cabaran dan masalah yang dihadapi oleh saudara baru cina

Upload: helwaezzah

Post on 10-Jul-2015

344 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SAUDARA BARU CINA Dalam menjalani kehidupan yang serba baru, golongan saudara baru Cina tidak terlepas dari melalui pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan mereka sekiranya ia tidak benarbenar teguh. Pelbagai masalah yang terpaksa ditempuhi oleh mereka sama ada dari segi emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan, dan sebagainya. Masalah- masalah ini akan sentiasa menghantui dan mampu merebak dan mengesani kehidupan saudara baru dengan lebih serius hingga ke peringkat kembali ke agama asal (murtad) sekiranya ia tidak ditangani dengan segera. Antara cabaran dan masalah yang sering membelenggu saudara baru ialah: i. Penyingkiran oleh kaum keluarga dan masyarakat asal.

Secara umumnya masyarakat Cina menganggap menukar agama kepada agama Islam adalah satu perbuatan yang amat dibenci kerana mereka beranggapan agama Islam adalah hanya untuk orang Melayu. Lantaran itu, mereka beranggapan menukar agama asal mereka kepada agama Islam merupakan satu pengkhianatan dan penghinaan kepada keturunan dan perjuangan bangsa Cina kerana bagi mereka ia memutuskan ikatan kekeluargaan/ keturunan. Oleh kerana itu, ada dikalangan saudara baru yang disingkirkan oleh keluarga dan masyarakat mereka walaupun ada yang terus tinggal bersama keluarga. Mereka seolah-olah disisihkan dari segala aspek kehidupan keluarga dan komuniti mereka. Masalah ini bukanlah satu benda yang baru bahkan ianya seakan- akan telah menjadi satu tradisi yang wujud bersama- sama penerimaan saudara baru terhadap agama Islam. Namun begitu, permasalahan ini agak berkurangan sejak kebelakangan ini mungkin dari kesedaran masyarakat bukan Islam (khusus orang Cina) bahawa agama Islam itu bukan membawa kepada permusuhan.(Anuar Puteh,2002:ii.

Pandangan negatif dan prejudis dari masyarakat Islam (Melayu).

Sebahagian daripada saudara baru juga mengalami dilema akibat wujudnya pandangan negatif dan prejudis di kalangan sebahagian daripada masyarakat Islam (Melayu). Ini juga merupakan masalah/ cabaran yang telah berakar umbi dalam konteks keislaman saudara baru Cina. Kebanyakan anggota masyarakat Melayu menganggap pengislaman saudara baru cina adalah kerana mempunyai motif dan kepentingan tertentu. Segelintir yang lain sanggup melemparkan tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas. Sebagai contoh, tuduhan kerana ingin berkahwin dengan kekasih Islam dan mendapat hak keistimewaan sebagai bumiputera selepas memeluk

Islam. Tanggapan ini merupakan satu tekanan ke atas mereka tetapi tidak dinafikan juga sesetengah dakwaan itu ada juga kebenarannya kerana terdapat segelintir saudara baru yang murtad kembali apabila kepentingan yang dihajatkan tidak tercapai selepas memeluk Islam. Tetapi, majoriti saudara baru Cina yang memeluk Islam mempunyai niat yang suci dan murni untuk berbuat demikian. Biarlah Allah sahaja yang menilainya.(Mustafa Daud,2002:23) iii. Tiadanya keselarasan aktiviti dakwah di antara organisasi- organisasi tertentu dan kekurangan bahan bacaan yang sesuai. Senario ini akan membawa kepada kepelbagaian bentuk dan pendekatan dakwah yang sudah semestinya sedikit sebanyak mengelirukan saudara baru dalam menghayati dan memahami Islam. Kekurangan bahan- bahan rujukan seperti buku, risalah tentang Islam dan sebagainya ( yang sesuai dengan peringkat mereka) pula akan memburukkan lagi keadaan. Walaupun tidak dinafikan adanya inisiatif dari pelbagai pihak seperti PERKIM, JAWI, MACMA dan sebagainya dalam menerbitkan bahan- bahan bacaan yang mudah dalam pelbagai bahasa, namun ianya masih lagi terhad dan kurang mencukupi. Oleh itu, organisasi dakwah perlu memandang berat permasalahan ini, mereka perlu kepada master mind yang boleh mengatur strategi kegiatan mereka agar apa yang dilakukan itu benar- benar berkesan.( Anuar Puteh,2002:iv.

Prosedur untuk memeluk Islam

Menurut Mustafa Daud( 2002:20-21) sebahagian daripada saudara baru juga dikatakan menghadapi sedikit permasalahan dalam proses memeluk Islam kerana prosedur yang dikatakan kadang-kala menyulitkan. Antara prosedur itu ialah:a. Sebahagian daripada saudara baru mendakwa mereka dikehendaki terlebih dahulu

mempelajari dan mendalami ajaran Islam sebelum diterima memeluk Islam. Sememangnya mempelajari dan memahami ajaran Islam itu diwajibkan agar membolehkan saudara baru menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Cuma keutamaan harus diberikan kepada perkaraperkara asas dan mudah sebelum kepada perkara- perkara yang lebih umum, ini bersesuaian dengan tahap mereka yang baru mengenal dan mendalami agama Islam.

b. Seterusnya, saudara baru dikehendaki mengisi borang yang mana ianya merupakan

salah satu daripada prosedur untuk memeluk Islam. Hal ini kurang menyulitkan kerana mereka dibantu oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam, PERKIM, dan sebagainya.c. Upacara pengislaman juga kadang- kala dikatakan menyukarkan. Contohnya, mereka

diwajibkan mengucap kalimah syahadat. Kalimah itu pula mesti difahami maknanya oleh mereka. Syahadat itu juga wajib diucapkan dengan penuh kerelaan hati. Sememangnya syahadat itu menuntut tiga perkara iaitu ikrar dengan lidah, keyakinan dengan hati, dan perlaksanaan ibadah dalam bentuk perbuatan. Semua ini memerlukan kepada usaha secara bersungguh- sungguh dan berterusan yang dilakukan oleh saudara baru untuk mempelajari, mendalami, dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka v. Masalah murtad dan unsur- unsur murtad. Masalah murtad dikalangan saudara baru terutama orang Cina, ianya boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu:a) Saudara baru yang sememangnya mempunyai niat untuk murtad dan memberikan

penjelasan lisan atau bertulis mengenai hasrat mereka kepada pihak berkuasa. b) Saudara baru yang tidak melahirkan hasrat untuk murtad tetapi ada unsur- unsur murtad seperti mereka yang kembali mengamalkan budaya dan ajaran agama asal mereka. Antara punca- punca yang membawa kepada berlakunya murtad dikalangan saudara baru Cina telah dikenalpasti antaranya ialah ( Osman Chuah Abdullah@Chuah Hock Leng & Abdul Salam Muhamad Shukri, 2008:78-82) ;a)

Sebilangan besar saudara baru Cina yang murtad memeluk Islam atas kepentingan- kepentingan tertentu sebagai contoh untuk memudahkan urusan perniagaan dan sebagainya dengan orang Islam (Melayu). Apabila hasrat dan keinginan tersebut tidak diperolehi, mereka kembali kepada agama asal (murtad)

b) Murtad dikalangan saudara baru Cina juga berlaku akibat dari tekanan yang

berterusan dari kaum keluarga. Ada dikalangan saudara baru diugut dengan pelbagai ugutan daripada kaum keluarga mahupun komuniti mereka. Jika saudara baru ini tidak mendapat perlindungan yang sepenuhnya dari pihak berkuasa, mereka lebih mudah ditekan dan akhirnya kembali kepada agama asal (murtad)c) Terdapat juga sesetengah dikalangan saudara baru yang kembali murtad

semata- mata untuk mendapatkan harta (pusaka) dari keluarga mereka yang tidak Islam. Sekiranya mereka tidak kembali kepada agama asal, mereka hilang kelayakkan untuk menerima harta (pusaka) tersebut.

d) Murtad juga berlaku disebabkan kegagalan rumahtangga (pengabaian dan

perceraian). Ada dikalangan saudara baru sama ada lelaki mahupun wanita yang berkahwin dengan orang Islam asal. Mereka mengharapkan agar pasangan masing- masing mampu menjadi pelindung dan pendidik kepada mereka dalam hal- hal agama. Malangnya, selepas beberapa lama berkahwin, mereka diabaikan dan ada yang diceraikan oleh pasangan masing- masing. Implikasi dari rasa kecewa dari kegagalan perkahwinan, ada dikalangan mereka yang memilih untuk kembali kepada agama asal ( murtad).

iv.

Perebutan jenazah selepas sesuatu kematian.

Masalah perebutan jenazah sering berlaku dikalangan ahli keluarga seseorang saudara baru yang meninggal dunia dengan pihak berkuasa agama Islam. Ahli keluarga mereka mendakwa bahawa si mati tersebut masih memeluk agama asal mereka sedangkan pihak berkuasa mempunyai hak ke atas jenazah tersebut untuk disempurnakan mengikut ajaran Islam. Banyak kes perebutan mayat telah berlaku kerana salah faham dan juga sikap tidak memperdulikan serta menghormati pengislaman saudara baru. Sebagai contoh, satu kes yang berlaku sekitar tahun 1980 an, seorang saudara baru India berumur tiga puluh tiga tahun, bekerja sebagai guru di Kuala Selangor telah meniggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur dan telah

dikuburkan di perkuburan Kristian di Cheras. Setelah pejabat agama diberitahu mengenainya, kubur tersebut telah digali dan jenazahnya telah dikuburkan semula di perkuburan Islam Cheras.(Amran Kasimin,1985:82-83) Walaupun kaum keluarga si mati diberitahu tentang pengislaman saudara baru ini oleh penjaga mayat di hospital, tetapi pihak keluarga terus berkeras hendak mengebumikannya menurut cara Kristian yang berakhir dengan kejadian yang telah dijelaskan, akan tetapi permasalahan ini dapat diselesaikan apabila kawan- kawan si mati dari tempat mengajar telah membuat aduan ke Pejabat Agama Islam beserta keterangan yang lengkap berkaitan pengislaman si mati yang didapati daripada rumah yang disewa olehnya, akhirnya kubur tersebut digali semula. Dijelaskan di sini bahawa si mati sebelum kematiannya, masih belum menukar nama Kristiannya di dalam kad pengenalan dan tidak memberitahu keluarganya tentang pengislamannya. Masalah ini akan memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada si mati( yang sepatutnya mendapat hak pengebumian secara Islam), bahkan kepada saudara baru yang masih hidup dan mereka yang bercita- cita untuk memeluk Islam. Dikhuatiri mereka akan berpatah hati untuk memeluk Islam kerana takut menerima nasib yang sama seperti saudara mereka yang telah meninggal dunia.(Amran Kasimin,1985:83-84) Sebagai kesimpulannya, itulah di antara cabaran dan masalah yang lumrah dihadapi oleh saudara baru setelah memeluk Islam terutamanya orang Cina. Sekiranya keimanan dan pegangan agama mereka tidak disemat dengan kukuh, ianya akan membenihkan satu keadaan yang tidak baik sehingga mampu untuk memesongkan kembali golongan ini kepada agama dan cara hidup asal mereka. Masyarakat Islam juga berperanan dalam membantu saudara baru ini dalam mengenal dan mempelajari agama Islam dengan cara membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja dakwah.