bulan 2 minggu 2

8
Bi l Perkara Keterangan 1 Tarikh 3 Julai 2012 2 Masa 10.30 pagi – 2.00 petang 3 Bidang Pengurusan sekolah 4 Aspek Pengurusan dan Prosedur Kewangan Sekolah 5 Objekti f Pada akhir sesi ini, guru dapat : i. Mengetahui bagaimana cara pengurusan kewangan dan perkhidmatan melalui perbincangan bersama pembantu tadbir. ii. Mengetahui prosedur dalam menjalankan tugas sebagai guru tingkatan. iii. Mempelajari tugas – tugas penting pembantu tadbir yang bertujuan meneruskan tanggungjawab seorang guru. 6 Aktivit i i. Guru baharu bertemu dengan ketua pembantu tadbir SMK St George iaitu Pn Norlia bagi mendapat maklumat. Guru baharu berbincang bersama Pn Norlia berkaitan dengan prosedur untuk membuat pesanan barang. ii. Guru berbincang dengan Pn Norlia selaku pembantu tadbir kewangan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan dengan. prosedur yang perlu dilakukan oleh seseorang guru tingkatan Beliau memberitahu bahawa tanggungjawab seorang guru tingkatan ialah mengutip yuran pelajar bagi kelas di bawah jagaannya.

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 21-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ppgb

TRANSCRIPT

Page 1: Bulan 2 Minggu 2

Bil Perkara Keterangan

1 Tarikh 3 Julai 2012

2 Masa 10.30 pagi – 2.00 petang

3 Bidang Pengurusan sekolah

4 Aspek Pengurusan dan Prosedur Kewangan Sekolah

5 Objektif Pada akhir sesi ini, guru dapat :

i. Mengetahui bagaimana cara pengurusan kewangan dan

perkhidmatan melalui perbincangan bersama pembantu tadbir.

ii. Mengetahui prosedur dalam menjalankan tugas sebagai guru

tingkatan.

iii. Mempelajari tugas – tugas penting pembantu tadbir yang bertujuan

meneruskan tanggungjawab seorang guru.

6 Aktiviti i. Guru baharu bertemu dengan ketua pembantu tadbir SMK St

George iaitu Pn Norlia bagi mendapat maklumat. Guru baharu

berbincang bersama Pn Norlia berkaitan dengan prosedur untuk

membuat pesanan barang.

ii. Guru berbincang dengan Pn Norlia selaku pembantu tadbir

kewangan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan dengan.

prosedur yang perlu dilakukan oleh seseorang guru tingkatan

Beliau memberitahu bahawa tanggungjawab seorang guru

tingkatan ialah mengutip yuran pelajar bagi kelas di bawah

jagaannya.

iii. Terdapat banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh guru baharu

dimana ia perlu diketahui bermula hari pertama melapor diri di

sekolah sehingga ke peringkatan seterusnya seperti perlantikan,

temuduga, cuti rehat khas, cuti sakit, kursus dan sebagainya. Guru

baharu sentiasa diingatkan agar memberikan maklumat sekiranya

guru baharu mempunyai tugas yang memerlukan keluar masuk

sekolah seperti menjadi guru pengiring atau sekiranya menghadiri

kursus. Maklumat ini amat penting bagi tujuan urusan relief.

Selain itu juga, guru baharu perlu sentiasa peka terhadap segala

maklumat yang terdapat dalam laman sesawang Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengelakkan guru tertinggal

Page 2: Bulan 2 Minggu 2

sebarang maklumat yang penting. Segala prosedur berkaitan

perkhidmatan guru, haruslah dirujuk kepada pembantu tadbir

untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Pembantu tadbir juga

berpesan agar guru sentiasa memberikan kerjasama yang baik

sekiranya pihak pentadbir meminta sebarang dokumen yang

diperlukan daripada guru dengan kadar yang segera.

7 Penilaian Pengetahuan hal yang berkaitan dengan urusan pentadbiran adalah

sesuatu perkara yang perlu dipandang serius oleh seorang guru

baharu. Selain itu, hubungan guru dengan pihak pentadbir haruslah

sentiasa diwujudkan kerana pihak pentadbir adalah individu yang

akan sentiasa menolong guru sepanjang berada di sekolah. Segala

maklumat akan dihantar melalui pembantu tadbir dan guru perlu

memberikan tindak balas dengan kadar yang segera. Guru perlu juga

sentiasa mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan dan ia perlu

diambil peringatan agar tidak berlaku sebarang kesulitan pada masa

akan datang.

8 Rumusan Daripada pemerhatian saya, saya dapati pembantu tadbir SMK St

George sangat ramah dan mereka sudi memberikan kerjasama yang

amat baik ketika perbincangan dilakukan. Mereka juga sedia

memberikan tunjuk ajar kepada guru baharu sekiranya berlaku

permasalahan. Sifat kerjasama merupakan aspek penting dalam

sesuatu pengurusan agar ia dapat berjalan dengan lancar.

………………….. ………………….

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor

Page 3: Bulan 2 Minggu 2

Bil Perkara Keterangan

1 Tarikh 4 Julai 2012

2 Masa 7.40 pagi – 1.00 tengahari

3 Bidang GKMP/Ketua Panitia

4 Aspek Pengurusan kerja Rumah

5 Objektif Guru baru dapat mengetahui mengenai pengurusan dan pengetahuan

serta perkara yang perlu dititik beratkan dalam pengurusan kerja

rumah untuk diberikan kepada pelajar.

6 Aktiviti 1. Guru baru mendapatkan maklumat mengenai bahan-bahan yang

digunakan dalam pengurusan kerja rumah.

2. Guru baharu selaku guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

memberikan kerja rumah kepada pelajar sebagai persediaan untuk

menghadapi Penilaian Akademik Pertama.

3. Setiap kerja rumah yang diberikan disemak semasa perbincangan

dalam kelas antara guru dan pelajar.

7 Penilaian Penilaian kerja rumah penting bagi memastikan pelajar membuat

latihan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan.

8 Rumusan Maklumat yang diberikan dapat meningkatkan pengetahuan guru

baharu dalam pengurusan kerja rumah.

………………….. ………………….

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor

Page 4: Bulan 2 Minggu 2

Bil Perkara Keterangan

1 Tarikh 5 Julai 2012

2 Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

3 Bidang Pengurusan dan Pentadbiran

4 Aspek Pengurusan Sekolah

5 Objektif Pada akhir sesi ini, guru dapat :

i. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan headcount

bagi pelajar SMK St George

ii. Mengetahui dengan jelas tentang cara menyediakan headcount

bagi pelajar dalam sesebuah tingkatan.

iii. Mendapatkan contoh headcount.

iv. Mengira dan menentukan nilaian bagi setiap sasaran markah yang

diperolehi pelajar dalam peperiksaan seperti TOV, ETR, OTR.

6 Aktiviti i. Guru mengadakan perbincangan dengan mentor untuk

mempelajari tentang headcount. Guru perlu mengetahui apakah

itu headcount dan apakah kegunaan headcount bagi sesebuah

sekolah.

ii. Guru mempelajari cara-cara menyediakan headcount.

iii. Mentor memberikan contoh headcount yang lengkap untuk

dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada guru baharu.

7 Penilaian Mentor dan guru-guru senior yang lain banyak membantu guru

baharu dalam mempelajari penyediaan headcount.

8 Rumusan Pada pendapat saya, pengurusan headcount adalah sangat penting

untuk diketahui kepada guru baharu. Ia akan menjadi pendedahan

awal kepada guru baharu untuk menguruskan headcount pada masa

akan datang.

………………….. ………………….

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor

Page 5: Bulan 2 Minggu 2

Bil. Perkara Keterangan

1. Tarikh 5 Julai 2012

2. Masa 12.00 tengahari – 2.00 petang

3. Bidang Pengurusan Ko-Kurikulum

4. Aspek Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Ko-Kurikulum (Hari Koperasi)

5. Objektif 1. Guru dapat memahami serba sedikit berkenaan aspek-aspek

pengurusan Ko-Kurikulum.

2. Guru baharu mendapat input yang berguna berkenaan pengurusan

Ko-Kurikulum.

6. Aktiviti 1. Hari Koperasi Sek Men Keb St. George, Balik Pulau.

7. Penilaian Melalui hasil perbincangan dan maklum balas guru.

8. Rumusan Melalui program ini guru baharu dapat memahami serba sedikit

berkaitan skop kerja pengurusan Ko-Kurikulum sekolah. Guru baharu

juga dapat mengambil perhatian terhadap beberapa perkara yang akan

berlaku di sekolah yang melibatkan bidang Kurikulum. Selain itu guru

baharu juga terlibat dalam AJK pelaksanaan program Hari Koperasi

SMK St. George, Balik Pulau sebagai demonstrasi mencanting batik

dan juri hakim pertandingan Kasut Kreatif.

………………….. ………………….

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor