butir

63
BUTIR-BUTIR PERIBADI PELAJAR

Upload: la-suerte-aiman

Post on 21-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asasas

TRANSCRIPT

BUTIR-BUTIR PERIBADI PELAJAR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANTAHUN 2014PROFIL PELAJARNAMA PELAJARMUHAMMAD RUSYDI BIN MUHAMMAD

UNITMATEMATIK

AMBILANJUN 2014

NO. KAD PENGENALAN9400806-11-5959

TARIKH LAHIR06/08/1994

STATUS PERKAHWINANBUJANG

ALAMAT KEDIAMAN507 B KG ATAS TOL, 21070, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

NO. TELEFON PELAJAR013- 9626648

NO. TELEFON PENJAGA013-9626648

MENTORPN. HAJAH ZAKIAH BINTI SALLEH

PENGENALAN

PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada amalan professional bagi Program ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokuman, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Melalui PBS yang dilaksanakan sepanjang seminggu ini, guru pelatih dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru dalam mengamalkan teori yang telah dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaranIni adalah pengalaman pertama saya menjalani PBS sepanjang saya menimba ilmu di IPG. Pertama sekali, saya berasa sungguh beruntung kerana dapat belajar di IPG, dan telah menjadi cita-cita saya sejak kecil lagi untuk menjadi seorang guru. Melalui program seperti SBE inilah saya percaya dapat membantu dalam memberi pengalaman awal semasa berada di sekolah. Para guru pelatih akan dideahkan dengan reality dan suasana sebenar semasa berada di sekolah. Kita akan melihat bagaimana sesuatu sekolah itu menjadi tonggak kepada membina modal insan yang baik. Oleh itu, para guru pelatih sekalian dapat melaksanakan tugasan SBE ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh berdedikasi. Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ini tidak datang berkali-kali walaupun kita masih ada tugasan SBE pada semesta yang akan datang, peluang yang ada ini tidak patut di sia-siakan.

Sekolah yang menjadi pilihan saya pada SBE pada kali ini adalah Sekolah Kebangsaan Pusat Kemaman yang terletak tidak jauh daripada Bandar kemaman. Tugasan SBE pada kali ini telah bermula pada 7 September hinggalah 11 september. Sekolah ini tidak terletak di kawasan rumah saya, namun saya berusaha untuk menjalankan tugas ini sebaik mungkin walaupun berada di tempat orang.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

1. Memahami budaya sekolah2. Menghayati kerjaya guru3. Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah4. Pendedahan awal tentang pembelajaran murid5. Memahami strategi pengajaran6. Membina interaksi dengan warga sekolah7. Mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim P&P, dan budaya sekolah8. Kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal9. Membina sikap positif terhadap profesion perguruan10. Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.11. Mendokumentasikan pengalaman PBS

MAKLUMAT SEKOLAH

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

BIL PERKARA CATATAN

1Nama dan Alamat SekolahSK Pusat Kemaman, 24000, Kemaman , Terengganu

2No Telefon Sekolah09-8594985

3Alamat Email/ web [email protected]

4lokasiBandar

5Nama Guru BesarPn. Zaini Binti Mat Nor

6Nama GPK 1Pn. Asmarani Binti Abdullah

7Nama GPK HEMEn. Harun Bin Che Ngah

8Nama GPK kokurikulumEn Mat Yusri Bin Mat Yong

9Gred SekolahA

10Bilangan GuruLelaki: 16Perempuan: 52

11Kelayakan Profesional GuruSiswazah: 29Bukan Siswazah: 39

12Bilangan kelas 32

13Purata Saiz Kelas

14Jumlah Murid832

Lelaki: 432Peprempuan: 400

ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT KEMAMAN

PK KO-KURIKULUMEn Mat Yusri Bin Mat YongPK HEMEn. Harun Bin Che NgahPK AKADEMIKPn. Asmarani Binti AbdullahGURU BESARPn. Zaini Binti Mat Nor

PERNYATAAN PROFESIONAL

3.1 SEBELUM PBS

Perjalanan PBS kami bermula di bilik Santapan Diraja IPGKSM. Terlebih dahulu kami diberi taklimat mengenai tugasan SBE yang bakal kami lakukan. Seminggu sebelum kami menjalani PBS, kami diberikan sedikit taklimat yang disampaikan oleh pensyarah daripada Unit Praktikum iaitu En. Azmi tentang bagaimana untuk membuat portfolio, perkara yang sepatutnya dilakukan sebelum memasuki sekolah dan tugasan semasa PBS. Kami diberi peluang untuk memilih sendiri sekolah untuk melaksanakan PBS fasa pertama ini.

Kami difahamkan bahawa antara tujuan pelaksanaan PBS ini ialah untuk membiasakan guru-guru pelatih dengan alam persekolahan, mengetahui sejauhmana pelaksanaan FPK oleh pihak sekolah samada dari sudut kurikulum ataupun ko-korikulum. Program ini memerlukan kami untuk melakukan pemerhatian secara holistik dan komprehensif. Hal ini merangkumi cara pengajaran yang dilakukan dalam kelas, prasarana yang disediakan di sekolah, organisasi pentadbiran, dan aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS ini ialah untuk memberi kefahaman kepada guru-guru pelatih tentang budaya sekolah di samping melatih mereka untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah dan di bilik darjah agar tidaklah timbul masalah yang melibatkan guru pelatih dengan pihak sekolah kelak. Selain itu, kami juga difahamkan bahawa antara tujuan pelaksanaan PBS ini juga adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih tentang pembelajaran murid dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat bagaimana perkembangan kanak-kanak dalam proses pengajaran pembelajaran,

Saya telah memutuskan untuk memilih SK Pusat Kemaman untuk menjalani PBS fasa pertama ini. Sekolah tersebut bukanlah sekolah yang berdekatan dengan kediaman saya namun saya cuba unutk mengubah angin dengan mengembara di tempat orang. sekolah tersebut adalah berdekatan dengan kediaman rakan kelas lain iaitu Lukman hakim dari unit sains. Kami telah berpakat untuk melakukan tugasan SBE ini bersama. Menurut saya, tidak akan wujud banyak masalah untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru kerana saya mempunyai rakan yang pernah bersekolah di situ.

3.2 SEMASA PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas 5 Amanah dan 3 Cerdas. Setiap darjah hanya mempunyai 3 kelas setiap satu kecuali darjah 1 dan darjah 2 mempunyai 4 buah kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua serta guru kaunselor bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut.

3.3 SELEPAS PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSSemasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Pusat KemamanBil.TarikhTindakan

1.7 September 2014 (Ahad) Melapor diri melalui Guru Besar Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK Pentadbiran Menghadiri perhimpunan rasmi GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guru-guru dan staf sekolah. GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia Pendidikan Seni Visual untuk membimbing. Mendapatkan buku perancangan sekolah melalui GPK Pentadbiran.

2.8 September 2014 (Isnin) Menghadiri perhimpunan tidak rasmi Mengambil gambar perjalanan sekolah Mengumpul maklumat sekolah Sejarah Carta organisasi Kemudahan Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan guru data. Mengambil gambar persekitaran sekolah

3.8 September 2014 (Isnin) Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat sumber sekolah dan juga bilik BBM Mengemaskini laporan Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua kelas termasuk kelas prasekolah, pemulihan khas dan juga pendidikan khas.

4.9 September 2014 (Selasa) Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid tahun 3 bagi subjek Pendidikan Seni Visual Menemu ramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Mengemaskini laporan dan maklumat

5.9 September 2014 (Selasa) Menghadiri bacaan yasinTaklimat Ujian untuk pelajar tahun1 tahun 5

6.10 September 2014 (Rabu) Menghadiri perhimpunan rasmi Menemu ramah GPK Ko-kurikulum Menemu ramah GPK HEM

7.11 September 2014 (Khamis) Mengemaskini laporan dan maklumat Melihat persekitaran murid di dalam perpustakaan. Menemu bual murid.

8. 11 September 2014 (Khamis)

Mengambil rekod pelajar untuk dijadikan kajian bagi tugasan psikologi pendidikan.Menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar Berjumpa dengan GPK Pentadbiran berkaitan struktur organisasi sekolah. Bersalam-salaman sesama guru dan murid

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

4.0KOLABORASI

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.

4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah4.2 Perbincangan dengan Guru-guru4.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah4.4 Interaksi dengan Murid

ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI

ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah : Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan / tindakan susulan.

Objektif : Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat : Memahami budaya sekolah Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion keguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Pusat Kemaman yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang gemilang.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman yang kurang sempurna kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru, tetapi ia cuba diadaptasi.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-soalan juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah: Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK? Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar? Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir? Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik? Adakah keselamatan sekolah ini terjamin? Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik murid? Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur? Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?

5.3 Soal Selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti

BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LIMAU

LOGO SEKOLAH

Visi Dan Misi Sekolah

MATLAMAT KURIKULUMi. Membina pelajar yang bercita-cita tinggi, beriltizam, dan mampu mencapai kecemerlangan akademik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.ii. Menyerlahkan keterampilan pelajar dalam bidang akademik.iii. Memperluas pengetahuan pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam dan luar bilik darjah.iv. Mempertingkat pencapaian keseluruhan akademik ke tahap yang boleh dibanggakan.OBJEKTIF KURIKULUMPelaksanaan perancangan kurikulum diharapkan akan dapat :i. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademikii. Membina golongan pelajar yang berkebolehan dan berfikiran positifiii. Mampu menyerap ilmu dari pelbagai sumber serta digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan.iv. Meningkatkan prestasi sekolah dalam semua jenis peperiksaan dan penilaian.v. STRATEGI KOKURIKULUMi. Memastikan setiap jawatankuasa yang dilantik menyediakan perancangan dan dilaksanakan mengikut takwim.ii. Mematuhi segala arahan dan bertindak seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman dan JPN Terengganuiii. Menyedarkan murid akan kepentingan pencapaian akademik seiring dengan pencapaian emosi dan sahsiah.iv. Memastikan segala kemudahan dan peluang belajar tersedia dan efisien.v. Melaksanakan aktiviti berbentuk kurikulum dengan penglibatan semua pihak serta kerjasama daripada ibu bapa.

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

Pengalaman di Bilik Darjah

Saya berpeluang melihat perjalanan P&P seorang guru di kelas 3 Amanah semasa menjalankan PBS di SK Ayer Limau. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk mendalami suasana di dalam kelas dengan melihat aktiviti murid-murid sepanjang aktiviti seni dijalankan. Pada hari itu mereka telah membuat aktiviti membentuk dan membina arca mobail yang bertemakan mobail ikan.

Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana pembelajaran kerana murid-muridnya begitu bersungguh-sungguh walaupun kemudahan kelas adalah bersifat sederhana. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih menggunakan kaedah pengajaran tradisional kerana kebanyakan kelas tidak mempunyai kemudahan LCD melainkan bilik-bilik khas.

Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan aktiviti bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti bidang membentuk dan membina ia sedikit sebanyak membantu saya dalam pengajaran kelak. Ini kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik sehingga perjalanan pengajaran dan pembelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Susun Atur Bilik DarjahSepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana. Rata-rata setiap kelas di sekolah tersebut mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan pelan susun atur kelas 3 Amanah

PAPAN HITAM

MEJA GURU

BAHANPAMERAN

LAPORAN AKHIRPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di SK Pusat KemamanWalau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek keselesaan dan keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik darjah yang kondusif. Cermin pada pada tingkap-tingkap di kebanyakan bilik darjah tidak lengkap sepenuhnya di mana hampir keseluruhan cermin pada tingkap kebanyakan pecah. Selain itu, struktur meja di dalam bilik darjah didapati tidak kukuh dan berada dalam keadaan baik. Jika diperhatikan laci meja tersebut kebanyakannya sudah berlubang dan hanya terdapat ruang untuk menulis sahaja.Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran, sudut bacaan dan paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan di semua bilik darjah. Ada kelas yang lengkap dengan kriteria-kriteria di atas namun terdapat juga kelas yang kurang mementingkan perkara di atas ataupun tidak ada dana yang cukup untuk melakukannya. Begitu juga dengan peraturan sekolah di mana peraturan am sekolah tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan pihak sekolah menyatakan bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses untuk melekatkan dan menampalkan di bilik darjah.Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya suasana sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan sihat. Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum.Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan baik.Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah yang mempunyai peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini dibuktikan melalui rekod murid yang bersih daripada kes-kes berat seperti buli, merokok dan yang lain-lain. Hal ini berlaku disebabkan oleh usaha keras pihak pentadbiran untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid, dan juga kerjasama daripada murid-murid di sekolah ini untuk mematuhi semua peraturan sekolah selain menghormati guru-guru mereka.Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Pusat Kemaman banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya capai sepenuhnya. Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada budaya sekolah. Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan pihak pentadbiran sekolah, sesi P & P yang berkesan dan berjaya, dan yang paling penting sekali adalah saya dapat membina persesi dan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya menyimpulkan bahawa PBS seharusnya diwajibkan kepada semua guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih kepada budaya sekolah dan profesion perguruan itu sendiri.

LAMPIRAN