kegiatan dbp di sana sini peraduan penulis dan blog ... · mengira sama ada cerpen, novel, puisi...

1
AKTIVITI BAHASA KEGIATAN DBP DI SANA SINI PERADUAN BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 Halaman Sembilan BH PILIH L9 16 (emel) “A da beberapa orang pengarang muda yang menghubungi saya seca- ra peribadi dan menyatakan rasa teruja untuk membina blog sen- diri” cerita Nisah Haji Haron yang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Blog Kepada Penulis dalam seminar “Penulis dan Blog – Aliran Masa Kini” yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Mac yang lalu. Blog yang pada mulanya merupa- kan catatan perjalanan seseorang di Internet telah bertukar menjadi salah satu media alternatif untuk mereka meluahkan atau memberi- kan pendapat mereka di dalam sesuatu perkara tanpa ada sekatan atau halangan oleh pihak tertentu. Di samping itu, blog juga boleh menjadi sumber maklumat utama bagi mereka yang memerlukan sesuatu berita atau maklumat yang lebih tepat. Hal ini telah diperakui oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Menurut Nisah, pada masa kini, di Malaysia telah ramai penulis yang mempunyai laman blog sen- diri. Antara tujuan mewujudkan blog ini ialah untuk mendekatkan pembaca dan pengarang, mem- promosi karya, berkongsi maklu- mat pengkaryaan, menjual karya secara atas talian, memartabatkan kesusasteraan Melayu, dan menja- lin ukhuwah dan dunia buku. Menurut beliau lagi, penulis blog dalam Bahasa Melayu agak sedikit jika dibandingkan dengan penulis blog dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, amat penting kepa- da setiap penulis muda atau mapan yang mempunyai laman blog mereka sendiri agar terus mem- perjuangkan bahasa dan kesusaste- raan Melayu dengan mengekalkan gaya penulisan yang formal, rasmi dan sesuai untuk bacaan semua peringkat pembaca. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh setiap pemilik blog ia akan mengakibatkan kehancuran bahasa Melayu dengan wujudnya lebih banyak bahasa rancu, bahasa seperti dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan men- jadikan Bahasa Melayu tidak lagi dihormati di laman maya. Tambahnya lagi, sesebuah blog itu mestilah mudah dicapai oleh pengguna. Sekiranya penulis blog tidak menggunakan bahasa dan ejaan Bahasa Melayu yang betul, ini akan menimbulkan kesukaran kepada pelayar blog untuk men- cari bahan yang mereka perlukan. Kini, para pelajar sekolah atau IPT turut menjadikan blog sebagai tempat untuk mereka menulis atau berkongsi nota kuliah. Oleh itu, tidak rugi sekiranya setiap penulis yang telah mempu- nyai karya di media cetak, tanpa mengira sama ada cerpen, novel, puisi ataupun karya-karya bukan fiksyen berkongsi hasil tulisan mereka di laman blog mereka sen- diri di samping dapat mengangkat dan mempromosi produk yang telah mereka hasilkan. Melintang 1. Harta pusaka yang diwarisi dari- pada bapa atau nenek moyang sebelah bapa. 7. Tidak hadir (bahasa percakapan). 8. Bahasa Arab bermaksud alamat, tanda-tanda. 9. Tajuk puisi karya penyair T. Alias Taib dalam Pedoman Sastera. 10. Sejenis masakan yang banyak kuahnya.. 11. Ikatan Penerbit Indonesia. 12. Baling atau lontar dalam dialek Negeri Sembilan. 14. Air yg dibekukan, air batu. 18. Ringkasan kata sapaan Raja Dr. Nazrin Shah. 19. Toreh yang agak dalam pada pokok. 20. Misai kaum Murut.. Ke Bawah 1. 46 peratus masyarakat Malaysia yang serius membaca terdiri dari- pada golongan pelajar dan ................ 2. Kolum Dr. Awang Sariyan: ............. Mengarang. 3. Cantik, bagus, elok. 4. Kata Klasik yang bermaksud sahabat karib, orang kepercayaan, orang harapan. 5. Maksud frasa Clean out dalam bahasa Melayu. 6. Sistem masyarakat yang sebahagi- an besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki. 13. Genap satu tahun (untuk mem- bayar zakat). 15. Rumah kecil yang didirikan untuk sementara. 17. Potongan rambut lelaki yang disikat dan dibentuk seperti ombak atau balung. Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pem- baca Klik DBP . Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Mei 2008. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda kepada: Peraduan Teka Silang Kata April 2008, Timbalan Ketua Editor Klik DBP , Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2894 Faks: 03-2142 2029 D alam usaha yang ber- terusan untuk memasya- rakatkan bahasa dan sastera kebangsaan di negeri Sarawak, Jerayawara Bahasa dan Sastera (JBS) fasa pertama diadakan. JBS yang merupakan kegiatan dalam Jawatankuasa Kerjasama Bahasa dan Sastera Bahagian (JKBSB) diadakan dari 23 hingga 27 Mac yang lalu. Memandangkan keluas- an negeri, JBS dibahagikan kepada beberapa fasa mengikut bahagian. Fasa pertama meliputi bahagian Sri Aman, Sarikei dan Bintulu yang diketuai oleh Ketua Unit Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Encik Zasran Abdullah dan melibatkan seramai 16 orang staf lain. JKBSB ditubuhkan pada tahun 2002 bagi membantu DBPCS dalam memastikan kegiatan bahasa dan sastera dilaksanakan secara menye- luruh dan bersepadu. Antara akti- viti yang diatur semasa JBS ber- sempena sambutan ulang tahun ke- 30 DBPCS ialah Bengkel Pemurnian Karya, Ceramah Bahasa, Ceramah Sastera, Bengkel Majalah Sekolah, Bengkel Penerbitan, Hari Bersama Pelanggan DBP, Jualan Buku dan Malam Kesenian. Selain daripada itu, acara sukan seperti badmin- ton dan futsal turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara staf DBP dengan masyarakat tempatan. Dengan kata lain, DBP perlulah ‘turun padang’ bertemu dengan masyarakat yang pelbagai kerana dengan cara ini DBP akan lebih mudah mengetahui kehendak dan harapan orang ramai umumnya. Dalam ucapan pada Malam Kesenian, Encik Zasran Abdullah yang mewakili Pengarah DBPCS berharap agar masyarakat meneri- ma JBS ini seperti masyarakat menerima acara lain yang ber- corak hiburan seperti “Jom Heboh”. “Dalam rangka masa 30 tahun DBP wujud di Sarawak, banyak usaha telahdilakukanuntukmendekatkan dirinya dengan masyarakat. Kini, sesuai dengan trend moden, maka DBP mengambil pendekatan yang berbentuk jerayawara untuk menjalinkan kekitaan dan kerja- sama dalam mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa, sas- tera dan penerbitan yang banyak mengalami persaingan dengan ben- tuk hiburan yang lain,” katanya. Sementara itu, Residen Bahagian Bintulu, Dr. Razali Abon dalam uca- pan semasa majlis Malam Kesenian di Bintulu, berpendapat bahawa mereka yang memperkasakan bidang kejuruteraan,. Pentadbiran, pengurusan dan sebagainya harus bersama mengangkat bahasa kebangsaan dengan memperluas penggunaan agar bahasa itu men- dapat tempat dalam bidang yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris. Oleh Abang Haliman Abang Julai Penulis dan Blog: Aliran Masa Kini Jerayawara Bahasa dan Sastera Negeri Sarawak Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Oleh Norazlinda Misran KONGSI IDEA: Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP (tiga dari kiri) bersama penulis Blog dan Nisah (empat dari kiri). Wong Kah Peng, No. KP: 900125-08-6789 Nur Azwani Mohd Supri, No. KP: 890212-02-5240 Siti Wahidah Musman, No. KP: 901006-01-6838 Norfarhani Sulaiman, No. KP: 901013-08-5428 Khafidz Haji Mahmud, No. KP: 670316-10-5013 Azieah Ali, No. KP: 901011-12-6652 Rahimah Jinawi, No. KP: 750511-12-5220 Hussayna Shaik Daud, No. KP: 550125-07-5566 Lela a/p Narayanan Nair, No. KP: 620730-01-5894 Mohamad Khizar Haji Awang, No. KP: 621208-07-5231 PEMENANG JAWAPAN DAN PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA SIRI 14 BERSATU: Encik Zasran (dua dari kiri), bersama staf DBPCS menjayakan JBS. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Upload: lamquynh

Post on 12-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI BAHASA

KEGIATAN DBP DI SANA SINI PERADUAN

BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 Halaman SembilanBH PILIH L9 16 (emel)

“Ada beberapa orang pengarang muda yang menghubungi saya seca­

ra peribadi dan menyatakan rasa teruja untuk membina blog sen­diri” cerita Nisah Haji Haron yang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Blog Kepada Penulis dalam seminar “Penulis dan Blog – Aliran Masa Kini” yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Mac yang lalu.

Blog yang pada mulanya merupa­kan catatan perjalanan seseorang di Internet telah bertukar menjadi salah satu media alternatif untuk mereka meluahkan atau memberi­kan pendapat mereka di dalam sesuatu perkara tanpa ada sekatan atau halangan oleh pihak tertentu.

Di samping itu, blog juga boleh menjadi sumber maklumat utama bagi mereka yang memerlukan sesuatu berita atau maklumat yang lebih tepat. Hal ini telah diperakui oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Nisah, pada masa kini, di Malaysia telah ramai penulis yang mempunyai laman blog sen­diri. Antara tujuan mewujudkan blog ini ialah untuk mendekatkan pembaca dan pengarang, mem­promosi karya, berkongsi maklu­mat pengkaryaan, menjual karya secara atas talian, memartabatkan kesusasteraan Melayu, dan menja­lin ukhuwah dan dunia buku.

Menurut beliau lagi, penulis blog dalam Bahasa Melayu agak sedikit jika dibandingkan dengan penulis blog dalam Bahasa Inggeris. Oleh

yang demikian, amat penting kepa­da setiap penulis muda atau mapan yang mempunyai laman blog mereka sendiri agar terus mem­perjuangkan bahasa dan kesusaste­raan Melayu dengan mengekalkan gaya penulisan yang formal, rasmi dan sesuai untuk bacaan semua peringkat pembaca.

Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh setiap pemilik blog ia akan mengakibatkan kehancuran bahasa Melayu dengan wujudnya lebih banyak bahasa rancu, bahasa seperti dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan men­jadikan Bahasa Melayu tidak lagi dihormati di laman maya.

Tambahnya lagi, sesebuah blog itu mestilah mudah dicapai oleh pengguna. Sekiranya penulis blog tidak menggunakan bahasa dan ejaan Bahasa Melayu yang betul, ini akan menimbulkan kesukaran kepada pelayar blog untuk men­cari bahan yang mereka perlukan. Kini, para pelajar sekolah atau IPT turut menjadikan blog sebagai tempat untuk mereka menulis atau berkongsi nota kuliah.

Oleh itu, tidak rugi sekiranya setiap penulis yang telah mempu­nyai karya di media cetak, tanpa mengira sama ada cerpen, novel, puisi ataupun karya­karya bukan fiksyen berkongsi hasil tulisan mereka di laman blog mereka sen­diri di samping dapat mengangkat dan mempromosi produk yang telah mereka hasilkan.

Melintang1. Harta pusaka yang diwarisi dari-

pada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.

7. Tidak hadir (bahasa percakapan). 8. Bahasa Arab bermaksud alamat,

tanda-tanda.9. Tajuk puisi karya penyair T. Alias

Taib dalam Pedoman Sastera. 10. Sejenis masakan yang banyak

kuahnya.. 11. Ikatan Penerbit Indonesia. 12. Baling atau lontar dalam dialek

Negeri Sembilan. 14. Air yg dibekukan, air batu. 18. Ringkasan kata sapaan Raja Dr.

Nazrin Shah. 19. Toreh yang agak dalam pada

pokok. 20. Misai kaum Murut..

Ke Bawah1. 46 peratus masyarakat Malaysia

yang serius membaca terdiri dari-pada golongan pelajar dan ................

2. Kolum Dr. Awang Sariyan: ............. Mengarang.

3. Cantik, bagus, elok.4. Kata Klasik yang bermaksud

sahabat karib, orang kepercayaan, orang harapan.

5. Maksud frasa Clean out dalam bahasa Melayu.

6. Sistem masyarakat yang sebahagi-an besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki.

13. Genap satu tahun (untuk mem-bayar zakat).

15. Rumah kecil yang didirikan untuk sementara.

17. Potongan rambut lelaki yang disikat dan dibentuk seperti ombak atau balung.

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepada semua pem-baca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Mei 2008. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda kepada:

Peraduan Teka Silang Kata April 2008, Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2894Faks: 03-2142 2029

Dalam usaha yang ber­terusan untuk memasya­rakatkan bahasa dan sastera

kebangsaan di negeri Sarawak, Jerayawara Bahasa dan Sastera (JBS) fasa pertama diadakan. JBS yang merupakan kegiatan dalam Jawatankuasa Kerjasama Bahasa dan Sastera Bahagian (JKBSB) diadakan dari 23 hingga 27 Mac yang lalu. Memandangkan keluas­an negeri, JBS dibahagikan kepada beberapa fasa mengikut bahagian. Fasa pertama meliputi bahagian Sri Aman, Sarikei dan Bintulu yang diketuai oleh Ketua Unit Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Encik Zasran Abdullah dan melibatkan seramai 16 orang staf lain.

JKBSB ditubuhkan pada tahun 2002 bagi membantu DBPCS dalam memastikan kegiatan bahasa dan sastera dilaksanakan secara menye­luruh dan bersepadu. Antara akti­viti yang diatur semasa JBS ber­sempena sambutan ulang tahun ke­30 DBPCS ialah Bengkel Pemurnian Karya, Ceramah Bahasa, Ceramah Sastera, Bengkel Majalah Sekolah, Bengkel Penerbitan, Hari Bersama Pelanggan DBP, Jualan Buku dan Malam Kesenian. Selain daripada itu, acara sukan seperti badmin­

ton dan futsal turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara staf DBP dengan masyarakat tempatan.

Dengan kata lain, DBP perlulah ‘turun padang’ bertemu dengan masyarakat yang pelbagai kerana dengan cara ini DBP akan lebih mudah mengetahui kehendak dan harapan orang ramai umumnya.

Dalam ucapan pada Malam Kesenian, Encik Zasran Abdullah yang mewakili Pengarah DBPCS berharap agar masyarakat meneri­ma JBS ini seperti masyarakat menerima acara lain yang ber­corak hiburan seperti “Jom Heboh”. “Dalam rangka masa 30 tahun DBP wujud di Sarawak, banyak usaha telah dilakukan untuk mendekatkan dirinya dengan masyarakat.

Kini, sesuai dengan trend moden,

maka DBP mengambil pendekatan yang berbentuk jerayawara untuk menjalinkan kekitaan dan kerja­sama dalam mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa, sas­tera dan penerbitan yang banyak mengalami persaingan dengan ben­tuk hiburan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Residen Bahagian Bintulu, Dr. Razali Abon dalam uca­pan semasa majlis Malam Kesenian di Bintulu, berpendapat bahawa mereka yang memperkasakan bidang kejuruteraan,. Pentadbiran, pengurusan dan sebagainya harus bersama mengangkat bahasa kebangsaan dengan memperluas penggunaan agar bahasa itu men­dapat tempat dalam bidang yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris.

Oleh Abang Haliman Abang Julai

Penulis dan Blog: Aliran Masa Kini

Jerayawara Bahasa dan Sastera Negeri Sarawak

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul

Oleh Norazlinda Misran

KongSi iDEA: Ketua Pusat Dokumentasi Melayu DBP (tiga dari kiri) bersama penulis Blog dan nisah (empat dari kiri).

Wong Kah Peng,No. KP: 900125-08-6789Nur Azwani Mohd Supri,No. KP: 890212-02-5240Siti Wahidah Musman,No. KP: 901006-01-6838Norfarhani Sulaiman,No. KP: 901013-08-5428Khafidz Haji Mahmud,No. KP: 670316-10-5013

Azieah Ali,No. KP: 901011-12-6652Rahimah Jinawi,No. KP: 750511-12-5220Hussayna Shaik Daud,No. KP: 550125-07-5566Lela a/p Narayanan Nair,No. KP: 620730-01-5894Mohamad Khizar Haji Awang,No. KP: 621208-07-5231

PEMENANG

JAWAPAN DAN PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA SIRI 14

BERSATU: Encik Zasran (dua dari kiri), bersama staf DBPCS menjayakan JBS.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10