buletin perubahan kerja - jkr.gov.my · jkr | confidential cawangan kontrak dan ukur bahan ,...
TRANSCRIPT
JKR | Confidential
BULETIN PERUBAHAN KERJA BAHAGIAN DASAR DAN KONTRAK, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
EDISI JULAI 2010
2010
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan , Jabatan Kerja Raya Malaysia
Bahagian Dasar & Kontrak :- Sr. Amran Mohd Majid Marina Musa Noliza Din Asrul Hafiz Houd Nizam Amri Ibrahim Rosmawati Abd Ghafar Nor Hazlinda Baharudin Nurul Aisyah Zamaludin Nor Rafidah Ramli Fadhillah Mohd Noor Hasnah Daud Ruhana Zakaria Mohd Noorkhairul Anuar
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 1
ARAHAN PERBENDAHARAAN
JADUAL 1
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN
NILAI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA
MELULUS 1. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan
jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta.
Jawatankuasa
• Pegawai Penguasa Yang Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi)
2. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan
jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 juta.
Jawatankuasa
• Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi)
3. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan
jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 juta.
Jawatankuasa
• Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan (Pengerusi)
4. Dalam semua hal lain.
Jawatankuasa
• Ketua Setiausaha Perbendaharan (Pengerusi)
BIL TAJUK RUJUKAN & TARIKH 1. Arahan Perbendaharaan 202 BNK CR(8.15)248-16 JD.4(36)
bertarikh 31 Julai 2008
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 2
JADUAL III
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA UNTUK KES-KES KHAS BAGI SEMUA AGENSI
KATEGORI PERUBAHAN PIHAK BERKUASA
MELULUS 1. Arahan-arahan Perubahan Kerja/ pengukuran semula
kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak.
• Pegawai Penguasa Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
2. Perubahan harga seperti mana yang diluluskan oleh
Perbendaharaan.
• Pegawai Penguasa Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
3. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan
Sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat kontrak.
• Pegawai Penguasa Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
4. Pengukuran Semula Kuantiti Sementara (provisional
quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal:
(i) Nilai harga tambahan bagi pengukuran semula kuantiti
dibenarkan sehingga 30% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM3 juta, yang mana lebih rendah.
(ii) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti
dibenarkan sehingga 50% pada nilai kontrak tetapi tidak melebihi RM6 juta, yang mana lebih rendah.
(iii) Dalam semua hal lain.
Jawatankuasa
• Pegawai Penguasa Yang
Dinamakan Dalam Kontrak (Pengerusi)
Jawatankuasa
• Ketua Pengarah/ Timbalan
Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan bagi Jabatan Teknik (Pengerusi) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 3
SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KERJA RAYA
BIL TAJUK RUJUKAN & TARIKH 1. Surat Arahan KPKR Bil. 5/2008
Peraturan Mengenai Arahan Perubahan Kerja dan pelarasan Harga Kontrak
(23)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 klt. 8 tarikh 24 Oktober 2008
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERATURAN
ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA
Kenalpasti perubahan kerja yang menyebabkan tambahan harga kontrak
Keluarkan APK
Adakah nilai APK > nilai asal diluluskan oleh JK Perubahan
Kerja ?
Sediakan PHK
berdasarkan kerja sebenar
yang dilaksanakan
MULA
Dapatkan kelulusan KPK dari JK Perubahan Kerja
YaTidak
Dapatkan kelulusan ke atas pertambahan nilai APK dari JK Perubahan Kerja yang
berkenaan
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 4
Projek : Cadangan Membina Makmal Baru Jabatan Kimia Pulau Pinang
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 20 Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pertukaran dinding daripada
‘blockwall’ kepada ‘brickwall’. Punca-punca perubahan kerja ini adalah
permintaan daripada daripada Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada mesyuarat
tapak .
ii) Keputusan Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja secara prinsip.
P.P. perlu menjelaskan dan memberikan justifikasi dari segi teknikal
kenapakah pertukaran dari ‘blockwall’ ke ‘brickwall’ diperlukan. Justifikasi
tersebut perlu dikemukakan kepada pihak urusetia dalam tempoh terdekat.
Jawatankuasa mengingatkan P.P., supaya apa-apa arahan perubahan
rekabentuk dimasa hadapan yang dikeluarkan oleh HODT di ibupejabat perlu
disahkan semula kepada HOPT sebelum kerja-kerja tersebut dilaksanakan
sekiranya ianya melibatkan pertambahan kos. Disamping itu P.P. juga
perlulah meneliti samada apa-apa tambahan kerja yang dicadangkan oleh
HODT adalah sesuai bagi sesebuah projek tersebut.
iii) Iktibar Kes 1
Jawatankuasa mendapati terdapat arahan perubahan rekabentuk yang
dianggap oleh Jawatankuasa tidak diperlukan seperti mengubah dinding
‘blockwall’ kepada ‘brickwall’. Arahan perubahan ini telah dikeluarkan dan
dilaksanakan tanpa melihat kepada keperluan dari segi teknikal dan kos yang
akan terlibat. Oleh itu Jawatankuasa mengingatkan pada masa hadapan,
KES 1
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 5
sekiranya terdapat arahan perubahan rekabentuk semasa peringkat
pembinaan diarahkan oleh Arkitek/Jurutera/Jabatan Pelanggan, P.P.
perlulah memastikan ianya amat diperlukan dan disahkan semula oleh HOPT
sebelum dilaksanakan.
Disamping itu P.P. perlulah memastikan keperluan perubahan kerja tersebut
adalah benar-benar diperlukan dari segi teknikal serta keperluan tapak bina.
Ini adalah kerana apa-apa arahan perubahan kerja akan menambahkan kos
keseluruhan projek. Tambah lagi ia mungkin akan mengganggu kemajuan
kerja kontraktor di samping mungkin akan memangjangkan tempoh
pembinaan. Kesannya akan menyebabkan satu lanjutan masa boleh diberikan
kepada kontraktor akhirnya menyebabkan kontraktor mempunyai hak untuk
menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan daripada Kerajan.
HODT juga perlulah memastikan apa-apa perubahan kerja yang dicadangkan
dilaksanakan di tapak bina, dibincangkan terlebih dahulu dengan P.P.
Projek : Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kompleks Penjara Negeri Perlis
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 2
Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja di luar sempadan – 1500
Diameter Pipe Culvert and Sump
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 1,039,920.30 atau 0.87% dari
jumlah harga kontrak.
KES 2
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 6
Perubahan kerja ini adalah disebabkan oleh keperluan teknikal dan diluar
skop asal kontrak. P.P. menjelaskan projek ini pada asalnya adalah
projek PMC dan telah diserahkan kepada pihak JKR. Projek ini telah
dirunding oleh pihak PMC pada tahun 2003 dan Kementerian Kewangan
meluluskannya pada tahun 2005. Pelaksanaan projek ini bermula pada
tahun 2006.
Kerja-kerja luar sempadan ini telah diperuntukkan sebagai Wang
Peruntukan Sementara dalam kontrak disebabkan tiada skop kerja pada
masa tersebut. P.P. memaklumkan ianya telah dicadangkan untuk
ditukarkan kepada Perubahan Kerja dan diberikan kepada Kontraktor
Utama kerana projek ini adalah projek Reka & Bina.
Rekabentuk ‘pipe culvert’ & ‘sump’ diperlukan atas permintaan Pihak
Berkuasa Tempatan.
ii) Keputusan
Jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga
had nilai RM1,039,920.30 dari jumlah harga kontrak.
iii) Iktibar Kes 2
Jawatankuasa mendapati terdapat Wang Peruntukan Sementara (WPS)
untuk Kerja Luar Sempadan yang telah dimasukkan dalam projek Reka
dan Bina. Jawatankuasa mengingatkan agar pada masa akan datang,
HOPT dan HODT perlulah mengkaji terlebih dahulu akan keperluan WPS
dalam projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina dimana
sepatutnya pihak Kontraktor telah mengambil semua risiko daripada awal
sehingga siap projek. Kerajaan tidak sepatutnya menanggung kos
sekiranya berlaku kenaikan kepada peruntukan WPS secara mendadak
tersebut yang mana pada kebiasaannya diperuntukkan dengan jumlah
yang kecil sahaja. Oleh itu amalan meletakkan peruntukan WPS ini
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 7
perlulah dielakkan kerana ianya tidak bertepatan dengan konsep Reka &
Bina, lebih-lebih lagi yang mana melibatkan bidang kerja yang mana
secara lazimnya di bawah tanggungan Kontraktor.
Perbelanjaan WPS yang diperuntukkan di bawah kontrak reka dan bina
sekiranya hendak dilaksanakan di bawah kontrak reka dan bina, ia hanya
boleh dilaksanakan oleh kontraktor reka dan bina. Ini adalah menurut
semangat serta konsep kontrak reka dan bina.
Namun demikian P.P. masih mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan
butiran WPS tersebut daripada kontrak dan melaksanakannya secara
berasingan.
Projek : Cadangan Kerja Pengalihan Paip Bekalan Air Bagi Projek Menaiktaraf Laluan B9/FT015 Dari Lapangan Terbang Subang Ke Hospital Sg. Buloh, Selangor.
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 5
Kontrak ini merupakan satu kontrak reka dan bina. Perubahan kerja ini
melibatkan kerja-kerja mengekalkan ‘Double Flange Butterfly Valve (VTV)
yang merupakan sebahagian daripada kerja-kerja sementara. Punca-
punca perubahan kerja ini atas arahan pihak SYABAS bagi keperluan
kerja-kerja penyelenggaraan di masa hadapan.
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM129,200.00 atau 0.41% dari
jumlah harga kontrak.
KES 3
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 8
ii) Ulasan Urusetia
• Kadar harga bagi kerja ‘Hot Tapping’ di bawah item 3A.20.0 dan 3A.20.2
di dalam Senarai Kuantiti adalah termasuk ‘ all necessary equipment,
mobilization and demobilisation, and all the temporary pipes, fittings,
specials and valves etc.’ Kerja-kerja pemasangan 4 bilangan injap kupu-
kupu 900mm adalah sebahagian daripada kerja ‘Hot Tapping’ dimana
pemasangan injap tersebut adalah sementara sahaja dan perlu dialihkan
selepas kerja-kerja penyambungan paip selesai dilaksanakan.
• Semasa mengadakan lawatan tapak bersama perunding pada 5 Mac
2007, pihak SYABAS telah meminta supaya injap kupu-kupu 900mm
dikekalkan sebagai permanent works untuk tujuan penyenggaraan
berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64) bertarikh
21 Mei 2007 dan SYA/OMD/GOP/08(61) bertarikh 8 Julai 2008.
• Permohonan ini telah dibawa ke Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja
Peringkat Pengarah Cawangan Jalan bertarikh 2 Januari 2008 tetapi
ditolak dengan alasan kerja-kerja tersebut adalah memenuhi keperluan
penyelenggaraan pihak SYABAS dan sewajarnya pihak SYABAS
menanggung kos tersebut.
• Pihak P.P. berpendapat bahawa:-
1. Pemasangan injap kupu-kupu 900mm untuk kerja ‘Hot Tapping’
adalah kerja sementara sahaja (temporary works) dan Kontraktor
berhak mengambil semula apabila penyambungan paip selesai
dilaksanakan.
2. Pihak SYABAS telah mengeluarkan arahan supaya injap tersebut
dikekalkan semasa mengadakan lawatan tapak pada 5 Mac 2007
berdasarkan surat rujukan SYA/HQ/OM/JKR-B9/FT015/07(64)
bertarikh 21 Mei 2007 MENGAKIBATKAN Kontraktor menanggung
kos tambahan.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 9
3. Dengan itu, berdasarkan Fasal 12.3.1 Syarat-Syarat Kontrak,
dicadangkan permohonan ini dipertimbangkan.
iii) Keputusan
Jawatankuasa tidak bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini.
Jawatankuasa mendapati pihak Kontraktor melaksanakan kerja tanpa
persetujuan JKR. Tiada bukti yang menunjukkan arahan daripada pihak
JKR telah dikeluarkan kepada Kontraktor untuk melaksanakan kerja.
Sekiranya pihak Kontraktor tidak berpuas hati dengan keputusan ini, pihak
Kontraktor boleh mengemukakan kes ini sebagai kes tuntutan.
iv) Iktibar Kes 3
Permohonan P.P. dengan menggunakan klausa 12.3.1 syarat-syarat
kontrak PWD DB/T Edition 2002, hanya boleh dipertimbangkan sekiranya
terdapat pindaan kepada Keperluan Statutori yang menyebabkan satu
pindaan kepada Cadangan Reka Bentuk Kontraktor. Keperluan SYABAS
untuk mengadakan injap kupu-kupu bukanlah satu pindaan kepada
keperluan statutori oleh kerana keperluan SYABAS adalah lebih untuk
tujuan penyenggaraan di masa hadapan.
Pindaan kepada keperluan statutori akan berlaku sekiranya pindaan
tersebut dibuat menurut undang-undang oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT).
Apa-apa arahan perubahan kerja daripada Pengarah Projek bagi kontrak
reka dan bina menurut klausa 27.2 PWD DB/T Edition 2002, adalah
berkaitan dengan perubahan kepada Kehendak Kerajaan sahaja. Apa-apa
perubahan kerja yang dikeluarkan oleh P.P. terhadap cadangan reka
bentuk kontraktor berhubung dengan kefungsian, kesesuaian dan
keselamatan sekiranya melibatkan kos tambahan hendaklah ditanggung
oleh kontraktor melainkan ia melibatkan kurangan yang mana perlulah
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 10
dipotong oleh P.P. daripada Harga Kontrak (rujuk klausa 27.3 dan 27.4
syarat-syarat kontrak PWD DB/T Edition 2002).
Dalam hal ini P.P.tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk
meminda Kehendak Kerajaan. Pindaan yang berlaku kepada cadangan
reka bentuk kontraktor disebabkan kepada pematuhan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan bukanlah satu pindaan kepada Kehendak kerajaan.
Maka dengan itu ia bukanlah satu perubahan kerja dalam kontrak reka
dan bina.
Projek : The Design, Construction, Equipping, Commisioning and Maintenance of Sungai Buloh Hospital (620 Beds) and the College of Allied Health Sciences at Sungai Buloh, Selangor
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 13
Perubahan kerja ini melibatkan penambahan kerja-kerja bagi Penggantian
Pelbagai Kepingan Lantai Vynil ke Piawaian yang Pelbagai (Substitution
of Various Vynil Sheet Flooring to a Varied Standard)
Kontraktor mendakwa cadangan pihaknya di dalam dokumen kontrak
dahulu adalah memenuhi spesifikasi, namun semasa mesyuarat interaksi
bil 4/2002 (16/5/2002) Kerajaan telah memilih “vynil sheet” yang lebih
tinggi dan Kontraktor menganggap ianya perubahan kerja kerana terdapat
perbezaan harga.
KES 4
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 11
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 5,290,233.39 atau 0.53% dari
jumlah harga kontrak.
ii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra
Jawatankuasa Pra meneliti dan mendengar penjelasan dari wakil
P.P./pembentang, Jawatankuasa Pra bersetuju untuk syorkan RM
4,854,373.13 atau 0.49% dari jumlah harga kontrak kepada Kementerian
Kewangan untuk dipertimbangkan kerana:
1. Wakil P.P./pembentang menegaskan terdapatnya perubahan kualiti
kepada model yang lebih tinggi dari kualiti yang telah dipersetujui di
dalam kontrak walaupun tiada arahan bertulis dan hanya terdapat minit
mesyuarat yang tidak ditandatangani;
2. Jumlah yang disyorkan berdasarkan kadarharga munasabah dan telah
dipersetujui oleh pihak Kontraktor; dan
3. Kerja telah dilaksanakan dan telah diterima oleh klien
iii) Pengesyoran J/K Peringkat KPKR Jawatankuasa Peringkat KPKR syor untuk dipertimbangkan ke
Kementerian Kewangan dengan jumlah RM 4,854,373.13 atau 0.49% dari
jumlah harga kontrak. Pengesyoran ini juga berdasarkan penjelasan dan
pengakuan Wakil P.P./pembentang, sebagaimana penjelasan dalam
Jawatankuasa Pra.
iv) Iktibar Kes 4 Dalam kes ini meskipun tiada arahan secara bertulis dikeluarkan, namun
pihak P.P. tidak menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada
kontraktor bagi menukarkan mutu serta piawaian jubin vinyl. Penjelasan
yang dikemukakan oleh Wakil P.P. mengapakah arahan bertulis tidak
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 12
dikeluarkan oleh kerana Wakil P.P. berpendapat ia bukanlah satu
perubahan kerja. Namun demikian adalah tidak dinafikan bahawa satu
arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor oleh JKR meskipun secara
tidak bertulis. Maka dengan itu adalah didapati arahan perubahan kerja
sebenarnya telah dikeluarkan meskipun ia tidak dikeluarkan secara
bertulis
Apa yang berlaku dalam kes Wakil P.P. telah menegaskan bahawa
cadangan asal kontraktor sebenarnya memenuhi kriteria kefungsian,
kesesuaian dan keselamatan dalam kontrak reka dan bina dan cadangan
asal tersebut telah pun dipersetujui oleh kedua-dua kontraktor serta
Kerajan semasa rundingan harga diadakan. Namun demikian pertukaran
bagi vinyl tiles tersebut didapati mutunya adalah lebih tinggi daripada apa
yang telah dipersetujui, ia adalah lebih kepada kecenderungan citarasa
pihak Kerajaan dan maka dengan itu ia bukanlah berpunca daripada
kemungkiran kontraktor dalam pelaksanaan tanggung jawab kontrak reka
dan bina. Maka dalam hal ini Jawatankuasa Perubahan Kerja
memutuskan ia adalah satu perubahan kerja dengan itu kos tambahan
perlulah dibayar kepada kontraktor.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 13
Projek :Cadangan Membina dan Menyiapkan Klinik Kesihatan 3 Cermai 2 (12CE, 5DCE) dan Kuarters (2D, 8F, 16G) Simpang Lima, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1
Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja pembaikan tanah (Ground
Improvement). Punca-punca perubahan kerja ini adalah untuk keperluan
selepas keputusan ujian tanah.
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 3,636,965.50 atau 14.63%
dari jumlah harga kontrak
ii) Ulasan Urusetia
Pejabat ini telah membuat semakan terhadap Laporan Justifikasi
Perubahan Kerja serta surat kepada Y.Bhg. Dato’Sri KPKR ruj (35)
dlm.JN.SEL9/1/L/08(QS) bertarikh 28 Julai 2009 dan mendapati PP
mengesyorkan agar projek ini diteruskan dengan kontraktor sedia ada
setelah mendapat komitmen daripada pihak pelanggan ke atas
pertambahan kos.
Pejabat ini juga mendapati perkiraan anggaran kos yang lebih terperinci
berkenaan pertambahan kos yang terlibat telah disertakan oleh pihak PP.
Pendekatan bagi meneruskan projek ini adalah berdasarkan alasan-
alasan berikut :
i. Pihak pelanggan telahpun memberikan komitmen ke atas
pertambahan kos sebanyak RM4,306,521.50 sepertimana dalam
surat bil (2)KKM(S)BPP.UPP.700-2/2/5L jld 2 bertarikh 22 Jun
2009.
KES 5
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 14
ii. Peningkatan kos adalah berpunca daripada isu ‘soil improvement’
yang tidak diambil kira dalam tender dan isu ini berkait rapat pula
dengan jenis atau saiz cerucuk yang akan digunapakai.
Berdasarkan semakan semula oleh HODT-HODT yang terlibat,
pertambahan kos yang disumbangkan oleh ‘soil improvement’ dan pindaan cerucuk adalah sekitar RM4,181,670.20.
Pertambahan ini adalah masih dalam lingkungan kos tambahan
yang telah disahkan oleh pihak pelanggan.
Dalam perbincangan di atas, pihak HODT yang terlibat juga telah
menyuarakan keyakinan pindaan kerja yang melibatkan
pertambahan kos untuk lain-lain komponen bangunan dijangkakan
adalah minima.
iii. Tindakan tender semula akan melewatkan perancangan dan pelaksanaan projek ini, namun peningkatan kos pasti tidak dapat dielakkan walaupun dilihat sebagai pendekatan yang lebih
telus dan terbuka.
iv. Kontraktor telah memberikan maklumbalas yang positif serta
memberi kerjasama penuh dalam usaha Wakil PP untuk
menyelesaikan masalah ini.
v. Ini adalah satu pengajaran kepada pihak yang terlibat khasnya
HODT bahawa isu andaian terhadap asas bangunan (assumption
on the foundation) perlu diberi perhatian serius dan setiap andaian
jika pun perlu dibuat mestilah dilengkapkan dengan peruntukan
seperti wang peruntukan sementara dalam tender yang akan
dipanggil. Setidak-tidaknya tindakan ini akan membebankan pihak
pelanggan dengan isu pertambahan kos diperingkat akhir.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 15
iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra
Jawatankuasa Pra telah bersetuju mengesyorkan RM 3,193,125.50
berdasarkan sebab berikut :-
1. PP telah menjelaskan bahawa projek ini perlu ditender segera,
tanpa siasatan tanah (Soil investigation) siap oleh pihak IKRAM.
2. Pihak klien telah bersetuju untuk menambah peruntukan kewangan
untuk perubahan kerja ini melalui surat bil. KKM(S)BPP.UPP.700-
/2/2/5Jld.2(2).
iv) Keputusan
Jawatankuasa bersetuju meluluskan perubahan kerja ini secara prinsip
serta mengarahkan PP menyediakan Perjanjian Tambahan yang
mengandungi terma-terma yang jelas agar tidak ada tuntutan kerugian
dan perbelanjaan tambahan dari pihak kontraktor. Jumlah perubahan
kerja yang diluluskan adalah sebanyak RM 4,044,310.20 atau 16.27% dari jumlah harga kontrak.
v) Iktibar Kes 5
Dalam hal ini pindaan kepada sekop kontrak berlaku oleh kerana kerja-
kerja pembaikan tanah tidak dimasukkan dan dengan itu menurut sekop
kontrak, ia adalah tidak dijangka semasa kontrak diikat di antara
kontraktor dengan Kerajaan. Pertukaran ini melibatkan satu pindaan
kepada keadah pelaksanaan kerja dan juga peningkatan kos yang tinggi
di mana ia adalah di luar jangkaan kedua-dua belah pihak. Sehubungan
dengan satu perjanjian tambahan perlulah dilaksanakan di antara kedua-
dua belah pihak oleh kerana ia bukanlah tergulung sebagai satu
perubahan kerja menurut peruntukkan kontrak.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 16
Perlulah diingatkan apa-apa arahan P.P. berhubung dengan perubahan
kerja menurut peruntukkan kontrak adalah untuk menganjurkan sekop
asal tetapi bukanlah untuk mengubah sekop asal dan dengan itu pindaan
kepada terma kontrak jua oleh P.P.
Menurut beberapa kes yang diputuskan di mahkamah sekiranya satu
perubahan kerja dilaksanakan didapati di luar sekop kerja kontrak ataupun
melibatkan tambahan kos yang besar, maka ia bukanlah satu perubahan
kerja menurut syarat-syarat kontrak binaan dan maka dengan itu masa
bukan menjadi teras kepada kontrak (time is at large). Ini adalah kerana
mahkamah akan mentafsirkan bahawa kedua-dua belah pihak didapati
secara tingkah laku menulis semula kontrak tersebut dan tempoh masa
asal kontrak sudah tidak lagi mengikat dan juga berkaitan.
Sehubungan dengan itu adalah wajar satu perjanjian tambahan
dilaksanakan bagi memastikan sekop kerja yang baru itu direkodkan
terma-termanya disamping memastikan masa terus menjadi kepada
kontrak tersebut.
Adalah juga wajar satu kelulusan diperolehi daripada Pihak
Perbendaharaan serta Kementerian Pelanggan oleh kerana ia melibatkan
pindaan kepada sekop serta terma-terma kontrak dan juga melibatkan
peningkatan kos yang tinggi sebelum Perjanjian Tambahan dilaksanakan
di antara Kerajaan dengan kontraktor.
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 17
Projek : Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dua Blok Bangunan 4 Tingkat Di Sekolah Menengah Batu 4 Grik, Hulu Perak
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 6
Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan kerja perabut
terlerai. Punca-punca perubahan kerja ini adalah disebabkan keperluan
teknikal.
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 375,165.80 atau 10.74% dari
jumlah harga kontrak
ii) Ulasan Urusetia
Ulasan Urusetia berhubung KPK ini adalah seperti berikut :-
1. Borang permohonan yang dikemukakan adalah didapati teratur.
Tarikh siap sebenar untuk projek ini adalah pada 10 Februari
2009.
2. Permohonan adalah untuk kerja perabot terlerai yang tidak
dimasukkan di dalam dokumen tender asal kerana pada ketika itu
perabot-perabot tersebut akan dibekalkan melalui Kontrak Pusat.
Walaubagaimanapun semasa pembinaan didapati jenis perabot
yang ditentukan untuk projek ini tiada dalam bekalan Kontrak
Pusat. Oleh yang demikian, adalah wajar kerja perabot terlerai
tersebut dimasukkan sebagai kerja tambahan kepada kontraktor
utama kerana ia merupakan keperluan teknikal untuk projek ini.
KES 6
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 18
3. Kadar harga yang digunakan adalah kadar harga munasabah
berpandukan kepada kadar harga bagi item yang sama untuk
projek-projek sekolah lain di negeri Perak. Selain dari itu kadar
harga yang digunapakai adalah diperolehi daripada pembekal
perabot dan didapati kadar harga tersebut adalah munasabah.
4. Jumlah pormohonan adalah sebanyak RM 375,165.80 iaitu 10.74%
atau 20.38% kumulatif.
iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra
Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 375,165.80 berdasarkan
sebab-sebab berikut :-
a. Perubahan kerja ini perlu dilaksanakan kerana jenis perabot tiada
dalam bekalan Kontrak Pusat Kerajaan.
b. Kadar harga yang digunakan adalah munasabah.
iv) Keputusan
Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 375,165.80 atau 10.74% dari
jumlah harga kontrak.
v) Iktibar Kes 6
Bagi perubahan kerja perabut terlerai, adalah wajar diperuntukkan
sebagai satu Wang Peruntukkan Sementara (WPS) di dalam kontrak
ataupun dilaksanakan secara berasingan. Ini adalah kerana menurut
syarat-syarat kontrak, WPS ditakrifkan sebagai sejumlah wang yang
diperuntukkan bagi kerja atau bekalan barang-barang atau bahan yang
sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa
dokumen tender dikeluarkan.Dalam hal ini, P.P. berpendapat bekalan
perabut terlerai tersebut boleh diperolehi daripada kontrak pusat. Tetapi
malangnya bekalan perabut pusat tidak menepati keperluan projek. Maka
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 19
dengan itu adalah wajar peruntukkan WPS ke dalam Dokumen Tender
oleh kerana ketidaktentuan sekop kerja yang terlibat.
Sebagai satu langkah alternatif, adalah wajar juga dipertimbangkan
samaada perolehan perabut terlerai ini boleh dilaksanakan secara
berasingan daripada kontrak memandangkan ia boleh mengganggu
kelancaran serta boleh memanjangkan tempoh penyiapan projek yang
boleh melibatkan lanjutan masa diberikan dan kemudiannya
membolehkan kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan
terhadap Kerajaan.
Projek : Pembinaan Pusat Pemprosesan, Pengeluaran Dan Gudang
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bangi, Selangor
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 1
Perubahan kerja ini melibatkan perubahan kerja cerucuk. Punca-punca
perubahan kerja ini adalah disebabkan perubahan susun atur (Layout)
tapak bangunan dan kegagalan ujian beban pada cerucuk (Bore Piling).
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari
jumlah harga kontrak.
ii) Ulasan Urusetia
Urusetia mendapati tiada sebarang surat menyurat atau dokumen
sokongan disertakan bagi membuktikan ada kesilapan kerja ukur tanah di
tapak yang mengakibatkan perubahan kerja.
KES 7
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 20
iii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra
Jawatankuasa Pra bersetuju mengesyorkan RM 4,810,622.45 berdasarkan sebab-sebab berikut :-
a. Perubahan berlaku apabila kontraktor membuat pengukuran tanah
dan mendapati keluasan tapak adalah tidak sama seperti mana di
dalam pelan yang disediakan oleh Juruukur Satria.
Maka pihak perunding telah merubah rekabentuk besmen yang
melibatkan perubahan pada struktur asas bangunan. Saiz cerucuk
ditukar supaya dapat mengurangkan bilangan titik cerucuk dan
mempercepatkan kerja.
b. Apabila berlaku kegagalan ujian beban cerucuk, kontraktor diarah
melakukan kerja tambahan bagi siasatan tanah (seperti surat
Arahan tapak oleh JKR daerah bertarikh 13hb Ogos 2009).
c. Dengan laporan terkini, Jurutera Peruding telah mencadangkan
penggunaan cerucuk jenis cerucuk spun yang dapat
mempercepatkan kerja.
iv) Keputusan
Jawatankuasa meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai
RM 4,810,622.45 atau 8.35% dari jumlah harga kontrak.
Walaubagaimanapun PP perlu mendapatkan laporan dan justifikasi dari
segi teknikal daripada Cawangan Pakar yang berkaitan kenapakah
berlakunya pertukaran rekabentuk cerucuk tersebut. Satu salinan laporan
perlu dikemukakan kepada urusetia untuk rekod.
v) Iktibar Kes 7
Kerajaan perlulah memastikan juruukur tanah yang dilantik menyediakan
pelan ukur dengan tepat agar kedudukan bangunan dapat direka bentuk
dengan sewajarnya. Dalam hal ini adalah didapati pelan juruukur yang
diperolehi daripada Juruukur Tanah berbeza dengan keadaan sebenar di
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 21
tapak bina. Maka adalah wajar sebelum tender dipanggil, HODT/P.P.
menentusahkan aras-aras yang tertera di lukisan ukur tanah tersebut
adalah tepat dan tidak menyimpang daripada keadaan sebenar.
Berkaitan dengan perubahan cerucuk daripada bore pile kepada cerucuk
spun, adalah wajar Cawangan Pakar dirujuk oleh P.P. sebelum
mengarahkan kontraktor menukar sistem cerucuk tersebut agar
pertimbangan yang sewajarnya dapat dibuat.
Projek : Redevelopment Of Kuala Terengganu Airport Project Package II - Terminal Building
i) Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja No. 21
Perubahan kerja ini melibatkan kerja-kerja tambahan untuk sistem
penyaman udara, sistem pencegah kebakaran dan sistem aerobridge.
Punca – punca perubahan kerja ini disebabkan tiada dalam skop asal
tetapi diperlukan untuk operasi.
Nilai anggaran kos yang terlibat adalah RM 548,644.45 atau 0.45% dari
jumlah harga kontrak
ii) Pengesyoran Jawatankuasa Pra
Jawatankuasa Pra tidak mengesyorkan perubahan kerja kerana :-
a. Sebab dan justifikasi tidak jelas dan kukuh.
b. Keadaaan aras bagi sistem aerobridge tidak disemak terlebih
dahulu sebelum rekabentuk disiapkan serta tidak dapat dipastikan
adakah ianya tanggungjawab kontraktor atau pihak JKR.
KES 8
Hakcipta terpelihara BDK, CKUB 22
iii) Keputusan Jawatankuasa Induk Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan perubahan kerja ini sehingga had nilai RM 548,644.45 atau 0.45% dari
jumlah harga kontrak. Ini adalah kerana lukisan rekabentuk telah
disediakan oleh Jabatan sendiri, maka dengan itu apa-apa kesilapan
rekabentuk perlulah ditanggung oleh kerajaan.
iv) Iktibar Kes 8
Menurut klausa 4.0 syarat-syarat kontrak JKR 203A (sem.10/83) di bawah
tajuk ’Bidang Kontrak’, ia antara lain memperuntukkan tanggung jawab
kontraktor adalah untuk membina dan menyiapkan Kerja yang ditunjukkan
dalam Pelan-Pelan Kontrak dan diperihalkan dalam Senarai Kuantiti
dan/atau Spesifikasi.
Ini bermakna, ia bukanlah menjadi tanggung jawab kontraktor untuk
menentukan aras struktur yang perlu dibina. Ia terserahlah kepada
HODT/P.P. bagi menentukan aras yang perlu dibina di tapak bina. Dalam
hal ini kontraktor telah membina sebegaimana yang diarah oleh P.P.,
namun didapati aras yang dibina tidak tepat dan dengan itu kontraktor
didapati perlu membetulkan aras aerobridge tersebut. Memandangkan
kontraktor tidak silap dalam menentukan aras aerobridge tersebut, malah
perlu mengubahnya menurut aras sebenar, ia merupakan satu perubahan
kerja oleh kerana P.P. perlu mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan
kerja-kerja pembinaan aerobridge tersebut menurut keadaan tapak yang
sebenar.
Sehubungan dengan itu adalah wajar HODT/P.P. menyemak serta
menentukan aras kerja yang sebenar dalam kontrak konvensyional
memandangkan reka bentuk adalah tanggung jawab Kerajaan.