cara-cara mengubati dan mengawasi penyakit 'pendam rasa

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 09-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ubati

TRANSCRIPT

USRAH NEGERI 5 CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT PENDAM RASA

KELIMA:CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKITPENDAMRASA

Penyakit memendam rasa mungkin dapat diubati dan diawasi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:1-Seseorang itu mestilah mengenal pasti tugasnya diatas muka bumi ini serta mengetahui halangan dan rintangan laluannya dan mesti tahu jalan selamat.Sesungguhnya seseorang insanitu apabila dia mengetahui tentang tugasnya di atas muka bumi ini dan tahu tentang pula tentang halangan-halangan laluannya serta dapat mengenal pasti jalan selamatnya maka ia terus melalui dan mengharungi halangan-halangan tersebut demi melaksanakan tugasnya tanpa menghiraukan segala kesusahan dan kepayahan yang menimpanya, bahkan ia hanya mengharapkan balasan ganjaran pahala daripada Allah , disini tidak timbul lagi memendam rasa dan tekanan jiwa.Lembaran sejarah semuanya dimuatkan dengan terang gemilang pengertian kata-kata ini.SaiyidahAishah meriwatkan, katanya ketikamana sahabat-sahabat Rasulullah ,berhimpun bilangan mereka 38 orang.Saiyidina Abu Bakar menggesa Rasulullah agar muncul berhadapan dengan orang-orang musyrikin,Rasullullah bersabda: Wahai Abi Bakar sesungguhnya bilangan kita kecil (yakni sedikit) namun demikian Abu Bakar terus menggesa hinggalah Rasulullah muncul,orang-orang Islam berpecah dan berada di sudut-sudut masjid,setiap seorang bersama dengan keluarganya, Saiyidina Abi Bakar bangun berucap kepada orang ramai, Rasulullah duduk, maka Saiyidina Abi Bakar yang menjadi khatib atau penceramah yang pertama yang berdakwah kepada Allah dan rasulnya,orang-orang musyrikin membantahterhadap Abu Bakar dan orang-orang Islam, lalu mereka dipukul disudut-sudut masjid hingga parah, Saidina Abi Bakar dipijak dan dilanyak sungguh-sungguh,lalu seorang fasik yang bernama Utbah Bin Rabiah menghampirinya dan memukulnya dengan kasut dan ditenyeh mukanya dengan kedua-dua kasutnya(dilakukan semuanya ini dalam keadaan dia berada diatas perut Saiyidina Abi Bakar) hingga tidak dapat dibezakan mana muka dan mana hidungnya.Maka datangalah Banu Tiim( )lalu menghalang orang-orang musyrikin daripada Saidina Abi Bakar. Bani Tiim( )membawa (mengusung) Saiyidina Abi Bakar dengan menggunakan kain dan mereka bawa masuk dalam rumahnya,dan mereka tidak ragu-ragu lagi tentang hampir ajalnya,kemudian Bani Tiim( )balik dan masuk dalam masjid , lalu mereka berkata: Demi Allah jika sekiranya Abu Bakar mati nescaya kami akan membunuh Utbah Bin Rabiah, kemudian mereka balik semula kerumah Saiyidina Abu Bakar. Abu Qahafah dan Bani Tiim( )bercakap dengan Abi Bakar, hampir malam barulah Saiyidina Abi Bakar bercakap.Maka katanya: Apa yang Rasulullah lakukan ? lalu mereka menenangkan dengan kata-kataberhikmah,kemudian mereka bangun sambil berkata kepada ibunya Ummul Khair .Jagalah dia baik-baik,bagi dia makan dan bagi dia minum,maka tatkala ibunya bersendirian disampingnya dia berkata lagi: Apa yang Rasulullah lakukan? Kata ibunya : demi Allah aku tidak tahu menahu dengan kawan kamu itu lalu beliau berkata : Pergilah jumpa Ummul Jamil Binti Al-Khatab tanyalah dia tentangRasulullah.Maka ibunya pun keluar sehingga berjumpa dengan Ummul Jamil,lalu berkata Abu Bakar bertanyakan engkau berkenaan dengan Muhammad Bin Abdullah,kata Ummul Jamil,aku tidak kenal Abu Bakar,dan aku tidak kenal Muhammad Bin Abdullah,boleh aku pergi bersama engkau untuk berjumpa dengan anak kamu? Kata Ummul Khair (ibu Abu Bakar)ya, boleh,apabila sampai dirumah didapati Abu Bakar tidur tersungkur,Ummul Jamil menghampirinya,lantas mengangkat suaranya dengan berkata: Demi Allah puak-puak yang melakukan perkara-perkara ini terhadap engkau,mereka adalah puak jahat dan kufur,dan engkau aku berdoa agar Allah menuntut bela bagi pihak engkau.Kata Abu Bakar:Apa yang Rasulullah lakukan? Kata Ummul Jamil :Selamat dan baik,kata Abu Bakar : Dia dimana sekarang? Kata Ummul Jamil : Dia berada dirumah Ibnu Arqam Kata Abu Bakar : Aku tak akan makan dan tak akan minum sehingga aku berjumpa Rasulullah .Maka kedua-dua mereka (Abu Bakar dan Ummul Jamil) mengatakan,nanti dahulu,apabila keadaan reda,manusia senyap sepi (tengah malam)kedua-dua membawa abu bakar dengan memapahnya hinggalah sampai jumpa Rasulullah,Rasulullah memeluknyadan mengucupnya,begitu juga orang-orang yang lain lakukan,Rasulullah amat kesian dan bersimpati dengan Abu Bakar, maka kata Abu Bakar : Demi ibu dan bapaku wahai Rasulullah,sebenarnya tidak ada apa-apa bagi diriku,Cuma sedikit sahajayang dilakukan oleh fasik Utbah Bin Rabiah dibahagian mukaku,dan ini ibuku,cukup baik dan berbudi terhadap anaknya,engkau amat berkat,mohonlah kepada Allah agar iadiselamatkan daripada api neraka,maka Rasulullah pun berdoa kepada Allah,maka ibunya memeluk Islam dan tinggal bersama-sama Rasulullah dirumah Ibnul Arqam sebulan,maka jadilah mereka 39 orang.Sesungguhnya Saiyidina Hamzah Bin Abd Mutalib juga memeluk Islam dihari Saiyidina Abu Bakar dipukul.Begitu juga bila mana Abu Zar Al-Ghifari memeluk Islam,Rasulullah bersabda kepadanya : ""baliklah kepada kaum(kelompok) kamu, maka beritahu mereka sehinggalah sampai kepada engkau arahanku.Maka kata Abu Zar : Demi yang mengutuskan engkau dengan kebenaran,aku akan pekikkan kalimah syahadah ditengah-tengah khalayak ramai maka ia pun keluar sampai sahaja di masjid dia berkata dengan suara yang lantang : kemudian dia terus bangun maka mereka memukulnya hingga tersungkur,datang Al-Abbas memeluknya, lantas berkata : Celakaboleh,bukankah kamu tahu bahawa dia ini dari suku Ghifar laluan perniagaan kamu ke Sham,maka Al-Abbas menyelamatkan dia daripada mereka,esok hari dia ulangi, mereka pukul lagi,Al-Abbas selamatkan. Al-Hadis.Contoh-contoh daripada hayat sahabat banyak tidak terkira,begitu juga apayang berlaku dalam zaman pemerintahan paksaan yang dialami ummat Islam kini,pejuang-pejuang gerakan Islambangun menentang kezaliman yang cubamenerapkan manhaj komunis, sokbiah,zionis,sekular, () baath, dan lain-lain,mereka menanggung penderitaan dan terus menanggung banyak perkara demi mempertahankan Islam dan tidak mahu menjadi hamba tawanan kepada penyakit memendam rasa dan tertekan sambil mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah setiap kali ditimpa musibah,penuh keyakinan bahawa inilah laluan pendakwah,penderitaan,ujian, penderaan,pencabulan kemudian datanglah kemenangan melaksanakan Islam,kedamaian dan keamanan.

2)-Tanamkan sifat berani memberi pendapat serta membuat pembetulan dengan bijak sekiranya ia salah.DaripadaSahl() katanya: Seorang lelaki lalu dihadapan Rasulullah lantas baginda berkata : Apa kamu semua hendak kata tentang lelaki ini? Mereka menjawab : Orang merdeka,jika ia melamar patut dinikahkan,jika ia meminta pertolongan patut diberi pertolongan,dan jika ia berkata hendaklah didengar.Kemudian baginda diam,tiba lalupula seorang lelaki lain dari kalangan orang-orang miskin,bagindaberkata : Ini apa kamu hendak kata pula? Kata mereka,orangmerdeka,jika dia melamar jangan dinikahkan,jika meminta pertolongan jangan diberi,jika berkatajangan didengar,kata Rasulullah yang ini adalah lebih baik ( ) seribu kali daripada yang satu lagi.( )Daripada Khansak Binti Khaddam Al-Ansariah : Sesungguhnya dia dikahwinkan oleh bapanya,sedang dia adalah janda() Khansak tidak mahu (benci) perkahwinan tersebut dia datang berjumpa Rasulullah maka baginda menolak pernikahannya.Rasulullah selalu bermesyuarat dengan sahabat-sahabat baginda pada perkara-perkara yang tidak ada nas,berdasarkan firman Allah ( 159) dan menggalakan para sahabat mengeluarkan pendapat dan pandangan,baginda menghormatipendapat dan pandangan mereka ,baginda membuat pembetulan sekiranya terdapat kecacatan,begitulah juga dilakukan oleh pimpinan-pimpinan agong selepas baginda hinggalah kemasa dan zaman yang terdekat ini,Daripada Al-Hasan katanya : Tidak ada mana-mana kaum yang bermesyuarat dikalangan mereka melainkan Allah memberi pertunjuk hidayat lebih baik daripada apa mereka putuskan.( ) .Daripada Al-Hasan juga berkata : Sebenarnya telah diketahui bahawa Rasulullah tidak berhajat kepada pandangan-pandangan sahabat,tetapi baginda ingin jadikan sunnah untuk mereka yang datang selepasnya.Kata Al-Imam Assyafie : Sesungguhnya pemerintah disuruh bermesyuarat ialah supaya peserta-peserta mesyuarat itu dapat mengingatkan apa-apa yang terlepas pandang oleh pemerintah, dapat menunjukkan hujjah dan dalil yang mungkin tidak dapat dibawa oleh pemerintah (), bukan mesyuarat bertujuan supaya peserta-peserta mesyuarat mengiakan apa yang disarankan olehpemerintah.Allah S.W.T tidak menganugerahkan ini kepada sesiapa selepas Rasulullah terdapat dalam catatan sejarah bagaimana pimpinan-pimpinan agung bermesyuarah,Saiyidina Abu Bakar bermesyuarat dalam usaha memerangi orang murtad(menafikan kewajipan zakat)-merupakan peserta / ahli majlis mesyuarat Saiyidina Omar Al-Khattab,Saiyidina Othman Al-Affan bermesyuarat dengan para sahabat supaya semua orang baca quran dalam satu mushaf sahaja Begitulah seterusnya.

3)-Menghormati pendapat orang lain dan cuba mengguna pakai pendapat itu jika bermanfaat.Abdullah Bin Zubair Bin Al-Awwam datang kepada Rasulullah ,- seperti yang dikatakan oleh ibunya Asma selepas tujuh tahun untuk bermubayaah dengan Nabi , seperti yang disuruh oleh bapanyaAz-Zubair-Rasulullah senyum ketika melihat Abdullah datang mengadapnya, kemudian bermubayaah.Ini pula Saiyidina Omar Al-Khattab,Rasulullah menjemputnya untuk di utus (dihantar) kepada ahli Makkah, hari Al-Hudaibiah untuk memberitahu mereka tentang hasrat Rasulullah,iaitu baginda tidak mahu berperang,tetapi mahukan Baitillahil Haram, untuk menyempurnakanumrah,Saiyidina Omar memberi pandangannya dalam tugas ini, katanya : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku takut dan bimbang diriku dengan Quraish,tetapi tidak ada seorang dari Bani Adi( ) yang boleh menahan aku,sebab Quraish tahu bahawa aku bermusuh dengannya dan aku berlaku kasar terhadap mereka,tetapi aku cadangkan seorang yang lebih hebat dan mulia dari aku iaitu Othman Ibnu Affan,Rasulullah menghormati pandangan Saiyidina Omar Al-Khattab, maka baginda memanggil Saiyidina Othman lalu diutus kepada kaum Quraish.Apabila selesai Suluh Al-Hudaibiah antara Nabi dan Suhail Bin Amru, wakil Quraish dalam Al-Hudaibiah Rasulullah bangun dan bersabda : Wahai manusia sekalian,bersembelihlah dan bercukurlah, tidak seorang pun menyahutnya. Baginda pulang kerumahbertemu dengan Ummu Salamah, baginda bersabda : Wahai Ummu Salamah, mengapa manusia berkeadaan demikian,kata Ummu Salamah : Mereka telah mengambil sikap seperti yang engkau lihat, maka jangankamu bercakap dengan sesiapa pun, terus pergi kepada binatang sembelihan dimana binatang itu berada dan sembelihlah dan bercukurlah, kalau tuan hamba berbuat demikiannanti semua orang turut melakukannya,maka Rasulullah pun keluar dan tidak bercakap dengan sesiapapun, sehinggalah sampai ke tempat binatang sembelihannya, lalu menyembelihnya, kemudian baginda duduk dan bercukur, maka semua orang pakat sembelih kemudian bercukur, dan banyak lagi gambaran-gambaran yang menunjukkan Rasulullah menghormati pendapat orang lain dan cuba mengguna pakai pendapat tersebut jika ianya bermanfaat , bagitulah wajar diikut manhaj ini bagi mengubati penyakit memendam rasa bahkan dapat menjaga dan mengawasinya sebelum terjebak.

4)-Membenarkan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip mulia menjadi tuan.Membenarkan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip mulia menjadi tuan dapat membasmikan nilai-nilai yangmeruntuhkan juga prinsip-prinsip yang tidak berguna, atau sekurang-kurangnya pun dapat menyekat dan mengongkongnya berada didalam daerah yang sempit dengan yang demikian akan hilanglahsebab utama yang menyebabkan memendam rasa dan tertekan,bertitik tolak dari nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang mulia adalah tuntutan fitrah semulajadi , apabila tuntutan semulajadi ini terjawab, lahirlah keamanan,kedamaian dan ketenteraman.Tujuan jihad dalam agama kita yang mulia ini,bahkan risalah-risalah para nabi dan rasul, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi ruang kepada nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip yang mulia ini dapat sampai melalui jalannya yang benar ini kepada akal fikiran hati murni manusia,Benarlah firman Allah : , (251)

Dterjemah Oleh,Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis22/9/2011-24 Syawal 1423