ketagihan dan penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti ... · 1.0 pengenalan ini merupakan ......

37
1 Ketagihan dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan Selebriti Tempatan: Kajian terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik (Drug Use among Celebrities in the Malaysian Film, Television and Music Industry) Abstrak Kajian ini dijalankan berhubung dengan penggunaan dadah di kalangan selebriti tempatan di dalam Industri Filem, Televisyen dan Muzik di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan data yang di kumpul adalah menyeluruh dan mendalam. Proses pengumpulan data bagi kajian ini telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu kaji selidik dan temuduga. Populasi kajian adalah merupakan ahli SENIMAN seramai 4488 ahli. Keseluruhaanya, kajian ini telah berjaya mengumpul sebanyak 766 responden baji kaji selidik dan 89 responden bagi kaedah temuduga yang termasuk sesi kumpulan fokus dan temuduga secara individu. Analisa kuantitatif menunjukkan bahawa lebih 80 peratus responden bersetuju bahawa penggunaan dadah akan menyebabkan kepada reputasi negatif terhadap artis. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap digunakan di kalangan artis. Hasil penemuan ini telah disokong oleh hasil penemuan dari kaedah kualitatif yang mana ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap di sebut semasa sesi temuduga. Rakan, individu, bergembira dan tekanan adalah merupakan faktor utama kepada penggunaan dadah di kalangan artis. Penggunaan dadah di kalangan artis, menurut hasil kajian telah memberi lebih banyak kesan negatif berbanding persepsi positif. Kesan negatif terhadap kerja, kesihatan dan emosi adalah membimbangkan. Penemuan dari hasil kajian ini telah berjaya memberikan satu sumber rujukan kepada pihak AADK dan juga SENIMAN mengenai tahap keterlibatan artis dalam penyalahgunaan dadah. Isu-isu strategik seperti masa kerja berlebihan dan juga integrasi strategik antara artis dan pihak berkuasa perlu diambil tindakan segera dan ini dapat membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membangunkan langkah dasar bagi mengenal pasti serta membendung penggunaan dadah di kalangan kategori ini di Malaysia.

Upload: vanthuan

Post on 08-Mar-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Ketagihan dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan Selebriti Tempatan: Kajian

terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik

(Drug Use among Celebrities in the Malaysian Film, Television and Music Industry)

Abstrak

Kajian ini dijalankan berhubung dengan penggunaan dadah di kalangan selebriti tempatan di

dalam Industri Filem, Televisyen dan Muzik di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan

kaedah campuran yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Tujuan kaedah ini

digunakan adalah untuk memastikan data yang di kumpul adalah menyeluruh dan mendalam.

Proses pengumpulan data bagi kajian ini telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu kaji selidik

dan temuduga. Populasi kajian adalah merupakan ahli SENIMAN seramai 4488 ahli.

Keseluruhaanya, kajian ini telah berjaya mengumpul sebanyak 766 responden baji kaji selidik

dan 89 responden bagi kaedah temuduga yang termasuk sesi kumpulan fokus dan temuduga

secara individu.

Analisa kuantitatif menunjukkan bahawa lebih 80 peratus responden bersetuju bahawa

penggunaan dadah akan menyebabkan kepada reputasi negatif terhadap artis. Hasil kajian ini

juga menunjukkan bahawa ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap digunakan

di kalangan artis. Hasil penemuan ini telah disokong oleh hasil penemuan dari kaedah

kualitatif yang mana ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap di sebut semasa

sesi temuduga. Rakan, individu, bergembira dan tekanan adalah merupakan faktor utama

kepada penggunaan dadah di kalangan artis. Penggunaan dadah di kalangan artis, menurut

hasil kajian telah memberi lebih banyak kesan negatif berbanding persepsi positif. Kesan

negatif terhadap kerja, kesihatan dan emosi adalah membimbangkan. Penemuan dari hasil

kajian ini telah berjaya memberikan satu sumber rujukan kepada pihak AADK dan juga

SENIMAN mengenai tahap keterlibatan artis dalam penyalahgunaan dadah. Isu-isu strategik

seperti masa kerja berlebihan dan juga integrasi strategik antara artis dan pihak berkuasa perlu

diambil tindakan segera dan ini dapat membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

membangunkan langkah dasar bagi mengenal pasti serta membendung penggunaan dadah di

kalangan kategori ini di Malaysia.

2

1.0 Pengenalan

Ini merupakan kajian yang dijalankan terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik di

Malaysia berhubung dengan penggunaan dadah dalam kalangan selebriti tempatan. Kajian ini

merupakan usahasama antara Multimedia University (kampus Cyberjaya), Persatuan Seniman

Malaysia (SENIMAN) dan di biayai oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), di bawah

Kementerian Dalam Negeri. Kajian ini mengambil masa lebih dari 9 bulan bermula pada

Oktober 2015 dan tarikh akhir laporan adalah pada Jun 2016 yang mana mewakili keputusan

hasil kajian yang telah dijalankan.

Bahagian seterusnya bermula dengan latar belakang kajian dan diikuti dengan konteks

kajian. Bahagian metodologi berikutnya pula diteruskan dengan penerangan mengenai kaedah

pengumpulan dan analisa data. Rangka kerja terdiri daripada tiga elemen utama penggunaan

dadah iaitu faktor penggunaan, kesan penggunaan dan kaedah-kaedah pencegahan atau

pengurangan, dan digunakan untuk membentuk hasil kajian ini. Yang terakhir, satu set

kesimpulan dan cadangan akan dikemukakan.

1.1 Objektif kajian

Secara tidak langsung, ada di antara faktor-faktor yang menyebabkan selebriti ketagihan

dadah adalah seperti berikut1:

1. Kesunyian

2. Ketidakupayaan mengatasi tekanan menjadi popular

3. Kadar kehidupan yang pantas

4. Perasaan sunyi yang menjurus kearah rasa tidak gembira (muram)

5. Selebriti menjadi mangsa mudah bagi pengedar dadah

6. Kemampuan

1 https://www.quora.com/Why-do-so-many-celebrities-become-addicted-to-drugs

3

Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk yang berikut:

1. Memahami sifat dan tahap penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti yang

dipilih di dalam warga SENIMAN – khususnya bagi menyelesaikan isu mengenai

jenis/kategori dadah yang digunakan, sumber dan kekerapan penggunaan;

2. Mengumpul statistik diskriptif asas dari segi pengunaan di kalangan kategori

seperti isu mengenai umur, jantina dan kaum;

3. Menentukan faktor-faktor yang menjurus ke arah pengunaan dadah di kalangan

komuniti terbabit;

4. Mengenal pasti langkah-langkah pengurangan dan pencegahan bagi membantu

kumpulan-kumpulan berkenaan terutamanya bagi kes ketagihan dan

penyalahgunaan; dan

5. Membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membangunkan langkah

dasar bagi membendung/mengenal pasti penggunaan dadah di kalangan kategori

ini di Malaysia.

2.0 Ulasan Karya dalam Penggunaan dan Penagihan Dadah

Norliza et al. (2014) menyatakan bahawa terdapat hanya “109 artikel yang berkaitan dengan

penyalahgunaan dadah yang ditemui dalam carian melalui pangkalan data khusus untuk

mengindeks semua data asal yang berkaitan dengan dadah yang diterbitkan di Malaysia

antara 200-2013” [ms.1]. Daripada jumlah ini, majoriti risalah/kajian ini berkaitan dengan

hasil daripada pengunaan dadah, berdasarkan kepada perspektif psikologi-klinikal.

Risalah/kertas kerja lain memberi fokus kepada isu dan cabaran berkenaan dengan kemudahan

dan proses pengurusan penyalahgunaan dadah di dalam negara ini. Tambahan lagi, kajian ini

lebih menjurus kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan bagi masalah ketagihan.

Sehingga kini, tiada sebarang laporan yang memberikan statistik diskriptif asas yang

menunjukan ke arah tahap penyalahgunaan dadah di kalangan populasi seni penggambaran

dan persembahan. Walaubagaimanapun, pihak awam sering membaca laporan-laporan

penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis-artis hanya di media kebanyakannya. Dengan itu,

4

kajian yang menyelidik sifat dan tahap penggunaan dadah di kalangan artis di Malaysia adalah

wajar.

Akta Dadah Berbahaya (1952) telah dikuatkuasakan di Malaysia bagi mentadbir

masalah yang berkaitan dengan ketagihan dan/atau penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Norliza et al. (2014) melaporkan bahawa “penyalahgunaan dadah paling kerap termasuk

perangsang, kratom, ganja dan ketamine jenis heroin, methamphetamine dan amphetamine”

[ms. 55].

Ariaratnam et al (2007) telah menjalankan satu kajian berkenaan dengan

penyalahgunaan dadah di kalangan remaja di Malaysia. Penulis menyebutkan bahawa tekanan

adalah merupakan sebab utama remaja (pelajar sekolah menengah di Selangor) terjebak

dengan penyalahgunaan dadah. Kajian ini juga menyatakan bahawa kumpulan remaja ini tidak

menyedari akan kesan sampingan atas pengunaan dadah seperti methamphetamine and

ketamine.

Tambahan pula, kajian oleh Marican et al (2007) menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya, tiada perbezaan yang ketara dari segi tahap dan bahan-bahan bagi tujuan

penyalahgunaan dadah diantara kaum yang berlainan di Malaysia. Kajian ini juga melaporkan

bahawa di Malaysia, lebih ramai kaum lelaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah berbanding

dengan kaum wanita. Mereka juga melaporkan bahawa Sabah merekodkan jumlah yang

tertinggi bagi penyalahgunaan dadah di kalangan kaum wanita di Malaysia. Kesan sampingan

negatif terhadap penyalahgunaan dadah termasuk penyakit Sifilis dan Hepatitis C amat kerap

di kesan (Vicknasingam et al., 2009).

2.1 Penyalahgunaan dan ketagihan dadah dalam kalangan selebriti

Kajian-kajian di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kajian yang telah dijalankan

mengenai penyalahgunaan dadah di Malaysia hanya menjurus ke arah isu am. Lebih lagi, tiada

sebarang kajian yang dilaksanakan bagi memeriksa tahap penyalahgunaan dadah di kalangan

selebriti tempatan. Oleh itu, kajian ini adalah wajar dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan

kadar penyelidikan terhadap isu ketagihan dan penyalahgunaan dadah.

5

Selebriti memberikan kesan secara tidak langsung kepada masyarakat, secara

khususnya di kalangan remaja dan belia. Satu kajian yang dijalankan oleh Fraser & Brown

(2002) menunjukkan “the powerful influence that celebrities can have on those who identify

closely with their mediated images” [ms.183]. “Pengaruh selebriti pada abad ke-21 ini bukan

hanya sekadar hiburan sahaja”, menurut Choi & Berger (2010:313).

Di samping itu, mereka menunjukkan bahawa internet merupakan pemacu utama di

mana ia telah membolehkan usaha global untuk kemahsyuran selebriti seperti seni “famous for

being famous” atau ”terkenal kerana menjadi terkenal” [ms.314]. Malah, Internet

membolehkan pembiakan yang lebih besar daripada imej-imej dan cerita-cerita tentang

kehidupan seharian selebriti yang mana secara tidak langsung melibatkan pengikut bagaimana

untuk mengaitkannya dengan kehidupan harian mereka sendiri.

Sebaliknya, pendekatan ini, kajian psikologi menunjukkan di mana “hanya manusia

yang mempunyai keupayaan untuk memerhati dan meniru tingkahlaku yang kompleks” (Choi

& Berger, 2010:315). Ia seperti menggalakkan pengikut untuk menjadi seperti selebriti.

Selebriti berupaya mempengaruhi para remaja dengan menjadi model dan idola kepada

kumpulan yang senang di pengaruhi (remaja).

Oleh itu, aktiviti-aktiviti negatif oleh kumpulan ini, seperti penyalahgunaan dadah,

boleh memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Malaysia. Lebih lagi, seperti yang

dinyatakan, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai maklumat asas terhadap tahap dan

sifat penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti Malaysia. Jadi, di sinilah peranan Persatuan

Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam kajian ini diketengahkan.

3.0 Metodologi

Berdasarkan kepada kebimbangan mengenai isu maklumat sulit dan privasi, kajian ini akan di

buat secara berhati-hati. Data akan dikumpulkan melalui kaedah campuran dalam dua fasa

yang akan melibatkan kaedah kuantitatif (survey) dan kualitatif (kumpulan fokus/temuduga).

Data akan merangkumi artis-artis penggambaran dan persembahan yang terletak di sekitar

Lembah Klang sahaja. Fasa-fasanya adalah seperti berikut.

6

3.1 Fasa Pertama – Kaji Selidik

Bagi Fasa Pertama, aktiviti pengumpulan data melalui kaji selidik telah dijalankan. Ia telah

melibatkan proses kaji selidik menggunakan ahli seniman (4488 ahli) sebagai populasi

sampel. Bagi mendapatkan jumlah responden yang baik, aktiviti kaji selidik ini telah

dijalankan beberapa peringkat. Sila rujuk Jadual 1 bagi maklumat lengkap pengumpulan data

bagi kaji selidik.

3.1.1 Fasa Pertama – Pengumpulan Data

Tujuan proses ini dijalankan adalah bagi mendapatkan statistik demografik mengenai ahli-ahli

seniman tentang beberapa perkara termasuk kesedaran mengenai dadah dan penggunaan

dadah itu sendiri. Soalan kaji selidik telah disediakan dengan merangkumi tiga (3) bahagian:

(1) soalan demografi (empat (4) soalan), (2) soalan berkaitan keterlibatan artis dalam bidang

seni (satu (1) soalan), dan (3) soalan berkaitan keterlibatan artis dalam pengunaan dadah (dua

(2) soalan).

Soalan-soalan kaji selidik ini telah diadaptasikan daripada kajian yang telah dilakukan

oleh penyelidik dari John Hopkins University mengenai ketagihan dadah. Soalan-soalan juga

telah dimuatkan dalam satu (1) muka surat bagi memudahkan responden menjawab. Aktiviti

pengumpulan data bagi Fasa Pertama telah bermula sejak Ogos 2015 dan berakhir pada

Januari 2016. Kaji selidik ini telah dijalankan secara berperingkat menerusi aktiviti-aktiviti

SENIMAN. Ini adalah bagi memastikan jumlah responden adalah mencukupi dan bersesuaian.

Secara keseluruhannya, jumlah responden yang berjaya diperolehi adalah sebanyak

974 respon. Walaubagaimanapun, dari jumlah ini, hanya 766 respon boleh di guna pakai.

Sebanyak 208 (21%) respon tidak dapat di guna pakai. Terdapat beberapa sebab mengapa ini

terjadi, sebab utama ialah dimana terdapat responden yang tidak menjawab borang kaji selidik

dengan lengkap atau memulangkan borang kosong. Aktiviti-aktiviti pengumpulan data kaji

selidik melalui SENIMAN adalah seperti Jadual 1 berikut:

7

Jadual 1: Jumlah Responden untuk Fasa Pertama

Aktiviti SENIMAN Tarikh Jumlah Responden

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 15 Ogos 2015 634

Majlis Korban Aidil Adha (Masjid Antarabangsa) 26 Sept 2015 37

Festival Filem Malaysia (KLCC) 5 Sept 2015 83

KL Street Jam (Dataran Merdeka) 2 & 9 Okt 2015 220

Jumlah 974

3.1.2 Fasa Pertama – Analisa Data

Bagi Fasa pertama ini, data telah dianalisa menggunakan perisian kuantitatif SPSS. Dengan

menggunakan perisian SPSS, data dapat diurus dan dianalisa dengan lebih efektif dan teratur.

3.2 Fasa Kedua – Kumpulan Fokus dan Temuduga

Berdasarkan daripada penemuan Fasa Pertama, Fasa Kedua telah melibatkan kaedah kualitatif

melalui sesi kumpulan fokus (focus group) dan temuduga (interview). Kedua-dua kaedah ini

telah menggunakan strategi ikutan atau “snowballing”. Teknik pensampelan “snowball” akan

digunakan bagi mengenalpasti selebriti yang dapat menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan. Kajian ini menjangkakan seramai 100 responden (n=100) akan digunakan

sebagai unit analisa bagi memastikan objektif kajian ini dicapai.

3.2.1 Fasa Kedua – Pengumpulan Data

Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada beberapa kategori. Ia termasuk artis yang

berkemungkinan mengambil dadah mengikut maklumat SENIMAN; artis yang di ketahui

umum mengambil dadah dan akses kepada artis terbabit. Walaubagaimanapun, tempat dan

masa untuk mengendalikan temuduga berpihak pada ketersediaan artis.

Soalan temuduga / kumpulan fokus

Bagi Fasa Kedua, kedua-dua kaedah telah menggunakan set soalan yang sama. Sila rujuk

Lampiran 2 bagi contoh soalan kumpulan fokus dan temuduga. Ia adalah merupakan soalan

8

berstruktur yang telah disediakan berdasarkan kepada ulasan karya yang berkaitan dengan

subjek penyelidikan. Soalan-soalan bagi Fasa Kedua merangkumi dua (2) bahagian: (1) soalan

demografi dan (2) soalan yang merujuk kepada objektif kajian. Walaubagaimanapun,

bahagian kedua soalan ini telah dibahagikan kepada dua tema iaitu dikhaskan untuk pengguna

dan bukan pengguna dadah. Tujuan kaedah ini adalah bagi memastikan responden berasa

selesa apabila ditemuduga. Pada dasarnya, soalan-soalan Fasa Kedua ini lebih tertumpu

kepada pengalaman artis dalam menggunakan dadah atau pengalaman mereka dalam

berinteraksi dengan artis lain yang menggunakan dadah. Soalan-soalan ini di bentuk

berdasarkan objektif kajian dimana beberapa tema telah diketemukan termasuk faktor-faktor

menggunakan dadah; kesan-kesan penggunaan dadah dan kaedah pencegahan atau

pengurangan bagi penggunaan dadah.

Semua sesi kumpulan fokus telah di selengara oleh pihak SENIMAN dan pihak

Multimedia University bertindak sebagai pemerhati. Pihak SENIMAN telah mengenal pasti

artis-artis yang berada didalam genre yang sama untuk disatukan di dalam satu kumpulan

fokus. Strategi ini dilakukan bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih relevan

dan lengkap. Semua sesi kumpulan fokus telah dijalankan di pejabat SENIMAN sendiri.

Bagi Fasa Kedua ini, data juga telah di perolehi melalui aktiviti temuduga secara

persendirian yang lebih mendalam (in-depth interview). Melalui teknik ini, responden telah

berkongsi pengalaman mereka terlibat dengan dadah dengan lebih mendalam dan lengkap.

Disebabkan oleh kekangan masa dan kesibukan artis itu sendiri, kebanyakan sesi temuduga ini

telah dijalankan secara tidak formal.

Secara keseluruhan, Fasa Kedua telah berjaya mengumpul seramai 89 orang responden

termasuk sesi kumpulan fokus dan sesi temuduga seramai 64 orang (19 kumpulan) dan 25

orang masing-masing. Jumlah tempoh rakaman adalah selama lebih kurang 12 jam.

9

Jadual 2: Pengumpulan Data – Fasa Kedua – Sesi Kumpulan Fokus

Jadual 3: Pengumpulan Data – Fasa Kedua – Sesi Temuduga

10

3.2.2 Fasa Kedua – Analisa Data

Bagi Fasa Kedua, data telah dianalisa menggunakan teknik analisa tematik. Kaedah analisa

tematik ini adalah merupakan kaedah yang popular dalam kajian kualitatif. Menurut teknik

ini, tema akan timbul sama ada dari data itu sendiri atau boleh di garap dari soalan atau

objektif kajian. Bagi kajian ini, tema yang telah digunapakai adalah merujuk kepada objektif

kajian dan juga tema yang timbul dari data itu sendiri. Antara tema-tema yang telah

digunapakai adalah termasuk faktor-faktor penggunaan dadah, kesan-kesan pengunaan dadah,

jenis-jenis dadah dan kaedah-kaedah pencegahan dan pengurangan. Terdapat juga tema yang

timbul dari data responden seperti hak masing-masing; nasihat dan persepsi atau tanggapan.

Kajian ini telah menggunakan perisian kualitatif NVivo10 bagi membantu

menguruskan data yang telah di perolehi dari kedua-dua kaedah terbabit. Berbanding dengan

kaedah analisa secara manual, penggunaan perisian kualitatif telah membolehkan analisa

dijalankan secara lebih efisien dan efektif.

Jadual 4: Analisa Data (NVivo) – Tema Penting

11

4.0 Penemuan hasil analisa data

Berikut adalah perbincangan berkenaan penemuan hasil bagi Fasa Pertama dan Kedua.

4.1 Hasil Penemuan - Fasa Pertama

Secara keseluruhannya, Fasa Pertama telah berjaya mengumpul sebanyak 766 responden yang

boleh digunapakai.

4.1.1 Kesan penggunaan dadah

Setelah di analisa menggunakan perisian kuantitatif SPSS, analisa data bagi 766 responden

telah menunjukkan bahawa seramai 617 responden (80.55%) telah bersetuju dan memahami

bahawa dadah adalah berbahaya dan boleh membawa kepada reputasi yang negatif (lihat

Rajah 1).

4.1.2 Jenis dadah

Walaubagaimanapun, daripada 766 kaji selidik yang boleh dipakai, cuma 18 responden telah

menjawab bahawa mereka pernah menggunakan dadah. Data ini telah di perolehi dari soalan

b.dari borang kaji selidik yang menyoal kepada mereka “pernahkah anda menggunakan

dadah dibawah ini?”. Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis dadah yang pernah digunakan oleh 18

responden ini. Daripada rajah tersebut, kebanyakan daripada mereka tidak menyedari jenis

dadah yang mereka gunakan kerana mereka lebih mementingkan kesan penggunaan dadah

tersebut daripada jenis dadah terbabit.

12

Rajah 1: Kesan penggunaan dadah

Rajah 2: Jenis dadah yang digunakan (18 responden)

13

4.1.3 Statistik demografi

Bagi Fasa Pertama, analisa seterusnya telah dilakukan bagi 18 responden terbabit sahaja. Ini

adalah bagi memastikan penemuan kajian adalah lebih relevan dan tepat. Statistik diskriptif

bagi demografi telah menunjukkan bahawa 67% responden yang menggunakan dadah adalah

lelaki dan 33% adalah perempuan.

Bagi analisa bangsa dan agama, kesemua 18 responden yang mengaku menggunakan

dadah adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dari segi umur dan keterlibatan dalam industri seni, analisa telah menunjukkan

bahawa 67% adalah berumur 35 tahun kebawah dan 72% hanya terlibat dalam industri seni

kurang dari 10 tahun. Rajah 3 dibawah menunjukkan butir-butir demografi berkenaan dengan

18 responden tersebut.

Berdasarkan kepada analisa data bagi Fasa Pertama, kajian telah mendapati, terdapat

bukti dasar yang menunjukkan adanya penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti. Oleh itu,

Fasa Kedua telah dijalankan bagi mendapatkan penemuan yang lebih mendalam.

4.2 Hasil Penemuan - Fasa Kedua

Pihak SENIMAN telah berjaya mendapatkan seramai 89 responden untuk mengambil

bahagian dalam sesi temuduga/kumpulan fokus di mana ianya telah terdiri daripada sebanyak

19 kumpulan fokus dan 25 temuduga secara individu. Kumpulan fokus tersebut terdiri di

antara 4-6 responden di mana sesi-sesi tersebut mengambil masa selama 10 hingga 60 minit.

Berdasarkan kepada analisa data Fasa Kedua, terdapat beberapa tema yang telah

dikenalpasti. Secara dasarnya, tema-tema ini adalah merujuk kepada soalan dan objektif

kajian.

14

Rajah 3: Analisa demografi bagi 18 responden yang menggunakan dadah

15

4.2.1 Jenis dadah

Merujuk kepada objektif kajian mengenai jenis-jenis dadah yang digunakan, penemuan hasil

daripada Fasa Kedua menunjukkan bahawa “ganja” adalah jenis dadah paling dikenali dalam

kalangan selebriti tempatan. Ini adalah kerana perkataan “ganja” telah disebut sebanyak 244

kali melalui sesi-sesi temuduga/kumpulan fokus. Ini telah diikuti oleh dadah jenis “heroin”

dan “ais” masing-masing disebut sebanyak 50 dan 42 kali, seperti Rajah 4 berikut.

Rajah 4: Jenis dadah sering disebut dalam sesi-sesi Fasa Kedua

4.2.2 Faktor-faktor penggunaan dadah

Tema seterusnya adalah faktor-faktor artis menggunakan atau tidak menggunakan

dadah. Kajian telah mendapati bahawa terdapat sub-tema yang wujud apabila analisa

mendalam dijalankan. Jumlah respon yang di dapati merujuk kepada tema ini adalah sebanyak

176. Struktur penemuan kajian ini adalah berdasarkan kepada populariti tema-tema yang

terbabit.

16

Rajah 5: Faktor-faktor penggunaan dadah

Faktor penggunaan yang paling popular di kalangan selebriti di Malaysia adalah

pengaruh rakan-rakan (36 respon). Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber

“Bagi saya faktor utama, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Sebab

dari situ, kita terasa ingin mencuba ...”

FG18

“...kebanyakkan sebab kawan sebab terpengaruh dengan kawan. Dia rapat

pun dengan kawan-kawan yang ambil dadah jugak.”

I15

Faktor yang seterusnya adalah kecenderungan individu (26) terhadap dadah. Majoriti

adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan bukan kerana orang lain. Seperti yang

dinyatakan oleh responden-responden:

Kata-kata responden Sumber

“Benda tu bergantung kepada individu juga. Kadang-kadang ada je individu

yang ambil atas alasan yang tersendiri, kita tak boleh nak menafikan benda

tu. Diaorang lebih tahu kalau ambil dan tak ambil tu jadi macam mana.”

I24

“...sebenarnya faktor ni alasan je. Sebenarnya diri sendiri yang nak ...” FG19

17

“Dari situ kenal nya ganja, tapi kita takdelah salahkan kawan-kawan. Tu diri

kita sendiri. So, aku pun cuba lah. Memang terasa feel.”

FG19

Sebab popular yang seterusnya terhadap penggunaan dadah adalah disebabkan oleh

tekanan (23) dan untuk berseronok (23). Para responden menyatakan bahawa sebab mereka

mengambil dadah adalah hanya untuk berseronok semata-mata dan tidak lebih dari itu:

Kata-kata responden Sumber

“…saya ambil tu memang suka-suka takde masalah keluarga ke saya takde

stress, masa tu stress dengan kerja sekolah ke apa takde…”

I7

“…kebanyakkan semua for fun, yang banyak saya kenal semua untuk fun.” I2

Walaubagaimanapun, dapat juga dikenalpasti bahawa faktor-faktor penggunaan dadah ini

adalah disebabkan tekanan. Dan akibat tekanan daripada isu-isu peribadi, mereka boleh

beralih kepada penggunaan dadah bagi melepaskan atau mengurangkan tekanan mereka.

Seperti yang disahkan oleh responden:

Kata-kata responden Sumber

“…himpunan tekanan yang menyebabkan aaaaa keinginan-keinginan

seseorang itu menjurus kearah itu.”

FG5

“…selepas penceraian tu lah saya banyak tekanan, mula berkawan dengan

orang-orang macam ni.”

Faktor-faktor umum yang ketara di kalangan selebriti adalah untuk meningkatkan

emosi/mood mereka, menstabilkan keadaan emosi mereka dan untuk mendapatkan lebih

banyak idea dan ilham (18). Seperti yang dinyatakan oleh responden bahawa dadah

mengukuhkan emosi mereka bagi memastikan kerja mereka berjalan dengan lancar.

Kata-kata responden Sumber

“… mula-mula ambil sebab berlakon tapi kadang2 sebab emosi. Ganja

menguatkan emosi sendiri.”

I5

“… kita punya pekerjaan menggunakan emosi ...” I13

18

Faktor seterusnya membincangkan tentang penggunaan dadah yang disebabkan oleh

perkara-perkara berkaitan dengan kerja (16). Terutama sekali bagi pelakon, mereka

memerlukan tahap ketenangan tertentu ketika mempersembahkan lakonan mereka.

Kebanyakan pelakon ini mempunyai perasaan malu dan mereka hanya boleh bekerja apabila

mereka menggunakan dadah. Dan mereka menggunakan dadah sebagai jalan mudah untuk

menghapuskan kegugupan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh para responden.

Kata-kata responden Sumber

“Saya ni agak pendiam. Bila saya menceburi bidang lakonan, saya agak

gugup dan malu. Bila saya ambil ganja, saya dapat sikit ketenangan. Bila

dah tenang, saya mudah untuk menjiwai watak.”

I25

“Itulah, mungkin pada awalnya nak hilangkan rasa nervous tu haaa tu

rasarasanya laaa. Kononnya boleh cepat hafal skrip …”

FG12

Faktor lain penggunaan dadah yang berkaitan dengan aktiviti kerja adalah untuk

menambahkan tahap keyakinan diri (9). Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang

responden:

“…dia tak takda self-esteem, dia takde motivation, itu sebab dia perlukan

benda yang sebegitu untukmendapatkan keselesaan pada diri dia…

maksudnya bila time-time dia nak menyanyi atau time dia nak buat

perfomance benda tu akan bagi dia … motivate sendiri …”

Sumber: I6

Mengikut responden, budaya luar dan tenaga (8) juga merupakan salah satu penyebab

dalam penggunaan dadah. Salah seorang responden memberitahu bagaimana budaya barat

menjadi penyebab kepada pengunaan dadah:

“Jadi kita kena faham, dadah ni berasal dari barat. Di barat ni, kita jadi

ikutan jadi kebanggaan, maknanya kalau kita nak jadi penyanyi ke … jadi

pemain gitar ke … jadi artis ke … kita tengok … kita mesti nak jadi macam

barat. Sebab di barat tu dia jadi kebanggaan, kalau tak hisap dadah ni kira

kita ketinggalan laaa …”

19

Sumber: I8

Dalam bidang penggambaran, keperluan untuk bekerja dalam masa yang panjang dan

tidak menentu menjadikan artis melibatkan diri dalam gejala penggunaan dadah. Seperti yang

ditegaskan oleh seorang responden:

“Dalam industri hiburan, kerja kita tak sama macam orang lain,

kadangkadang orang tengah cuti pun, tapi kita masih kerja. 2 atau 3 pagi

masih shooting. Then, energy tu different …”

Sumber: I24

4.2.3 Faktor-faktor tidak menggunakan dadah

Terdapat pelbagai sebab penting bagi menolak penggunaan dadah dalam kalangan selebriti.

Secara umum, sebab-sebab atau faktor-faktor yang menolak dadah adalah disebabkan oleh

keyakinan diri yang kukuh, hubungan kekeluargaan dan agama. Kenyataan di bawah

menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan memainkan peranan dalam menentukan

kebarangkalian penggunaan dadah atau tidak. Ada juga responden yang menyebut tentang

kepentingan disiplin diri:

Kata-kata responden Sumber

“… saya berjanji dengan mak saya dah, mak saya pun dah janji dengan saya

dah, dia cakap kalau awak ambil benda-benda macam ni, terjadi apa-apa

tanggung la sendiri, sakit badan tanggung sendiri itu je…”

I1

“... kenapa perlu ambil sesuatu yang merbahayakan diri pada diri sendiri.” FG2

“… saya dah tune dalam kepala otak itu haram haram lah benda tu

merosakkan merosakkanlah saya tak akan ada keinginan langsung nak

mencuba benda yang merepek-repek macam tu.”

I8

Beberapa responden menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan seseorang

tidak melibatkan diri dalam penggunaan dadah adalah disebabkan oleh iman yang kuat dalam

pegangan agama:

Kata-kata responden Sumber

20

“... paling wajib kuatkan iman kita supaya kita boleh kawal ataupun

kita berhenti, minta dijauhkan dari benda-benda macam ni.”

FG1

Daripada penemuan diatas, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor penyebab kepada

penggunaan dadah adalah lebih bersifat kesalingpercayaan dan keperluan kerja dalam industri.

4.2.4 Kesan-kesan penggunaan dadah

Salah satu aspek yang paling penting dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan

penggunaan dadah dalam kalangan selebriti di Malaysia. Berdasarkan analisa, setiap

responden mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kesan-kesan pengambilan dadah. Ia

termasuk kesan negatif, positif dan neutral.

4.2.4.1 Kesan negatif penggunaan dadah

Majoriti responden (38 daripada 44) mendapati bahawa penggunaan dadah mempunyai kesan

negatif ke atas pengguna. Ia mempunyai kesan negatif melibatkan beberapa perspektif. Ia

termasuk kesan kepada kerja, isu-isu kesihatan, emosi, personaliti dan lain-lain.

Rajah 6: Kesan-kesan penggunaan dadah

21

Rajah 7: Kesan negatif penggunaan dadah

Kebanyakan responden menyatakan bahawa dadah yang digunakan telah memberi

kesan terhadap kerja-kerja selebriti dengan pelbagai cara. Kesan yang biasa dapat dilihat

adalah kehilangan fokus ketika bekerja. Manakala, sebahagian selebriti pula apabila

menggunakan dadah, mereka tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dengan baik.

Sehingga satu tahap dimana, ia memberi kesan terhadap disiplin kerja mereka yang mana

secara tidak langsung turut memberi kesan kepada hasil kerja orang lain. Ini telah dinyatakan

oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber

“... ada yang kena tu lost, lost sampai tak ingat dialog, macam blur je kan

dating ...”

FG3

“...effect kepada bila berkerja tidak boleh berkejasama dengan baiklah.” FG2

“… I mean personal life dia then affect kita punye personal jugak… ko kita

nak datang keje tapi ko datang lambat la tu 4 to 6, 5.30 ko baru sampai,

orang pukul 6 dah nak habis, ko tak menyusahkan orang ke?...”

FG1

22

Masalah disiplin ini memaksa kepada penundaan tempoh kerja kerana penggambaran

terpaksa dibatalkan kerana selebriti tersebut. Seperti dinyatakan oleh beberapa orang

responden:

Kata-kata responden Sumber

“Kadang-kadang kita shooting, kerana dia sorang haa dah tak jadi nak

shooting.”

FG12

“… kesan-kesan dari segi disiplin arr kot yang saya nampak, disiplin arrr

hilang daripada set arrr datang set yang kalau macam setengah orang yang

normal datang set lambat daripada call time, lambat setengah jam ataupun

arr kurang daripada sejam arr itu normal.”

I4

Antara sudut lain yang membimbangkan mengenai kesan sampingan penggunaan

dadah ini adalah dari segi kesihatan. Kesan ini dapat dilihat dari segi psikologi dan fizikal.

Secara fizikal, penggunaan dadah telah memberi kesan dengan pelbagai cara. Seperti

yang dinyatakan oleh salah seorang responden:

Kata-kata responden Sumber

“Lepas tu satu lagi kan, dia pergi rumah orang kahwin kan, dia rasa macam

filem negatif yang black and white. Dia tak kenal orang kat situ siapa-siapa,

dia cakap je.”

FG12

“Pengalaman saya masa mula ambil benda ni, saya rasa saya tak boleh nak

handle, saya tak boleh nak berdiri, pening, jalan bergoyang, tak boleh nak

FG18

buat kerja. So saya rasa benda ni sangat memberi kesan yang tak baik. Jadi,

better saya berhenti.”

“… bila ending dia tu macam sakit-sakit badan arr ending dia sakit sendi

sakit rahang apa semua kan jadi kacip kan so bila kacip kita dah ending tu

arr besok tu baru rasa arrr dia punya siksa tu kan…”

I7

Dari segi psikologi, ia telah memberi kesan kepada pengguna dadah untuk menjadi gila

atau tidak siuman. Seperti yang dinyatakan oleh seorang responden:

23

“… jadi tak betul macam short wire short so orang kata mungkin ada effect

daripada apa yang dia ambil ada separuh artis saya tengok dia ketagih,

takde dia jadi tak betul …”

Sumber: I11

Kesan negatif paling popular yang seterusnya tentang penggunaan dadah adalah kesan

terhadap emosi. Secara umumnya, hampir separuh daripada jawapan temuduga ini menyebut

bahawa penggunaan dadah telah memberi kesan kepada emosi pengguna.

Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan tahap yang berbeza-beza, daripada kesan ringan

sehingga kepada tahap agresif. Ada juga kesan yang membolehkan perubahan mood yang

mengkhayalkan sehingga boleh membawa selebriti tersebut ke dalam alam halusinasi. Emosi

yang tidak menentu adalah merupakan salah satu kesan negatif kepada pengguna dadah.

Seperti yang dikongsikan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber

“… bila yang amik benda tu dia memang buat sesuatu di luar kawalan dan

dia pun tak sedar apa yang dia dah buat.”

FG1

“Dia biasa je lek jee, bila dah kena dia asing dah, jadi

menyorokmenyorokkan diri. Bila pengarah tengking, pommm dia naik, dia

melenting.

Emosi dia naik …”

FG12

“Ganja ni kekadang, ada yang kita dapat tu membuatkan kita rasa nak

bersendirian, nak diam. Ada yang jenis macam tu. Tapi ada juga yang

membuatkan kita rasa seronok, teruja tak pasal-pasal. Pengalaman abang

sendiri. Kadang-kadang jadi diam, sedih.”

I25

Kesan negatif ini boleh sampai ke satu tahap yang mana dadah itu boleh mengawal

kehidupan seharian artis terbabit. Senario terburuk ialah apabila dadah itu sendiri mengawal

tingkah laku dan gerak-geri dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata-kata responden Sumber

24

“Kelainan laa, sebelum tu biasa je seronok, normal je. Tapi bila dah kena

benda tu bila dah ramai bercerita kann jadi dia macam mendayu laa kadang

saya dengar rasa macam dia jauh jee kadang dekat jeee. Dia halusinasi

laaa…”

FG12

“… tengok diorang kena, boleh cakap sampai benda tu dah macam control

dia laa, dia dah tak boleh kawal pun benda tu laaa pasal dia dah kena pagi

petang rutin dia mesti kena, kalau tak kena mesti blur.”

FG13

Kesan dadah pada emosi pengguna juga telah menjejaskan personaliti mereka.

Perubahan emosi menyebabkan orang lain disekeliling mereka perlu berjaga-jaga tentang

risiko bahawa akan berlaku perubahan emosi secara drastik. Ketidakstabilan emosi mereka

juga menyebabkan mereka juga gemar mengambil risiko.

Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang responden apabila ditanya mengenai

pengalaman mereka berurusan dengan rakan-rakan yang menggunakan dadah atau

pengalaman mereka sendiri.

Kata-kata responden Sumber

“… ada setengah yang dangerous especially lelaki agak bahaya la sebab tu

saya tak akan dekat dengan lelaki yang hisap tu semua sebab mereka akan

jadi aggresif … lelaki yang lemah lembut pon boleh jadi aggresif, so saya tak

berani …”

I13

“… actually i takut sebenarnya bersama orang yang di kalangan orang yang

mengambil dadah membuatkan i takut sebab nanti dia might do something

ridiculous ataupun benda-benda yang tak boleh diterima akal.”

FG6

“… jangan cabar ermm kalau-kalau diri saya jangan cabar... saya boleh

buat benda tu, dia suruh saya pergi kalau dia suruh saya pegi merompak pun

saya boleh pergi arr sampai maksudnya sampai tahap macam tu la tapi

belum pernah terjadi lagi lah …”

I7

Penggunaan dadah telah menjadi rutin atau cara hidup mereka, apabila mereka hanya

bergantung kepada pengambilan dadah sepanjang hari. Ini seperti yang dinyatakan oleh

seorang responden:

25

“…sebab saya ada kawan macam dia sarapan pagi dia itu, makan tengah

hari itu minum petang itu makan malam itu arr dia bangun pagi dia celik je

dia belum basuh muka lagi dia hisap dia buat benda tu dulu dia ambil kokain

dulu dia snap dulu ok pastu baru pergi…”

Sumber: I7

Kesan lain penggunaan dadah di kalangan selebriti termasuklah jenayah dan keluarga.

Kecenderungan pengguna dadah untuk melakukan jenayah adalah lebih tinggi kerana

kurangnya penilaian terhadap sesuatu yang baik atau buruk dalam diri. Pada masa yang sama,

responden bersetuju bahawa penggunaan dadah telah menyebabkan rasa malu kepada keluarga

pengguna yang mana boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan.

4.2.4.2 Kesan-kesan penggunaan dadah – Kesan Positif

Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada analisa temuduga, terdapat juga perspektif artis

yang mengatakan terdapat kesan positif tentang penggunaan dadah. Pemangkin idea atau

kreativiti, bahagia / tenang dan memberi tenaga adalah merupakan kesan-kesan positif yang

dinyatakan oleh responden ketika ditemuduga.

Menurut perspektif responden, penggunaan dadah mempunyai pengaruh yang positif.

Ia memberikan mereka ketenangan yang membolehkan mereka untuk berehat dan berbahagia.

Kata-kata responden Sumber

“…bila time break makan malam atau minum petang diorang akan hilang

sekejap dan akan masuk balik dengan wajah yang berlainan, diorang bagai

ceria, itu perkara biasa … tapi itu tidak mengganggu la...jadual kerja.”

I3

“Bagi abang, tengok pada kualiti ganja tu. Kadang-kadang ada yang kita

dapat tu membuatkan kita rasa gembira, geli hati. Benda yang tak berapa

lucu pun, kita rasa kelakar …”

I25

“Kalau sebelum tu memang rasa baran lah. Tapi takdelah baran sampai kau

rasa nak mengamuk. Tapi bila kau dah dapat sikit, kau akan rasa cool.”

FG19

26

Rajah 8: Perspektif positif penggunaan dadah

Lebih penting lagi, mengikut kata responden, penggunaan dadah membolehkan mereka

untuk meningkatkan gaya kerja mereka. Selain itu, mereka mampu menjadi lebih fokus

dengan memberi tumpuan yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka. Responden juga

telah menegaskan bahawa penggunaan dadah telah mencetuskan idea-idea baru dan

meningkatkan daya kreativiti. Lebih-lebih lagi, bagi artis-artis yang bergantung kepada

penjanaan idea, menurut responden, kesan dadah membolehkan mereka untuk berfikir di luar

kotak pemikiran. Mengeluarkan dengan lebih banyak idea yang kreatif. Ini telah dikongsikan

oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber

“…dia dia akan lebih menjiwai watak kalau berlakon, lebih menjiwai watak,

dia akan jadi lebih fokus.”

FG9

“…emosi sebelum layan dadah normal, bila dan terlibat dadah mesti rasa tak

normal dan gian. Lepas layan, bila buat kerja sy akan lebih fokus. Dadah dah

control kita.”

I14

“Dia sebenarnya dadah tu ... sebenarnyaa … dia expand kita punya daya

kreativiti kita tu. Maknanya kalau kita 1 dia boleh jadi 10, boleh jadi 5,

I18

makna dia… dipanggil amplify.”

“Ingatan saya memberikan saya satu kuasa lain untuk lahirkan saya lebih

kreatif …”

I21

27

“… kekadang yang amik aaaa benda ni dia punya tahap lawak dia kekadang

luar kotak kadang-kadang kita sendiri tak boleh masuk dengan lawak-lawak

dia …”

FG5

“… secara sainsnya, memang tidak bagus untuk kesihatan … tapi secara

psikologi, bagusnya dia apabila dia arr menggunakan bahan organic semula

jadi iaitu ganja untuk memberi sumber inspirasi agar lebih untuk berkarya

dalam industri tuntutanya ialah berkarya …”

FG9

Terutama bagi krew-krew produksi, menurut responden yang di temuduga, dadah

memberikan mereka lebih banyak tenaga untuk buatkan mereka kekal bertenaga.

Kata-kata responden Sumber

“… because of kerja masa energy dorang macam mana dorang nak

bertahan dari pagi ke pagi itu benda-benda macam ni lah, so boleh

stay bertahan… kekadang dorang tak boleh tahan dorang mengantuk,

dorang tidur nanti bos bos dorang bising, kena buang kerja so dorang

nak bertahankan benda ni …”

I9

“… boleh bertambah tenaga supaya boleh buat kerja lebih masa lah…

sekarang ni kita di Malaysia ni kerja macam pekerja buruh, hah 8 pagi

sampai 8 pagi huh shooting dorang perlukan energy…”

I1

Selain dari itu, ia juga telah meningkatkan keyakinan dalam mempersembahkan hasil

kerja mereka atau ketika berurusan dengan orang. Menurut beberapa orang responden, dadah

juga telah meningkatkan keupayaan mereka untuk menghayati atau menjiwai ketika hendak

menyanyi atau berlakon terutamanya. Seperti yang dikongsikan oleh responden:

Kata-kata responden Sumber

“Kesan dia macam ais, emosi jadi terlampau yakin dan rasa macam kita je

betul. Dalam kareer, kalau tak layan rasa tak confident.”

I14

“Tu yang kadang-kadang dia rasa dah buat bagus, mungkin katanya nak FG12

elakkan nervous takut ke apa. Macam tu laa …”

28

“Kalau saya shooting, saya memang memerlukan mood, lagi-lagi mood

dalaman. So saya guna ni memang boleh menghasilkan kreativiti saya lah.

Walaupun ada scene yang tak perlu menangis, tapi bila guna ni, jadi lagi

better. Ganja ni membantu …”

FG19

“Kalau sebelum dia macam biasa je pun. Tapi bila masuk ganja an dia akan

jadi sedih, kalau cerita benda lebih2 dia jadi menangis sensitive, romantic

gilaaa entah aku tak retilaa dia jadi macam mana.”

FG15

Lebih membimbangkan lagi, penggunaan dadah itu dikaitkan dengan kebolehan

menjana lebih banyak wang. Ini telah dinyatakan oleh seorang responden:

“So kalau aku dapat ganja, aku dapat feel, aku dapat hasilkan karya yang bagus.

Gaji aku tinggi. Aku boleh beli …”

Sumber: FG19

Walaubagaimanapun, hanya sebilangan sahaja yang menyatakan bahawa penggunaan

dadah adalah untuk tujuan perubatan.

4.2.5 Kesan-kesan pengunaan dadah – kesan neutral

Analisa temuduga juga menemui beberapa kesan neutral penggunaan dadah. Mereka

menyatakan bahawa penggunaan dadah tidak memberi sebarang pengaruh terhadap kualiti

kerja sesorang selebriti. Sehingga tahap ada yang menyebut bahawa tiada masalah untuk

mengambil dadah jika ia tidak menjejaskan kerja mereka atau mereka tahu bagaimana untuk

mengawalnya. Ini telah diperjelaskan oleh beberapa orang responden.

Kata-kata responden Sumber

“…bila dah sedap dengan benda tu, maknanya mempengaruhi kerja kita dan

kononnya benda tu dapat membantu kerja kita. Padahal tak membantu

langsung pun.”

I23

“Mungkin rupanya eh aku ni kalau tak kena benda ni pun takpa sebenarnya.

Kalau tak kena pun aku boleh nyanyi, padahal sama je.”

FG15

“… saya rasa kalau kita pandai menggunakan dia tak salah …” FG10

29

“… selagi tak menggangu kerja selagi tak menganggu production …” I9

“… setakat ni saya bekerja selama beberapa belas tahun ni daripada

menyanyi sampai berlakon… untuk saya la, biasa bekerja dengan orang tu

tak bagi masalah kat saya, ada juga orang yang tak ambil dadah yang saya

rasa, tak ambil dadah ada je yang datang lambat …”

I5

4.2.6 Kaedah-kaedah pencegahan / pengurangan

Tema seterusnya yang timbul dari sesi temuduga ialah cara-cara untuk mengelakkan atau

mengurangkan penggunaan dadah dalam kalangan selebriti. Kebanyakan daripada responden

menyebut bahawa kerjasama antara selebriti dan agensi-agensi berkaitan adalah sangat

penting untuk menjadi pengantara penggunaan dadah. Ini telah dijelaskan oleh beberapa orang

responden:

Kata-kata responden Sumber

“… aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh NGO-NGO ataupun aaa…mendapat

seruan daripada kerajaan supaya kita belia dan jugak selebriti sebagai ikon

bebas daripada dadah.”

I3

“… apa kata kalau korang tukar benda tu since kitaorang macam artis kan

dia adalah seorang ikon kan, arrr ajak kitaorang uttuk macam belia kita buat

ke anti dadah kita buat ramai-ramai biar semua orang happy ke kan bila

orang buat macam tu so orang rasa motivated.”

FG8

“… mengharapkan agar sebuah badan ataupun persatuan seperti seniman,

gafim, ataupun persatuan karyawan mengambil langkah… aaa …mengada

aktiviti ataupun program artis bersama masyarakat … aaa …aktiviti yang

bertujuan membebaskan diri kita daripada … aaa … gejala dadah …”

I3

Ada juga di antara responden yang menceritakan bahawa bagaimana mendekatkan diri

dengan Tuhan atau bertaubat kepada Tuhan dapat mengelakkan mereka daripada mengambil

dadah. Seperti yang ditegaskan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber

“Kadang-kadang abang tak nak fikir. Tapi abang cuba dekatkan diri dengan

Tuhan dan solat. Abang berazam lah tak nak bergantung dengan ganja.”

I25

30

“…yang dah guna, saya minta jaga solat baca Al-Quran supaya diri tu

kuat.”

FG14

“Jadi aaa kita nyanyi, kita hidup ni bismillahirrahmanirrahim, kerana Allah

yang kita kasihi. Tetapi kalau kita dah berpegang kepada tu, maknanya kita

dah hampir ke syirik, faham tak … tak boleh. Jadi pada saya ialah kita nak

nyanyi kita nyanyi, kita happy …”

I18

Walaubagaimanapun, hanya seorang responden yang menyebut tentang kepentingan

pengetahuan mengenai dadah.

“…kalau kita takda knowledge tentang barang-barang ni boleh arrrr merosakkan

badan kita …”

Sumber: FG4

Berdasarkan kepada analisa temuduga, terdapat beberapa orang responden yang

mengenalpasti bahawa tahap penggunaan dadah di kalangan selebriti di Malaysia masih boleh

dianggap sedikit dan terkawal.

“…masih lagi dapat control kerana adanya profima, kerana adanya

pengarahpengarah dan producer yang tegas dalam perkara ini, maka gejala-gejala ni

dapat … aaa … dibendung perlahan-lahan …”

Sumber: I3

Dan apabila ditanya tentang nasihat yang ingin diberikan pada pengguna, kebanyakan

daripada responden bersetuju bahawa selebriti tidak sepatutnya dipengaruhi oleh dadah dan

penggunaan dan ketagihan dadah perlu dielakkan. Mengikut kata responden, ini adalah kerana

semuanya sekadar populariti.

Kata-kata responden Sumber

“…bersih hati bersihkan minda arrr bebaskan diri daripada permasalahan

yang bakal mendatang sepatutnya kita merancang untuk menjadi lebih baik

bukan merancang untuk menjadi lebih .... terbalik arr itu lah nasihat saya

kalau boleh elak-elakan lah jauh-jauhkan …”

I8

31

“… kalau sekadar nak kejar popularity untuk menaikkan nama better tak FG2

payah la sebab apa kalau kita mati kita meninggal sekali pun hanyalah

tinggal nama je…”

Daripada penemuan kajian di atas, boleh dirangkumkan bahawa terdapat beberapa perkara

yang telah di kenalpasti. Secara dasarnya, objektif kajian ini telah berjaya dicapai melalui

kaedah yang telah dilakukan. Antaranya, kajian ini telah mendapat garapan tentang jenis

dadah yang popular dan dikenali di kalangan artis. Pengaruh rakan, untuk bergembira dan

tekanan adalah merupakan penyebab atau faktor utama pengambilan dadah di kalangan artis di

Malaysia. Daripada kajian ini juga, dadah lebih banyak memberi kesan negatif kepada

penggunanya iaitu termasuk kesan terhadap kerja, kesihatan dan juga emosi.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif yang telah disebut iaitu idea/kreativiti,

bahagia/ketenangan dan memberikan tenaga.

5.0 Kesimpulan

Merujuk kepada objektif kajian ini, hasil penemuan kajian secara dasarnya telah memberi satu

maklumat asas tentang keterlibatan selebriti dalam penyalahgunaan dadah. Daripada kaedah-

kaedah penyelidikan yang dijalankan, sifat dan tahap penyalahgunaan dadah di kalangan

selebriti yang dipilih di dalam warga SENIMAN telah dikenalpasti khususnya bagi

menyelesaikan isu mengenai jenis/kategori dadah yang digunakan. Kajian ini telah

mengumpul statistik diskriptif asas dari segi pengunaan di kalangan kategori seperti isu

mengenai umur, jantina, kaum, agama dan sebagainya.

Kaedah kumpulan fokus dan temuduga yang dijalankan telah berjaya memberikan satu

bukti asas tentang faktor-faktor yang menjurus ke arah penggunaan dadah di kalangan

komuniti terbabit. Pada masa yang sama, analisa kualitatif telah mendedahkan kesan-kesan

terhadap penggunaan dadah itu sendiri.

5.1 Implikasi kajian

Analisa data daripada 89 responden yang telah ditemuduga secara individu atau

kumpulan fokus telah memberikan cetusan idea bagi mengenal pasti langkah-langkah

32

pengurangan dan pencegahan bagi membantu kumpulan-kumpulan berkenaan terutamanya

bagi kes ketagihan dan penyalahgunaan.

5.1.1 Implikasi kajian dari segi praktikal – Agensi Anti-Dadah

Kebangsaan (AADK)

Pada masa ini, pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat tepat tentang tahap keterlibatan

artis dengan gejala dadah. Hasil penemuan dari kajian ini dapat memberikan satu sumber

rujukan kepada pihak AADK tentang permasalahan penagihan dadah di kalangan artis. Pada

masa yang sama, berdasarkan daripada kajian ini, satu dasar penambahbaikan standard masa

kerja melalui kajian tanda aras dengan industri terbabit dapat dijalankan bagi memastikan

tiada isu masa kerja berlebihan di kalangan artis berleluasa. Pada masa yang sama, kebajikan

artis perlu dijaga dengan memastikan terdapat unsur keselamatan, royalti, pencen dan

perlindungan insuran disediakan. Pada masa yang sama, kajian ini mendapati tahap

pengetahuan artis mengenai dadah itu sendiri adalah terhad.

Oleh itu, kajian ini dapat memberikan idea kepada pihak bertanggungjawab tentang

aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran

artis. Secara tidak langsung, aktiviti riadah dan kemasyarakatan ini dapat menguatkan

kesedaran mereka terhadap impak mereka sebagai artis kepada masyarakat sekeliling.

5.1.2 Implikasi kajian dari segi teori

Berdasarkan daripada ulasan karya yang telah dijalankan, kajian terhadap penyalahgunaan

dadah di kalangan artis di Malaysia adalah terhad. Oleh itu, kajian ini secara tidak langsung

dapat meningkatkan ketersedian maklumat tentang tahap keterlibatan artis dalam gejala dadah.

Faktor-faktor dan kesan-kesan penggunaan dadah yang temui dapat digunakan sebagai

rujukan kepada penyelidikan akan datang.

Sebagai kesimpulan, penemuan dari hasil kajian ini telah berjaya memberikan satu sumber

rujukan kepada pihak AADK dan juga SENIMAN mengenai tahap keterlibatan artis dalam

penyalahgunaan dadah. Isu-isu strategik seperti masa kerja berlebihan dan juga integrasi

strategik antara artis dan pihak berkuasa perlu diambil tindakan segera dan ini dapat

33

membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membangunkan langkah dasar bagi

membendung/mengenal pasti penggunaan dadah di kalangan kategori ini di Malaysia.

6.0 Rujukan

[1] Norliza, C., Norni, A., Anandjit, S., & Mohd, F. M. (2014). A review of substance abuse

research in Malaysia. The Medical Journal of Malaysia, 69, 55-58.

[2] Ariaratnam, S., Musa, R., AB, E., Aye, S. S., & AHH, N. (2007). Pilot study on

depression among secondary school students in Selangor. Medical Journal of Malaysia,

62(3), 218-222.

[3] Marican, S., Mohamed, M. N., & Ismail, R. (2007). Trend dan punca penggunaan dadah

di kalangan penagih dadah wanita di negeri Sabah: implikasi kepada rawatan dan

pemulihan dadah. Jurnal Antidadah Malaysia (Malaysian Anti-Drugs Journal), 2(2),

111136.

[4] Vicknasingam, B., Narayanan, S., & Navaratnam, V. (2009). Prevalence rates and risk

factors for hepatitis C among drug users not in treatment in Malaysia. Drug and alcohol

review, 28(4), 447-454.

[5] Malaysia, Akta Dadah Berbahaya (The Dangerous Drugs Act) 1952

[6] Fraser, B. P., & Brown, W. J. (2002). Media, celebrities, and social influence:

Identification with Elvis Presley. Mass Communication & Society, 5(2), 183-206.

[7] Choi, C. J., & Berger, R. (2010). Ethics of celebrities and their increasing influence in 21st

century society. Journal of business ethics, 91(3), 313-318.

[8] Arthur, M. W., Hawkins, J. D., Pollard, J. A., Catalano, R. F., & Baglioni, A. J. J. (2002).

Measuring risk and protective factors for use, delinquency, and other adolescent problem

behaviors the communities that care youth survey. Evaluation Review, 26(6), 575-601.

[9] No name (no date). Why do so many celebrities become addicted to drugs? [Online].

Available: https://www.quora.com/Why-do-so-many-celebrities-become-addicted-todrugs

[July 2015]

Lampiran 1

KAJISELIDIK KETERLIBATAN SELEBRITI DALAM GEJALA DADAH 2015

Kajiselidik ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data bagi kajian pihak SENIMAN. Kajiselidik ini akan

mengambil masa lebih kurang 5 minit dan jawapan lengkap anda adalah amat dihargai. KAJISELIDIK INI

ADALAH TANPA NAMA dan PANDANGAN ANDA KEPADA KAJIAN INI ADALAH SULIT.

Jantina: Lelaki Perempuan

Umur: < 20 20 – 25 26 – 35 36 – 45 46 – 55 >55

Bangsa: Melayu Cina India Bumiputera Lain-lain

Agama: Islam Buddha Hindu Kristian Lain-lain

Bidang apakah yang anda ceburi dalam industri ini? (anda boleh tandakan lebih dari satu)

Filem Televisyen Muzik

Sudah berapa lamakah anda berkecimpung dalam industri ini?

<5 tahun 5 – 10 tahun 11 – 15 tahun 16 – 20 tahun > 20 tahun

a) Pernahkah anda menggunakan jenis-jenis dadah dibawah ini? Tandakan satu kotak untuk setiap jenis.

Ya Tidak Tidak Pasti

(a) Ganja atau hashish

(b) Penenang atau sedatif (tanpa preskripsi doktor / pegawai perubatan)

(c) Amphetamines (pill semangat)

(d) Methamphetamine

(e) Ecstasy

(f) LSD

(g) Lain-lain hallucinogens (contoh: "magic mushrooms")

(h) Relevin

(i) Kokain

(j) Crack

(k) Heroin (contoh: smack, horse)

(l) Lain-lain candu (tanpa preskripsi doctor / pegawai perubatan)

(m) Dadah menggunakan suntikan jarum (contoh: heroin, kokain,

amphetamine)

(n) Pelarut atau inhalants (contoh: gam, lain-lain)

Pada pendapat anda, adakah penggunaan dadah akan... Tandakan satu

kotak untuk setiap jenis.

Ya Tidak Tidak Pasti

a) menjadikan / menyebabkan kehidupan seseorang lebih bahagia?

b) mengurangkan perasaan malu atau rendah diri dikalangan orang

sekeliling?

c) memberikan kesan negatif terhadap reputasi seseorang artis?

d) meningkatkan tahap keyakinan sebagai artis?

e) memangkin cetusan idea baru bila berkarya?

f) membantu dalam mencapai cita-cita seseorang artis?

g) membantu meningkatkan produktiviti seseorang artis?

Lampiran 2

Soalan Demografi

a. Nama

b. Umur

c. Tahap pendidikan

d. Pekerjaan

e. Status perkahwinan

f. Status penginapan

Soalan kepada Pengguna Dadah

1. Ceritakan mengenai penglibatan anda dalam penggunaan dadah.

a. Umur kali pertama menggunakan dadah

b. Jenis dadah

c. Kekerapan penggunaan (sehari/seminggu/sebulan)

d. Cara penggunaan (oral/hidung/hisap/suntikan)

e. Cara memperolehi dadah

(soalan ini akan menjurus kepada perbincangan mengenai sejarah penggunaan spt. Kali pertama menggunakan dadah, umur, kekerapan, jenis-jenis, dengan kehadiran siapa, cara memperolehi, dsb.)

2. Apakah yang anda rasakan apabila menggunakan dadah?

a. Emosi sebelum/selepas penggunaan dadah

b. Masalah ketagihan - hilang kawalan/kegianan

c. Kegunaan masa – mencari/mendapat/mengguna/berkhayal/pulih

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai emosi yang dirasakan ketika menggunakan dadah – sebelum dan selepas, masalah ketagihan, keperluan dadah yang berbeza, jenis-jenis dadah yang popular, dsb.)

3. Berapa ramai kenalankah yang anda ketahui menggunakan dadah dan mereka mengetahui anda menggunakan dadah?

a. Faktor-faktor penggunaan dadah – faktor dalaman/luaran

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai faktor-faktor yang terlibat dalam penggunaan dadah spt. Galakan rakan-rakan, keperluan cara hidup, popularity, keadaan kesihatan, peningkatan prestasi, etc. Ini juga akan menunjukkan samada pengguna dadah sering meluangkan masa bersama disebabkan oleh kepentingan yang sama.)

4. Apakah yang akan anda beritahu kepada orang lain mengenai penggunaan dadah?

a. Keinginan untuk mengurangkan/mengawal penggunaan dadah – Berjaya?

b. Masih meneruskan walaupun bermasalah – sosial/interpersonal/ fizikal/psikologikal

(Ini akan mendedahkan perspektif pengguna itu mengenai dadah spt. Samada penggunaan dadah itu salah, kemungkinan sebab-sebab untuk berhenti menggunakan dadah, dadah adalah keperluan dalam hidup, dsb.) [Type text] [Type text] Lampiran 2

Soalan kepada bukan pengguna

1. Berapa ramai kenalankah yang anda ketahui menggunakan dadah dan mereka mengenali anda?

a. Faktor-faktor penggunaan dadah – faktor dalaman/luaran

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai factor-faktor yang terlibat dalam penggunaan dadah spt. Galakan rakan-rakan, keperluan cara hidup, popularity, keadaan kesihatan, peningkatan prestasi, etc. Ini juga akan menunjukkan samada yang tidak menggunakan dadah akan cenderung menggunakan dadah apabila sering meluangkan masa bersama pengguna dadah disebabkan oleh kepentingan yang sama.)

2. Apakah perasaan anda apabila melihat seseorang menggunakan dadah?

a. Emosi sebelum/selepas penggunaan dadah

b. Masalah ketagihan - hilang kawalan/kegianan

c. Kegunaan masa – mencari/mendapat/mengguna/berkhayal/pulih

d. Masalah-masalah yang wujud akibat penggunaan dadah - sosial/interpersonal/ fizikal/psikologikal

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai emosi yang dirasai – personaliti individu sebelum dan selepas menggunakan dadah, masalah ketagihan, pengaruh dalam perhubungan dan masalah yang diwujudkan (jika ada), dsb.)

3. Apakah yang akan anda beritahu kepada orang lain mengenai penggunaan dadah?

a. Kesan-kesan penggunaan dadah - sosial/interpersonal/ fizikal/psikologikal

b. Sebab-sebab berhenti menggunakan dadah - sosial/interpersonal/ fizikal/psikologikal

(Ini akan mendedahkan perspektif seseorang mengenai penggunaan dadah spt. Samada penggunaan dadah itu salah, kemungkinan sebab-sebab untuk berhenti menggunakan dadah, dadah adalah keperluan dalam hidup, mempengaruhi perhubungan, dsb.)