buletin projek mrt pp 178111/06/2013 ... · tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam pakej kerja ......

8
www.mymrt.com.my TREN mendefinisikan identiti sesebuah perkhidmatan rel dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd memberi banyak tumpuan kepada reka bentuk tren yang akan digunakan bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. (laporan di muka surat 2) JULAI 2013 JILID 2 EDISI 3 PP 178111/06/2013 (032659) dalam edisi ini > 2 “guiding light” mrt 3 pembinaan jejambat bermula 4 kemajuan projek 6 atase buruh lawat kuarters pekerja kompleks cheras 8 mesin pengorek terowong dilancarkan Reka bentuk untuk masa hadapan MODEN • Tren MRT yang berdasarkan tema “Guiding Light” . (Gambaran pelukis) buletin projek MRT

Upload: vuongkhanh

Post on 06-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

www.mymrt.com.my

TREN mendefinisikan identiti sesebuah perkhidmatan rel dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd memberi banyak tumpuan kepada reka bentuk tren yang akan digunakan bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. (laporan di muka surat 2)

JULAI 2013

JILID 2

EDISI 3

PP 178111/06/2013 (032659)

dalamedisi ini

>

2“guiding light” mrt

3pembinaanjejambat bermula

4kemajuan projek

6atase buruh lawat kuarterspekerja komplekscheras

8mesin pengorekterowongdilancarkan

Reka bentuk untuk masa hadapan

MODEN • Tren MRT yang berdasarkan tema “Guiding Light”. (Gambaran pelukis)

buletin projek MRT

Page 2: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3 muka surat 2

KILANG PEMASANGAN TREN PERTAMA DI MALAYSIAoleh Nik Haizan Nik Zambri

“GUIDING LIGHT” MRToleh Nik Haizan Nik Zambri

TREN sentiasa mendefinisikan identiti satuperkhidmatan rel. Ia adalah titik utama di dalamperhubungan antara sebuah pengendali rel danpelanggannya.

Oleh yang demikian, Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd (MRT Corp) menumpukan banyak usahakepada aspek reka bentuk – luaran dan jugadalaman tren yang akan beroperasi di sepanjang51km Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Tren-tren ini direka bentuk oleh BMW GroupDesignworksUSA dan dibina oleh pengeluar keretaapi terkenal Siemens AG.

Lima puluh lapan buah tren yang mengandungiempat gerabak akan dibeli, dengan setiap gerabakberkapasiti 300 orang penumpang. Tren akanbergerak dalam dua lingkaran, dengan frekuensi di kawasan luar selama 5 minit dan pusat bandar 3.5 minit. Ini membolehkan seramai 25,000 orangpenumpang dibawa dalam setiap jam dalam satuarah.

Tema “Guiding Light” telah dipilih bagi reka bentukluar tren. Tema ini melambangkan perwatakan yangkukuh dan kuat serta kemodenan dan pelbagai.Reka bentuk ini diinspirasikan daripada ciri-ciri senibina Kuala Lumpur yang cantik.

Reka bentuk ini ditakrifkan oleh bentuk unik trenyang melambangkan teknologi moden. Ia jugamenggambarkan identiti yang kuat selainkeselamatan penumpangnya. Jalur di bahagian tepitren adalah tradisional tetapi boleh digunakanuntuk gaya hidup moden hari ini, yang diharap akanmenjadikan reka bentuk tren ini kekal segar untukgenerasi akan datang.

Perhatian tinggi juga telah diberikan kepada rekabentuk dalaman tren kerana selain mengambil kiraciri-ciri estetik, perkara asas seperti keselesaan,praktikaliti dan kemesraan pengguna adalah faktor-faktor utama yang perlu dilihat dengan teliti.Reka bentuk dalaman digambarkan sebagai satupersekitaran terbuka yang menarik, tenang dansegar, menggabungkan warna yang tahan lama dan mudah dikekalkan dengan tempat duduk yangberwarna biru dingin dengan jalinan tiga tonawarna yang diselang selikan.

Bagi membantu MRT Corp memastikan keselesaanyang berkualiti tinggi untuk penumpang, Siemensmembina sebuah model tren bagi membolehkanMRT Corp menilai dan menjalankan kajian-kajianergonomi setiap aspek reka bentuk.

Selain daripada ergonomi, MRT Corp juga akanmenentukan lokasi susur tangan, kelengkapan danbahan yang digunakan, kerana ia perlu tahan lamadan teguh untuk penggunaan lasak dan mudahdiselenggarakan. Satu aplikasi realiti maya telahdipasang di Ibu Pejabat MRT Corp yang memberikansimulasi keadaan fizikal seorang “penumpang” di dalam tren.

Aplikasi ini membenarkan “penumpang”, yangmemakai gogal berteknologi tinggi, berjalan danmelihat setiap perincian bahagian dalaman danluaran tren. Apa yang penumpang lihat, begitu jugagambarannya sebagai satu avatar di dalam atau di luar tren, boleh ditayangkan di atas sebuah skrin.Pemasangan akhir tren MRT akan dijalankan disebuah kilang pemasangan tren baharu di Rasa,Hulu Selangor apabila rangka dan semuakomponen berbeza yang membentuk tren yanglengkap dihantar ke Malaysia.

KILANG MESRA ALAM • Gambaran pelukis untuk kilang pemasangan tren yang akan dibina oleh SMH Rail. Bangunan di hadapan ialahbangunan pentadbiran manakala di belakang ialah bengkel pemasangan.

ANTARA sorotan penting Projek MRT Lembah Klangialah projek ini akan menyaksikan kilangpemasangan tren pertama dibina di Malaysia. Kilangyang sedang dibina oleh SMH Rail Sdn Bhd, terletakdi Rasa, Hulu Selangor.

SMH Rail, rakan kongsi konsortium pembuat keretaapi Siemens AG, adalah pembida yang berjayamendapatkan kontrak tren bagi laluan MRT SungaiBuloh-Kajang dan akan menguruskan pemasangantren.

Kilang ini akan terdiri daripada dua buah bangunan– bangunan pentadbiran dan bengkel pemasangankeretapi – dan akan dibina di atas tapak seluasempat hektar. Kilang ini dijangka siap pada bulanDisember 2013.

Sebaik sahaja pembinaan siap, kilang ini akanmelalui ujian-ujian teknikal selama tiga bulan.

“Ujian-ujian ini sama seperti ujian yang dilakukan dikilang Siemens di Vienna. Menjelang bulan Mei 2014kilang ini akan sedia untuk beroperasi dan lebih 160orang kakitangan akan bekerja di kilang ini,” kataPengarah Projek SMH Rail Encik Neville Krogh.

Kilang ini akan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hariseminggu.

Bahagian badan utama tren MRT akan dibuat olehCSR Nanjing Puzhen Rolling Stock Co. Ltd. di China.Gerabak pertama bagi tren pertama yang akandipasang di Rasa dijangka tiba pada bulan Jun 2014.“Ia akan mengambil masa kira-kira tiga bulan untukmemasang empat buah gerabak menjadi satu settren yang lengkap,” kata Encik Krogh.

Pada satu-satu masa, enam set tren akan melaluipelbagai peringkat pemasangan dan proses ujian.Gudang seluas 334 meter persegi bolehmenyimpan sebanyak 14 set tren. Kilang ini jugaakan dilengkapi dengan trek sepanjang 150 meteruntuk ujian.

Selain daripada memasang tren, SMH Rail juga akanmembekalkan semua kabel yang akan digunakan di dalam tren. Kira-kira 2.5km kabel diperlukanuntuk membina satu gerabak.

“Bagi 58 buah tren, kita akan memerlukan lebihkurang 580km kabel iaitu lebih kurang jarak pergidan balik antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!”kata Encik Krogh. Sebuah rangka gerabak tren yang kosong beratnya kira-kira 10 tan tetapi akan berganda menjadi 20 tan selepas ia dipasangsepenuhnya.

Kakitangan dari Siemens akan ditugaskan di kilangini bagi memastikan kualiti tren yang dipasangmengikut piawaian Siemens.

Kilang pemasangan serba moden ini juga adalahsebuah bangunan mesra alam yang menggunakanpencahayaan semula jadi dan pengudaraan terbukabagi menjimatkan penggunaan elektrik. Kawasansekitarnya akan dihias dengan lanskap yang akanmeningkatkan ciri estetiknya.

SMH Rail ditubuhkan pada tahun 2000. Syarikat ini mempunyai pengkhususan dalam kejuruteraankereta api dan perkhidmatannya termasukpenyenggaraan lokomotif dan landasan kereta api.

TAPAK UJIAN • Kakitangan bahagian tren elektrik MRT Corp menguji ergonomi tren dengan model ini.

KEMAS • Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar Abdul Hamid melihat pengolokan konsol pemandu tren. Tren MRT tiadapemandu dan konsol ini hanya akan digunakan apabila tren ini perlu dipandu secara manual didalam keadaan yang tertentu.

PENUMPANG MAYA • Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp, Encik Hairul Abd Hamid mengenakan gogal yang membenarkannyamerasakan pengalaman berada di dalam tren. Avatar dalam visual di belakang adalah refleksi beliau.

SELESA • Gambaran pelukis untuk bahagian dalam tren.ANGGUN • Gambaran pelukis untuk Tren MRT.

Page 3: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

JEJAMBAT pertama bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang MRT Lembah Klang telah berjaya didirikanberdekatan Bandar Tun Hussein Onn.

Bidang jejambat yang telah siap adalah di antaraTiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej KerjaV6 projek tersebut ke bahagian utara Stesen BandarTun Hussein Onn di sepanjang Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga). Jejambat yang telah siapmempunyai bidang berukuran 39.8m, dengankelebaran 9.8 meter bagi memenuhi trek berkembarMRT.

Pembinaan bidang pertama ini bermula pada awalbulan Jun dan siap dalam masa dua minggu.

Bidang-bidang yang berikutnya akan mengambilmasa lima hingga tujuh hari untuk disiapkan.

Jejambat bertingkat, yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, dibina menggunakan gantripelancaran atau “launching gantry”. Gantri ini adalahstruktur kekuda besi yang dipasang di atas duatiang bersebelahan. Ia akan bergerak dari tiang ke tiang untuk membina jejambat.

Untuk membina satu bidang, gantri ini akanmengangkat kesemua 14 galang kekotakbersegmen (SBG) yang diperlukan untuk satubidang. SBG kemudiannya diletakkan bersebelahandan diselarikan. Kabel kemudiannya dimasukkan

melalui semua SBG dan ditegangkan, bagimembentuk satu bahagian jejambat.

SBG adalah kekotak konkrit yang terbuka di kedua-dua hujung. Setiap segmen dibuat sepadan supayaia boleh muat tepat dengan satu sama lain danapabila ditegangkan menghasilkan satu strukturbersambung laras. Berat purata setiap SBG adalah 30 tan.

Setelah siapnya 14 unit SBG ini dicantumkan, iakemudiannya akan diturunkan ke atas tiang.

Dengan siapnya bidang pertama projek ini, gantripelancaran akan bergerak ke arah selatan bagi

membina bidang yang seterusnya di antara Tiang133 dan 134.

Sementara itu sebuah gantri pelancaran kedua,berdekatan Flat Sri Sabah di Cheras di bawah PakejKerja V5 projek juga telah menjalankan ujianmuatan dan telah memulakan pembinaan jejambat.

Lebih 17 buah gantri pelancaran akan digunakanuntuk membina keseluruhan 41.5km bahagianbertingkat Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Gantri-gantri ini akan berada di pelbagai lokasi.Keseluruhan jajaran bertingkat ini akan memerlukanlebih 17,000 unit SBG pelbagai saiz dan akandiletakkan di atas lebih 1,000 batang tiang.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3 muka surat 3

PEMBINAAN MRT TERUS MAJU

dari meja Ketua Pegawai Eksekutif

DATO’ AZHAR ABDUL HAMID

SUKU kedua tahun 2013 telah menjadi satu tempohpenting untuk Projek MRT Lembah Klang. Dalamjangka masa tiga bulan yang sibuk, projek ini telahmencatatkan beberapa pencapaian penting.

Pertama, saya amat gembira kerana kerja-kerjapenggalian terowong telah pun bermula. Dua buahmesin pengorek terowong (TBM) - satunya adalahmesin pengorek terowong Variable Density yangpertama di dunia – kini mengorek di bawah kotaKuala Lumpur, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,365 hari setahun.

TBM Variable Density kami, mesin pertama daripadaenam TBM jenis ini yang akan digunakan, telahdirasmikan pada 30 Mei 2013 oleh Perdana MenteriDato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di SyafPelancaran Cochrane. Mesin itu kini mengoreksejauh kira-kira 10 meter sehari menghala ke lokasiStesen Pasar Rakyat di tengah-tengahpembangunan Tun Razak Exchange.

TBM yang kedua, sebuah mesin Earth PressureBalance, memulakan kerja-kerja penggalianterowong di Portal Semantan pada 17 Jun 2013.Mesin ini akan mengorek ke arah KL Sentral dankemudian menuju ke Pasar Seni. Tidak lama selepastarikh-tarikh tersebut, TBM ketiga dan keempat jugatelah dilancarkan.

Seperti yang saya sebut di ruangan saya dalamedisi-edisi Berita MRT terdahulu, permulaan kerja-kerja penggalian terowong adalah sangatsignifikan. Kami di MRT Corp amat bangga dengankemajuan ini kerana kerja penggalian terowongbagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sangatmencabar. Namun kami menggunakan teknologiyang terbaik di dunia dan kakitangan yang amatberpengalaman telah diambil kerja untuk menerajuiperingkat pembinaan ini.

Seperti yang selalu dikatakan oleh pekerja kami,“Sebaik sahaja kita mula mengorek terowong, kitatidak akan berhenti.” Walaupun ungkapan ini tidakbegitu tepat, saya masih suka pengertiannya.Sememangnya, kerja-kerja Laluan MRT SungaiBuloh-Kajang kini giat berlangsung dan tidak akan berhenti sekarang sehinggalah tahun 2017.

Bagi bahagian jajaran bertingkat, kami telahmenyempurnakan pembinaan bidang pertamajejambat kami. Ini adalah 39.8m pertama daripadajumlah 41.5km jejambat bertingkat untuk laluankami.

Pembinaan jejambat ini tidak kurang mencabarnyadari segi teknikal kerana beribu-ribu galang kekotakbersegmen (SBG), setiap satu dengan berat purata

30 tan, perlu dinaikkan dan ditarik rapat bagimembentuk satu struktur tunggal sebelumdiletakkan di atas tiang.

Beberapa bahagian laluan jajaran bertingkat iniperlu disiapkan di lokasi pembinaan. Susulanbeberapa tragedi kemalangan di tapak pembinaandi sekitar negara baru-baru ini, MRT Corp perlumenggandakan usaha bagi memastikankeselamatan orang awam dan juga pekerjanya tidak dikompromi.

Selain kerja pembinaan, momentum kerja-kerjasistem juga semakin meningkat.

Dengan kerja-kerja reka bentuk luar tren kini selesai,tumpuan kini beralih kepada bahagian dalamantren. Kami ingin memastikan bahawa reka bentuk di dalam tren adalah selesa, mesra pengguna danpraktikal, dan masih kelihatan moden dan menarik.Laporan utama edisi Berita MRT ini akan memberigambaran mengenai usaha pasukan kami ke arahini. Saya juga amat gembira projek ini akanmenghasilkan penubuhan kilang pemasangan trenpertama di Malaysia. Kilang yang terletak di Rasa,Hulu Selangor, pastinya akan memulakan satu erabaharu untuk industri kereta api negara ini.

Dengan bangganya juga, saya melaporkan bahawapasukan MRT Corp, serta Rakan Pelaksana Projek,kontraktor dan semua yang terlibat dalam projekini, benar-benar komited untuk melihat projek inidisempurnakan tepat pada waktunya dan mengikutkos yang ditetapkan.

Kami semua tidak sabar untuk melihat tren pertamaberoperasi pada tahun 2016, dan saya pasti orangawam juga menanti-nantikan detik apabila merekaboleh menaiki tren di Laluan MRT yang pertama di Malaysia.

Terima kasih.

Azhar

PEMBINAAN JEJAMBAT BERMULAoleh Nik Haizan Nik Zambri

SIAP • Setelah bidang jejambat pertama antara Tiang 132 dan 133 siap, gantri pelancaran akan bergerak ke hadapan bagi membina bidangjejambat yang seterusnya antara Tiang 133 dan 134.

KERJA BERAT • Gantri pelancaran mengangkat SBG ke posisi yang sesuai.

TEKNOLOGI TINGGI • Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberi taklimat cara Mesin Pengorek Terowong Variable Densitypertama di dunia beroperasi oleh jurutera MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Mazuki Saleh (kanan). Bersama mereka ialah (dari kiri) KetuaPegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa. Kisahnya di halaman belakang.

Page 4: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3

GIAT DIJALANKANKerja-kerja pembinaan di sepanjang Jalan Cheras berhadapan dengan Cheras Leisure Mall.

18

kemajuanprojek

RANCAKPembinaan jajaran MRT dan Stesen Dataran Sunway di hadapan kedai di kawasan perdagangan Sunway Damansara.

5

PENGGALIAN DALAMKerja-kerja penggalian di petak Stesen Pasar Rakyat.

13

KAWASAN BERSEJARAHPandangan Stesen Merdeka dari udara, berdekatan Stadium Merdeka,menunjukkan tupang (struts) peringkat pertama yang telah dipasang.

11

JENTERA BESAR Sebuah jentera “clamshell grab” digunakan untuk menggali parit bagipembinaan dinding diafragma di Stesen MRT Bukit Bintang.

12

HAMPIR SIAPPandangan Kuarters Pekerja Sungai Buloh dari udara tempat tinggal pekerja binaan MRT sepanjang tempoh pembinaan.

1LUASPandangan pembinaan bengkel di tapak pembinaan Depoh Sungai Buloh dari udara.

2

SIAPTiang-tiang bagi jejambat MRT di bawah Pakej Kerja V2 semakin jelas di dalam kawasan Institut Penyelidikan Getah.

4SEMAKIN JELASTiang-tiang bagi Pakej Kerja V1 semakin jelas di sepanjang Jalan Sungai Buloh-Subang berdekatan Kota Damansara.

3

RUANG KERJA SEMPITAktiviti pembinaan di antara Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismaildan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

6

SIAPJejambat pertama siap dipasang di Bandar Tun Hussein Onn. Ia dibina dengan mencantumkan satu persatu galang kekotakbersegmen (SBG) menggunakan sebuah gantri pelancaran (strukturkeluli biru).

19

1

2 3

4

5

6

8

7

Page 5: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

muka surat 5

GIGIH BEKERJAJentera membina cerucuk di sepanjang median Jalan Damansara berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

7BERDIRI TEGAKTiang yang siap di bawah Pakej Kerja V4 di sepanjang Lebuhraya Sprint di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

8

TAPAK PEMBINAAN SIBUKKerja-kerja memantakkan cerucuk besi sedang dijalankan di lokasi Stesen MRT Maluri di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

15TERKINIMesin pengorek terowong Variable Density yang pertama telah memulakan kerja-kerja penggalian terowong. Mesin yangkedua, separa tersembunyi di sebelah kanan, juga telah memulakankerja penggalian terowong.

14SEDANG BERLANGSUNGPandangan tapak Portal Maluri menghadap ke arah selatan dari Jalan Cheras.

16

TEMPAT TINGGALKerja-kerja pembinaan Kuarters Pekerja (CLQ) Kajang semakin jelas.

21TERSUSUN RAPITiang-tiang semakin jelas di sepanjang Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga) di Simpang Balak.

20LUASKerja-kerja memantakkan cerucuk bagi bangunan pentadbiran Depoh Kajang sedang dijalankan.

22

DIPASANGUjian muatan sedang dijalankan bagi gantri pelancaran galang kekotak bersegmen (SBG) yang pertama untuk Pakej Kerja V5berhampiran Flat Sri Sabah di Cheras.

17

STESEN BAHARUKerja-kerja memantakkan cerucuk di sepanjang Jalan Rekoberdekatan Stesen KTM Kajang.

23

BERSIAP SEDIAPandangan dua buah mesin pengorek terowong Earth Pressure Balance di Portal Semantan. Mesin yang di bahagianhadapan gambar memulakan kerja-kerja penggalian terowong pada pertengahan bulan Jun manakala yang kedua bermula sebulankemudian.

9GIAT DIJALANKANPandangan Stesen MRT KL Sentral menunjukkan pembinaan siling yang sedang dijalankan.

10

910

12

11

13

1415

16 17

18

19

20

2122

23

Page 6: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

ATASE Buruh dari empat buah negara telahmembuat kunjungan ke Kuarters Pekerja (CLQ) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)di Cheras pada 17 Jun 2013.

Lawatan anjuran MRT Corp ini diadakan bagimemberi peluang kepada atase buruh untukmenyaksikan sendiri kelengkapan-kelengkapanyang disediakan untuk pekerja yang terlibat di dalam pembinaan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.

Perwakilan dari negara Kemboja, Nepal, Vietnamdan Pakistan adalah antara yang menyertai lawatanini. Kebanyakan pekerja binaan bagi Projek MRT ini adalah dari negara-negara tersebut. Wakil dariJabatan Tenaga Kerja dan Construction LabourExchange Centre Berhad turut menyertai lawatantersebut.

CLQ Cheras adalah satu daripada empat kuartersyang disiapkan oleh MRT Corp bagi menempatkanpekerja Projek MRT. Tiga lagi kompleks terletak diSungai Buloh, Cochrane dan Kajang.

Selepas mendengar ucapan alu-aluan oleh KetuaPegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar AbdulHamid, pelawat diberi satu taklimat mengenaikonsep CLQ oleh Encik Adil Putra Ahmad, TimbalanPengarah Pembinaan MMC Gamuda KVMRT (PDP)Sdn Bhd. MMC Gamuda adalah Rakan PelaksanaProjek bagi Projek MRT.

Semua perwakilan kemudiannya dibawa melawat di sekitar CLQ Cheras di mana mereka melihatsecara langsung keadaan tempat tinggal pekerjadan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Setiap CLQ dilengkapi dengan kabin tempat tinggalyang mempunyai tiga katil dua tingkat, almari dankipas.

Kompleks ini juga mempunyai kafeteria dankemudahan dapur pusat serta surau, klinik dankemudahan membasuh yang lengkap. Kawasanmandi dan tandas juga dijaga bersih.

Di waktu lapang, pekerja boleh menggunakankemudahan rekreasi seperti gelanggang futsal danmeja pingpong. Di samping itu terdapat juga kedairuncit bagi mereka membeli makanan dan barang-barang lain.

Kompleks ini juga mempunyai sistem keselamatanterkini, seperti sistem pengimbasan wajahelektronik. Ia membolehkan kawalan yangsewajarnya dilakukan bagi memantau pergerakanmereka di kompleks ini. Bas digunakan untukmenghantar pekerja ke lokasi projek serta untukmembawa mereka pulang.

Di akhir sesi lawatan tersebut, beberapa orangperwakilan telah meluangkan masa untuk menemubual pekerja-pekerja warga negara mereka.

Maklum balas yang diberi oleh atase buruh adalahpositif dan mereka gembira dengan keadaantempat tinggal rakyat mereka.

“Ini adalah sebuah tempat yang sangat cantik. Sayasendiri tidak keberatan untuk tinggal di sini,” selorohEncik Syed Azhar Hashmi, Kaunselor KebajikanKomuniti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia.

Di kemuncak pembinaan projek Laluan MRT SungaiBuloh-Kajang dijangka seramai 12,000 tenaga kerjaakan digunakan. Antara pekerja yang tinggal di CLQCheras ini adalah warga negara Indonesia,Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, Nepal,Vietnam dan Kemboja.

KAUNTER Pameran Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd (MRT Corp) di Pameran Hartanah Sunwaypada 13 dan 14 April 2013 telah menjadi tumpuandengan kunjungan orang ramai yang inginmengetahui dengan lebih lanjut mengenai ProjekMRT.

Pameran yang diadakan di Pusat Beli-Belah SunwayPyramid di Petaling Jaya, mempamerkan banyakprojek pemaju hartanah tersebut.

MRT Corp telah dijemput untuk membuka kaunterpameran di pameran itu kerana pembinaaninfrastruktur pengangkutan awam yang baikmemainkan peranan yang penting dan seringmenjadi pemangkin bagi pembangunan kawasanbandar dan perumahan baharu.

Beberapa buah projek Kumpulan Sunway yangterletak di sepanjang Persiaran Surian akanmendapat manfaat terus daripada perkhidmatanMRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang kini dalampembinaan.

Pengarah Komunikasi Strategik dan PerhubunganAwam MRT Corp, Encik Amir Mahmood Razak,memberi taklimat mengenai projek MRT sepanjangdua hari berlangsungnya pameran hartanah itu.

Taklimat itu mendapat minat yang mendalamdaripada pengunjung kerana ramai yang berminatuntuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenaiprojek tersebut, terutamanya mengenai kawasanyang akan mendapat perkhidmatannya.

PROJEK MRT pertama Malaysia bukan sahaja telahmenarik perhatian negara tetapi juga pihak dari luarnegara. Naib Datuk Bandar Wilayah PerbandaranBeijing Encik Zhang Yankun telah membuatkunjungan hormat ke ibu pejabat korporat MassRapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada20 Jun 2013.

Rombongan Encik Zhang telah disambut olehPengarah Projek MRT Corp Encik MarcusKarakashian dan Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Encik AmirMahmood Razak.

Encik Karakashian telah menyampaikan satutaklimat kepada rombongan tersebut yangmerangkumi maklumat umum mengenai LaluanMRT Sungai Buloh-Kajang dan perkembanganterbaharu. Apabila diberitahu bahawa projek initelah 18% siap sehingga pertengahan bulan Jun2013 manakala pembinaan hanya bermula kurangdaripada dua tahun yang lepas, En Zhang berkatabeliau kagum dengan kemajuan yang dicapaisebegini jauh.

“Saya mendapati bahawa Beijing dan Kuala Lumpurmenghadapi masalah yang sama dari segipertumbuhan pesat populasi di kawasan bandardan amat memerlukan satu sistem pengangkutanawam yang komprehensif,” kata beliau. Encik Zhangmenambah bahawa beliau menanti untukmenjalinkan kerjasama rapat antara dua bandar.

“Kita tentu sekali boleh belajar daripada satu samalain,” kata beliau, dengan menambah bahawa satubidang yang perlu diberikan tumpuan ialahpembangunan sistem pengangkutan awam.

Encik Zhang gembira kerana mendapat tahubahawa lapan buah mesin pengorek terowong(TBM) yang digunakan untuk membina terowongbagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sejauh 9.5kmdi bawah pusat bandar raya Kuala Lumpur adalahbuatan negara China.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada MRTCorp dalam menyiapkan projek ini,” kata beliau.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3 muka surat 6

ATASE BURUH LAWAT CLQ CHERASoleh Nadia Azmi

KUNJUNGAN HORMAT OLEH NAIB DATUK BANDAR BEIJINGoleh Wallace Soh Chun Hwei

MRT MENJADI TUMPUAN RAMAI DI PAMERAN HARTANAH SUNWAYoleh Alita Suraya Mohd Senawi

LUAS DAN SELESA • Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar Abdul Hamid (tengah) menunjukkan kepada perwakilan asing,kabin tempat tinggal pekerja yang dilengkapi dengan katil duatingkat dan almari, yang boleh menempatkan seramai enam orangpenghuni.

KAGUM • Pengarah Jaminan Kualiti dan Kawalan Kualiti MRT Corp, Tuan Syed Mahdhar Syed Hussain (kanan) memberi penerangankepada perwakilan asing mengenai kemudahan yang disediakan di CLQ Cheras semasa kunjungan tersebut.

UNTUK KENANGAN • Encik Zhang Yankun (kiri), Naib Datuk Bandar Wilayah Perbandaran Beijing, menyampaikan cenderamata kepadaPengarah Projek MRT Corp Encik Marcus Karakashian.

BERSAMA MELAWAT • Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar Abdul Hamid mengetuai kunjungan ke CLQ Cheras, yang disertai perwakilan asing dan kakitangan MRT Corp dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP).

SIBUK • Pengunjung melawat kaunter pameran MRT Corp di pameran harta tanah.

PENUH KHUSYUK • Pengunjung mendengar taklimat mengenai Projek MRT yang disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Strategikdan Perhubungan Awam MRT Corp, Encik Amir Mahmood Razak.

MENARIK • Pengunjung sedang menonton video mengenai pembinaan Projek MRT.

MENCARI MAKLUMAT • Pengunjung mengambil risalah daripada kaunter pameran MRT Corp di pameran tersebut.

Page 7: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3 muka surat 7

KAKITANGAN Mass Rapid Transit Corporation SdnBhd (MRT Corp) “kembali” ke universiti apabilamereka mewakili syarikat dalam SimposiumPengangkutan Awam Persatuan KejuruteraanUniversiti Malaya.

Dengan tema ‘Pengangkutan Awam, Pemangkinkepada Pembangunan’, simposium ini bertujuanmemberi pelajar maklumat mengenaipengangkutan darat, terutamanya sistem kereta apidan pembuatan kereta. Simposium ini telahdiadakan di Kompleks Perdana Siswa di UniversitiMalaya (UM) pada 22 Mei 2013.

Semasa simposium ini, persatuan tersebut telahmenyampaikan laporan mengenai lawatan merekake Jepun di mana mereka mempelajari sistem relyang canggih dan teknologi moden yangdigunakan di sana. Lawatan ini merupakansebahagian daripada Skim Pembelajaran LuarNegara Persatuan Kejuruteraan yang ke-31 (ESOSS-31) untuk tahun 2013.

Pengarah Komunikasi Strategik dan PerhubunganAwam MRT Corp, Encik Amir Mahmood Razak, yang

menjadi penceramah utama, telah memberikantaklimat mengenai kepentingan MRT kepadanegara. Beliau juga menerangkan tentang kesanpositif Projek MRT pada masa hadapan.

Encik Amir berkata sesi interaksi bersama pelajaradalah penting untuk mendidik mereka tentangkeperluan sistem pengangkutan yang lebih baik dinegara ini. Beliau menambah, kesedaran di kalangangenerasi muda adalah perlu kerana usaha-usahamemperbaharui pengangkutan awam akandinikmati oleh golongan ini pada masa hadapan.

Trak Informasi MRT (MIT) telah ditempatkan di pintuutama Kompleks Perdana Siswa semasa acaratersebut. Para pelajar berkesempatan menggunakanaplikasi interaktif “Hawkeye” di dalam MIT, di manamereka dapat melihat Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang secara 360 darjah.

Acara tersebut dihadiri juga oleh Pemangku DekanUM Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr Faisal RafiMahamd Adikan, Penasihat ESOSS-31 Dr Hazlee AzilIllias dan Pengarah ESOSS-31 Encik Tan Zhi Quan.

PELAWAT ANTARABANGSA • Pelajar danpensyarah daripada Jabatan Pengajian Logistik danMaritim Universiti Politeknik Hong Kong membuatkunjungan ke Pusat Informasi MRT Taman Tun Dr Ismail pada 13 Jun 2013. Mereka telah diberitaklimat mengenai butiran Projek MRT.

MRT CORP KE UMoleh Nadia Azmi

PERISTIWA

MENDENGAR DENGAN PENUH MINAT • Ahlijawatankuasa Masjid Batu 10 Cheras dan pendudukyang tinggal berdekatan mendengar taklimat yangdisampaikan oleh Pengurus Projek Ahmad Zaki SdnBhd, Encik Mohd Hafiz Mohd di dalam masjidsemasa satu sesi perjumpaan pada 15 Mac 2013.

PERBINCANGAN • Penolong Pengurus Besar MMCGamuda KVMRT (PDP) Encik Stanley Keung memberipenjelasan mengenai butiran kerja pembinaankepada Badan Pengurusan Bersama kondominiumCasa Indah 1 semasa perjumpaan pada 2 Mac 2013.

MENYUARAKAN PENDAPAT • Seorang pendudukdari Kampung Sungai Balak berdekatan Kajangmenyuarakan kebimbangannya semasa satu sesibersama orang awam yang diadakan pada 30 Mei2013 di balai raya kampung itu. Kira-kira 50 orangpenduduk telah menghadiri sesi tersebut.

MENUMPU PERHATIAN • Pelajar dari FakultiKejuruteraan dan Alam Bina, UCSI Kuala Lumpur,mendengar penerangan yang disampaikan olehKetua Perhubungan Awam dan Komunikasi MMCGamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, Encik Zamri Hassansewaktu membuat kunjungan ke Pusat InformasiMRT Taman Tun Dr Ismail pada 20 Jun 2013.

MENARIK • Pelajar daripada Fakulti KejuruteraanAwam dan Infrastruktur UiTM Shah Alam melihatPengarah Komunikasi Strategik dan PerhubunganAwam, Encik Amir Mahmood Razak,mendemonstrasikan sistem Hawkeye yang mampumemberikan gambaran 360 darjah untukkeseluruhan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.Pelajar ini telah membuat kunjungan ke PusatInformasi MRT Taman Tun Dr Ismail pada 6 Jun2013.

SESI SOAL JAWAB • Seorang penduduk dari JalanKasah, Medan Damansara, bertanyakan soalansemasa satu sesi perjumpaan yang diadakan pada13 April 2013 di ibu pejabat MRT Corp. Turut hadirpada sesi ini ialah Pengurus Besar MMC-GamudaKVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Mohd Amjad Faruq(hadapan, kedua dari kiri) dan Pengarah Hal EhwalPihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah MRTCorp Encik Haris Fadzilah Hassan (hadapan, keduadari kanan).

MINAT MENDALAM • Penduduk Sierra Damansaramelihat dengan lebih dekat pelan teknikal ketikasesi perjumpaan pada 21 Mei 2013 di PusatInformasi MRT Kota Damansara. Pengarah Hal EhwalPihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah MRTCorp Encik Haris Fadzilah Hassan (kiri) dan TimbalanPengurus Besar MRT Corp, Pembinaan JajaranBertingkat-Utara, Encik Alex Yip Jui Yong (kedua darikiri) menyampaikan taklimat kepada penduduksemasa sesi tersebut.

SELAKU pemilik Projek MRT, Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp) berhasrat untukmewujudkan tahap baharu dalam industripembinaan, bukan sahaja dari segi penyampaianprojek tetapi juga dari segi penglibatan denganpihak berkepentingan yang menerima impakdaripada kerja pembinaan ini.

Sejak pelancaran pembinaan laluan MRT SungaiBuloh-Kajang oleh Perdana Menteri Dato’ Sri MohdNajib Tun Abdul Razak pada 8 Julai 2011, banyak sesiperjumpaan bersama penduduk, persatuanpenduduk, ahli perniagaan, peniaga dan kumpulanlain yang tinggal atau beroperasi berdekatan tapakprojek MRT telah diadakan.

Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk menyediakanmaklumat mengenai aktiviti pembinaan yang akanberlangsung serta menangani kebimbanganmereka, seperti isu kesesakan lalu lintas,keselamatan dan kesan alam sekitar.

Beberapa sesi perjumpaan ini termasuk lawatan ke tapak projek di mana wakil daripada MRT Corp,Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Kontraktor PakejKerja (WPC) dapat melihat secara langsung isu yangdiketengahkan oleh pihak yang berkepentingan.Lawatan ini memudahkan mereka memahamisepenuhnya aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak projek. Mereka juga boleh mempelajari

langkah-langkah yang diambil bagi meminimakanpencemaran bunyi bising dan habuk serta inisiatifpengurusan lalu lintas.

Satu lawatan sedemikian telah diadakan di BukitBandaraya, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013 apabilakakitangan MRT Corp, PDP dan SunwayConstruction Sdn Bhd (selaku WPC) melawatsepanjang Jalan Medang Tanduk dan LebuhrayaSprint bersama Persatuan Penduduk BukitBandaraya Bangsar (BBBRA).

Selain pembinaan Projek MRT terdapat juga projekpembinaan dan infrastruktur di kawasan sekitar.Wakil daripada projek lain juga turut hadir supayasatu pendekatan holistik bagi menyelesaikan isu-isuyang timbul boleh dicapai.

Satu lawatan ke tapak juga diadakan di DamansaraUtama pada 30 Mei 2013 bersama wakil daripadaPersatuan Penduduk dan Pemilik Damansara Utama(DUROA) di mana persatuan ini menyuarakankebimbangan mereka mengenai pencemaran bunyi, lanskap tapak projek, keselamatan, sertapengurusan lalu lintas. Dengan berjalannya aktivitipembinaan di sepanjang 51km Laluan MRT SungaiBuloh-Kajang, MRT Corp akan terus berhubungdengan pihak yang berkepentingan bagimemastikan saluran komunikasi sentiasa terbuka.

CENDERAHATI • Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan mempersembahkan sijil kepada Encik Amir Mahmood Razak sebagaitanda penghargaan kepada MRT Corp kerana menyertai simposium.

KERJASAMA • Penganjur simposium bergambar bersama kakitangan MRT Corp di Trak Informasi MRT.

PENERANGAN • Encik Muhammad Amran Othman (kanan) dariMMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd bersama penduduk DamansaraUtama berdekatan tapak pembinaan Projek MRT di sepanjang LDP.

TAPAK PROJEK • Kakitangan projek MRT dan penduduk memerhatikan lalu lintas di Jalan Medang Tanduk. Pembinaan di dalam gambar ini milik projek yang lain. Tapak pembinaan MRT adalah berdekatan.

BERSAMA PENDUDUK DI TAPAK PROJEKoleh Wallace Soh Chun Hwei

Page 8: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · Tiang 132 dan 133 dan terletak di dalam Pakej Kerja ... yang akan menempatkan trek untuk tren MRT, ... SBG adalah kekotak konkrit yang

No. A-9-G, Jalan Teknologi 3/9Bistari De Kota, Seksyen 3Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. A-1-11, Ground FloorTTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur

No. 11-G, Jalan Metro Avenue 143000 Kajang, Selangor

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan pandangan anda.

Emel ke [email protected]

MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

Level 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

HOTLINE 24 JAM

www.mymrt.com.my

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 3

PUSAT INFORMASI MRTKOTA DAMANSARA TAMAN TUN DR ISMAIL KAJANG

DITERBIT OLEH:MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

DICETAK OLEH:JESPRIN SDN BHD (181756-V)

1800 82 6868

MESIN PENGOREK TEROWONG DILANCARKANoleh Nik Haizan Nik Zambri

PADA 30 Mei 2013, Projek MRT Lembah Klangmencapai detik penting dengan pelancaran MesinPengorek Terowong (TBM) Variable Density yangpertama di dunia. Pelancaran ini telah dirasmikanoleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib TunAbdul Razak di Syaf Pelancaran Cochrane.

Pelancaran ini juga menandakan bermulanya kerja-kerja penggalian terowong bagi projek tersebut.TBM pertama akan menggali ke arah utara dankeluar di Stesen Pasar Rakyat, dengan jarak 1.2km.

TBM Variable Density ini direka khas untukmengendalikan kerja-kerja penggalian melaluiformasi geologi Batu Kapur Kuala Lumpur. TBM inidicipta hasil usahasama kontraktor bawah tanahProjek MRT, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd danpengeluar TBM yang terkenal di dunia,Herrenknecht AG.

Bagi merasmikan pelancaran TBM, Dato’ Sri MohdNajib menekan butang pada suatu konsol yangdidirikan bersebelahan mesin di dalam syafpelancaran sedalam 30 meter itu.

Beliau diiringi oleh Pengerusi Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp) Tan Sri Dr AliHamsa, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’Azhar Abdul Hamid, Pengarah Projek MRT CorpEncik Marcus Karakashian, Pengerusi SuruhanjayaPengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed HamidAlbar, dan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd Dato’ Lin Yun Ling.

Perdana Menteri kemudiannya melawat bahagiandalaman TBM yang telah dilancarkan, dan meninjauTBM kedua yang sedang dipasang bersebelahanmesin yang pertama.

Semasa menyampaikan ucapan beliau, Dato’ SriMohd Najib berkata pelancaran ini menandakansatu detik penting dalam transformasi industripengangkutan awam negara.

“Setelah siap nanti, projek ini akan memberi manfaatkepada orang ramai untuk beberapa generasi masadepan,” jelas beliau, dengan menambah bahawaProjek MRT akan memenuhi satu matlamat jangkamasa panjang, bukan sahaja untuk mengurangkankesesakan lalu lintas tetapi juga untuk melonjakkanpertumbuhan ekonomi negara.

Empat TBM akan dilancarkan dari Syaf Cochrane.Dua TBM, termasuk yang telah dilancarkan olehPerdana Menteri, akan menggali ke arah utaramenuju ke Stesen Pasar Rakyat, yang terletak didalam kawasan Pembangunan Tun Razak Exchange.Dua TBM lagi akan menggali ke arah selatan menujuke Portal Maluri di mana laluan MRT akan bertukarmenjadi jajaran bertingkat menuju ke Kajang.

Sejumlah 10 buah TBM akan digunakan untukmembina bahagian bawah tanah laluan MRT SungaiBuloh-Kajang yang mempunyai jarak 9.5km. Enambuah merupakan TBM Variable Density manakalaempat buah lagi adalah TBM Earth Pressure Balance.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri IdrisJala melawat Syaf Pelancaran Cochrane pada 28 Mei2013 untuk melihat sendiri kemajuan Projek MRTLembah Klang tersebut. Sewaktu kunjungannya,Dato’ Sri Idris, yang merupakan Ketua UnitPengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, melihat dengan lebihdekat dua buah mesin pengorek terowongdipasang di dalam syaf.

Beliau juga menyaksikan pelbagai aktivitipersediaan lain sedang dijalankan di dalam syafsedalam 30 meter sebelum pelancaran TBM yangpertama. Kunjungannya berlangsung dua harisebelum pelancaran rasmi Mesin PengorekTerowong Variable Density pertama dunia olehPerdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun AbdulRazak dan bermulanya kerja-kerja pembinaanterowong.

Terdahulu, Dato’ Sri Idris telah diberikan taklimatmengenai kemajuan keseluruhan Laluan MRTSungai Buloh-Kajang oleh Encik Goh Tze Kh’ng,Pengarah Pembinaan Jajaran Bertingkat Utara, danEncik Blaise Mark Pearce, Pengarah Kerja BawahTanah (Terowong) Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd (MRT Corp).

Turut hadir di upacara tersebut ialah Dato’ AhmadSuhaili, Pengarah Bidang Keberhasilan UtamaNegara bagi Pengangkutan Awam Bandar dan NKEAGreater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dalamPemandu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’Azhar Abdul Hamid, bji03020133dan PengarahProjek Encik Marcus Karakashian.

Selepas lawatan tersebut, Dato’ Sri Idris melahirkanrasa puas hati dengan kemajuan projek itu.

Dato’ Sri Idris juga menasihati MRT Corp untukmengambil langkah berjaga-jaga tambahan ketikabekerja di lokasi yang rumit seperti Bukit Bintangdi mana keadaannya amat sibuk dan ramai peniagatelah terjejas oleh kerja-kerja pembinaan.

“Saya difahamkan bahawa mengorek terowong di peralihan antara formasi geologi Batu Kapur KualaLumpur dan formasi geologi Kenny Hill berdekatanPusat Beli-Belah Pavilion adalah amat mencabar. MRT Corp harus memantau keadaan ini denganteliti,” kata beliau.

Kawasan geologi Batu Kapur Kuala Lumpur, yangterletak di bahagian timur ibu kota, mempunyai

keadaan Karstik yang amat sukar untuk dikorek.Kawasan geologi Kenny Hill, yang berada di kawasanbarat Kuala Lumpur, adalah terdiri daripada batuenap dan pasir, dan kurang sukar untuk dikorek.

Projek MRT Lembah Klang ialah Projek PermulaanBidang Ekonomi Utama Negara Greater KualaLumpur/ Lembah Klang di bawah ProgramTransformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.

DATO’ SRI IDRIS JALA LAWAT PROJEK MRToleh Nik Haizan Nik Zambri

PERBINCANGAN • Dato' Sri Idris Jala (tengah) berkongsi pendapat bersama Dato' Azhar Abdul Hamid semasa lawatannya ke Syaf PelancaranCochrane.

MEMULAKAN KERJA • Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menekan butang untuk melancarkan Mesin Pengorek Terowong VariableDensity yang pertama di dunia. Bersama beliau ialah Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) dan PengerusiSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan).

BANGGA • Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan dasarnya semasa acara tersebut.

TANDA PENGHARGAAN • Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan sebuah model mesin pengorek terowongkepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai cenderamata.

MENARIK • Jurutera MMC Gamuda Mandy Ang menunjukkan kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kepala pemotong mesinpengorek terowong. Bersama mereka ialah Pengerusi SuruhanjayaPengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.

MRTMalaysia MRTMalaysia MRTMalaysiaIsnin – Jumaat: 10.00am - 6.00pmSabtu: 10.00am - 2.00pm