“alamak! macamana nak cakap ni?” penggunaan strategi ...gmj-me.upm.edu.my/upload/014.pdf ·...

17
Global Media Journal Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948 152 “Alamak! Macamana nak cakap ni?” : Penggunaan Strategi Tampungan dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab Mohd Hilmi Mohd Hashim Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia Malaysia. [email protected] Muhd Zulkifli Ismail, Ph.D, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Nik Farhan binti Mustapha, Ph.D, 1 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. [email protected] Abstrak Komunikasi lisan yang juga dikenali sebagai bertutur atau berbual merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dalam sesuatu bahasa, termasuk bahasa Arab. Walau bagaimanapun, kajian di Malaysia mendapati para pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab masih lemah dalam penguasaan komunikasi lisan bahasa ini. Dalam hal ini, para sarjana bahasa berpendapat apabila seseorang menghadapi masalah dalam berkomunikasi, seseorang itu akan menggunakan strategi tampungan untuk mengatasi keterbatasan ini. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi tampungan yang digunakan oleh pelajar universiti di Malaysia ketika berkomunikasi lisan menggunakan bahasa Arab. Kajian kualitatif ini melibatkan tujuh orang responden yang dipilih secara bertujuan. Data yang diperoleh melalui kaedah temu bual, kemudiannya dianalisis mengikut lapan jenis 1 Corresponding author

Upload: leliem

Post on 06-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

152

“Alamak! Macamana nak cakap ni?” :

Penggunaan Strategi Tampungan dalam Komunikasi Lisan Bahasa

Arab

Mohd Hilmi Mohd Hashim

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia

Malaysia.

[email protected]

Muhd Zulkifli Ismail, Ph.D,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Nik Farhan binti Mustapha, Ph.D,1

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.

[email protected]

Abstrak

Komunikasi lisan yang juga dikenali sebagai bertutur atau berbual merupakan salah satu

kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar untuk berkomunikasi

dengan baik dalam sesuatu bahasa, termasuk bahasa Arab. Walau bagaimanapun, kajian

di Malaysia mendapati para pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab masih lemah

dalam penguasaan komunikasi lisan bahasa ini. Dalam hal ini, para sarjana bahasa

berpendapat apabila seseorang menghadapi masalah dalam berkomunikasi, seseorang itu

akan menggunakan strategi tampungan untuk mengatasi keterbatasan ini. Maka, kajian

ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi tampungan yang digunakan oleh pelajar

universiti di Malaysia ketika berkomunikasi lisan menggunakan bahasa Arab. Kajian

kualitatif ini melibatkan tujuh orang responden yang dipilih secara bertujuan. Data yang

diperoleh melalui kaedah temu bual, kemudiannya dianalisis mengikut lapan jenis

1 Corresponding author

Page 2: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

153

strategi tampungan; iaitu beralih kepada bahasa ibunda, mendapatkan bantuan,

menggunakan gerak bibir dan bahasa badan, mengelakkan komunikasi sama ada

sebahagiannya atau secara keseluruhan, memilih topik, menyesuaikan maklumat,

mencipta perkataan baharu, dan juga menggunakan sinonim atau huraian. Hasil kajian

mendapati responden mengaplikasi kesemua jenis strategi tampungan tersebut, kecuali

strategi mencipta perkataan baharu. Tujuan penggunaan strategi ini pula adalah lebih

kepada tujuan untuk mengatasi keterbatasan dari aspek kosa kata Arab yang dikuasai.

Selain itu, rakan perbualan yang berbeza bangsa turut mempengaruhi penggunaan jenis

strategi ini, apabila mereka akan beralih kepada bahasa Melayu ketika berkomunikasi

lisan dengan orang Melayu dan beralih kepada bahasa Inggeris apabila berhadapan

dengan penutur jati bahasa Arab. Namun, di sebalik pelbagai kekangan yang dihadapi,

mereka tetap berusaha untuk berkomunikasi lisan dalam bahasa Arab.

Kata kunci: strategi pembelajaran bahasa, strategi tampungan, komunikasi lisan bahasa

Arab, bertutur.

Pengenalan

Komunikasi lisan merupakan salah satu bentuk perbualan untuk mewujudkan hubungan

sesama manusia. Proses ini melibatkan suatu bahasa, sama ada bahasa pertama, kedua

atau pun bahasa asing (Ahmad Kilani, 2001). Dalam konteks bahasa di Malaysia,

sekalipun bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi utama dalam kalangan

penduduk negara ini, namun terdapat pelbagai bahasa asing yang turut digunakan dalam

komunikasi mereka, antaranya bahasa Arab.

Sebagaimana yang diketahui umum, bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing

yang telah dijadikan pengkhususan major di peringkat pengajian tinggi di Malaysia;

sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS). Pembelajaran bahasa Arab di peringkat ini menawarkan bahasa tersebut

Page 3: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

154

untuk tujuan komunikasi yang mencakupi keperluan di pelbagai sektor; antaranya

pelancongan, urusan diplomatik, pendidikan tinggi dan sebagainya (Rosni, 2009). Bagi

pelajar yang mengikuti pembelajaran bahasa tersebut, komunikasi lisan, iaitu kemahiran

bertutur, menjadi kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh mereka, selain kemahiran

bahasa yang lain, seperti mendengar, membaca dan menulis. Hal ini kerana kemahiran

tersebut mencerminkan penguasaan mereka dalam bahasa Arab serta menjadi penanda

aras dalam menentukan tahap kejayaan mereka dalam proses pembelajaran (Zawawi et.

al, 2011).

Namun begitu, segelintir pelajar yang mengikuti pembelajaran bahasa Arab di Malaysia,

khususnya di peringkat pengajian tinggi, didapati masih menghadapi masalah dalam

komunikasi lisan apabila mereka tidak mencapai tahap keterampilan yang memuaskan

(Ab. Halim, 2009). Walaupun mereka telah didedahkan dengan bahasa tersebut

semenjak di peringkat sekolah menengah lagi (Mastura & Kaseh, 2012), namun

kelemahan dalam pertuturan serta kurang yakin dalam penggunaan bahasa ini masih

ketara (Zarina & Taj Rijal, 2008).

Menurut Bailey (2005), kebanyakan individu yang menggunakan kemahiran komunikasi

lisan dalam sesuatu bahasa menyatakan bahawa kemahiran ini adalah lebih sukar untuk

dikuasai berbanding kemahiran lain. Ini mungkin disebabkan komunikasi ini selalunya

berlaku dalam masa yang sebenar (real time) (Zawawi et. al, 2011). Selain itu, masalah

yang dihadapi oleh mereka juga ialah kekurangan leksikal, sama ada mereka terlupa

Page 4: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

155

ataupun tidak dapat menentukan perkataan yang sesuai untuk disampaikan ketika

berkomunikasi (Ashinida, 2003). Apabila keadaan ini terjadi, pelajar bahasa kedua

ataupun bahasa asing, khususnya bahasa Arab, akan menggunakan beberapa strategi

tampungan.

Strategi Tampungan dalam Komunikasi Lisan

Strategi Tampungan merupakan sebahagian daripada Strategi Pembelajaran Bahasa

(SPB). Sebenarnya, terdapat pelbagai takrifan yang diberikan oleh para sarjana terhadap

SPB, namun takrifan terkini, mantap dan menyeluruh telah dikemukakan oleh Griffiths

(2009: 87) sebagai “activities consciously chosen by learners for the purpose of

regulating their own language learning”. Berdasarkan definisi tersebut, SPB perlu

mempunyai 3 unsur penting, iaitu aktiviti pelajar bahasa, dilakukan secara sedar, dan

juga mempunyai tujuan untuk mengawal pembelajaran.

Selain takrifan, para sarjana juga telah membina pelbagai taksonomi untuk SPB,

antaranya Cohen (1998), O’Malley & Chamot (1990) dan Oxford (1990). Namun,

taksonomi Oxford (1990) dilihat sebagai taksonomi SPB yang paling komprehensif

kerana enam jenis SPB utama, iaitu strategi metakognitif, kognitif, memori, tampungan,

afektif dan sosial merangkumi setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seorang

pelajar bahasa (Radha, 1998).

Page 5: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

156

Selain itu, penekanan Oxford dalam mengkhususkan strategi tampungan sebagai salah

satu daripada enam (6) jenis SPB yang utama juga telah menyebabkan taksonomi beliau

berbeza daripada taksonomi yang diutarakan oleh para sarjana yang lain (Radha, 1998),

apatah lagi pengkhususan sebegini didapati amat sesuai untuk diaplikasi dalam kajian

yang melibatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa Arab (Nik Farhan, 2011).

Strategi tampungan ini telah didefinisikan sebagai tindakan yang diambil oleh pelajar

untuk mengatasi keterbatasan semasa mempelajari sesuatu bahasa, agar sesi

pembelajaran dapat diteruskan (Oxford, 1990). Strategi ini berfungsi untuk membantu

pelajar “…to use the new language for either comprehension or production, despite

limitations in knowledge” (Oxford, 1990: 47).

Dalam aspek kemahiran berkomunikasi lisan pula, strategi tampungan ini mampu

memberi galakan kepada para pelajar agar meneruskan perbualan, sekalipun berdepan

dengan pelbagai halangan dan kekangan (Oxford, 1990; Radha, 1998).

Oxford (1990) telah membahagikan strategi tampungan dalam berkomunikasi lisan

kepada lapan bentuk strategi yang lebih khusus, sebagaimana berikut:

i) Beralih kepada bahasa ibunda (Switching to the Mother Tongue).

ii) Mendapatkan bantuan (Getting Help).

iii) Menggunakan gerak bibir dan bahasa badan (Using Mime or Gesture).

Page 6: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

157

iv) Mengelakkan komunikasi sama ada sebahagiannya atau secara keseluruhan

(Avoiding Communication Partially or Totally).

v) Memilih topik (Selecting the Topic).

vi) Menyesuaikan maklumat (Adjusting or Approximating the Message).

vii) Mencipta perkataan baharu (Coining Words).

viii) Menggunakan sinonim atau huraian (Using a Circumlocution or Synonym).

Strategi Tampungan dalam kajian Bahasa Arab di Malaysia

Di Malaysia, kajian yang memberi fokus kepada penggunaan strategi tampungan ini

boleh didapati di dalam kajian yang berkaitan dengan Strategi Pembelajaran Bahasa

(SPB) bahasa Arab secara umum. Hasil kajian tersebut mendapati strategi tampungan

merupakan strategi yang paling banyak digunakan oleh responden, malah kekerapan

penggunaannya telah mendahului strategi lain dalam SPB, sama ada strategi kognitif,

memori, afektif, metakognitif, dan juga sosial (Anida, 2003; Nurazan, 2004; Kamarul

Syukri, 2009).

Kekerapan penggunaan strategi tampungan ini adalah berpunca daripada kelemahan

pelajar dalam aspek komunikasi. Ini kerana hampir semua item strategi tampungan

memfokus kepada penyelesaian keterbatasan dalam komunikasi lisan (Nurazan, 2004).

Para pelajar juga dilihat kerap menggunakan strategi ini disebabkan masalah kompetensi

dan kecekapan mereka menggunakan bahasa Arab yang terhad serta persekitaran yang

kurang membantu dalam menambahkan input bahasa (Kamarul Shukri, 2009).

Page 7: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

158

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa strategi

tampungan merupakan antara strategi terpenting dalam komunikasi lisan pelajar yang

mempelajari bahasa Arab di Malaysia, namun kajian saintifik yang lebih menfokus

kepada penggunaan strategi ini secara khusus masih belum diterokai. Tambahan pula,

kajian yang pernah dijalankan sebelum ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif

(Anida, 2003; Nurazan, 2004; Kamarul Syukri, 2009; Mastura & Kaseh, 2013), yang

mungkin tidak dapat menemui dapatan yang lebih mendalam berhubung penggunaan

strategi tampungan ini dalam kalangan pelajar. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti strategi tampungan yang digunakan oleh pelajar ketika berkomunikasi

lisan menggunakan bahasa Arab.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan aktiviti pengumpulan

data melalui temu bual. Seramai tujuh orang pelajar yang dipilih secara bertujuan telah

dijadikan responden kajian. Mereka merupakan pelajar tahun akhir yang mengambil

jurusan bahasa Arab di salah sebuah IPTA di Malaysia. Setiap responden telah ditemu

bual secara berasingan. Data yang diperoleh melalui rakaman temu bual ini,

kemudiannya ditranskripsi bagi membentuk protokol dan seterusnya dianalisis

berasaskan lapan bentuk strategi tampungan untuk berkomunikasi lisan yang

dikemukakan oleh Oxford (1990).

Page 8: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

159

Dapatan dan Analisis kajian

Hasil daripada analisis kajian, didapati bahawa kesemua pelajar telah menggunakan

tujuh strategi tampungan yang utama bagi mengatasi keterbatasan pertuturan mereka

dalam berkomunikasi lisan menggunakan bahasa Arab. Berikut adalah dapatan strategi

tampungan yang digunakan oleh pelajar.

i. Memilih topik

Responden didapati menggunakan strategi memilih topik bagi memulakan sesuatu

perbualan dengan bercakap perkara yang asas sebelum memasuki topik atau isu yang

lebih mendalam. Malah, analisis data menunjukkan strategi tampungan ini yang menjadi

keutamaan mereka setiap kali mereka memulakan perbualan. Hal ini berlaku disebabkan

keinginan mereka untuk menjayakan sesuatu komunikasi lisan agar proses ini berjalan

dengan lancar, sebagaimana kenyataan berikut:

“Biasa kita mulakan perbualan dengan tanya aaa dari mana, buat

apa, sapa nama, benda yang simple, sebelum masuk ke dalam

perkara-perkara yang lebih mendalam...” [R1,U43]

“...Biasa kalau jumpa dengan orang Arab kita akan tanya aaa asal,

kita akan tanya tu dulu.... Rasa ye lah tu salah satu strategi

komunikasi yang berkesan, sebab tu tanya benda yang basic.

Maknanya, kita saling kenal dulu kenal latar belakang dia, apa

semua, and then untuk langkah seterusnya baru kita pergi lebih

jauh...” [R2,U41]

ii. Beralih kepada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris

Page 9: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

160

Hasil kajian menunjukkan responden menggunakan strategi ini dengan beralih kepada

dua bahasa utama; iaitu bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Penentuan bahasa yang

bakal digunakan oleh mereka adalah berdasarkan orang yang terlibat dalam proses

komunikasi. Mereka didapati melakukan strategi beralih kepada bahasa ibunda, iaitu

bahasa Melayu apabila berlaku halangan dalam komunikasi bahasa Arab dengan rakan

sebaya ataupun pendengar yang memahami bahasa Melayu, sebagaimana yang

dinyatakan oleh responden ini:

“... so, kadang-kadang kalau berlaku dalam perbualan dengan

kawan-kawan secara spontan tu, tak dapat ingat perkataan dalam

pertuturan, ubah kepada cakap bahasa Melayu...” [R4,U16]

Manakala keadaan kedua pula, iaitu strategi beralih kepada bahasa Inggeris dilakukan

oleh responden apabila berkomunikasi dengan penutur berbangsa Arab.

“Ok secara jujurnya, kalau saya tak tahu sesuatu perkataan tu

bila berbual dengan mereka [orang Arab], saya cuba cakap dalam

bahasa Inggeris la ...” [R7,U62]

iii. Menggunakan gerak bibir dan bahasa badan

Strategi ini melibatkan penggunaan komunikasi bukan lisan (non-verbal), iaitu bahasa

badan, bahasa isyarat ataupun dengan menggayakan sesuatu perkataan dengan gerakan

fizikal badan serta melakukan mimik muka. Responden didapati menggunakan strategi

tampungan jenis ini apabila mereka tidak mengetahui sesuatu perkataan yang ingin

Page 10: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

161

dituturkan, tetapi mereka tetap berusaha untuk menyampaikan mesej tersebut kepada

pendengar. Berikut ialah kenyataan daripada responden:

“... saya ada buat gerakan fizikal badan, tu sememangnya ada

gunalah. Kadang-kadang kita guna gerakan fizikal badan ni, buat

macam kita lagi bersungguh-sungguh, bersemangat nak tahu benda

tu. Selain tu juga, bila macam nak sampaikan juga mesej kat

kawan-kawan tu, kadang-kadang secara spontan dia macam jadi

guna bahasa isyarat” [R7,U58]

iv. Mendapatkan bantuan

Strategi ini digunakan apabila responden cuba mendapatkan bantuan dengan bertanya

kepada rakan, guru atau penutur jati bahasa Arab. Antara sebab penggunaan strategi

tampungan ini ialah mereka tidak mengetahui sesuatu atau menginginkan kepastian

tentang sesuatu perkataan, frasa atau ayat dalam bahasa Arab. Berikut adalah kenyataan

daripada sebahagian responden yang mendapatkan bantuan daripada rakan disebabkan

kekurangan mereka tentang sesuatu perkataan di dalam bahasa Arab:

“Kalau tak tahu sesuatu perkataan kan, .... saya tanya kawan

kalau time tu ada kawan...” [R3,U40]

Responden juga didapati menggunakan strategi mendapatkan bantuan dengan

bertanyakan guru bahasa Arab disebabkan mereka ingin memastikan makna sesuatu

perkataan bahasa Arab:

Page 11: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

162

“... kita tak pasti betul ke tak perkataan tu, kita tak de lah cakap

kita tak tahu, ... kita tanya pensyarah tu macam, aaa... ustazah em

kalau kata ni dalam bahasa Arab macam mana ya ustazah?...”

[R2,U65]

Selain itu, responden dalam kajian ini juga didapati menggunakan strategi meminta

bantuan daripada rakan perbualannya dengan menggabungkannya dengan strategi gerak

bibir atau badan. Dalam hal ini, responden menyatakan:

“... kadang-kadang ada juga saya tepuk bahu dia [rakan

perbualan], dia fahamlah untuk bantu saya dan saya meminta

bantuanlah daripada mereka [rakan perbualan]” [R5,U58]

v. Menyesuaikan perkataan

Strategi ini melibatkan penggunaan perkataan yang sama atau hampir sama maksudnya

apabila responden tidak mengetahui perkataan yang lebih tepat dalam bahasa Arab.

Mereka sedar bahawa perkataan yang digunakan itu tidak setepat perkataan yang

sepatutnya digunakan. Namun disebabkan strategi tampungan ini mampu

menyampaikan maklumat kepada rakan perbualan, maka komunikasi lisan mereka

menggunakan bahasa Arab dapat diteruskan. Menurut seorang responden:

“…bila macam nak sampaikan juga mesej kat kawan-kawan tu...

saya guna perkataan yang sama maksud dia, macam kita cuba

cari perkataan yang lebih kuranglah, tapi kita gunakan perkataan

yang lebih dekat dengan kita, macam perkataan yang kita selalu

guna tu...” [R7,U58]

Page 12: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

163

Pernyataan responden di atas juga menunjukkan bahawa perkataan yang menjadi pilihan

mereka pada ketika itu merupakan perkataan yang biasa mereka gunakan.

Selain menggunakan perkataan yang sama maksud, responden dalam kajian ini juga

didapati cuba menyesuaikan frasa ayat lain yang membawa maksud yang sama, seperti

kenyataan berikut:

“...kalau tak dapat, tukar kepada ayat yang lain memberi

maksud yang sama...”[R1,U29]

vi. Menggunakan sinonim atau huraian

Hasil dapatan juga membuktikan bahawa strategi tampungan berhubung penggunaan

sinonim atau huraian yang dibina Oxford (1990) turut digunakan oleh responden.

Mereka menggunakan strategi ini apabila tidak mengetahui sesuatu perkataan bahasa

Arab semasa berbual. Justeru, mereka cuba menghuraikan serta menerangkan perkataan

tersebut dengan memberi definisi atau huraian yang panjang, seperti membina ayat.

Strategi ini digunakan untuk menyampaikan maksud perkataan tersebut, terutamanya

apabila berkomunikasi bersama penutur jati. Ini dapat dikesan dalam contoh transkripsi

berikut:

“...contoh, kadang-kadang perkataan itu kita tak tahu, kita bagi

definisi yang panjang lebar... ...biasanya diorang [Orang Arab]

akan faham la apa yang sebenarnya kita nak maksudkan. Kita

ceritalah benda ni banyak-banyak, alah yang macam tu, yang

Page 13: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

164

macam ni, macam ni tu semua...pastu diorang pun tahulah apa

benda.” [R2, U77]

vii. Mengelakkan komunikasi

Sebahagian responden didapati menggunakan strategi ini apabila mereka mengalami

kekurangan kosa kata dalam diri mereka untuk meneruskan proses berkomunikasi. Pada

ketika itu, mereka terus menghentikan perbualan. Mereka didapati kerap melakukan

strategi ini terutamanya ketika bertutur dengan penutur jati bahasa Arab, sebagaimana

kata-kata di bawah:

“... kalau saya tak dapat juga untuk terus berbual maka terhentilah

di situ...” [R1,U61]

Penggunaan strategi ini juga menunjukkan seolah-olah strategi ini merupakan

tindakan terakhir yang dapat dilakukan setelah tiada strategi tampungan lain yang

boleh digunakan pada ketika itu.

“Kalau saya tak dapat nak sampaikan juga, walaupun macam-

macam saya dah cuba, saya terus senyap dan hentikan perbualan

tu...” [R3,U40]

Berdasarkan dapatan kajian di atas, responden hanya menggunakan tujuh jenis strategi

tampungan daripada lapan jenis strategi yang dikemukakan oleh Oxford (1990) bagi

Page 14: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

165

mengatasi keterbatasan semasa berkomunikasi. Manakala strategi yang tidak digunakan

oleh mereka ialah strategi mencipta perkataan baharu.

Kesimpulan

Beberapa kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah seperti berikut:

1. Strategi tampungan amat diperlukan oleh pelajar Melayu pengkhususan

bahasa Arab ketika berkomunikasi lisan, sama ada bersama rakan-rakan,

guru bahasa Arab mahupun penutur jati. Malah, strategi ini amat

membantu mereka untuk menyampaikan sesuatu mesej, apabila

pengetahuan linguistik yang dimiliki terhad.

2. Selain itu, strategi tampungan ini juga didapati banyak menyumbang ke

arah pembinaan keyakinan diri pelajar untuk terus berkomunikasi dengan

sesiapa sahaja menggunakan bahasa Arab.

3. Melalui tujuh strategi tampungan yang telah dikenal pasti ini, pelajar telah

berjaya menyampaikan maklumat yang dikehendaki semasa berkomunikasi

lisan menggunakan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, penggunaaan jenis

strategi ini adalah bersesuaian dengan topik perbualan mereka.

4. Kajian ini turut mendapati bahawa masalah utama yang kerap mendorong

mereka mengaplikasi strategi tampungan adalah disebabkan kekurangan

kosa kata bahasa Arab yang dikuasai. Perkara ini selari dengan dapatan

yang ditemui oleh Ashinida (2003).

Page 15: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

166

5. Para pelajar didapati menggunakan strategi beralih kepada bahasa ibunda,

iaitu bahasa Melayu, strategi mendapatkan bantuan, strategi menggunakan

gerak bibir dan bahasa badan, serta strategi menyesuaikan perkataan,

apabila berkomunikasi lisan bersama rakan perbualan berbangsa Melayu.

6. Apabila bertutur dengan penutur jati bahasa Arab, mereka didapati

mengaplikasi strategi beralih kepada bahasa Inggeris, strategi mendapatkan

bantuan, strategi memilih topik asas, strategi menggunakan sinonim atau

huraian, dan juga strategi menggelakkan komunikasi secara keseluruhan.

7. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang didasari oleh kerangka

konsep strategi tampungan Oxford (1990), pengkaji memperoleh dapatan

yang lebih mendalam berhubung penggunaan strategi tampungan oleh

pelajar Melayu ketika mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.

Hal ini kerana di sebalik penggunaan tujuh strategi tampungan tersebut,

terdapat pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh responden, iaitu beralih

kepada bahasa Inggeris selain bahasa ibunda, mengelakkan komunikasi

secara keseluruhan sebagai strategi terakhir apabila berlaku gangguan

keterbatasan, cenderung memilih hanya topik asas yang telah sebati dengan

kecekapan pertuturan mereka, serta menyesuaikan perkataan yang

digunakan dengan topik perbualan dan bukannya penyesuaian maklumat

atau idea.

Page 16: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

167

Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pelajar agar dapat mempelbagaikan

penggunaan strategi tampungan bagi mengelakkan komunikasi lisan mereka di dalam

bahasa Arab terhalang. Di samping itu, mereka perlu diberi galakan untuk terus

menggunakan bahasa Arab ini sebagai medium pertuturan mereka, agar masalah

kelemahan dalam aspek komunikasi lisan dapat diatasi pada masa akan datang.

Rujukan

Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi Dalam Bahasa Arab Dalam Kalangan

Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal Of Islamic And Arabic

Education 1(1): 1-14.

Ahmad Kilani Mohamed. (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Skudai: Johor Darul Ta'zim.

Anida Abd. Rahim. (2003). Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dikalangan Pelajar Melayu.

Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ashinida Aladdin. (2003). Strategi Komunikasi (SK): Strategi Pengleksikelan dalam

Pertuturan Bahasa Arab Di kalangan Pelajar Peringkat Menengah. Laporan

Penyelidikan. Bangi: Pusat Pengajian Bahasa Dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial Dan

Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bailey, K. M. (2005). Speaking. New York: McGraw-Hill ESL/ELT.

Cohen, A. D. (1998). Strategies in learning and using a second language. London:

Longman.

Griffiths, C. (2009). Strategies and good language learners. In Griffiths, C. (ed.), Lessons

from good language learners, 83-98. Cambridge: Cambridge University Press.

Kamarul Shukri Mat Teh. (2009). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama. Tesis Ph.D, Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Mastura Arshad & Kaseh Abu Bakar. (2012). Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran

Bertutur Bahasa Arab:Kajian di Pusat Asasi UIAM. Persidangan Kebangsaan

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12). Bangi: Unit Bahasa

Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 17: “Alamak! Macamana nak cakap ni?” Penggunaan Strategi ...gmj-me.upm.edu.my/UPLOAD/014.pdf · Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ... Penggunaan Strategi

Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 4, Issue 1, 2014 ISSN : 2231-9948

168

Nik Farhan Mustapha. (2011). Istrātījiyyāt al-qirā’ah ladā tullāb jāmicah putrā al-mālīziyyah wa

atharuhā calā istī

cābihim al-qirā’ī (Reading strategies among Arabic language students in

Universiti Putra Malaysia and its effect on their level of comprehension). Tesis Doktor

Falsafah, Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.

O’Malley, J. M. & Chamot, A. U. (1990). Learning strategies in second language acquisition.

Cambridge: Cambridge University Press.

Oxford, R. L. (1990). Language Learning Strategies: What Every teacher should know. New

York: Newbury House.

Radha Nambiar. (1998). Learning strategies: a Malaysian perspective. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Rosni Samah. (2009). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar

Bukan Penutur Jati. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Zarina Mohd Zakaria & Taj Rijal Muhd Ramli. (2008). Sejarah perkembangan program

minor bahasa Arab di Fakulti Bahasa UPSI. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan

kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Bahasa Arab dan

Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 22-23 Mac 2008.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Ala-Uddin

Othman. (2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA.

GEMA Online™ Journal of Language Studies , 67-81.