4.5 draf 2 kearah pelancongan agro sbg penggerak pembangunan luar bandar dan wilayah

Upload: zul-aiman

Post on 17-Jul-2015

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

4.5

Kearah Pelancongan Agro sebagai pengerak pembangunan di kawasan luar

Bandar dan pembangunan wilayah Sektor ekonomi merupakan satu aspek yang diambilkira dalam mencapai status Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu, pembangunan luar bandar juga merupakan satu aspek yang menyumbang kepada sektor ekonomi. Ia penting kerana setiap rakyat termasuk penduduk luar bandar mempunyai peranan tersendiri untuk bersama-sama Kerajaan membina masa depan yang lebih baik. Oleh itu, kawasan luar bandar yang mempunyai sumber-sumber tertentu seperti pertanian, penternakan, makanan, keagamaan, perubatan serta industri kecil dan sederhana perlu dikenalpasti supaya pihak tertentu dapat mempromosikan lagi kawasan tersebut. Dengan itu, kawasan yang kaya dengan hasil bumi ini dapat diketengahkan lantas dijadikan satu tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Ia akan menambahkan lagi ekonomi dalam kawasan tersebut serta ekonomi Negara akan berkembang maju dengan kehadiran pelancong luar Negara yang bertandang ke Malaysia.

Pelancongan Agro

Rajah 4.1: Perkaitan antara pelancongan agro dengan aktiviti ekonomi lain.

1

Selain dapat memajukan ekonomi masyarakat setempat, pelancongan agro juga dapat memajukan kawasan luar bandar yang terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. Hal ini kerana pelancongan agro tidak dapat berdiri sendiri. Ia juga memerlukan perkhidmatan lain seperti tempat penginapan home-stay, kawasan membeli-belah, kedai makan dan lain-lain perkhidmatan. Rajah 4.1 menunjukkan salingperkaitan antara pelancongan agro dengan aktiviti ekonomi lain. Dengan itu, penduduk yang berada di sekitar kawasan pelancongan agro ini boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Contohnya, Taman Arnab yang terdapat di Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor merupakan satu kawasan pelancongan agro. Namun, pengusaha taman arnab tersebut hanya menawarkan khidmat dari segi penternakan arnab sahaja. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan taman arnab tersebut pula membuka perusahaan makanan kepada pelancong yang hadir. Pelancong yang datang ke kawasan pelancongan agro tersebut akan menikmati hidangan makanan di kawasan tersebut. Oleh itu, sumber pendapatan penduduk sekitar juga akan meningkat dengan adanya kawasan pelancongan agro ini. Selain pelancong dari dalam Negara, pelancong-pelancong dari luar negara akan mengunjungi tempat-tempat pelancongan agro ini untuk merasai suasana sebenar agro di Malaysia. Oleh sebab itu, ekonomi Negara akan terus berkembang dengan adanya pelancongan agro ini. 4.5.1 Mewujudkan Kluster Pelancongan Agro di Malaysia Kluster juga dikenali sebagai satu kelompok, rangkaian atau kumpulan khas. Setiap aktiviti pelancongan agro yang berhampiran boleh dikelompokkan dan dijadikan satu kluster. Kebanyakan kawasan pelancongan agro terletak di kawasan luar bandar. Ia akan menggalakkan pertumbuhan aktiviti industri di kawasan pedalaman. Secara tidak langsung, ia akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk

2

setempat dan pendapatan mereka akan turut meningkat. Selain itu, kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar juga akan turut maju dari sehari ke sehari kerana terdapat aktiviti pelancongan yang giat dijalankan. Kerajaan akan berusaha memperbaiki keadaan infrastruktur kawasan yang dirasakan berpotensi dijadikan tarikan pelancong. Hal ini kerana ia merupakan salah satu indikator yang dapat menentukan imej sesuatu kawasan pelancongan. Oleh yang demikian, kawasan luar bandar akan lebih cepat berkembang maju jika mempunyai sumber yang boleh dipromosikan seperti aktiviti pelancongan agro. Pengelompokan kawasan pelancongan agro secara tidak langsung akan menjadi wadah penggerak dalam satu-satu wilayah. Contohnya, pelancongan agro yang terdapat di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang dan Kuala Selangor boleh dikelompokkan menjadi satu kluster kerana ia terletak dalam satu negeri yang sama dan kawasan tersebut adalah berhampiran. Dengan wujudnya kluster pelancongan agro ini, pelancong akan dibawa melawat ke kawasan-kawasan tersebut. Kluster pelancongan agro luar bandar ini akan terus berkembang dan secara tidak langsung wilayah tersebut akan membangun. Di wilayah tersebut juga terdapat pelbagai jenis rumah tumpangan homestay dan pelancongan ekologi yang menjadi penyokong kepada aktiviti pelancongan agro ini. Rajah 4.2 menunjukkan perkaitan antara pengelompokan pelancongan agro yang terdapat di kawasan luar bandar dengan pembangunan wilayah pelancongan agro.

3

Agro Luar Bandar 1 1 Wilayah Agro Luar Bandar 2 Agro Luar Bandar 3

Pengelompokan luar bandar menerusi aktiviti pelancongan agro yang maju secara tidak langsung akan membangunkan satu-satu wilayah.

Rajah 4.2 : Kluster pelancongan agro di kawasan luar bandar sebagai penggerak pembangunan wilayah. Sesuatu wilayah akan berkembang maju dengan adanya pembangunan dan aktiviti yang aktif di dalam wilayahnya. Dalam kajian ini, pelancongan agro merupakan aktiviti aktif yang dimaksudkan. Dengan adanya pelancongan agro tersebut, pelancong akan menjadikannya satu destinasi untuk dilawati. Terdapat banyak keperluan yang akan diminta oleh para pelancong seperti tempat tinggal, pengangkutan, barangan keperluan, barangan kenangan dan lain-lain. Penduduk setempat yang terlibat dalam wilayah tersebut boleh membekalkan keperluan yang diminta oleh pelancong. Secara tidak langsung, pendapatan penduduk dalam satu wilayah akan bertambah.

Selain itu, pengwujudan kluster ini juga akan memudahkan pelancong yang datang untuk melawat ke kawasan pelancongan agro. Dengan keperluan pelancongan yang lengkap dan efisien akan memudahkan pelancong melawati destinasi yang hendak dituju. Kluster pelancongan agro juga akan dijadikan sebagai destinasi entry point kepada pelancong yang ingin melawat dan menikmati keindahan Malaysia. Bagi4

mereka, melawati satu wilayah pelancongan agro sudah memadai untuk mengenali budaya setempat orang Malaysia. Rajah 4.3 menunjukkan laluan pelancongan tourism trail bagi para pelancong untuk melawat kawasan agro pelancongan. Manakala jadual 4.1 menunjukkan pilihan laluan dan produk pelancongan yang boleh digunakan oleh pelancong melalui kawasan yang ingin dilawati. Di Malaysia, terdapat lapan (7) laluan masuk utama entry point yang telah dikenalpasti iaitu Kuala Lumpur International Airport, Senai, Langkawi, Pulau Pinang, Kuantan, Sabah dan Sarawak.

Entry Point (Airport)

Hub (Wilayah / Kluster)

Produk Agro Pelancongan

Rajah 4.3 Laluan Pelancongan Tourism Trail bagi Para Pelancong Untuk Melawat Kawasan Agro Pelancongan.

Jadual 4.1 : Pilihan Laluan dan Produk Pelancongan yang Boleh Digunakan oleh Pelancong Laluan Utama 1 : Kuala Lumpur International AirportHub Kuala Langat Kategori Industri Kecil Sederhana Makanan Perikanan Penternakan Homestay Produk Pelancongan Agro -Kerepek -Ladang Buah-buahan/Sayuran (Banghuris) - Ferti Tech Farm (Teluk Panglima Garang) -Aminah Hashim Keli Garden (Kuala Langat) - AZR Agro Centre (Banting) -Banghuris Homestay (Sepang) -Kg Kundang (Kuala Langat) -Kanchong Darat (Banting) -Kg Endah (Banting) -Sg Lang Tengah (Banting) -Kg Batu Laut (Tanjung Sepat) - Kosas Indah Sdn Bhd , Ternakan Lintah (Kapar) - Taman Warisan Pertanian -Banghuris Homestay (Sepang) 5

Klang Putrajaya

Perubatan Makanan Homestay

Hub Kuala Selangor

Kategori Makanan

Perikanan Industri Kecil Sederhana Kuala Selangor Perubatan Homestay

Produk Pelancongan Agro - Taman Buah-Buahan Selangor (Bestari Jaya) - Makanan Laut, Ladang Mempelam (Sungai Besar) - Taman Pertanian Malaysia (Bukit Cahaya Seri Alam) -Sawah Padi (Sungai Besar) - Kerang, Ikan (Tanjong Karang) - Kerepek, Nata de Coco (Sungai Besar)

Seremban

Makanan Perubatan Penternakan Homestay

Bahau

Makanan Penternakan Homestay

Jelebu Melaka

Makanan Homestay Makanan

Perikanan Homestay

- Ladang Herbatorium (Bestari Jaya) -Air Manis (Sabak Bernam) -Sepintas (Sabak Bernam) -Seri Kayangan (Sabak Bernam) -Batu 23 (Sabak Bernam) -Seri Kayangan (Sabak Bernam) -Sg Haji Dorani (Sabak Bernam) -Papitusulem (Sabak Bernam) -Sg Sireh (Tanjong Karang) - Sendayan Valley, Ladang Anggur (Seremban) - Aeroponic Farm-Sime Fresh (Seremban) - Starfresh Agro Park (Seremban) - Jelita Ostrich Sowfarm (Kuala Kelawang) -Pachitan (Port Dickson) -Batang Nyamor (Rembau) -Kg Pelegong (Seremban) - Fruit Farm (Kuala Pilah) - BO-DEN Farm Serting Hilir (Bahau) - Pusat Fidlot Nasional (Gemas) -Kg Lonek (Bahau) -Homestay Gemas (Gemas) - Titi Eco Farm Resort (Jelebu) -Homestay Kuala Klawang (Jelebu) - Tropical Fruit Farm (Sg Udang) - Penjara Agro Dusun Dato' Murad (Ayer Keroh) - D-Paradise Tropical Fruit World & Aboriginal Native Village (Lubuk Cina) - Taman Pertanian Sg Udang (Sg Udang) -Kg Alai (Bandar Melaka) -Kg Ayer Limau (Masjid Tanah) -Kg Seri Tanjung (masjid Tanah) -Kg Pulai (Merlimau) -Kg Parit Penghulu (Sungai Rambai) 6

Laluan Utama 2 : Senai, Johor Baharu.Hub Pontian Kategori Makanan Homestay Produk Pelancongan Agro - Ladang Nenas (Pontian) - Kukup Durian Tropical Fruit Paradise (Pontian) -Kg Parit Tengah (Batu Pahat) -Kg Permatang Sepam (Pontian) -Tanjung Piai (Pontian) -Kg puteri Menangis (Pontian) - Orchid Farm -Kg Sinaran Baru (Johor Bahru) -Kg Perigi Acheh (Johor Bahru) -Kg Lukut (Kota Tinggi) -Felda Semenchu (Kota Tinggi) -Kg Temenin (Kota Tinggi) -Kg Sri Paya (Kulai) -Kg Sri Gunung Pulai (Kulai Jaya) -Koref Eco Farm Resort - Zenxin Agri-Organic Food Sdn. Bhd. - Nasuha Spices and Herbs Paradise -Kg Parit Bugis (Muar) - Desaru Fruit Farm -Kg Ayer Papan (Mersing) - Dusun Durian

Johor Bahru

Industri Kecil Sederhana Homestay

Kluang Muar Mersing Segamat

Makanan Kesihatan Homestay Makanan Homestay Makanan

Laluan Utama 3 : KuantanHub Temerloh Kategori Makanan Produk Pelancongan Agro - Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang (Temerloh) - Ladang Buah-buahan (Raub / Lipis) - Ikan Patin -Jengka 25, (Bandar Jengka) -Janda Baik (Bentong) -Kuala Medang (Kuala Lipis) -PPSK Rumpun Makmur (Temerloh) -Desa Murni (Temerloh) - Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan) - Agro Semuji Resort (Kuantan) 7

Perikanan Homestay

Kuantan

Makanan

Hub Kuantan

Kategori Perikanan IKS Homestay

Cameron Highland

Makanan

IKS Homestay Setiu Makanan

Produk Pelancongan Agro - Ikan Laut - Keropok Lekor -Pantai Sepat, Sungai Dua (Kuantan) -Felcra Sri Makmur (Kuantan) -Sungai Lembing (Kuantan) -Kg Baru Salong (Pekan) - Ladang Strawberi - Ladang Teh - Kebun Sayur - Kebun Bunga -Taman Sedia (Cameron Highlands) - Taman Rekreasi Petani (Setiu) - Peladang Setiu Agro Resort (Setiu) - Taman Pertanian (Sekayu) -Kg Rhu 10 (Setiu) - Ikan Laut - Taman Rekreasi Petani (Setiu) - Peladang Setiu Agro Resort (Setiu) - Taman Pertanian (Sekayu) - Keropok Lekor - Sos -Kg Pasir Raja (Dungun) -Felda Selasih (Jertih) -Kg Buluh (Hulu Terengganu) -Kg Teluk Ketapang (Kuala Terengganu) -Kg Pulau Duyong (Kuala Terengganu) - Taman Pertanian (Kemubu) - Dusun Nukleas (Kuala Krai) - Kg Kubang Telaga (Bachok) -Kg Batu Papan (Gua Musang) -Renok Baru (Gua Musang) -Bukit Jering (Jeli) -GDW Pak Rahmat, Seterpa & Parit (Kota Bharu) -Ulu Kusial (Tanah Merah) -Kg Pantai Suri (Tumpat) -Homestay Jajahan Pasir Mas

Kuala Terengganu

Homestay Perikanan Makanan

Kuala Terengganu

IKS Homestay

Kota Bharu

Makanan Homestay

8

Laluan Utama 4 : Pulau PinangHub Balik Pulau Kategori Makanan Homestay Produk Pelancongan Agro Tropical Fruit Farm -Jalan Bharu (Balik Pulau) -Pulau Betong (Balik Pulau) -Sungai Semilang (Bukit Mertajam) -Sg Setar (Nibong Tebal) -Sg Chenaam (Nibong Tebal) -Mengkuang Titi (Seberang Perai) -Pulau Aman (Seberang Perai) -Sg Duri (Seberang Perai Selatan) -Telok Bahang - Kerepek, Serunding -Ladang Tebu -Ladang Anggur -Felda Mata Ayer (Padang Besar) -Ladang Anggur, Orkid (Pusat Pertanian Bukit Temiang) - Buah-buahan (Pusat Pertanian Bukit Bintang) -Kg Paya Guring (Arau) -Kg Ujong Bakar (Kangar) -Ladang Mempelam Harumanis - Ladang Tebu Chuping - Ladang Mempelam (Alor Setar) - Ladang Cendawan DXN (Jitra) - Restoran Bukit Naga Atas Bukit (Jitra) - Ladang Mempelam, Tobiar (Pendang) - Ladang Limau Bali (Changlun) - Ladang Jagung Sime Darby (Bukit Kayu Hitam) -Kg Pulau Pisang (Jitra) -Kg Jeruju (Jitra) -DBelimbing Homestay (Kuala Nerang) -Desa KEDA Ulu Legong (Baling) -Kg Relau (Bandar Baharu) -Kg Sg Badak (Gurun) -Desa KEDA Lahar Tunjung (Pendang) -Kg Raga (Yan) - Ladang Jambu Bidor - Ladang Jambu Batu Merah (Sitiawan) - Ladang Ternak Rusa (Sungkai) - Sungkai Sambar Deer and Pheasant Wildlife Reserve (Trolak) 9

Pekan Rabu Padang Besar

IKS Makanan Homestay Makanan

Arau

Homestay Beseri Alor Setar Makanan Makanan

Alor Setar

Homestay

Tapah

Makanan Penternakan

Hub Tapah

Kategori Perubatan Homestay IKS Penternakan Makanan Penternakan Keagamaan Homestay

Produk Pelancongan Agro - Taman Herba (Batu Gajah) -KLAH Homestay (Sungkai) - Dusun Limau Bali - Ladang Info Ternak (Sungai Siput) - Ladang Bukit Gantang - Arowana (Bukit Merah) - Mahad Tahfiz (Semanggol) -Kg Beng (Lenggong) -Homestay Selama (Selama) -Bukit Gantang (Taiping) - Makanan Laut - Satay Sotong,

Ipoh Taiping

Lumut

Makanan IKS

Laluan Utama 5 : LangkawiHub Kuah Kategori Makanan Penternakan Produk Pelancongan Agro - MARDI Agro Technology Park - Laman Padi - Shrimpz Farm & Restaurant (Kolam Ternakan Udang) - Buffalo Farm -Kg padang Lalang (Kuah) -Kg Selat Bagan Nyior (Kuah) -Kg Bukit Tangga -Homestay Pulau Tuba -Homestay Wan Tok Rendong

Homestay

Laluan Utama 6 : SabahHub Kota Kinabalu Kota Kinabalu Kategori Makanan Homestay Produk Pelancongan Agro - Sabah Tea Garden (Ranau) - Taman Pertanian Sabah -Kg Dagat (Hilir Segama) -GDW Kg Bayangan (Keningau) -Kg Bilit (Kinabatangan) -Kg Kuala Abani (Kinabatangan) -Sukau (Kinabatangan) -Kg Lobong-lobong (Kota Belud) -Kg Melankap Tiong (Kota Belud) -Taginambur (Kota Belud) -Misompuru (Kudat) 10

Hub

Kategori

Produk Pelancongan Agro -Mitabang -Papaga / Koposizon (Papar) -Penampang -Walai Tokou (Ranau) -Kg Tanjung Aru (Sandakan) -Miso Walai (Sandakan) -Kg Long Pasia (Sipitang) -Tambunan -Kg Pukak (Tuaran)

Laluan Utama 7 : SarawakHub Kuching Kategori Makanan Produk Pelancongan Agro - Padi, Nenas (Bareo) - Ladang Epal Ba'kelalan (Borneo Jungle Safari Sdn Bhd), (Lawas) - Keropok Lekor - Belacan - Kerbau, Kambing (Bareo) - Ladang Rusa (Sebangkoi) - Handicraft (Agro-based), (Kg Buntal) - Durin Handicraft shop (Sarikei) -Kg Maludam (Betong) -Rumah Panjang Lulut Unsa (Kapit) -Kg Siol KAndis (Kuching) -Kg Buntal (Kuching) -Homestay ABAS (Kuching) -Kg Benuk, Padawan (Kuching) -Kg Santubong (Kuching) -Kg Annah Rais Padawan (Kuching) -Kg Pueh (Lundu) -Kg Tanah Hitam (Lundu) -Kg Telaga Air (Matang) -Rh Panjang Patrick Libau (Niah) -Homestay Kedayan (Miri) -Kg Senau (Mukah) -Kg Darul Islam Belimbing (Padawan) -Kg Teluk Melano (Lundu) -Kg Mongkos (Serian) -Kg Melayu Tebakang (Serian) -Rumah Panjang Bawang Assan (Sibu) 11

Perikanan Penternakan IKS Homestay

Rajah 4.4 Menunjukkan Kluster yang Dicadangkan bagi Aktiviti Pelancongan Agro Mengikut Laluan Masuk Utama Entry Point Pelancong.

12

13

14

15

4.5.2 Pembangunan Produk Pelancongan Agro Mengikut Kluster Kluster pelancongan agro wujud dalam setiap negeri di Malaysia, seperti yang telah ditunjukkan dalam rajah 4.4 (a) (g). Setiap aktiviti pelancongan agro yang berhampiran akan digabungkan menjadi satu kelompok di mana setiap pelancong akan disarankan untuk melawati setiap kawasan pelancongan agro tersebut. Di dalam setiap kluster mempunyai produk pelancongan agro yang tersendiri sama ada produk yang bercampur-campur atau hanya satu jenis produk pelancongan sahaja.16

Produk pelancongan agro yang dimaksudkan ialah Industri Kecil dan Sederhana (IKS), makanan, keagamaan, kesihatan / perubatan, perikanan dan penternakan. Produk pelancongan agro yang terdapat dalam setiap kluster bukan hanya terdiri dari satu produk sahaja, malah ada kluster yang mempunyai tiga (3) atau empat (4) produk. Produk-produk pelancongan agro ini akan terus menerima permintaan yang banyak jika ia mempunyai kualiti yang baik dan mencapai tahap kepuashatian pelancong. Oleh sebab itu, setiap produk yang dihasilkan perlu ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa untuk memastikan kluster dan wilayah yang terlibat akan terus berkembang maju. Rajah 4.4 menunjukkan contoh kluster yang mempunyai tiga (3) produk pelancongan agro yang berlainan, iaitu Industri Kecil dan Sederhana (IKS), makanan dan perikanan.

Produk dari IKS yang terdapat dalam kluster ini ialah kerepek dan Nata De Coco. Di kawasan ini, kerepek merupakan satu produk yang terkenal kerana mempunyai sumber yang banyak. Produk makanan yang terhasil pula ialah padi, ladang mempelam dan makanan laut. Kawasan ini mempunyai sawah yang luas di kawasan Selangor. Ia juga dijadikan lokasi penggambaran filem kerana sawahnya yang hijau dan pemandangan yang cantik. Kawasan kluster ini terletak berhampiran dengan pantai memberi peluang untuk menghasilkan produk perikanan. Antara hasil perikanan yang terkenal ialah kerang dan ikan laut. Biasanya, hasil laut yang dijual di sekitar kawasan ini merupakan hasil tangkapan yang baru. Ikan-ikannya segar dan bebas dari bahan pengawet.17

Rajah 4.4: Produk yang terdapat dalam salah satu kluster di Selangor.

Kawasan kluster ini juga disediakan dengan perkhidmatan homestay yang banyak. Antara yang terkenal ialah homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Ia terletak di tepi pantai dan hanya 1 kilometer dari kawasan sawah padi. Selain itu, pekan Sungai Besar juga merupakan satu tempat membeli-belah yang terkenal di Selangor. Pendek kata, produk pelancongan agro yang dihasilkan di kluster ini berjaya menarik minat pelancong dari dalam dan luar Negara. Selain itu, ada juga kluster yang

menghasilkan produk pelancongan agro yang sama jenis. Rajah 4.5 menunjukkan salah satu kluster yang menghasilkan produk pelancongan agro yang sama jenis di Malaysia. Kluster tersebut boleh dibangunkan dan diperkenalkan kepada pelancong menggunakan produk pelancongan yang

dihasilkan. Contohnya, di kawasan padang besar mempunyai dua kawasan yang menghasilkan produk makanan iaitu ladang tebu dan ladang anggur. Ia telah dikelompokkan menjadi satu

Rajah 4.5: Produk makanan yang berkelompok.

kluster kerana lokasinya yang berhampiran. Di situ juga terdapat homestay yang berhampiran yang boleh dijadikan sebagai tempat penginapan kepada para pelancong. Pelancong yang ingin mengetahui dan mempelajari cara dan teknik menanam tebu dan anggur boleh melawat ke kluster ini. Produk pelancongan makanan dalam kluster ini akan lebih terkenal dan maju jika mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berwajib, kerana kluster ini mempunyai potensi untuk dibangunkan melalui produk makanan. Tambahan pula, kawasan Padang Besar ini juga berhampiran dengan kawasan membeli belah yang terkenal di Utara. Secara tidak langsung, para pelancong18

yang bertandang ke kluster ini boleh mendapat tahap kepuashatian yang tinggi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Secara keseluruhannya, produk pelancongan agro ini boleh berkembang dengan lebih maju jika ia dikelompokkan melalui satu kluster. Kluster yang mempunyai produk pelancongan yang bercampur atau produk yang sama jenis mempunyai kelebihannya masing-masing. Produk pelancongan yang bercampur dalam satu kluster akan memberi variety atau kepelbagaian pengalaman kepada pelancong. Mereka dapat merasai pelbagai produk dengan hanya melawat di satu kluster sahaja. Manakala, bagi kluster yang mempunyai satu produk pelancongan agro pula, ia boleh dikukuhkan dan diperkenalkan dengan lebih mudah kepada para pelancong ke seantero dunia seperti Pusat Pelancongan Agro - Makanan. Kluster-kluster ini akan terus berkembang maju dengan produk-produk pelancongan agro yang

dikelompokkan. 4.5.3 Pembangunan Pusat Pelancongan dan Infrastruktur yang berkaitan. Pembangunan luar bandar kini berada pada tahap era transformasi baru. Segala kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, pusat agropelancongan yang telah dikenalpasti perlu disediakan dengan kemudahankemudahan yang tertentu. Antara kemudahan yang perlu disediakan dan diselenggara dengan baik termasuklah jalan raya utama, bekalan elektrik, air, lebuhraya, dan kebersihan kawasan itu sendiri. Infrastruktur di kawasan agropelancongan perlu dinaiktaraf dan dijaga dari semasa ke semasa supaya kedatangan pelancong akan bertambah setiap tahun. Kualiti infrastruktur yang perlu dinaiktaraf di kawasan pelancongan agro ialah; a. Kemudahan Pengangkutan19

Kemudahan pengangkutan merupakan perkara asas yang perlu disediakan dan diselenggara dengan baik supaya dapat memastikan kemudahsampaian para pelancong ke setiap kawasan pelancongan agro. Seperti yang telah sedia maklum, kebanyakan kawasan pelancongan agro ini terletak di kawasan luar bandar di mana keadaannya yang tidak berturap dan kurang sempurna. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu menyediakan kemudahan jalan raya utama dan jalan masuk yang baik supaya kawasan pelancongan agro ini mudah untuk dihubungkan.

b. Kemudahan Infrastruktur Kemudahan infrastruktur juga perlu dibekalkan di setiap kawasan pelancongan agro. Antaranya, bekalan air paip, tandas, elektrik dan sistem pungutan sampah yang baik. Ia memastikan keselesaan para pelancong yang bertandang ke kawasan pelancongan agro ini.

c. Kemudahan Talian Komunikasi Dewasa ini, talian telefon dan internet merupakan satu keperluan. Ia merupakan satu alat yang penting kepada kebanyakan individu. Untuk menambahkan kualiti tempat pelancongan agro di Malaysia, talian telefon dan internet perlu disediakan. Kemungkinan besar, dengan adanya talian komunikasi di kawasan pelancongan agro ini akan menjadi satu medan pelancong mempromosikan kawasan tersebut. Contohnya, para pelancong akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan terus memuat naik ke dalam laman sosial yang sangat popular kini. Secara tidak langsung, ia mempromosikan kawasan

pelancongan agro tersebut.

20

d. Persekitaran yang berkualiti dan selamat Kualiti persekitaran setiap kawasan pelancongan agro perlu diselenggara dengan baik supaya pelancong tidak serik untuk datang buat kali ke dua atau mempromosikan kepada saudara mara dan teman-teman mereka. Antara perkara yang boleh menambahkan kualiti di sesuatu kewasan pelancongan agro termasuklah tempat tinggal yang selesa serta persekitaran yang harmoni. Landskap yang cantik dan menarik juga boleh menambahkan lagi kualiti persekitaran sesuatu kawasan.

Selain itu, keselamatan juga merupakan satu aspek yang diambilkira oleh para pelancong yang datang ke sesuatu kawasan pelancongan. Oleh sebab itu, pengusaha-pengusaha pusat pelancongan agro perlu memastikan kawasan mereka selamat dari hakisan, tanah runtuh, banjir dan bencana alam yang lain. Jika ia berkemungkinan berlaku, para pengusaha perlu menyuarakan hal tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab supaya ia dapat diatasi dengan baik.

Kawasan pelancongan agro yang dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik akan dapat menarik lebih ramai pelancong bertandang di kawasan tersebut. Bagi memastikan setiap kawasan pelancongan agro mendapat sambutan yang baik dari para pelancong, keselamatan dan kualiti kawasan pelancongan agro perlu ditingkatkan.

4.5.4 Program dalam Melaksanakan Halatuju Kluster Pelancongan Agro Bagi menentukan halatuju pelancongan agro dijalankan secara kluster, terdapat beberapa program yang telah dirancang. Antara program tersebut ialah;21

i.

Mengenalpasti

Produk-produk

Pelancongan

Agro

yang

boleh

dikelompokkan menjadi satu kluster dan wilayah. Beberapa kluster yang berhampiran akan menjadi satu wilayah pelancongan agro dan ia lebih mudah untuk dibangunkan. ii. Membangunkan produk pelancongan agro dalam setiap kluster . Setiap produk pelancongan yang terlibat dalam satu-satu kluster perlu ditingkatkan sama ada dari segi kualiti atau kuantitinya. Ia bertujuan untuk memastikan tahap kepuashatian pelancong berada pada tahap maksima. iii. Mempromosikan kluster pelancongan agro di dalam pakej pelancongan. Pengelompokan pelancongan agro perlu dipromosikan secara meluas oleh pihak yang terlibat supaya pelancong tidak terlepas untuk melawati kawasan kluster pelancongan ini. iv. Menjadikan kluster sebagai salah satu cadangan dalam rancangan pembangunan seperti Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

22

Jadual 4.2 : Mekanisma Pelaksanaan Strategi Mewujudkan Kluster Pelancongan AgroAgensi pelaksana Program Kumpulan sasaran Agensi Rakan strategik Utama Mengenalpasti Produk-produk Pelancongan Agro yang boleh dikelompokkan menjadi satu kluster dan wilayah. Membangunkan produk pelancongan agro dalam setiap kluster . Semua kumpulan sasaran MOA KKLW KRAFTANGAN Jangka masa pelaksanaan 20112015

2016-2020

MOA KKLW

Kerajaan Negeri Kementerian Pelancongan Malaysia Pihak Berkuasa Tempatan

Mempromosikan kluster pelancongan agro di dalam pakej pelancongan. Menjadikan kluster sebagai salah satu cadangan dalam rancangan pembangunan seperti Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

Kementerian Pelancongan Malaysia

Pihak Berkuasa Tempatan Agensi Swasta

Kementerian Pelancongan Malaysia Kerajaan Negeri

Pihak Berkuasa Tempatan Agensi Swasta

23