cabaran wanita dulu dan kini

1
WANITA CETUS EDISI 7 58 Wanita dan media S emasa perundangan Greek, wanita tidak diberikan peluang untuk belajar dan hanya dikurung di dalam rumah. Mereka dihina serta dianggap hamba yang kotor sehinggakan boleh dijual beli seperti barang dagangan. Mereka tidak mempunyai hak yang boleh dituntut melainkan makan, minum, tempat tinggal dan pakaian sahaja. Di penghujung kemuncak tamadun ini, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata manakala model-model perempuan bogel dipopularkan seterusnya membawa kepada keruntuhan moral masyarakat tamadun ini. Dalam kitab Sarf al-Khuruj kitab agama Yahudi, seseorang bapa boleh menjual anak perempuannya bagi mengatasi kemiskinan. Manakala dalam kitab Thalmud, tidak boleh seorang perempuan Yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati suaminya melakukan hubungan seks dengan perempuan lain walaupun di dalam rumah mereka sendiri. Lelaki Yahudi boleh menikmati, merendam, membakar atau membuat apa sahaja yang digemarinya terhadap isteri mereka. Dalam bab pewarisan harta pula, anak perempuan Yahudi tidak boleh mewarisi apa-apa harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya lelaki sahaja boleh menerima pusaka. Wanita hanya boleh menerima belanja hidup dari lelaki yang menguasai pusaka itu. Pada era Rumawi, wanita seawal usia remaja dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya. Mereka boleh dihalau dan dijual oleh penjaga mereka. Walaupun pada zaman ini terdapat satu undang-undang yang dikenali sebagai ‘Undang-undang Dua Belas’, namun ia tidak memberikan sebarang pengiktirafan terhadap wanita. Dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805, suami boleh menjual isterinya dengan harga minimum 6 pence seorang. Apabila revolusi Perancis berlaku, penindasan sesama manusia ini telah ditamatkan namun penindasan ke atas wanita masih berterusan. Dalam undang-undang Perancis ketika itu, wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya. Hal ini boleh dilihat apabila seseorang perempuan telah berkahwin, maka secara automatik namanya dan nama keluarganya akan hilang dan diganti dengan nama baru mengikut nama suaminya. Setelah meneliti kedudukan wanita dalam perundangan selain Islam, maka sekarang kita akan dapat gambaran yang jelas mengenai penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan Islam kepada wanita. Islam tidak pernah menafikan hak wanita. Mereka disamakan dengan lelaki kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Bahkan pada sesetengah keadaan kedudukan wanita akan menjadi lebih tinggi dari lelaki seperti ibu-ibu yang mana mereka ini lebih mulia berbanding lelaki jika tinggi taqwanya. Persamaan antara lelaki dan wanita dilihat dari aspek asal usul kejadian, tuntutan agama serta tanggungjawabnya, pembalasan di akhirat, hak-hak pemilikan harta serta aspek ilmu. Manakala dalam hak sivil pula, wanita diberikan hak sivil sesuai dengan tabiat semula jadi mereka. Mereka tidak boleh dihina sama sekali mahupun diperlakukan seperti barangan jualan. Dalam mazhab Hanafi, wanita yang sudah sampai umur tidak boleh dikahwinkan kecuali dengan kemahuannya sendiri. Dalam mazhab Syafie pula, jika wanita itu dikahwinkan dengan orang yang tidak setaraf dengannya, maka wanita itu boleh membantah perkahwinan tersebut. Secara umumnya pula, wanita yang cukup umur, mereka boleh bertindak sendiri dalam urusan jual beli, mengadakan kontrak, memiliki harta dan membelanjakannya, menukar milik, menghadiahkan atau mendermakan hartanya sesuka hati selagi mana tidak berlawanan dengan agama Islam. Kebanyakan iklan yang dipaparkan di media cetak dan juga media elektronik menjadikan wanita-wanita cantik sebagai model pengiklanan mereka. Tidak dinafikan bahawa ada model yang kecantikannya adalah secara semula jadi. Akan tetapi terdapat juga model-model yang digunakan dalam pengiklanan adalah palsu semata-mata. Syarikat pengiklanan akan menggabung dan menukar beberapa bahagian model yang dianggap tidak berapa sesuai untuk disiarkan dengan teknik kesan kamera agar gambarnya akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Hal ini sebenarnya tidak elok kerana terdapat kesan negatif dalam kalangan penonton terutama wanita. Para wanita yang lazimnya amat meminati kecantikan akan terlalu obses terhadap kecantikan model iklan yang di pamerkan. Sekiranya mereka tidak dapat apa yang mereka impikan, potensi untuk mereka rasa terpencil dan kurang keyakinan diri adalah tinggi. Mahu tidaknya, apabila seseorang yang kecantikannya tidak seberapa sudah pasti akan berasa malu dan segan untuk berhadapan dengan orang yang lebih cantik darinya. Maka dalam hal ini, sebarang bentuk pengiklanan yang berkait dengan kecantikan seharusnya dihentikan dalam menggunakan gambar-gambar yang tidak asli kerana ia hanya akan memberikan kesan psikologi kepada para wanita. Sebagai kesimpulannya, Islam bukanlah satu agama yang tidak mempunyai kebebasan. Akan tetapi kebebasan yang diberikan perlulah berdasarkan landasan yang telah ditetapkan agar tidak melanggar hak mana-mana pihak. Dalam Islam dunia diibaratkan sebagai penjara, namun kebebasan yang berkekalan menanti mereka di kehidupan selepas kematian nanti. Iklan kecantikan akan menyebabkan wanita menghadapi masalah jiwa dan kurang keyakinan diri MOHAMAD NURHADI RAZALI Cabaran wanita dulu dan kini

Upload: hadi

Post on 17-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Artikel yang mengisahkan mengenai layanan ke atas wanita pada zaman penjajahan dan selepas penjajahan

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran wanita dulu dan kini

WANITA

CETUS EDISI 758

Wanita dan media

Semasa perundangan Greek, wanita tidak diberikan peluang untuk belajar dan hanya dikurung

di dalam rumah. Mereka dihina serta dianggap hamba yang kotor sehinggakan boleh dijual beli seperti barang dagangan. Mereka tidak mempunyai hak yang boleh dituntut melainkan makan, minum, tempat tinggal dan pakaian sahaja. Di penghujung kemuncak tamadun ini, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata manakala model-model perempuan bogel dipopularkan seterusnya membawa kepada keruntuhan moral masyarakat tamadun ini. Dalam kitab Sarf al-Khuruj kitab agama Yahudi, seseorang bapa boleh menjual anak perempuannya bagi mengatasi kemiskinan. Manakala dalam kitab Thalmud, tidak boleh seorang perempuan Yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati suaminya melakukan hubungan seks dengan perempuan lain walaupun di dalam rumah mereka sendiri. Lelaki Yahudi boleh menikmati, merendam, membakar atau membuat apa sahaja yang digemarinya terhadap isteri mereka. Dalam bab pewarisan harta pula, anak perempuan Yahudi tidak boleh mewarisi apa-apa harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya lelaki sahaja boleh menerima pusaka. Wanita hanya boleh menerima belanja hidup dari lelaki yang menguasai pusaka itu. Pada era Rumawi, wanita seawal usia remaja dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya. Mereka boleh dihalau dan dijual oleh penjaga mereka. Walaupun pada zaman ini terdapat satu undang-undang yang dikenali sebagai ‘Undang-undang Dua Belas’, namun ia tidak memberikan sebarang pengiktirafan terhadap wanita. Dalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805, suami boleh menjual isterinya dengan harga minimum 6 pence seorang. Apabila revolusi Perancis berlaku, penindasan sesama manusia ini telah ditamatkan namun penindasan ke atas wanita masih berterusan. Dalam

undang-undang Perancis ketika itu, wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya. Hal ini boleh dilihat apabila seseorang perempuan telah berkahwin, maka secara automatik namanya dan nama keluarganya akan hilang dan diganti dengan nama baru mengikut nama suaminya. Setelah meneliti kedudukan wanita dalam perundangan selain Islam, maka sekarang kita akan dapat gambaran yang jelas mengenai penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan Islam kepada wanita. Islam tidak pernah menafikan hak wanita. Mereka disamakan dengan lelaki kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Bahkan pada sesetengah keadaan kedudukan wanita akan menjadi lebih tinggi dari lelaki seperti ibu-ibu yang mana mereka ini lebih mulia berbanding lelaki jika tinggi taqwanya. Persamaan antara lelaki dan wanita dilihat dari aspek asal usul kejadian, tuntutan agama serta tanggungjawabnya, pembalasan di akhirat, hak-hak pemilikan harta serta aspek ilmu. Manakala dalam hak sivil pula, wanita diberikan hak sivil sesuai dengan tabiat semula jadi mereka. Mereka tidak boleh dihina sama sekali mahupun diperlakukan seperti barangan jualan. Dalam mazhab Hanafi, wanita yang sudah sampai umur tidak boleh dikahwinkan kecuali dengan kemahuannya sendiri. Dalam mazhab Syafie pula, jika wanita itu dikahwinkan dengan orang yang tidak setaraf dengannya, maka wanita itu boleh membantah perkahwinan tersebut. Secara umumnya pula, wanita yang cukup umur, mereka boleh bertindak sendiri dalam urusan jual beli, mengadakan kontrak, memiliki harta dan membelanjakannya, menukar milik, menghadiahkan atau mendermakan hartanya sesuka hati selagi mana tidak berlawanan dengan agama Islam.

Kebanyakan iklan yang dipaparkan di media cetak dan juga media elektronik menjadikan wanita-wanita cantik sebagai model pengiklanan mereka. Tidak dinafikan

bahawa ada model yang kecantikannya adalah secara semula jadi. Akan tetapi terdapat juga model-model yang digunakan dalam pengiklanan adalah palsu semata-mata.

Syarikat pengiklanan akan menggabung dan menukar beberapa bahagian model yang dianggap tidak berapa sesuai untuk disiarkan dengan teknik kesan kamera agar gambarnya akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Hal ini sebenarnya tidak elok kerana terdapat kesan negatif dalam kalangan penonton terutama wanita. Para wanita yang lazimnya amat meminati kecantikan akan terlalu obses terhadap kecantikan model iklan yang di pamerkan. Sekiranya mereka tidak dapat apa yang mereka impikan, potensi untuk mereka rasa terpencil dan kurang keyakinan diri adalah tinggi. Mahu tidaknya, apabila seseorang yang kecantikannya tidak seberapa sudah pasti akan berasa malu dan segan untuk berhadapan dengan orang yang lebih cantik darinya. Maka dalam hal ini, sebarang bentuk pengiklanan yang berkait dengan kecantikan seharusnya dihentikan dalam menggunakan gambar-gambar yang tidak asli kerana ia hanya akan memberikan kesan psikologi kepada para wanita. Sebagai kesimpulannya, Islam bukanlah satu agama yang tidak mempunyai kebebasan. Akan tetapi kebebasan yang diberikan perlulah berdasarkan landasan yang telah ditetapkan agar tidak melanggar hak mana-mana pihak. Dalam Islam dunia diibaratkan sebagai penjara, namun kebebasan yang berkekalan menanti mereka di kehidupan selepas kematian nanti.

Iklankecantikan akan

menyebabkan wanita menghadapi masalah

jiwa dan kurang keyakinan diri

MOHAMAD NURHADI RAZALI

Cabaran wanita dulu dan kini