cara bermain permainan batu lima

2
Cara bermain permainan “batu lima” 1. Pemain dikehendaki menggenggam 5 biji batu dengan menggunakan 1 tangan, membaling kesemua batu dan membiarkan batu-batu tersebut jatuh ke lantai. 2. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu ke atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk memungut salah sebiji batu di lantai lalu menyambut batu yang dibaling tersebut. Perbuatan yang sama diulangi sebanyak 4 kali sehingga kesemua batu yang berada di lantai berjaya dipungut. 3. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu tersebut ke atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk memungut 2 biji batu yang berada di lantai lalu menyambut batu yang dibaling tersebut. Perbuatan yang sama diulangi sebanyak 2 kali sehingga kelima- lima biji batu dipungut. 4. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu tersebut ke atas. Sebalik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk memungut sebiji batu di lantai dan seterusnya menyambut batu yang dibaling tersebut. Selepas itu, balingan sebiji batu dibuat sekali lagi. Semasa balingan dibuat, pemain perlu memungut ketiga-tiga baki batu yang berada di lantai sebelum menyambut batu yang dibaling tersebut. Dalam cabaran ketiga ini, pemain tidak boleh tersentuh batu yang lain ketika dalam proses memungut salah sebiji batu yang berada di lantai. Sekiranya pemain tersentuh

Upload: rowena-lim

Post on 16-Jan-2016

209 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PJ

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Bermain Permainan Batu Lima

Cara bermain permainan “batu lima”

1. Pemain dikehendaki menggenggam 5 biji batu dengan menggunakan 1 tangan,

membaling kesemua batu dan membiarkan batu-batu tersebut jatuh ke lantai.

2. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu ke

atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk memungut salah

sebiji batu di lantai lalu menyambut batu yang dibaling tersebut. Perbuatan yang

sama diulangi sebanyak 4 kali sehingga kesemua batu yang berada di lantai berjaya

dipungut.

3. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu

tersebut ke atas. Sebaik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk

memungut 2 biji batu yang berada di lantai lalu menyambut batu yang dibaling

tersebut. Perbuatan yang sama diulangi sebanyak 2 kali sehingga kelima-lima biji

batu dipungut.

4. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu

tersebut ke atas. Sebalik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk

memungut sebiji batu di lantai dan seterusnya menyambut batu yang dibaling

tersebut. Selepas itu, balingan sebiji batu dibuat sekali lagi. Semasa balingan dibuat,

pemain perlu memungut ketiga-tiga baki batu yang berada di lantai sebelum

menyambut batu yang dibaling tersebut.

Dalam cabaran ketiga ini, pemain tidak boleh tersentuh batu yang lain ketika

dalam proses memungut salah sebiji batu yang berada di lantai. Sekiranya

pemain tersentuh batu yang lain, maka ia akan dikira sebagai melanggar

peraturan dan 2 markah akan ditolak.

5. Memilih sebiji batu dengan menggunakan tangan dominan dan membaling batu

tersebut ke atas. Sebalik sahaja balingan dibuat, guna tangan yang sama untuk

memungut keempat-empat biji batu di lantai dan seterusnya menyambut batu yang

dibaling tersebut. Cabaran ini akan dikira gagal sekiranya salah sebiji batu terlepas

dari tangan semasa proses membuat sambutan.

6. 5 biji batu digenggam dengan menggunakan 1 tangan, pilih sebiji batu untuk dibaling

ke atas dan 4 biji batu yang lain dibaling ke lantai. Batu yang dibaling ke atas

tersebut mesti disambut sebaik sahaja balingan ke lantai dibuat. Selepas itu, sebiji

Page 2: Cara Bermain Permainan Batu Lima

batu yang disambut tersebut dibaling ke atas sekali lagi. Sebaik sahaja balingan

dibuat, pemain dikehendaki memungut keempat-empat biji batu yang berada di lantai

sebelum menyambut batu yang dibaling ke atas. Cabaran ini akan dikira gagal

sekiranya salah sebiji batu terlepas dari tangan semasa proses membuat sambutan.

7. 5 biji batu digenggam dengan menggunakan 1 tangan, pilih sebiji batu untuk dibaling

ke atas dan 4 biji batu yang lain dibaling ke lantai. Batu yang dibaling ke atas

tersebut mesti disambut sebaik sahaja balingan ke lantai dibuat. Perbuatan yang

sama perlu diulangi sebanyak 5 kali secara berterusan.