cabaran pas - kejatuhan t'ganu

Upload: amiramirae

Post on 16-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kejatuhan kerajaan PAS Terengganu 1969

TRANSCRIPT

Cabaran Perjuangan PASKejatuhan Kerajaan PAS Terengganu 1961[footnoteRef:2] [2: Ramlah Adam (1996). Burhanuddin al-Helmy: suatu kemelut politik. hlm. 207]

Dr. Burhanuddin menganggap pertandingan dengan UMNO adalah suatu perkara yang utama dan mesti memperjuangkannya dengan bersungguh-sungguh. Beliau sebagai pemimpin PAS bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan PAS dalam pertandingan itu. Namun, adat dalam pertandingan sudah semestinya ada yang menang dan ada yang kalah. Kerajaan PAS di Terengganu telah tewas di tangan UMNO pada 31 Oktober 1961. Keadaan ini telah mencemarkan imej PAS sebagai sebuah Parti Melayu dan seterusnya memperlihatkan kelemahan pucuk pimpinan PAS terutamanya Dr. Burhanuddin selaku pemimpin PAS. PAS Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan kemenangan tipis dalam pilihan raya 1951. PAS memenangi 13 kerusi, UMNO 7 kerusi manakala Parti Negara (PN) sebanyak 4 kerusi. Kedudukan PAS agak goyah kerana UMNO boleh sahaja memujuk wakil rakyat PN untuk menjadi anggotanya. Oleh yang demikian, PAS telah memujuk wakil rakyat Langkap iaitu Ismail Abbas untuk menambah kerusi PAS menjadi 14. Hal ini telah menyebabkan UMNO meneruskan agendanya untuk memikat ahli-ahli PN yang lain seperti Wan Daud bin Mohamad, Haji Muntalib Salleh dan Mohamad Abd. Rahman. UMNO menawarkan jawatan jawatan EXCO dan kedudukan yang lebih baik sebagai wakil rakyat. Pada 24 Julai 1961, satu undi tidak percaya telah dikemukakan melalui Mohamad bin Abd. Rahman iaitu wakil rakyat PN di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Alasan yang diutarakan ialah kegaglan PAS dalam membangunkan dan memajukan Terengganu. Ini kerana masih terdapat lagi masalah kemiskinan orang Melayu yang tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Namun, tuduhan tersebut telah ditolak oleh wakil rakyat PAS kerana masa yang singkat selama satu setengah tahun itu adalah tidak mencukupi untuk membangunkan ekonomi dan kebajikan rakyat Terengganu yang terlalu luas bidangnya. Usul undi tidak percaya itu gagal memandangkan PAS disokong oleh 12 orang manakala UMNO disokong oleh 11 orang. UMNO telah mengambil kesempatan terhadap masalah dalaman yang dihadapi oleh PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS. Dr. Burhanuddin gagal untuk mengawal perpecahan dalam parti PAS Terengganu dan menyelamatkan kerajaan PAS Terengganu. Beliau juga tidak mampu untuk menahan tekanan dan janji manis yang ditabur oleh UMNO kepada wakil rakyat PAS. Akibat kekurangan wang Wakil rakyat PAS Terengganu sanggup lompat parti dan kesenangan diri sebagai wakil rakyat yang telah mengaburi mata mereka. Ternyata wakil rakyat PAS Terengganu dengan mudahnya dipengaruhi oleh UMNO. Ketokohan dan keagungan nama Dr. Burhanuddin tidak mampu membeli kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti tersebut. Penguasaan kerajaan PAS telah berakhir di Terengganu. Sebenarnya, kelemahan PAS adalah berikutan tiada perpaduan dalam kalangan ahli PAS sendiri. Oleh itu, dengan mudah PAS dapat dikalahkan dengan undi tidak percaya bagi kali kedua pada 30 Oktober 1961.[footnoteRef:3] [3: Ibid hlm. 214]

Kejatuhan yang dihadapi oleh PAS ini sememangnya amat mengecewakan pemimpin PAS, Dr. Burhanuddin dan kerajaan PAS sendiri. Kejatuhan ini telah melemahkan semangat dan kepercayaan orang ramai terhadap parti PAS dan Dr. Burhanuddin. Terengganu yang merupakan sebuah negeri yang telah berjaya dikuasai telah terlepas dari tangannya dengan begitu mudah. Kerajaan PAS telah kalah dengan permainan politik UMNO Terengganu yang disokong oleh kerajaan pusat.