buku panuan untuk kejayaan - pmi

36
TATAKELAKUAN PMI

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

BUKU PANDUAN untuk KEJAYAAN

TATAKELAKUAN PMI

Page 2: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

Perutusan daripada CEO kita

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Semangat yang kita rasakan, komitmen peribadi yang kita saksikan, dan kesungguhan kita untuk mencapai wawasan produk bebas asap kita, merupakan sumber kebanggaan yang sebenar. Kita ibarat aur dan tebing, sepertimana setiap kali kita cuba melakukan sesuatu yang sukar, dan kita memiliki apa yang diperlukan untuk merealisasikan masa hadapan yang bebas asap.

Ia bukanlah mudah. Menggantikan rokok dengan produk bebas asap ialah suatu tugas yang sangat besar. Melakukan sesuatu dengan cara yang betul bermaksud kita perlu mengubah cara kita berfikir, cara kita belajar, dan cara kita bekerja. Ia juga bermaksud kita lebih selesa untuk mengambil lebih banyak risiko, menghadapi ketidakpastian, dan menerima kegagalan. Bagi kebanyakan daripada kita, ini ialah perubahan yang besar. Namun, nilai-nilai utama yang menyatukan dan menjadi panduan bagi kita sebagai pekerja syarikat ini tidak akan berubah. Malah, Buku Panduan ini menjadi lebih penting. Kita tidak harus bersikap sambil lewa dalam mengotakan janji kita sesama sendiri, kepada pengguna dan kepada masyarakat global secara amnya. Sila baca muka surat yang seterusnya. Gunakan maklumat tersebut sebagai panduan dalam pertimbangan anda.

Kami telah mengemas kini Buku Panduan ini untuk mencerminkan segala yang telah kita pelajari, dan perkara yang kita jangkakan sebagai keperluan untuk kita melangkah ke hadapan. Hakikatnya, apa yang perlu diutamakan ialah pertimbangan etika yang sewajarnya; dalam membina kepercayaan dengan terus mempamerkan sikap kita yang jujur, penuh hormat, dan adil.

Berhenti sejenak - terutamanya apabila dibebani tekanan yang tinggi dan tarikh akhir pula hampir tiba - untuk memikirkan tentang tindakan anda dan meminta bantuan apabila anda memerlukannya. Uji diri anda berdasarkan idea dalam Buku Panduan ini bagi memastikan bahawa apa yang anda lakukan ialah sesuatu yang menjadi kebanggaan syarikat.

Salam mesra,

André Calantzopoulos

Page 3: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

KANDUNGAN

Idea Utama

Amalan Kita

Tampil Bersuara

Integriti Tempat Kerja

Pemasaran & Jualan

Persaingan

Antisogokan & Rasuah

Perlindungan Maklumat

Pernyataan & Rekod Syarikat

Integriti Saintifik

Fiskal & Perdagangan

Konflik Kepentingan & Hadiah & Hiburan

Tanggungjawab Rantaian Bekalan

Tanggungjawab Penyelia

Keterterapan dan penepian

Perutusan daripada CEO Kita

02

3032

0608101214162022242628

Page 4: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

IDEA UTAMA

Page 5: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

3

idea utama

Kita berhenti sejenak sebelum mengambil sesuatu tindakan. Keputusan kita perlu relevan untuk jangka masa yang panjang. Sebelum mengambil tindakan yang muktamad, tanya pada diri kita sendiri sama ada perancangan kita itu sejajar dengan “Cara PMI” menjalankan perniagaan - sekiranya ia konsisten dengan:

Pertimbangan Etika yang Baik;

Buku Panduan ini; dan

Undang-undang.

Kita tidak memandang remeh akan asas-asas ini. Undang-undang mungkin kelihatan tidak munasabah, dan ada yang berdebat mengenainya, namun kita tetap mematuhinya. Pesaing mungkin berpegang pada standard yang lebih rendah, namun kita tetap menghormati standard kita sendiri. Kita juga perlu memahami bahawa undang-undang sahaja tidak mencukupi; ia tidak dapat menggantikan keperluan pertimbangan etika yang baik.

Apa yang Kita Lakukan

Page 6: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

idea utama

Bagaimana Kita

Melakukannya

Pertimbangan etika yang baik menuntut kejujuran, rasa hormat, dan keadilan. Nilai-nilai etika yang

dikongsi ini adalah sebahagian daripada “Cara PMI” menjalankan perniagaan. Ia menyatukan dan menjadi

panduan kita sebagai pekerja PMI, dan ia menjadi teras Buku Panduan ini.

Kejujuran. Kesemuanya berasaskan kebolehpercayaan: bolehkah dan haruskah individu di

dalam atau di luar syarikat mempercayai kita; adakah kita mengotakan apa yang kita ucapkan?

Sememangnya, tiada orang yang ingin bekerja dengan, menerima nasihat, atau membeli produk

daripada seseorang yang memutar-belitkan fakta atau cuba memperdayakan orang ramai. Kami

memahami bahawa keyakinan disemai daripada sikap telus.

Rasa Hormat. Semua orang berhak dihormati, begitu juga dengan idea. Sikap hormat berkisar

tentang maruah, penerimaan, empati, dan belas kasihan. Pertelingkahan yang bersemangat,

cabaran dan konflik ialah penyemarak kemajuan apabila digandingkan dengan sikap hormat,

namun ia boleh membinasakan sekiranya sikap hormat tidak diamalkan.

Keadilan. Apa yang tampak adil pada mata seseorang mungkin tampak tidak adil pada

tanggapan orang lain. Bersikap adil menghendaki kita untuk memikirkan tentang semua pihak

yang terlibat atau yang terjejas oleh sesuatu keputusan. Bersikap adil menghendaki kita untuk

mempertimbangkan segala situasi yang perlu dilalui oleh orang lain. Dalam sesetengah situasi,

bersikap adil memerlukan pemikiran dan usaha yang banyak. Dan, akan wujud ketidakpastian.

Peraturan yang dikuatkuasakan dengan tidak sama rata adalah tidak adil, begitu juga dengan

amalan menyisihkan individu atau idea mereka disebabkan jantina, etnik, agama, kecenderungan

seksual atau faktor-faktor lain yang seumpamanya.

Pertimbangan etika yang baik juga menuntut anda supaya mengubah perspektif. Apa yang orang

lain fikir perlu diambil kira. Pelanggan, rakan sekerja, dan masyarakat dunia secara amnya berminat

tentang apa yang kita lakukan. Setiap daripada mereka perlu mempercayai apa yang kita ucapkan dan

apa yang kita lakukan. Sebelum bertindak, tanyalah diri kita sama ada tindakan kita akan bercanggah

dengan nilai-nilai mereka. Kita perlu akur bahawa bukan semua orang akan bersetuju dengan segala

yang kita lakukan, namun kita seharusnya sentiasa yakin bahawa kita telah bertindak dengan jujur, penuh

hormat dan adil.

Page 7: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

5

idea utama

Apa yang Kita

Perlu Ingat

Kehidupan sebenar boleh membuatkan kita terlupa perkara-perkara yang penting. Tekanan, keletihan,

dan rutin boleh menjejaskan keupayaan kita untuk membuat keputusan. Kita kadangkala terlalai, dan

adakalanya kita bersikap terlalu optimistik terhadap situasi sebenar. Sebelum bertindak, berhenti sejenak dan

fikirkan sama ada anda melakukan segalanya mengikut “Cara PMI” - berpandukan Buku Panduan ini, undang-

undang dan pertimbangan etika yang baik. Anda sentiasa mempunyai masa sebelum mengambil tindakan

yang muktamad.

Peraturan tidak sekali-kali dapat menggantikan pertimbangan yang baik. Peraturan boleh menyimpang

daripada tujuan asalnya. Pertimbangan yang baik melindungi kita daripada kegagalan sedemikian. Sekiranya

sesuatu peraturan atau undang-undang syarikat kelihatan tidak munasabah, anda perlu tampil bersuara

supaya kita boleh melakukan perubahan. Namun, kita perlu maklum bahawa kita wajib mematuhi peraturan

atau undang-undang tersebut selagi perubahan masih belum dibuat, walaupun kita tidak bersetuju, kerana

kita ikhlas dalam menghormati peraturan perundangan.

Tiada sesiapa pun mempunyai kesemua jawapan. Tidak mengapa – selagi kita terus berusaha mencari

jawapan yang terbaik. Kita harus saling bantu-membantu dalam hal ini. Berbincanglah dengan orang lain

tentang sesuatu pilihan yang sukar. Pertimbangan yang baik ialah kemahiran yang boleh dipertingkatkan

dengan melibatkan orang lain dan mempertimbangkan pandangan yang berbeza. Ingat, ia bukan berkisar

tentang diri kita sahaja. Apabila anda tampil bersuara, anda membuka peluang kepada semua orang untuk

belajar.

Kesilapan ialah sesuatu yang kita utarakan, belajar daripadanya, dan perlu bertanggungjawab terhadapnya. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan mungkin membawa manfaat

sekiranya ia diketahui oleh pihak yang sewajarnya agar pengubahsuaian boleh dibuat berdasarkan kejadian

tersebut. Namun, kita perlu maklum bahawa terdapat perbezaan antara kesilapan dan sikap tidak peduli

terhadap cara kita menjalankan perniagaan - iaitu dengan mengetepikan undang-undang, Buku Panduan ini,

atau nilai-nilai etika yang dikongsi bersama. Sikap tidak peduli akan merisikokan kita semua dan tidak diterima

di syarikat ini.

Page 8: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

TAMPIL BERSUARA

Page 9: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

7

TAMPIL BERSUARA

tampil bersuarake

tahu

i se

lanj

utny

a

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatApabila sesuatu boleh

diperbaiki atau ternyata salah,

kita perlu mengambil tindakan.

Jika anda melihat sesuatu yang

dilakukan dengan cara yang tidak

betul, anda mesti tampil bersuara.

Apabila anda tampil bersuara,

syarikat akan mengambil perhatian

dan bertindak. Perkara yang sama

pentingnya ialah keperluan untuk

tampil bersuara bagi memperbaiki

perkara yang tidak betul. Apabila

anda tampil bersuara dengan niat

yang baik, PMI akan menyokong

anda sepenuhnya.

Kongsi idea dan pengalaman anda tentang cara untuk memperbaiki sesuatu perkara. Jika satu keperluan atau proses membuatkannya lebih sukar untuk anda bekerja secara berkesan atau kelihatan terlalu rumit untuk tujuan tersebut, maka anda perlu bersuara. Peraturan dan proses perlu munasabah dan membantu anda menjalankan kerja anda. Anda juga hendaklah bersuara jika anda menganggap bahawa tindakan masih belum diambil untuk melindungi syarikat daripada kemungkinan risiko perniagaan, undang-undang atau pengawalseliaan.

Tanya soalan sekiranya terdapat perkara yang tidak jelas. PMI memberikan kepada kita, di setiap peringkat organisasi, akses kepada rakan sekerja yang boleh menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan memberi nasihat. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, tanya—anda akan mendapat bantuan.

Hentikan perkara yang menjurus ke arah kesilapan. Kesilapan berlaku. Bila ia berlaku, menjadi sebahagian daripada tugas anda untuk membetulkannya. Jika sesuatu perkara kelihatan tidak betul, atau ia kelihatan seolah-olah Buku Panduan ini, Prinsip & Amalan, atau undang-undang telah dikompromi, anda mempunyai kewajipan untuk tampil bersuara. Tidak mengendahkan kemungkinan isu etika dan pematuhan boleh menyebabkan perkara yang agak kecil atau tidak penting berkembang menjadi masalah yang besar, yang boleh mendatangkan bahaya kepada rakan sekerja anda dan juga syarikat.

Kita menyiasat laporan salah laku yang disyaki. Jabatan Etika & Pematuhan mempunyai kakitangan yang telah dilatih untuk menyiasat kebimbangan anda. Piawaian Penyiasatan PMI mentadbir semua siasatan Etika & Pematuhan, dan kita menjalankan program jaminan kualiti selepas siasatan untuk memastikan proses kekal adil, tidak berat sebelah, dan dilaksanakan dengan penuh hormat.

Tanya jika anda tidak pasti. Jika anda khuatir mengenai perkara yang akan berlaku apabila anda tampil bersuara, sila berbincang dengan pengurus tempatan anda atau Jabatan Etika & Pematuhan. Mereka boleh menangani masalah anda dan menjawab sebarang soalan yang anda mungkin ada mengenai proses tersebut.

Apa yang Kita Lakukan

PMI 16-C: Tampil Bersuara

Piawaian Penyiasatan PMI

Cara untuk Tampil BersuaraTerdapat banyak cara untuk tampil bersuara. Minta bantuan:

- Penyelia anda atau ketua jabatan anda

- Sumber Manusia

- Jabatan Undang-undang

- Jabatan Etika & Pematuhan:

+ [email protected]

+ Pengarah Etika & Pematuhan Serantau

+ Ketua Kelompok Etika & Pematuhan

Talian Bantuan Pematuhan yang dikendalikan oleh pihak ketiga juga tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dalam semua bahasa yang digunakan di PMI. Hubungi Talian Bantuan secara dalam talian atau melalui telefon. Nombor panggilan tempatan disenaraikan pada intranet syarikat. Panggilan pindah bayaran diterima.

Anda boleh menggunakan Talian Bantuan tanpa mendedahkan nama, melainkan anda membuat panggilan dari salah satu negara yang menguatkuasakan undang-undang tempatan yang menyekat amalan tersebut. Jika anda tidak pasti mengenai sekatan ketanpanamaan di lokasi anda, tanya Talian Bantuan atau dapatkan nasihat dari Jabatan Undang-undang.

Page 10: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

INTEGRITI TEMPAT KERJA

Page 11: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

9

INTEGRITI TEMPAT KERJAke

tahu

i se

lanj

utny

a PMI 2-C: Integriti Tempat Kerja PMI 8-C: Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita mengekalkan persekitaran

kerja yang penuh hormat,

terangkum, dan selamat.

Kita semua seharusnya

mempunyai peluang sama rata

untuk menyumbang dan mencapai

kejayaan berdasarkan merit kerja

kita. Semua orang mendapat

manfaat apabila ini berlaku.

Diskriminasi, gangguan dan

keadaan kerja yang tidak selamat

adalah tidak adil; ia bertentangan

dengan cara kita menjalankan

perniagaan.

Kita membuat semua keputusan berkaitan pekerjaan berdasarkan merit. Jangan hadkan peluang individu untuk menyumbang atau bergerak maju berdasarkan usia, tanggungjawab penjagaan anak, ketidakupayaan, etnik, jantina, identiti jantina, orientasi seksual, agama, kehamilan, atau sifat peribadi terlindung yang lain.

Gangguan tidak diterima dalam organisasi ini. Layani orang lain dengan rasa hormat. Jangan bertolak ansur dengan kelakuan yang tidak senonoh, merendahkan maruah atau menghina. Penyalahgunaan bahasa, membuli, cubaan gangguan seksual, intimidasi dan kelakuan yang tidak senonoh ialah beberapa contoh kelakuan yang tidak bersesuaian. Keganasan dan ancaman keganasan juga, sudah semestinya tidak boleh diterima.

Jadikan keselamatan sebagai keutamaan. Lindungi diri anda dan mereka di sekeliling anda daripada kecederaan dengan mematuhi semua peraturan kesihatan, perlindungan dan keselamatan syarikat dan kerajaan. Maklumkan kepada pihak pengurusan anda mengenai semua kecederaan dan kemalangan yang hampir-hampir berlaku. Bekerja ketika mengalami kelemahan badan atau mabuk akibat pengambilan bahan yang menyalahi atau tidak menyalahi undang-undang, termasuk alkohol atau ubat dan dadah yang dipreskripsikan adalah tidak selamat dan tidak dibenarkan. Jangan bawa senjata ke tempat kerja atau membawanya semasa menjalankan tugasan perniagaan syarikat melainkan anda telah menerima kebenaran khusus untuk menggunakannya di bawah amalan syarikat.

Berhenti dan dengar. Tingkah laku boleh bersifat tidak menghormati dan menyisihkan orang lain walaupun kita tidak berniat sedemikian. Kadangkala seseorang individu secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan orang lain dan memalukan syarikat hanya kerana mereka tidak mengambil masa untuk mendengar atau memahami perasaan atau tindak balas daripada orang lain. Sebagai contoh, jika anda mendapati diri anda berfikir – dan bertindak seperti – andalah orang yang paling pintar dan orang lain tiada idea yang bernas, anda mungkin menunjukkan sikap kurang hormat dan kurang pemahaman terhadap orang di sekeliling anda. Anda boleh menyinggung perasaan mereka dan benar-benar terlepas idea yang berwawasan.

Kadangkala, orang mendiamkan diri disebabkan rasa takut atau tanda hormat, namun hakikatnya mereka tetap tersinggung. Belajarlah untuk membezakan antara orang yang kelihatan bertolak ansur tetapi menderita dalaman dan orang yang benar-benar selesa dengan sesuatu tingkah laku atau perbuatan. Bersikap adil terhadap orang lain dengan menyedari bagaimana reaksi anda kepada tingkah laku mereka boleh mendedahkan perasaan anda yang sebenar. Sekiranya anda tidak suka dengan sesuatu perkara, atau merasakan bahawa seseorang telah salah faham maksud anda, berterus terang - jangan anggap orang lain boleh meneka apa yang anda rasai atau apa yang anda maksudkan.

Para pekerja seharusnya berasa bebas untuk menyatakan pandangan mereka di tempat kerja. Perniagaan kita mendapat manfaat daripada pelbagai pendekatan dan pandangan. Kita memupuk persekitaran kepelbagaian dan keterangkuman di mana semua pekerja berasa selesa. Kita semua mempunyai keperluan dan gaya yang berbeza dan kita harus berkompromi secara adil untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan ini.

Standard kita juga diguna pakai di persekitaran luar pejabat. Lokasi kerja di luar pejabat, mesyuarat di lokasi luar, lawatan perniagaan dan acara sosial berpasukan, kesemuanya ialah persekitaran berkaitan kerja. Sebagai contoh, peraturan terhadap gangguan masih berkaitan untuk kelakuan yang berlaku di majlis persaraan di lokasi luar. Dalam semua situasi, anda hendaklah mempertimbangkan bagaimana kelakuan anda boleh menjejaskan reputasi rakan sekerja anda dan syarikat.

Perwakilan pekerja. Kita menghormati hak pekerja untuk menyertai atau tidak menyertai, kesatuan sekerja dan organisasi perwakilan pilihan mereka sendiri.

Apa yang Kita Lakukan

Page 12: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

PEMASARAN & JUALAN

Page 13: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

11

PEMASARAN & JUALANke

tahu

i se

lanj

utny

a

PMI 4-C: Pemasaran dan Jualan Produk Tembakau Boleh Bakar

PMI 7-C: Peraturan, Pembangunan dan Pengeluaran Produk PMI

Amalan Transformasi Baik untuk IQOS

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita memasarkan dan menjual

produk kita dengan penuh

tanggungjawab, dan hanya

kepada perokok dewasa.

Jenama kita adalah dalam kalangan

jenama yang paling bernilai di dunia.

Kita mengguna kreativiti dan inovasi

kita untuk membangunkan dan

mengekalkan nilai jenama. Pada

masa yang sama, kita tahu bahawa

produk tembakau mengakibatkan

risiko kesihatan kepada pengguna.

Oleh yang demikian, kita melibatkan

diri hanya dalam aktiviti jualan

dan pemasaran yang dilaksanakan

dengan tanggungjawab.

Kita memasarkan dan menjual kepada orang dewasa yang merokok atau yang menggunakan produk bebas asap. Orang dewasa berkemampuan untuk membuat keputusan termaklum untuk merokok atau menggunakan produk bebas asap. Produk serta aktiviti pemasaran dan jualan kita menyasarkan orang dewasa yang merokok atau yang telah bertukar kepada produk bebas asap. Sebagai sebuah syarikat peneraju tembakau, kita bertanggungjawab untuk mencegah golongan bawah umur daripada menggunakan produk kita.

Kita memberikan maklumat kepada pengguna mengenai kesan produk kita terhadap kesihatan. Semua pengiklanan dan pembungkusan bagi pengguna mesti mempamerkan amaran kesihatan, walaupun ia tidak diwajibkan oleh undang-undang.

Aktiviti pemasaran mestilah dilaksanakan secara jujur dan tepat. Maklumat atau tuntutan mengenai produk kita dalam bahan pemasaran dan jualan kita mesti berasaskan fakta. Tuntutan kesihatan berkaitan produk mesti disokong oleh bukti saintifik yang kita maklumkan secara umum.

Kita menghormati undang-undang. Peraturan pemasaran dan jualan kebiasaannya adalah kompleks dan memerlukan panduan untuk mentafsirkannya. Anda hendaklah tampil bersuara jika anda menyedari sebarang aktiviti yang mungkin bertentangan dengan undang-undang atau polisi syarikat.

Semua urus niaga pemasaran mesti melalui proses perundingan. Oleh kerana kita mesti memenuhi standard yang sangat tinggi, proses kita menggabungkan kepercayaan dan sifat hormat terhadap pertimbangan dan daya kreativiti individu, dengan penilaian yang bersesuaian. Semasa menyemak semula cadangan pemasaran, kita melibatkan individu daripada peranan yang berlainan yang mempunyai pengalaman yang berbeza.

Produk konvensional dan produk bebas asap ialah dua jenis produk yang sangat berbeza. Prinsip asas kita yang diterangkan dalam bahagian “bagaimana kita melakukannya” diguna pakai untuk semua produk, namun prinsip ini akan dilaksanakan mengikut peraturan dan proses yang khusus bagi produk konvensional dan produk bebas asap. Sebagai contoh, PMI 4-C diguna pakai untuk produk konvensional, manakala Amalan Transformasi Baik dikhususkan untuk produk elektronik kita yang menggunakan haba dan bukannya bahan pembakaran.

Kita juga diadili berdasarkan aktiviti pihak ketiga. Aktiviti pemasaran dan jualan sering melibatkan pihak ketiga, seperti agensi, tuan rumah, dan para jurulatih. Tindakan mereka mencerminkan syarikat kita sama seperti tindakan diri kita sendiri. Jika anda berurusan dengan pihak ketiga dalam sebarang aktiviti pemasaran dan jualan, maklumkan kepada mereka mengenai prinsip kita dan berhati-hati dengan sebarang perkara yang kelihatan menjejaskan nilai syarikat kita atau melanggar peraturan.

Apa yang Kita Lakukan

Page 14: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

PERSAINGAN

Page 15: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

13

persainganke

tahu

i sel

anju

tnya

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita berkembang maju

dalam pasaran yang adil dan

berdaya saing.

Kita bersaing dengan penuh

giat berdasarkan kualiti produk,

tinjauan pengguna, inovasi,

harga dan beberapa cara lain

yang digalakkan oleh undang-

undang persaingan. Kita tahu

bahawa pasaran yang berdaya

saing adalah baik untuk

perniagaan dan pengguna kita.

Kita bertindak secara bebas daripada pesaing kita. Jangan sekali-kali cuba untuk berbincang atau mempersetujui harga atau mana-mana topik sensitif lain yang mempunyai kesan terhadap persaingan dengan pesaing. Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk berinteraksi dengan pesaing, dapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-undang mengenai kaedah pelaksanaan yang betul. Elakkan perbualan yang melibatkan penentuan harga, pelancaran jenama, program perdagangan atau sebarang topik yang sensitif yang mempunyai kesan terhadap persaingan.

Kita tidak bersubahat dengan rakan niaga kita untuk mengetepikan pesaing atau menjejaskan persaingan. Urusan dengan pelanggan dan pembekal mungkin menimbulkan isu jika mereka mengetepikan pesaing atau menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk pesaing bersaing, atau jika mereka menjejaskan persaingan di kalangan pengedar, peruncit atau pembekal. Di tempat di mana kita mempunyai bahagian pasaran yang ketara, kita perlu lebih sensitif terutamanya apabila berinteraksi dengan pihak perdagangan dan rantaian bekalan.

Melakukan sesuatu dengan cara yang betul bermaksud anda perlu meminta bantuan. Peraturan persaingan adalah kompleks dan boleh memberikan gerak hati yang bertentangan. Jabatan Undang-undang dan pengurusan syarikat sekutu memahami apa yang sesuai untuk pasaran anda dan boleh memberikan panduan. Sebelum mengambil tindakan, tanya diri anda sama ada keputusan anda mungkin ditafsirkan sebagai kerjasama dengan pesaing, atau dilaksanakan untuk mengetepikan atau mengakibatkan kos yang lebih tinggi untuk pesaing bersaing. Jika begitu, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pihak pengurusan anda dan rakan sekerja anda daripada Jabatan Undang-undang.

Sebarang interaksi dengan pesaing boleh mewujudkan isu perundangan. Kebiasaannya, pendekatan yang terbaik bagi anda adalah dengan mengelakkan hubungan yang tidak diperlukan dengan pesaing, terutamanya jika tugas anda atau keadaan tersebut mungkin mewujudkan tanggapan bahawa berlakunya perbincangan mengenai penetapan harga, terma perdagangan dan program atau topik persaingan yang lain. Jika seseorang mula berbincang mengenai topik tersebut, akhiri perbualan itu. Jelaskan kepada orang di sekeliling anda bahawa anda tidak berniat untuk menyertai sebarang perjanjian antipersaingan. Kemudian, hubungi Jabatan Undang-undang dengan segera.

Cara kita bersaing adalah sama pentingnya dengan hasil yang kita capai. Sesetengah cara untuk menambah volum dan keuntungan bukanlah cara kita menjalankan perniagaan. Oleh yang demikian, pengumpulan maklumat mengenai aktiviti pesaing kita juga tidak semestinya perkara yang betul untuk dilakukan. Jenis maklumat dan kaedah pengumpulan maklumat pada kebiasaannya adalah tertakluk kepada pembatasan undang-undang. Bekerjasamalah dengan peguam tempatan anda untuk mengenal pasti – dan mematuhi – peraturan tempatan yang berkaitan.

Apa yang Kita Lakukan

PMI 5-C: Persaingan

Page 16: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

ANTISOGOKAN & RASUAH

Page 17: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

15

ANTISOGOKAN & RASUAH

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita tidak memberi sogokan

kepada mana-mana pihak, di

mana jua, untuk apa jua sebab.

Sogokan menjejaskan kedaulatan

undang-undang dan melemahkan

kesejahteraan masyarakat. Kita

mengakui bahawa keengganan kita

untuk menyertai aktiviti rasuah boleh

menyebabkan perniagaan lebih

sukar dijalankan dalam sesetengah

pasaran, akan tetapi sogokan

sememangnya tidak boleh diterima

di PMI.

Kita tekal dan tegas dengan pendirian

ini; dan kita telah membuktikan

berulang kali bahawa kita akhirnya

dapat mencapai objektif perniagaan

kita tanpa jalan pintas tersebut yang

tidak boleh diterima.

Jangan sekali-kali menawarkan atau memberikan rasuah atau membenarkan orang lain untuk memberikan rasuah bagi pihak kita. Kita perlu benar-benar berwaspada semasa kita menawarkan apa-apa sahaja yang mempunyai nilai – termasuk wang, hadiah, bantuan, atau hiburan – yang mungkin dianggap sebagai percubaan secara tidak wajar untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan profesional seseorang. Gunakan pertimbangan yang waras dan, pada bila-bila masa jika anda mempunyai keraguan, berbincanglah dengan Jabatan Undang-undang untuk memahami apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan. Jangan buat bayaran pemudahan – walaupun jika ia dibenarkan di bawah undang-undang tempatan atau dianggap amalan “biasa” dalam masyarakat. Bayaran pemudahan ialah bayaran nominal atau hadiah kecil kepada pegawai kerajaan sebagai pertukaran untuk mencepatkan proses atau perkhidmatan rutin. Jika anda berasa keperluan atau merasa tertekan untuk membuat bayaran tersebut, jangan lakukannya. Sebaliknya, dapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-undang mengenai cara yang terbaik untuk menangani keadaan tersebut.

Dokumenkan semua yang mempunyai nilai yang diberikan kepada pegawai kerajaan. Anda hendaklah sentiasa menyimpan rekod hadiah dan hiburan yang anda berikan kepada pegawai kerajaan. Ini akan membantu memenuhi keperluan undang-undang untuk penyimpanan buku dan rekod yang tepat serta membantu menghindari salah tanggapan.

Sebelum menawarkan atau memberikan apa-apa yang mempunyai nilai kepada pegawai kerajaan, fahami peraturan PMI dan peraturan tempatan anda. Kelakuan yang mungkin bersesuaian dalam satu pasaran mungkin menyalahi undang-undang atau sebaliknya, tidak boleh diterima dalam pasaran yang lain. Sebagai contoh, tawaran jemputan makan kepada pegawai rasmi adalah haram di sesetengah negara, tetapi sah dan menjadi kebiasaan di negara lain.

Bagaimanakah jika rasuah atau bayaran pemudahan tampak seperti hanya pilihan yang ada? Jika anda percaya rasuah adalah perlu atau seseorang mendesak anda untuk memberikan sogokan, anda mesti tampil bersuara. Syarikat akan melibatkan pihak yang bersesuaian untuk mencari langkah yang paling wajar seterusnya. Kita sering berupaya menyelesaikan masalah dengan menghubungi pegawai tinggi kerajaan atau kesatuan perniagaan. Kita sanggup melepaskan peluang perniagaan atau mengubah objektif dalam situasi apabila kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi serta-merta.

Definisi pegawai kerajaan mungkin satu kejutan buat anda. Anda perlu berhati-hati terutamanya semasa berurusan dengan pegawai kerajaan. Ini adalah kerana undang-undang mempunyai keperluan yang khusus berkaitan interaksi dengan pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan termasuklah kakitangan kerajaan nasional dan tempatan serta calon politik. Takrifan mungkin juga termasuk pekerja perniagaan milik kerajaan, misalannya wartawan yang bekerja untuk akhbar kendalian kerajaan atau pengurus stesen minyak milik kerajaan negeri.

Pihak ketiga perlu mematuhi peraturan kita. Mana-mana pihak ketiga yang berinteraksi dengan pegawai kerajaan bagi pihak kita mesti mengikuti peraturan yang sama seperti kita dan dilarang daripada membayar wang rasuah (secara terus atau melalui orang tengah).

Apa yang Kita Lakukan

PMI 14-C: Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan dan Rakan Niaga. Aktiviti Politik

keta

hui

sela

njut

nya

Page 18: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

PERLINDUNGAN MAKLUMAT

Page 19: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

17

PERLINDUNGAN MAKLUMAT

Hormatilah pemilik data yang anda kumpulkan dan gunakan. Syarikat sekutu PMI dibenarkan untuk mengumpulkan maklumat tentang orang lain dan menggunakannya bagi tujuan perniagaan biasa (contohnya sumber manusia, pemasaran dan sebagainya), dengan syarat kita mematuhi peraturan asas mengenai perlindungan privasi. Peraturan utama ialah:

1) Nyatakan tujuan perniagaan biasa yang jelas dan sah bagi penggunaan maklumat tersebut yang tidak melanggar privasi pemilik data;

2) Maklumkan tujuannya kepada orang-orang tersebut;

3) Gunakan maklumat secara adil, hanya gunakan maklumat yang perlu bagi mencapai tujuan yang diingini, dan musnahkan (atau memadamkan nama) maklumat itu sebaik sahaja tujuan telah dicapai;

4) Laksanakan langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan;

5) Pastikan maklumat tersebut tepat dan benarkan pemilik maklumat itu untuk mengaksesnya jika mereka meminta untuk berbuat demikian; dan

6) Pastikan mana-mana pihak ketiga yang terbabit akan terikat untuk melindungi maklumat tersebut dengan cara yang sama seperti yang kita laksanakan.

Lindungilah kelebihan persaingan yang telah kita peroleh melalui segala usaha kita. Sekiranya sesuatu maklumat memberi kita kelebihan persaingan, atau jika pesaing mahukannya, ini bermaksud ia maklumat komersial yang sensitif dan perlu dilindungi. Contoh maklumat komersial sensitif termasuklah spesifikasi untuk produk dan teknologi baharu, strategi pemasaran dan hal ehwal korporat, data penyelidikan, belanjawan, dan maklumat kewangan yang lain. Peliharalah hak harta intelektual kita. Terdapat banyak cara untuk sesuatu idea yang baik kehilangan nilainya jika ia tidak dilindungi. Pastikan langkah-langkah perlindungan yang secukupnya telah diambil sebelum kita berkongsi harta intelektual kita dengan sesiapa sahaja, termasuk rakan niaga, di luar PMI. Bekerjasamalah dengan Jabatan Undang-undang untuk memahami bagaimana hak cipta, paten, tanda dagangan dan bentuk hak harta intelektual lain dapat melindungi nilai idea dan produk kerja kita.

Bagaimana Kita Melakukannya

Kita melindungi maklumat

atas dasar persaingan, etika

dan perundangan.

Pada kebanyakan masa,

berkongsi maklumat ialah

tindakan yang baik, namun

kadangkala ia tindakan

yang salah. Fikirkan

tentang maklumat yang

anda gunakan dan ketahui

tentang kewajipan khusus

kita berkaitan pengumpulan,

pemprosesan, penyimpanan,

dan penyebaran maklumat

tersebut.

Apa yang Kita Lakukan

Page 20: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

Jangan libatkan diri dalam atau mudahkan urusan perdagangan orang dalam. Anda mungkin mempunyai maklumat yang tidak diketahui umum, yang mungkin dianggap relevan oleh pelabur semasa membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Pertimbangan yang baik dan undang-undang menghalang penggunaan maklumat sebegini bagi tujuan membeli atau menjual saham, atau “memberi tip” kepada orang lain (suami/isteri anda, rakan sekerja, rakan, broker, dan sebagainya) dengan maklumat tersebut. Setiausaha Korporat Jabatan Undang-undang kumpulan sentiasa bersedia untuk membantu anda memahami berkenaan perdagangan orang dalam dan topik-topik berkaitan serta menjawab sebarang persoalan yang anda mungkin ada.

Hormati kerahsiaan dan hak harta intelektual pihak lain. Jangan curi rahsia orang lain atau harta mereka, sama ada hak harta intelektual atau pun sebaliknya. Ini juga berkaitan untuk perkara penting seperti proses rahsia syarikat lain dan perkara yang kecil seperti hak cipta imej yang ditemui di Internet.

Berwaspada dengan idea yang tidak diminta. Jika seseorang dari syarikat luar datang menemui anda dengan idea yang tidak diminta, segera hubungi Jabatan Undang-undang sebelum menggunakan atau berkongsi idea tersebut. Langkah ini akan mengurangkan risiko pihak ketiga menuntut kredit bagi idea yang kita sudah punyai atau mendakwa bahawa kita telah mencuri idea tersebut.

PERLINDUNGAN MAKLUMAT

Bagaimana Kita Melakukannya (bersambung)

Page 21: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

19

keta

hui s

elan

jutn

ya

PMI 1-C: Mengurus Maklumat Syarikat

PMI 3-C: Perlindungan Data Peribadi

PMI 6-C: Hak Harta Intelektual

PMI 17-C: Perdagangan Orang Dalam

PMI 18-C: Penggunaan Teknologi Komputer

PMI 18-CG2: Garis Panduan Media Sosial

Walau apa jua tugasan kita, sama ada yang sulit ataupun tidak, perlu lulus pertimbangan etika yang baik, undang-undang dan Buku Panduan ini. Ingat, walaupun kehilangan maklumat sulit ialah sesuatu yang memalukan, maklumat itu tidak sepatutnya memalukan kita. Kita melindungi maklumat atas tujuan komersial, perundangan dan etika – kita tidak menyembunyikan apa-apa yang orang lain berhak tahu. Sikap tidak peduli ialah punca utama berlakunya kehilangan maklumat. Kadangkala, ia semudah kecurian pemacu kilat USB atau komputer riba yang tidak dilindungi kata laluan, atau perbualan tentang topik yang sulit di dalam komuter. Ada kalanya pula, ia mungkin sifat tamak untuk bekerjasama dengan rakan luar syarikat sebelum langkah-langkah perlindungan maklumat yang sewajarnya diambil.

Kaedah yang digunakan untuk mencuri maklumat sentiasa berubah-ubah. Teknologi kita dapat membantu melindungi maklumat, namun anda ialah barisan perlindungan kami yang sebenar. Jangan mudah percaya dengan sesuatu. Kenali orang-orang yang berurusan dengan anda dan ingatlah bahawa penyamaran sebagai pekerja PMI ialah kaedah yang gemar digunakan oleh penjenayah untuk mencuri maklumat kita.

Apa yang Kita Perlu Ingat

PERLINDUNGAN MAKLUMAT

Page 22: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

PERNYATAAN & REKOD SYARIKAT

Page 23: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

21

PERNYATAAN & REKOD SYARIKAT

pernyataan & rekod syarikat

PMI 1-C: Mengurus Maklumat Syarikat

PMI 18-CG2: Garis Panduan Media Sosial

PMI 31-C: Komunikasi Luaran dan Pernyataan kepada Umum

keta

hui

sela

njut

nya

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita berkomunikasi secara

jujur, adil dan penuh hormat.

Kepercayaan orang awam

terhadap PMI adalah penting

terhadap kemampanan

jangka panjang perniagaan

kita. Untuk mengekalkan

kepercayaan ini, semua

komunikasi luaran kita, sama

ada dalam kapasiti rasmi atau

tidak rasmi, mestilah tepat,

wajar, dan tidak mengelirukan.

Kita mempraktikkan amalan

yang sama dalam komunikasi

dalaman dan rekod kita.

Penyata kewangan kita adalah tepat dan boleh difahami. Pelabur membuat keputusan berdasarkan pernyataan yang kita sampaikan. Penyata kewangan kita dan maklumat kewangan lain yang kita kongsi dengan pengawal selia dan orang awam mestilah memberikan gambaran perniagaan kita yang boleh difahami dan lengkap. Dapatkan nasihat daripada pejabat perhubungan pelabur kita sebelum memberikan maklumat kewangan dan perniagaan bukan awam kepada anggota komuniti pelaburan.

Kita mendedahkan sokongan kita. Kita telus mengenai peranan kita dalam membangunkan bahan yang boleh mempengaruhi keputusan polisi yang penting untuk syarikat. Ini termasuk hasil kerja yang kita telah biayai mengenai implikasi kesihatan produk kita, dan juga apabila pihak ketiga menyampaikan data atau pandangan bagi pihak kita, yang telah kita biayai, untuk digunakan sebagai rujukan bagi keputusan polisi. Sekiranya pengetahuan tentang sokongan kewangan kita atau penglibatan kita dalam sesuatu projek atau hubungan kita dengan seseorang boleh menjadi faktor utama bagi sesuatu pihak untuk membuat keputusan tentang topik yang penting bagi syarikat, kita seharusnya mendedahkannya.

Kita mengekalkan ketepatan buku dan rekod. Ketepatan di dalam buku dan rekod bukanlah hanya terhad kepada penyata kewangan kita. Pelaporan sebarang maklumat perniagaan oleh pekerja dan syarikat mestilah tepat, lengkap dan bertepatan dengan masanya.

Kekalkan rekod yang diperlukan oleh undang-undang dan syarikat. Semua syarikat sekutu mempunyai jadual pengekalan yang menyatakan jenis dokumen yang perlu disimpan dan tempoh penyimpanannya. Jadual ini memastikan bahawa perniagaan mempunyai maklumat yang diperlukan untuk beroperasi dan kita memenuhi keperluan pengawalseliaan. Jika anda menerima Notis Pegangan Undang-undang, anda mesti mengikut arahannya dan mengekalkan semua dokumen yang dinyatakannya.

Kita mencerminkan nilai-nilai PMI. Hanya segelintir daripada kita yang telah dilatih dan diberi kuasa untuk membuat pernyataan kepada pihak media, pelabur, kerajaan atau badan saintifik; namun kita semua berinteraksi dengan masyarakat umum. Ingat, kita berkomunikasi dengan telus dan kita tidak membuat dakwaan kesihatan berkaitan produk tanpa bukti saintifik, walaupun kepada keluarga dan rakan-rakan.

Prinsip yang sama diguna pakai dalam cara kita berkomunikasi dalam organisasi. Anda harus jujur, tepat dan lengkap dalam komunikasi harian anda. Ambil masa yang secukupnya untuk membolehkan anda difahami. Jangan kelirukan fakta dengan pandangan. Sekiranya anda perlu membuat hipotesis mengenai sesuatu topik, jelaskan bahawa itulah apa yang anda sedang lakukan. Melainkan jika ia adalah tugas anda, jangan lakukan penilaian undang-undang atau memberi pandangan undang-undang dalam penulisan anda.

Penggunaan media sosial yang anda anggap peribadi tidak selalunya sulit. Jangan gunakan media sosial peribadi anda untuk mengiklankan atau mempromosikan jenama konvensional atau jenama bebas asap kami. Ikuti garis panduan syarikat bagi penggunaan media sosial. Ketahui bahawa apa yang anda perkatakan melalui media sosial ialah komunikasi umum dan mungkin disalah faham sebagai pernyataan daripada pihak syarikat dan bukannya pandangan peribadi anda, malah ia mungkin akan mendedahkan maklumat sulit syarikat. Kita tidak boleh mengelirukan orang awam atau melanggar undang-undang pelaburan dan kerahsiaan.

Apa yang Kita Lakukan

Page 24: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

INTEGRITI SAINTIFIK

Page 25: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

23

INTEGRITI SAINTIFIK

Integriti saintifik

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita menjalankan kajian sains

yang boleh dinilai dan dipercayai

orang ramai.

Penyelidikan kita bertujuan untuk

memahami produk kita dengan

lebih mendalam. Perkara ini adalah

benar dalam seluruh kerja-kerja

saintifik kita yang dilakukan oleh

kakitangan kita demi kebaikan kita

sendiri. Fokus bahagian ini adalah

tentang produk bebas asap kita,

namun semua kerja saintifik kita

mestilah teliti, telus dan objektif.

Kebolehpercayaan sains kita

menjadi asas terhadap penerimaan

produk kita oleh umum. Kita perlu

menyedari bahawa sekiranya kita

tidak mematuhi amalan yang terbaik

atau tidak mengendahkan nilai-nilai

integriti saintifik, kita tidak akan

berjaya.

Kita membangunkan produk bebas asap dengan menggunakan kaedah saintifik objektif pelbagai disiplin. Kita hendaklah mematuhi standard yang berkenaan serta prinsip-prinsip Amalan Makmal yang Baik dan Amalan Klinikal yang Baik dalam reka bentuk kajian, pentafsiran, data dan penilaian kawal selia. Kita menerajui pembangunan sesuatu kaedah baharu sekiranya ia masih belum tersedia. Kita memanfaatkan kepakaran para saintis kita dalam pelbagai disiplin bagi memenuhi atau menjangkaui keperluan pihak berkuasa kawal selia yang ketat.

Kawalan kualiti kita dan proses-proses yang lain memastikan agar data yang kita peroleh sentiasa tepat dan boleh dipercayai. Kita mempunyai rangka kerja kualiti yang mantap dalam melaksanakan penyelidikan tentang produk bebas asap kita sepanjang fasa pembangunan, penilaian, dan tinjauan selepas pelancaran. Kita tidak menggunakan kaedah pintas dalam kerja-kerja saintifik kita. Kita memastikan bahawa hasil penyelidikan kita mudah dijejak dan boleh dapat kembali.

Kita menggalakkan pengesahan pihak luar tentang dapatan kita. Penyelidikan produk bebas asap kita diterbitkan dalam jurnal kajian semula rakan setara dan kita menyokong kesimpulan saintifik kita dengan berkongsi data saintifik kita dengan masyarakat umum. Kita bekerjasama secara aktif dengan penyelidik luar dan mengambil tindakan berdasarkan dapatan mereka.

Penyelidikan kita dijalankan tanpa tekanan untuk menjana keputusan yang tertentu. Kaedah kita bekerja menggalakkan kesemua saintis kita untuk bertindak secara bebas dan mengutarakan pendapat mereka tentang hal-hal saintifik. Setiap individu yang bekerja dalam sesuatu projek saintifik berkewajipan untuk menyuarakan sebarang salah laku saintifik yang mungkin berlaku.

Orang ramai membuat keputusan penting berdasarkan maklumat saintifik yang kita bekalkan. Patuhilah proses semakan dalaman kita yang sudah tersedia sebelum anda menyampaikan keputusan saintifik, menerbitkan penyataan syarikat, atau membuat dakwaan berorientasikan pengguna. Fahamilah fakta sains yang menjadi sandaran sebelum anda berkomunikasi tentang hal-hal saintifik.

Apa yang Kita Lakukan

PMI 7-C: Peraturan, Pembangunan dan Pengeluaran Produk PMI

PMIScience.com

keta

hui

sela

njut

nya

Page 26: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

FISKAL & PERDAGANGAN

Page 27: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

25

FISKAL & PERDAGANGAN

fiskal & perdaganganke

tahu

i se

lanj

utny

a

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita membantu menghalang penjualan haram produk kita dan penyalahgunaan sumber syarikat kita.

Sebilangan besar perokok di seluruh dunia lebih menyukai jenama kita berbanding jenama lain. Ini jelas merupakan suatu perkara yang baik, tetapi ia boleh menggalakkan penjenayah untuk memperdagangkan produk kita sebagai barang gelap (kontraban) yang melanggar undang-undang kastam atau cukai atau menggunakan syarikat kita untuk pengubahan wang haram. Standard PMI adalah jelas: Kita tidak akan membiarkan, mengabaikan, memudahkan, atau menyokong barang gelap (kontraban) atau pengubahan wang haram. Kita bekerja bersama dengan pihak kerajaan untuk menghentikan penjualan haram produk kita. Kebolehpercayaan kita dalam bidang ini bergantung pada keupayaan kita untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti atau amalan yang mungkin menjejaskan standard kita.

Kita mempunyai amalan perniagaan yang direka untuk mencegah eksploitasi jenayah. Pengubahan wang haram ialah satu proses apabila individu atau entiti cuba menyembunyikan sumber wang haram atau menjadikan sumber wang haram mereka kelihatan seperti wang yang sah di sisi undang-undang. PMI mematuhi undang-undang pencegahan pengubahan wang haram dengan menggunakan prosedur untuk mengelakkan penerimaan wang tunai atau setara tunai yang merupakan keuntungan daripada perbuatan jenayah. Untuk menghalang penjualan barang gelap (kontraban), syarikat sekutu kita memantau volum jualan pelanggan dan mengambil tindakan jika mereka mengesyaki pelencongan haram produk kita.

Kita menyaring bakal pelanggan, pembekal, dan pengilang pihak ketiga yang baharu. Kita hanya berurusan dengan mereka yang berkongsi standard pematuhan dan integriti kita. Jabatan Kawalan Dalaman mempunyai proses untuk mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku dengan rakan niaga. Kita memeriksa sekali lagi untuk memastikan bahawa kita tidak menjalankan perniagaan dengan negara, rejim, organisasi atau individu yang dikenakan sekatan perdagangan yang mesti kita patuhi. Penyaringan ini mesti berlaku sebelum hubungan perniagaan baru dijalin.

Kita mematuhi sekatan antiboikot. Di bawah undang-undang A.S., PMI dikehendaki mengemukakan laporan kepada Kerajaan A.S., dan tidak bekerjasama dengan, sebarang permintaan berkaitan boikot asing yang bertentangan dengan polisi Kerajaan A.S. Pekerja tidak boleh mengambil sebarang tindakan, memberi sebarang maklumat atau membuat sebarang pengisytiharan yang boleh dianggap sebagai satu penyertaan dalam boikot asing yang haram. Maklumat semasa mengenai boikot antarabangsa yang dilarang boleh didapati daripada Jabatan Undang-undang.

Mengenali Pelanggan Anda dan standard fiskal dan perdagangan lain membantu anda melakukan kerja anda dengan lebih cepat dan menghindarkan kita daripada menghadapi masalah. Amalan syarikat untuk memeriksa pelanggan dan pihak ketiga lain mungkin dianggap remeh, rumit dan tidak cekap serta mengambil masa, tetapi ia membantu perniagaan kita beroperasi dengan lebih efisien dan berlandaskan undang-undang. A.S. dan negara lain mengenakan sekatan ke atas urusan dengan beberapa buah negara dan ribuan individu, dan senarai ini berubah setiap hari. Sistem kita membantu kita mengelakkan pelanggaran dan pengumpulan maklumat yang kita perlukan untuk memberi maklum balas kepada permintaan kerajaan.

Apa yang Kita Lakukan

PMI 9-C: Kenali Pembekal Anda

PMI 10-C: Kenali Pelanggan Anda dan Elakkan Pelencongan

PMI 11-C: Bentuk-bentuk Pembayaran yang Dibenarkan

PMI 15-C: Percukaian

Page 28: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

KONFLIK KEPENTINGAN & HADIAH & HIBURAN

Page 29: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

27

KONFLIK KEPENTINGAN & HADIAH & HIBURAN

Konflik kepentingan & hadiah & hiburanke

tahu

i se

lanj

utny

a

Bagaimana Kita MelakukannyaKita membuat keputusan yang adil dan objektif.

Konflik kepentingan berlaku apabila aktiviti peribadi, sosial dan politik bertindih dengan tanggungjawab kerja pekerja. Kebanyakan konflik kepentingan melibatkan perhubungan peribadi, seperti mempunyai saudara terdekat yang bekerja dengan syarikat yang meminta untuk menjalankan perniagaan dengan PMI. Keputusan kerja kita hendaklah sentiasa berdasarkan kepentingan yang terbaik bagi PMI, bukan untuk diri kita. Timbulnya sesuatu konflik bukan semestinya suatu permasalahan. Keperluan konflik kepentingan kita menggalakkan kita untuk membuat keputusan yang adil di mana pendedahan adalah wajib, kajian semula, dan kemungkinan pengurangan konflik yang boleh menjejaskan keobjektifan profesional kita. Begitu juga, peraturan syarikat kita mengenai hadiah dan hiburan turut melarang kita daripada menerima atau menawarkan apa-apa yang boleh mempengaruhi pertimbangan profesional. Ini bermaksud bahawa kita boleh bergantung sesama kita untuk membuat keputusan yang baik, dan membina reputasi kita kerana menjalankan perniagaan secara jujur.

Dedahkan konflik kepentingan yang mungkin berlaku. Kehidupan peribadi anda adalah peribadi. Syarikat menghormati hakikat ini tetapi perlu mengetahui jika terdapat keadaan apabila kepentingan peribadi anda mungkin bertindih dengan tanggungjawab profesional anda. Anda mesti mendedahkan konflik kepentingan anda yang mungkin berlaku kepada Jabatan Etika & Pematuhan, walaupun anda fikir anda boleh menangani isu tersebut tanpa bantuan. Kebanyakan orang terlebih anggar keupayaan mereka sendiri untuk membuat keputusan objektif apabila berdepan dengan kepentingan peribadi yang bertentangan dengan kepentingan syarikat. Cara yang terbaik untuk menguji keobjektifan anda ialah dengan melibatkan orang lain, yang biasanya boleh mencari cara untuk mengurangkan konflik.

Jangan tawarkan hadiah atau hiburan untuk mengkompromikan pertimbangan profesional orang lain. Memberikan hadiah dan hiburan ialah cara yang sah untuk membina hubungan perniagaan dan menunjukkan penghargaan. Tetapi hadiah dan hiburan tidak sepatutnya digunakan untuk mempengaruhi keobjektifan individu yang berurusan dengan anda. Butirannya ada dinyatakan dalam peraturan hadiah kita. Sentiasa gunakan pertimbangan baik anda dan elakkan apa-apa yang mewah dan mahal atau yang bukan kebiasaan atau yang akan memalukan rakan sekerja atau syarikat anda. Jangan turut serta dalam sebarang hiburan yang tidak senonoh atau berorientasikan seks. Secara umumnya, anda memerlukan kelulusan untuk memberikan hadiah yang berjumlah lebih daripada US $250 dalam satu tahun kalendar; syarikat sekutu bagaimanapun boleh menetapkan nilai yang lebih rendah.

Jangan terima hadiah atau hiburan yang boleh mempengaruhi keobjektifan profesional anda. Jangan terima apa-apa yang boleh melanggar peraturan hadiah syarikat atau yang akan memalukan rakan sekerja atau syarikat anda. Anda memerlukan kelulusan untuk menerima hadiah atau hiburan yang melebihi nilai tertentu dalam satu tahun kalendar, jadi pastikan anda menyemak amalan atau had tempatan PMI yang berkenaan.

Apa yang Kita Lakukan Apa yang Kita Perlu IngatProses untuk mendedahkan konflik kepentingan adalah mudah, sulit, dan adil. Syarikat menyediakan alat yang mudah untuk pekerja mendedahkan konflik kepentingan. Sebenarnya, kebanyakan potensi konflik dapat diselesaikan dan dibenarkan, dengan syarat yang munasabah dikenakan kepada mereka yang terlibat. Hanya orang yang perlu tahu sahaja akan mengkaji semula pendedahan konflik kepentingan anda.

Siapakah saudara terdekat? “Saudara terdekat” ialah suami atau isteri, ibu bapa dan ibu bapa tiri; anak dan anak tiri; abang, kakak serta adik lelaki dan perempuan; abang, kakak serta adik lelaki dan perempuan tiri; anak saudara lelaki dan perempuan; nenek dan datuk; cucu; dan mertua serta ipar. Peraturan “saudara terdekat” juga merangkumi individu yang ada hubungan peribadi yang rapat dengan anda. Hubungi Jabatan Etika & Pematuhan untuk mendapatkan panduan jika anda tidak pasti sama ada seseorang itu ialah “saudara terdekat” atau tidak.

Jangan guna pakai peraturan berkaitan hadiah dalam situasi yang tidak melibatkan pemberian hadiah. Pastikan anda memahami maksud hadiah. Semasa berurusan dengan pembuat dasar dan pihak lain dalam konteks kerja kita dengan produk bebas asap, ada kalanya kita meninggalkan alat atau bahan isian semula dalam kuantiti terhad yang bukan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya bertujuan sebagai sumber pengetahuan atau ujian. Pastikan anda memahami peraturan berkaitan bahan-bahan yang ditinggalkan ini.

PMI 13-C: Konflik Kepentingan

PMI 14-C: Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan dan Rakan Niaga. Aktiviti Politik

Dedahkan Konflik KepentinganGunakan borang dalam talian kita atau hubungi Jabatan Etika & Pematuhan secara langsung. Melainkan jika anda fikir ini sesuatu yang harus kekal dirahsiakan, maklumkan kepada penyelia anda.

Page 30: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

TANGGUNGJAWAB RANTAIAN BEKALAN

Page 31: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

29

TANGGUNGJAWAB RANTAIAN BEKALAN

Tanggungjawab Rantaian Bekalanke

tahu

i se

lanj

utny

a

Bagaimana Kita Melakukannya Apa yang Kita Perlu IngatKita komited terhadap pertumbuhan jangka panjang.

Pencapaian pertumbuhan

jangka panjang bergantung pada

kemampanan rantaian bekalan

dalaman dan luaran kita. Kita sedang

mengurangkan kesan daripada

aktiviti kita terhadap persekitaran

dan menggalakkan kesinambungan

sumber asli yang menjadi

pergantungan kita.

Kita peka terhadap kebimbangan

berkaitan buruh kanak-kanak dan

buruh paksa dan sedang berusaha

untuk menanganinya. Tindakan-

tindakan ini mempertingkatkan hasil

perniagaan kita dan memperbaiki

kehidupan individu dalam komuniti

di tempat kita beroperasi.

Kita terus berusaha untuk mengurangkan jejak karbon kita. Kita mempunyai sasaran tahunan, lima tahun dan dua puluh tahun untuk mengurangkan jejak karbon rantaian bekalan kita. Inisiatif kita merangkumi kesinambungan pengeluaran pertanian, termasuk pembasmian hutan, penggunaan tenaga dan air, pengitaran semula dan pengeluaran CO2. Kita memaklumkan prestasi kita secara tahunan.

Kita sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan buruh kanak-kanak, buruh paksa dan isu penyalahgunaan tenaga manusia lain dalam rantaian bekalan kita. Kita tidak membenarkan amalan buruh kanak-kanak atau buruh paksa dan tidak mengambil pekerja kanak-kanak atau buruh paksa dalam syarikat kita. Kita bekerjasama dengan peladang dalam amalan pertanian yang baik untuk meningkatkan kesinambungan tanaman mereka. Kita menghendaki peladang untuk melaksanakan keperluan Tataamalan Buruh Pertanian. Program sumbangan amal kita membantu mewujudkan peluang untuk masyarakat luar bandar.

Kita mengharapkan agar pembekal kita akan melaksanakan Prinsip Pencarian Sumber yang Bertanggungjawab kita dengan cara yang tekun dan telus. Di PMI, kita komited untuk menjalankan perniagaan yang sejajar dengan prinsip-prinsip hak manusia, pengurusan alam sekitar, integriti perniagaan dan antirasuah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kita percaya bahawa usaha bersepadu dengan para pembekal untuk mewujudkan rantaian bekalan yang lebih mampan akan membuka lebih banyak peluang bagi menguatkan hubungan perniagaan kita dan mencipta nilai untuk syarikat-syarikat kita.

Kita bekerjasama dengan pembekal yang berkongsi komitmen kita terhadap pematuhan dan integriti. Pihak yang kita pilih untuk bekerja dalam rantaian bekalan kita dan cara rakan niaga dan pembekal kita beroperasi boleh menjejaskan reputasi dan perniagaan kita. Jika anda memilih pembekal baru atau sedang menilai semula pembekal sedia ada sekarang, pastikan mereka memahami prinsip kita dan berwaspada terhadap apa-apa yang boleh menjejaskan standard kita.

Apa yang Kita Lakukan

Kod Tata Amalan Buruh Pertanian PMI

PMI 8-C: Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan

PMI 12-C: Sumbangan Amal

Prinsip Pencarian Sumber yang Bertanggungjawab PMI

Page 32: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

Tanggungjawab Penyelia

Page 33: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

31

Tanggungjawab Penyelia

Tanggungjawab penyelia

Budaya organisasi kita mempengaruhi tindakan kita.

Banyak faktor yang membina budaya korporat. Sebagai contoh, cara kita bekerja bersama-sama sebagai satu kumpulan, reputasi kita sebagai syarikat yang jujur, keadilan organisasi, sikap hormat yang kita perlihatkan sesama sendiri dan juga kepada pengguna, tanggapan polisi korporat, tekanan persaingan dan khabar angin, kesemuanya menyumbang, sama ada secara baik atau buruk kepada budaya korporat kita. Mereka yang diamanahkan oleh syarikat untuk menyelia orang lain mempunyai tanggungjawab khas untuk membentuk budaya korporat kita dan persekitaran kerja kumpulan mereka.

Semua penyelia

mesti memastikan

bahawa pasukan

mereka:

Ketahui dan fahami Buku Panduan ini dan Prinsip & Amalan PMI yang berkaitan dengan kerja mereka.

Fahami bahawa Buku Panduan ini dan Prinsip & Amalan PMI perlu diguna pakai dengan adil dan konsisten.

Jangan teragak-agak untuk tampil bersuara mengenai isu Etika & Pematuhan dan jangkakan syarikat akan mendengar kekhuatiran mereka.

Pastikan kita menjalankan perniagaan dengan integriti, mempamerkan kejujuran, keadilan, dan rasa hormat.

Memelihara dan mengekalkan budaya yang betul adalah lebih sukar daripada hanya meminta pekerja untuk mengikut peraturan. Lebih penting, ia memerlukan kepimpinan yang tulen. Tunjukkan maksud bertindak dengan integriti. Dapatkan kepercayaan kumpulan anda dengan perbualan mengenai topik dalam Buku Panduan ini. Tanya soalan, dengar,dan bertindak berdasarkan perkara yang diajukan oleh mereka.

Tugas menyelia orang lain memerlukan keberanian. Ketekalan dan kebolehpercayaan perlu seiringan. Ingatlah bahawa tugas pemimpin bukan sekadar untuk menggembirakan pihak majoriti atau memenuhi keinginan ahli pasukan yang sukar dipuaskan; ia sebenarnya mencipta teladan yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain, mewujudkan keharmonian dan kata sepakat, dan memberi cabaran yang membina.

Jika seseorang tampil bersuara mengenai salah laku yang disyaki, ingatlah bahawa mereka memenuhi kewajipan mereka sebagai pekerja dan mereka hendaklah dilayan dengan penuh hormat. Sila jangan buat siasatan sendiri. Hubungi dengan segera Jabatan Etika & Pematuhan mengenai perkara tersebut supaya syarikat boleh menangani isu itu secara objektif.

Kepercayaan menuntut usaha dan sikap saling mempercayai di antara kedua-dua pihak. Jika anda rasa penyelia anda sepatutnya berusaha dengan lebih gigih untuk membina budaya etika dan pematuhan kita, anda hendaklah memberitahu mereka atau pihak lain dalam syarikat.

Page 34: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

KETERTERAPAN DAN PENEPIAN

Buku Panduan ini mengandungi peruntukan mandatori yang diguna pakai untuk semua pekerja, pegawai dan pengarah PMI dan kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan bagi pihak kita. Pelanggaran Buku Panduan ini atau Prinsip & Amalan Pematuhan mungkin dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan.

Penepian bagi mana-mana peruntukan di dalam Buku Panduan ini tidak boleh dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Buku Panduan ini dikuatkuasakan ke atas Philip Morris International Inc. dan anak syarikat langsung dan tidak langsungnya, secara keseluruhannya dirujuk sebagai Philip Morris International, PMI, atau syarikat.

© Philip Morris International Management SA

Page 35: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI
Page 36: BUKU PANUAN untuk KEJAYAAN - PMI

10/17.1 - MY EX