cara menghargai pengorbanan ibu bapa

Upload: zul-fazli

Post on 18-Oct-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ibu baa

TRANSCRIPT

Antara cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa ialah:- Seseorang anak mestilah sentiasa meletakkan keutamaan terhadap ibu bapa lebih daripada yang lain. Seseorang anak mestilah sentiasa hormat, taat akan suruhan, menunjukkan kemesraan, ringan tulang dan mestilah menjaga maruah dan nama baik keluarga. Sebagai seorang anak yang masih di bangku persekolahan, kita mestilah berusaha, tekun dalam menuntut ilmu agar menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. (Hadiahkan mereka dengan segulung ijazah... ) Sebagai seorang anak, kita mestilah berusaha untuk menjadi insan yang sempurna dari segi sahsiah, minda, emosi dan fizikal. Setelah dewasa dan berjaya dalam kehidupan, seseorang anak mestilah berusaha membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa seperti membantu dari segi kewangan, perubatan, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain mengikut kemampuan diri. Apabila berada berjauhan dari ibu bapa, seseorang anak mestilah kerap melawat, menghubungi serta bertanya khabar walaupun sesibuk mana kita. Apabila wujud pertelingkahan atau pertentangan pendapat, seseorang anak mestilah bijak menuturkan kata agar mereka tidak berkecil hati. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Jauhi sifat suka meninggi diri dengan mereka. Jika ibu bapa kita dulunya merupakan 'orang miskin' dan terpaksa mencurah keringat demi sesuap nasi untuk membesarkan kita, maka sepatutnya kita membalas jasa mereka dengan memberikan kesenangan hidup, menghantarkan mereka ke Mekah, membawa mereka melancong dan sebagainya. Paling utama dan terpenting, cara membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa kita adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh dibanggakan oleh mereka, agama dan juga bangsa. Apabila mereka telah tua, berusahalah untuk menjaga kebajikan, kesihatan dan keperluan mereka. Sentiasalah bersama mereka sama ada ketika senang ataupun susah. Apabila mereka telah tiada, hadiahkan doa dan bacaan al-Quran kepada roh mereka selepas kita mengerjakan solat. Kunjungilah kubur-kubur mereka sekerap yang boleh. Ceritakan tentang kebaikan mereka kepada anak-anak kita pula.