cadangan soalan spontan bercerita kdaq mttqss 2013kk
TRANSCRIPT
CADANGAN SOALAN SPONTAN BERCERITA KDAQ MTTQSS 2013
TAJUK 1 (Perempuan) : PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
SOALAN 1:
Antara nilai di dalam kisah ini adalah bekerjasama dan tolong menolong. Pada pendapat
anda / adik, apakah kepentingan hidup bekerjasama dan tolong menolong?
بسم هللا الرحمن الرحيم
وبه نستعين
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis.,… Panel hakim yang bijaksana seterusnya
kawan-kawan yang dikasihi sekalian.
Islam amat menggalakkan kerjasama dan tolong menolong sesama manusia. Pada pendapat
saya, kepentingan hidup bekerjasama dan tolong menolong ialah kita dapat mewujudkan
hubungan persaudaraan sesama manusia. Hanya dengan melakukan kebaikan dapat melahirkan
rasa ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Tolong menolong ke arah kebaikan
Dapat mewujudkan hamba beriman (Syair)
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ( دةالمائ) , Ayat 2:
Ertinya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ” )Surah Al-Ma’idah: 2(
Kawan-kawan,
Selalulah menolong ke arah kebaikan
Ianya dapat mencegah kemungkaran
Rakyat Malaysia memberi pertolongan
Sejahtera Negara dalam keamanan (Nasyid)
Sekian.
Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
CADANGAN SOALAN SPONTAN BERCERITA KDAQ MTTQSS 2013
TAJUK 1 (Perempuan) : PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
SOALAN 2: Dalam kisah ini, rasulullah menunjukkan contoh seorang pemimpin yang baik.
Pada pendapat anda /adik, apakah kebaikan menjadi seorang ketua yang baik?
بسم هللا الرحمن الرحيم وبه نستعين
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis.,… Panel hakim yang bijaksana seterusnya kawan-kawan yang dikasihi sekalian.
Allah Taala telah menjanjikan manusia adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian di
muka bumi ini. Oleh itu, manusia diberi akal oleh Allah Taala untuk menjadi ketua yang baik. Pada pendapat saya, kebaikan menjadi seorang ketua yang baik ialah beliau dapat memimpin masyarakat dengan bijak dan kreatif. Justeru, beliau mestilah pandai
bercakap, berfikiran tinggi dalam menolong orang, berbudi bahasa, tidak memilih kasih, sabar, bertanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Baharulah ketua menunjuk beraninya Mengatasi masalah masyarakat sebaiknya (Syair)
Firman Allah dalam Surah As-Sajdah )السجدة(, Ayat 24:
Ertinya:
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.” (As-Sajdah: 24)
Kawan-kawan,
Jadilah ketua yang amanah
Buah fikiran baik hasilnya
Contohilah pimpinan baginda Rasulullah
Bangsa Quraisy menghormati kepimpinannya (Pantun)
Sekian.
Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
CADANGAN SOALAN SPONTAN BERCERITA KDAQ MTTQSS 2013
TAJUK 1 (Perempuan) : PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
SOALAN 3:
Dalam kisah ini, rasulullah digelar sebagai Al-Amin, orang yang jujur. Cuba
anda / adik ceritakan apakah kebaikan menjadi orang yang jujur?
بسم هللا الرحمن الرحيم
وبه نستعين
هالسالم عليكم ورحمة هللا وبركات
Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis.,… Panel hakim yang bijaksana seterusnya
kawan-kawan yang dikasihi sekalian.
Kawan-kawan nak tahu tak?
Kebaikan orang yang berlaku jujur ialah dia mendapat kepercayaan, cinta dan
rasa hormat daripada masyarakat. Sifat jujur adalah sifat terpuji yang wajib
menjadi hiasan bagi setiap peribadi muslim. Dengan bersifat jujur, seseorang akan
mendapat simpati dan penghargaan di dalam kehidupan bermasyarakat.
Sikap jujur mententeramkan jiwanya
Manusia beriman diukur kejujurannya (Syair)
Benarlah Firman Allah dalam Surah At-Taubah, Ayat 119:
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kalian
bersama orang-orang yang benar (yakni jujur)" [At-Taubah: 119]
Kawan-kawan,
Sedarilah bahawa....
Sikap jujur membawa kebaikan
Pelaku kebaikan menuju syurga
Sikap curang membawa keburukan
Pelaku keburukan masuk neraka (Nasyid)
Sekian.
Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
CADANGAN SOALAN SPONTAN BERCERITA KDAQ MTTQSS 2013
TAJUK 1 (Perempuan) : PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD
SOALAN 4:
Cerita ini menunjukkan bahawa rasulullah adalah seorang yang rajin
beribadah. Cuba anda / adik ceritakan, apakah kebaikan orang yang rajin
beribadah.
بسم هللا الرحمن الرحيم
وبه نستعين
هالسالم عليكم ورحمة هللا وبركات
Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis.,… Panel hakim yang bijaksana seterusnya
kawan-kawan yang dikasihi sekalian.
Kawan-kawan nak tahu tak?
Allah menciptakan manusia agar kita beribadat kepadanya. Kebaikan orang yang
rajin beribadah ialah dapat membersihkan dan mensucikan jiwa seseorang
daripada dosa. Justeru, jiwanya akan merasa damai dan tenteram kerana sentiasa
terdorong untuk melakukan kebaikan. Orang yang rajin beribadah, akan
dipermudahkan Allah jalan kepadanya untuk menuju ke syurga.
Manusia merasakan nikmat beribadah
Itulah kebahagiaannya bersama Allah (Syair)
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 277:
Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh,
mendirikan sholat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi
Tuhannya.”
Kawan-kawan,
Marilah kita….
Bersyukur nikmat Allah berikan
Bukti rajin beribadah kepadaNya
Ibadah penawar penyakit insan
Moga hidup sentiasa diredhaiNya (Nasyid)
Sekian Wabillahittaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.