buku panduan pengurusan pelajar baru...

6
KITTIS BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN SELANGOR (KITTIS) Disediakan Oleh URUSETIA SAMBUTAN PELAJAR BARU DAN TEMU MESRA IBUBAPA KITTIS 2017

Upload: phamdiep

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

KITTIS

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI

TAHFIZ TUNAS

ILMUWAN SELANGOR

(KITTIS)

Disediakan Oleh URUSETIA SAMBUTAN PELAJAR BARU DAN TEMU MESRA IBUBAPA KITTIS 2017

Page 2: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

2

1. PENGENALAN KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN SELANGOR atau ringkasnya KITTIS, Sabak Bernam, Selangor telah dirasmikan penubuhannya oleh Yang Berhormat Puan Dr. Hajah Halimah binti Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada 5 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434.

KITTIS merupakan sebuah sekolah peringkat menengah di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. KITTIS mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.

Sistem pengajian di KITTIS merangkumi tiga kurikulum yang utama iaitu Kurikulum Tahfiz Al-Quran, Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Kurikulum Al-Azhari) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pelajaran Malaysia.

KITTIS mengambil pelajar sulung seramai 22 orang pelajar lelaki pada tahun 2012. Penubuhan KITTIS pada peringkat awal terletak di Kampung Delek, Klang. Kemudian pada awal tahun 2013, berpindah ke tapak sekolah sekarang yang lebih lengkap di Kampung Panchang Bedena, Sabak Bernam, Selangor. KITTIS merupakan maahad tahfiz integrasi peringkat menengah yang pertama di bawah seliaan YAPIS.

2. MAKLUMAT PERHUBUNGAN KITTIS

KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ILMUWAN SELANGOR (KITTIS) Lot 10318, Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor. No. Tel : 03-32244635 No. Faks : 03-32245635 Page fb : www.facebook.com/KITTIS.SB Laman web : http:www.kittis.edu.my Email : [email protected]

3. SYARAT TAWARAN

3.1 Tawaran ini dengan sendirinya terbatal sekiranya pelajar tidak memenuhi syarat-syarat berikut :

a) Bumiputera warganegara Malaysia.

b) Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan serta tidak menghidap penyakit

jantung, batuk kering dan penyakit lain yang berjangkit serta berbahaya.

c) Lampiran Kittis/SIHAT yang disertakan mestilah diserahkan kepada doktor bagi tujuan membuat pemeriksaan kesihatan.

Page 3: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

3

d) Lampiran Kittis/SIHAT hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri di KITTIS.

e) Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ini adalah tanggungan sendiri.

3.2 Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang daripada mengambil bahagian dalam

permainan olahraga, pasukan beruniform dan berupaya ulang-alik ke bangunan asrama serta boleh datang ke sekolah tanpa bantuan orang lain tanpa bertongkat atau berkerusi roda.

3.3 Nama pelajar yang ditawarkan pengajian di KITTIS adalah muktamad dan TIDAK BOLEH

ditukar dengan orang lain.

3.4 Sebarang permohonan untuk menangguhkan pendaftaran ke KITTIS pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran tidak dapat dipertimbangkan.

4. PERSIAPAN KE KITTIS

4.1 Sila isi dan sempurnakan borang berikut ;

BIL PERKARA KOD BORANG

1. Surat Pengakuan Penerimaan (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

2. Maklumat Peribadi Pelajar (update semasa daftar) Borang Online

3. Borang Permohonan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Kittis/SIHAT

4. Keizinan Pembedahan Kittis/BEDAH

5. Keizinan Rawatan dan Pembedahan Gigi Kittis/GIGI

6. Borang Kebenaran Menyertai Aktiviti Kittis/AKTIVITI

7. Perjanjian Tinggal Di Asrama Kittis/ASRAMA

8. Borang Jaminan Disiplin Kittis/DISIPLIN

9. Yuran Pendaftaran KITTIS Kittis/YURAN

10. Senarai Keperluan Pelajar Baru (L) KITTIS Kittis/KEPERLUAN (L)

11. Senarai Keperluan Pelajar Baru (P) KITTIS Kittis/KEPERLUAN (P)

CATATAN : SILA BAWA BERSAMA BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI SEMASA MENDAFTAR / MELAPOR DIRI.

4.2 Sila bawa bersama dokumen sokongan berikut :-

Page 4: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

4

4.2.1 Empat (4) salinan Keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan benar. 4.2.2 Empat (4) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan benar. 4.2.3 Empat (4) salinan Surat Beranak yang telah disahkan benar. 4.2.4 Lapan (4) Keping Gambar berukuran passport TERKINI yang bertulis Nama dan

Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Surat Beranak pelajar di belakangnya. 4.2.5 Empat (4) Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa yang telah disahkan benar. 4.2.6 Penyata Gaji (bagi yang berjawatan) atau surat pengesahan pendapatan (jika

bekerja sendiri) IBU DAN BAPA pelajar daripada Ketua Kampung, Penghulu, Penggawa, Pegawai Kumpulan A atau Wakil Rakyat di tempat anda.

4.2.7 Dua (2) salinan Cukai Pintu yang telah disahkan benar. 4.2.8 Dua (2) salinan Bil Air dan Bil Elektrik terkini yang telah disahkan benar. 4.2.9 SLIP ASAL DAN SALINAN SLIP ASAL Bukti Pembayaran yang dibuat di Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB). 4.2.10 Surat Berhenti Sekolah daripada Sekolah sebelum ke KITTIS.

5. KUASA MEMBATALKAN TAWARAN

Syarat-syarat yang tertera di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS) berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberi sebarang sebab.

6. PAKAIAN DAN KEPERLUAN HARIAN

6.1 PAKAIAN SERAGAM KITTIS Semasa mendaftar pelajar BANIN perlu memakai JUBAH PUTIH dan BERKOPIAH PUTIH. Manakala PELAJAR BANAT perlu memakai JUBAH, TUDUNG DAN NIQAB BERWARNA HITAM. Pakaian SERAGAM KITTIS adalah jubah yang ditempah khas dan akan dibekalkan oleh Koperasi Huffaz KITTIS. 6.2 PAKAIAN RASMI KITTIS Pada hari-hari tertentu (upacara khas) dan waktu persekolahan, keluar dari kawasan sekolah, pergi balik dari kampung, semasa lawatan rasmi atau dengan arahan tertentu, pelajar dikehendaki memakai Pakaian Rasmi KITTIS masing-masing. Pakaian Rasmi KITTIS juga akan dibekalkan oleh Koperasi Huffaz KITTIS. 6.3 PAKAIAN HARIAN Pada masa-masa dan tempat-tempat lain di dalam kawasan KITTIS pula seperti di asrama, kelas persediaan atau perpustakaan (di luar waktu persekolahan) pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai atau pakaian yang ditetapkan oleh KITTIS. Pakaian yang menjolok mata dan memakai barang-barang kemas atau barang-barang lain yang berharga tidak dibenarkan sama sekali.

Page 5: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

5

7. KEPERLUAN HARIAN Pelajar dikehendaki membawa barang-barang keperluan harian yang lain untuk kegunaan di KITTIS . Barang-barang keperluan adalah sebagaimana di lampiran Kittis/KEPERLUAN.

8. PEMBAYARAN YURAN

8.1 YURAN PENDAFTARAN

Ibu/Bapa/Penjaga pelajar adalah dikehendaki membuat pembayaran (Bank-in) SEBELUM menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Baru dan Temu Mesra Ibubapa 2016 iaitu pada 15 Januari 2017. Pembayaran juga boleh dibuat melalui CEK pada hari pendaftaran atas nama KITTIS (SABAK BERNAM) SDN BHD. Maklumat pembayaran bank adalah seperti berikut :

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Nama Akaun Bank : KITTIS (Sabak Bernam) SDN BHD No Akaun Bank : 120 100 100 910 62

8.2 BERHENTI DARI KITTIS

Sekiranya seorang pelajar telah mendaftar diri di KITTIS dan kemudiannya menarik diri atau berhenti dari KITTIS maka semua yuran yang telah dijelaskan tidak dikembalikan. ***Ibu bapa hendaklah mengemukakan surat makluman pemberhentian pelajar kepada pihak sekolah seminggu sebelum tarikh berhenti.

8.3 CARA MEMBUAT BAYARAN BULANAN

Bayaran boleh dibuat secara bank-in ataupun CEK atas nama KITTIS (SABAK BERNAM) SDN BHD selewatnya 07hb pada bulan semasa. Setelah pembayaran dibuat, lampirkan salinan pembayaran kepada pihak pentadbiran bagi proses kemaskini yuran pelajar melalui

E-mail: [email protected] ATAU Whatsapp: 011 – 1334 3294 Ibu bapa juga boleh semakan bayaran pelajar secara online di laman web kami http://kittis.edu.my/ (PAUTAN >> E-WARIS)

8.4 TINDAKAN KELEWATAN PEMBAYARAN

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap kelewatan pembayaran Yuran Pendaftaran dan Yuran Bulanan KITTIS . Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut ;

8.4.1 Pengetua KITTIS berhak menahan slip keputusan peperiksaan dan sijil peperiksaan pelajar yang didapati tidak menjelaskan Yuran Pendaftaran dan/atau Yuran Bulanan KITTIS yang ditetapkan. 8.4.2 Pengetua KITTIS berhak menggantung persekolahan pada semester berikutnya kepada pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan Yuran Pendaftaran dan/atau Yuran Bulanan pada semester terdahulu sehingga hutang tersebut dijelaskan

Page 6: BUKU PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BARU …kittis.edu.my/.../03-BUKU-PANDUAN-KEMASUKAN-PELAJAR-BARU-K… · PELAJAR BARU TAHUN 2017 KOLEJ INTEGRASI TAHFIZ TUNAS ... (Ikrar Pelajar) Kittis/IKRAR

6

9. PERATURAN DAN DISIPLIN

Semua pelajar dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh KITTIS sepanjang persekolah mereka. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya pelajar didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Peraturan dan undang-undang KITTIS yang telah lengkap akan diedarkan kepada bapa dan pelajar.

10. PROGRAM MULTAQA

Program Temu Mesra Pihak KITTIS dan Ibubapa (MULTAQA) akan diadakan dari semasa ke semasa sebagai wadah perkongsian matlamat, visi dan misi serta penggemblengan usaha secara bersama. Justeru SEMUA IBUBAPA DIWAJIBKAN MENGHADIRI program tersebut.

Disediakan oleh, Urusetia Sambutan Pelajar Baru dan Temu Mesra Ibubapa 2017, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS). Bertarikh : 19 Disember 2016.