cara penyelesaian

4
Secara umumnya terdapat dua kaedah penyelesaian bagi setiap konflik yang berlaku di peringkat antarabangsa iaitu : a) Secara Perdamaian – Kedua – pihak yang bertikai bersetuju mencari jalan penyelesaian secara damai. Kaedah secara perdamaian ini boleh dibahagi kepada beberapa jenis lagi iaitu timbang tara, penyelesaian penghakiman, rundingan, jasa baik, pengantaraan atau semakan penyelesaian di bawah PBB. b) Secara Paksaan – di mana penyelesaian yang dilakukan secara paksaan ataupun kekerasan. Kaedah secara paksaan ini boleh dilakukan dengan perang bersenjata dan tanpa senjata, tindakan kekerasan, pembalasan dan Sekatan Pasifik. Bagi menyelesaikan isu perebutan Wilayah Crimea ini adalah dengan menggunakan bantuan daripada Pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai pengganti kepada Liga Bangsa-bangsa Bersatu, PBB yang telah dibentuk pada tahun 1945 telah mengambil alih sebahagian besar tanggungjawab dalam menyelesaikan pertikaian di

Upload: ain94

Post on 21-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

K

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Penyelesaian

Secara umumnya terdapat dua kaedah penyelesaian bagi setiap konflik yang berlaku di

peringkat antarabangsa iaitu :

a) Secara Perdamaian – Kedua – pihak yang bertikai bersetuju mencari jalan

penyelesaian secara damai. Kaedah secara perdamaian ini boleh dibahagi kepada

beberapa jenis lagi iaitu timbang tara, penyelesaian penghakiman, rundingan, jasa

baik, pengantaraan atau semakan penyelesaian di bawah PBB.

b) Secara Paksaan – di mana penyelesaian yang dilakukan secara paksaan ataupun

kekerasan. Kaedah secara paksaan ini boleh dilakukan dengan perang bersenjata

dan tanpa senjata, tindakan kekerasan, pembalasan dan Sekatan Pasifik.

Bagi menyelesaikan isu perebutan Wilayah Crimea ini adalah dengan menggunakan bantuan

daripada Pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB).

Sebagai pengganti kepada Liga Bangsa-bangsa Bersatu, PBB yang telah dibentuk pada

tahun 1945 telah mengambil alih sebahagian besar tanggungjawab dalam menyelesaikan

pertikaian di peringkat antarabangsa. Salah satu matlamat asas pertubuhan ialah menyelesaikan

secara damai perbezaan antara Negara-negara dan berkaitan dengan Artikel 2 Piagam PBB, yang

dilakukan oleh ahli pertubuhan untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara damai dan

menahan diri daripada melakukan ancaman perang atau menggunakan paksaan ( J.G Starke 1984

: 517).

            Dalam keadaan ini, tanggungjawab yang penting berpindah kepada Perhimpunan Agung

dan Majlis Keselamatan sesuai dengan kekuasaan mereka yang diamanahkan kepada kedua-dua

pertubuhan itu. Perhimpunan Agung diberi kuasa, tertakluk kepada kekuasaan penguatkuasa

keamanan Majlis Keselamatan untuk menyarankan tindakan-tindakan yang sesuai untuk

Page 2: Cara Penyelesaian

keamanan dalam setiap keadaan yang mungkin akan merosakkan kesejahteraan awam atau

hubungan persahabatan antara bangsa. Namun dengan kuasa yang besar yang telah diberikan

pada Majlis Keselamatan haruslah dilaksanakan dengan cepat dan tegas mengikut dasar

Pertubuhan Bangsa Bersatu. Secara umumnya, Majlis akan bertindak dalam dua jenis pertikaian

iaitu:

1. Sekiranya pertikaian boleh memudaratkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

2.  Berlakunya kes seperti ancaman terhadap keamanan, pelanggaran keamanan atau

tindakan pencerobohan. Dalam kes yang pertama, Majlis bila perlu, boleh memanggil

pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara seperti timbang tara,

penyelesaian penghakiman, rundingan, penyelidikan, pengantaraan dan perdamaian.

Majlis juga, mungkin boleh menyarankan prosedur yang tepat atau cara yang sesuai

untuk menyelesaikan pertikaian berikut.

           Manakala dalam kes yang kedua, Majlis mempunyai kuasa untuk membuat cadangan atau

memutuskan apa-apa tindakan yang harus diambil untuk memelihara atau memulihkan

keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mungkin memanggil pihak-pihak berkaitan untuk

mematuhi tindakan tertentu. Tidak ada sekatan atau kelulusan pada cadangan yang dibuat oleh

Majlis. Pada dasarnya mungkin ia dirujuk dengan suruhanjaya penyelidikan atau mungkin juga

dirujuk dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sebagainya. Menurut Artikel 41 hingga

47 Piagam, Keselamatan Kehakiman juga mempunyai hak untuk memberi keputusan, tidak

hanya dengan tindakan kekerasan seperti sekatan ekonomi tetapi boleh juga dengan

menggunakan kekuatan bersenjata terhadap Negara-negara yang menolak untuk terikat dengan

keputusan.