dokumen bagi pelawaan untuk mengemukakan …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - dokumen...

30
SULIT UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 1 UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN KAFETARIA DI PERPUSTAKAAN UPM NO DOKUMEN: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001

Upload: hadieu

Post on 15-Aug-2019

263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 1

UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T)

DOKUMEN BAGI

PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN

SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN

MAKANAN KAFETARIA DI

PERPUSTAKAAN UPM

NO DOKUMEN:

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001

Page 2: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 2

UPMHOLDINGS UPM International Sdn. Bhd. (956470-T)

PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN

MAKANAN KAFETARIA DI UPM

Sebut harga adalah dipelawa daripada vendor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, memiliki syarikat yang berpengalaman dan bertauliah untuk menyertai sebut harga yang dinyatakan di atas.

BIL. PERKARA BUTIRAN SEBUT HARGA

1. NO. SEBUT HARGA UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001

2. TAJUK SEBUT HARGA SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM

3. HARGA DOKUMEN Harga: RM80.00 (tidak dikembalikan) (Sila lampirkan slip bukti pembayaran semasa menghantar dokumen tender) UPM International Sdn. Bhd. (956470-T) CIMB Akaun No.: 8602698291

4. SKOP CADANGAN

Kontraktor yang berdaftar dengan UPMHoldings boleh menghantar cadangan harga bersama dengan dokumen tender yang mengandungi:

i. Profil Syarikat ii. 3 bulan Penyata Bank Syarikat terkini iii. Borang Pendaftaran ROC & MOF iv. Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga

dan Pekerja) v. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja) vi. Rekod pengalaman perkhidmatan vii. Senarai jenis jualan dan harga jualan viii. Slip bayaran tender

5. LOKASI RUANG NIAGA MAKANAN

Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan

6. KAUNTER SERAHAN DOKUMEN

UPM International Sdn. Bhd. Tingkat 1, Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.

7. TARIKH TUTUP & MASA 1 Mac 2019 (Jumaat) pada atau sebelum jam 5.00 petang

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berpelekat dengan nombor rujukan dan tajuk tender yang ditulis di sudut atas sampul surat tersebut. UPMHOLDINGS tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kos yang timbul akibat tender ini. Semua keputusan adalah muktamad.

Page 3: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 3

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

Tajuk Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN

MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM

No. Sebut harga UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001

1. HAK UPMI UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA

UPM International Sdn Bhd (UPMI) adalah tidak terikat untuk menerima sebut

harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa- apa

sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut

Harga adalah muktamad.

2. CARA – CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan

sepenuhnya:

a) Harga dan tandatangan Penyebut Harga di Ringkasan Sebut Harga.

b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga.

c) Senarai perkhidmatan dalam tangan.

d) Butir- butir spesifikasi (jika ada).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat di atas, Penyebut Harga

hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan no.

sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah dihantar ke UPMI

pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam notis sebut harga.

b) Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut

Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba

pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.

c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit

dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

Page 4: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 4

2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam dokumen sebut harga yang tidak jelas atau

bercanggah, Penyebut harga boleh menghubungi UPMI untuk keterangan lanjut.

3. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh

Penyebut Harga sendiri.

4. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sah laku sebut harga ini adalah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup

sebut harga, Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harga sebelum

tamat tempoh sah sebut harga.

5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

5.1 Dokumen yang perlu dikembalikan dan disertakan hendaklah dalam 2

salinan yang mengandungi Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal

seperti berikut:

a. Dokumen Kewangan (2 Salinan)

i. Borang Sebut Harga

ii. Borang Ringkasan Sebut Harga

iii. Profail syarikat / Penyebut Harga

iv. Salinan Pendaftaran dengan UPMHolding Sdn Bhd dalam bidang

berkenaan

v. Salinan Pengesahan Taraf Bumiputera oleh Kementerian

Kewangan. Penyebut harga yang tidak mengemukakan sijil ini

ditakrifkan sebagai Bukan Bumiputera

vi. Penyata Akaun Terkini selama 3 bulan berturut-turut yang terkini

(contoh Jan, Feb dan Mac 2018)

b. Dokumen Teknikal (2 Salinan)

i. Pematuhan Spesifikasi Teknikal

ii. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan maklumat teknikal

Borang A: REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN beserta

i. Sijil Pendaftaran Syarikat

Page 5: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 5

ii. Sijil Suntikan Thypoid Kakitangan / Pengusaha

iii. Sijil Kursus Pengendalian Makanan Kakitangan /

Pengusaha

iv. Slip / sijil pendaftaran FOSIM

Borang B: KAKITANGAN OPERASI PERKHIDMATAN

Borang C: SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA

Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG BERKENAAN

Lampiran B: MENU DAN HARGA

iii. Dokumen-dokumen sokongan

5.2 Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal yang lengkap hendaklah

dimasukkan ke dalam satu sampul surat dengan butir – butir berikut:

SEBUT HARGA CADANGAN JUALAN MAKANAN DI KAFETARIA DI UPM

LOKASI: Café Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra

Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan

NO. DOKUMEN: UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001

UNTUK:

UPM INTERNATIONAL SDN BHD

TINGKAT 1, DEWAN BANQUET

43400, UPM SERDANG

SELANGOR DARUL EHSAN

Dokumen ini hendaklah dihantar pada masa dan tarikh yang di tetapkan,

tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Page 6: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 6

SYARAT – SYARAT SEBUT HARGA

1. PEGENALAN

UPM International Sdn Bhd dengan kata mudah disebut sebagai “UPMI”. Dokumen ini

adalah dibaca sebagai sebahagian daripada dokumen kontrak kepada penyebut harga

yang berjaya, penyebut harga dikehendaki memahami dan meneliti keseluruhan arahan

yang ditetapkan sebelum bersetuju membuat tawaran, kegagalan penyebut harga

mematuhi arahan yang ditetapkan menyebabkan tawaran mereka akan ditolak.

Penyebut harga adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti spesifikasi untuk

memenuhi kehendak UPMI bagi menyempurnakan perkhidmatannya.

2. INSURANS

Penyebut Harga hendaklah atas nama bersama UPMI dan Penyebut Harga mengambil

Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir

Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh perlaksanaan kerja ini. Penyebut Harga

hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI semua polisi

insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas

sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun, untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-

nota Perlindungan dan resit- resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya

Penyebut Harga gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah Nota-

nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Ketua Pegawai Eksekutif,

UPMI berhak untuk menarik balik tawaran.

3. DEPOSIT

Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menyerahkan Deposit sebelum memulakan

sebarang Kerja di bawah Kontrak ini.

Penyebut Harga dibenarkan membuat pilihan seperti berikut:

a) Wang Pos

b) Deposit wang

c) Perbankan atas talian

Nama : UPM International Sdn Bhd

Nama Bank : CIMB Bank

No. Akaun : 8602698291

Page 7: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 7

4. PERATURAN PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, reka bentuk, butir-

butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam

Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pengarah Urusan, UPMI atau Wakilnya.

5. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MEMULAKAN PERKHIDMATAN

Sekiranya Penyebut Harga gagal memulakan perkhidmatan bagi bulan pertama selepas

hari dan tarikh tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam surat setuju terima,

tanpa sebab – sebab yang munasabah, Penyebut Harga ditamatkan perkhidmatannya

untuk sebut harga ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI dan tindakan tatatertib akan

diambil terhadap Penyebut Harga.

6. SUB – SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

Penyebut Harga tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Penyebut Harga-

Penyebut Harga lain. Penyebut Harga tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di

bawah sebut harga ini tanpa terlebih dahulu tanpa mendapatkan persetujuan bertulis

daripada Ketua Pegawai Eksekutif, UPMI. Jika didapati ia berlaku UPMI berhak untuk

menamatkan tawaran serta merta.

7. PENOLAKAN HASIL REKABENTUK BAHAN DAN BARANG SERTA CADANGAN

PERKHIDMATAN OLEH UPMI

UPMI atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja – kerja serta cadangan

perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi, bahan dan barang serta cadangan

perkhidmatan yang ditolak handaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat

hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri. Penyebut Harga dikehendaki

menyediakan cadangan perkhidmatan untuk kelulusan UPMI sebelum memulakan

perkhidmatan sekiranya perlu.

8. RINGKASAN SEBUT HARGA

a) Ringkasan Sebut harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut

Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.

b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua

kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu

dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurna.

Page 8: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 8

c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada

perubahan sebarang kos tambahan dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam

tempoh kontrak yang akan dibenarkan.

d) Harga–harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut

Harga hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelum daripada UPMI tentang

kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa–apa pelarasan

kemudiannya kepada harga–harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah

dibuat sebelum surat setuju terima dikeluarkan

e) Apa – apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan

(d) tersebut di atas dan apa – apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut

Harga hendaklah diselaraskan dan diperbetulkan sebelum kontrak dikeluarkan.

Jumlah harga yang diselaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal

dalam Borang Sebut Harga. Jumlah pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah

tetap tidak berubah.

9. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA

Jika Penyebut Harga mendapati apa – apa percanggahan dalam Dokumen Sebut

Harga dia hendaklah merujuk kepada UPMI untuk mendapatkan keputusan.

10. CARA BAYARAN SEWAAN

Bayaran sewa berkenaan boleh dibayar dengan menggunakan cek, wang pos

dan lain-lain yang dipersetujui oleh UPMI.

11. KEGAGALAN PENYEBUT HARGA MENYEMPURNAKAN PERKHIDMATAN

DAN PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUT HARGA

UPMI berhak menamatkan perkhidmatan sekiranya Penyebut Harga berada

dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada UPMI:

a) Sekiranya Penyebut Harga gagal memberi perkhidmatan yang baik dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa sebab yang munasabah;

b) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian perkhidmatan, tanpa

apa – apa sebab yang munasabah;

c) Tidak mematuhi arahan UPMI atau yang disahkan kemudian oleh UPMI boleh

membatalkan Kontrak ini;

Page 9: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 9

d) Apabila Penyebut Harga meng-sub perkhidmatan kepada pihak ketiga.

e) Apabila Penyebut Harga tidak membuat pembayaran sewa selama 2 (dua)

bulan berturut-turut.

f) Apabila penyebut harga menukar nama syarikat lebih kepada 2 (dua) kali

dengan alasan yang tidak munasabah.

g) Apabila Penyebut Harga diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

12. PERUBAHAN

a) UPMI boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan yang

berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada

apa–apa perubahan yang boleh UPMI atau yang disahkan kemudian oleh

UPMI boleh membatalkan Sebut Harga ini.

b) Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh UPMI

akan diukur atau dinilai dengan menggunakan harga yang munasabah dan

dipersetujui oleh UPMI dan Penyebut Harga hendaklah digunakan.

13. PEMATUHAN KEPADA UNDANG – UNDANG OLEH PENYEBUT HARGA

Penyebut Harga hendaklah mematuhi segala kehendak Undang – undang Kecil

dan Undang – undang Berkanun, arahan dan peraturan pihak berkuasa

tempatan dan apa-apa undang-undang perkhidmatan menjalankan operasi

kafeteria dalam Malaysia serta pihak berkuasa tempatan semasa perlaksanaan

perkhidmatannya. Penyebut Harga tidak berhak menuntut sebarang kos dan

bayaran tambahan kepada pematuhannya dengan Syarat – syarat ini.

14. PERLANJUTAN KONTRAK

Perkhidmatan ini adalah selama dua (2) tahun berkuatkuasa mulai dari tarikh

Surat Setuju Terima ditandatangani, Kontrak ini boleh dilanjutkan pada satu

tempoh satu (1) tahun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak secara

bertulis.

15. LARANGAN PUBLISITI

Sebarang maklumat mengenai Perjanjian atau mana-mana bahagian dalam

dokumen sebut harga tidak dibenarkan untuk dicetak/disiarkan dalam sebarang

media elektronik terkini, termasuk di dalam akhbar, tabloid, majalah, radio,

televisyen, internet dan sebagainya KECUALI jika diluluskan oleh UPMI.

Page 10: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 10

16. SKOP PERKHIDMATAN

16.1 Perkhidmatan bekalan makanan bermasak meliputi:-

a) Menyedia, menghidang dan menjual pada waktu yang ditetapkan,

makanan pelbagai jenis dan variasi yang ditanggung halal di Kafeteria

UPM.

b) Menyediakan, membekal dan menjual minuman panas, sejuk,

bermasak, minuman botol, minuman tin, minuman kotak dan

minuman-minuman ringan yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal

Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

16.2 Pelanggan-pelanggan Kafe UPM terdiri dari pelajar, pegawai, kakitangan

dan orang awam.

17. SPESIFIKASI KAFETERIA UPM

17.1 Kafeteria UPM (bergantung pada lokasi) hendaklah dibuka dari jam 7.00

pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti

Am, dan bergantung apa-apa arahan yang dikeluarkan UPMI termasuk

pada bulan Ramadhan dan masa - masa tertentu.

17.2 Menjual makanan dan minuman secara „ala-carte‟ dan „buffet‟ atau jenis

makanan dan minuman berdasarkan menu yang dihantar di dalam sebut

harga ini.

17.3 Menyenaraikan dan mempamerkan harga makanan dan minuman untuk

jualan di Kafeteria UPM.

Sila isikan harga makanan dan minuman menggunakan format seperti di

Lampiran “B”

17.4 Menyediakan kakitangan yang terlatih dalam menyelia, menyaji dan

menjual makanan dan minuman.

17.5 Menyedia, menyaji dan menjual makanan dan minuman yang ditentukan

untuk mesyuarat dan keperluan-keperluan lain apabila diperlukan.

17.6 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan pekerja atau pelayan

tambahan bagi urusan rasmi melibatkan orang-orang kenamaan UPM.

Page 11: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 11

17.7 Mematuhi segala Undang-undang dan Peraturan yang dikeluarkan oleh

Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan mengenai penjualan makanan

dan minuman.

17.8 Mempunyai kelengkapan seperti alat kelengkapan untuk penyajian,

keselamatan dan kebersihan.

17.9 Memastikan bahawa perkhidmatan layanan yang diberikan adalah penuh

mesra, bersopan santun, cekap dan berdisiplin.

17.10 Memastikan kebersihan kawasan Kafeteria UPM sentiasa dalam keadaan

bersih dan kemas.

17.11 Memaparkan sijil suntikan thypoid dan sijil kursus penyediaan makanan

setiap kakitangan di dalam outlet.

17.12 Penyebut harga perlu mendaftar perniagaan dengan Kementerian

Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sepang / Majlis Perbandaran

Kajang dengan kos sendiri.

18. CIRI-CIRI KAKITANGAN

18.1 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai Sijil Pemeriksaan

Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mana-

mana Klinik Swasta.

18.2 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM perlu mempunyai perwatakan kemas,

bersih, berdisiplin, tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah,

mempunyai penglihatan yang baik serta tidak cacat mental dan fizikal.

18.3 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM dari kalangan warganegara

asing adalah dibenarkan oleh UPM dengan syarat kakitangan dan/ atau

pekerja tersebut mestilah mempunyai dokumen yang sah berkaitan

dengan undang-undang dan peraturan kerja dan imigresen yang sah

berkuatkuasa di Malaysia. Penyebut harga akan bertanggungjawab dan

menanggung sebarang kos sekiranya kakitangan tersebut ditangkap

semasa bertugas di dalam kawasan UPM.

18.4 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM mestilah berpengetahuan dalam bidang

menyelia, menyaji dan menjual makanan.

Page 12: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 12

18.5 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah boleh berkomunikasi dengan

baik dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang perkhidmatan

di UPM.

18.6 Pengambilan pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tertakluk kepada

Akta Buruh dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa yang

berkaitan dengan pekerja.

18.7 Pekerja-pekerja Kafeteria UPM hendaklah tidak mempunyai rekod

jenayah serta melepasi tapisan keselamatan daripada Pejabat Ketua

Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

19. KELENGKAPAN

19.1 Penyebut Harga hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut

sepanjang tempoh kontrak:

19.1.1 Dapur dan peralatan-peralatan untuk memasak hendaklah dalam

keadaan baik. Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang

tidak mudah berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan

kemudaratan kepada pelanggan.

19.1.2 Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain

untuk menyaji makanan (bergantung kepada lokasi kafe)

19.1.2.1 Peralatan hendaklah dari jenis melamine ware atau

bersesuaian.

19.1.2.2 Peralatan hendaklah bersih dan selamat digunakan.

19.1.2.3 Peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis dan

bentuk yang sama (seragam)

19.1.3 Kelengkapan lain yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian.

19.1.4 Penyebut harga tidak dibenarkan menggunakan polisterin (Ini

adalah mengkut polisi UPM) untuk pembungkusan makanan /

minuman di kawasan Kafetaria UPM. Hanya pembungkus kertas

atau plastik sahaja dibenarkan.

19.1.5 Penyebut harga boleh memberikan pilihan alternatif kepada pelajar

untuk membungkus makanan, menggunakan bekas plastik

Page 13: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 13

‘transparent’ jika pelajar bersetuju untuk membuat bayaran

tambahan sebanyak RM0.30 /bekas.

19.1.6 Penyebut harga perlu mengurangkan harga jualan sebanyak

RM0.20 sekiranya pelajar membawa bekas sendiri untuk

membungkus makanan / minuman.

19.1.7 Penyediaan Grease Trap/ Trap sampah adalah di bawah

tanggungjawab penyebut harga dan UPMI tidak akan menanggung

segala kos.

20. TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA

20.1 Penyebut Harga sentiasa bertanggungjawab melaporkan apa jua

kerosakan atau kejadian jenayah dan / kacau ganggu kepada UPMI di

sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa.

20.2 Penyebut Harga bertanggungjawab ke atas segala tindakan undang-

undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

20.3 Segala perbelanjaan yang bersangkutan dengan peralatan, hiasan

dalaman atau apa-apa jua yang berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya

oleh Penyebut Harga.

20.4 Penyebut Harga yang berjaya dimestikan memberi keutamaan kepada

pihak UPM.

20.5 Sekiranya individu dan kumpulan luar ingin menggunakan kawasan

Kafeteria UPM untuk apa-apa acara persendirian, adalah menjadi

tanggungjawab Penyebut Harga memohon kelulusan bertulis daripada

UPMI sebelum membenarkan pihak tersebut menggunakan kawasan

Kafeteria UPM.

20.6 Penyebut Harga juga dikehendaki memberikan kerjasama dengan pihak

UPM untuk menyediakan makanan dan minuman sekiranya terdapat

acara-acara yang diadakan di luar UPM.

20.7 Penyebut Harga hendaklah menjaga kebersihan Kafeteria UPM. Segala

sampah dan sisa makanan hendaklah terus dibuang ke tempat

Pembuangan Sampah (bergantung kepada lokasi) pada hari berkenaan.

Page 14: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 14

20.8 Segala kerosakan didalam kedai adalah dibawah tanggungjawab

penyebut harga. UPMI hanya bertanggungjawab kerosakan yang

melibatkan infra struktur sahaja.

20.9 Bagi kafetaria yang tidak disediakan pencucian, pihak pengusaha

bertanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran dalam

keadaan bersih dan elok sentiasa, sampah dibungkus dengan elok dan

dibuang ditempat yang sepatutnya; longkang dalam keadaan bersih dan

tidak tersumbat dan mana-mana keadaan yang difikirkan perlu untuk

dibersihkan.

21. PERJANJIAN

21.1 Satu surat Perjanjian di antara Penyebut Harga dan UPM akan disediakan

setelah pemilihan dibuat.

21.2 Syarat-syarat dan spesifikasi ini merupakan sebahagian daripada

perjanjian.

22. BAYARAN

22.1 Semua urusan jual/beli yang dilakukan di Kafeteria UPM dibayar secara

tunai dan mealplan.

22.2 Untuk penggunaan kad mealplan, pembayaran royalti sebanyak 10%

akan dikenakan.

23. KONSEP

23.1 Penyebut Harga diminta mengikut konsep operasi kafeteria atau

cadangan yang ditetapkan mengikut kreativiti dan daya tarikan mengikut

mana-mana format yang lebih sesuai.

23.2 Pemilihan dan pertimbangan oleh Jawatankuasa Sebut Harga UPMI akan

diberikan keutamaan kepada konsep yang baik, perkhidmatan dan sistem

yang efisien termasuk menawarkan menu serta harga yang sesuai dan

berpatutan.

Page 15: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 15

24. MENU DAN HARGA

Penyebut Harga dikehendaki mengisi harga seperti di Lampiran A. Walau

bagaimanapun, UPMI berhak membuat arahan untuk menukar menu yang

dihidangkan dari semasa ke semasa.

25. KADAR SEWA

Penyebut Harga bersetuju dengan kadar sewa yang ditetapkan oleh UPMI.

26. SPESIFIKASI PENYELIDIKAN MAKANAN DAN MINUMAN

a. Peralatan bahan api bagi tujuan memasak hendaklah dalam keadaan baik di

sepanjang tempoh perniagaan Kafeteria UPM.

b. Segala peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis yang tidak mudah

berkarat, tidak mudah rosak dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada

pelanggan.

c. Pinggan, mangkuk, piring, cawan dan peralatan-peralatan lain yang difikirkan

sesuai dengan perniagaan Kafeteria UPM hendaklah bersih dan selamat

digunakan.

d. Peralatan yang digunakan di para (c) hendaklah bersesuaian pada kehendak

semasa perniagaan Kafeteria.

e. Peralatan yang digunakan hendaklah daripada jenis dan bentuk yang sama.

f. Peralatan pencegah kebakaran perlulah disediakan sepanjang tempoh

perniagaan Kafeteria UPM.

g. Peralatan kebersihan premis perlu disediakan dan digunakan memastikan

premis sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang tempoh perniagaan

Kafeteria UPM.

27. SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN KAFETERIA

a. Menyediakan pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan / atau

apabila diperlukan oleh UPM. Pelbagai jenis makanan yang halal seperti di

Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal

yang munasabah oleh UPM. Penyebut Harga juga dikehendaki menyediakan

cadangan menu makanan dan minuman untuk pertimbangan Ahli

Jawatankuasa Sebut harga.

Page 16: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 16

b. Menghidang dan menjual pada waktu perniagaan yang telah ditetapkan dan /

atau apabila diperlukan oleh UPM pelbagai jenis makanan yang halal seperti

di Lampiran B dan / atau apabila diminta pelbagai jenis makanan yang halal

yang munasabah oleh UPM.

c. Menyediakan minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol dan tin,

minuman kotak yang halal dan disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di

Pusat Islam.

d. Membekal dan menjual minum panas, sejuk, bermasak, minuman botol, tin

dan kotak yang halal disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Pusat Islam.

e. Penjualan minuman keras adalah dilarang sama sekali.

f. Penyebut Harga dikehendaki mempelbagaikan menu jualan berdasarkan

arahan yang akan dikeluarkan oleh UPM dari semasa ke semasa

28. SYARAT-SYARAT BAGI CADANGAN HARGA TERPERINCI MENGIKUT

MENU

a. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini adalah bagi mendapatkan

harga setiap produk makanan mengikut menu seperti yang telah disenaraikan

pada muka surat yang seterusnya.

b. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini hanya diberikan kepada

Penyebut Harga-Penyebut Harga yang telah disenarai pendek oleh

Jawatankuasa Sebut harga UPMI.

c. Cadangan Harga Terperinci Mengikut Menu ini perlu mengambil kira cara

hidangan makanan dalam membuat penetapan harga bagi setiap produk

makanan.

d. Cadangan Harga mestilah diisi sepenuhnya mengikut cadangan menu yang

disediakan bersama borang ini sahaja. Sebarang tambahan atau perubahan

kepada cadangan menu hendaklah dinyatakan di dalam borang yang

berasingan di bawah tajuk “Menu opsyen”.

e. Syarat – syarat dan spesifikasi seperti di dokumen Lampiran A yang

terdahulu bagi Tajuk Sebut harga: PERKHIDMATAN MENYEWA DAN

MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA UPM adalah berkaitan.

Page 17: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 17

f. Tarikh tutup bagi Penyebut Harga untuk mengemukakan Cadangan Harga

Terperinci mengikut Menu ini adalah pada 1hb Mac 2019 tidak lewat dari jam

5.00 petang.

29. LAIN-LAIN

29.1 UPMHoldings tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan/

kehilangan barang, peralatan, mesin dan apa jua yang berada di dalam

premis Kafetaria UPM.

29.2 Segala urusan keselamatan di dalam Kafeteria UPM adalah

tanggungjawab Penyebut Harga sepenuhnya.

29.3 Penyebut Harga dikehendaki membaik pulih sendiri sebarang kerosakan

kelengkapan dan peralatan elektrik yang telah disediakan oleh pihak

UPMI. Walau bagaimanapun perlu dilaporkan dan mendapat kebenaran

dari UPMI.

29.4 UPMI hanya akan membaik pulih kerosakan yang melibatkan infra sahaja.

Kerosakan yang lain, perlu ditanggung oleh penyebut harga.

Page 18: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 18

SENARAI SEMAK

(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan

Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Di tanda

Oleh

Jawatankuasa

Perolehan

DOKUMEN KEWANGAN

1. Borang Sebut harga Telah Diisi Dengan Lengkap

2. Borang Ringkasan Sebut Harga

3. Profail Syarikat

4. Borang Maklumat Penyebut Harga

5. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian

Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

6. Borang Pendaftaran ROC

7. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian

Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)

8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3)

Bulan Terakhir

DOKUMEN TEKNIKAL

9. Pematuhan Kepada Spesifikasi

10. Risalah/Katalog, cadangan perkhidmatan dan

maklumat teknikal

Page 19: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 19

11. Borang A - Senarai perkhidmatan yang pernah dilaksanakan

12. Sijil Suntikan Thypoid (Peniaga & Pekerja)

13. Sijil Pengendalian kursus makanan (Peniaga dan Pekerja)

14. Sijil Pendaftaran FOSIM

15. Borang B - Senarai Kakitangan Syarikat

16. Borang C - Senarai Kerja Kontrak Semasa

17. Lampiran A: SENARAI LOKASI KAFE YANG

BERKENAAN

18. Lampiran B: MENU DAN HARGA

19. Lampiran C: Surat Akuan Pembida

Page 20: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 20

SENARAI SEMAK

(BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya

telah membaca dan memahami semua syarat-

syarat dan terma yang dinyatakan di dalam

dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar

Jawatankuasa Pembuka Sebut harga

mengesahkan penerimaan dokumen bertanda

kecuali bagi perkara bil. ……………..(jika ada).

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Jawatan: Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Page 21: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 21

BORANG SEBUT HARGA

No. Rujukan : UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Tarikh Tutup : 1 MAC 2019

Tuan,

PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA

DI KAFETARIA UPM DI PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD, UNIVERSITI

PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Ada dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat

_____________________________________________________ mengambil bahagian

dalam Sebut Harga Perkhidmatan Menyewa Dan Menjalankan Perkhidmatan Kafeteria

UPM.

2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan

terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga, kontrak dan penentuan kerja yang

terkandung dalam dokumen Sebut Harga. Syarikat telah memahami bahawa UPMI

berhak menerima atau menolak sebut harga ini sama ada harga yang ditawarkan

rendah atau tinggi atau sama dalam harga tawaran lain.

3. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini laku (valid) selama

sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut

syarikat tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini.

4. Selanjutnya sekiranya syarikat ini diterima, syarikat akan mengikut suatu kontrak

serta memberi Bon Pelaksanaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh

terima surat tawaran dari UPMI. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas

perkiraan bagi pembayaran di atas perkhidmatan yang diberikan kepada UPMI setelah

perkhidmatan tersebut disahkan oleh pihak UPMI.

5. Kami yang bertandatangan di bawah ini setelah meneliti dan menyemak segala

dokumen sebut harga serta syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan adalah

dengan ini bersetuju mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak UPMI

Butir-butir lanjut mengenai sebut harga ini adalah seperti yang dinyatakan di Ringkasan

Sebut Harga.

Page 22: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 22

Bertarikh pada….........haribulan……….2019

(_______________________ ) (________________________)

(Tandatangan Orang yang diberi Kuasa) Tandatangan Saksi

Nama Penuh: ......................................... Nama Penuh: .......................................

No. K / P : .............................................. No. K / P : ............................................

Alamat : ................................................. Alamat : …............................................

…………………………………………….. …………………………………………….

…………………………………………….. …………………………………………….

…………………………………………….. …………………………………………….

……………………………………….

Cop Penyebut Harga

Page 23: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 23

RINGKASAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN

Tajuk Sebut harga :PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN CADANGAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN

MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KAFE UPM

No. Sebut harga :UPMH/063/CS/18006

Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Penyebutharga adalah dianggap telah melawat tapak dan membaca syarat-syarat Sebut harga dan spesifikasi untuk memastikan sendiri kawasan perkhidmatan yang terlibat sebelum memasukkan harga kerana sebarang tuntutan bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan.

Bil. Perkara Kadar Harga (RM) Jumlah (RM)

Jumlah Keseluruhan

Dengan perkataan : Ringgit Malaysia: __________________________________________

Tarikh: ___________________

……………………………………... ……………………………………. (Tandatangan Petender) (Tandatangan Saksi) Nama Penuh : …………………………… Nama Penuh : ..………………………….…….

No. K/P : …………………………… No. K/P : ……………………………........

Alamat : …………………………… Alamat : …………………………...........

Page 24: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 24

BORANG MAKLUMAT PENYEBUT HARGA

1. Nama : _______________________________________________________

2. Alamat : _______________________________________________________

________________________________________________________

3. No. Telefon : _________________________ H/P : _________________________

4. Emel :_____________________________________________________________

5. Tarikh Ditubuhkan : ________________________________________________

6. No. Pendaftaran Syarikat : ___________________________________________

*Sila kemukakan Profil Syarikat termasuk Borang 9, 24, 49, Sijil Akuan Pendaftran

Syarikat, Penyata Kewangan Tahun 2017 yang telah diaudit dan 3 bulan penyata bank

terkini.

7. Maklumat mengenai tuan punya syarikat:

NO NAMA NO. KAD PENGENALAN JAWATAN/TARAF DALAM SYARIKAT

1.

2.

3.

4.

( * Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah/empunya tunggal dll). 8. Akaun Bank

a) Maklumat mengenai bank:

NO NAMA BANK CAWANGAN & ALAMAT NO AKAUN

1.

2.

3.

Page 25: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 25

9. Maklumat mengenai taraf syarikat

a) Taraf syarikat

Bumiputera Bukan Bumiputera (Tandakan (/) di kotak berkenaan)

b) Jika petender adalah syarikat Bumiputera, sila nyatakan peratus (%) penyertaan kaum-kaum seperti di bawah:-

i) Pengurusan Syarikat:

Melayu _____________ % China _____________ %

India _____________ % Lain-lain _____________ % Jumlah _____________ %

ii) Kakitangan Syarikat:

Melayu _____________ % China _____________ %

India _____________ % Lain-lain _____________ % Jumlah _____________ %

iii) Pembahagian Saham Syarikat

Melayu _____________ % China _____________ %

India _____________ % Lain-lain _____________ %

Page 26: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 26

Jumlah _____________ %

c) Sekiranya Syarikat/Perniagaan tuan bertaraf BUMIPUTERA, satu salinan Akuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mencatatkan taraf demikian dan yang belum habis tempoh pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dokumen Sebut harga.

Pengakuan: Disahkan bahawa semua keterangan dan maklumat-maklumat di atas adalah benar. Tarikh : ……………………………. ……………………………………….

Tandatangan dan cop syarikat Nota: Jika didapati keterangan/maklumat di atas tidak benar, pihak UPMHoldings berhak

menolak/membatalkan tawaran syarikat tuan di UPMHoldings.

Page 27: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 27

r LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi (UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001)

Saya,________________________________________________________________ yang

no. K.P___________________________________________________________________

yang *mewakili/memiliki__________________________________________nombor

Pendaftaran______________________________dengan ini mengisytiharkan bahawa saya

atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings Sdn. Bhd. atau mana-mana

individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam UPM Holdings

Sdn. Bhd. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut

diambil:

2.1 penarikan bilik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * diatas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan UPM Holdings Sdn.

Bhd.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

________________________

Nama dan No. K.P.:

Cop Syarikat:

Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat)

(Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Tandatangan)

Page 28: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 28

BORANG A- REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN (SENARAI SEMUA KERJA YANG DISIAPKAN DALAM 5 TAHUN LEPAS)

Bil. Nama kontrak Nilai kontrak (RM) Tempoh kontrak Tarikh mula

kontrak Tarikh tamat

kontrak Nama dan

alamat majikan

Page 29: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 29

BORANG B- KAKITANGAN OPERASI PENYEBUT HARGA

BUTIR-BUTIR PEKERJA YANG ADA DALAM PENGGAJIAN PENYEBUT HARGA MASA KINI

Bil. Nama No. K/ P Kelulusan

Profesional/ Pendidikan

Tarikh Di Ambil Berkerja

Jawatan Disandang/

Tugas-Tugas Semasa

Pengalaman Lepas

Page 30: DOKUMEN BAGI PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN …upmholdings.com.my/images/tender/18006 - Dokumen Sebutharga Cadangan...d) Butir- butir spesifikasi (jika ada). Jika berlaku kesilapan dalam

SULIT

UPMH/UPMI/TVENDOR/0219-001 Muka surat 30

BORANG C- SENARAI KERJA KONTRAK SEMASA

(SENARAI SEMUA KERJA DI DALAM TANGAN/ SEDANG BERJALAN & BELUM SIAP

Bil. Nama kontrak Nilai kontrak

(RM) Tempoh kontrak

Tarikh mula kontrak

Tarikh tamat kontrak

Nama dan alamat Majikan