siri jelajah pemantapan pentadbiran kontrak · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada...

26
SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK PERUBAHAN KERJA, TUNTUTAN DAN AKAUN MUKTAMAD SOALAN-SOALAN LAZIM - Frequently Asked Question (FAQ) 1) Bolehkah perubahan kerja dilaksanakan di tapak bina sebelum Permohonan Perubahan Kerja diluluskan? Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan (A.P.) 202.2, sebelum apa-apa perubahan kerja yang melibatkan tambahan kos dikeluarkan kepada kontraktor, P.P. hendaklah memohon dan mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Perubahan Kerja. Namun demikian, sekiranya P.P. mengeluarkan arahan perubahan kerja kepada kontraktor tanpa mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Perubahan Kerja, maka menurut klausa 5.1(a) syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010), kontraktor masih perlu mematuhi arahan perubahan kerja tersebut. Dalam hal ini, sekiranya arahan tersebut melibatkan pertambahan kos, maka Kerajaan masih bertanggungan untuk membayar kepada kontraktor. Maka dengan itu adalah wajar P.P. mematuhi keperluan A.P. tersebut. 2) Bilakah Perakuan Muktamad perlu disediakan? Peruntukan kontrak menyatakan perlu disediakan dan dikeluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan atau Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan, mana yang terkemudian, manakala Surat Arahan KPKR Bil. 13/2011 menyatakan bahawa Perakuan Muktamad perlu disiapkan dalam masa 9 bulan. Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. 203/230A(Rev.1/2010), Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh3 bulan selepas

Upload: trinhbao

Post on 21-Aug-2019

300 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

SIRI JELAJAH PEMANTAPAN

PENTADBIRAN KONTRAK

PERUBAHAN KERJA, TUNTUTAN DAN AKAUN MUKTAMAD

SOALAN-SOALAN LAZIM - Frequently Asked Question (FAQ)

1) Bolehkah perubahan kerja dilaksanakan di tapak bina sebelum

Permohonan Perubahan Kerja diluluskan?

Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan (A.P.) 202.2, sebelum apa-apa

perubahan kerja yang melibatkan tambahan kos dikeluarkan kepada

kontraktor, P.P. hendaklah memohon dan mendapatkan kelulusan daripada

Jawatankuasa Perubahan Kerja.

Namun demikian, sekiranya P.P. mengeluarkan arahan perubahan kerja

kepada kontraktor tanpa mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa

Perubahan Kerja, maka menurut klausa 5.1(a) syarat-syarat kontrak P.W.D.

Form 203/203A (Rev. 1/2010), kontraktor masih perlu mematuhi arahan

perubahan kerja tersebut. Dalam hal ini, sekiranya arahan tersebut melibatkan

pertambahan kos, maka Kerajaan masih bertanggungan untuk membayar

kepada kontraktor.

Maka dengan itu adalah wajar P.P. mematuhi keperluan A.P. tersebut.

2) Bilakah Perakuan Muktamad perlu disediakan? Peruntukan kontrak

menyatakan perlu disediakan dan dikeluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas

tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan atau Perakuan Siap Memperbaiki

Kecacatan dikeluarkan, mana yang terkemudian, manakala Surat Arahan

KPKR Bil. 13/2011 menyatakan bahawa Perakuan Muktamad perlu disiapkan

dalam masa 9 bulan.

Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. 203/230A(Rev.1/2010),

Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh3 bulan selepas

Page 2: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) atau selepas

terkeluarnya Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (PSMK), yang mana

lebih terkemudian. Ini bermakna P.P. bolehlah mengeluarkan Perakuan

Muktamad meskipun DLP masih belum lagi berakhir atau PSMK masih belum

lagi dikeluarkan. Namun demikian, adalah tidak wajar bagi P.P. untuk

mengeluarkan Perakuan Muktamad sekiranya DLP masih belum lagi berakhir

atau PSMK masih belum lagi dikeluarkan oleh kerana P.P. boleh berhadapan

dengan tindakan kecuaian.

Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2012, Perakuan

Muktamad hendaklah disediakan dalam tempoh 9 bulan dari tarikh Perakuan

Siap Kerja bagi projek Konvensional atau 12 bulan dari tarikh Perakuan Siap

Kerja bagi projek Reka dan Bina. Namun demikian, menurut SPP tersebut

Perakuan Muktamad yang telah disediakan itu mestilah dimuktamadkan

setelah tempoh DLP berakhir atau selepas terkeluarnya PSMK; yang mana

lebih terkemudian, dengan mengambil kira apa-apa potongan yang perlu

dipotong dalam tempoh DLP. Selepas itu P.P. hendaklah mengeluarkan

perakuan muktamad sebagaimana yang diperuntukkan di dalam syarat-syarat

kontrak. Dalam hal ini, SA KPKR Bil. 14/2012 telah dikeluarkan selaras

dengan SPP Bil. 1 Tahun 2012.

Untuk tujuan ini pihak pengurusan atasan JKR telah memutuskan agar P.P.

menyediakan draf Perakuan Muktamad dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh

Perakuan Siap Kerja. Namun demikian draf perakuan muktamad ini perlulah

dimuktamadkan dan dikemukakan kepada kontraktor menurut syarat-syarat

kontrak iaitu apabila berakhirnya DLP atau selepas terkeluarnya PSMK yang

mana terkemudian.

3) Adakah Surat Akuan Statutori yang diperlu dikemukakan oleh kontraktor

sebelum bayaran akhir boleh dibuat, sebagaimana yang disyaratkan di dalam

syarat-syarat kontrak, menjamin bahawa pekerja yang terlibat dalam Kerja,

termasuk pekerja yang digajikan oleh kontraktor, subkontraktor sama ada

Page 3: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

yang dinamakan ataupun tidak, telah menerima semua gaji yang perlu

dibayar?

Menurut klausa 31.5 syarat-syarat kontrak P.W.D. 203/203A (Rev.1/2010),

tiada bayaran boleh dibuat melainkan atau sehinggalah surat akuan statutori

dikemukakan oleh kontraktor yang memperakukan secara statutori bahawa

kesemua pekerja yang terlibat di dalam projek ini telahpun dibayar. Dalam hal

ini, pekerja yang terlibat hendalah termasuk para pekerja kontraktor, dan para

subkontraktor dinamakan ataupun subkontraktor domestik.

Namun demikian tujuan surat akuan statutori bukanlah merupakan satu

jaminan bahawa kontraktor telah membayar gaji pekerja tetapi hanyalah

bertujuan untuk melindungi kepentingan Kerajaan bagi memastikan kontraktor

sudahpun membayar gaji pekerja. Ini adalah kerana menurut seksyen 33 Akta

Kerja 1955, Kerajaan, kontraktor dan subkontraktor adalah bertanggungan

bersesama dan berasingan untuk memastikan bayaran dibuat kepada para

pekerja yang terlibat bagi Kerja.

Sehubungan dengan itu tujuan perakuan statutori adalah untuk melindungi

Kerajaan dalam keadaan di mana para pekerja mahu mengambil tindakan

undang-undang terhadap Kerajaan di bawah seksyen 33 Akta Kerja 1955.

Sekiranya Kerajaan diputuskan bertanggungan oleh mahkamah, maka

kontraktor bertanggungan untuk menanggung kerugian Kerajaan.

4) Sekiranya peruntukan VOP di dalam kontrak utama adalah indeks

berlandaskan SPP Bil. 14 Tahun 1991, tetapi peruntukan VOP yang

dimasukkan ke dalam subkontrak subkontraktor dinamakan adalah

berlandaskan SPP Bil. 3 Tahun 2008, bolehkah kedua-dua peruntukan VOP

tersebut dikuatkuasakan?

Isu mengenai VOP di antara Kerajaan dengan kontraktor atau di antara

subkontraktor dinamakan dengan kontraktor merupakan satu isu yang ada

hubungan dengan peruntukan kontrak. Maka, sekiranya benar terdapat

Page 4: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

peruntukan VOP berdasarkan SPP Bil. 14 Tahun 1991 di dalam kontrak di

antara kontraktor dengan Kerajaan, maka penilaian oleh P.P. hendaklah

berdasarkan kepada peruntukan khas yang dinyatakan di dalam kontrak

tersebut.

Bagi bayaran VOP untuk subkontraktor dinamakan, satu peruntukan khas

mestilah diadakan di dalam peruntukkan subkontrak di antara kontraktor

dengan subkontraktor dinamakan.Seterusnya mestilah diadakan satu lagi

peruntukan khas di dalam kontrak utama di antara Kerajaan dengan

kontraktor bagi membenarkan penilaian serta bayaran dibuat bagi VOP yang

berkaitan dengan kerja subkontraktor dinamakan.

Selagi mana terdapat peruntukan khas bagi kedua-dua kontrak utama dan

subkontrak, maka peruntukan VOP bolehlah dikuatkuasakan.

5) Apakah takrif perubahan kerja?

Menurut klausa 24.2 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak

yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

kualiti atau kuantiti Kerja yang dihuraikan dan dirujuk di dalam dokumen

kontrak dan menjejaskan Harga Kontrak; termasuklah:

(a) tambahan, kurangan atau gantian;

(b) perubahan kepada jenis atau piawaian mana-mana bahan, barangan

yang digunakan dalam Kerja;

(c) pengalihan daripada tapak bina kerja yang telah dibina atau bahan-

bahan binaan atau barangan yang dibawa masuk oleh kontraktor.

Namun demikian, perubahan kerja mestilah dibezakan dengan perubahan

skop kerja. Menurut nas-nas perundangan yang diputuskan oleh mahkamah

dalam beberapa kes, sekiranya sesuatu perubahan kerja melibatkan kenaikan

kos yang mendadak ataupun perubahan kerja tersebut menyebabkan ianya

Page 5: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

tidak boleh dikesan daripada skop asal kontrak, maka ia bukanlah satu

perubahan kerja yang dimaksudkan di dalam kontrak. Sebaliknya, ia lebih

merupakan satu perubahan skop kerja di mana kedua-dua belah pihak telah

menulis semula kontrak tersebut.

Satu lagi nas perundangan yang diputuskan oleh mahkamah adalah,

sekiranya perubahan kerja tersebut menyebabkan satu perubahan yang

material kepada teknologi pembinaan,contohnya, perubahan reka bentuk

daripada kerangka konkrit ke kerangka keluli bagi sebuah bangunan, maka

ianya bukanlah satu perubahan kerja oleh kerana perkara tersebut bukanlah

sesuatu yang boleh dijangka secara munasabah apabila kedua-dua belah

pihak memasuki kontrak pada peringkat permulaan.

6) Adakah Urusetia Jawatankuasa Perubahan Kerja menghendaki

huraian terperinci bagi tujuan meluluskan perubahan kerja yang dipohon?

Menurut SA KPKR Bil. 5/2008, pemohon hendaklah menggunakan borang

JKR-KPK (Pind. 1/2008) untuk memohon kepada Jawatankuasa Perubahan

Kerja demi untuk mendapat kelulusan sebelum arahan perubahan kerja

dikeluarkan kepada kontraktor. Di samping itu, nilai anggaran kerja perubahan

perlulah juga dikemukakan di mana ia merupakan satu nilai anggaran

sementara yang mana hendaklah disokong dengan butir-butir pengiraan yang

disahkan oleh P.P. atau Wakil P.P..

Maka, selepas perubahan kerja tersebut disiapkan oleh kontraktor, P.P. atau

wakil P.P. hendaklah menilai dan memuktamadkan perubahan kerja yang

telah dilaksanakan dan seterusnya menyediakan Pelarasan Harga Kontrak

(PHK) untuk kelulusan.

7) Apakahkadar harga yang perlu digunakan bagi menilai perubahan

kerja?

Page 6: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Menurut klausa 25.1(a) dan (b) syarat-syarat kontrak P.W.D. 203/203A (Rev.

1/2010), ia menetapkan peraturan bagi P.P. untuk menilai perubahan kerja

yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini tigakaedah peraturan penilaian

perlulah digunakan oleh P.P., iaitu:

a) Dalam keadaan di mana kerja adalah sama sifatnya dan dilaksanakan

dalam keadaan yang sama, kadar harga kontrak hendaklah digunakan.

b) Dalam keadaan di mana kerja tidak sama sifatnya atau tidak sama

keadaan kerjanya, maka kadar harga kontrak hendaklah digunakan

sebagai asas (pro-rata) setakat mana ia adalah munasabah. Dalam hal

ini sifat kerja yang dimaksudkan adalah di mana keadaan perbezaan di

antara sifat kerja di dalam kontrak dengan sifat kerja yang telah

dilaksanakan tidak jauh perbezaannya, maka barulah kadar harga pro-

rata boleh digunakan. Begitu juga dalam keadaan di mana perbezaan

keadaan kerja yang dibina jika dibandingkan dengan keadaan kerja di

dalam kontrak adalah sedikit sahaja, maka kadar harga kontrak bolehlah

menjadi asas untuk menilai perubahan kerja.

c) Sekiranya kadar harga kontrak tidak boleh digunakan atau tidak boleh

diasaskan, maka kadar harga yang saksama hendaklah digunakan.

8) Sekiranya kuantiti kerja yang diperuntukkan di dalam kontrak adalah

sebagai kuantiti sementara dan selepas pengukuran semula kuantiti

sementara dibuat didapati naik secara mendadak, bagaimanakah

pertambahan kuantiti itu perlu dinilai?

Menurut klausa 26.6 syarat-syarat kontrak P.W.D. 203A (Rev.1/2010),

peraturan untuk menilai pengukuran semula kuantiti sementara hendaklah

dinilai sebagaimana yang dinyatakan di dalam klausa 25.1 syarat-syarat

kontrak yang sama. Sehubungan dengan itu peraturan-peraturan penilaian

yang terlibat ialah:

a) Sifat kerja yang sama dan keadaan kerja yang sama;

Page 7: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

b) Sifat kerja yang tidak sama atau keadaan kerja tidak sama, setakat

mana yang munasabah;

c) Kadar harga yang saksama

Maka dengan itu, sekiranya terdapat kenaikan kuantiti kerja yang mendadak,

ia boleh melibatkan perbezaan keadaan kerja daripada apa yang dinyatakan

di dalam Senarai Kuantiti, Dalam hal ini, P.P. bolehlah menggunakan kaedah

penilaian kadar harga sebagai asas (pro-rata) dan/atau kadar harga saksama

untuk menilai pertambahan kerja yang mendadak tersebut sahaja.

9) Bolehkah disediakan penyata akaun muktamad jika surat akaun

statutori tidak dikemukakan?

Menurut 31.5 syarat-syarat kontrak P.W.D. 203/203A (Rev.1/2010), tiada

bayaran boleh dibuat ke atas Perakuan Muktamad yang dikeluarkan oleh P.P.

selagi mana satu perakuan statutori tidak dikemukakan oleh kontraktor yang

memberi satu akuan statutori bahawa semua para pekerja yang terlibat di

dalam pelaksanaan sesebuah projek itu telah dibayar gaji.

Maka sehubungan dengan itu, Perakuan Muktamad bolehlah dikeluarkan oleh

P.P. meskipun kontraktor tidak mengemukakan surat akuan statutori tetapi

bayaran akhir hanya boleh dibuat apabila surat akuan statutori dikemukakan

kepada Kerajaan.

10) Sekiranya dokumen kontrak mengandungi peruntukan khas bagi VOP,

bolehkah peruntukan khas tersebut dibatalkan?

Klausa 30 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010) jelas

menyatakan bahawa sekiranya peruntukan khas bagi VOP dimasukkan

sebagai terma kontrak, maka P.P. hendaklah mengeluarkan Perakuan

Bayaran Interim dengan mengambil kira perubahan harga bahan-bahan

binaan (VOP). Jumlah bersih perkiraan VOP tersebut kemudiannya hendaklah

dikurangkan daripada atau ditambahkan kepada Harga Kontrak.

Page 8: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Sehubungan dengan itu, memandangkan bahawa VOP merupakan salah satu

terma kontrak, maka ia tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana pihak.

11) Bolehkah bayaran dibuat selepas tarikh siap kerja? Sekiranya boleh,

apakah tarikh penilaian yang perlu dinyatakan di dalam Perakuan Bayaran

Interim?

Klausa 28 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010) tidak

menghalang bayaran interim dibuat selepas Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, apabila Kerajaan sudah menerima faedah serta

manfaat Kerja yang telah disiapkan, maka bayaran hendaklah dibuat oleh

Kerajaan sebagaimana wajarnya.

Menurut SPP Bil. 1 Tahun 2012, bagi mengurangkan beban kewangan

kontraktor, bayaran interim bolehlah dibuat selepas Perakuan Siap Kerja

dikeluarkan bagi kerja yang telah dilaksanakan. Tarikh penilaian perakuan

bayaran interim tersebut hendaklah menggunakan tarikh Perakuan Siap

Kerja.

12) P.P. telah mengarahkan supaya kontraktor membuat reka bentuk

semula kerja-kerja asas. Bolehkah yuran reka bentuk dibayar kepada

kontraktor?

Syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010) adalah senyap

berkaitan dengan hak P.P. untuk mengarahkan reka bentuk disediakan oleh

kontraktor melainkan klausa 22 syarat-syarat kontrak yang sama, yang

menyatakan mengenai tanggung jawab kontraktor untuk menyediakan reka

bentuk yang “stand alone”. Namun demikian, sekiranya P.P. yang

mengarahkan kontraktor menyediakan reka bentuk yang bukan “stand alone”,

maka ia adalah satu tindakan yang menyimpang daripada syarat-syarat

kontrak.

Page 9: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Sehubungan dengan itu, sekiranya kelulusan diperolehi daripada pihak yang

berkuasa untuk kontraktor menyediakan reka bentuk yang bukan“stand

alone”, maka satu perjanjian tambahan hendaklah dibuat bagi memastikan

tanggungjawab kontraktor berkaitan dengan reka bentuk

dinyatakan.Perjanjian tambahan tersebuthendaklah memperuntukkan akan

tanggungjawab kontraktor untuk melantik perunding bagi menyediakan reka

bentuk bagi pihak kontraktor dan juga memperuntukkan bahawa kedua-dua

kontraktor serta perunding adalah bertanggungan terhadap reka bentuk

tersebut.

Sehubungan dengan itu, sekiranya kesemua dokumen-dokumen serta

kelulusan tersebut diperolehi dan kerja telah dilaksanakan dengan

sewajarnya, maka bayaran bolehlah dibuat kepada kontraktor termasuklah

yuran perunding.

13) Bolehkah tuntutan kerugian dan perbelanjaan dibayar selepas

Perakuan Muktamad dikeluarkan dan jika boleh bagaimana kaedah untuk

membuat bayaran tersebut?

Menurut klausa 31.4 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), perakuan muktamad yang dikeluarkan oleh P.P. hendaklah

merangkumi kesemua nilai kerja yang dilaksanakan serta penilaian tuntutan

kerugian perbelanjaan tambahan yang kontraktor layak dibayar. P.P. juga

perlulah mengambil kira jumlah bayaran yang telah dibayar kepada kontraktor

dan juga tolakan-tolakan yang mana pihak Kerajaan berhak ke atas kontraktor

menurut syarat-syarat kontrak.

Meskipun demikian, sekiranya P.P. telah mengemukakan perakuan

muktamad tanpa mengambil kira tuntutan kerugian dan perbelanjaan

tambahan, dan tuntutan tersebut sudahpun diluluskan oleh Jawatankuasa

Tuntutan, maka P.P. bolehlah menyemak semula Perakuan Muktamad yang

telah diluluskan itu.

Page 10: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Walau bagaimanapun, sekiranya kontraktor menandatangani Perakuan

Muktamad dan menunjukkan persetujuannya ke atas perakuan muktamad

tersebut, maka apa-apa tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan yang

dituntut kemudiannya tidak boleh diambil kira.

14) Bolehkah perakuan muktamad dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan

selepas Perakuan Siap Kerja dikeluarkan? Adakah tindakan sedemikian

bercanggah dengan syarat-syarat kontrak?

Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), ia antara lain memperuntukkan tanggung jawab P.P. untuk

mengeluarkan Perakuan Muktamad dalam tempoh 3 bulan selepas

berakhirnya DLP atau tiga bulan selepas terkeluarnya PSMK; yang mana

lebih terkemudian. Dengan perkataan lain, klausa 31.3 tersebut tidak

menghalang P.P. untuk mengeluarkan Perakuan Muktamad lebih awal

sebelum berakhirnya DLP atau selepas terkeluarnya PSMK.

Namun demikian, sekiranya P.P. mengeluarkan perakuan muktamad lebih

awal, maka tindakannya berbuat demikian boleh bermaksud beliau tidak

cermat dan berhati-hati berkaitan dengan tindakan pengeluaran perakuan

muktamad tersebut. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan yang kecacatan

akan timbul dalam tempoh DLP dan kemungkinan pihak kontraktor gagal

memperbaiki kecacatan dalam tempoh tersebut. Sehubungan dengan itu,

apabila majikan membayar ke atas perakuan muktamad yang telah

dikeluarkan lebih awal, ia bermakna bahawa majikan telah membuat bayaran

akhir secara pra-matang kepada kontraktor. Ini adalah memandangkan

bahawa tanggung jawab kontraktor masih belum lagi berakhir menurut syarat-

syarat kontrak oleh kerana pihak kontraktor masih bertanggungan untuk

membaiki kecacatan yang merupakan satu obligasi kontrak.

Walau bagaimanapun, menurut SPP Bil. 1 Tahun 2012 dan SA KPKR Bil.

14/2012, P.P. hendaklah menyediakan draf penyata akaun muktamad dalam

tempoh yang ditetapkan menerusi pekeliling tersebut. Dalam pada itu,

Page 11: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

bayaran interim bolehlah dibuat kepada kontraktor setelah draf penyata akaun

muktamad tersebut disediakan. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat

kecacatan yang tidak diperbaiki oleh kontraktor, maka kos yang timbul untuk

membaiki kecacatan tersebut hendaklah ditolak daripada baki bayaran yang

terlibat.

Menurut SPP Bil. 1/2012 dan SAKPKR Bil. 14/2012 juga, P.P. hendaklah

menyediakan dan mengeluarkan Perakuan Muktamad apabila DLP berakhir

atau apabila terkeluarnya PSMK yang mana terkemudian.

15) Adakah arahan yang dikeluarkan oleh Wakil P.P. boleh dibatalkan oleh

P.P.?

Menurut klausa 3.3(b) syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Wakil P.P. hendaklah

menurut terma-terma perwakilan kuasa. Selagi mana arahan yang

dikeluarkan oleh Wakil menurut surat perwakilan kuasa, maka arahan

tersebut akan mengikat kedua-dua kontraktor dan Kerajaan. Namun demikian,

menurut klausa 3.3(b) tersebut, kegagalan wakil P.P. untuk tidak meluluskan

kerja atau bahan-bahan binaan yang tidak sepatutnya dibina atau dibekalkan

oleh kontraktor tidak akan memudaratkan hak P.P. untuk berbuat demikian.

Namun begitu, klausa 3.3. tidak menyatakan hak P.P. untuk membatalkan

arahan wakil P.P.. Dalam hal ini, menurut klausa 3.3.(b), selagi mana wakil

P.P. mengeluarkan arahan menurut bidang kuasa yang telah diwakilkan oleh

P.P. di dalam surat perwakilan kuasa, maka ia mengikat kontraktor dan

Kerajaan. Hanya dalam keadaan di mana wakil P.P. mengeluarkan arahan

yang di luar bidang kuasanya, maka P.P. bolehlah mengakaskan atau

mengubah keputusan wakil P.P. tersebut.

Umum mengetahui bahawa P.P. merupakan wakil atau ejen Kerajaan untuk

mentadbir serta mengawas kerja kontraktor bagi pihak Kerajaan. Sehubungan

dengan itu, wakil P.P. merupakan sub-ejen kepada P.P.. Menurut seksyen

Page 12: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

144 Akta Kontrak 1950, sub-ejen merupakan individu yang dilantik oleh ejen

dan dengan itu adalah bertindak bagi pihak dan di bawah kawalan ejen.

Sehubungan dengan itu, wakil P.P. perlulah merujuk serta mendapat

kelulusan P.P. dalam membuat sesuatu keputusan mahupun kelulusan.

Perlulah diingatkan bahawa menurut klausa 3.3.(d) syarat-syarat kontak

P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010), meskipun P.P. telah mengeluarkan

perwakilan kuasa kepada wakil P.P., ia tidak menghalang P.P. daripada

melaksanakan bidang kuasanya menurut syarat-syarat kontrak pada bila-bila

masa. Ini adalah kerana bidang kuasa asal berkaitan dengan pentadbiran

kontrak serta pengawasan masih kekal di bawah bidang kuasa P.P.

16) Adakah SPP Bil. 3 Tahun 2008 mengenai Pelaksanaan Syarat

Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja masih berkuatkuasa bagi projek

selepas RMKe-9?

Menurut SPP Bil. 3 Tahun 2008, pelaksanaan SPP ini berkuatkuasa mulai

pada 1 Januari 2008. Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan khas

VOP untuk projek secara reka dan bina serta kemudahan khas untuk kontrak

konvensional dan reka dan bina adalah terbatal bagi projek selepas RMKe-9.

Kemudahan khas yang terbatal adalah di mana agensi tidak lagi boleh

memberi lanjutan masa yang tidak melebihi 3 bulan. Agensi juga tidak lagi

boleh bersetuju untuk memasuki perjanjian penamatan bersama apabila

kontraktor tidak mampu meneruskan projek walaupun peruntukan khas VOP

telah diperuntukkan di dalam kontrak.

Isu berhubung dengan penamatan bersama ini telahpun ditangani melalui

SPP Bil. 12 Tahun 2010 di mana perjanjian penamatan bersama tidak boleh

dipertimbangkan atas sebab ketidakmampuan kontraktor atau kemungkiran

kontraktor melaksanakan tanggung jawabnya.

Page 13: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

17) Adakah pihak kontraktor boleh dibayar VOP bagi kuantiti untuk projek

kejuruteraan awam yang melebihi daripada kuantiti yang dinyatakan di dalam

kontrak yang tidak disebabkan oleh perubahan kerja atau pengukuran semula

kuantiti sementara?

Menurut perenggan 7 Peruntukan Khas VOP, kontraktor dikehendaki untuk

mengemukakan anggaran kuantiti bagi bahan-bahan diesel, fuel oil dan

bitumen dan anggaran tersebut hendaklah disokong dengan bukti-bukti

dokumentasi. Walau bagaimanapun, anggaran bahan-bahan binaan tersebut

hendaklah ditentusahkan oleh P.P. dan pelarasan kuantiti hendaklah dibuat

oleh P.P. sebagaimana wajarnya.

Dalam keadaan di mana kontraktor tidak mengemukakan anggaran kuantiti

bahan-bahan binaan, maka P.P. sendiri hendaklah menyediakan anggaran

kuantiti tersebut.

Persoalannya ialah, sekiranya P.P. khilaf menentukan kuantiti maksima,

bolehkah kontraktor membuat tuntutan ke atas kuantiti yang melebihi kuantiti

maksima sebagaimana termaktub di dalam kontrak? Adalah dicadangkan

tuntutan kontraktor tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya kontraktor dapat

membuktikan yang kesilapan kuantiti maksima projek tersebut adalah

disebabkan kesilapan P.P..

Begitu juga bagi kuantiti bahan-bahan binaan seperti besi keluli atau simen

yang mana perlu dianggarkan dan disediakan oleh P.P.. Sekiranya kontraktor

dapat membuktikan kuantiti maksima bahan-bahan binaan itu adalah khilaf

disebabkan kesilapan P.P., maka tuntutan kontraktor bolehlah

dipertimbangkan.

Dalam keadaan di mana kuantiti yang diperuntukkan di dalam Senarai Kuantiti

adalah kuantiti sementara dan peningkatan kuantiti adalah begitu mendadak

selepas pengukuran semula kuantiti dibuat, maka ini juga boleh menyebabkan

Page 14: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

kontraktor mencabar akan had maksima kuantiti bahan-bahan binaan

tersebut.

Sekiranya kontraktor membuat tuntutan kuantiti bahan binaan melebihi

kuantiti maksima, P.P. hendaklah mengemukakan satu laporan penilaian dan

perakuan yang lengkap kepada Jawatankuasa Tuntutan untuk satu

keputusan.

18) Adakah SPP Bil. 3 Tahun 2008 mengenai Pelaksanaan Syarat

Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja masih berkuatkuasa bagi projek

selepas RMKe-9?

Menurut SPP Bil. 3 Tahun 2008, pelaksanaan SPP ini berkuatkuasa mulai

pada 1 Januari 2008. Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan khas

VOP untuk projek secara reka dan bina serta kemudahan khas untuk kontrak

konvensional dan reka dan bina adalah terbatal bagi projek selepas RMKe-9.

Kemudahan khas yang terbatal adalah di mana agensi tidak lagi boleh

memberi lanjutan masa yang tidak melebihi 3 bulan. Agensi juga tidak lagi

boleh bersetuju untuk memasuki perjanjian penamatan bersama apabila

kontraktor tidak mampu meneruskan projek walaupun peruntukan khas VOP

telah diperuntukkan di dalam kontrak.

Isu berhubung dengan penamatan bersama ini telahpun ditangani melalui

SPP Bil. 12 Tahun 2010 di mana perjanjian penamatan bersama tidak boleh

dipertimbangkan atas sebab ketidakmampuan kontraktor atau kemungkiran

kontraktor melaksanakan tanggung jawabnya.

19) Adakah pihak kontraktor boleh dibayar VOP bagi kuantiti untuk projek

kejuruteraan awam yang melebihi daripada kuantiti yang dinyatakan di dalam

kontrak yang tidak disebabkan oleh perubahan kerja atau pengukuran semula

kuantiti sementara?

Page 15: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Menurut perenggan 7 Peruntukan Khas VOP, kontraktor dikehendaki untuk

mengemukakan anggaran kuantiti bagi bahan-bahan diesel, fuel oil dan

bitumen dan anggaran tersebut hendaklah disokong dengan bukti-bukti

dokumentasi. Walau bagaimanapun, anggaran bahan-bahan binaan tersebut

hendaklah ditentusahkan oleh P.P. dan pelarasan kuantiti hendaklah dibuat

oleh P.P. sebagaimana wajarnya.

Dalam keadaan di mana kontraktor tidak mengemukakan anggaran kuantiti

bahan-bahan binaan tersebut, maka P.P. sendiri hendaklah menyediakan

anggaran kuantiti tersebut.

Persoalannya ialah, sekiranya P.P. khilaf menentukan kuantiti maksima,

bolehkah kontraktor membuat tuntutan ke atas kuantiti yang melebihi kuantiti

maksima sebagaimana termaktub di dalam kontrak? Adalah dicadangkan

tuntutan kontraktor tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya kontraktor dapat

membuktikan yang kesilapan kuantiti maksima projek tersebut adalah

disebabkan kesilapan P.P..

Begitu juga bagi kuantiti bahan-bahan binaan seperti besi keluli atau simen

yang mana perlu dianggarkan dan disediakan oleh P.P.. Sekiranya kontraktor

dapat membuktikan kuantiti maksima bahan-bahan binaan itu adalah khilaf

disebabkan kesilapan P.P., maka tuntutan kontraktor bolehlah

dipertimbangkan.

Dalam keadaan di mana kuantiti yang diperuntukkan di dalam Senarai Kuantiti

adalah kuantiti sementara dan peningkatan kuantiti adalah begitu mendadak

selepas pengukuran semula kuantiti dibuat, maka ini juga boleh menyebabkan

kontraktor mempertikaikan had maksima kuantiti bahan-bahan binaan

tersebut.

Sekiranya kontraktor membuat tuntutan kuantiti bahan binaan melebihi

kuantiti maksima, P.P. hendaklah mengemukakan satu laporan penilaian dan

Page 16: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

perakuan yang lengkap kepada Jawatankuasa Tuntutan untuk satu

keputusan.

20) Adakah arahan yang dikeluarkan oleh Wakil P.P. boleh dibatalkan oleh

P.P.?

Menurut klausa 3.3(b) syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Wakil P.P. hendaklah

menurut terma-terma perwakilan kuasa. Selagi mana arahan yang

dikeluarkan oleh Wakil menurut surat perwakilan kuasa, maka arahan

tersebut akan mengikat kedua-dua kontraktor dan Kerajaan. Namun

demikian,menurut klausa 3.3(b) tersebut, kegagalan wakil P.P. untuk tidak

meluluskan kerja atau bahan-bahan binaan yang tidak sepatutnya dibina atau

dibekalkan oleh kontraktor tidak akan memudaratkan hak P.P. untuk berbuat

demikian.

Namun begitu, klausa 3.3. tidak menyatakan hak P.P. untuk membatalkan

arahan wakil P.P.. Dalam hal ini, menurut klausa 3.3.(b), selagi mana wakil

P.P. mengeluarkan arahan menurut bidang kuasa yang telah diwakilkan oleh

P.P. di dalam surat perwakilan kuasa, maka ia mengikat kontraktor dan

Kerajaan. Hanya dalam keadaan di mana wakil P.P. mengeluarkan arahan

yang di luar bidang kuasanya, maka P.P. bolehlah mengakaskan atau

mengubah keputusan wakil P.P. tersebut.

Umum mengetahui bahawa P.P. merupakan wakil atau ejen Kerajaan untuk

mentadbir serta mengawas kerja kontraktor bagi pihak Kerajaan. Sehubungan

dengan itu, wakil P.P. merupakan sub-ejen kepada P.P..Menurut seksyen 144

Akta Kontrak 1950, sub-ejen merupakan individu yang dilantik oleh ejen dan

dengan itu adalah bertindak bagi pihak dan di bawah kawalan ejen.

Sehubungan dengan itu, wakil P.P. perlulah merujuk serta mendapat

kelulusan P.P. dalam membuat sesuatu keputusan mahupun kelulusan.

Page 17: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Perlulah diingatkan bahawa menurut klausa 3.3.(d) syarat-syarat kontak

P.W.D. Form 203/203A (Rev. 1/2010), meskipun P.P. telah mengeluarkan

perwakilan kuasa kepada wakil P.P., ia tidak menghalang P.P. daripada

melaksanakan bidang kuasanya menurut syarat-syarat kontrak pada bila-bila

masa. Ini adalah kerana bidang kuasa asal berkaitan dengan pentadbiran

kontrak serta pengawasan masih kekal di bawah bidang kuasa P.P.

21) Bolehkah tuntutan kerugian dan perbelanjaan dibayar selepas

Perakuan Muktamad dikeluarkan dan jika boleh bagaimana kaedah untuk

membuat bayaran tersebut?

Menurut klausa 31.4 syarat-syarat kontrak PWD 203/203A, perakuan

muktamad yang dikeluarkan oleh P.P. hendaklah merangkumi kesemua nilai

kerja yang dilaksanakan serta penilaian tuntutan kerugian perbelanjaan

tambahan yang kontraktor layak dibayar. P.P. juga perlulah mengambil kira

jumlah bayaran yang telah dibayar kepada kontraktor dan juga tolakan-

tolakan yang mana pihak Kerajaan berhak ke atas kontraktor menurut syarat-

syarat kontrak.

Meskipun demikian, sekiranya P.P. telah mengemukakan perakuan

muktamad tanpa mengambil kira tuntutan kerugian dan perbelanjaan

tambahan, dan tuntutan tersebut sudahpun diluluskan oleh Jawatankuasa

Tuntutan, maka P.P. bolehlah menyemak semula Perakuan Muktamad yang

telah diluluskan itu.

Walau bagaimanapun, sekiranya kontraktor menandatangani Perakuan

Muktamad dan menunjukkan persetujuannya ke atas perakuan muktamad

tersebut, maka apa-apa tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan yang

dituntut kemudiannya tidak boleh diambil kira.

22) Bolehkah perakuan muktamad dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan

selepas Perakuan Siap Kerja dikeluarkan? Adakah tindakan sedemikian

bercanggah dengan syarat-syarat kontrak?

Page 18: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), ia antara lain memperuntukkan tanggung jawab P.P. untuk

mengeluarkan Perakuan Muktamad dalam tempoh 3 bulan selepas

berakhirnya DLP atau tiga bulan selepas terkeluarnya PSMK; yang mana

lebih terkemudian. Dengan perkataan lain, klausa 31.3 tersebut tidak

menghalang P.P. untuk mengeluarkan Perakuan Muktamad lebih awal

sebelum berakhirnya DLP atau selepas terkeluarnya PSMK.

Namun demikian, sekiranya P.P. mengeluarkan perakuan muktamad lebih

awal, maka tindakannya berbuat demikian boleh bermaksud beliau tidak

cermat dan berhati-hati berkaitan dengan tindakan pengeluaran perakuan

muktamad tersebut. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan yang kecacatan

akan timbul dalam tempoh DLP dan kemungkinan pihak kontraktor gagal

memperbaiki kecacatan dalam tempoh tersebut. Sehubungan dengan itu,

apabila majikan membayar ke atas perakuan muktamad yang telah

dikeluarkan lebih awal, ia bermakna bahawa majikan telah membuat bayaran

akhir secara pra-matang kepada kontraktor. Ini adalah memandangkan

bahawa tanggung jawab kontraktor masih belum lagi berakhir menurut syarat-

syarat kontrak oleh kerana pihak kontraktor masih bertanggungan untuk

membaiki kecacatan yang merupakan satu obligasi kontrak.

Walau bagaimanapun, menurut SPP Bil. 1 Tahun 2012 dan SA KPKR Bil.

14/2012, P.P. hendaklah menyediakan draf penyata akaun muktamad dalam

tempoh yang ditetapkan menerusi pekeliling tersebut. Dalam pada itu,

bayaran interim bolehlah dibuat kepada kontraktor setelah draf penyata akaun

muktamad tersebut disediakan. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat

kecacatan yang tidak diperbaiki oleh kontraktor, maka kos yang timbul untuk

membaiki kecacatan tersebut hendaklah ditolak daripada baki bayaran yang

terlibat.

Menurut SPP Bil. 1/2012 dan SAKPKR Bil. 14/2012 juga, P.P. hendaklah

menyediakan dan mengeluarkan Perakuan Muktamad apabila DLP berakhir

atau apabila terkeluarnya PSMK yang mana terkemudian.

Page 19: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

23) Sekiranya dokumen kontrak hanya memperuntukkan butiran perabot

bina dalam (built in furniture) tetapi semasa projek sedang dijalankan pihak

pelanggan memohon agar dimasukkan item bagi perabot terlerai (loose

furniture). Bolehkah perkara tersebut dilaksanakan? Sekiranya boleh

bagaimanakah caranya?

Sebelum permohonan pihak pelanggan tersebut dipertimbangkan, P.P.

perlulah merujuk kepada Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) yang

masih berkuatkuasa bagi mengenalpasti kontrak pusat berkaitan dengan

bekalan perabot. Sekiranya apa yang dipohon adalah tertakluk kepada PKP,

maka P.P. hendaklah menasihati pihak pelanggan untuk melantik pembekal

melalui Kontrak Pusat Sistem Panel yang sedang berkuatkuasa.

Sekiranya apa yang dipohon tidak terdapat dalam kontrak pusat, maka

permohonan ini merupakan satu perubahan kerja kepada kontrak. Dalam hal

ini, P.P. perlulah meminta satu surat permohonan rasmi daripada pihak

pelanggan berkaitan dengan permohonan tersebut. Dalam pada masa yang

sama P.P. perlulah memastikan bahawa peruntukan kewangan semasa

projek adalah mencukupi. P.P. juga perlulah meneliti kesan permohonan

perubahan kerja ini sama ada ia akan melibatkan lanjutan masa yang perlu

diberikan kepada kontraktor. Sekiranya ini berlaku P.P. perlulah memberi

nasihat akan implikasi tempoh masa penyiapan projek kepada pihak

pelanggan.

P.P. perlulah juga memaklumkan kepada pihak pelanggan bahawa apabila

lanjutan masa diberikan kepada kontraktor, maka ia akan memberi hak

kepada kontraktor untuk menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan

daripada pihak Kerajaan. Dalam hal ini ia akan melibatkan peningkatan kos

projek yang mana bukan sahaja dari sudut kos tambahan akibat perubahan

kerja tersebut tetapi juga dari sudut bayaran pampasan kepada kontraktor

dalam bentuk bayaran kerugian dan perbelanjaan tambahan.

Page 20: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Sekiranya pihak pelanggan masih mahu meneruskan pelaksanaan perubahan

kerja tersebut setelah mengambil kira kesan-kesan yang dinyatakan di atas,

maka P.P. perlulah memohon kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja untuk

mendapatkan kelulusan.

24) Sekiranya terdapat satu perubahan kerja yang melibatkan

pengurangan yang besar daripada kontrak, adakah kadar-kadar harga kontrak

yang terkandung di dalam Senarai Kuantiti masih lagi mengikat kedua-dua

belah pihak?

Menurut nas-nas perundangan yang diputuskan dalam beberapa kes di

mahkamah, pengurangan kerja yang besar adalah sesuatu perkara yang di

luar jangkaan kedua-dua belah pihak iaitu kontraktor serta Kerajaan apabila

memasuki kontrak. Dengan perkataan lain sekiranya perubahan kerja yang

dimaksudkan itu melibatkan nilai pengurangan yang besar, ia merupakan satu

perubahan skop kerja dan bukanlah satu perubahan kerja yang dijangkakan

oleh kedua-dua belah pihak semasa memasuki kontrak.

Apabila ini berlaku dan kedua-dua belah pihak bersetuju akan pengurangan

tersebut, maka kedua-dua belah pihak dikatakan telah menulis semula

kontrak tersebut. Dalam hal ini terma-terma kontrak berkaitan dengan masa

serta kadar-kadar harga kontrak tidak lagi mengikat kedua-dua belah pihak.

Oleh itu adalah wajar satu perjanjian tambahan dibuat di antara kontraktor

dengan pihak Kerajaan bagi menetapkan skop kerja yang baru serta tempoh

penyiapan yang baru. Dalam hal ini kedua-dua belah pihak hendaklah

merundingkan kadar-kadar harga baru serta harga kontrak baru dan

terserahlah kepada kedua-dua belah pihak untuk menggunakan kadar-kadar

harga kontrak kontrak sebagai asas rundingan.

25) Apabila Arahan Perubahan Kerja (APK) ditandatangani oleh P.P. dan

dihantarkan kepada kontraktor, bolehkah kontraktor tidak bersetuju dengan

APK tersebut?

Page 21: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Merujuk kepada klausa 5.1(a) syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A

(Rev. 1/2010), ia antara lain menyatakan bahawa P.P. bolehlah dari masa ke

semasa mengeluarkan arahan P.P. berkaitan dengan perubahan kerja.

Seterusnya merujuk klausa 5.2 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A

(Rev. 1/2010), semua arahan P.P. hendaklah dikeluarkan secara bertulis.

Namun demikian, menurut klausa 5.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form

203/203A (Rev. 1/2010) sekiranya kontraktor enggan mematuhi arahan P.P.,

maka P.P. bolehlah melantik kontraktor yang berasingan untuk menyiapkan

arahan kerja tersebut dan tuntutan kos yang ditanggung oleh kerajaan

bolehlah dibuat kepada kontraktor.

Namun begitu, pihak kontraktor mempunyai hak untuk tidak mematuhi arahan

P.P. sekiranya arahan P.P. tersebut bukan merupakan satu perubahan kerja

tetapi merupakan perubahan skop kerja. Dalam hal ini kedua-dua belah pihak

perlulah merundingkan terma-terma perjanjian tambahan berkaitan dengan

perubahan skop kerja tersebut.

26) Adakah ACDA perlu dibuat sekiranya masih terdapat tuntutan dari

kontraktor yang masih belum selesai?

ACDA hanya dibuat setelah selesai Akaun Muktamad yang mengandungi

keputusan tuntutan kontraktor yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa

Tuntutan.

27) Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan surat niat dalam tempoh

satu bulan daripada tarikh kejadian, perlukah penilaian tuntutan dibuat

sekiranya kontraktor mengemukakan rayuan setelah penolakan terhadap

tuntutan dilakukan?

Pegawai Penguasa boleh menolak tuntutan tersebut. Jika kontraktor

mengemukakan rayuan, satu laporan perlu dibuat dan dikemukakan seperti

yang dinyatakan di dalam Surat Arahan KPKR Bil. 6/2008.

Page 22: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

28) AP 202.2 Jadual III (e) antara lain menyatakan rujukan perlu dibuat

kepada Jawatankuasa Tuntutan apabila wujudnya percanggahan dalam atau

antara dokumen-dokumen kontrak. Persoalannya ialah apakah jenis

percanggahan antara dokumen-dokumen kontrak yang perlu dirujuk kepada

Jawatankuasa Tuntutan?

Merujuk kepada klausa 8.2(a) syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A

(Rev. 1/2010), ia menyatakan bahawa kesemua dokumen adalah dianggap

saling jelas menjelas di antara satu sama lain. Untuk tujuan ini, kontraktor

hendaklah menyediakan segala yang perlu untuk melaksanakan Kerja

menurut tujuan dan maksud sebenar, sama ada maksud serta tujuan sebenar

itu ditunjukkan atau tidak ditunjukkan secara khusus di dalam dokumen

kontrak. Dengan syarat maksud sebenar atau tujuan tersebut secara

munasabah boleh disiratkan apabila kesemua dokumen kontrak dibaca

bersama.

Maka apabila keadaan ini berlaku, ia boleh melibatkan isu-isu perundangan

yang mana tafsiran dokumen kontrak menurut undang-undang adalah terlibat.

Dalam keadaan ini rujukan perlulah dibuat kepada Jawatankuasa Tuntutan.

Menurut klausa 26.1 syarat-syarat kontrak PWD 203A (Rev.1/2010) ia antara

lain menyatakan apa-apa kesilapan dalam huraian atau kuantiti atau

peninggalan Kerja dalam Senarai Kuantiti tidak akan membatalkan Kontrak

tetapi hendaklah diperbetulkan dan nilai yang berkaitan hendaklah ditambah

atau ditolak daripada Harga Kontrak.

Maka, sekiranya terdapat percanggahan di antara senarai kuantiti dengan

lukisan-lukisan ataupun spesifikasi kontrak, di mana melibatkan kesilapan

senarai kuantiti, maka kesilapan senarai kuantiti tersebut hendaklah

diperbetulkan dengan syarat kesilapan yang terlibat adalah tidak besar dan

jumlahnya adalah munasabah. Apa-apa pertambahan atau kurangan yang

berkaitan hendaklah ditambah atau dikurangkan daripada Harga Kontrak.

Page 23: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Oleh yang demikian, hanya dalam hal ini sajalah pelarasan harga boleh dibuat

kepada Harga Kontrak.

29) Mengikut syarat-syarat kontrak, Perakuan Muktamad sepatutnya

dikeluarkan tiga bulan selepas Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

dikeluarkan. Namun demikian, terdapat arahan secara pentadbiran untuk

menyediakan perakuan muktamad dalam tempoh enam bulan selepas

Perakuan Siap Kerja (PSK) dikeluarkan. Mohon pandangan CKUB

berkenaan perkara ini.

Menurut klausa 31.4 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010) (Addendum No.1), ia antara lain menyatakan bahawa dalam tempoh

tiga bulan selepas berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defects

Liability Period – DLP) atau dalam tempoh tiga bulan selepas terkeluarnya

Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (PSMK), Perakuan Muktamad

hendaklah dikeluarkan oleh P.P.. Ini bermakna tarikh akhir untuk

mengeluarkan Perakuan Muktamad adalah tiga bulan selepas berakhirnya

DLP atau tiga bulan selepas terkeluarnya PSMK.

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang P.P. untuk mengeluarkan

Perakuan Muktamad lebih awal. Namun demikian, perlulah diteliti terlebih

dahulu sama ada wajar untuk P.P. mengeluarkan Perakuan Muktamad lebih

awal. Ini adalah kerana sekiranya bayaran akhir serta perakuan muktamad

dikeluarkan lebih awal tetapi masih lagi terdapat banyak kecacatan yang

belum diperbaiki, maka P.P. boleh dipertanggungkan di atas bayaran akhir

yang telah dibuat lebih awal itu. Dalam keadaan ini, P.P. boleh

dipertanggungkan kerana tidak bertindak cermat untuk membuat bayaran

akhir meskipun tempoh DLP masih belum berakhir.

Namun demikian, menurut Surat Arahan KPKR Bil. 14/2012 bertarikh

30.7.2012, P.P. hendaklah menyediakan draf perakuan muktamad untuk

menentukan baki bayaran yang masih ada. Dalam hal ini, P.P. boleh

menggunakan budi bicaranya untuk menentukan jumlah bayaran yang boleh

Page 24: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

dibayar daripada baki akaun yang masih ada dengan mengambil kira tahap

kecacatan bagi projek tersebut. Seterusnya, perakuan muktamad berserta

dengan bayaran akhir bolehlah dibuat kepada kontraktor dalam tempoh tiga

bulan selepas berakhirnya tempoh DLP atau dalam tempoh 3 bulan daripada

tarikh terkeluarnya PSMK.

30) Untuk projek yang diluluskan Perakuan Muktamad tanpa tandatangan

kontraktor, adakah akuan statutori perlu dikemukakan dan bagaimanakah

cara untuk mendapatkan pengesahan mengenai kemungkiran kontraktor?

Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), P.P. bertanggungjawab mengeluarkan Perakuan Muktamad.

Seterusnya, klausa 31.3 tersebut tidak pula mensyaratkan bahawa kontraktor

perlu menandatangani perakuan muktamad tersebut. Namun demikian,

adalah wajar bagi kontraktor menandatangani Perakuan Muktamad tersebut

bagi mengelakkan daripada apa-apa pertikaian yang timbul kelak.

Meskipun demikian, walaupun syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A

(Rev. 1/2010) tidak mensyaratkan kontraktor menandatangani perakuan

muktamad, klausa 31.5 masih mensyaratkan kontraktor mengemukakan

akaun statutori atau perakuan daripada Ketua Pengarah Buruh yang

menyatakan bahawa semua pekerja yang terlibat di dalam pelaksanaan

projek tersebut telah dibayar gaji sebelum bayaran akhir dibuat kepada

kontraktor.

31) Apakah implikasi atau perkara yang akan berlaku sekiranya

penutupan akaun dibuat melebihi 6 bulan selepas Perakuan Siap Kerja di

keluarkan?

Menurut klausa 31.3 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya Tempoh Tanggungan

Kecacatan (DLP) atau tiga bulan selepas terkeluarnya Perakuan Siap

Page 25: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Memperbaiki Kecacatan (PSMK); yang mana lebih terkemudian, P.P.

hendaklah mengeluarkan Perakuan Muktamad.

Seterusnya menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2012,

P.P./Pengarah Projek hendaklah menyediakan Penyata Akaun Muktamad

(Statement of Final Account) dalam tempoh seperti berikut:

a) Kontrak Konvensional - 9 bulan dari tarikh Perakuan Siap Kerja

b) Kontrak Reka dan Bina - 12 bulan dari tarikh Perakuan Siap Kerja

Meskipun demikian Penyata Akaun Muktamad yang telah disediakan

hendaklah dimuktamadkan setelah tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan

atau setelah Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan.

Maka dengan itu kelulusan Perakuan Akauan dan Bayaran Muktamad

hendaklah dikeluarkan dan diluluskan menurut syarat-syarat kontrak.

32) Adakah Akuan Statutori diperlukan untuk tujuan bayaran akhir dan

sehubungan dengan itu apakah tempoh untuk pekerja membuat tuntutan

kerana tidak dibayar gaji?

Menurut klausa 31.5 syarat-syarat kontrak P.W.D. Form 203/203A (Rev.

1/2010), tiada bayaran akhir boleh dibuat kepada kontraktor setelah Akuan

Statutori dibuat oleh kontraktor yang menyatakan kesemua pekerja kontraktor

termasuk pekerja subkontraktor telah menerima bayaran gaji di bawah Akta

Kerja 1955, Akta PERKESO 1969 dan Akta KWSP 1965.

Dalam hal ini Akuan Statutori tersebut hanyalah berkaitan dengan bayaran

gaji pekerja sahaja dan tidak melibatkan bayaran-bayaran kepada

subkotraktor atau pembekal.

Page 26: SIRI JELAJAH PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK · 1/2010), perubahan kerja bermaksud perubahan kepada dokumen kontrak yang memerlukan perubahan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk,

Sekiranya kontraktor gagal memberi akuan statutori tersebut, namun ia tidak

bermakna pihak Kerajaan tidak lagi bertanggungan untuk membayar kepada

kontraktor lebih-lebih lagi selepas pihak Kerajaan sudahpun menggunakan

Kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor.

Merujuk kepada seksyen 33 Akta Kerja 1955, pihak Kerajaan, kontraktor dan

juga subkontraktor bertanggung jawab bersesama untuk memastikan bayaran

gaji dibuat kepada para pekerja yang terlibat di dalam pelaksanaan sesebuah

projek. Sehubungan dengan itu kontraktor hendaklah mengemukakan satu

akuan statutori yang menyatakan bahawa semua gaji atau upah telahpun

dibayar kepada para pekerja yang terlibat dalam sesebuah projek sama ada

para pekerja tersebut dilantik oleh kontraktor ataupun subkontraktor.

Meskipun demikian pemakaian seksyen 33 Akta Kerja 1955 mempunyai

hadnya di mana menurut seksyen 33(b) dan (c) Akta yang sama, hak para

pekerja hanya terakru sekiranya pekerja itu tidak dibayar upah atau gaji

selama tiga bulan berturut-turut dan para pekerja tersebut sudahpun membuat

aduan kepada Ketua Pengarah Buruh dalam tempoh 90 hari daripada tarikh

sepatutnya gaji atau upahnya dibayar.

Menurut surat KPKR bil. (26) dlm. JKR.KPKR.020.050/03 Klt. 3 bertarikh

30.11.1999, ia antara lain menyatakan bahawa sekiranya kontraktor gagal

mengemukakan satu akuan statutori, Pegawai Penguasa bolehlah

meneruskan bayaran ke atas Perakuan Muktamad melainkan sekiranya P.P.

mempunyai bukti yang kukuh bahawa para pekerja yang terlibat dalam

pelaksanaan projek tersebut tidak dibayar gaji atau upah yang berkaitan.

Maka apabila kedua-dua seksyen 33 Akta Kerja 1955 dan juga surat KPKR

bertarikh 30.11.1999, maka hak Kerajaan untuk tidak membayar ke atas

Perakuan Muktamad ada hadnya.