cadangan tema hari guru 2013

18
LAMPIRAN B CADANGAN TEMA HARI GURU 2013 1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema 1.1 Nama : 1.2 No.Kad Pengenalan : 1.3 No.Telefon Bimbit : 1.4 Alamat Tempat Bertugas : 2. Cadangan Tema 3. Huraian Tema TEY SIEW CHOO 580403-06-5276 012-7258156 SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM PROFESIONALISME GURU TERAS KEJAYAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA Profesionalisme guru amat bergantung kepada tahap pendidikan mereka. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) hingga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, profesionalisme guru amat dititik beratkan. Saban tahun kerajaan berusaha meningkatkan profesionalisme guru melalui penajaan untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Setelah tahap pendidikan guru ditingkatkan, pasti profesionalisme guru meningkat secara tidak langsung. Natijahnya transformasi pendidikan negara yang telah direncanakan dapat direalisasikan. Dengan

Upload: sufian2

Post on 04-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tema Hari Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

TEY SIEW CHOO

580403-06-5276

012-7258156

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

PROFESIONALISME GURU TERAS KEJAYAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Profesionalisme guru amat bergantung kepada tahap pendidikan mereka. Melalui Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) hingga Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025, profesionalisme guru amat dititik beratkan. Saban tahun

kerajaan berusaha meningkatkan profesionalisme guru melalui penajaan untuk

melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Setelah tahap pendidikan guru ditingkatkan, pasti profesionalisme guru meningkat

secara tidak langsung. Natijahnya transformasi pendidikan negara yang telah

direncanakan dapat direalisasikan. Dengan peningkatan bilangan guru yang memiliki

tahap pendidikan yang lebih tinggi, profesionalisme guru dapat diangkat lebih tinggi lagi.

Kejayaan Transformasi pendidikan negara amat bergantung kepada profesionalisme

guru.

Page 2: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.Telefon Bimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

SUPIAN BIN HASHIM

720229-05-5225

013-2906119

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

TEKNOLOGI DAN INOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan lanskap pendidikan global

berubah secara drastik. Penggunaan peralatan ICT seperti desk top, lap top, dan

sebagainya telah menjadikan internet, e-mel dan penggunaan poltal untuk menyebarkan

maklumat dan wadah pembelajaran semakin berkembang. Tambahan pula kerajaan telah

mengisytiharkan Tahun Sains dan Inovasi pada tahun 2012 bagi merangsang minat

rakyat melaksanakan penyelidikan seterusnya menghasilkan ciptaan yang bermanfaat

termasuk dalam bidang pendidikan. Melalui penggunaan teknologi yang sedia ada atau

dihasilkan oleh para guru daalam bentuk alatan, perisian mahupun modul dapat

mempercepatkan transformasi pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan oleh

Y.A.B Tan Sri Muhyddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pelajaran Malaysia. Oleh itu, teknologi dan inovasi berupaya menjadi pemangkin

transformasi pendidikan negara.

Page 3: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

NOORWATI BINTI MUDA

670809-01-5120

013-7158771

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

PROFESIONALISME GURU MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) hingga Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025, bertujuan memartabatkan profesion pendidikan negara.

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme guru melalui penajaan

melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor

falsafah. Pelbagai program pensiswazahan guru dilaksanakan yang melibatkan guru

biasa hinggalah guru di peringkat pentadbiran iaitu pengetua dan guru besar. Setelah

tahap pendidikan guru ditingkatkan, pasti profesionalisme guru meningkat secara

tidak langsung. Dengan peningkatan bilangan guru yang memiliki tahap pendidikan

yang lebih tinggi, profesionalisme guru dapat diangkat lebih tinggi lagi. Natijahnya

para guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta hal ehwal

pengurusan dan pentadbiran dengan berkesan dan cekap. Lantas profesionalisme guru

menjadi teras kejayaan transformasi pendidikan negara..

Page 4: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

NORHAYATI BINTI MD ZAN

630105-01-6196

019-7126452

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

BERSATU MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Bersatu teguh bercerai roboh adalah peribahasa Melayu yang menekankan kesatuan

atau perpaduan dalam melaksanakan sesuatu dasar, program atau aktiviti. Hanya

dengan bersatu kita dapat melaksanakan sesuatu hasrat dengan mudah dan cepat.

Berpegang kepada peribahasa Melayu tersebut, sekiranya semua guru di Malaysia

bersatu padu melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran seperti MBMMBI, Sukan sepanjang Tahun, 1Murid 1Sukan dan dasar-dasar

semasa yang lain, pasti transfomasi dalam bidang pendidikan bukan sahaja dapat

direalisasikan mengikut sasaran bahkan lebih daripada saasaran. Inilah yang

dikatakan ‘ Bersatu Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’

Page 5: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

ALI BIN YUSOF

560708-01-6207

012-7290234

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

SEDERAP MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd

Razak telah melancar Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). GTP meliputi bidang

ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. Sekiranya rakyat tidak menyahut atau

bekerjasama dalam melaksanakan transformasi ini sudah tentu negara tidak dapat

mencapai sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam masa terdekat ini. Oleh itu,

semua pihak bukan sahaja para guru di sekolah tetapi semua warga pendidikan dari

Pejabat Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Insitusi Pendidikan Guru, KPM serta seluruh

rakyat Malaysia perlu sederap melakukan transformasi. Perubahan sikap dari hanya

mengharapkan guru semata-mata mendidik anak mereka kepada ibu bapa/penjaga

turut bersama-sama memainkan peranan yang sama pasti dapat melahirkan tindakan

yang sama iaitu sederap melakukan peranan masing-masing. Dengan tindakan yang

sederap ini pasti dapat melonjakkan transformasi pendidikan Negara.

Page 6: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

RADZIAH BINTI MUHYDIN

720301-01-5480

012-7551372

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PENJANA MODAL INSAN TERBILANG

Pendidikan Negara sentiasa melalui perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR), Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hinggalah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan perubahan yang dilakukan dalam

pendidikan negara. Transformasi diperlukan bagi melahirkan modal insan yang boleh memenuhi

kehendak pasaran kerja semasa. Dengan transformasi dalam bidang pendidikan , kita dapat

membentuk modal insan yang berdaya saing , mempunyai jati diri, berkemahiran,

berketrampilan dan seterusnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Segalanya boleh

tercerna melalui tansformasi yang dilakukan dalam bidang pendidikan. Lantas banyak perubahan

yang berlaku dalam bidang pendidikan, antaranya penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, memperkenalkan elemen ICT dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi sekolah

rendah, penggunaan alatan/mesin yang canggih bahkan institusi pendidikan seperti maktab

perguruan dan sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi Institusi Pendidikan Guru dan Kolej

Vokasional. Semua transformasi ini bertujuan menjana modal insan yang bukan sahaja

cemerlang tetapi terbilang. Ini bermakna modal insan kita bukan sahaja setara tetapi lebih baik

daripada modal insan negara-negara maju yang lain.

Page 7: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

LIM SU WAN

760922-01-6802

012-7301117

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELONJAKKAN NEGARA BANGSA

Melalui perubahan atau transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan kerajaan pasti kita dapat melahirkan modal insan yang cemerlang sekaligus dapat menjadi tenaga kerja cemerlang dalam bidang yang diceburi. Modal insan cemerlang dapat dilahirkan melalui sistem, dasar atau polisi mahupun penggunaan peralatan yang canggih, terkini dan baharu sekaligus meningkatkan produktiviti negara. Secara tidak langsung dapat melonjakkan ekonomi negara. Negara dan bangsa Malaysia akan dikenali oleh negara-negara lain dengan sendirinya setelah transformasi pendidikan dilaksanakan. Natijahnya, melalui transformasi yang dilakukan dalam pendidikan, negara bukan sahaja dapat membentuk modal insan cemerlang tetapi juga dapat melonjakkan imej negara dan bangsa Malaysia di persada global.

Page 8: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

TENG MEY LEE

550116-01-5084

016-7115641

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

GURU 1MALAYSIA PENJANA 1TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Warga pendidikan di Malaysia kini melebihi 330,000 orang. Untuk merealisasikan

negara kita menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, peranan guru

mendidik anak bangsa menjadi sangat penting. Justeru, seluruh kakitangan guru

(Guru 1Malaysia) di semua peringkat dari peringkat yang tertinggi iaitu Ketua

Pengarah Pelajaran sehinggalah guru di sekolah perlu menggembleng tenaga ke arah

merealisasikan program transformasi pendidikan negara. Hanya terdapat satu program

transformasi pendidikan (1Transformasi Pendidikan) di Malaysia. Dari Perlis hingga

ke Sabah, segala dasar, polisi mahupun kurikulum yang dilaksanakan adalah sama

dan seragam. Oleh itu, guru 1Malaysialah yang berperanan menjana 1transformasi

pendidikan yang telah direncanakan agar menjadi kenyataan.

Page 9: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

W.NOR ASEKIN BINTI W.HUSSAIN

740130-03-5564

012-7825198

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

KURIKULUM STANDARD TERAS TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kurikulum seragam atau standard di seluruh institusi pendidikan sama ada sekolah

rendah mahupun menengah merupakan citra pendidikan Malaysia. Keadaan ini

membezakan pendidikan Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Dengan

kurikulum pendidikan yang standard, kita akan melaksanakan perubahan-perubahan

dalam aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran

yang lebih cekap dan berkesan. Penggunaan teknologi dan inovasi yang dihasilkan

dalam mencerna kurikulum standard ini memudahkan para guru melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran. Sesiapa sahaja guru yang berpindah ke mana-mana

sekolah seantero Malaysia dapat melaksanakan transformasi pendidikan dengan

jayanya kerana pendidikan di Malaysia berteraskan kurikulum standard.

Page 10: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

RUHANA BINTI DASLAR

570926-01-5914

019-7591127

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

MEMARTABATKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN, MEMPERKASAKAN NEGARA BANGSA

Seluruh warga pendidikan perlu memartabatkan transformasi pendidikan yang

dihasratkan oleh pihak kerajaan. Dengan meletakkan program transformasi

pendidikan ini sebagai keutamaan , kita akan melaksanakan pelbagai tindakan bagi

tujuan tersebut. Pelbagai usaha akan digembleng dalam memartabatkan transformasi

pendidikan negara seperti melaksanakan sukan sepanjang tahun, 1Murid 1Sukan dan

MBMMBI dengan berkesan dapat menzahirkan transformasi pendidikan dengan

cemerlang. Sudah tentu setelah transformasi dapat dilaksanakan dengan jayanya,

secara tidak langsung kita dapat memperkasakan negara tercinta.

Page 11: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

HALINA BINTI MISRAN

730621-01-6684

019-7427560

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TONGGAK KEGEMILANGAN NEGARA

Berubah ke arah kebaikan adalah dituntut dalam Islam. Melalui transformasi

pendidikan kita dapat membentuk para pelajar yang akan menjadi modal insan negara

holistik dan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Lantas Transformasi

pendidikan menjadi teras atau tonggak kegemilangan negara. Semakin bertambah

kemahiran para pelajar, semakin produktif tenaga kerja negara. Segala transformasi

yang dirancang dalam bidang pendidikan akan menentukan kejayaan kita pada masa

depan sama ada mampu menjadi negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

Segala-galanya bermula dengan pendidikan. Pendidikan menjadi asas keupayaan

literasi dan numerasi (LINUS), benteng akhlak atau moral , penguasaan pelbagai

kemahiran dan semangat patriotism dalam diri. Dengan melakukan transformasi

dalam pendidikan kita boleh melahirkan modal insan yang cemerlang sekaligus

berperanan sebagai sumber tenaga manusia negara berupaya membawa Malaysia ke

puncak kecemerlangan.

Page 12: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

HANIS BINTI MD TAHIR

851227-05-5010

017-6719447

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PENJANA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Untuk merealisasikan negara berpendapatan tinggi, kita perlu melakukan perubahan

pradigma bukan sahaja kepada para guru tetapi pelajar-pelajar. Program transformasi

pendidikan yang sedang dirancang oleh kerajaan dapat melahirkan para pelajar yang

berfikiran di luar kotak kebiasaan. Pelajar-pelajar ini akan membentuk modal insan

negara yang kreatif dan inovatif . Natijahnya hasrat kerajaan menjadikan Malaysia

sebuah negara berpendapatan tinggi mampu direalisasikan dalam tempoh yang

pendek.

Page 13: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

NORLELA BINTI MAT AKHIR

701130-04-5314

019-7066046

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

LITERASI DAN NUMERASI TERAS KEGEMILANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Setiap tahun ada sahaja pelajar yang tidak menguasai literasi dan numerasi. Lebih

menyedihkan sehingga menjejak kaki ke sekolah menengah masit terdapat pelajar

yang tidak menguasai literasi dan numerasi. Kerajaan telah mengambil langkah

memperkenalkan Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA). Antara NKRA sub

pendididikan ialah penguasaan pelajar dalam literasi dan numerasi atau LINUS.

Walaupun setiap tahun terdapat pelajar yang tuna LINUS atau belum menguasai

LINUS tetapi pendidikan negara masih pada tahap cemerlang. Sekiranya penguasaan

literasi dan numerasi (LINUS) ini mencapai 100% penguasaan, kami optimis

pendidikan negara akan mencapai tahap gemilang kerana penguasaan dalam LINUS

menjadi asas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran yang lain. Tanpa LINUS

sudah tentu kemahiran-kemahiran yang lebih kompleks tidak dapat dikuasai.

Page 14: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2 Cadangan Tema

3 Huraian Tema

NORDIN BIN SANAT

670713-01-5353

012-7457467

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

KPM sedang menekankan prinsip Melindungi Masa Instruksional (MMI) bagi mewujudkan masa yang berkualiti dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hanya pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sahaja yang mampu merealisasikan harapan ini. Justeru kepimpinan instruksional berupaya menjana transformasi pendidikan yang dihasratkan oleh negara dengan cemerlang.

Page 15: Cadangan Tema Hari Guru 2013

LAMPIRAN B

CADANGAN TEMA HARI GURU 2013

1. Maklumat Peribadi Pencipta Tema

1.1 Nama :

1.2 No.Kad Pengenalan :

1.3 No.TelefonBimbit :

1.4 Alamat Tempat Bertugas :

2. Cadangan Tema

3. Huraian Tema

ZAHARAH BINTI JOBOK

560503-04-5258

013-7456321

SK CANOSSIAN CONVENT, KG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

KEPIMPINAN LESTARI MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Keupayaan kepimpinan sekolah dan keperluan dalam meniti cabaran masa hadapan telah

diperbincangkan oleh banyak pihak.Terdapat pelbagai gaya kepimpinan dalam bidang

pendidikan. Salah satu daripada gaya kepimpinan yang khusus untuk bidang pendidikan

ialah kepimpinan lestari atau sustainable leadership. Kepimpinan lestari telah

diperkenalkan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink. Sekiranya 7 prinsip kepimpinan lestari,

ini diamalkan sepenuhnya, kita optimis lonjakkan dalam transformasi pendidikan negara dapat

dilakukan. 7 prinsip kepimpina lestari ialah :

1. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

2. Mewujudkan Pemimpin Pelapis di Sekolah

3. Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran dalam Kalangan Guru (Penekanan kepada

Matlamat Jangka Panjang)

4. Menggalakkan Perkongsian dengan Rakan atau Organisasi Luar Sekolah (Mengagih

Kepimpinan)

5. Kepelbagaian (Meneroka Kepelbagaian)

6. Pemeliharaan (Faedah Untuk Semua)

7. Menghargai Aset