat larut air

Alat dan Bahan :Berus dan Kertas Kartrij

Teknik : Glazing dan Impasto

Kesan Catan : Legap

Cat Tempera

Bahantara : Air

Bahan Pengilat : kuning telur, gam cecair

Alat dan Bahan : berus, kertas tebal/ kanvas/ papan

Teknik : disapu mengikut lapisan nipis, jalur sapuan diselang-selikan agar warna rata dan licin

Kesan Catan :lut sinar (kertas), berkilat (papan@kertas tebal)

Bahantara : Air

Bahan Pengilat : perekat gam dan madu

Alat dan Bahan : Berus dan Kertas Kartrij

Teknik : Glazing dan Impasto

Kesan Catan : kesan berkapur legap

Cat Guac

Cat Minyak

Bahantara : Turpentin

Bahan Pengilat : minyak linsid atau minyak kacang

Alat dan Bahan : berus, pisau palet, kekuda, kanvas/ papan/ kadbod

Teknik : impasto, glazing, hard edge, scumbling.

Kesan Catan :legap, licin berkilat atau kasar berjalin mengikut teknik pilihan.

Cat Akrilik

Bahantara : Air

Bahan Pengilat : Plastik cecair putih

Alat dan Bahan : berus, pisau palet, kekuda, kanvas/ papan/ kadbod

Teknik : impasto, glazing, hard edge, scumbling.

Kesan Catan : lut sinar dan legap

TEKNIK TITIK (POINTILISME)TEKNIK IMPASTO

TEKNIK LUKISAN CAT TEPAT (HARD EDGE)

TEKNIK GLAZING

TEKNIK MELEMBUT (SCUMBLING)

TEKNIK KOLAJ

TEKNIK ALLA PRIMA (DIRECT PAINTING)

TEKNIK MEDIA CAMPURAN

TEKNIK CATAN

TEKNIK TITIK (POINTILISME)

• Menggunakan berus membentuk titik-titik berwarna yang disusun di atas latar putih.

TEKNIK IMPASTO

• Warna yang pekat dan banyak dari tiub dibancuh dengan berus atau pisau palet di atas kanvas yang menimbulkan kesan jalinan sentuh dan tampak yang menarik.

TEKNIK LUKISAN CAT TEPAT (HARD EDGE)

• Lukisan cat abstrak yang ada bentuk rupa yang jelas dan tepat yang digubah ringkas, tepat dan teratur menggunakan pita litup semasa memisahkan warna seolah-olah catan itu dipotong.

TEKNIK GLAZING

• Sapuan berus selapis demi selapis selepas kering menghasilkan kesan yang lembut dan licin seperti kilauan.

TEKNIK MELEMBUT (SCUMBLING)

• Menggunakan lapisan nipis gelap atau separa gelap secara kasar di atas warna latar yang menimbulkan kesan lut sinar seperti kain halus.

• Menimbulkan kesan kusam dan bertekstur.

TEKNIK KOLAJ

• Menggunakan teknik mengumpul dan menampal bahan ke atas permukaan untuk mendapatkan reka bentuk dan kesan tertentu.

TEKNIK ALLA PRIMA (DIRECT PAINTING)

• Menggunakan sapuan hanya sekali dengan pilihan warna yang tepat dan spontan.

TEKNIK MEDIA CAMPURAN

• Catan atau karya seni menggunakan pelbagai bahan dan juga mengaplikasikan pelbagai teknik.

TAMATdisediakan oleh :

ROZAIKHA BT ROBI

dibantu oleh:PN NUR KAMARIAH RAMLI

GURU CEMERLANG PSVSMK GETING, 16080 TUMPAT KELANTAN.

2011