cadangan dan kesimpulan

13
BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 PENGENALAN Pada tahun 1980 pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah mencatatkan lebih 80 % penduduk di dunia telah tinggal di kawasan bandar yang bersaiz kurang daripada 100, 00 orang. Menurut Funnel, 1976 kepentingan bandar-bandar kecil tidak dilhat kerana saiznya tetapi lebih tertumpu kepada peranannya. Menurut hardoy & satterhwaite 1986 pula menerangkan bahawa fungsi, peranan, potensi pembangunan dan struktur pekerjaan bandar kecil tidak smestinya sama di anta satu sama lain. Walaubagaimanapun menurut katiman 1991 pula menyatakan kepentingan di dalam meningkatkan akses masyarakat luar bandar terhadap perkhidmatan bandar terhadap perkihmatan bandar adalah salah satu peranan utama bandar kecil yang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun pembangunan di luar bandar di Malaysia masih lagi tidak dibangunkan dengan pesat. Contohnya dapat dilihat di kawasan kajian kami iaitu temoh. Dimana kawasan tersebut seperti tiada penduduk yang bergenerasi mudah. Hal ini kerana mengikut sumber daripada penduduk kampung telah menyatakan kebanyakkan mereka yang muda telah berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih tetap dan lebih tinggi gajinya. Hal ini kerana kos sara hidup semakin tinggi. Kerjasama daripada pihak kerajaan haruslah membantu di dalam membangunkan kawasan ini menjadi hidup seperti dulu iaitu merupakan kawasan lombong bijih timah. Terdapat juga usaha-usaha dan cadangan yang kami dapati

Upload: nurul-afzan-ahmad

Post on 15-Jan-2016

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

huh

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Dan Kesimpulan

BAB 5

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Pada tahun 1980 pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah mencatatkan lebih 80 % penduduk

di dunia telah tinggal di kawasan bandar yang bersaiz kurang daripada 100, 00 orang.

Menurut Funnel, 1976 kepentingan bandar-bandar kecil tidak dilhat kerana saiznya tetapi

lebih tertumpu kepada peranannya. Menurut hardoy & satterhwaite 1986 pula menerangkan

bahawa fungsi, peranan, potensi pembangunan dan struktur pekerjaan bandar kecil tidak

smestinya sama di anta satu sama lain. Walaubagaimanapun menurut katiman 1991 pula

menyatakan kepentingan di dalam meningkatkan akses masyarakat luar bandar terhadap

perkhidmatan bandar terhadap perkihmatan bandar adalah salah satu peranan utama bandar

kecil yang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun pembangunan di luar bandar di

Malaysia masih lagi tidak dibangunkan dengan pesat. Contohnya dapat dilihat di kawasan

kajian kami iaitu temoh. Dimana kawasan tersebut seperti tiada penduduk yang bergenerasi

mudah. Hal ini kerana mengikut sumber daripada penduduk kampung telah menyatakan

kebanyakkan mereka yang muda telah berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan

yang lebih tetap dan lebih tinggi gajinya. Hal ini kerana kos sara hidup semakin tinggi.

Kerjasama daripada pihak kerajaan haruslah membantu di dalam membangunkan kawasan ini

menjadi hidup seperti dulu iaitu merupakan kawasan lombong bijih timah. Terdapat juga

usaha-usaha dan cadangan yang kami dapati sepanjang kajian dan melalui temu ramah

penduduk kampung sepanjang kajian ini dibuat.

5.2 Cadangan menghidupkan kembali pekan mati

5.2.1 kawasan pelancongan

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah dilakukan oleh pihak kerajaan. Pihak

kerajaan seharusnya peka dengan masalah penduduk setempat. Hal ini kerana jika kerajaan

dapat melihat kepntingan pekan temoh ini kepada sumber perindustrian primer amat luas. Hal

ini kerana di sekitar kampung temoh penuh dengan kilang dan pusat rawatan ikan dan

penanaman tumbuh-tumbuhan. Hal seperti ini harus dijadikan peluang oleh kerajaan untuk

memperkenalkan pekan temoh ke mata dunia. Jika kami tidak membuat tinjauan dan kajian di

situ kami sendiri tidak tahu tentang kewujudan pusat penetasan ikan yang terbesar di

Malaysia yang terdapat disitu. Walaubagaimanapun hal seperti tidak mendapati liputan luas

Page 2: Cadangan Dan Kesimpulan

kerana pihak yang bertanggungjawab seakan-akan tidak memperomosikan. Jike aperkara

seperti ini di war-warkan kepada orang ramai, pastikan kawasan temoh menjadi tumpuan

pelancong. Dan menjadi salah satu destinasi pelancongan di Malaysia. Tetapi bukan itu

sahaja yang boleh dilawati. Hal ini kerana di kawasan tersebut terdapat kawasan penanaman

tumbuhan-tumbuhan da ulam seperti mas cotek. Tambahan pula pembiakan ikan juga dijalan

di kawasan bekas lombong. Di sepanjang pekan temoh kita akan dapat lihat bahawa terdapat

banyak kawasan tinggalan perlombongan bijih timah yang menyerupai tasik. Hal ini

menjadikan kawasan tersebut mempunyai pemandangan yang cantik. Dan sesuai dijadikan

kawasan tumpuan bagi mereka yang ingin berkelah atau menangkap ikan di situ. Kawasan

temoh ini amat berpotensi tinggi untuk dijadikan pusat pelancongan, hal ini kerana ianya

mempunyai kecantikan semulajadi. Setrusnya boleh membantu di dalam menjana pendapatan

Negara. Justeru itu penduduk disitu mempunyai mata pencarian yang tetap dan kemungkinan

jika ianya menjadi tempat tumpuan pelancong, golongan muda akan tertarik untuk berhijrahh

ke situ kerana mempunyai sumber pendapatan dan peluang pekerjaan yang banyak. Seterunya

melalui cara ini ianya boleh membangunkan atau menghidupkan kembali pekan temoh.

Di samping itu, melalui Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar juga dapat membangunkan

lagi pembangunan pelancongan di kawasan luar bandar. Contohnya Kerajaan Negeri Sabah

telah menggariskan pelaksanaan pelan induk ini bagi tempoh 1995 hingga 2010. Pihak

kerajaan negeri telah memperuntukan satu mekanisme baru bagi menggalakkan

pembangunan sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Hal ini bertujuan untuk

memastikan penduduk-penduduk di luar bandar turut menikmati faedah secara langsung

dalam industri pelancongan negeri. Usaha memperkasakan aktiviti pelancongan di negeri ini

turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat. Justeru itu kerajaan negeri haruslah

memandang serius hal ini dan menumpukan dalam membina pembangunan di kawasan luar

bandar dan salah satu kawasannya adalah temoh.

5.2.2 menyediakan lebih perkihdmatan (bus,teksi)

5.2.3 pendidikan

Masalah utama di sekolah-sekolah luar bandar disebabkan wujudnya kelemahan dan

ketidakefisyenan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan serta

Page 3: Cadangan Dan Kesimpulan

kekurangan motivasi tenaga pengajar untuk pembangunan sistem pendidikan yang menjurus

kepada masalah keciciran pelajar. Keduanya, kelemahan pengurusan dan kurang dorongan.

Kelemahan pengurusan dari segi memberi arahan, pengorganisasian serta melaksanakan

program-program. Kaedah lama yang tidak berfungsi. Maklumbalas sedikit menyebabkan

kurang pembaharuan dijalankan. Faktor kewangan yang terhad.

Faktor penghalang pendidikan rendah di desa, tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat

itu sendiri. Lebih 70 peratus kanak-kanak belajar di sekolah desa. Lebih 80 peratus kanak-

kanak tersebut memanfaatkan hidup sebagai petani atau buruh tidak mahir. Kanak-kanak

diajar kemahiran asas dan bahasa asing yang utama sahaja dari segi hafalan dan pemahaman.

Ini meyebabkan kurang penekanan teknik berfikir dan penyelesaian masalah di kalangan

kanak-kanak di luar bandar. Tambahan pula,masalah kewangan dalam keluarga

mengakibatkan pelajar di luar bandar akan bekerja awal dan kurang memberi penekanan

untuk melanjutkan lagi pelajarannya. Selain itu, pelajar di luar bandar menghadapi masalah

seperti kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh di antara

penempatan rumah kediaman dengan sekolah-sekolah begitu besar. Bagi pelajar yang

menghadapi masalah tersebut terpaksa membangun dengan lebih awal untuk membuat

persiapan serta untuk merebut untuk menunggu bas-bas untuk pergi ke sekolah untuk

mendapat ilmu pengetahuan. Masalah-masalah di atas merupakan punca perbezaan yang

besar di kalangan pelajar yang mendapat pendidikan di bandar dan luar bandar. Untuk

mengatasi masalah-masalah tersebut, justeru itu kebanyakkan ibu bapa bnyak menghantar

anak mereka untuk belajar di luar kawasan temoh kerana keadaaannya yang lebih selesa dan

sistem pembelajrannya yang lebih lengkap dari di kawasan luar bandar. Justeru itu

kementerian pendidikan Malaysia haruslah membuka mata dan memainkan peranan di dalam

hal ini agar pelajar di seluruh Negara tidaak kira di luar bandar atau bandar mendapat

pengajaran dan kemudahan yang sama rata.

5.2.4 infrastruktur

Infrastuktur pembangunan luar bandar perlu lebih tertumpu kepada peningkatan tahap

kemudahan infrastruktur desa dengan cadangan piawaian yang sesuai untuk mengelakkan kos

pembangunan yang terlampau tinggi atau mengelak daripada berlakunya pembaziran.

Matlamat pembangunan luar bandar yang telah dirancang adalah untuk mengekalkan ciri-ciri

dan identiti desa masyarakat setempat. Dengan penggunaan sumber semulajadi atau

Page 4: Cadangan Dan Kesimpulan

keistimewaan setempat dalam usaha pembangunannya daripada segi fizikal mahupun

ekonomi nescaya pembangunan kawasan luar bandar mampu menjadi satu destinasi yang

menarik, sekaligus dapat menarik minat pelancong datang melancong ke negara inii. Pihak

yang berkenaan sentiasa bertungkus-lumus dalam memajukan kawasan luar bandar, sistem

perhubungan yang cekap untuk pembangunan masyarakat desa mula disediakan.

Usaha-usaha perlu terus dipergiatkan untuk meningkat, memperbaiki, melengkap dan

menaiktaraf semua prasarana awam, meliputi jalan raya, sistem bekalan air, elektrik dan

jaringan telekomunikasi. Sistem jalan raya di kawasan luar bandar telah mengalami banyak

perubahan sejak era 1990-an iaitu seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara.

Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri terus diberi perhatian, baik di peringkat

Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Justeru itu pembangunan

infrastruktur bagi kawasan temoh haruslah dipergiatkan seperti yang mengikut rancangan

Malaysia ke 9, iaitu membangunkan kawasan luar bandar.

5.2.5 aktiviti tani

Aktiviti tani juga merupakan salah satu daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh

penduduk di kawasan luar bandar. Pembangunan aktiviti tani ini merangkumi kegiatan

pertanian dan perikanan. Bidang pertanian merupakan bidang yang amat penting dalam

meningkatkan ekonomi negara. Malaysia ingin mempertingkatkan sektor pertanian di luar

bandar kerana di kawasan desa terdapat banyak sumber aset semulajadi yang tidak terokai

oleh sesiapa . Dalam RMK-9 bidang pertanian amat ditekankan. Masyarakat luar bandar kini

sudah mempelbagaikan pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan mereka bagi

menampung kehidupan sekeluarga.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemajuan kegiatan ekonomi tersebut. Antara

faktor yang mendorong kepada perkembangan kegiatan aktiviti tani di kawasan luar bandar

ialah faktor ekonomi. Dari sudut ini, pelbagai cabang yang boleh membawa kepada

pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini boleh dilihat apabila banyak penyertaan dari

pelabur atau pemodal luar yang datang melabur dan menanam modal sekaligus

mengembangkan aktiviti tani di kawasan luar bandar. Contohnya anak Syarikat Multi

Nasional Cooperation (MNC) iaitu Syarikat DUNLOP yang menghasilkan tayar yang telah

memberi anjakan seperti memberi peluang pekerjaan kepada penduduk secara tidak langsung

meningkatkan taraf hidup penduduk seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Page 5: Cadangan Dan Kesimpulan

Industri asas tani juga turut menyumbang kepada kemasukan tenaga buruh mahir yang telah

dilatih dan diberi latihan oleh anak-anak syarikat tersebut. Seterusnya untuk memudahkan

lagi kerja yang dilakukan oleh para petani, pelbagai jentera moden telah dibawa masuk dan

diperkenalkan kepada penduduk luar bandar. Selain itu, penduduk luar bandar mula

mengetahui cara penggunaan racun serangga. Hal ini telah menyumbang kepada pemodenan

kaedah dan gaya hidup yang dahulunya berada pada tahap primitif.

Kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan

industri asas tani. Contohnya kerajaan dengan memberikan subsidi baja, subsidi racun

serangga dan hasil pertanian kepada petani. Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil

dan Sederhana (IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti pembuatan kerepek

dan kuih yang dijalankan mampu menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan

sepanjang tahun membuktikan bahawa banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan

kepada IKS yang dilihat sebagai ”batu loncatan” untuk penduduk menambah pendapatan isi

rumah mereka . Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini untuk membuat

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah seperti PORIM, MARDI, Lembaga Kemajuan

Ikan Malaysia (LKIM).

Namun begitu, sesuatu yang dijalankan pasti mempunyai masalah tertentu. Begitu jugalah

dengan industri ini yang baru ”setahun jagung usianya”. Contohnya ancaman fizikal yang

berlaku seperti serangga perosak, tikus, ulat, makhluk perosak, serangan belalang, bena

perang, siput dan sebagainya. Tempoh untuk menjalankan aktiviti perikanan juga adalah

mengikut cuaca , jika cuaca diramalkan tidak baik maka para nelayan tidak dapat turun ke

laut dan menunggu sehingga cuaca panas dan baik untuk turun ke laut bagi mendapatkan

hasil tangkapan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini menjadi penghalang dalam

memajukan kegiatan pertanian di kawasan luar bandar.

Masalah yang amat ketara yang dapat dilihat dalam memajukan masyarakat luar bandar ialah

kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan. Yang paling jelas dapat dilihat adalah

dalam sektor pertanian yang ramai diusahakan oleh golongan tua berbanding dari golongan

muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian disebabkan golongan

tersebut berhijrah ke bandar-bandar yang banyak memberi peluang pekerjaan terutamanya

dalam sektor peridustrian. Selain itu juga, golongan muda turut menganggap kegiatan

pertanian adalah kegiatan yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga dan

berada di bawah jemuran mentari serta mendapat pulangan yang sedikit.

Page 6: Cadangan Dan Kesimpulan

Selain itu, kekurangan modal dan teknologi di negara-negara membangun telah

membantutkan pembangunan kegiatan pertanian. Oleh sebab itu, pembangunan kegiatan

pertanian hanya tertumpu kepada pertanian sara diri iaitu hasil pertanian yang diperolehi oleh

petani hanya untuk keperluan keluarga sahaja yang lebih bergantung kepada bantuan

daripada kerajaan seratus peratus. Dalam aktiviti perikanan, bot-bot kecil telah digunakan

oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut. Manakala dalam dimensi teknologi pula, alat

penangkapan ikan yang tidak begitu moden digunakan oleh para nelayan di kawasan luar

bandar seperti pukat tarik, kelong, pukat tangkul yang menyebabkan hasil tangkapan yang

diperolehi oleh nelayan berkurangan.

Pelbagai kesan negatif yang berlaku dalam pembangunan di kawasan luar bandar dalam

menjalankan aktiviti tani. Contohnya berlakunya perubahan landskap fizikal iaitu bukit-bukit

banyak digondol untuk pembukaan kawasan pertanian yang baru yakni untuk menanam

kelapa sawit. Pertanian secara pindah juga menyebabkan tanah menjadi gersang dan tidak

subur. Penyemburan racun serangga seperti dan kaedah tebang bakar hutan yang digunakan

oleh petani luar bandar juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan luar

bandar. Selain itu juga, tumpahan minyak daripada bot-bot kecil nelayan dalam menjalankan

kegiatan perikanan dan penempatan masyarakat luar bandar yang lebih tertumpu di kawasan

pantai juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini boleh menyebabkan

masyarakat luar bandar terdorong untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti taun, cirit-

birit, muntah-muntah dan sebagainya.

Penilaian terhadap kepentingan industri asas tani terhadap pembangunan ekonomi dan sosial

penduduk luar bandar tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek sebaliknya mestilah

dilihat dalam jangka masa panjang. Walaupun sesebuah negara itu sedang menuju ke arah

negara perindustrian namun sumbangan aktiviti tani kepada pembangunan ekonomi negara

masih diperlukan dan amat penting. Pelbagai kepentingan yang diperolehi dalam memajukan

dan mengembangkan aktiviti tani. Antaranya ialah aktiviti tani telah membekalkan keperluan

makanan kepada masyarakat luar bandar. Makanan asasi bagi masyarakat Malaysia adalah

beras, buah-buahan dan ikan membekalkan zat kepada tubuh manusia. Hal ini mampu

menghasilkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Page 7: Cadangan Dan Kesimpulan

Aktiviti tani juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan

seterusnya menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Misalnya pada tahun 2000

sebanyak 1.838 juta penduduk bekerja dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada 27.8

% daripada jumlah guna tenaga dalam negara. Kegiatan pertanian dan perikanan yang

dijalankan oleh para petani luar bandar telah membekalkan peluang pekerjaan kepada

penduduk yang tidak bekerja terutamanya golongan muda yang tinggal di kawasan luar

bandar. Hal ini dapat menampung keperluan hidup mereka seterusnya dapat meningkatkan

taraf hidup penduduk. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan

perkapita penduduk dan mengurangkan pengangguran. Selain itu, hasil pertanian dan

perikanan yang diperolehi oleh petani dapat dieksport ke luar negara. Contohnya mengesport

minyak kelapa sawit dan getah ke luar negara

Seterusnya, industri asas tani mampu membantu memajukan industri-industri berkaitan.

Industri asas tani turut membantu penduduk luar bandar dalam menggalakkan pendapatan

menerusi pekembangan industri-industri tertentu seperti industri pengetinan (ikan sardin),

industri pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot dan sebagainya. Sektor ini

dilihat mampu membantu menjana industri berkaitan contohnya industri pelancongan yang

berkonsepkan home stay iaitu program yang tinggal bersama keluarga nelayan yang

dipromosikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Perkembangan pesat kilang-

kilang amat bergantung kepada sektor pertanian sebagai pembekal bahan mentah.

5.2.6 modal insan

Pembangunan modal insan amat penting terhadap pelbagai aspek dalam membangunkan

sesebuah Negara. Dalam konteks pembangunan luar bandar, modal insan menjadi aspek

penting dalam menjana tranformasi dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Ini dapat dibuktikan modal insan ini amat penting, hal ini kerana Perdana Menteri kita amat

menekankan aspek ini serta terdapatnya di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Dengan ini ia

tertumpu kepada pembangunan modal insan yang holistik yang dilengkapi dengan

pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Pembangunan

modal insan bukannya hanya tertumpu kepada golongan belia semata-mata tetapi ia

merangkumi semua lapisan umur termasuklah yang mempunyai telah mempunyai kerjaya

tetap. Seperti golongan doktor, peguam, para petani dan sebagainya. Pembangunan insan

ialah perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang disebabkan oleh

Page 8: Cadangan Dan Kesimpulan

pengaruh biologikal iaitu dalaman dan persekitaran. Pembangunan insan ini melibatkan tiga

aspek iaitu fizikal, kognitif dan psikososial. Aspek fizikal melibatkan pertumbuhan dan

perubahan dalam tubuh manusia (fisiologi), aspek kognitif pula melibatkan proses mental

yang berkaitan dengan kebolehan dalam persepsi, ingatan, berhujah, kreativiti, dan kemahiran

bahasa. Manakala aspek psikososial melibatkan pembangunan peribadi, kemahiran

berinteraksi sesama manusia, kebolehan mengenal diri, emosi, kemahiran sosial dan

perlakuan.

Pembangunan modal insan kini menjadi matlamat utama dalam pembangunan luar

Bandar khususnya dalam Transformasi Kedua Luar Bandar yang memberi fokus kepada

peningkatan kualiti hidup luar bandar melalui program dan usaha untuk menjadikan kawasan

mereka lebih ditingkatkan dalam pelbagai aspek serta membantu negara dalam

membangunkannya. Lantaran itu matlamat Falsafah Baru Pembangunan luar bandar adalah

untuk membentuk insan luar bandar yang berkualiti dan menguasai nilai murni, agar mereka

dapat menggunakan masa, informasi dan sumber yang ada pada tahap yang paling optimum

sehingga dapat meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dan kehidupan serta

kesejahteraan keluarga dan masyarakat Malaysia yang cemerlang.