cabaran inovasi 2013 -...
TRANSCRIPT
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 RINGKASAN EKSEKUTIF 2
2 PENGENALAN
2.1 Maklumat Bahagian 3-4
3 LAPORAN INOVASI
3.1 Tujuan Projek Inovasi 5
3.2 Proses Pelaksanaan Inovasi 5-6
3.3 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan / Agensi / Negara
3.3.1 Elemen Inovatif / Kreativiti 7
3.3.2 Elemen Keberkesanan 7
3.3.3 Elemen Signifikan 8-10
3.3.4 Elemen Relevan 10
3.4 Implikasi Kewangan 11
3.5 Gambar-gambar Berkaitan 11-13
4 PENUTUP 14
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 2
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin lori yang
membawa pam bergerak. ‘Air gun’ digunakan melalui ‘air valve’ bagi kerja
pemasangan skru dan bolt pam bergerak semasa operasi banjir. Sebelum ini,
pemasangan skru dan bolt dilakukan secara manual dengan menggunakan
spanar yang memerlukan tenaga pekerja, masa yang agak lama, susah dan
kurang berkesan. Dengan adanya ‘air valve’ ini, pemasangan skru dan bolt
semasa operasi pemasangan pam bergerak menjadi amat mudah, cepat, lebih
kemas dan ketat.
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 3
2. PENGENALAN
2.1. Maklumat Bahagian
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal merupakan diantara
khidmat sokongan yang terdapat dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Selangor. Walaupun hanya bertindak sebagai khidmat sokongan, namun
bahagian ini memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawabnya
standing dengan fungsi-fungsi utama JPS Selangor yang lain, Bahkan mungkin
lebih lagi.
Organisasi ini berpejabat di Jalan Sepat 17/57 Seksyen 17 Shah Alam
yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan (BPME) yang
bertanggungjawab kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Selangor.
Bahagian ini yang mempunyai seramai 26 orang kakitangan berfungsi
dalam memberikan perkhidmatan mengurus, membangun, mengawalselia,
menyelenggara dan membaikpulih semua peralatan dan skop berkaitan
kejuruteraan mekanikal & elektrikal di bawah JPS Selangor. Selain itu,
bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memberikan khidmat nasihat
teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal & elektrikal untuk projek-projek
dibawah kendalian JPS Selangor.
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 4
Bahagian ini mempunyai 4 unit bagi mencapai objektif fungsinya iaitu Unit
Pintu Air & ICT, Unit Pengurusan Projek & OHSAS, Unit Pam & ISO serta Unit
Logistik & MLVK.
Rajah 1 : Carta Struktur Organisasi BPME, JPS Selangor
Rajah 2 : Gambar Ahli Kumpulan ‘P-Valve’
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 5
3. LAPORAN INOVASI
3.1. Tujuan Projek Inovasi
Memudahkan urusan kerja-kerja pemasangan pam (skru dan bolt pada
paip) serta peralatan lain yang memerlukan penggunaan ‘air gun’
Menjimatkan masa pemasangan pam (skru dan bolt pada paip) serta
peralatan lain yang memerlukan penggunaan ‘air gun’
Menjimatkan tenaga kerja serta kos operasi semasa pemasangan pam
Menjimatkan kos pembelian atau penyelenggaraan peralatan seperti
mesin ‘air compressor’
Meningkatkan kualiti kerja
Mengurangkan kemalangan kecil ditapak
Mengurangkan aduan banjir dari orang awam
3.2. Proses Pelaksanaan Inovasi
Produk inovasi ini hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif Tukang K2
BPME, JPS Selangor. Pelaksanaan inovasi ini dibahagikan kepada 4 proses iaitu
perbincangan, tambah baik, pengujian dan siap dengan jayanya.
Rajah 3 : Proses Pelaksanaan
Perbincangan Tambah Baik Pengujian Berjaya
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 6
Sebelum produk inovasi ini berjaya, Unit Pam menghadapi kesukaran
semasa operasi pemasangan pam ditapak seperti memerlukan tenaga kerja
yang ramai, masa pemasangan terlalu lama, kualiti kerja yang kurang
memuaskan, kemalangan kecil, kos pembelian dan penyelenggaraan peralatan
yang tinggi serta aduan banjir dari orang awam. Sehubungan dengan itu,
Seksyen Pengurusan Teknikal, Mekanikal & Elektrikal telah membuat
perbincangan. Didalam perbincangan tersebut, kami bersama-sama mencari
beberapa cara penambahbaikan. Pelbagai pengujian telah dijalankan, dan
akhirnya kami telah Berjaya menemui ‘Air Valve’.
Punca ‘air compressor’ dari ‘air valve’ pada lori dan penggunaan ‘air
compressor’ pada ‘air tank valve’ lori
Rajah 4 : Proses Penggunaan
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 7
3.3. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan /
Jabatan / Agensi / Negara
3.3.1. Elemen Inovatif / Kreativiti
Mengubahsuai fungsi alatan yang sedia ada kepada penggunaan lain
Idea baru yang digunakan di JPS Selangor
Mewujudkan persekitaran kerja yang inovatif dan kreatif kepada
pekerja
Mempercepatkan kerja-kerja pemasangan skru dan bolt
Memudahkan urusan kerja-kerja pemasangan pam
Dapat mengurangkan banjir serta penurunan aduan banjir dari orang
awam
3.3.2. Elemen Keberkesanan
Meningkatkan kualiti kerja-kerja pemasangan skru dan bolt
Meningkatkan kepuasan hati orang awam dimana banjir kurang berlaku
Penjimatan dari segi pengurusan peralatan, masa, kos operasi dan
tenaga kerja semasa proses berlaku.
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 8
3.3.3. Elemen Signifikan
Produk ini mesra pelanggan kerana proses pemasangan pam adalah
cepat. Sehubungan dengan itu banjir akan surut dengan cepat serta
aduan banjir akan menurun.
Penjimatan masa
- sebelum inovasi masa pemasangan pam adalah 4 jam.
- selepas inovasi masa pemasangan pam adalah 2 jam.
Penjimatan kos operasi
- Tuntutan elaun kerja lebih masa & penggunaan minyak diesel lori
sebelum inovasi
Bil Perkara Kakitangan
Semasa Operasi
Kadar 1 Jam (RM)
Tempoh Kerja 4 Jam
(RM)
30 Kes Setahun
(RM)
Elaun Kakitangan JPS
1 Juruteknik 1 11.00 44.00 1,320.00
2 Tukang 3 26.70 106.80 3,204.00
3 Pemandu 1 7.00 28.00 840.00
4 Pekerja Am 2 13.40 53.60 1,608.00
5 Minyak Diesel Lori 40.00 1,200.00
Jumlah 7 58.10 272.40 8,172.00
Rajah 5 : Tuntutan sebelum inovasi
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 9
- Tuntutan elaun kerja lebih masa & penggunaan minyak diesel lori
selepas inovasi
Bil Perkara Kakitangan
Semasa Operasi
Kadar 1 Jam (RM)
Tempoh Kerja 2 Jam
(RM)
30 Kes Setahun
(RM)
Elaun Kakitangan JPS
1 Juruteknik 1 11.00 22.00 660.00
2 Tukang 1 8.90 17.80 534.00
3 Pemandu 1 7.00 14.00 420.00
4 Pekerja Am 1 6.70 13.40 402.00
5 Minyak Diesel Lori 20.00 600.00
Jumlah 4 33.60 87.20 2,616.00
Rajah 6 : Tuntutan selepas inovasi
Bil Perkara Kakitangan
Semasa Operasi
Kadar 1 Jam (RM)
Tempoh Kerja (RM)
30 Kes Setahun
(RM)
1 Sebelum Inovasi 7 58.10 (4j) 272.40 8,172.00
2 Selepas Inovasi 4 33.60 (2j) 87.20 2,616.00
Penjimatan 3 24.50 185.20 5,556.00
Rajah 7 : Jadual Penjimatan Kos
Penjimatan (Sebelum Inovasi) dan (Selepas Inovasi) = RM 5,556.00
8,172.00 - 2,616.00 x 100% = 68.00%
8,172.00
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 10
Penjimatan sumber manusia
- sebelum inovasi memerlukan 7 orang bagi kerja pemasangan pam.
- selepas inovasi memerlukan 4 orang bagi kerja pemasangan pam.
Dengan projek inovasi ini, ia dapat memenuhi objektif inisiatif. Dimana
pihak jabatan dapat mempercepatkan masa pemasangan pam bergerak
di tapak dari empat (4) jam kepada dua (2) jam. Jabatan juga tidak perlu
menggunakan tenaga kerja yang banyak atau menghantar kakitangan
operasi ke tapak yang ramai di mana kakitangan yang lain bolehlah di
hantar ke tapak lain untuk operasi pemasangan. Sehubungan dengan
itu, kos operasi juga dapat di jimatkan.
3.3.4. Elemen Relevan
Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional
- Mengurangkan banjir
- Aduan banjir menurun
- Mengurangkan masa kejadian banjir
- Menjimatkan peruntukan jabatan
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 11
3.4. Implikasi Kewangan
Jabatan hanya membelanjakan RM30 untuk membeli ‘air valve’,
implikasinya jabatan dapat menjimatkan masa, kos operasi dan sumber tenaga
manusia. Sehubungan dengan itu, peruntukan jabatan dapat dijimatkan lebih
kurang RM5,556.00 iaitu 68%. Penjimatan ini bukan hanya untuk jangka masa
pendek malahan ianya akan berterusan.
3.5. Gambar Berkaitan
Rajah 8 : Air Valve
Rajah 9 : Pipe Hose
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 12
Rajah 10 : Air Gun
Rajah 11 : Air Valve yang telah dipasang pada tangki sistem brek angin lori
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 13
Rajah 12 : Pipe Hose yang telah dipasang pada tangki sistem brek angin lori
Rajah 13 : Kerja pemasangan pam di tapak dengan menggunakan ‘Air Valve’
CABARAN INOVASI 2013
AIR VALVE 14
4. PENUTUP
Produk inovasi ‘Air Valve’ merupakan satu produk yang dihasilkan dengan
cetusan idea yang kreatif dan inovatif oleh kakitangan BPME, JPS Selangor
dengan mengambil kira pengalaman dalam memberikan perkhidmatan pam
ketika kejadian banjir. Produk yang dihasilkan ini mempunyai implikasi dalam
menjimatkan masa, tenaga kerja, kos operasi. Ia juga dapat memudahkan
urusan kerja, meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta mengurangkan
banjir dan aduan banjir. BPME, JPS Selangor berharap produk ini akan diguna
pakai oleh JPS negeri lain.