cakap ajuk

Upload: norfazli-ahmad

Post on 13-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

CAKAP AJUK - CAKAP PINDAH AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH Ayat cakap ajuk ialah ayat yang mengajuk atau meniru percakapan yang diucapkan seseorang. Ayat cakap ajuk menggunakan tanda petik ".........". Ayat cakap pindah ialah asalnya ayat cakap ajuk yang ditukarkan bentuknya. Walaupun bentuk ayat cakap pindah berbeza daripada ayat cakap ajuk, namun maksud asalnya tidak berubah. Apabila menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan sebaliknya, sesetengah perkataan akan bertukar. Lihat jadual di bawah.GOLONGANAYAT CAKAP AJUKAYAT CAKAP PINDAH

Kata Ganti Nama DiriAku, sayaKamiBetaAwak, kamuKamu semuaDiaMerekaBagindaDia, -nyamereka

Kata Ganti Nama TempatSiniSana, situ

Kata Ganti Nama TunjukIniitu

Kata Keterangan MasaSekarangMalam tadiSemalamHari iniEsokMasa ituMalam yang lepasHari semalamnyaHari ituKeesokan harinya

Kata Keterangan CaraBeginibegitu

Arahan:Tukarkan Ayat bagi cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.

BilAYAT CAKAP AJUK

1Saya tinggal di PCB, kata Ali kepada Abu.

2Bilakah pertandingan ini akan tamat? Ani bertanya kepada Ayu.

3Kata Aji kepada Lee, saya belum makan.

4Mari kita ke taman. Kata Mat kepada Bo.

5Berikan buku ini kepada Cikgu Mat, kata Siti kepada Nur.

6Ali: Bolehkan saya duduk di sini Abu?

7Mop lantai dapur, kata Abu kepada isterinya.

JawapanAYAT CAKAP PINDAH

Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di PCB

Ani bertanya kepada Ayu bila pertandingan itu akan tamat.

Aji memberitahu Lee bahawa dia belum makan.

Mat mengajak Bo pergi ke taman.

Siti berpesan kepada Nur agar memberikan buku itu kepada Cikgu Mat.

Ali bertanyakan Abu sama ada dia boleh duduk di situ.

Abu menyuruh isterinya mengemop lantai dapur.