buletin usahawan 1 - sarawaktimber.org.my jilid 9 bil 1... · gagasan badan ekonomi masyarakat...

20
Buletin Usahawan 1

Upload: duongque

Post on 13-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 1

Page 2: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

2 Buletin Usahawan

P E R U T U S A N

SIDANGREDAKSI2010

Penasihat

YBhg. Datu Haji Sarudu Bin Haji HoklaiPengurus Besar PUSAKA

Ketua Editor

Tuan Haji Hashim Haji BojetTimbalan Pengurus Besar PUSAKA

Sidang EditorialHaji Wan Ahmad Lutfi Wan Zainal AbidinOmar Ali SepianSiti Emiza Binti MisiMathew JimbonJuli Bin Haji LadisJohar AllenSarina Joti

Sumbangan FotoAbang Halim bin Abang AbdillahAbang Mohd Reza bin Abang MustaphaMohd Asri

YBhg. Datu Haji Sarudu Bin Haji HoklaiPengurus Besar PUSAKA

BuletinUsahawan

2 Buletin Usahawan

Bismillahirahmannirahim

Alhamdulillah, segala pujian bagi AllahSWT, serta selawat ke atas junjunganbesar Nabi Muhammad SAW keranadapat bertemu di ruangan ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkanterima kasih kepada sidang BulletinUsahawan tahun 2010 kerana berusahamerealisasikan penerbitan ini yang penuhdengan mesej yang tersirat kepada parapembaca khususnya usahawan budimanakan kepentingan industri perkayuan diarena global yang semakin menyerlah.

Pada kesempatan ini, saya inginmengucapkan Selamat Tahun Baru 2010kepada semua warga PUSAKA. Justeru itu, sesuai saya katakan bahawa sambutan tahunbaru 2010 pastinya akan membawa kita ke satu titik untuk menentukan perubahan danmerealisasikan pelaksanaan untuk menjadi lebih matang, berani, yakin, berdaya saingdan seterusnya mampu untuk berdikari bagi menerokai dan menguasai pasaran industriperabot tempatan dan seterusnya pasaran eksport.

Tidak dinafikan lagi bahawa tugas seorang ketua amatlah mencabar dan banyakmemerlukan kesabaran. Dalam jangkauan untuk mencapai perubahan, banyak perkarayang memerlukan semangat anjakan paradigma dalam merintis sesuatu perkara.Selakumantan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri telah dilantiksebagai Pengurus Besar PUSAKA mulai 1 Januari 2010 menggantikan YBhg Datu HajiLen Talif Salleh, yang telah bersara wajib pada bulan Februari 2009 dan menamatkankontrak beliau pada 31 Disember 2009, berazam untuk melaksanakan amanah daripadakerajaan negeri dengan baik dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada PUSAKAbagi meneruskan agenda dan misi perbadanan. Walaupun tidak mempunyai latar belakangdan pengalaman khusus dalam industri perkayuan, saya yakin dengan kerjasama sertasemangat kerja berpasukan yang tinggi di PUSAKA akan memudahkan saya menjalankantugas dan tanggungjawab saya dengan berkesan.

Di samping itu, saya juga melihat bahawa Projek Pembangunan Hab Halal Bandar BaruTanjung Manis merupakan salah satu tanggungjawab yang besar dan berat yang akansaya galas selaras dengan komitmen negeri untuk menjadikan Bandar Baru Tanjung Manissebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi penting dalam Projek PembangunanKoridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Harapan saya semoga wargaPUSAKA dan anak-anak syarikat PUSAKA akan terus memberi kerjasama dan komitmenyang tidak berbelah bahagi kepada saya seperti yang telah dicurahkan kepada YBhgDatu Haji Len Talif Salleh. Ini adalah bagi meneruskan usaha dan memastikankesinambungan kecemerlangan dan kegemilangan PUSAKA di masa-masa akan datang.Sememangnya masa depan membawa bersama pelbagai cabaran yang semakin sukarditangani. Untuk terus berjaya, kita harus berupaya mengadakan perancangan yang lebihstrategik dan mengatur tindakan-tindakan baru yang mungkin berbeza dengan yang pernahkita laksanakan.

Saya berharap semoga dengan kelahiran baru 2010 kepada PUSAKA akan meluaskanpasaran mereka dan seterusnya boleh ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ denganusahawan usahawan bangsa lain.InsyaAllah.

Sekian, wassalam

- Selamat Tahun Baru 2010 -

Page 3: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 3

Tuan Haji Hashim Haji BojetTimbalan Pengurus Besar PUSAKA

SUDUT EDITOR

Buletin Usahawan 3

kandunganms 4• PUSAkA sebagai peneraju projek mega DUNms 5• SMIDEX Showcase 2009 Di Kuala Lumpur Convention Centre

Pada 3 Hingga 5 Jun 2009ms 6 - 7• Sudut Pameran Dan Promosims 8 - 9• Seimbas Lalu Laporan Kegiatan atau Aktiviti Kompleks Industri

Perabot PUSAKA Kota Samarahan Sepanjang Tahun 2009• Majlis Perjumpaan Dan Taklimatms 10 - 11• Sudut P & Qms 12 - 13• Program Pembangunan Produk Perabot PUSAKA Melalui

Program R&D

ms 14 - 15• W.A. Wood Industries Sdn. Bhd.ms 16• Sudut Info

Program Sokongan Bahan Mentah Usahawan Kayu Bumiputerams 17• Rumusan Laporan Kesan Kegawatan Ekonomi Ke Atas Industri

Hiliran Perkayuan Di Sarawak Dan Langkah-langkah Yang DiambilBagi Menanganinya

ms 18• Strategi & Pencapaianms 19• Sudut Tip

Prabot Untuk Ruang Sudut

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi atas limpah kurnia-Nya kita dianugerahkan kekuatandan kesihatan untuk meneruskan perjuangan dan memperkasa perkembangan industri danpasaran perabot di negeri Sarawak yang tercinta ini pada tahun 2010.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semuawarga Vendor Perabot PUSAKA diseluruh negeri Sarawak. Pastinya kelahiran PUSAKA 2010akan terus menjadi aspirasi dan suntikan semangat kepada kita semua kearah merealisasikanperkembangan perabot yang pesat.Cacatan kejayaan dan suka duka yang dilalui sepanjangtahun 2009 seharusnya dijadikan pengajaran mematangkan diri bagi menghadapi persekitaranyang semakin mencabar serta merancang dan mengatur strategi yang lebih berkesan untukmenerokai dan menangani perkembangan industri dan pasaran perabot bagi tahun 2010.

Dalam konteks pengurusan dan agenda serta kesungguhan para vendor dan anggota SeksyenPembangunan Usahawan PUSAKA (SPU), kita sentiasa mendokong dan berganding bahudengan memperluaskan lagi pembekalan perabot kita dalam melebarkan sayap penguasaanindustri perabot dan seterusnya pasaran eksport.

Bagi program Pembangunan Vendor Perabot PUSAKA (PVPP) yang sudah menjangkau 14 tahunmembawa banyak perubahan dan peningkatan yang positif kepada pengusaha perabotbumiputra yang bernaung dibawah payung Program Vendor Perabot PUSAKA. Denganpencapaian yang cemerlang, PUSAKA telah berjaya menyusun dan melaksanakan pelbagaiprogram membina keupayaan vendor perabot PUSAKA seperti pelaksanaan program Produktivitidan Kualiti (P&Q) dengan kerjasama pihak MECD dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).Selain itu, program 5S dan P&Q juga mendedahkan para vendor mengalami perubahan yang menggalakkan dalam keupayaanpengeluaran serta kualiti produk yang membanggakan ramai dikalangan vendor.

Melalui konsep pakatan bijak atau sinergi, program atau aktiviti yang dilaksanakan secara bersepadu pastinya akan menghasilkanimpak berpanjangan untuk terus menjayakan program pembangunan vendor PUSAKA, maka saya sekali lagi ingin menyeru kepadasemua peserta program vendor ini untuk terus bekerjasama dengan PUSAKA bagi membolehkan kita bergerak maju seiringdengan pesaing-pesaing kita di pasaran terbuka.

Tahun 2009 telahpun berlalu dan segala perancangan dan strategi telah disusun rapi oleh para vendor dengan mengambil kirakeperluan global. Tahun 2010 adalah tempoh untuk melaksanakan apa yang dirancang menjadi kenyataan.Oleh itu, semangatbekerjasama antara vendor perlu diterus dan disemarakkan untuk menjadikan vendor sebagai satu matlamat agar menjadi lebihkukuh seperti pepatah melayu ‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih banyakkejayaan.

Selamat Maju Jaya….

- Tahun Baru, Aspirasi Baru -

Page 4: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

4 Buletin Usahawan

PUSAKA sebagai agensi yang menerajui danmelaksanakan Projek Pembangunan VendorPerabot PUSAKA telah sama terlibat dalammembekal dan memasang keperluan perabotuntuk Dewan Undangan Negeri yang baru.Untuk perlaksanaan projek baru-baru ini,PUSAKA telah diberi mandat untukmencadangkan keperluan perabot yangkhusus untuk kegunaan keseluruhan DewanUndangan Negeri yang baru.

Projek ini telah selesai sepenuhnya dibekal olehPUSAKA yang mana melibatkan bangunan 9tingkat dengan keseluruhan perabot yangberjumlah 16,000 unit.

PUSAKA sebagai peneraju projek mega DUN

Page 5: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 5Buletin Usahawan 5

SMIDEX Showcase 2009 telah diadakan pada 3-5 Jun 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertemakan 1 Sarawak, yang telahmenyaksikan penglibatan berbagai agensi kerajaan dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pameran ini telah dipengerusikanoleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) dan disertai oleh agensi-agensi kerajaan lain termasuk PUSAKA serta sepuluh(10) usahawan kecil dan sederhana yang turut serta dalam pameran pada tahun ini.

Objektif pameran ini pada asasnya memberi peluang kepada usahawan untuk mempamerkan barang-barang keluaran masing-masingdisamping membuka peluang pasaran peringkat nasional dan antarabangsa. Pameran ini juga dijadikan sebagai flatform untuk parapemamer bertukar-tukar pengelaman ke arah peningkatan kemahiran dalam perniagaan dan strategi-strategi yang dianggap baik untukperniagaan yang kian mencabar.

SMIDEX SHOWCASE 2009Di Kuala Lumpur Convention Centre Pada 3 Hingga 5 Jun 2009

Penglibatan Sarawak pada tahun ini adalah berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya, yang mana Sarawak telah mengambilinisiatif yang lebih berani dan yakin iaitu dengan membina Pavillionsendiri dengan konsep yang tersendiri. PUSAKA telah diberikepercayaan oleh Pengerusi untuk menyelaras pembinaan PavillionSarawak yang mana PUSAKA juga telah meletakan tanggungjawabtersebut kepada vendor perabot PUSAKA iaitu Kartika NusantaraSdn Bhd untuk mengusahakan dan membina Pavillion Sarawak.

Pavillion Sarawak telah dianugerahkan “SMIDEX Best Booth 2009”oleh pihak penganjur iaitu SMIDEX. Ini merupakan hasil usahasamaagensi kerajaan dan usahawan-usahawan yang terlibat dalampameran tersebut.

Page 6: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

6 Buletin Usahawan6 Buletin Usahawan

PAMERAN SME MERDEKA EXPO 2009

KUCHING : PUSAKA telah turut serta dalam pameran SME MERDEKA EXPO 2009 telah diadakan di Tebingan Sungai Kuchingpada 14 – 16 Ogos 2009 anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).

Pada 8 hingga 30 September 2009 Seksyen PembangunanUsahawan telah mengadakan Jualan Perabot Sempena denganHari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna, PUSAKA.

Majlis Perasmian Jualan Perabot Hari Raya Aidilfitri 2009 telahdirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar, PUSAKA pada 16September 2009.

Aktiviti ini juga telah memberi peluang kepada anggota PUSAKAdan kakitangan agensi-agensi kerajaan serta orang awam disekitar Petra Jaya untuk berkunjung ke Wisma Sumber Alam.

SUDUT PAMERAN DAN PROMOSI

JUALAN PERABOT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009

JUALAN HARI KRISMAS DAN HUJUNG TAHUN

Pada 13 November 2009 hingga 31 Disember 2009, jualan perabot sempena perayaan hari krismasdan hujung tahun telah diadakan di Galeri Perabot PUSAKA, Jalan Satok. Aktiviti jualan ini telahberjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh pihak PUSAKA dengan kerjasama paraVendor Perabot PUSAKA.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, para vendor dapat memperkenalkan produk jualan mereka padasetiap pengunjung yang datang ke galeri perabot PUSAKA. Selain itu, aktiviti jualan ini dapatmeningkatkan pendapatan para vendor perabot PUSAKA dan secara langsung memperkenalkanpara vendor perabot PUSAKA dengan orang ramai.

Page 7: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 7Buletin Usahawan 7

PAMERAN SME MERDEKA EXPO 2009

14 – 16 OGOS 2009

KUCHING : PUSAKA telah turut serta dalam pameran SME MERDEKA EXPO2009 telah diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada 14 – 16 Ogos 2009 anjuranDewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).

MAJLIS PELANCARAN DANSEMINAR GABEM SARAWAK

Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasamaGagasan Badan Ekonomi Masyarakat BumiputeraSarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakanMajlis Pelancaran GABEM Sarawak dan Seminarpada 9 Disember 2009 di Borneo Convention Centre,Kuching.

Majlis Pelancaran GABEM tersebut telah dirasmikanoleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Objektif utama Seminar GABEM adalah untukmemberi pendedahan kepada peserta seminartentang maklumat, hala tuju dan membincangkanisu-isu yang berkaitan dengan penglibatanmasyarakat bumiputera dalam bidang ekonomi diSarawak.

PUSAKA dan juga semua vendor Bahagian KotaSamarahan dan Kuching turut terlibat dalamPameran dan Seminar tersebut.

Page 8: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

8 Buletin Usahawan

Aktiviti utama yang telah dijalankan padatahun 2009 meliputi 3 majlis iaitu sambutanulangtahun ke-5 KIPPKS pada 21 April2009 serta ekspo dan jualan perabot, majlismakan malam dan penyampaian Sijil PelatihKursus Seni Ukir dan Pembuatan Perabot2009 pada 10 Disember 2009 dan jugamajlis Hari Keluarga BahagianPembangunan Projek PUSAKA yang telahdiadakan pada 16 Disember 2009.

Antara program pembangunan sumbermanusia, pihak PUSAKA telahmenganjurkan Ujian Peningkatan TahapKompetensi Bagi Pemeringkatan Kayupada minggu terakhir Oktober 2009 diKIPPKS. Ini disusuli oleh Program latihandalam kilang para pelatih kursus PembuatanPerabot dan seni Ukir Tanjung Manisbermula 8 November 2009 hingga11 Disember 2009.

Sepanjang tahun 2009, 150 orang direkodtelah membuat lawatan rasmi ke KIPPKS.Antara rombongan lawatan sepanjang Aprilhingga Mei 2009 terdiri daripada para

SEIMBAS LALU LAPORAN KEGIATAN ATAUAKTIVITI KOMPLEKS INDUSTRI PERABOT PUSAKAKOTA SAMARAHAN SEPANJANG TAHUN 2009

SUDUT KIPPKS

Lawatan Para Pegawai Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Melaka ke KIPPKS pada 10 Julai 2009. Lawatan Pegawai ICATS / PPKS ke KIPPKS pada05 Ogos 2009.

Lawatan Pelatih GEMS PUSAKA dan pelajar praktikal ke KIPPKS pada 21 Julai 2009. Kursus Ujian Pemeringkatan Tahap Kompetensi Bagipemeringkat kayu PUSAKA pada 27 & 28 Oktober2009.

anggota lantikan baru PUSAKA dan pelajarpraktikal, Lawatan Kerja Pegawai FRIMserta lawatan pelajar Unimas. Sementaraitu dari Julai 2009 hingga Oktober 2009,KIPPKS telah dikunjungi oleh rombongan

Pegawai Perindustrian PerdaganganPembangunan Usahawan dan KoperasiNegeri Melaka, Lawatan Pegawai ICATSdan juga Lawatan Para Pelajar dariUniversiti Malaysia Sabah.

Lawatan para Pelajar Tahun 3 Teknologi & Industri Serat Kayu UMS ke KIPPKS pada 30 September 2009.

Page 9: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 9Buletin Usahawan 9

MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMATLawatan Pengurus Besar PUSAKA,

DATU HAJI SARUDU BIN HAJI HOKLAIDi Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan

Tarikh : 8 Januari 2010 (Jumaat)

Page 10: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

10 Buletin Usahawan10 Buletin Usahawan

Program Peningkatan Produktiviti dan Kualiti (P&Q) untuk vendor perabot PUSAKA telah dilaksanakan sejak tahun 2003 lagi. Programini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut siri. Sehingga tahun 2009 PUSAKA telah menawarkan program terhadap 14buah syarikat vendor yang mana kesemua jumlah tersebut telah dipersijilkan mengikut siri, sebanyak 4 siri setakat ini.

Program P&Q ini dilaksanakan dengan usahasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)sebagai penyumbang dana, Malaysian Productivity Corporation (MPC) sebagai Perunding dan PUSAKA bertindak sebagai badan pelaksana.

Program Peningkatan Produktiviti dan Kualiti (P&Q)

Bil Nama Vendor Tarikh Pensijilan Bahagian

Program P&Q Siri Pertama1 Hizone Sdn. Bhd. 22/11/2004 Kuching2 Ikmas Jaya 22/11/2004 Kota Samarahan3 M&N Enterprise 22/11/2004 Kota Samarahan4 Archiwood Sdn. Bhd. 22/11/2004 Kuching

Program P&Q Siri KeduaHillog Sdn. Bhd. 17/3/2006 KuchingFurniture Sdn. Bhd. 16/3/2006 Tanjung Manis, MukahAKS Holding Sdn. Bhd. 15/3/2006 BintuluFBF Reka Sdn. Bhd. 17/3/2006 Kota Samarahan

Program P&Q Siri KetigaSaadiah Indah Sdn. Bhd. 16/3/2007 Kota SamarahanW.A. Wood Industries Sdn. Bhd. 16/3/2007 Kota SamarahanUtep Wood 2 8/2/2007 Kuala Baram, Miri

Program P&Q Siri KeempatKartika Nusantara Sdn. Bhd. 23/12/2008 Kota SamarahanSyarikat Puteri Bumi 20/12/2008 KapitRichard U & Co 28/2/2009 Sibu

SENARAI VENDOR PERABOT PUSAKA YANG TELAH MENYERTAI PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI& KUALITI (P&Q)

SUDUT P & Q

Page 11: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 11Buletin Usahawan 11

Vendor Kawasan / Bahagian

1. Ekapaksi Sdn. Bhd. Kuching

2. Haji Husaini & Sons Mukah

3 Mahsuri Muhibbah Sdn. Bhd. Kota Samarahan

SENARAI VENDOR PERABOT PUSAKA YANG AKAN MENYERTAI PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI

& KUALITI (P&Q) SIRI KE-5

Page 12: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

12 Buletin Usahawan

SUDUT R & D

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi membantu para vendor perabot PUSAKA antara salah satunya adalah program pembangunanproduk perabot PUSAKA. Melalui usaha ini kita mampu memperkenalkan produk buatan tempatan. Dan hasil dari program ini juga,kita dapat menilai tahap kebolehan para vendor perabot PUSAKA.

Program ini telah dilaksanakan dibawah program pembangunan vendor dan hasil kerjasama para vendor dan MECD. Hasil dari programini kita dapat membantu para vendor dari segi teknikal

PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK PERABOTPUSAKA MELALUI PROGRAM R&D

Page 13: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 13

Page 14: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

14 Buletin Usahawan

W.A. WOOD INDUS

14 Buletin Usahawan

VENDOR SANA-SINI

daripada orang perseorangan, tempahan melalui tawaran tenderdan kontrak daripada agensi-agensi Kerajaan dan sektor-sektorSwasta. Mereka juga mempromosikan produk melalui risalah,catalog & tidak ketinggalan mengikuti Ekspo yang dianjurkan olehpihak-pihak tertentu seperti STIDC dan sebagainya.

Antara perabot keluaran W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. yangmendapat sambutan adalah perabot-perabot dalam rumah seperti“kitchen cabinet, wordrobe, bet room set dan perabot sekolah”.

W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik penuhbumiputera yang mencebur diri di dalam industri pembuatanperabot sejak penubuhan Kompleks Industri Perabot PUSAKA KotaSamarahan pada tahun 2004. W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. mulamengorak langkah dengan berbekalkan modal sendiri denganpengalaman yang diperolehi semasa beliau bekerja di kilangperabot.

Pengasas UTAMA syarikat iaitu Encik Wan Amin Bin Wan Johanyang merupakan pemilik syarikat. Syarikat ini kini mempunyai duabuah kilang bertempat di Kompleks Industri Perabot PUSAKA KotaSamarahan.

Pada awal penubuhan syarikat, syarikat ini cuma mempunyaipekerja seramai 2 orang termasuk diri beliau sendiri dan dibantuoleh seorang pekerja mahir. Pada masa sekarang kilang W.A. WoodIndustries Sdn. Bhd. mempunyai pekerja terlatih danberpengalaman seramai 9 orang yang terdiri daripada 2 orangpekerja mengurus pentadbiran pejabat dan selebihnya 2 orangpekerja mahir, 2 orang pekerja separa mahir dan 3 orang pekerjaam bagi membantu syarikat membangun serta menjalankan operasipengeluaran syarikat.

Produk-produk keluaran syarikat W.A. Wood Industries Sdn. Bhd.adalah untuk pasaran setempat dan atas permintaan dan kontrak-kontrak terbuka. Pelanggan-pelanggan kami kebanyakannya terdiri

W.A. WOOD INDUS

Page 15: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 15

TRIES SDN. BHD.

Buletin Usahawan 15

Di bawah Program Pembangunan Vendor operasi syarikat W.A.Wood Industries Sdn. Bhd. semakin berkembang dan aktif denganmendapat pelbagai bentuk bantuan dari PUSAKA baik dari segiaspek khidmat nasihat teknikal, pasaran dan promosi, agihankontrak dan latihan.

Visi dan matlamat syarikat W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. kiniadalah untuk membesarkan lagi kilang serta kelengkapan kilangdengan mesin-mesin yang dapat membantu mengeluarkan produkyang lebih bermutu dalam tempoh masa yang singkat dalammemenuhi kehendak pelanggan. Perancangan W.A. WoodIndustries Sdn. Bhd. adalah untuk menembusi pasaranantarabangsa dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti agardapat berdaya saing di pasaran terbuka.

STRIES SDN. BHD.

Page 16: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

16 Buletin Usahawan

SUDUT INFO

Program Sokongan Bahan MentahProgram Sokongan Bahan MentahProgram Sokongan Bahan MentahProgram Sokongan Bahan MentahProgram Sokongan Bahan MentahUsahawan Kayu BumiputeraUsahawan Kayu BumiputeraUsahawan Kayu BumiputeraUsahawan Kayu BumiputeraUsahawan Kayu Bumiputera

Pihak MTIB telah memohon kerjasama PUSAKA untukmembantu dalam Program Sokongan Bahan Mentah bagiusahawan kayu Bumiputera. Pada 13 hingga 14 Ogos2009, Puan Zaibi Yakin, Timbalan Pengarah MTIB telahmemberi taklimat/penerangan berkenaan programsokongan bahan mentah untuk usahawan kayu Bumiputeradi PUSAKA Kuching dan juga di Miri.

Daripada taklimat tersebut, dana RM10 juta bagi tempohApril 2009 – Disember 2010 (atau dan habis, yang manaberlaku dahulu) telah diperuntukan dalam ProgramSokongan Bahan Mentah untuk usahawan kayuBumiputera. Program ini juga membantu usahawanBumiputera memperolehi bahan mentah kayu untukmerealisasikan kontrak-kontrak jualan/kerja/bekalan yangtelah diperolehi.

Skop projek ini merangkumi bantuan kepada pengusaha-pengusaha kayu Bumiputera dalam bentuk ‘matchinggrant’ 1 : 1 bagi memperoleh bahan mentah kayu (kayugergaji dan kayu panel) untuk pemprosesan produk siapbagi memenuhi kontrak-kontrak yang telahdimuktamadkan. Secara langsung membantu pengusaha-pengusaha kayu Bumiputera memperoleh bekalan bahanmentah kayu.

Dengan adanya program ini, ia dapat membantupengusaha-pengusaha mematuhi syarat-syarat kontrakjualan (seperti menepati tempoh penghantaran, produkberkualiti dan mengikut spesifikasi kontrak dan lain-lain.)Ia dapat membantu mengelakkan pengusaha ‘menjual’kontrak yang telah mereka perolehi kepada pihak ketiga.

Bantuan perolehan bahan mentah adalah sepertikomponen kayu (dan panel berasaskan kayu sepertiplywood, MDF, Chipboard dan lain-lain).

Nilai dan kuantiti bahan mentah hendaklah merujuk kepadakeperluan memproses kontrak yang diperolehi (confirmedcontract) bagi bantuan yang dipohon.

Impak yang dijangkakan program ini dijangka dapatmembantu sekurang-kurangnya 150 IKS Bumiputera dalamindustri kayu supaya mampu menjalankan operasi

pengeluaran secara berterusan terutama dalam suasanasuram ekonomi semasa.

Program ini juga akan memberi kesan positif ke ataspermintaan kayu dalam negeri kepada pengilang /pembekal kayu gergaji, papan lapis dan MDF (khususnyayang juga bersaiz IKS).

Jenis bantuan dalam bentuk “matching” grant pada ratio1:1 (MTIB : Pengusaha) untuk pembelian bahan mentahkayu (kayu, chipboard, plywood, particleboard, MDF danlain-lain bahan berasaskan kayu). Nilai maksima bantuanbagi setiap pengusaha ialah RM 50,000.00 dan nilai minimabagi setiap bantuan dan kelulusan ialah RM1,000.00.

Cara permohonan hendaklah dibuat melalui borangRE 2 / 2009 yang boleh dimuat turun dari laman web MTIBwww.mtib.gov.my atau memohon borang dari Ibu pejabatMTIB atau pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri.

Borang yang lengkap diisi dan dokumen-dokumenpermohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepadaBahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera.

◆ LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU M’SIATingkat 13 – 17, Menara PGRMNo. 8, Jalan Pudu Ulu, P. O. Box 10887,50728 Kuala Lumpur

Fax : 03-92009872E-mail : [email protected]

[email protected]

Kelayakan pemohon

� Perusahaan milik penuh Bumiputera

� menjalankan aktiviti pengilangan / pemprosesan /pembuatan barangan berasaskan kayu

� Memperoleh kontrak kerja / bekalan yang telahdimuktamadkan

� Keutamaan kepada pemohon yang tidak mempunyaiapa-apa bayaran tertangguh dengan MTIB

Page 17: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 17

Rumusan Laporan Kesan Kegawatan EkonomiKe Atas Industri Hiliran Perkayuan Di SarawakDan Langkah-langkah Yang Diambil BagiMenanganinyaKegawatan ekonomi global yang dialami semenjak tahun2008 telah melembapkan pertumbuhan ekonomi dunia.Malaysia turut merasai impaknya dan Bank Negarameramalkan bahawa ekonomi negara dijangka mengecutsehingga 4-5% pada tahun ini. Kegawatan ekonomimenjadi lebih serius kerana ianya digandakan oleh faktor-faktor lain seperti wabak influnza A H1N1, kenaikan hargaminyak, masalah dalam institutsi kewangan dan insuransserta penurunan permintaan dalam sektor perumahan.

Kegawatan ekonomi ini turut memberi kesan ke atasindustri perkayuan di Sarawak. Kesan ini adalah begituketara ke atas bahan mentah dan penggunaan domestikbalak, pengeluaran produk perkayuan, eksport, tenagakerja dan pelaburan baru dalam industri perkayuan.

Permintaan balak yang lembap daripada industri hilirantempatan dan juga pasaran eksport telah secara langsungmemberi kesan kepada industri pembalakan. Isipadupengeluaran balak bagi Sarawak dalam separuh tahunpertama 2009 telah menyusut sebanyak 22.5% atau 1.3juta meter padu kepada 4.46 juta meter padu berbandingdengan 5.76 juta meter padu pada separuh tahun pertama2008. Isipadu balak yang dibekalkan ke kilang berdasarkankepada laporan pemantauan Harwood Timber Sdn Bhdbagi separuh tahun pertama telah berkurangan sebanyak1,401,925 m3 atau 31.4% daripada 4,469,322 m3 dalamtahun 2008 kepada 3,067,397 m3 dalam tahun 2009.Isipadu balak yang diproses dalam kilang tempatanberdasarkan kepada pulangan bulanan industri turutmenunjukkan trend penyusutan sebanyak 13.4% atau523,024 m3. Balak yang diproses oleh industri tempatandalam separuh tahun pertama 2009 ialah 3,394,020 m3

berbanding dengan 3,917,044 m3 dalam tempoh yangsama 2008.

Isipadu pengeluaran produk-produk perkayuan utamaseperti papan lapis, venir dan kayu gergaji telah merosotsebanyak 30% atau 818,001 m3 kepada 1,889,349 m3 bagiseparuh tahun pertama 2009 berbanding dengan2,707,350 m3 untuk tempoh yang sama 2008. Isipadupengeluaran produk perkayuan separuh tahun pertama2009 secara keseluruhannya telah menurun sebanyak 29%atau 1,867,585 m3 kepada 2,171,121 m3 berbandingdengan 303,536 m3 bagi tempoh yang sama tahunsebelumnya.

Isipadu balak dan produk perkayuan yang di eskport olehSarawak telah berkurangan sebanyak 23% atau 1.1 jutameter padu daripada 3.6 juta meter padu dalam separuh

tahun pertama 2009 berbanding dengan 4.7 juta meterpadu bagi tempoh yang sama tahun 2008. Nilai eksportbalak dan produk kayu dalam separuh tahun pertama telahmerosot sebanyak 26% atau RM1.1 billion daripada RM4.0billion bagi 2008 kepada RM2.9 billion bagi tahun 2009.

Bilangan pekerja dalam industri perkayuan turutberkurangan sebanyak 8,505 orang atau 15.9% daripada53,630 orang dalam tahun 2008 kepada 45,125 orangdalam tahun 2009 dengan hampir 94.5% pengurangantersebut adalah dalam industri hiliran utama.

Kegawatan ekonomi global turut memberi kesan negatifkepada pelaburan baru dalam industri hiliran perkayuandi Sarawak. Sehingga Jun 2009, 14 buah projek telahdiluluskan untuk industri berasaskan kayu berbandingdengan 23 projek dalam tempoh yang sama tahun 2008.Pelaburan ini melibatkan modal berbayar sebanyakRM13.45 juta dengan nilai projek berjumlah RM76.38 jutaberbanding dengan RM63.59 juta dan RM53.20 juta bagitempoh yang sama tahun lepas. Nilai ini melibatkanpenurunan pelaburan modal berbayar sebanyak 79%.Walau bagaimanapun, nilai projek telah mengalamipeningkatan sebanyak 44% berbanding dengan tahunsebelumnya.

Dalam menangani masalah kegawatan ekonomi ini, pihakkerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dalammembantu pihak industri. Antara langkah-langkah yangdiambil adalah memperkenalkan pakej ransangan ekonomi,mengurangkan kadar royalti, mengadakan misi jualan kayudalam membantu industri mengekal dan mengembangpasaran ke Timur Tengah, memaklumkan industri mengenaiperkembangan pasaran seperti Lacey Act dan rundinganFLEGT(Forest Law Enforcement, Governance and Trade)dalam membantu pihak industri perkayuan menembusipasaran eksport negara Eropah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kegawatan ekonomiyang dialami dunia sekarang telah turut menjejaskanperkembangan industri perkayuan di Sarawak dari segioperasi, pengeluaran, pasaran, persaingan danpendapatan eksport. Menyedari hakikat ini, beberapainisiatif telah diambil bagi mambantu industri mengharungicabaran ini. Adalah diharapkan langkah yang diambil akandapat membantu industri mengekalkan operasi dan dayasaing sehingga keadaan ekonomi menjadi lebih baik.

Sumber : Bahagian Perancangan Industri

Page 18: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

18 Buletin Usahawan

Setiap sesuatu organisasi termasuk sebuah perniagaan yangkecil sekalipun mesti ada Misi, Arah tuju (a purpose) dan TujuanPenubuhan (a reason for being). Persoalan pokok “Apakahperniagaan kita” sinonim dengan soalan “Apakah Misi kita”.Persoalan ini telah kita bincang pada keluaran yang lalu. Kaliini kita akan cuba mengenalpasti strategi persaingan (atauCompetitive Strategy). Perkara ini merupakan elemen yangsangat penting untuk menentu arah tuju perusahaan masing-masing. Lihat sekeliling anda, fikir seketika dan bayangkandiri kita juga merupakan pengguna. Apakah yang kita mahudari sesuatu produk itu. Tanya diri kita soalan ini. Harga produkitu? Kualitinya? Atau perkhidmatan? Dan sebagainya.

Bagi produk-produk perabot pula, adakah pengguna akanbertanya soalan yang sama? Sebagai pengusaha perabot(Industri Kecil dan sederhana), anda menghadapi saingan yangsungguh hebat. Jadi bagaimanakah anda hendak “menang”dan menawan hati pelanggan? Ingat, pelanggan anda akanbertanya soalan-soalan yang sama. Jadi dimanakahkedudukan produk anda berbanding pesaing.

Keutamaan Persaingan (competitive priorities)Setelah mengetahui kedudukan anda, persoalannya sekarangapakah keutamaan persaingan yang anda akan buat? Berikutialah keutamaan dalam persaingan:

1. KualitiUntuk “menang” dalam pasaran kualiti produk, anda hendaklebih baik atau sama dengan pasaran. Pelanggan akanmembuat bandingan. Oleh yang demikian, perusahaan andaharus mempunyai polisi yang jelas dan tetap dalam perkaraini. Mengapa orang sanggup bebelanja untuk membeli keretamewah, dengan harga yang tinggi? Atau membeli produk-produk yang mahal? Ini adalah kerana kualiti produk tersebutmenepati persepsi mereka (disamping-samping faktor-faktoryang lain). Peribahasa ada menyebut: “Kalah membeli menangmemakai” Maksudnya, walaupun harga produk tersebut tinggi,tetapi berbaloi kerana kualiti yang tinggi serta puas memakai(mengguna).

2. HargaBagi bersaing dengan harga, produk keluaran syarikat andahendaklah setanding dengan pesaing. Bersaing dalam elemenini, kualiti produk anda hendaklah sama. Setelah itu, sekiranyaharga produk anda lebih rendah, sudah tentu akan menawanhati pelanggan. Disinilah anda perlu merangka satu strategipenetapan harga, iaitu sama ada mengikut harga pasaran,lebih tinggi atau rendah dan sebagainya. Namun penetapanharga juga amat penting.

SUDUT INFO

Strategi & Pencapaian(Strategy & Performance)

- siri ke-2 sambungan dari keluaran lepasSumbangan : Encik Awang Mentali Awang Mohamed Sulaiman

3. Perkhidmatan (Delivery)Anda tentu sudah mempunyai maklumat mengenai keupayaankilang masing-masing. Perkara ini penting supaya setiaptempahan akan siap dan dihantar tepat pada waktu yangdijanjikan. Anda perlu mengelak menerima tempahansekiranya anda tahu, tempahan tersebut sukar untuk disiapmengikut jadual. Perkara ini perlu untuk mendapat keyakinanpara pelanggan, dan memastikan pelanggan anda kembalilagi dimasa-masa akan datang.

4. KosElemen ini amat mustahak sekali kerana, kos akan menentukanelemen-elemen lain seperti harga. Anda perlu mempunyaimaklumat yang tepat mengenai kos-kos yang terlibat denganperusahaan anda, seperti kos-kos bahan mentah, gaji, sewadan sebagainya.

Sesebuah syarikat yang bijak dan berjaya mengawal kosdengan berkesan akan mempunyai kelebihan untuk bersaing.Sekiranya kos-kos operasi syarikat anda lebih rendahberbanding persaing anda, maka anda mempunyai kelebihanuntuk menetapkan harga dengan lebih baik. Oleh yangdemikian, anda perlu mempunyai satu kaedah yang sistematikuntuk mengurus kos-kos yang terlibat. Kebanyakan syarikatyang berjaya mempunyai sistem pengawalan kos yangsistematik dan berkesan.

5. FlexibilityTerdapat dua aspek penting dalam “Flexibility” iaitu “ProductFlexibility” dan “Volume Flexibility”. Kebanyakkan perusahaaanIKS mempunyai keupayaan dalam “Product Flexibility” iaitukeupayaan mengeluar pelbagai jenis produk berdasarkanpesanan. Namun anda mungkin sukar bersaing dalam“volume” kerana keupayaan kilang masing-masing.

KesimpulanUntuk menjamin perniagaan anda akan terus berkembang,anda perlu peka dengan keadaan pasaran semasa terutamapesaing-pesaing. Namun perusahaan anda juga mempunyaikelebihan yang tersendiri yang pesaing anda tidak ada. Kenalpasti kelebihan tersebut (samada kualiti, harga dansebagainya) dan gunakan secara strategik untuk menghadapisaingan.

“Selamat Maju Jaya”“Selamat Maju Jaya”“Selamat Maju Jaya”“Selamat Maju Jaya”“Selamat Maju Jaya”

Page 19: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

Buletin Usahawan 19

SUDUT TIP

Perabot UntukPerabot UntukPerabot UntukPerabot UntukPerabot UntukRuang SudutRuang SudutRuang SudutRuang SudutRuang Sudut

sekadar menghias ruang sudut tetapi bertindak sebagai tempatmenyimpan barang. Saiz sesuatu kabinet hendaklah disesuaikandengan kedudukan ruang. Jangan gunakan kabinet yang memakanruang besar sehingga menidakkan kewujudan perabot lain yangdijadikan fokal dan kegunaan utama seperti kerusi sofa tetamu.

Kebanyakan kabinet yang digunakan pada ketika ini dibeli di pusatjualan perabot. Jadi kegunaannya mudah alih untuk sebarangpenyusunan semula di ruang tertentu. Kelebihan ini bukan itu sajatetapi kabinet boleh dibawa bersama jika berpindah rumah. Hiasanpada sudut ruang agak terhad tetapi jika bijak mengatur ruangkabinet berkonsep modular boleh digunakan. Kabinet berkonsepmodular ini boleh dibeli secara berperingkat, bermula dengan unitasas dan kemudian menambahkannya apabila ada keperluan danperuntukan.

Kabinet sudut berkacaSelain daripada kabinet rendah, ada kabinet sudut berkaca yangsesuai digunakan. Kabinet berkaca bertujuan untuk mempamerkanbarangan hiasan. Amat sesuai jika menggunakan kabinet berkacatinggi berbanding rendah kerana kabinet tinggi boleh menyimpanbanyak barangan hiasan berbanding yang rendah. Selain daripadaitu kedudukannya pada ketinggian aras mata memandangmenyebabkan orang mudah melihatnya berbanding yang rendah.

Keistimewaan kabinet berkaca dapat menyimpan dan melindungibarangan hiasan daripada kekotoran seperti habuk selain menjagabarangan hiasan dari disentuh selalu. Ada setengah kabinetberkaca dilengkapi lampu dan dilengkapi cermin di permukaanbelakang. Kesan penggunaan ini akan menjadikan kabinet ini lebihterserlah apabila lampu dihidupkan pada waktu malam.

Perabot tambahan dilihat amat diperlukan kerana dapatmelengkapkan seri ruang. Dengan ada perabot tambahan dapatmenutup beberapa ruang kosong pada sesuatu sudut selaindigunakan untuk meletakkan hiasan dan ruang penyimpanan.

Sumber : Internet

Dalam ruang kediaman atau pejabat, ada satu sudut yangdigunakan untuk mencantikkan ruang. Sesetengah penghuni akanmembiarkannya lapang dengan hanya meletakkan kelengkapanasas saja.

Sudut dalam ruang dikenal pasti sebagai pertemuan antara duadinding. Sudut ini kadang-kadang tidak berfungsi dengan baikkerana kedudukannya yang dipanggil sebagai ruang mati. Sudutruang ini boleh dihias secantik ruang lain di dalam rumah. Caraterbaik adalah dengan mengisi dengan perabot tambahan.

Jenis perabot tambahanPetua menjadikan ruang sudut berfungsi adalah meletakkanperabot yang difikirkan sesuai dan diserikan dengan perhiasanpilihan. Ini bukan saja menghidupkan sudut ruang, tetapi jugamembangkitkan seri keseluruhan dalaman rumah. Jika bijakmengadun hiasan, sudut ruang mungkin menjadi perhatian tetamu.

Meja dan cabinetPelbagai bentuk dan ukuran meja dan kabinet hiasan boleh didapatisama ada segi tiga, bulat, bujur, panjang, tinggi dan rendah diciptakhusus untuk sudut ruang berada di pasaran. Biar apa pun rupabentuk fungsinya tetap sama iaitu mengisi kekosongan ruangsambil membangkitkan seri.

Rekaan meja sudut ini dapat diasingkan kepada gaya moden danantik. Ada yang diperbuat daripada kayu, rotan dan sebagainya.Ukuran dan bentuknya berbeza mengikut keperluan pengguna.

Bagi mereka yang mahu menjadikan sudut ruang sebagai tempatberistirahat, hanya perlu menyediakan meja kecil dan dua bangkuatau mereka yang mempunyai rumah kecil, sudut ruang adalahtempat paling sesuai diletakkan barangan hiasan seperti koleksitembikar dan gubahan bunga kering.

Bagi yang mempunyai barangan dan dokumen seperti buku,majalah, dan barangan lain yang dirasakan sayang untuk di buang,kewujudan kabinet sangat diperlukan. Kabinet ini bukan saja

Page 20: Buletin Usahawan 1 - sarawaktimber.org.my Jilid 9 Bil 1... · Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan ... Perabot dan seni Ukir Tanjung

20 Buletin Usahawan