buletin ppfg - official portal of ukm 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah...

16
Pusat Pengajian Fizik Gunaan Buletin PPFG Jilid 3, APRIL 2011 NO.ISSN 2180-060X PPFG MERAPAT HUBUNGAN INDUSTRI-UNIVERSITI PPFG MERAPAT HUBUNGAN INDUSTRI-UNIVERSITI MS 3 SEMINAR INTERAKSI AL-QURAN DAN BAHAN MS 4 KOLOKIUM KERJA BERKUALITI & HARI KELUARGA PPFG 2010 MS 5 HARI KELUARGA PROGRAM SAINS NUKLEAR 2010 MS 6 MAJLIS RAMAH MESRA PROGRAM SAINS NUKLEAR MS 7 SAINSTIS MUDA @ PPFG MS 10 INFO BAHASA MS 11 FASILITI @ PPFG MS 12 KARYA KREATIF MS 13 PERANAN FST DALAM MENYAHUT CABARAN ‘UKM KE ARAH SISA SIFAR’ MS 14 FENOMENA ALAM YANG MENGEMBANG & MENGECUT MENURUT AL-QURAN MS 15 Hubungan industri-universiti merupakan hubungan amat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Ini kerana IPT merupakan pengeluar modal insan yang sangat diper- lukan oleh pihak industri. Justeru bagi merapatkan hubungan antara universiti dan industri, PPFG melalui Kelab Sains Bahan telah menganjurkan lawatan industri ke kilang Tenaga Cable Industries (TCI) Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi. Lawatan yang berte- makan “Eksplorasi Alam Industri bersama Mahasiswa” ini telah berlangsung pada 1 dan 8 Oktober 2010 yang lalu. Rombongan sesi pertama Kelab Sains Bahan ini telah diiringi oleh Dr. Norisan Kamil dan En. Yusri Adzir manakala sesi kedua telah diiringi oleh En. Idris Zulkifli dan En. Yusri Adzir. Lihat halaman 3 “ Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan kami dan benar-benar mampu meluaskannya” (Surah az-Zariat, 47)

Upload: trinhliem

Post on 11-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 1

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik GunaanBuletin PPFG

Jilid 3, APRIL 2011 NO.ISSN 2180-060X

PPFG MERAPAT HUBUNGAN INDUSTRI-UNIVERSITI

PPFG MERAPAT HUBUNGAN

INDUSTRI-UNIVERSITI MS 3

SEMINAR INTERAKSI AL-QURAN DAN BAHAN

MS 4

KOLOKIUM KERJA BERKUALITI & HARI KELUARGA PPFG 2010

MS 5

HARI KELUARGA PROGRAM SAINS NUKLEAR 2010

MS 6

MAJLIS RAMAH MESRA PROGRAM SAINS NUKLEAR

MS 7

SAINSTIS MUDA @ PPFGMS 10

INFO BAHASAMS 11

FASILITI @ PPFGMS 12

KARYA KREATIFMS 13

PERANAN FST DALAM MENYAHUT CABARAN ‘UKM KE ARAH SISA SIFAR’

MS 14

FENOMENA ALAM YANG MENGEMBANG & MENGECUT

MENURUT AL-QURANMS 15

Hubungan industri-universiti merupakan hubungan amat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Ini kerana IPT merupakan pengeluar modal insan yang sangat diper-lukan oleh pihak industri.

Justeru bagi merapatkan hubungan antara universiti dan industri, PPFG melalui Kelab Sains Bahan telah menganjurkan lawatan industri ke kilang Tenaga Cable Industries (TCI) Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi. Lawatan yang berte-makan “Eksplorasi Alam Industri bersama Mahasiswa” ini telah berlangsung pada 1 dan 8 Oktober 2010 yang lalu. Rombongan sesi pertama Kelab Sains Bahan ini telah diiringi oleh Dr. Norisan Kamil dan En. Yusri Adzir manakala sesi kedua telah diiringi oleh En. Idris Zulkifli dan En. Yusri Adzir.

Lihat halaman 3

“ Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan kami dan benar-benar mampu meluaskannya”

(Surah az-Zariat, 47)

Page 2: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 2

SIDANG PENGARANGPenaung:

Dekan FST

Penasihat:Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir ([email protected])

Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Dr. Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Idris Zulkifle ([email protected])

Pereka:Roslan Din ([email protected])

Jurugambar:Tazidi Taib ([email protected])

Hj. Razali Datau ([email protected])

Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Wartawan Umum:Yusri Adzir ([email protected])

Wartawan Fizik:Wan Mohd Aimran ([email protected])

Mohd Amir Radhi bin Othman ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad

Website:

http:www.ukm.my/bulppfg

Email: [email protected]

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.w. dan selamat sejahtera.

Selain dari menjadi media perantara bagi memaklumkan ak-tiviti dan perkembangan terkini di PPFG, diharap Buletin PPFG ini akan turut dimanfaatkan bagi mereka yang ingin mengasah bakat dalam dunia penulisan popular, semi-akademik ataupun bagi mengupas isu-isu semasa tempatan dan global. Ini akan mempermudahkan lagi proses pemasyarakatan sains dan teknologi. Penerbitan Buletin PPFG dalam bentuk salinan keras dan bentuk elektronik amat berketepatan dengan gaya semasa yang bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah memudahkan lagi penyebarannya. Walaupun PPFG baru melepasi usia 10 tahun, hakikat sebenarnya ia sama usia dengan UKM. Oleh itu tidak hairanlah satu persatu peneraju awal memasuki alam persaraan. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita warga PPFG semasa untuk memastikan yang PPFG akan terus berkembang dan unggul bukan sahaja di peringkat FST dan UKM, malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Malaysia Hari Ini di TV3, TV1 pula Selamat Pagi Malaysia, Terbit sudah buletin jilid ke-3, Penuh informasi dan bergaya.

Dari Johor ke Pulau Tinggi, Naik feri ke Pulau Pinang, Rajin berusaha memajukan diri, KPI cemerlang prestasi gemilang.

Universiti Kebangsaan Malaysia universiti tempatan, Jutaan anak bangsa menjadi graduan,Sekalung tahniah kepada Dato’ Prof Dr. Roslan,Di atas anugerah Dato' dari Negeri Sembilan.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Pulau Daik bercabang tiga,Semoga PPFG terus menyerlah, Sentiasa maju untuk UKM dan negara.

Salam dari EditorDr. Norinsan Kamil Othman

Syukur Alhamdulillah kerana kita sen-tiasa dilimpahi dengan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan. Setinggi ucapan tahniah ditujukan khusus kepada Jawatankuasa Pener-bitan Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST kerana berjaya menerbitkan Bule-tin PPFG Jilid Ke 3 ini walaupun meng-hadapi kekangan tugas hakiki seharian yang semakin mencabar.

Page 3: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 3

Peserta rombongan mendengar taklimat mengenai proses

penghasilan gelung rod aluminium

Sambungan dari halaman 2..

Ini terbukti kerana PPFG bukan sahaja sering dilawati oleh pelawat luar, malah semakin ramai ahli akademik luar yang ingin menimba pengalaman melakukan sangkutan di sini. Dalam masa yang sama kita perlu menjadikan PPFG satu tempat yang menyeronokkan un-tuk bertugas. Ini akan menjadikan kita bertugas dengan penuh keikhlasan dan bukan kerana arahan atau paksaan. Sama-samalah kita berusaha untuk mencapai matlamat ini. Dengan niat bahawa tugas seharian kita adalah satu ibadat, InsyaAllah kita akan memperolehi keberkatan di atas setiap rezeki yang diterima.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi YasirPengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan.

Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh En. Nazri Majlan iaitu Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Pengurusan TCI dan beberapa jurutera muda TCI. Kami diberikan taklimat pen-genalan syarikat dan taklimat keselamatan oleh Pegawai Hubun-gan Awam TCI. Seterusnya kami diberikan topi keselamatan dan kasut khas sebelum dibenarkan melawat ke kawasan kilang.

Syarikat TCI ini merupakan sebuah anak syarikat Tenaga Na-sional Berhad (TNB) yang telah ditubuhkan pada tahun 1957 sebagai Malayan Cable Limited. Secara prinsipalnya, TCI terlibat dalam mengeluar dan mengedarkan pelbagai jenis kabel tenaga. Kebanyakan kabel yang dihasilkan digunakan oleh TNB dalam kerja-kerja pembekalan tenaga elektrik ke seluruh negara.

Dua bahagian utama yang dilawati oleh rombongan adalah bahagian Fabrikasi Rod Aluminium (FRA) dan bahagian Fab-rikasi Kabel Aluminium (FKA). Bahagian FRA, anggota rom-bongan diberi penerangan berkenaan proses fabrikasi rod alu-minium daripada proses peleburan jongkong aluminium hingga ke produk akhir iaitu gelungan rod aluminium. Kami seterusnya dibawa melawat dan diberi penerangan tentang setiap pering-kat pemprosesan. Peringkat pemprosesan yang paling menarik perhatian adalah proses peleburan aluminium di relau besar, di mana kami dapat melihat leburan aluminium berwarna merah yang sudah tentunya amat panas.

Bahagian kedua yang dilawati adalah bahagian FKA. Di bahagian ini, gelungan rod yang terhasil di bahagian FRA diproses untuk mengecilkan lagi diameter rod kepada saiz yang diperlukan. Rod-rod halus ini akan dipintal menjadi kabel. Kemudian Pintalan kabel ini kemudiannya disalut dengan beberapa lapisan penebat fabrik dan polimer. Tiga lapisan penebat polimer ini di salut se-cara serentak dengan menggunakan mesin acuan suntikan 3 pengisi manakala ketebalan salutan pula dikawal oleh pengim-bas sinar-x.

Diakhir aturcara, anggota rombongan berkumpul semula di bahagian foyer kilang dan diberi taklimat akhir. Anggota rom-bongan melalui Dr. Norinsan mengucapkan ribuan terima kasih kepad pihak kilang yang telah sudi menerima kunjungan pelajar PPFG dan perbincangan mengenai kemungkinan adanya ker-jasama dalam bentuk latihan industri juga telah diadakan.

Kunjungan ke kilang TCI ini telah menghasilkan impak positif dalam mengukuhkan ikatan universiti-industri yang sememang-nya amat dititikberatkan oleh pihak universiti. Semoga lawatan kali ini akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk melakukan lawatan ke industri-industri lain pula.

Jurutera TCI memberi penerangan mengenai proses penghasilan gelung kabel aluminium

Oleh: Yusri AdzirPPFG MERAPAT HUBUNGAN INDUSTRI-UNIVERSITI

Page 4: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 4

Prof. Dr. Khalijah sedang memberikan penghujahan beliau.

Salah satu cabang sains yang sedang hangat diperkatakan oleh para cedekiawan sains adalah suatu bidang yang dikenali sebagai Sains Tauhidik. Sains Tauhidik merujuk ke-pada sains yang berteraskan konsep tauhid yang pada dasarnya adalah konsep ketu-hanan. Ini bermakna apabila suatu proses ujikaji atau pemerhatian sains dilakukan, tid-ak akan dipisahkan kegiatan sains tersebut daripada konsep ketuhanan. Konsep-konsep sains yang dikaji, dicerap dan dirumuskan, disepadukan dengan konsep ketuhanan.

Menyedari kepentingan konsep Sains Tauhidik ini di kalangan komuniti ahli saintis dan masyarakat, Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) dan Kumpulan Pen-gajaran Sains Tauhidik telah menganjur-kan Seminar Interaksi Quran Dan Bahan.

Seminar ini telah berlangsung pada 23 September 2010 yang lalu bertempat di Bilik Seminar Siswazah PPFG. Seminar in telah disam-paikan oleh Prof. Dr. Khalijah Mohd. Salleh dan telah dihadiri oleh seramai 35 orang yang terdiri daripada kakitangan dan para pelajar.

Seminar telah dimulai dengan penerangan secara ringkas berkenaan konsep Sains Tauhidik. Seterusnya Prof. Dr. Khalijah telah menge-mukakan beberapa ayat al-Quran yang menerangkan tentang peranan dan kepentingan al-Quran dalam kehidupan manusia. Satu penyataan tesis iaitu al-Quran mempunyai tenaga dan hujah-hujahnya telah dibentangkan. Satu persoalan dibangkitkan iaitu apakah kesan tenaga al-Quran terhadap bahan dan persoalan ini telah diterangkan oleh Prof. Dr. Khalijah dengan begitu meyakinkan sekali.

Sesi pembentangan ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlang-sung agak panas tetapi berakhir dengan kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. Selepas itu berlangsung sesi perbincangan tertutup antara beberapa peserta yang ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut dengan Prof. Dr. Khalijah.

Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim bersama para peserta sedang khusyuk mendengar pembentangan.

Oleh: Yusri Adzir

“ Al-Quran mempunyai tenaga. Wujud

interaksi diantara tenaga Al-Quran dan

bahan seperti air, tumbuhan, haiwan dan

manusia”

Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh

SEMINAR INTERAKSI QURAN DAN BAHAN

Page 5: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 5

Oleh: Hani Azlin Hussin Saukat

Universiti Kebangsaan Malaysia kini di ambang transformasi dan telah membuka satu lagi era perubahan terhadapan pen-capaiannya. Gagasan “Satu Malaysia, Pencapaian Diutama-kan” menepati tujahan perubahan UKM. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, universiti khasnya harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pembentukkan budaya kerja cemerlang dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan. Cemerlang mengikut Kamus Sistem (1982) pula bermaksud berkilauan, bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987) pula, kecemerlangan membawa maksud hal atau keadaan cemerlang atau kegemi-langan. Kecemerlangan merupakan pencapaian terhadap sesuatu hasil kerja yang berjaya membawa sesuatu pihak atau organisasi ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi, budaya kerja cemerlang amat penting diterapkan dalam kalangan pemimpin dan kakitangan di bawah kawalannya. Budaya kerja merupakan satu kumpulan nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang diterima oleh seseorang atau sesuatu kumpulan sebagai amalan ketika men-jalankan tugas atau tanggungjawab yang diamanahkan. Kece-merlangan sesebuah organisasi hanya boleh dicapai apabila mendapat sokongan secara bersepadu dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat.

Justeru itu, Fakulti Sains dan Teknologi sentiasa mendokong proses transformasi ini dan berusaha untuk meningkatkan kual-iti kerja di kalangan kakitangan akademik dan sokongan dalam usaha memacu UKM ke arah kecemerlangan dalam bidang penyelidikan di persada antarabangsa. Dalam menjayakan us-aha ini, pengukuhan dan pemantapan budaya kerja berkualiti di kalangan ahli khususnya warga Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Di samping amalan kerja berkualiti, kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada ahli yang bermotivasi tinggi dan cemerlang, dan seterusnya akan membawa Pusat Pengajian Fizik Gunaan dan Fakulti ke arah kejayaan yang gemilang.

Kolokium Kerja Berkualiti dan Hari Keluarga Pusat Penga-jian Fizik Gunaan 2010 telah diadakan pada 18-19 Jun 2010 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Objektif dan matlamatnya jelas untuk meningkatkan kesedaran warga PPFG dalam mengamal budaya kerja berkualiti serta meng-galakkan semangat motivasi kerja dalam meneroka ruang untuk kecemerlangan. Kesempatan yang diberikan ini tidak disia-siakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga PPFG dah ahli keluarga yang hadir.

Sesi Kolokium dimulakan dengan perbincangan ahli berk-enaan 10 perkara atau kajian kes. Aktiviti seterusnya adalah sesi forum yang dipengerusikan oleh Dr. Norinsan Ka-mil Othman dengan panel-panelnya terdiri daripada Prof. Dr. Abd Razak Daud dan Prof. Dr. Shahidan Radiman.

Antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Pusat Pengajian, pengemaskinian laman sesawang PPFG, pener-bitan Buletin PPFG, penubuhan Tabung Kebajikan PPFG, perkongsian Kepakaran dan Ilmu melalui ceramah ke sekolah, program kerohanian seperti tazkirah dan sambutan maulidur rasul, pengagihan tugas kakitangan makmal dan sokongan dan program keceriaan ruang kerja dan makmal seperti Aktiviti 5S. Hasil perbincangan ini perlu diperhalusi dan diperkemaskan lagi bagi menghasilkan satu formula ke arah penyelesaian dan seterusnya penggerak ke arah generasi UKM yang lebih ter-pandu dan berdaya saing secara global.

Sesi kolokium diteruskan dengan aktiviti riadah bersama semua warga PPFG dan keluarga masing-masing melalui aktiviti su-kaneka pada sebelah petangnya. Aktiviti riadah seperti ini dapat merapatkan jurang dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan ahli akademik dan kakitangan sokongan. Kesempatan seperti inilah yang perlu dimanfaatkan untuk beramah mesra dan berkenal-kenalan bersama keluarga rakan seperjuangan di tempat kerja. Pelbagai acara menarik memenuhi program yang diadakan selama dua hari satu malam itu bagi memberi peluang kepada kakitangan bergembira bersama keluarga di Bukit Gambang Resorts City, Pahang ini. Antara acara diadakan termasuk pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna, Ja-muan Makan Malam dan aktiviti bebas di Taman Tema Air Bukit Gambang Resort. Justeru itu, program seperti ini diharapkan akan diteruskan untuk masa akan datang dan dijadikan acara tahunan setiap tahun.

Destinasi tuju tidak terhalang Pulau jauh dipenuhi hutan Prestasi organisasi jadi cemerlang Nama muncul jadi sebutan

Di Bandar Bangi tergilap permata Terbang tinggi si burung helang Khidmat kualiti keutamaan kita Organisasi terbilang dan cemerlang

Terbang tekukur tinggi di awan Hinggap sihelang dipokok delima Tolak ansur jadikan amalan Kasih dan sayang di jalin bersama

Ku tanam-tanam padi seladang Malang nasibku lalang yang jadi Andai ada masa yang terluang Salam hormat berjumpa lagi

KOLOKIUM KERJA BERKUALITI DAN HARI KELUARGA PPFG 2010

Page 6: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 6

Peserta persidangan mendengar syarahan daripada pembentangan kertas kerja.

Ni mak ke anak yang masuk pertandingan

Berlari tapi gaya menari...

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Hari Keluarga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Sains Nuklear 2010 yang diadakan pada 25 dan 26 Disember 2010 yang lalu meninggalkan kenangan manis kepada

lebih 15 kakitangan berserta keluarga masing-masing.

Peluang membawa keluarga bergembira setelah penat bekerja sepanjang tahun lalu tidak disia-siakan oleh kakitangan Pro-gram Sains Nuklear. Turut hadir, Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya Dr. Muhammad Samudi Yasir dan Ketua Program Sains Nuklear, Prof. Madya Dr. Redzuwan Ya-haya beserta keluarga.

Hari Keluarga kali ini mengambil tempat di Taman Tema Melaka Wonderland, Melaka dimulakan dengan pelbagai aktiviti me-narik untuk seisi keluarga. Antaranya perlumbaan luncur air Kamikaze bagi kategori dewasa yang mana acara tersebut di-menangi oleh Dr. Irman Abdul Rahman. Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka untuk kanak-kanak, dewasa dan juga untuk seisi keluarga. Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan majlis makan malam di Medan Ikan Bakar Para-meswara, Umbai Melaka dan kesemua peserta kemudiannya bermalam di Hotel Seri Malaysia Air Keroh.

Hari berikutnya diteruskan dengan acara bebas di sekitar hotel penginapan yang mana semua peserta hari keluarga berpe-luang bertemu, berbual dan berkenalan dalam suasana yang lebih santai. Aktiviti berakhir pada sebelah tengahari apabila para peserta mula bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Hari Keluarga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Sains Nuklear 2010 kali ini dilihat berjaya memupuk silaturahim dan keakraban antara kakitangan dan keluarga dalam sebuah keluarga besar Sains Nuklear.

Pihak penganjur berharap dapat meneruskan program seperti ini lagi pada masa akan datang.

HARI KELUARGA PROGRAM SAINS NUKLEAR 2010

Page 7: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 7

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Dekan bergambar bersama dengan delegasi KEPCO International Nuclear Graduate School, Korea

“Graduan perlu ada nilai tambah disamping keputusan akademik yang cemerlang untuk

memasuki pasaran pekerjaan,” kata Tim-balan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi,

Prof. Dr. Shahidan bin Radiman.

Program ini merupakan kesinambungan dari tahun lalu dan merupakan program tahunan Program Sains Nuklear. Hampir semua grad-uan yang hadir telah berjaya memasuki pasaran pekerjaan dan ada diantaranya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.

Program bersempena Majlis Konvokesyen UKM ke 38 ini diatur bagi memberi peluang kepada para graduan, ibubapa dan kakitangan beramah mesra dan berkenalan. Disamping itu, ia juga merupakan medium penting untuk mendapatkan maklum balas mengenai Pro-gram Sains Nuklear yang telah menjangkau usia lebih 30 tahun.

Hasil maklum balas dari program ini akan dijadikan rujukan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan penambahbaikan bagi melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.

Beliau berucap demikian ketika perasmian Majlis Ramah Mes-ra Graduan, Ibubapa dan Kakitangan Program Sains Nuklear pada 10 OGOS 2010 lalu, beliau menyarankan supaya graduan Program Sains Nuklear melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi menambah nilai serta memenuhi keperluan dalam pasaran pekerjaan.

Bertempat di Foyer Bangunan Sains Nuklear, majlis ini meneri-ma kehadiran seramai 19 orang Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Nuklear beserta ibubapa masing-masing, pensyarah dan kakitangan sokongan.

1 November 2010, bertempat di Dewan Senat Universiti Kebangsaan Malaysia, satu syarahan umum bertajuk NUCLEAR PANACEA: The Role of Higher Education and Research in Nuclear Power telah berlangsung dengan dihadiri oleh peserta dari dalam UKM dan juga agensi-agensi luar.

NUCLEAR PANACEA

Syarahan disampaikan oleh H. E. Prof Dr. KunMo Chung , Pengerusi, Founding Commission of KEPCO International Nu-clear Graduate School, Korea ini telah memberikan banyak in-put dan pendedahan secara amnya kepada Malaysia mengenai cabaran dan dan potensi yang boleh menjadi pilihan berkaitan sumber dan tenaga elektrik serta penggunaannya pada masa depan.

Salah satu dari isu yang dibincangkan adalah berkenaan Nu-clear Ranaissance dan Smart Grid yang mana ia merupakan pendekatan menarik dalam pembangunan tenaga hijau di Ko-rea. Perbincangan juga menekankan tentang kepentingan pem-bangunan sumber manusia dalam menghadapi cabaran dan perlaksanaan potensi-potensi tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan Prof. Madya Dr. Muhammad Samudi Yasir dan Ketua Program Sains Nuklear, Prof. Madya Dr. Redzuwan Yahaya. Manakala wakil-wakil dari luar UKM adalah dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), wakil universiti-univer-siti tempatan dan banyak lagi.

MAJLIS RAMAH MESRA PROGRAM SAINS NUKLEAR

Page 8: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 8

Kolokium Kerja Berkualiti dan Hari Keluarga PPFG 2010

Hari Keluarga Program Sains Nuklear 2010

Peranan FST dalam menyahut cabaran ‘‘UKM ke Arah Kampus Sisa Sifar”

AKTIVITI PPFG

Page 9: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 9

PPFG Merapat Hubungan Industri-Universiti

Nuclear Panacea

Seminar Interaksi Quran dan Bahan

AKTIVITI PPFG

Page 10: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 10

Konvokesyen, Universiti Malaya.

Oleh: Yusri Adzir

Buletin PPFG kali ini berpeluang untuk menemuramah seorang lagi saintis muda yang bernaung di PPFG iaitu Dr. Rozidawati Awang. Ikuti temubual wartawan umum PPFG dengan beliau.

Wartawan : Assalamualaikum. Terima kasih kerana Dr. sudi ditemuramah untuk ruangan Saintis Muda@PPFG kali ini.Dr. Rozidawati: Waalaikumussalam. Sama-sama.

Boleh Dr. berikan sedikit latar belakang pendidikan Dr.?Pendidikan menengah bermula di MRSM Kuala Terengganu. Memperolehi Ijazah Sarjanamuda dan Sarjana di UKM. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah matrikulasi di Kolej Pelajaran MARA, Bangi selama 2 tahun sebelum menyertai dan bertu-gas sebagai Tutor di UKM pada Mei 2002. Bersama UKM, saya kemudiannya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya dan selesai pada Februari 2009. Alhamdulillah, saya telah dilantik sebagai Pen-syarah Kanan seterusnya merealisasikan impian ibu.

Sedikit latar belakang keluarga?Saya merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik. Bapa kini ialah pesara daripada jawatan Pegawai Perhutanan dan ibu surirumah. Saya berkahwin pada 1997 dan dikurniakan seorang cahayamata, Aimann.

Bidang kepakaran Dr.?Saya telah didedahkan kepada Fizik Keadaan Pepejal/ Fizik Ba-han sejak menekuni pra-siswazah. Kini minat saya lebih menju-rus kepada penyelidikan berasaskan filem nipis, sejajar dengan perkembangan bidang Nanoteknologi.

Selain dari bidang kepakaran tersebut, apakah bidang lain yang menjadi tumpuan Dr.?Selain daripada itu, saya mengkaji sifat fizik bahan seramik piezoelektrik untuk aplikasi sebagai bahan sensor. Saya turut didedahkan dengan bidang Sains Tauhidik dan terlibat dengan pengajaran kursus Sejarah dan Falsafah Sains di FST.

Adakah Dr. terlibat dengan badan profesional, per-satuan atau NGO?Saya merupakan ahli berdaftar kepada badan profesional antarabangsa, Material Research Society (ICMAT2009/MRS-1567) dan kebangsaan, Malaysian Solid State Science and Technology Society (MASS 262). Saya turut terlibat dengan penganjuran ISESCO International Workshop and Conference on Nanotechnology 2010 (IWCN2010).

Perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Setakat ini saya telah mengetuai dua projek penyelidikan iaitu Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Geran Galakan Penyelidik Muda UKM. Kedua-dua geran tersebut menjurus ke-pada kajian bahan seramik piezoelektrik untuk aplikasi sensor. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan geran penyelidikan lain untuk meneruskan penyelidikan dalam bidang berasaskan filem nipis yang merupakan kesinambungan projek penyelid-ikan di peringkat PhD.

Boleh Dr. berikan pendapat Dr. tentang perkemban-gan Sains dan Teknologi (S&T) di Malaysia?Saya sangat teruja dengan perkembangan Sains dan Teknologi di Malaysia yang semakin berkembang dan mendapat sokon-gan positif daripada pelbagai pihak. Namun begitu, faktor kewangan dan prasarana mengekang sebahagian penyelidikan untuk berdiri sama tinggi dengan hasil penyelidikan di negara-negara maju yang lain. Walaubagaimanapun, saya berbangga menjadi sebahagian daripada ahli akademik dan ahli sains yang sedang berusaha memartabatkan Sains dan Teknologi di Ma-laysia.

Boleh berikan pandangan Dr. tentang budaya kerja di PPFG dan pendapat Dr. tentang bagaimana proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di PPFG dapat ditingkatkan.Setiap ahli tidak mampu untuk bekerja sendirian maka budaya kerja yang positif sangat memerlukan sokongan daripada setiap peringkat ahli di PPFG. Proses pembelajaran dan pengajaran memerlukan suasana yang sesuai dan selesa. Keperluan pras-arana asas perlu dititikberatkan agar suasana sedemikian dipe-rolehi. Yang pastinya, dengan sikap penuh tanggungjawab ter-hadap setiap amanah yang diberikan akan menerbitkan budaya kerja cemerlang dan menghasilkan modal insan yang produktif.

Siapakah personaliti yang menjadi idola Dr.?Saya amat kagum dengan perjuangan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan semestinya insan teristimewa bag-inda, Saidatina Khadijah r.a.

Moto atau falsafah hidup Dr.?“It’s nice to be important. But it more important to be NICE”

Alhamdulillah. Temubual kita berakhir di sini dan saya diucap-kan selamat maju jaya buat Dr.

Terima kasih.

SAINSTIS MUDA @ PPFG

Page 11: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 11

Buletin PPFG kali ini membawakan satu segmen khas iaitu Info Bahasa. Kita selalu menggunakan perkataan-perkataan di bawah tetapi selalunya silap dalam penggunaan dan tatabahasanya. Selamat memperbetulkan bahasa..

Ejaan

aturcara sepatutnya atur caragambarajah sepatutnya gambar rajahisipadu sepatutnya isi padupembolehubah sepatutnya pemboleh ubahrekabentuk sepatutnya reka bentuktindakbalas sepatutnya tindak balasujikaji sepatutnya uji kajiambilkira sepatutnya ambil kirakenalpasti sepatutnya kenal pastisenibina sepatutnya seni binasoalselidik sepatutnya soal selidiktemuduga sepatutnya temu dugaubahsuai sepatutnya ubah suaiefisyen sepatutnya efisien atau cekapmonsoon sepatutnya monsunprotin sepatutnya proteinspesis sepatutnya spesiesdiatas sepatutnya di ataskeatas sepatutnya ke atasdi ambil sepatutnya diambildi tempatkan sepatutnya ditempatkanke 5 sepatutnya ke-5

Inggerisnya..ce/se jadi..s:

ambulan sepatutnya ambulansinferen sepatutnya inferensinsuran sepatutnya insuransrespon sepatutnya respons

kata imbuhan atau awalan: infra, juru, mikro, multi, pra, pasca, swa, tata, ultra

infra merah sepatutnya infranerahjuru rawat sepatutnya jururawatkakisan bio sepatutnya biokakisanmikro gelombang sepatutnya mikrogelombangmulti criteria sepatutnya multikriteriumpra syarat sepatutnya prasyaratpasca siswazah sepatutnya pascasiswazahswa hapus sepatutnya swahapusswa layan sepatutnya swalayantata cara sepatutnya tatacaraultra lembayung sepatutnya ultralembayungultra pantas sepatutnya ultrapantas

Perkataan yang bermula dengan huruf t, apabila menerima penambahan men-, huruf t tersebut digugurkan seperti:

men-+tangkap jadi menangkapmen-+tangguk jadi menangguk

kecuali perkataan yang berasal daripada perkataan Arab.

men-+tafsir sepatutnya mentafsirmenafsir sepatutnya mentafsirmenerjemah sepatutnya menterjemahmempastikan sepatutnya memastikanpengkelasan sepatutnya pengelasankebanyakkannya sepatutnya kebanyakannya#pendopan sepatutnya pengedopan#mengkod sepatutnya mengekod

Petikan daripada SENADA September 2010

INFO BAHASA

Page 12: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 12

Oleh: Yusri Adzir

Mesin ini berkeupayaan untuk untuk membentuk dan meng-hasilkan produk plastik mengikut spesifikasi acuan. Boleh menghasilakn produk untuk pelbagai jenis bahan polimer dan komposit.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:1. Prof. Madya Dr. Rozaidi Rasid [email protected] (03-89213849)2. En. Muhd Syukri Zakaria [email protected] (03-89213471)Lokasi: Makmal Injection Moulding (B104) Bangunan Kimia

VSM digunakan untuk mengkaji sifat magnet suatu bahan. Alat ini adalah yang paling sensitif di dalam kelasnya dan menguji sifat kemagnetan pada julat suhu -269 oC hingga 1000 oC.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:1. Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad2. Pn. Hani Azlin Hussin Shaukat (03-89215891)Lokasi: Makmal Kemagnetan (G107) Bangunan Fizik

DSC adalah suatu teknik pencirian terma yang mengukur perbezaan haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan. Alat ini boleh mengukur takat lebur, suhu peralihan kaca, suhu pengkristalan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:1. Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad2. En. Yaakub Yasin [email protected] (03-89214085)Lokasi: Makmal Analisis TGA dan DSC (L1117A) Bangunan Fizik

XRD adalah suatu kaedah penyelidikan untuk mengkaji struktur kristal, komposisi kimia dan sifat fizikal sesuatu bahan melalui belauan sinar –X.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:1. Dr. Mohamad Hafizuddin Hj. Jumali [email protected] (03-89215898)2. En. Zailan Mohd Yusof (03-89215888)Lokasi: Makmal Pencirian XRD (1120) Fizik

FASILITI @ PPFG

MESIN PEMBELAUAN SINAR-X (XRD) MESIN ACUAN SUNTIKAN (INJECTION MOULDING)

MAGNETOMETER SAMPEL BERGETAR (VSM)

KALORIMETRI PEMBEZA IMBASAN (DSC)

Page 13: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 13

Oleh: Yusri Adzir

BILA RASULULLAH DATANG BERTAMU..

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita….

Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apakah yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan rasa sangat bahagia yang tidak terucap dengan kata dan memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kita tentunya akan meminta dan ber-harap sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu akan tersenyum....

TAPI……Barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu se-bentar di depan pintu kerana kita teringat DVD 18XXX yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum........

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita separuh telan-jang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.

Baginda tetap tersenyum……

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di belakang pintu dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tetap tersenyum.......

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia mengi-nap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai mendidik anak-anak kita.

Baginda tetap tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengeta-hui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi amat mengenali artis-artis AF, Malaysian Idol dan sebagainya.

Baginda tentu tersenyum…..

Barangkali kita menjadi malu bahawa di atas meja ruang tamu kita bersepah-sepah dengan majalah artis bertelanjang seperti Mangga dan URTV.

Baginda tentu tersenyum....

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan di ru-mah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk ber-hadapan dengan Rasulullah SAW.

Baginda tetap tersenyum........

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi ka-raoke kita dan anak-anak kita. Ke mana kita harus menyingkir-kan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Baginda tetap tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib, kelu-arga kita masih sibuk di hadapan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita un-tuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat. Barang-kali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang mem-baca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal jiran tetangga kita.

Baginda tetap tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari mele-wati di hadapan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat imam mas-jid di kampung kita.

Betapa senyum baginda masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita......

Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjun-gan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana kerana hal itu akan mem-buatkan kita sangat kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.....Masihkah baginda tersenyum?Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir......?Oh!!! Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah....

KARYA KREATIF

Page 14: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 14

Oleh:Rokiah Mohamed Yasin

Fakulti Sains Dan Teknologi (FST) merupakan salah satu daripada fakulti yang banyak memberikan sumbangan dalam menjadikan UKM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan secara meluas sudah pasti meli-batkan pembuangan sisa. Pembuangan yang tidak dapat die-lakkan ini memerlukan pengurusan pembuangan sisa terjadual untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja serta bagi menjaga alam sekitar termasuk persekitaran tempat bekerja. Pengurusan ini adalah perlu untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi menjamin keselesaan dan men-jadikan tempat bekerja itu selamat.

UKM sebagai sebuah institusi yang prihatin telah melancarkan program Kampus Sisa Sifar bermula pada tahun 2009. Hasil kerjasama dengan Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. UKM kampus Bangi telah berjaya mengurangkan 11% sisa pepejal iaitu se-banyak 176 tan sisa yang dijanakan pada Julai 2009 berband-ing 156 tan pada Ogos 2009. Pelupusan sisa terjadual adalah satu cara untuk menghapuskan bahan sisa buangan atau lebi-han dengan betul dan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sisa ditakrifkan sebagai apa-apa buangan yang boleh diklasifikasikan sebagai berbahaya jika ia mempunyai satu atau lebih daripada sifat berikut: reaktif, menghakis, toksik, sifat mam-pu nyala dan bakar (ignitiability) serta yang boleh menyebabkan infeksi. Jenis-jenis sisa dikeluarkan oleh makmal di FST yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan penyelidikan, keban-yakannya terdiri daripada sisa dalam bentuk pepejal, cecair, gas, bahan kimia, bahan tamat tempoh (expired) dan hasil penyelidikan yang tidak boleh digunapakai lagi. Pejabat Kesela-matan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia segala aktiviti pelu-pusan buangan terjadual di UKM yang meliputi Kampus UKM Induk Bangi dan Kampus UKM Kuala Lumpur. Pembuangan sisa terjadual dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Maklumat mengenai kuantiti serta jenis sisa perlu dimaklumkan oleh pusat pengajian kepada PKKP. PKKP telah membuat kawal selia ini mulai daripada tahun 2000. Berpandukan kepada rekod yang lalu kuantiti buangan sisa terjadual di UKM didapati semakin bertambah setiap tahun untuk Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur. Contohnya seperti pelupusan keseluruhan bagi tahun 2008 ialah sebanyak RM 60,306.10 untuk melupuskan sisa terjadual seberat 14.12 tan metrik. Pada tahun 2009 pula kos pelupusan sisa didapati meningkat kepada RM 80,492.34 untuk seberat 16.42 tan metrik. Ini menunjukkan bahawa UKM telah membelanjakan puluhan ribu ringgit setiap tahun untuk menguruskan pelupusan buangan sisa terjadual.

Kos pelupusan sisa bergantung kepada berat dan kuantiti palet (barrel). Ini bermakna pengurangan sisa buangan akan dapat menjimatkan kos pelupusan. Kos proses pelupusan bagi sisa bahan kimia yang terdiri daripada kelas yang sama adalah lebih rendah. Beberapa cadangan pengurangan sisa terjadual perlu difikirkan bersama oleh pihak pengeluar sisa di FST. Langkah-langkah seperti pembelian yang tidak terancang atau melebihi penggunaan perlu dititik beratkan. Sekiranya terdapat lebihan peralatan pakai habis atau bahan kimia, hebahan maklumat serta rundingan hendaklah dibuat kepada penyelidik-penyelidik lain.

Di samping itu, penstoran dan penyimpanan bahan perlu di urus dengan sistematik di fakulti supaya tidak berlakunya pem-baziran. Kesemua bahan pakai habis perlu disimpan dalam bekas atau diletakkan pada tempat yang sesuai serta dilabel su-paya mudah dicapai dan tidak berlaku kesilapan. Kualiti bahan kimia juga adalah lebih terjamin dan tidak tercemar. Kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan penstoran bahan kimia di pusat pengajian perlu selalu membuat semakan berkala serta memaklumkan kepada penyelidik tentang bahan yang terdapat distor. Ini dapat mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh digunakan. Selain daripada itu, pihak jabatan atau mak-mal perlu mempunyai inventori bahan kimia secara berpusat di fakulti untuk mengawal pembelian dan mengelakkan daripada pembelian berlebihan.

Proses pengurusan sisa terjadual sedia ada adalah seperti berikut :

1. Persediaan sebelum pelupusan dibuat oleh pihak pengeluar sisa seperti melabel dan menyediakan kakitangan yang akan terlibat dalam pengurusan sisa.2. PKKP akan mendapatkan sebut harga daripada pembekal yang berlesen untuk bahan lupus dan bahan kitar semula.3. Tarikh hari pelupusan di tetapkan oleh pihak PKKP.4. Sisa yang telah dimuatkan ke dalam palet mengikut kelasnya akan dihantar ke tempat pelupusan sisa di pusat penguru- san sisa berjadual Waste Management Center, Bukit Pelan- dok, Negeri Sembilan.

Semua sisa makmal berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jika tidak diurus dengan baik. Pengendal-ian yang betul dan selamat dapat menjamin keselamatan, kesi-hatan dan kebajikan pekerja. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan makmal perlu diberikan pendedahan tentang ama-lan makmal yang baik. Pihak pengurusan perlu peka terhadap latihan yang diperlukan oleh setiap kakitangan makmal dengan mengadakan kursus berkaitan pengurusan pelupusan dan pen-gendalian bahan kimia. Peralatan perlindungan diri semasa peroses pelupusan juga hendaklah disediakan. Segala arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dipatuhi oleh setiap kakitangan bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Lihat halaman 15

Pengasingan sisa terjadual

mengikut kelas

PERANAN FST DALAM MENYAHUT CABARAN ‘UKM KE ARAH KAMPUS SISA SIFAR’

Page 15: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 15

“ Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan benar-benar mampu meluaskannya.”(Surah az-Zariat, 47)

“(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya.”

(Surah al-Anbiya,108)

Ahli-ahli astronomi dan astrofizik dari seluruh dunia sedang aktif mengkaji tentang bagaimana alam ini bermula. Pelbagai teori dikemukan dan yang paling masyhur adalah Teori Letupan Be-sar atau The Big Bang. Malah mereka sedang giat untuk mem-buktikan kebenaran teori ini melalui suatu eksperimen raksasa yang dipanggil ekperimen The Large Hidron Collider. Mereka ingin mengetahui apa yang berlaku sejurus selepas letupan be-sar itu berlaku.

Namun, lebih kurang 1400 yang lepas, Allah s.w.t telah me-wahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang bagaimana alam ini bermula melalui satu ayat di dalam surah al-Anbia. Ayat ke 30 dalam surah tersebut menyatakan:

Beliau mengukur jarak relatif dengan mengukur kadar kejelasan sekumpulan bintang yang dinamakan Cepheips di setiap galak-si. Apabila beliau melakarkan graf redshift melawan jarak rela-tif, beliau menemui bahawa redshift galaksi-galaksi yang jauh bertambah secara linear dengan jaraknya. Ini menunjukkan ba-hawa alam ini mengembang. Penemuan ini bertepatan dengan ayat al-Quran surah az-Zariyat ayat 47 di atas.

Apabila ahli sains mengetahui bahawa alam ini mengembang sudah tentu ini mengembang dari sesuatu yang kecil dan pada suatu titik tertentu. Maka pendapat mereka ini bertepatan pula dengan ayat al-Quran surah al-Anbia ayat 30.

Alam semesta yang mengembang ini adalah bersifat sementara dan berpenghujung. Persamaan-persamaan yang digunakan untuk alam semesta yang mengembang ini boleh digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku kepada alam semes-ta ini. Diramalkan bahawa alam ini akan mengalami salah satu daripada 3 perkara iaitu mengembang, statik atau mengempis. Perkara yang disepakati oleh ramai ahli sains tentang kesu-dahan alam ini adalah alam ini akan mengalami pengempisan kerana tarikan graviti.

Fenomena yang akan berlaku kepada alam ini telah Allah nyatakan pada ayat surah al-Anbiya ayat 108 seperti di atas. Menurut tafsir Ibnu Katsir, maksud ‘kami akan gulung langit sebagai menggulung lembaran kertas’ ialah langit akan digulung seperti menggulung lembaran sijil (skrol). Ahli-ahli sains menamakan peristiwa tersebut sebagai The Big Crunch.

Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa-peristiwa alam di atas? Mari kita renung-renungkan sejenak tentang kebesaran, kebenaran dan kehebatan Allah s.w.t.

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua dahulu adalah satu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan dari air Kami jadikan segala sesuatu

yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak jua ber-iman?”

Tafsir Ibnu Katsir menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan langit dan bumi pada suatu masa dahulu adalah suatu yang padu ialah pada mulanya kedua-duanya adalah satu unit, bergandingan antara satu sama lain dan berlapis dan kemudian Allah memisahkannya dan menjadikannya tujuh lapis langit dan bumi. Adakah kenyataan Allah ini hanya kebetulan sahaja atau ia adalah satu tanda tentang kebesaran dan kebenaran Allah?

Pada tahun 1929, seorang ahli astronomi bernama Edwin Huble menemui satu penemuan penting yang menjawap per-soalan apakah yang berlaku kepada alam ini. Statikkah atau ia mengembang dan membesar? Dapatan beliau menyatakan bahawa alam ini mengembang. Beliau membuat pengukuran apa yang dinamakan sebagai Redshift beberapa galaksi.

FENOMENA ALAM YANG MENGEMBANG DAN MENGECUT MENURUT AL-QURAN

Sambungan dari halaman 14

Kerjasama antara kakitangan makmal di FST memang telah se-dia wujud yang mana peminjaman peralatan kaca atau bahan kimia daripada makmal pusat yang lain biasa berlaku bila dalam keadaan terdesak. Proses pemulangan atau penggantian se-mula peralatan atau bahan kimia yang dipinjam akan dibuat se-cepat mungkin. Oleh itu cadangan untuk mewujudkan inventori bahan kimia, peralatan kaca dan peralatan pakai habis yang lain secara berpusat dan bersistematik adalah jalan terbaik un-tuk menyelesaikan masalah ini.

Amalan makmal yang baik mestilah dipraktikkan secara berter-usan walaupun kesannya tidak boleh dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Kerjasama daripada pihak fakulti, pusat penga-jian dan semua kakitangan makmal adalah amat diperlukan. Sekiranya persekitaran tempat bekerja adalah selamat, ini akan memberikan keselesaan serta kepuasan bekerja kepada setiap individu di FST khasnya dan UKM amnya. Hasil daripada ini kita juga mengharapkan agar FST dapat memberikan sumban-gan bagi melaksanakan cabaran UKM Ke Arah Kampus Sisa Sifar.

SAINS DAN AL-QURAN Oleh: Yusri Adzir

Page 16: Buletin PPFG - Official Portal of UKM 3.pdf · 2017-06-16 · kepuasan jelas terpancar dari wajah se-tiap peserta. ... bercahaya dengan terang, sangat baik dan sangat indah. Manakala

Buletin PPFG • 16

10

86

2214

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Bab dalam buku Jurnal Prosiding/Pascasidang Kertas Seminar/Persidangan

GERAN PENYELIDIKAN PPFG 2010Bil Geran Penyelidik Bilangan Permohonan Yang

LulusJumlah Lulus

1 Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 4 197,200.00

2 Geran galakan Penyelidik Muda Pusingan (GGPM) 7 242,600.00

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

SELAMAT BERSARA

En. Abd. Mutalib bin Bulin Prof. Dr. Ibrahim Abu Talib

Puan Siti Hawa Bt. Saharin, Pembantu Setiausaha Pejabat (KUP), Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST telah kembali ke rahmatullah pada 27 November 2010 (Sabtu). Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di

kalangan orang-orang yang solehah.

Puan Habshah Baba

A-FATIHAH

STATISTIK PENERBITAN PPFG 2010

1. Prof. Dr. Sahrim Ahmad - sebagai Dekan FST2. Prof. Dr. Shahidan Radiman - sebagai Timbalan Dekan

Prasiswazah3. Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir - sebagai

Pengerusi PPFG4. Prof. Madya Dr. Rozaidi Rasid- Pensyarah DS54

5. En.Yusri bin Adzir-Pensyarah Universiti DS456. Pn. Nurul Shazana Abdul Hamid- Pensyarah DS45

7. En. Aznan Fazli Ismail - Pensyarah DS458. Dr. Faizal Mohamed-Penyelaras Keselamatan Industri9. Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor- Anugerah DBNS

10. En. Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil- E-Pembelajaran UKM (Kategori Kursus Paling Aktif)

11. En. Mohd Nizam Mohamed - Pembantu Makmal C22 (KUP)

12. Md. Yaakub Yasin - Pembantu Makmal C2613. Pn. Faridah Hood - Pembantu Makmal C22

14. En. Ahmad Kusyairi Nazaruddin- Pembantu Pejabat N415. En. Amir Radhi - Selamat Bertugas

16. Cik Noor Farahin Othman - Selamat bertugas17. Pn. Firdawati binti Zainal-Cahaya mata

18. En. Idris Zulkifle-Cahaya mata

TAHNIAH