cadangan langkah

Upload: ramlah-mohamed-jamli

Post on 06-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

like

TRANSCRIPT

Cadangan Langkah-langkah Menangani Isu.Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa.Apabila rasa tidak puas hati para ibu bapa terhadap tindakan guru, memfailkan saman adalah tindakan yang selalu diambil untuk menyelesaikan masalah.Senario ini telah acap kali berlaku pada hari ini, sehingga ianya dibawa ke sidang parlimen. BekasTimbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kimtelah menyatakan bahawa guru mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan sesuatu yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu tidak perlu dibawa ke mahkamah, sebaliknya dibawa berbincang secara baik.Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu medium terbaik untuk menghubungkan antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk memastikan tidak berlaku salah faham serta terjalinnya hubungan yang baik antara pihak sekolah, khususnya guru-guru dan ibu bapa.Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan.Kursus atau seminar adalah antara mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah, malah penganjuran kursus ini turut dilakukan oleh pihak kementerian di setiap peringkat untuk disertai oleh guru-guru.Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor dengan penganjuran Bengkel Sumbang Saran hala Tuju Pendidikan.Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru.Guru adalah merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh murid.Noriati A. Rashid (2010) berpendapat bahawa, guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru.Justeru itu, mempergiatkan program yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik perlu dilaksanakan di setiap peringkat. Antara contoh program yang boleh dilakukan ialah seperti Program Guru Penyayang, Anugerah Guru Contoh Mingguan, Program Anak Angkat dari kalangan murid, lawatan atau riadah bersama rakan sejawat.Program-program seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni dalam kalangan guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam kalangan murid.Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru.Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa memberi perhatian serta mengikuti segala garis panduan dan arahan yang telah diberikan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan perlu melakukannya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dengan merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalamSurat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP)1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.