buletin peladang edisi 1 2015

5
1/2015 APRIL 2015 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT PELADANG PPK CHETOK 2015

Upload: ppkchetok

Post on 28-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pertubuhan Peladang Kawasan Chetok

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Peladang EDISI 1 2015

1/2015 APRIL 2015

1

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT PELADANG

PPK CHETOK 2015

Page 2: Buletin Peladang EDISI 1 2015

RACUN PEROSAK

2

Racun Makhluk Perosak(PESTICIDE)digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak

BAGAIMANA KERACUNAN BERLAKU??

3 cara iaitu :-

Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.

Melalui sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak Terhidu racun makhluk perosak.

GEJALA TERKENA RACUN

~ Sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan pada tahap serius boleh membawa maut.

RAWATAN TERKENA RACUN

Rawatan kecemasan perlu diberikan dengan serta merta. Membawa mangsa ke tempat pengudaraan yang baik.  Tanggalkan pakaian yang tercemar dan jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah. Bersihkan bahagian tubuh yang tercemar dengan racun menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit. Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera

Page 3: Buletin Peladang EDISI 1 2015

~Masakan yang dimasak akan menjadi enak dan lazat jika kena pada caranya~

Lembutkan Ayam KampungApabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut.

Telur Rebus Senang DikupasTelur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas.

Merasa Garam Dalam Masakan

Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

Menyegarkan Sayuran

Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

BINGKAI KEHIDUPAN

3

Page 4: Buletin Peladang EDISI 1 2015

4

Waktu tak terasa berjalan

Meninggalkan sejuta kenangan

Ada kesenangan, ada kesedihan

Semua telah hadir dalam alur kehidupan

Jangan kau sesali hari yang telah lalu

Jangan kau tangisi lembaran kelam

kehidupanmu

Tapi bangkitlah menuju hari esok yang

bahagia

Jalan masih luas terbentang

Masih ada waktu untuk memperbaiki diri

Dan jangan larut dalam keputusasaan

Karena itu bukan tujuan hidup kita