buku per a turanse kol ah

Upload: abdul-aziz

Post on 06-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buku Per a Turanse Kol Ah

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Rendah Islam Sri Suria sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. RUKUNEGARA Maka Kami, Rakyat MalaysiaBerikrar Akan MenumpukanSeluruh Tenaga Dan Usaha KamiUntuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut : Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja Dan NegaraKeluruhan PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan Dan Kesusilaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VISI Untuk menjadikan Sekolah Rendah Islam Sri Suria sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam yang memimpin dan paling berjaya di negeri Selangor.MISI Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak Membentuk pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggiMewujudkan keseimbangan pelajar dari aspek rohani jasmani dan intelektualMembina dan menambah minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu cara meningkatkan ketaqwaan. LAGU NEGARAKU NegarakuTanah Tumpahnya Darahku,Rakyat HidupBersatu Dan Maju,

Rahmat BahagiaTuhan Kurniakan,Raja KitaSelamat Bertakhta,

Rahmat BahagiaTuhan Kurniakan.Raja KitaSelamat Bertakhta LAGU NEGERI SELANGOR Duli Yang Maha MuliaSelamat Di Atas TakhtaAllah Lanjutkan Usia TuankuRakyat Mohon RestuBawah Duli TuankuBahagia Selama-lamanyaAman Dan SentosaDuli Yang Maha Mulia IKRAR PELAJAR BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Sri Suria berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa. Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep Insan Sebagai Hamba dan Khalifah Allah. Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin. Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan. Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih. PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAHUNTUK PELAJAR1. KEHADIRAN1.1. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.1.2. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:Sesi PagiIsnin Jumaat : 7.30 pagi 10.45 pagiSesi PetangIsnin Jumaat : 2.30 ptg 5.45 ptg1.3. Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas.1.4. Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin.1.5. Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar. 2. KETIDAKHADIRAN2.1. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden.2.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.2.3. Tindakan terhadap kes ponteng: SURATHARI TIDAK HADIRBERTURUT-TURUTHARI TIDAK HADIRBUKAN BERTURUT-TURUT

Amaran PertamaPada hari ke-3Pada hari ke-10

Amaran Kedua7 hari selepas Amaran Pertama10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir7 hari selepas Amaran Kedua20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah14 hari selepas Amaran Terakhir20 hari selepas Amaran Terakhir

2.4. Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah.2.5. Pelajar dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.2.6. Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. 3. PAKAIANPakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 3.1. Pakaian Pelajar Lelaki:3.1.1 Seluar panjang warna putih.3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai.3.1.3 Baju Melayu cekak musang bewarna putih, berbutang putih, berlengan panjang (tidak boleh dilipat), berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Baju dimasukkan ke dalam seluar.3.1.4 Memakai sampin berwarna hijau tua.3.1.5 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali. Kasut sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum masuk ke dalam sekolah. Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut.3.1.6 Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada.3.1.7 Songkok baldu bewarna hitam sahaja. Ketayap atau lain-lain tidak dibenarkan. 3.2. Pakaian Pelajar Perempuan:3.2.1 Baju kurung potongan tradisional bewarna putih, leher Teluk Belanga dan berlengan panjang mesti berkancing serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin.3.2.3 Kain sarung warna hijau tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu labuh sehingga menyapu lantai.3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.3.2.5 Anak tudung berbentuk bulat dan bewarna putih.3.2.6 Tudung labuh bahagian hadapan sejengkal daripada pusat dan labuh bahagian belakang melebihi paras punggung.3.2.7 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali. Kasut sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum masuk ke dalam sekolah. Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 3.2.8 Pelajar dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di bahagian dalam baju sekolah.3.2.9 Pelajar hendaklah memakai tanda nama yang diletakkan di sebelah kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.3.2.10 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, kegiatan kelab dan persatuan, kegiatan-kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan anjuran sekolah dan sepanjang masa peperiksaan.3.2.11 Pakaian Pengawas Sekolah mestilah sesuai dengan syarat yang telah ditetapkan sekolah.

3.3. Pakaian Pengawas 3.3.1 Pengawas lelaki. Sama seperti pakaian pelajar lelaki. Sampin berwarna merah dan kasut serta stokin berwarna hitam.3.3.2 Pengawas perempuan. Sama seperti pakaian pelajar perempuan. Kain berwarna merah dan kasut serta stoking berwarna hitam.

3.4. Pakaian Pendidikan Jasmani:T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap. Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani. 3.5. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan:Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum. 4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN4.1 Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu :4.1.1 Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua cuping telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas.4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan sideburn hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci4.2 Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.4.5 Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki.4.6 Pelajar tidak dibenarkan berkaca mata gelap (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa.4.7 Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.4.8 Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni, pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.4.9 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 5. PERHIMPUNAN5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.5.2 Perhimpunan harian akan ditentukan oleh Guru Besar iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu persekolahan.5.3 Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula.5.4 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.5.5 Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual antara satu sama lain.5.6 Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.5.7 Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan. 6. KAWASAN SEKOLAH6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah 6.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR.6.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.6.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.6.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.6.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.6.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan atau Penyelia Petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada Guru Tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar. 7. KELAS7.1 Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab.7.2 Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. 1. KELUAR-MASUK KELAS8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas. Pelajar juga mestilah menulis nama di dalam buku keluar/masuk kelas.8.2 Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.8.3 Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya.8.4 Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.8.5 Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan 8.4. 1. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS9.1 Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.9.2 Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa.9.3 Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.9.4 Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing sementara menanti ketibaan guru.9.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera.9.6 Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.9.7 Jika seseorang pelajar tidak mengambil sesuatu mata pelajaran, pelajar berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti pelajaran guru berkenaan.9.8 Pelajar-pelajar dikehendaki bangun memberi hormatapabila pelawat, pengetua atau guru-guru masuk atau keluar kelas.9.9 Apabila pengetua, atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan memberi salam. 1. YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH 10.1Setiap pelajar wajib menjelaskan semua yuran bulanan yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditentukan iaitu bermula dari 1 5 hari bulan setiap bulan.10.2Surat amaran akan dikeluarkan sekiranya pelajar tidak membayar yuran dalam tempoh seperti yang dinyatakan di atas.10.3Pelajar yang tidak membayar yuran melebihi 3 bulan akan digantung sekolah.10.4Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang tersebut.10.5Buku-buku teks:10.5.1Buku teks adalah kepunyaan sendiri10.5.2Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.10.5.3Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.10.5.4Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.10.5.5Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah.10.5.6Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut.10.5.7Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah.10.5.8Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan. 1. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN11.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran.11.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.11.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.11.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama.11.5 Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 12. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT12.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.12.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.12.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah12.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.12.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 13. KAWASAN YANG DILARANG13.1 Tempat letak kenderaan guru13.2 Kawasan tangki septik13.3 Bilik Guru13.4 Bilik Peperiksaan13.5 Kawasan Tangki Air13.6 Kawasan-kawasan bertanda Kawasan Larangan 14. KEBERSIHAN14.1 Tong Sampah14.1.1Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.14.1.2Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 14.2 Kantin

14.2.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli makanan dan minuman.14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman.14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan.14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan. 14.3 Bilik Darjah14.3.1Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.14.3.2Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.14.3.3Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.14.3.4Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.14.3.5Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah. 14.4 Tandas14.4.1Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.14.4.2Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.14.4.3Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 15. KESELAMATAN

15.1 Beratur15.1.1Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat. 15.2 Waktu balik15.2.1Lima minit sebelum pulang, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas.15.2.2Apabila masa pulang telah sampai, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.15.2.3Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.15.2.4Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.15.2.5Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.15.2.6Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.15.2.7Pelajar transit hanya akan dibenarkan turun setelah van/kenderaan sekolah/ibu bapa sampai. 16. PELAWAT 16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.16.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 17. KETUA MURID DAN PENGAWAS

17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar dengan kerjasama guru-guru.17.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Darjah Atas.17.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.17.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.17.5 Sifat-sifat Kelayakan:17.5.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.17.5.2 Lain-lain kelayakan :a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnyab) Berwibawa dan bekerjasamac) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatand) Jujur dan berakale) Menepati masa17.6 Tugas-tugas pengawas:17.6.1Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.17.6.2Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.17.6.3Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.17.6.4Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. 18. WAKTU SOLAT18.1 Waktu Solat Zohor dan Asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-masing.18.2 Sejadah hendaklah disimpan setelah digunakan.18.3 Pelajar perempuan dikehendaki untuk membawa telekung masing-masing.18.4 Pelajar hendaklah beratur sewaktu mengambil wudhu. 19. WAKTU REHAT Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing.20. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat).20.2 Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.20.4 Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.20.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 21. BAYARAN TAMBAHANBayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah. 22. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH22.1 Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :22.1.1Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng22.1.2Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng22.1.3Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik22.1.4Tandas hendaklah diguna dengan betul22.1.5Cermin tingkap jangan dipecahkan22.1.6Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir22.1.7Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga dengan baik 23. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 23.1 Pelajarpelajar digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.23.2 Pelajarpelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.23.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.23.4 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.24. KATEGORI KESALAHAN 24.1 Kesalahan Ringan24.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.24.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.24.1.3Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.24.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.24.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.24.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.24.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.24.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.24.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.24.1.10Makan dan minum di dalam bilik darjah.24.1.11Melakukan pembaziran air atau elektrik.24.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.24.1.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).24.1.14Lewat ke sekolah.24.1.15Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.24.1.16Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.24.1.17Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.24.1.18Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.24.1.19Tidak membuat tugasan yang diarahkan.24.1.20Mengganggu kawan.24.1.21Mengganggu guru.24.1.22Lewat masuk kelas.24.1.23Mengotorkan kelas.24.1.24Tidak duduk setempat.24.1.25Berada dalam kawasan larangan.24.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.24.1.27Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.24.1.28Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.24.1.29Membuang sampah merata-rata.24.1.30Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.24.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.24.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.24.1.33Memakai cermin mata berfesyen.24.1.34 Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah24.1.35Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.24.1.36Membawa telefon bimbit dan MP3. 24.2 Kesalahan Sederhana24.2.1Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.24.2.2Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.24.2.3Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.24.2.4Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.24.2.5Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.24.2.6Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.24.2.7Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.24.2.8Menconteng pada harta benda sekolah.24.2.9Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.24.2.10Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 24.3 Kesalahan Berat24.3.1Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga24.3.2Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.24.3.3Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.24.3.4Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.24.3.5Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.24.3.6Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.24.3.7Biadap terhadap guru / pengawas / murid.24.3.8Memeras ugut guru / pengawas / murid.24.3.9Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.24.3.10Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.24.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.24.3.12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.24.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.24.3.14Membabitkan diri dalam kumpulan haram.24.3.15Mencabul kehormatan guru / murid.24.3.16Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.24.3.17Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.24.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.24.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.24.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.24.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.24.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.24.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.24.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.24.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.24.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.24.3.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.24.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah.24.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.24.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas.24.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.24.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.24.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.24.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.24.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . 25 SALAH LAKU25.1 Tingkah Laku Jenayah25.1.1Mendera dan mencederakan.25.1.2Bertindak ganas dan mencederakan.25.1.3Memeras ugut.25.1.4Bergaduh.25.1.5Mencuri.25.1.6Menipu atau memperdayakan.25.1.7Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.25.1.8Menyalahgunakan dadah.25.1.9Khalwat.25.1.10Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.25.1.11Menyertai kumpulan kongsi gelap. 25.2 Tingkahlaku Lucah25.2.1 Mencarut.25.2.2 Berdua-duaan.25.2.3 Becumbu-cumbuan.25.2.4 Melihat / membaca bahan lucah.25.2.5 Melukis / menulis bahan lucah.25.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.25.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang.25.2.8 Berpakaian tidak senonoh. 25.3 Tingkahlaku Anti-Sosial25.3.1 Tidak mahu bergaul.25.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah.25.3.3 Membuat bising.25.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal.25.3.5 Mengganggu orang lain.25.3.6 Menulis dan menconteng bangunan.25.3.7 Membuang sampah merata-rata.25.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu.25.3.9 Memaki hamun.25.3.10Sombong , bongkak dan biadap. 25.4 Tingkahlaku Tidak Jujur25.4.1Meniru dalam ujian dan peperiksaan.25.4.2Meniru tandatangan orang lain.25.4.3Bercakap bohong.25.4.4Mengubah markah yang dicatat oleh guru.25.4.5Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.25.4.6Menganiaya sesama rakan.25.4.7Tidak amanah.25.4.8Mengampu.25.4.9Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.25.4.10Mengambil barang orang lain tanpa izin.25.4.11Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.25.4.12Berdolak-dalik. 25.5 Tingkahlaku Tidak Sopan25.5.1 Berbahasa kasar.25.5.2 Tidak menghormati guru.25.5.3 Menghisap rokok.25.5.4 Berambut panjang.25.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.25.5.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran.25.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru.25.5.8 Selalu lewat.25.5.9 Suka bertengkar.25.5.10Pakaian tidak sesuai. 1. PERATURAN KHAS 9.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan pelajar-pelajar, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.9.2 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar-pelajar ke / dari sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.9.3 Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah. 1. PERATURAN LAIN ATAU BARU

26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.26.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya.26.3 Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor / Pejabat Pelajaran atau Kementerian Pelajaran. BORANG PENGAKUANGuru Besar,Sekolah Rendah Islam Sri Suria,No. 9A & 15A, Jalan Waruna AR U5/AR,Taman Desa Subang,Seksyen U5, 40150 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan Melalui Guru Darjah, BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA 1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri.2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tanda tangan Pelajar : Nama : Kelas : Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama : Tanda tangan Guru Kelas : Nama :