buletin minda pengetua 3rd ed

5
Pihak sekolah juga berpandangan, program ini merupakan usaha untuk “memasyarakatkan sekolah” - memberi peluang kepada komuniti memainkan peranan dalam membangunkan pendidikan dan kecemerlangan organisasi sekolah melalui sumbangan mengikut keu- payaan dan kepakaran masing-masing. Melalui wa- kaf ini sumbangan boleh diberi dalam bentuk wang atau barangan keperluan surau dan sebarang pertan- yaan boleh berhubung den- gan penyelaras program, Ustaz Mohd Shafei Ali di talian 0197789613 atau pihak sekolah 07-5999409. Pihak sekolah melalui Majlis Kegiatan Dakwah Sekolah (MAKDIS) sedang melaksanakan program “Wakaf Surau AlHi- dayah” sepanjang tahun 2011. Program ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada warga sekolah dan masyarakat menyumbang ke arah pemban- gunan surau sekolah dan seterus- nya memberikan keselesaan kepada murid serta menggalakkan amalan wakaf . Pahala amalan wakaf akan ber- tahan selagi mana apa yang kita wakafkan itu kekal digunakan oleh orang ramai walaupun kita telah meninggal dunia sebagai- mana sabda Rasulullah SAW: “apabila mati anak adam (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara : sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang men- doakan.” Para ahli fekah dan ulama berpendapat wakaf adalah satu- satunya ibadah yang berbentuk ama- lan jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf sehingga ke akhirat selagi harta itu kekal dan dimanfaat- kan. Sinopsis : Buku Amalan Profesionalisme Penguruan membicarakan beberapa tajuk yang dapat member kesedaran tentang kepentingan profesionalisme di kalangan guru. Perbin- cangan awal dimulakan dengan meneroka maksud profesionalisme, ciri profesional- isme dan cara meningkatkan profesional- isme perguruan. Selanjutnya perbincangan mencakupi sejarah perkembangan pendidi- kan dan pendidikan guru secara am. Buku ini turut membekal bakal guru dengan sejarah perkembangan pendidikan sebelum merdeka hingga masa kini serta faktor yang memperngaruhi perkembangan tersebut. Selain itu, Etika Perguruan Malaysia dan kepentingan etika kepada guru turut dibi- carakan. Keperluan perkembangan profe- sionalisme atau perkembangan staf juga dibincangkan seiring dengan saranan dalam etika pergurusan yang memerlukan guru meningkatkan perngetahuan dan kemahiran. Buku ini juga turut mengetengah konsep ilmu dan budaya ilmu. Sebagai guru, amatlah penting menghayati budaya ilmu dan memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Bagi mengu- kuhkan lagi penghayatan budaya ilmu dikalangan guru, dibincangkan juga tajuk mengenai kaedah pengajaran yang berke- san dan kemahiran belajar. Peranan guru bukan setakat mengajar sahaja, malah guru juga perlu memainkan peranan sebagai pengurus dan juga pemimpin yang berke- san. Atas kepentingan ini, dibincangkan konsep pengurusan dan kepimpinan dalam konteks pendidikan dan juga konsep kualiti, pengurusan kualiti menyeluruh (Total Quality management) dan pensijilan ISO 9000. Nilai Pengetahuan/Pengajaran : Sebagai guru kita haruslah sentiasa meningkat- kan pengetahuan dan kemahiran professional dan menghayati budaya ilmu. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P : Dapat menjadi pemimpin/pengurus yang berke- san kepada organisasi dan pelajar. Sebagai guru yang tinggi ilmunya , dapat menjadi „role model‟ kepada pelajar supaya mereka juga mementing- kan ilmu dan seterusnya membentuk keperibad- ian yang tinggi dan unggul. Surau Al-Hidayah SMK Bandar Putra MENARIK DI DALAM E-Journal SMKBP 2 Pejuang PMR 2 Smart Partnership 3 Pandai tidak mesti genius 4 Indikator pelajar cemerlang 4 Memanfaat- kan pusingan 5 Kurikulum tersembunyi 5 Bacaan Buku Amalan Profesionalisme Perguruan MINDA PENGETUA IDEA PENCETUS KECEMERLANGAN EDISI 3/2011 7MAC 2011 6 TERAS NKRA Mengurangkan jenayah Memerangi rasuah Meluaskan akses pendidikan bermutu dan termampu Meningkatkan taraf hidup isi rumah ber- pendapatan rendah Memperkasa prasarana luar Ban- dar dan pedalaman Menambahbaik pen- gangkutan awam di bandar Amalan Profesionalisme Perguruan Penulis : Esah Sulaiman Penerbit : Penerbit UTM (2003) Halaman : 170 MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra,

Upload: azman-adnan

Post on 13-Jul-2015

1.031 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin minda pengetua 3rd ed

Pihak sekolah juga berpandangan,

program ini merupakan usaha

untuk “memasyarakatkan

sekolah” - memberi peluang

kepada komuniti memainkan

peranan dalam membangunkan

pendidikan dan kecemerlangan

organisasi sekolah melalui

sumbangan mengikut keu-

payaan dan kepakaran

masing-masing. Melalui wa-

kaf ini sumbangan boleh

diberi dalam bentuk wang

atau barangan keperluan

surau dan sebarang pertan-

yaan boleh berhubung den-

gan penyelaras program, Ustaz

Mohd Shafei Ali di talian

0197789613 atau pihak sekolah

07-5999409.

Pihak sekolah melalui Majlis

Kegiatan Dakwah Sekolah

(MAKDIS) sedang melaksanakan

program “Wakaf Surau AlHi-

dayah” sepanjang tahun 2011.

Program ini diperkenalkan

untuk memberi peluang kepada

warga sekolah dan masyarakat

menyumbang ke arah pemban-

gunan surau sekolah dan seterus-

nya memberikan keselesaan

kepada murid serta menggalakkan

amalan wakaf .

Pahala amalan wakaf akan ber-

tahan selagi mana apa yang kita

wakafkan itu kekal digunakan

oleh orang ramai walaupun kita

telah meninggal dunia sebagai-

mana sabda Rasulullah SAW:

“apabila mati anak adam

(manusia) maka terputuslah

segala amalannya kecuali 3

perkara : sedekah jariah (sedekah

berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan

dan anaknya yang soleh yang men-

doakan.” Para ahli fekah dan ulama

berpendapat wakaf adalah satu-

satunya ibadah yang berbentuk ama-

lan jariah yang menjanjikan ganjaran

pahala yang berkekalan dan mengalir

kepada pewakaf sehingga ke akhirat

selagi harta itu kekal dan dimanfaat-

kan.

Sinopsis :

Buku Amalan Profesionalisme Penguruan

membicarakan beberapa tajuk yang dapat

member kesedaran tentang kepentingan

profesionalisme di kalangan guru. Perbin-

cangan awal dimulakan dengan meneroka

maksud profesionalisme, ciri profesional-

isme dan cara meningkatkan profesional-

isme perguruan. Selanjutnya perbincangan

mencakupi sejarah perkembangan pendidi-

kan dan pendidikan guru secara am. Buku

ini turut membekal bakal guru dengan

sejarah perkembangan pendidikan sebelum

merdeka hingga masa kini serta faktor

yang memperngaruhi perkembangan

tersebut.

Selain itu, Etika Perguruan Malaysia dan

kepentingan etika kepada guru turut dibi-

carakan. Keperluan perkembangan profe-

sionalisme atau perkembangan staf juga

dibincangkan seiring dengan saranan

dalam etika pergurusan yang memerlukan

guru meningkatkan perngetahuan dan

kemahiran.

Buku ini juga turut mengetengah konsep

ilmu dan budaya ilmu. Sebagai guru,

amatlah penting menghayati budaya ilmu

dan memupuk budaya ilmu di kalangan

pelajar dan masyarakat. Bagi mengu-

kuhkan lagi penghayatan budaya ilmu

dikalangan guru, dibincangkan juga tajuk

mengenai kaedah pengajaran yang berke-

san dan kemahiran belajar. Peranan guru

bukan setakat mengajar sahaja, malah guru

juga perlu memainkan peranan sebagai

pengurus dan juga pemimpin yang berke-

san. Atas kepentingan ini, dibincangkan

konsep pengurusan dan kepimpinan dalam

konteks pendidikan dan juga konsep

kualiti, pengurusan kualiti menyeluruh

(Total Quality management) dan pensijilan

ISO 9000.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

Sebagai guru kita haruslah sentiasa meningkat-

kan pengetahuan dan kemahiran professional dan

menghayati budaya ilmu.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P :

Dapat menjadi pemimpin/pengurus yang berke-

san kepada organisasi dan pelajar. Sebagai guru

yang tinggi ilmunya , dapat menjadi „role model‟

kepada pelajar supaya mereka juga mementing-

kan ilmu dan seterusnya membentuk keperibad-

ian yang tinggi dan unggul.

Surau Al-Hidayah SMK Bandar Putra

M E N A R I K

D I D A L A M

E-Journal

SMKBP

2

Pejuang PMR 2

Smart

Partnership

3

Pandai tidak

mesti genius

4

Indikator

pelajar

cemerlang

4

Memanfaat-

kan pusingan

5

Kurikulum

tersembunyi

5

Bacaan Buku Amalan Profesionalisme Perguruan

M I N D A P E N G E T U A

I D E A P E N C E T U S K E C E M E R L A N G A N E D I S I 3 / 2 0 1 1 7 M A C 2 0 1 1

6 TERAS NKRA

Mengurangkan

jenayah

Memerangi rasuah

Meluaskan akses

pendidikan bermutu

dan termampu

Meningkatkan taraf

hidup isi rumah ber-

pendapatan rendah

Memperkasa

prasarana luar Ban-

dar dan pedalaman

Menambahbaik pen-

gangkutan awam di

bandar

Amalan Profesionalisme

Perguruan

Penulis : Esah Sulaiman

Penerbit : Penerbit UTM (2003)

Halaman : 170

MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra,

Page 2: Buletin minda pengetua 3rd ed

H A L A M A N 2

“ Kecemerlangan

pelajar adalah hasil

daripada sikap ingin

melakukan sesuatu

yang terbaik dan

menjadi yang terbaik”

- Pengetua SMKBP-

Kem Kecemerlangan KAA

Komitmen Pejuang PMR 2011

E-Journal SMK Bandar Putra

- Satu lagi medium guru menulis

SMK Bandar Putra mengorak langkah

setapak lagi pada tahun 2011 dengan

mewujudkan jurnal online yang diken-

dalikan oleh Pengetua selaku adminis-

trator.

Jurnal yang dibangunkan mulai 6

Mac 2011 menerusi tapak blogspot

dengan alamat http://

ejurnalsmkbandarputra.blogspot.com

bertujuan untuk menggalakkan guru-

guru dan warga SMK Bandar Putra

untuk menghasilkan penulisan berben-

tuk ilmiah berkaitan dengan pendidi-

kan.

Semua guru digalakkan menghantar

penulisan ilmiah masing-masing

sama ada berupa artikel/

rencana, penulisan amalan

terbaik melibatkan SMK Ban-

dar Putra, ulasan buku dan

artikel penyelidikan/kajian.

Penulisan boleh ditulis dalam

bahasa Malaysia atau bahasa

Inggeris.

Pada peringkat awal ini

penulisan jurnal online ini

hanya dihadkan kepada guru-

guru SMK Bandar Putra sahaja.

Guru-guru yang berhasrat

mengembangkan bakat penuli-

san mereka bolehlah menghantar

hasil penulisan mereka kepada

pentadbir e-journal SMK Bandar

Putra melalui email jurnalpu-

[email protected].

Adalah diharapkan melalui

medium ini guru-guru dapat

memberikan sumbangan dari

segi kreativiti ilmiah untuk man-

faat bersama. Untuk perancan-

gan jangka panjang artikel yang

disiarkan dalam jurnal online ini

akan dikembangkan penerbi-

tannya secara cetakan dan

ebuku.

peserta telah didedahkan dengan

pelbagai aktiviti melibatkan cabaran

fizikal, kerohanian, kebudayaan dan

riadah.

Majlis penutupan rasmi elah

Seramai 200 orang calon PMR

2011 yang menghadiri Kem Moti-

vasi Kecemerlangan PMR Siri 1

2011 telah menyatakan komitmen

untuk merealisasikan sasaran seko-

lah untuk memperoleh GPS 1.15

dan sekurang-kurangnya 155 calon

memperoleh “perfect score”.

Kem yang diadakan pada 25

hingga 27 FEB 2011 bertempat di

Kem Dayang, Pontian bertujuan

untuk membugar persediaan calon

dari segi fizikal dan mental dalam

menghadapi PMR tahun ini. Semua

disempurnakan oleh En. Azman Adnan,

Pengetua SMK Bandar Putra. Turut hadir

PK HEM, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru

bimbingan dan kaunseling dan guru-guru

SMK Bandar Putra.

Dalam ucapannya, pen-

getua menegaskan ten-

tang tangungjawab besar

calon untuk menjadikan

2011 sebagai usaha

untuk mereasisasikan

tahap performing dalam

konteks matlamat

strategik sekolah 2009-

2011.

1 anjuran

Unit Bimbin-

gan dan Kaun-

seling pada 4-

6 Mac 2011

bertempat di

Kem Kaizen,

Johor

Sepanjang

program, para

peserta telah

didedahkan dengan teknik mengua-

sai bahasa Arab selain pelbagai

aktiviti motivasi, kebudayaan, kero-

hanian yang disediakan oleh pihak

kem.

Majlis penutupan rasmi telah disempurna-

kan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK

Bandar Putra. Turut hadir ialah Pn. Shurina

Abd Jalil, Pen Kanan HEM, guru-guru bimb-

ingan dan kaunseling dan guru-guru bahasa

Arab dan Pendidikan Islam SMK Bandar

Putra.

Seramai 130 murid Kelas Aliran

Agama (KAA) tingkatan 1, 2 dan 3,

SMK Bandar Putra telah mengikuti

Kem Motivasi Kecemerlangan Siri

M I N D A P E N G E T U A

“ Mana-mana bangsa yang boleh berfikir secara

inovatif dan kreatif akan menghasilkan kekayaan

yang berlipat kali ganda berbanding bangsa yang

hanya menggunakan teknologi…..Kerajaan sen-

tiasa memastikan rakyat Negara ini bergerak

mengikut perkembangan dunia agar dapat men-

jadi pengguna yang kreatif, selaras dengan tun-

tutan kemajuan”

- Dato‟ Sri Najib Tun Abdul Razak -

Perdana Menteri Malaysia

Page 3: Buletin minda pengetua 3rd ed

Smart Partnership - Perkongsian bersama untuk membangunkan pendidikan

H A L A M A N 3 E D I S I 3 / 2 0 1 1 7 M A C

Sekolah sebagai satu sistem

sosial yang tersendiri dan menjadi

agen perubahan masyarakat seha-

rusnya mengikut perubahan

masyarakat. Ini kerana masalah

masyarakat merupakan masalah

sekolah juga. Maka dalam hal ini,

tidak dapat tidak masyarakat perlu

bekerjasama dengan sekolah untuk

mencapai cita-cita sekolah dan

negara. Justeru satu bentuk

perkongsian antara masyarakat

dengan sekolah merupakan

pendekatan terbaik untuk mere-

alisasikannya. Inilah yang menarik

perhatian saya pada hari ini apabila

bertemu rakan lama yang bertugas

sebagai Pengurus di sebuah institusi

perbankan dan kebetulan anaknya

bersekolah di sekolah saya. Alang-

kah baiknya jika kekuatan komuniti

dan sekolah ini digemblingkan

untuk tujuan kecemerlangan pen-

didikan di sekolah.

Hubungan tiga dimensi iaitu

sekolah, rumah dan komuniti bagi

saya perlu diberi penekanan. Ketiga

-tiga entiti ini perlu ada hubungan

yang mantap dan akrab kerana ke-

jayaan sistem pendidikan negara

bergantung kepada sejauhmana

ketiga-tiga elemen ini dapat ber-

fungsi, saling melengkapi dan bantu

membantu antara satu sama lain.

Pihak pengurusan sekolah boleh

memainkan peranan utama dalam

merapatkan hubungan antara rumah

dan komuniti melalui pelbagai cara

selain daripada yang diketahui

umum iaitu melalui PIBG.

Sesebuah institusi pendidikan

tidak seharusnya boleh wujud

bersendirian. Hubungan tiga di-

mensi di atas merupakan per-

muafakatan dan perkongsian bijak

penting untuk membawa kejayaan

kepada sesebuah institusi pendidi-

kan pada masa kini. Selain itu

perkongsian pintar atau bijak adalah

satu gabungan strategik yang mem-

bawa faedah sinergi kepada semua

pihak yang terlibat. Dalam konteks

sektor awam, perkongsian pintar

berlaku apabila agensi-agensi

berkongsi kepakaran, mengguna

pakai pengalaman atau produk

dalam sesuatu bidang yang telah

terbukti berjaya dan sesuai.

Berkaitan dengan konsep “Smart

Partnerships” atau perkongsian

bijak atau pintar adalah konsep

“Smart community”. Konsep ini

merujuk kepada satu kumpulan

masyarakat di mana agensi kera-

jaan, perniagaan, pendidikan, kesi-

hatan dan institusi-institusi bukan

kerajaan bersama-sama dengan

orang awam dalam memahami dan

menghayati sesuatu potensi untuk

memperbaiki kerja dan cara hidup.

Firman Allah dalam surah Al-

Ma‟idah ayat dua pula bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu

atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan

janganlah kamu bertolong-tolongan

dalam dosa atau permusuhan”.

Sebenarnya konsep perkongsian

dalam pendidikan merupakan kon-

sep lama yang telah diperbaharui

daripada amalan-amalan yang telah

biasa diamalkan dalam masyarakat

kita seperti gotong-royong, ker-

jasama dan tolong-menolong.

Malah masyarakat lain dalam dunia

ini seperti Cina, Jepun dan India

juga telah mengamalkan sikap

bekerjasama sehingga terhimpun

madah, ungkapan, bidalan atau

perumpamaan yang menggambar-

kan kebaikan dan kepentingan men-

gamalkan semangat bekerjasama.

Di kalangan masyarakat Melayu,

ungkapan yang biasa kita dengar

„seperti aur dengan tebing‟, „bukit

sama didaki, lurah sama dituruni‟.

Di kalangan masyarakat Cina

madah seperti „semua manusia

adalah saudaraku, semua makhluk

adalah sahabatku‟. Sementara di

kalangan masyarakat Jepun pula,

„persaudaraan adalah perlindun-

gan yang paling mahal‟. Oleh itu

perkongsian dalam institusi pendidikan termasuk di sekolah

merupakan usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-

kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama

yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya

masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya

dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini.

Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan ber-

gerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat.

Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep

perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya

masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka

di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menun-

jukkan keperihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan

mendidik generasi pada masa akan datang. Selain itu peranan

pihak sekolah memerlukan masyarakat untuk membantu menye-

lesaikan masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan,

akademik dan sebagainya. Diikuti pula suasana kehidupan ban-

dar yang semakin ketara dan kompleks sifatnya menyebabkan

sekolah sebagai institusi sosial memerlukan masyarakat ikut

serta. Melalui perkongsian juga, kita kita boleh membetulkan

srtuktur kekeluargaan yang semakin berubah seperti mengejar

kebendaan dan bersikap individualistik tanpa memperdulikan

masyarakat sekeliling mereka. Keadaan ini kalau tidak diubah

akan melemahkan lagi peranan pihak sekolah untuk menangani

pelbagai isu secara bersendirian.

Justeru elemen perkongsan ini merupakan konsep yang boleh

diaplikasikan untuk „memasyarakatkan sekolah‟ – masyarakat

mendekatkan diri kepada sekolah dan sekolah sentiasa bersama

dengan masyarakat. Banyak program yang boleh dilaksanakan

sekiranya kedua-dua entiti ini boleh saling berkerjasama untuk

kebaikan sekolah.

TAHUKAH ANDA?

Program-program yang mempunyai elemen “smart partnership” banyak

dilaksanakan di SMK Bandar Putra yang melibatkan perkongsian bersama

GO, NGO dan komuniti. Antaranya

program bersama PIBG & Badan Per-muafakatan Asrama SMKBP, Wakaf

Al-Quran, Wakaf Surau Al Hidayah,

Jom Puasa, Program Khidmat Masyarakat Murid bersama masyarakat

Felda, Pendidikan Air bersama SAJ,

Toyota Eco Youth, program Penganta-rabangsaan, Smart Partnership bersama

SM Sains Muar, program bersama

Panasonic dan lain-lain lagi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak

akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda

menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan

akan menjadi milik anda

~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Page 4: Buletin minda pengetua 3rd ed

12. Sering berbincang dengan

rakan-rakan.

13. Menyiapkan tugasan yang

telah diberi oleh guru.

14. Mengadakan kumpulan per

bincangan (study group)

15. Menjadikan perpustakaan

sekolah sebagai gedung ilmu.

16. Membaca akhbar atau majalah

-majalah akademik.

Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan pa-

yung sebelum hujan." Madah Melayu ini

mempunyai nilai yang tersirat begitu men-

dalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu

perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang

yang sentiasa bersedia akan menghadapi se-

suatu kemungkinan yang datang dengan mu-

dah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebali-

knya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka

akan gagal akhirnya.

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Bersikap optimistik.

2. Mempunyai kesedaran dan tanggung

jawab.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya.

4. Membuat persediaan awal.

5. Sentiasa bersiap sedia.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar.

7. Menepati waktu belajar .

8. Mendapatkan bantuan guru dan rakan.

9. Sentiasa menghormati guru.

10. Bersoal-jawab dengan guru.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat.

17. Menonton rancangan televi

syen yang sesuai.

18. Mengadakan ujian dan

peperiksaan kendiri (sendiri).

19. Menyediakan jadual waktu.

20. Mengikuti ceramah-ceramah

motivasi yang diadakan.

21. Mengikuti seminar-seminar

peperiksaan yang diadakan.

22. Membeli buku-buku rujukan

yang sesuai.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen.

24. Menyertai pelbagai aktiviti

sekolah.

25. Sanggup menghadapi cabaran

luaran yang hebat.

26. Menjaga keselamatan diri.

27. Menjaga kesihatan tubuh

badan.

28. Menjaga dan mengawal pe

makanan.

29. Menimba pengalaman orang

lain.

30. Bagi pelajar Islam, tunaikan

sembahyang lima waktu.

31. Sentiasa berdoa.

Indikator Pelajar Cemerlang

Kejayaan hanya dapat diraih

melalui usaha yang bersunguh-

sungguh.

Alkisah seorang raja di Bukhara ber-

nama Nuh bin Mansur telah menderita

satu penyakit. Dia memanggil tabib-

tabib terkenal di negerinya namun pen-

yakitnya tidak juga sembuh. Selepas

beberapa lama menderita datang seo-

rang pemuda berumur 17 tahun

menawarkan diri untuk mengubatinya.

Ditakdirkan Allah, pemuda itu ber-

jaya mengubati raja berkenaan. Raja

berasa cukup gembira kerana kembali

sihat dan ingin memberi ganjaran atas

khidmat pemuda berkenaan. Beliaupun

memanggil pemuda itu dan berkata,

"Beta cukup gembira kerana kembali

sihat. Sesungguhnya kamu wajar mene-

rima ganjaran. Apakah yang engkau

inginkan? Nyatakan sahaja beta akan

tunaikan," titah raja dengan penuh

ceria. Si Pemuda hanya diam. "Adakah kamu ingin berkahwin

dengan puteriku yang cantik itu? Raja

Nuh cuba meneka. Pemuda itu mengge-

lengkan kepalanya. "Kamu inginkan

kekayaan?" Raja meninggikan sedikit

suaranya.

"Patik cuma ingin meminta ke-

benaran Tuanku untuk mengizinkan

patik membaca kesemua buku yang

ada dalam Perpustakaan Negara,"

pinta pemuda itu.

Pembesar-pembesar lain tergamam

dan hairan dengan permintaan pe-

muda itu. Apakah hanya itu yang

diinginkan setelah berjaya menye-

lamatkan raja? Membaca buku di

perpustakaan? Macam tidak masuk

akal sedangkan kalau orang lain su-

dah pastinya mahukan kekayaan dan

kesenangan.

Ini bukan cerita dongeng tetapi

kisah benar yang berlaku kepada

seorang pemuda. Siapa pemuda ini

sebenarnya? sejak berabad lalu.

Pemuda inilah yang kemudiannya telah

memperkenalkan teori-teori perubatan dalam

bukunya, The Canon of Medicine. Siapakah

tokoh itu? Tidak lain dan tidak bukan, Ibnu

Sina atau di Eropah lebih dikenali sebagai

Avicenna. Sikap beliau yang mahu untuk bela-

jar akhirnya menjadikan dirinya dikenali seba-

gai bapa perubatan moden. Banyak buku tu-

lisannya telah menjadi rujukan utama dalam

bidang perubatan sejak berabad lalu.

- Petikan Ucapan Pengetua dalam perhimpunan

mingguan pada 28/2/2011 -

Moral : Untuk menjadi pandai tidak semestinya genius

tetapi yang penting mahu untuk terus belajar.

The Canon of Medicine Ibnu Sina

H A L A M A N 4

Page 5: Buletin minda pengetua 3rd ed

6. Cara-cara berkomunikasi dengan jelas

7. Cara-cara belajar

8. Cara-cara untuk kekal sihat

9. Cara-cara untuk menghargai diri sendiri

10.Cara-cara untuk hidup yang penuh

bermakna

Jika kita sebagai guru mengambil sedikit

waktu untuk menjelaskan beberapa man-

faat tersembunyi yang terdapat dalam

mata pelajaran masing-masing, para pelajar

mungkin lebih prihatin, teruja dan

berkeinginan untuk mempelajarinya. Se-

Sekiranya kita ke sekolah dengan anggapan bahawa pen-

didikan yang kita terima itu adalah semata-mata untuk

lulus dalam peperiksaan, maka anggapan itu sebenarnya

adalah salah. Terdapat banyak kurikulum tersembunyi

yang terdapat di sebalik semua mata pelajaran yang kita

pelajari sehari hari. Mungkin kerana terlalu asyik dengan

pencapaian yang bakal di perolehi dan terlalu memikirkan

tentang peperiksaan maka kita terlupa mengenai 'ilmu'

yang tersembunyi itu.

Apa yang telah kita pelajari itu secara tidak sedar itu

sebenarnya telah membantu kita dalam peperiksaan dan

lebih utama ia sebenarnya membantu kita menjalani hidup

kita. Misalnya, tindakan disiplin mengajar kita bahawa

setiap perlakuan kesalahan yang kita lakukan itu ada akibat

buruknya. Dari situ kita juga belajar bahawa apa sahaja

perlakuan yang kita lakukan pasti akan ada kesan dan

akibat sama ada baik mahupun buruk. Selain daripada itu,

ada banyak lagi perkara tersembunyi yang kita pelajari

ketika di sekolah sama ada secara langsung daripada guru

ataupun secara tidak langsung daripada sumber lain.

Antaranya ialah :

1. Cara-cara meramal kesan atau akibat

2. Cara-cara membaca

3. Cara-cara membezakan antara fakta dengan 'auta'

4. Cara-cara memberikan penekanan

5. Cara-cara menjadi kreatif

kiranya kurikulum tersembunyi ini terus

dibiarkan dalam keadaan tersembunyi, kita

mungkin akan berhadapan dengan para

pelajar yang hanya belajar untuk lulus

dalam peperiksaan semata-mata dan tidak

dapat memanfaatkan mata pelajaran itu

sepenuhnya.

Dalam pendidikan, kurikulum jenis ini

tidak dibuat atau dirancang secara formal,

tetapi berlaku tidak disedari oleh guru dan

pelajar-pelajar. Kurikulum ini dapat diha-

yati oleh murid-murid melalui peraturan

yang inginkan kebaikan bersama seperti

perbarisan sebelum memasuki bilik darjah,

perhimpunan mingguan, jadual harian

pembersihan bilik darjah, peraturan waktu

makan di kantin, disiplin semasa di bilik

darjah, peraturan di perpustakaan dan lain-

lain lagi. Pengalaman yang diterima itu

sebenarnya boleh memberi panduan

kepada masa hadapan murid-murid apabila

mereka tamat belajar secara formal.

Kurikulum Tersembunyi - peneguh kompetensi diri

Kurikulum tersembunyi tidak diran-

cang secara formal tetapi berlaku

tanpa disedari.

Badan manusia sebenarnya mempunyai

sistem yang tersendiri. Itulah sebabnya

pada waktu malam lazimnya kita men-

gantuk dan kurang bertenaga manakala

pada waktu siangnya kita cergas. Se-

muanya berlaku kerana dikawal oleh

hormon-hormon. Justeru, untuk men-

jadi manusia yang cemerlang kita harus

memahami bagaimana engin tubuh

yang dikenali sebagai pusingan biologi

(biological rytham) ini bekerja.

Pada waktu malam, tubuh manusia

melalui kelenjar pineal mengeluarkan

hormone bernama melatonin yang akan

mempengaruhi bahagian otak dikenali

hipotalamus. Ia menyebabkan kita

tidur. Apabila kita tidur jam 10 malam

dan bangun jam 6 pagi kadar melatonin

berada pada tahap optimum dalam da-

rah pada jam 1.30 hingga 2.00 pagi.

Selepas itu kadarnya menurun dan

berapa pada tahap rendah apabila ban-

gun tidur pada jam 6.00 pagi.

Pada waktu siang, semasa kita aktif

bekerja, hormon kortisol mempengaruhi

kita. Hormon ini berfungsi melajukan

jantung dan pernafasan pada awktu

siang. Hormon ini dikenali sebagai

hormon stress kerana ia berada pada

tahap tinggi apabila individu men-

galami tekanan. Hormon ini akan

keluar pada pukul 1 hingga 2 pagi

semasa kita nyenyak tidur sebagai

persediaan bagi menghadapi waktu

siang. Pengeluarannya memuncak

apabila bangun daripada tidur.

Dari sudut pusingan biologi,

waktu yang dianggap paling pro-

duktif adalah antara jam 8 pagi

hingga 1 tengahari. Gunakanlah

waktu ini bagi melakukan kerja-kerja

utama dalam hidup kita. Selepas oti

pada waktu tengahari dan awal

petang, badan kita akan menjadi lesu

dan lemah. Para saintis menamakan

fasa ini sebagai a midafternoon qui-

escent phase atau a secondary sleep

gate.

Sehubungan itu jika ada kesem-

patan kita digalakkan tidur seke-

jap pada waktu ini. Kajian menun-

jukkan mereka yang tidur selama 30

minit pada waktu tengahari mempun-

yai risiko menghidap sakit jantung 30

Peratus lebih rendah daripada mereka

yang lain. Malah daripada sudut sunnah,

tidur pada waktu tengahari dikenali seba-

gai qailulah dan ia sering dilakukan oleh

nabi.

Seterusnya kita akan memasuki fasa

produktif yang kedua antara jam 8.30

hingga 10.30 malam. Kita boleh meng-

gunakannya waktu ini untuk membaca dan

merancang sebelum berehat untuk tidur.

Peringatan : Kita perlu memahami mesin yang sedang

bekerja dalam diri kita. Kita boleh mengguna-

kan maklumat ini untuk merancang aktiviti

setiap hari. Bagaimanapun ada factor lain

yang akan mempengaruhi kecergasan kita

seperti status kesihatan, persekitaran, pe-

makanan dan sebagainya.

Diolah semula daripada sumber : Tip Cemerlang Daripada Quran

oleh Dr Danial Zainal Abidin.

H A L A M A N 5