buletin ppfg - ukm.my 4.pdf · pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui...

20
Pusat Pengajian Fizik Gunaan Buletin PPFG Pusat Pengajian Fizik Gunaan Buletin PPFG Pertandingan Olimpiad Fizik Antarangsa (6) Sainstis Muda - Dr. Chia Chin Hua (10) MajlisJamuanHari Raya Fakulti Sains dan Teknologi 2011 (8) Bengkel Penulisan Buletin dan Rencana 2011 (7) Pertandingan memancing PPFG 2011 (3) Air dan kesihatan (17) Belangsungkawa Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh (13) Sistem ‘Magnetron Sputtering’ (19) Kolokium PPFG 2011 (9) 3 rd International UKM KAIST Summer School on Nuclear Power Science and Engineering (5) International UKM_Universite Bordeaux 1 Summer School on Fundamentals of Nuclear Power (4) Sains dan Al-Quran (18) Tokoh - Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim (14) Pusat Pengajian Fizik Gunaan Buletin PPFG NO.ISSN 2180-060X JILID 4, DISEMBER 2011 “Dan matahari beredar di tempat peredaran dan itulah ketetapan Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.” (Surah Yasin - 38) “Tidak mungkin matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendapatkan siang dan masing-masing beredar mengikut garisan edaran.” (Surah Yaasin - 40)

Upload: hoangnhi

Post on 14-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 1

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik GunaanBuletin PPFGBuletin PPFG

Pusat Pengajian Fizik GunaanBuletin PPFG

Pertandingan Olimpiad Fizik Antarangsa (6)

Sainstis Muda - Dr. Chia Chin Hua (10)

MajlisJamuanHari Raya Fakulti Sains dan Teknologi 2011 (8)

Bengkel Penulisan Buletin dan Rencana 2011 (7)

Pertandingan memancing PPFG 2011 (3)

Air dan kesihatan (17)

Belangsungkawa Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh (13)

Sistem ‘Magnetron Sputtering’ (19)

Kolokium PPFG 2011 (9)3rd International UKM KAIST Summer School on Nuclear

Power Science and Engineering (5)

International UKM_Universite Bordeaux 1 Summer School on Fundamentals of Nuclear Power

(4)Sains dan Al-Quran (18)

Tokoh - Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim (14)

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik GunaanBuletin PPFG

NO.ISSN 2180-060XJILID 4, DISEMBER 2011

“Dan matahari beredar di tempat peredaran dan itulah ketetapan Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.”

(Surah Yasin - 38)“Tidak mungkin matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendapatkan siang dan

masing-masing beredar mengikut garisan edaran.”(Surah Yaasin - 40)

Page 2: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 2

SIDANG PENGARANGPenaung:Prof. Dr. Sahrim Ahmad ([email protected])

Penasihat:Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir ([email protected])Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Dr. Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Idris Zulkifle ([email protected])

Pereka dan Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])Noor Farahin bt Othman ([email protected])

Jurugambar:Tazidi Taib ([email protected])Hj Razali Datau ([email protected])Kamarul Arifin ([email protected])

Wartawan Umum:Yusri Adzir ([email protected])Hasnoor Ali ([email protected])

Wartawan Fizik:En. Mohd Amir Radhi Othman ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad Website: En. Tazidi Taib ([email protected]) http:www.ukm.my/bulppfg Email: [email protected]

Kata alu-aluan Ketua Editor Buletin PPFG

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya, Pusat Pengajian Fizik Gunaan telah menerbitkan Buletin PPFG edisi ke 4. Saya mewakili sidang editor dari Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, mengucapkan jutaan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru dan lama ke Pusat Pengajian Fizik Gunaan.

Berhubung dengan sidang konvokesyen yang ke-39 baru-baru ini, setinggi-tinggi tahniah kepada graduan yang berjaya menamatkan sesi pengajian dengan jayanya. Di harap graduan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan PPFG di alam pekerjaan.

Di samping itu, sekalung penghargaan kepada pensyarah-pensyarah PPFG yang telah berjaya menerbitkan penerbitan ilmiah berupa buku, jurnal, artikel, rencana dan sebagainya demi memastikan citra PPFG dan UKM sentiasa kehadapan.

Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh telah kembali ke rahmatullah pada 17 September 2011, jam 10.15 pagi di PPUKM. Pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh warga PPFG, UKM dan Malaysia secara umumnya. Beliau merupakan wanita pertama yang mendapat Phd dalam bidang Fizik di Malaysia. Jasa dan ketokohan beliau sangat dikagumi dan dihargai. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Akhir sekali, selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menempuh peperiksaan tidak lama lagi.

Semoga Berjaya dan Salam Hormat“Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Dr. Norinsan Kamil OthmanKetua Editor Buletin

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Page 3: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 3

1. Sesi menimbang ikan.2. Sesi memancing bermula 3. Peserta memancing bersama keluarga.4. Sesi penyampaian hadiah.

Pada 22 Mei 2011, Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakul-ti Sains & Teknologi buat julung kalinya telah men-ganjurkan Pertandingan Memancing Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) 2011 dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertempat di kolam kejuruteraan UKM.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Dr. Norinsan Kamil Othman selaku pengerusi pertandingan. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripa-da peserta dalam dan luar UKM iaitu seramai 64 orang peserta.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kebajikan dan Rekreasi PPFG yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan kebajikan semua ahli PPFG seperti sumbangan kematian, persaraan,aktiviti Hari Keluarga, lawatan dan sebagainya. Pertandingan ini juga merupakan satu platform untuk semua ahli PPFG berkerjasama dan beriadah bersama keluarga rakan sekerja.

Pelbagai hadiah yang menarik berupa wang tunai dan hamper keseluruhannya berjumlah RM1500.00 telah di-sediakan. Johan pertandingan ini, Encik Ahmad Syukri Rosli dari Fakulti Pergigian berjaya membawa pulang RM600.00 setelah menaikkan keli seberat 1.7kg.

Pertandingan Memancing Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) 2011 ini dilihat telah berjaya meningkatkan dana tabung kebajikan dan rekreasi PPFG dan pihak penganjur berharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

PERTANDINGAN MEMANCING PPFG 2011 Oleh: Nazri Mohmad

Page 4: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 4

Pada 8 hingga 10 Jun 2011, Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi dengan kerjasama Bordeaux-Gradignan Center of Nuclear Studies (CENBG), Universite of Bordeaux 1, Perancis telah menganjurkan International UKM- Universite Bordeaux 1 Summer School on Funda-mentals of Nuclear Power 2011. Program ini adalah kesinambungan kepada 1st International Winter School on The Basis of Many Uses of Nuclear Energy yang diadakan pada 2009.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi. Ia telah mendapat penyertaan seramai 35 orang yang mewakili beberapa agensi dan IPTA/IPTS. Antara agensi yang terlibat adalah Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Atom Malaysia (AELB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan tidak ketinggalan peserta tuan rumah.

Summer School UKM-Universite Bordeaux 1 ini adalah program perkongsian pengetahuan dan pengalaman bagi penyediaan tenaga mahir yang profesional dalam bi-dang sains dan teknologi nuklear di negara ini. Program ini adalah sebahagian daripada persediaan negara ke arah pembangunan Loji Tenaga Nuklear pertama yang dijangkakan beroperasi pada 2021. Syarahan telah disampaikan oleh pakar-pakar sains nuklear daripada CENBG. Mereka terdiri daripada Prof. Dr. Philippe Quentin, Prof. Dr. Jean Nicolas Scheurer dan Dr. Serge Czajkowski.

Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya. Dr. Muhamad Samudi Yasir sangat berbesar hati dengan kesudian pakar-pakar CENBG berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta berharap usaha kerjasama ini dapat diteruskan untuk jangkamasa panjang bagi faedah kedua-dua pihak.

Peserta Seminar UKM-Universite Bordeaux 1.

Sesi ucaptama sedang berlangsung. Penyampaian cenderahati kepada Prof. Dr. Philippe Quentin.

INTERNATIONAL UKM-UNIVERSITE BORDEAUX 1 SUMMER SCHOOL ON FUNDAMENTALS OF NUCLEAR POWER Oleh: Azlan Shah Mustafa

Page 5: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 5

SUMMER SCHOOL: 3rd International UKM-KAIST Summer School On Nuclear Power Science and Engineering 2011

Selepas dua tahun berturut-turut menganjurkan program Summer School dengan jayanya, Pusat Pengajian Fizik Gunaan sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah kepada 3rd International UKM-KAIST Summer School On Nuclear Power Science and Engineering 2011. Program ini adalah anjuran bersama Korean Advanced Institute of Science and Technology (KAIST). Program yang berlangsung di Bangunan Sains Nuklear, Pusat Pengajian Fizik Gunaan ini dikendalikan oleh seorang pakar nuklear dari Korea Institute of Nuclear Safety (KINS) iaitu Prof. Dr. Seon Ho Song serta tiga orang pakar nuklear dari KAIST iaitu Prof. Dr. In Sup Kim, Prof. Dr. Gyuseong Cho dan Prof. Dr. Jong-II Yun.

Berlangsung dari 27 Jun – 8 Julai 2011, program ini menerima seramai 40 penyertaan individu terdiri daripada penyelidik muda serta wakil institusi-institusi seperti Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Atom Malaysia (AELB),

Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta beberapa pe-serta dari universiti tempatan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga tidak melepaskan peluang menghantar wakilnya dari kalangan pensyarah akademik serta pelajar siswazah.

Program ini adalah bertujuan mendedahkan para peserta dengan teknologi nuklear disamping menjadi me-dium penghubung di antara institusi nuklear dalam nega-ra dengan negara pakar seperti Korea. Walaupun tem-poh dua minggu adalah singkat bagi program Summer School ini, namun empat topik utama telah dikupas den-gan mendalam oleh keempat-empat pakar merangkumi topik bahan nuklear, peraturan nuklear, kimia nuklear dan teknologi pengimejan nuklear.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Sahrim Hj.Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi. Beliau berharap kerjasama serta perkongsian pendidikan dan penyelidikan nuklear antara UKM-KAIST akan diteruskan pada masa akan datang .

3RD INTERNATIONAL UKM KAIST SUMMER SCHOOL ON NUCLEAR POWER SCIENCE AND DENGINEERING

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Kenangan bersama peserta KAIST.

Penyampaian cenderahati kepada Prof. Dr. Gyuseong Cho

Peserta sedang mendengar ceramah.

Page 6: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 6

Pasukan Malaysia ke Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa (International Physics Olympiad, IPhO) kali ke-42 yang berlangsung daripada 10 – 18 Julai di Bangkok telah berjaya memperoleh Pingat Emas yang pertama semenjak Malaysia mula menyertai pertandingan ini hampir sepuluh tahun yang lalu.

Pasukan Malaysia diketuai oleh Dr. Geri Gopir dari-pada Pusat Pengajian Fizik Gunaan UKM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia 2011, manakala En. Wan Mohd Aimran bin Wan Mohd Ka-mil selaku Timbalan Ketua Pasukan. Turut diiringi oleh dua orang wakil daripada Kementerian Pelajaran Ma-laysia, Puan Chin Mai Ying daripada SMJK Perempuan Cina, Pulau Pinang dan En. Nadzeri Hassan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak juga mengiringi pasukan Malaysia selaku Pemerhati di sepanjang pertandingan.

Chew Kok Wei, lepasan daripada SMJK Chung Ling George Town, Pulau Pinang telah berjaya merangkul Pingat Emas selain dianugerahkan hadiah khas “Most Balanced Score” daripada European Physical Society. Sebelum ini, beliau telah memenangi Pingat Gangsa dalam Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa ke-41 pada tahun 2010.

Di samping itu, Khaw Kok Liang, lepasan daripa-da SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang juga berjaya mendapat tempat Sebutan Kehormat (Honor-able Mention) dalam pertandingan tahun ini. Lain-lain pelajar dalam pasukan Malaysia ialah Ahmad Azhari Rosli (Kolej MARA Banting), Alvin Poh Leong Ann (SMK Tinggi Melaka) dan Lee Yuan Zhe (SMK St. Paul, Negeri Sembilan).

Saban tahun, sesi latihan dan persiapan pasukan Malaysia ke Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa telah diadakan di Pusat Pengajian Fizik Gunaan UKM dan dikendalikan oleh para pensyarah Fizik samada menerusi perkuliahan mahupun latihan ujikaji di makmal.

Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia 2011 merakam-kan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada kakitan-gan akademik terutamanya Prof. Roslan Abdul Shukor, Dr. Yap Chi Chin, Dr. Rozidawati, Pn. Nurul Shazana Abdul Hamid dan En. Amir Radhi dan juga kakitangan sokongan En. Zakaria Keling dan Puan Siti Ziton Md. Saleh atas sumbangan yang telah diberikan.

Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) merupakan pertandingan tahap tertinggi dalam bidang Fizik yang dianjurkan sekitar bulan Julai setiap tahun, yang melibatkan para peserta daripada peringkat se-kolah menengah dan pra-universiti. Pertandingan ini dibahagikan kepada ujian berbentuk teori dan praktikal dan setiap peserta diberikan masa selama 5 jam untuk menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Tuan rumah untuk Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa ke-43 pada tahun 2012 adalah Estonia yang terletak di timur Eropah.

Dr. Geri dan En Wan Aimran bersama peserta yang mewakili Malaysia di Bangkok

Kegembiraan terpancar selepas memenangi pingat emas dan pingat gansa

PERTANDINGAN OLIMPIAD FIZIK ANTRABANGSA Oleh: Wan Aimran Wan Mohd Kamil

Page 7: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 7

Penulisan merupakan medium untuk menyampaikan maklumat. Oleh yang demikian, cara penyampaian melalui penulisan amat penting bagi menarik pembaca mendapatkan pengetahuan sekaligus memupuk budaya membaca. Penulisan bukan sahaja terdiri daripada bahan ilmiah tetapi sebenarnya luas kepada penulisan majalah, akhbar, buletin, karya kreatif dan banyak lagi. Teknik-teknik penulisan yang yang kreatif akan menggalakkan kakitangan untuk menulis bagi mengembangkan bakat yang sedia ada.

Menyedari tentang peri pentingnya penulisan di dalam pembangunan sesuatu organisasi, Jawatankuasa Penerbitan Buletin PPFG telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan Rencana PPFG 2011. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13-14 Julai 2011 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat FST, Dewan Anuar Mahmod.

Tiga objektif utama pengajuran bengkel ini adalah:

i. Memberi pendedahan awal kepada peserta teknik- teknik penulisan.ii. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenis- jenis penulisan.iii.Menarik minat peserta untuk menerbitkan penulisan seperti penerbitan bulletin di jabatan-jabatan dan penulisan di akhbar.

Tiga orang penceramah jemputan telah diundang untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tentang dunia penulisan. Dua daripadanya adalah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu En. Armin Azhari (Editor Majalah Pelita Bahasa) dan Pn. Norizan Muslim (Editor Majalah Dewan Kosmik) manakala seorang lagi penceramah adalah dari Penerbit UKM iaitu Pn. Saadah Hj. Jaafar.

En. Armin Azhari menyampaikan kepada peserta tentang pengenalan kepada rencana dan bagaimana ianya ditulis secara berkesan. Manakala Pn. Norizan Muslim memfokuskan penyampaiannya kepada penulisan rencana sains dan memberi beberapa tip untuk menghantar karya kepada majalah dan akhbar. Pn. Saadah pula menjuruskan penyampaiannya kepada teknik-teknik penulisan buletin dan bagaimana mencari dan menulis berita.

Nota:Berita penganjuran bengkel ini telah temuat di Majalah

Dewan Kosmik edisi September 2011

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan diluar jangkaan di mana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 37 orang peserta. Mereka terdiri daripada 17 orang kakitangan FST, 16 orang kakitangan UKM bukan FST dan 4 orang pe-serta luar UKM iaitu seorang dari Kompleks Falak Al-Khwarizmi, Melaka, seorang dari MARDI, Serdang dan dua orang dari Malaysia France Institute, Bangi.

Kejayaan bengkel menarik penyertaan dari luar UKM amatlah dibanggakan. Input dan maklumat penulisan buletin dan rencana yang telah diberikan oleh penceramah juga amat bernilai bagi peserta. Semoga segala ilmu penulisan yang diperolehi oleh peserta akan digunakan oleh para peserta untuk meningkatkan citra

Peserta sedang mendengar ceramah.En. Armin Azhari sedang menyampaikan ceramah.

BENGKEL PENULISAN BULETIN DAN RENCANA PPFG 2011 Oleh: Yusri Adzir

Page 8: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 8

Sambutan Majlis Hari Raya Fakulti Sains dan Teknologi (FST) pada tahun ini telah disambut dengan meriah dengan lebih daripada 500 warga FST turut bersama-sama meraikannya. Majlis Jamuan Hari Raya pada kali ini telah dilaksanakan bersama-sama Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan FST (KESKA). Majlis diadakan pada 27 September 2011, bermula dari seawal 8.00 pagi ini dimulakan dengan Perhimpunan Kakitangan FST bersama Dekan dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

Majlis Jamuan Hari Raya pada tahun ini kelihatan meriah dan menarik kerana setiap gerai juadah dihiasai dengan hiasan yang indah dan menarik mengikut kreativiti Pusat Pengajian masing-masing. Hidangan utama yang disajikan terdiri daripada lemang dan rendang, lontong, ketupat dan sebagainya. Disamping itu, menu yang disajikan oleh gerai-gerai tidak kurang hebatnya seperti ayam golek , kepak panggang dan nasi minyak (Gerai Pusat Pengajian Fizik Gunaan), pelbagai jenis mee (Gerai Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi), sup kambing dan roti (Gerai Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam), gerai pelbagai minuman berwarna-warna (Gerai Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan), gerai berasaskan durian sep-erti pulut durian, bubur durian dan roti jala (Gerai Pusat Pengajian Sains Matematik), pelbagai manisan mulut (Gerai Pejabat Dekan) dan menu antarabangsa (Gerai Kelab Siswazah FST), gerai berasaskan durian seperti pulut durian, bubur durian dan roti jala (Gerai Pusat Pengajian Sains Matematik), pelbagai manisan mulut (Gerai Pejabat Dekan) dan menu antarabangsa (Gerai Kelab Siswazah FST).

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah khusus untuk Pertandingan Gerai Tercantik dan keputusan tempat pertama dimenangi oleh Pusat Pengajian Fizik Gunaan, tempat kedua Pejabat Dekan dan tempat ketiga Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan. Ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut Pusat Pengajian Fizik Gunaan memenangi Pertandingan Hiasan Gerai Tercantik dan pihak pengurusan telah mengumumkan bahawa Pusat Pengajian Fizik Gunaan akan mewakili Fakulti ke Pertandingan Hiasan Gerai Tercantik di peringkat Majlis Jamuan Hari Raya Universiti pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada warga PPFG yang terlibat diatas kreativiti dan semangat kerjasama berpasukan yang telah ditunjukkan.

PPFG menjuarai pertandingan gerai tercantik untuk kali kedua berturut-turut.

Penyampaian hadiah kepada wakil PPFG.

MAJLIS JAMUAN RAYA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI 2011 Oleh: Hani Azlin Hussin Saukat

Page 9: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 9

Seluruh ahli Pusat Pengajian Fizik Gunaan sentiasa positif untuk menyokong Fakulti Sains dan Teknologi dalam usaha membawa UKM mencapai tahap kecemerlangan dan terkehadapan dalam bidang pengajaran dan penyelidikan di persada antarabangsa. Dalam menjayakan usaha ini, pengukuhan dan pemantapan budaya kerja berkualiti di kalangan ahli amatlah diperlukan. Amalan kerja berkualiti serta ke-jayaan perlaksanaannya bergantung kepada ahli yang bermotivasi tinggi yang akan sama- sama membawa PPFG dan Fakulti secara amnya ke arah matlamat yang tersebut. Oleh itu satu bengkel motivasi dan kualiti kerja dicadangkan. Bengkel ini menggalakkan silaturahim antara seluruh kakitangan di luar persekitaran kerja dan ia sangat praktikal dan bersesuaian untuk dilak-sanakan.

Kolokium PPFG 2011 telah dilangsungkan pada 22 & 23 Oktober 2011 di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak. Objektif dan matlamatnya jelas untuk meningkatkan komitmen dan kesedaran ahli dalam mengamal budaya kerja berkualiti dan serta menggalakkan semangat bertanggungjawab dan moti-vasi kerja di PPFG. Di samping itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli PPFG dan memacu PPFG ke arah kecemerlangan seiring kecemerlangan Fakulti.

Upacara perasmian program telah dirasmikan oleh Pengerusi PPFG, Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan PPFG beserta ahli keluarga mereka telah menyertai program yang telah memasuki tahun ke-enamnya ini.

Sesi Kolokium dimulakan dengan perbincangan berkenaan dengan pengurusan PPFG. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan kakitangan akademik dan kakitangan sokongan dimana pengerusi menyarankan agar semua kakitangan dapat bekerjasama dengan mudah dan tiada masalah sesama sendiri dan ahli PPFG mengucapkan selamat bertugas kepada Prof. Dr. Amran Ab Majid yang baru bertugas di PPFG secara rasminya.

Sesi kolokium diteruskan dengan aktiviti riadah bersama semua warga PPFG dan keluarga masing-masing melalui aktivi sukaneka. Terdapat beberapa acara sukaneka yang telah diadakan seperti Musical Chair, Roll The Rim, Upih Pulling dan sebagainya. Pelbagai hadiah turut disediakan untuk peserta. Aktiviti seperti ini bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan ahli akademik dan kakitangan sokongan. Justeru itu, program seperti ini diharapkan akan diteruskan untuk masa akan datang dan dijadikan acara tahunan setiap tahun.

Taklimat halatuju PPFG oleh pengerusi pusat.

Majlis makan malam.

Acara terompah gergasi.

KOLOKIUM PPFG 2011 Oleh: Noor Farahin Othman

Page 10: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 10

Pertandingan Memancing PPFG 2011.

3rd International UKM-KAIST Summer School On Nuclear Power Science and Engineering 2011

Pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa (International Physics Olympiad, IPhO) kali ke-42.

International UKM-Universite Bordeaux 1 Summer School on Fundamentals of Nuclear Power 2011.

GALERI PPFG

Page 11: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 11

Bengkel Penulisan Buletin Dan Rencana, PPFG 2011.

Majlis Jamuan Hari Raya Fakulti Sains dan Teknologi 2011.

Kolokium PPFG 2011.

GALERI PPFG

Page 12: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 12

Soalan Temu ramah Untuk Ruangan Saintis Muda Buletin PPFG

Boleh Dr. berikan sedikit latar belakang pendidikan Dr.?Sekolah Rendah (UPSR) – SJK(C) Chiao Ching, Endau, Johor, Sekolah Menengah (PMR & SPM) - Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau, Johor, Pra Universiti (STPM) - Sekolah Tinggi Kluang, Kluang, Johor, Ijazah Pertama – Sains Bahan, UKM dan PhD – Sains Bahan, UKM.

Sedikit latar belakang keluarga?Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa, emak, seorang abang, seorang adik lelaki, isteri dan seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun. Ayah saya seorang nelayan yang berasal dari Pulau Ketam, Klang, dan kami sekeluarga berpindah ke Endau, Johor semasa saya berumur 2 tahun.

Bidang kepakaran Dr?Saya telah bermula terlibat dalam penyelidikan berkenaan dengan bidang nanoteknologi, lebih spesifik kepada penghasilan nanozarah menggunakan pelbagai kaedah, sejak saya menjalani latihan ilmiah semasa sarjana muda. Selepas saya tamat pengajian doktor falsafah dan bekerja sebagai pensyarah di UKM, saya meneruskan projek penyelidikan berkenaan dengan penghasilan nanozarah magnet dan perak untuk kegunaan dalam bidang bio-perubatan. Selain dari-pada itu, saya turut mengambil bahagian dalam projek penyelidikan Prof. Dr. Sarani Zakaria yang melibatkan penukaran biojisim kepada bio-minyak dan bio-plastik. Peranan saya adalah menghasilkan katalis untuk meningkatkan hasil penukaran.

Selain dari bidang kepakaran tersebut, apakah bidang lain yang menjadi tumpuan Dr?Projek lain yang turut saya terlibat termasuk penyingkiran ion logam berat dan pewarna dari air buangan dengan menggunakan gentian semula jadi (gentian tandan kosong kelapa sawit dan kenaf) dan grafin oksida.

Adakah Dr. terlibat dengan badan profesional, per-satuan atau NGO?Ya, saya merupakan ahli bagi Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) dan Institute of Nanotechnology (IoN)

Perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Setakat ini saya mempunyai seramai 3 orang pelajar PhD dan 3 orang pelajar sarjana dalam pengajian. Selain daripada itu, saya turut menjadi penyelia bersama bagi beberapa pelajar siswazah di bawah selian Prof. Dr. Sarani dan Prof. Dr. Sahrim.

Boleh Dr. berikan pendapat Dr. tentang perkemban-gan Sains dan Teknologi (S&T) di Malaysia?Walaupun saya masih baru lagi dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi, tapi saya nampak bahawa perkembangan dalam bidang ini di Malaysia adalah sangat memberangsangkan. Kebelakangan ini, boleh nampak bahawa semakin banyak universiti dan institut penyelidikan di Malaysia yang turut mengambil bahagian dalam bidang sains dan teknologi. Banyak kerja dan projek penyelidikan yang dijalankan di Malaysia telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan juga telah berjaya dikomersialkan.

Laman sesawang yang selalu Dr. kunjungi?www.ted.comBanyak maklumat terkini yang sangat inovatif, bukan sahaja yang melibatkan sains dan teknologi, telah saya dapat dari laman sesawang ini.

Moto atau falsafah hidup Dr.?“Success is 10 % inspiration and 90 % perspiration”.

Dr. Chia sedang menerima sijil Doktor Falsafah.

Dr. Chia Chin Hua bersama ibabapa beliau.

SAINTIS MUDA - DR. CHIA CHIN HUA Oleh: Hani Azlin Hussin Saukat

Page 13: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 13

Tanggal 17 September 2011, seluruh warga Fakulti Sains dan Teknologi dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh ke rahmatullah pada jam 10.00 pagi di Pusat Perubatan UKM. Sesungguhnya pemergian beliau amat dirasai oleh setiap warga FST khususnya PPFG, anak-anak didik dan seluruh rakan seperjuangan beliau. Sumbangan dan jasa terlalu besar dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Ribuan anak didiknya telah menjadi insan yang berjaya hari ini. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar dan sukar dicari ganti terutamanya di dalam bidang Fizik Pendidikan.

Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh merupakan anak jati Kuala Lumpur dan mula mendapat pendidikan awal di Malay Girls College pada tahun 1959 – 1961. Beliau meneruskan pengajian di Kolej Tunku Kurshiah dan Convent Bukit Nenas pada sekitar tahun 1962 – 1965. Pengajian beliau tidak berhenti di situ sahaja apabila be-liau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 1969 – 1970. Seterusnya beliau ditawarkan untuk mengikuti pengajian Sarjana di University of Kent di Canterbury England dan PhD, di University of California Davis USA dalam bidang Sains Fizik pada tahun 1979.

Beliau mula menceburi bidang akademik sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 – 1979. Kerjaya akademik beliau terus bersinar apabila dilantik sebagai Prof. Madya pada tahun 1980 dan seterusnya menjadi Profesor pada ta-hun 1996. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai kakitangan akademik, beliau pernah menjadi menjadi Profesor Pelawat di Kuliyyah Sains UIAM, Penyelidik Pelawat di CIMSTE, Afrika Selatan dan juga Felo Kanan di Institut Islam Hadhari. Lantikan ini melibatkan kajian membabitkan pelbagai isu penyelidikan dan pendidikan yang mampu menaikkan nama Pusat Pengajian, Fakulti dan seterusnya Universiti.

Pemikiran beliau mendahului waktu. Beliau adalah di-antara penggerak utama Bidang Falsafah Sains, Sains Islam dan yang terkini Sains Tauhidik. Beliau juga aktif menjadi Pengerusi beberapa jawatankuasa penting dan ahli di beberapa agensi terkemuka. Beliau sering dijemput untuk menjadi panel bagi seminar-seminar anjuran dalam dan luar negara. Kepakaran beliau juga turut diiktiraf oleh universiti luar apabila beliau kerap menerima tawaran sebagai pensyarah jemputan. Ternyata kepakaran yang ada pada diri beliau tiada tolok bandingnya. Jasa dan sumbangan beliau telah mendapat pengiktirafan yang berprestij seperti Anugerah Khas Saidatina Khadijah bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor dan juga menerima

Anugerah Khidmat Masyarakat kategori Akademik untuk Anugerah Khas Kualiti UKM Tahun 2003. Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh bersara wajib pada 1 Februari 2003, namun khidmat beliau disambung sebagai Profesor Kontrak sehingga Februari 2011. Disebabkan faktor kesihatan beliau telah memohon peletakan jawatan lebih awal iaitu pada 1 Ogos 2010. Ketiadaan beliau amat dirasai, namun pemikiran beliau yang bernas dan kritis serta teladan intelektual yang amat berharga itu akan sentiasa bersama kita untuk dijadikan sebagai inspirasi. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Jasamu Dikenang..Dalam Ingatan..

Al-Fatihah..

BELANGSUNGKAWA PROF. DR. KHALIJAH MOHD Oleh: Hasnoor Ali

Page 14: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 14

TOKOH - PROF. DATO’ DR. BAHARUDIN YATIM

Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim

Beliau pernah menjadi konsultan kepada agensi tempatan dan antarabangsa seperti Tenaga Nasional Berhad, United Arab Emirates, ASEAN-CIDA, ASEAN-EC dan CETREE. Beliau adalah ahli di dalam pelbagai pertubuhan saintifik seperti Institut Fizik Malaysia, International Solar Energy Society, World Renewable Energy Network, American Association for the Promotion of Science, Malaysian Institute of Energy dan The Malaysian Solid State Science and Technology Society. Jasa beliau yang besar dalam mengharumkan nama Negara dihargai dengan menerima anugerah Johan Setia Mahkota, daripada Yang Dipertuan Agong, pada 1994 dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan, daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada 2006.

Pada masa ini Dato’ mempunyai tiga bidang keutamaan penyelidikan iaitu bidang tenaga, sains angkasa dan fizik instrumentasi.

Beliau berpandangan bahawa kerajaan telah lama mendorong penggunaan sumber tenaga alternatif. Ini terbukti dengan perlaksanaan program Malaysian Building Integrated Photovoltaic Project (MBIPP). Melalui projek ini, kerajaan mensasarkan seribu buah bangunan dan rumah menggunakan teknologi solar. Selain itu insentif-insentif lain yang agak lumayan pada pendapat beliau juga turut ditawarkan oleh kerjaan jika sesebuah organisasi itu dapat menggunakan teknologi tenaga solar.

Seterusnya dalam hal berkenaan tenaga alternatif yang sesuai dimajukan, Dato’ berpandangan ia bergantung kepada jenis-jenis sumber alternatif yang terdapat di Malaysia. Selain itu, dilihat juga jumlah tenaga yang boleh dikeluarkan daripada sumber-sumber alternatif ini. Biojisim dilihat sebagai sumber alternatif yang paling berpotensi. Ini kerana sumber biojisim adalah sisa- sisa bahan industri seperti perkayuan dan minyak sawit. Sumber tenaga lain seperti projek hidroelektrik mega selalunya tidak mendapat sokong penduduk setempat kerana memerlukan kawasan yang luas untuk dibangunkan. Tenaga alternatif lain kurang meluas pelaksanaanya kerana kos pengasilannya dan modal awal untuk menjana tenaga tersebut yang tinggi.

Pada masa sekarang hanya tenaga hidroelektrik dilihat boleh bersaing dari segi kos dengan sumber petroleum. Walau bagaimanapun jika suatu hari nanti harga dagangan petroleum meningkat sehingga kos pengeluaran setara dengan kos penghasilan tenaga alternatif, sumber tenaga alternatif akan mendapat perhatian untuk bersaing. Pada masa sekarang kerajaan menghadkan tenaga maksimum yang boleh dikeluarkan oleh stesen janakuasa biojisim kepada 15 Megawatt sedangkan stesen janakuasa perlu menjana 100 Megawatt ke atas untuk memperoleh keuntungan.

Prof. Dato' Dr. Baharudin Yatim adalah antara pensya-rah terlama di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kampus Bangi, Selangor. Beliau mendapat ijazah sarjana muda di University of Kent, UK pada tahun 1970. Selepas itu beliau terus menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah sehinggalah selesai pada 1974 di universiti yang sama.

Kerjaya beliau bermula sebagai tutor di UKM pada 1970 seterusnya sebagai pensyarah pada 1974. Beliau pernah dipinjamkan ke Pusat Kajian Atom Tun Ismail, PUSPATI (kini dikenali sebagai Nuklear Malaysia) pada 1978-1983 sebagai timbalan pengarah. Beliau pernah menyandang jawatan pengarah di Institut Sains Angkasa. Beliau juga adalah felo bersekutu di Solar Energy Research Instutite (SERI).

ASEAN-CIDA, geran daripada NEDO dan geran dari-pada SEAF. Hasil kajian saintifik beliau telah diterbitkan di dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta juga dibukukan.

Beliau pernah menjadi konsultan kepada agensi tempatan dan antarabangsa seperti Tenaga Nasional Berhad, United Arab Emirates, ASEAN-CIDA, ASEAN-EC dan CETREE. Beliau adalah ahli di dalam pelbagai pertubuhan saintifik seperti Institut Fizik Malaysia, International Solar Energy Society, World Renew-able Energy Network, American Association for the Promotion of Science, Malaysian Institute of Energy dan The Malaysian Solid State Science and Technology Society. Jasa beliau yang besar dalam mengharumkan nama Negara dihargai dengan menerima anugerah Johan Setia Mahkota, daripada Yang Dipertuan Agong, pada 1994 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan, daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada 2006.

Oleh: Mohd Amir Radhi Othman

Page 15: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 15

Beliau berpendapat bidang sains angkasa sekarang mendapat perhatian banyak pihak kerana ramai mula sedar akan kesan pembangunan manusia terhadap perubahan iklim yang drastik beberapa tahun kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu melalui cadangan daripada Prof Fredolin Tangang maka tertubuhlah Institut Kajian Perubahan Iklim (IKP), UKM pada April 2011. Secara khususnya beliau menyumbang dalam bidang fizik atmosfera di Institut Kajian Perubahan Iklim (IKP). Fenomena-fenomena atmosfera terutama sekali di kawasan khatulistiwa adalah keutamaan kajian beliau

Fizik instrumentasi mendapat perhatian beliau kerana terdapat banyak instrumen khas yang digunakan dalam pelbagai bidang mengeksplotasi hukum fizik tertentu. Contohnya pengesan periuk api atau pengesan kender-aan di lampu trafik menggunakan hukum fizik yang di-panggil arus Eddy. Dalam bidang ini beliau ingin pelajar-pelajar mengkaji hukum fizik yang terlibat dalam sesuatu intrumen. Oleh itu pelajar dapat memahami aplikasi hu-kum fizik dalam kehidupan seharian.

Pengalaman luas beliau amat berguna kepada masyarakat walaupun sudah bersara wajib. Walau bagaimanapun beliau masih bertugas secara kontrak di UKM kerana beliau masih tiada pengganti.

Prof. Dato’ Dr. Baharudin Yatim sedang menerima anugerah DNS daripada Yang Dipertuan Negeri

Sembilan

Semasa menghadiri program di Planeterium Langkawi.

TOKOH - PROF. DATO’ DR. BAHARUDIN YATIM Oleh: Mohd Amir Radhi Othman

Page 16: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 16

KERANA DIA

Kerana DIA Yang Maha SempurnaDia ingin menyempurnakan kita semuamenjadi Insanul Kamil.........

Al Haq memanifestasikan HidupNyadalam diri Insan Kamil dengan wujud hakiki(bukan wujud majazi) disertai wujud Idhafiyahberdasarkan Qurb al Kamil ( kedekatan paripurna).

Maka, jangan kau lupa untuk memujiNya:dengan Al Aliim kau menggunakan ilmu dariNyadengan al Qadir kau menggunakan kekuasaan (terhadap diri) yang datang dariNyadengan al Muriid kau melaksanakan IradahNyadengan al Samiul Bashir kau menggunakan mata dan telinga untuk melihat dan mendengar kebesaranNyadengan al Mutakallim kau menggunakan ayat-ayat Nya untuk memujiNya !

KARYA KREATIF Oleh:Shahidan Radiman

KEMANA KAN KU PERGI?

Kemana kan ku pergijika kubur ingin menghimpitkuatau lalapan api menunggukutidak dapat aku lari.......melainkan ke dakapanMU!

Ke mana kan ku pergisemua orang meminta gantirugitimbanganku berat ke sebelah kiritiada seorang pun yang peduli!tidak dapat aku lari............melainkan kepada pertolonganMU!

Ke mana kan ku pergike pelusuk dunia DIKAU ku caridiluar dan di dalam Kaabahdalam Masjidil Haram dan Masjidun Nabawiramai guru agama dan ulamak ku temuijika, aku terperangkap dengan duniawi lagi..........tidak dapat aku lari lagi......melainkan kepada Taufik dan HidayatMu!

Ke mana kan ku pergikelesuan telah menghambat diriku pilih hidup Sufi Malamatitidak dapat aku berlari lagi.....melainkan aku harus sentiasa berada di Mihrab para kekasihMu,Di situlah akhirnya maqam Iktidalku.

SEMUA ciptaanNya memujinya dengan pujian yang tinggi dan patut ( al Isra 17:44)maka, jangan kau menjadi orang yang ketinggalan , lalu kau dilupakan.

Jangan kau menjadi yang punya hati tidak merasa punya mata dan telinga tidak melihat dan mendengar, kerana ayat-ayatNya dipanggil Quran taqwini dan Quran tadwini,maka, sekali lagi pesanku (bahasanya Addin itu nasihat) :

Jangan kau lupakan DIA walaupun sesaat!

Page 17: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 17

Oleh: Zainon KamazamanAIR DAN KESIHATAN

Air adalah sumber kehidupan di alam ini, di mana 2/3 bentuk mukabumi terdiri daripada air, manakala dalam tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air dan otak juga dikatakan mengandungi 85 peratus air yang sangat sensitif kepada dehidrasi atau kekurangan air.

Ketiadaan air atau kemarau boleh menyebab-kan sesebuah negara tergugat keamanannya dan rakyat hidup dalam kesengsaraan. Contoh di benua Afrika, kemarau yang berpanjangan menyebabkan kekurangan makanan, penyakit mudah merebak, rakyat yang menderita akan hilang kesabaran dan kewarasannya. Kekacauan boleh berlaku, pemerintah dipersalahkan kerana tidak menjaga kesejahteraan rak-yatnya. Oleh itu bersyukurlah kita hidup di bumi bertuah ini kerana tidak berlaku kemarau yang dahsyat.

Dengan meminum banyak air sebenarnya berbagai penyakit dapat dihindarkan. Air merupakan alat pengangkutan terpenting dalam setiap aktiviti dalam badan. Air melaraskan suhu dalam badan, membawa nutrient dan oksigen ke seluruh sel dalam tubuh serta menyahkan toksid bersama sisa yang dikeluarkan. Dahaga yang kita rasa menandakan badan kita menga-lami dehidrasi. Ia adalah petanda yang tidak baik kerana cetusan rasa dahaga berlaku lewat, ini menunjukkan badan kita telah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan dan boleh membawa pelbagai implikasi. Badan kehilangan hampir 80 peratus air setiap hari walaupun kita tidak aktif, iaitu melalui pembuangan air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas kita kehilangan air dalam bentuk wap air yang jika dikumpulkan mungkin boleh dapat satu atau 2 gelas air. Kehilangan air ini perlu digantikan semula dengan memi-num sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air sehari.

Menurut pakar Dietetik, PPUKM Raihana Mat Soffuan, yang dipetik dari majalah Isihat, “Badan manusia terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan menjadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merang-sang sistem pertahanan badan, metabolisma sel dan men-gurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah ba-han toksid daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Kekurangan air adalah punca utama keletihan diwaktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pen-dek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab. Rasa men-gantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian pada kerja selepas makan tengahari adalah tanda penting badan kita kekurangan air. Air penting untuk melarutkan hasil samp-ingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diang-kut oleh darah ke buah pinggang. Air yang cukup diper-lukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksid, lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini dan juga berlaku pembentukan batu ka-rang. Air juga diperlukan sebagai pelincir kepada perger-akan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8 ke 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit arthritis.”

Pakar Dietetik ini memberitahu, penemuan saintifik pada tahun 1987 menyatakan dehidrasi yang berpanjangan pada satu-satu bahagian badan boleh menimbulkan masalah atau kesakitan pada bahagian tersebut. Apabila air tidak mencukupi untuk diedarkan keseluruh tubuh dan meny-ingkirkan sisa toksid secara berterusan, saraf di kawasan tersebut menjadi sensitif terhadap peningkatan paras tok-sid. Ia akan mengeluarkan amaran supaya menghentikan apa saja amalan yang meningkatkan penghasilan toksid.Tetapi kita tidak menyedarinya. Impaknya, tubuh be-rasa sakit dan bahagian badan tersebut tidak dapat ber-fungsi sepenuhnya. Sebagai contoh, apabila otot jantung ‘kekurangan air’ tetapi pada masa yang sama terpaksa juga berdegup dan mengepam dengan pantas serta bertahan dengan apa jua aktiviti fizikal yang dilakukan. Akhirnya kita akan berasa sakit. Pada ketika itu, rasa sakit bermakna tubuh dahagakan air. Malah kekurangan air juga didakwa menjadi punca pembentukan plak kolesterol. Biar pun tia-da bukti jelas, namun kita perlu maklum akan kepentingan air kepada tubuh kita.

Oleh itu, janganlah kita meracuni diri kita sendiri. Se-belum berlaku kerosakan yang tidak diingini marilah kita mulakan amalan yang baik untuk diri kita, yang amat mu-dah sekali yakni cuma meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau satu liter sehari. Janganlah ber-tangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!

Page 18: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 18

Matahari dan Bulan Beredar Mengikut Garisan Edaran

“Dan matahari beredar di tempat peredarannya dan itulah ketetapan Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.”(Surah Yaasin – 38)

“Tidak mungkin matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendapatkan siang dan masing-masing beredar mengikut garisan edaran.”

(Surah Yaasin – 40)

Dua ayat di atas adalah sebahagian daripada ayat-ayat yang terdapat di dalam Surah Yaasin. Surah ini selalu dibaca oleh umat Islam di Nusantara teutama sekali pada malam Jumaat. Namun apa yang menyedihkan, kebanyakan dari kita hanya membaca surah ini tanpa mengetahui apa rahsia yang terkandung di dalamnya. Surah ini mengandungi 83 ayat dan merangkumi 10 topik besar yang sangat signifikan kepada kehidupan umat Islam.

Salah satu daripada topik besar yang terdapat di dalam surah ini adalah topik mengenai kehebatan penciptaan Allah S.W.T iaitu matahari dan bulan. Matahari adalah merupakan salah satu daripada jutaan bintang yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Semua bintang di dalam Bima Sakti berputar mengelilingi pusat galaksi dengan masa edaran yang berbeza. Ibn Katsir dalam menafsirkan ayat 38 di atas sebagai ‘dan matahari beredar mengikut laluannya dalam masa yang ditetap-kan’. Laluan yang ditetapkan ini juga dinamakan sebagai orbit. Ilmu mengenai pusat galaksi dan peredaran matahari di dalam orbitnya hanya diketahui oleh para saintis pada kurun ke-20 setelah terciptanya peralatan pencerapan yang lebih canggih.

Ayat 40 pula menerangkan tentang fenomena peredaran matahari dan bulan mengikut orbit mereka. Ayat ini diperkuatkan lagi oleh ayat 33 Surah al-Anbia’ yang bermaksud,

Timbul persoalan iaitu apakah itu orbit? Orbit adalah laluan lengkung bergraviti sesebuah objek mengelilingi satu titik di angkasa lepas. Sebagai contoh, lengkung laluan planet-planet mengelilingi matahari disebut sebagai orbit. Orbit pula biasanya berbentuk elip. Pemahaman saintifik mengenai mekanik peredaran di orbit adalah berdasarkan Teori Umum Kerelativitian yang dikemukakan oleh Albert Einstein.

Tiga ayat iaitu ayat 38 dan 40 surah Yaasin dan ayat 33 surah al-Anbia’ merupakan bukti jelas tentang kehebatan penciptaan dan pengaturan Allah terhadap matahari dan bulan dan aturan peredaran mereka. Sebagai umat Islam kita seharusnya berasa amat kagum dan lebih teuja untuk mengkaji dan mencerap fenomena alam yang telah pun dikhabarkan oleh Allah di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu.

MATAHARI BULAN

SAINS DAN AL-QURAN Oleh: Yusri Adzir

“Dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-

masing (di angkasa lepas).”

Page 19: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG • 19

Alat penyelidikan yang akan diketengahkan pada keluaran ini ialah Magnetron Sputtering System. Alat penyelidikan ini digunakan secara meluas dalam industri semikonduktor untuk mendapan filem nipis (thin film) dalam pemprosesan litar bersepadu selain digunakan dalam tujuan bidang penyelidikan. Sputtering bermaksud memercikkan sesuatu bahan daripada sasaran kepada substrat seperti wafer silikon dan slaid kaca. Sasaran merupakan sumber bahan yang hendak dimendap-kan ke atas substrat. Contoh bahan yang lazimnya digunakan sebagai sasaran ialah bahan logam sep-erti aluminium, kromium, emas, perak dan kuprum serta bukan logam seperti zink oksida, timah oksida, karbon dan sebagainya.

Selepas kebuk dipastikan berada dalam kead-aan bersih, sasaran dan substrat akan diletakan di dalam kebuk pada kedudukan tertentu. Seterus-nya, tekanan di dalam kebuk diturunkan sehingga mencapai 6.7 × 10-3 Pa (5× 10-5 torr). Proses pemercikan bermula apabila cas negatif dikenakan kepada bahan sasaran yang mana akan menghasilkan plasma atau cahaya pelepasan (glow discharge). Caj positif dari gas ion yang dijana dalam plasma akan tertarik kepada plat sasaran yang bersifat bias negatif dengan kelajuan yang tinggi. Pelanggaran ini akan mewujudkan perpindahan momentum dan akan memercikan zarah atom daripada sasaran. Oleh yang demikian, zarah tersebut akan diendapkan sebagai filem nipis di permukaan substrat.

Magnetron Sputering system model PVD 75 ini mempunyai dua punca kuasa iaitu punca kuasa DC dan RF. Sumber kuasa arus terus DC dan juga frekuensi radio digunakan untuk sumber bahan yang konduktor manakala sumber kuasa RF boleh digunakan untuk kedua-dua bahan konduktor dan tidak konduktor. Namun kebiasaanya, sumber kuasa RF digunakan untuk bahan tidak konduktor sahaja. Setiap sumber kuasa mempunyai magnet yang mana magnet ini berfungsi untuk meningkatkan bilangan elektron yang terlibat dalam pengionan. Oleh yang demikian, kebarangkalian elektron untuk tertarik ke-pada atom argon dapat dipertingkatkan serta mening-katkan kecekapan pengionan secara tidak langsung. Saiz sasaran bahan yang digunakan pula hendaklah berdiameter 0.0508m (2 inci) dan ketebalan sekurang kurangnya. 0.0032m (0.125 inci).

Alat ini boleh dikendalikan secara automatik ma-hupun manual serta mampu memanaskan substrat sehingga suhu 600oC dengan menggunakan gas ar-gon atau oksigen. Keistimewaan instrumen ini adalah kebolehan untuk mengawal ketebalan filem mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Kepada pengguna yang berminat untuk menggunakan instrumen ini atau ingin men-jalankan penyelidikan bersama sila hubungi En. Idris Bin Zulkifle ([email protected]), Dr. Mohammad Hafizuddin Bin Jumali ([email protected]), Dr. Rozidawati Binti Awang ([email protected]).

Oleh: Idris ZulkifleSISTEM ‘MAGNETRON SPUTTERING’

En. Idris Bin Zulkifle sedang menyelenggara alat.

Magnetron Sputtering System.

Page 20: Buletin PPFG - ukm.my 4.pdf · Pertandingan ini adalah bertujuan untuk ... cara penyampaian melalui penulisan amat ... inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin dan

Buletin PPFG . 20

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

KENAIKAN PANGKAT (PENOLONG PEGAWAI SAINS C27)

En. Lahudi Bin saruriEn. Zailan Bin Mohd YusofEn. Mohd. Saini Bin SainEn. Muhammad Halidin Bin DasEn. Razali Bin DatauEn. Mohd. Molkhan Bin Hj. MiskamEn. Che Mohd. Zaidi Bin Che Daud

KENAIKAN PANGKAT (PEMBANTU MAKMAL KANAN C22)

En. Mohd Sukri Bin ZakariaEn. Tazidi Bin TaibPn. Natrah Nasir

CAHAYA MATA

Dr. Irman Abdul RahmanEn. Che Zaidi Che Daud

SELAMAT PENGANTIN BARU

En. Aznan Fazli Ismail dan pasangan.

TAKZIAH

Di maklumkan bahawa mantan pensyarah fizik Prof Dr. Khalijah Mohd Salleh telah kembali kerahmatul-lah pada 17 Sept 2011

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Pusat Pengajian Fizik Gunaan kepada Prof. Dr. Amran Ab. Majid ( 1 Julai 2011) dan En. Zurairi Zainal Abidin (15 Ogos 2011).

UCAPAN TAHNIAH

1. Anugerah Khas Kualiti Anugerah Inovasi Penyelidik Dr . Mohd Hafidz Bin Hj. Ruslan

2. Anugerah Khas Kualiti Anugerah Citra UKM-Jawatankuasa Publisiti Dan Kesedaran Prof. Madya Dr. Azman Bin Jalar@Jalil

3. Anugerah Pengajar Cemerlang Dr. Faizal Bin K.P Kunchi Mohamed

4. Anugerah Penyelidik Muda Dr. Chia Chin Hua

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Dr. Irman Bin Abdul RahmaDr. Norinsan Kamil Bin OthmanDr. Faizal Bin MohamedDr. Rozidawati Binti AwangEn. Idris Bin ZulkifleEn. Takim Bin SaringEn. Nazri Bin Mohmad

ANUGERAH PERKHIDMATAN 30 TAHUN

En. Roslan Bin dinEn. Zakaria Bin KelingPn. Norsidah Bt. Mohamed NordinPn. Zainon Binti Kamazaman@Kamarulzaman