buku panduan doa majlis rasmi

20
Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah www.SmartSufi.com 1 DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1) ب س م الر م ح ن الر ح ي م م ا م ل م د م ر ب ال م ع م ال م م ي, م و الص م ل ة م و الس م ل م م ع م ل م ىس ي د م ن م ام م د م و م ع م ل ى آل ه م و أم ص م ح اب ه أم م ج ع م ي ال ا م ن ان م و خ م او م ن م ب و ن اذ م ن م ل ر ف اغ م ه ل ال ا و ن م ام م ء م ن ي ذ ل ل ل اغ م ن ب و ل ق ل م ع م م م و ان م ا اب م ن و ق م ب م س م ن ي ذ م ي ح م ر ف و ء م ر م ك اإن م ن ب م را رحيم يا رحن ي ياSesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba- hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami . ا عليم ي ياSesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. كرامل وال ذا ا ياKurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. م ا ل ل ه م اج م ع ل م ج م ع م ن م اه م ذ م اج ع م ام ر ح و م م ا،و م ت م ف ر م ق م م ن ام ن م ب ع د ه م ت م ف ر قا م م ع ص و م ا، م و م م م ع ل ل ال ه م ف ي م ن م او م م م م ع م ن م او م م م ن م ي ت م ب ع م ن م اش ق ي م او م م م ط ر و د م او م م م ر و م ا. م ر ب م ن ا م ء ات م ن ا الد ن م ي م اح م س م ن ة م و خ ا م ر ة م ح م س م ن ة م و ق م ن م اع م ذ م اب الن ار م و م ص ل ى م ع م ل م ىم م د م و م ع م ل ى م ء ال ه م و م ص ح ب ه م و م س ل م م، م و م ال م د م ر ب م الع م ال م م ي

Upload: mohd-abdul-nasir

Post on 20-Jul-2015

112 views

Category:

Career


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

مالر للا م س ب م ي ح الر ن ح

مم المعمال ب رملل د م ل مام مأمه اب حمص أمومه ىآل لمعمومد م ام منمد ي ىسملمعمم لمالس ومة لمالص وم ,ي مع ج ي ومان نماال االل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ل ل ذ ي نمءماممن و ومالمتم عمل ف ق ل و ب نماغ ل ي مان ذ ي نمسمب مق و نماب اإل

ي م رمء و فرمح رمب نماإن كم

ياللايارحنيارحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah

kepada kami .

ياللاياعليم

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai

hambaMu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada

kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta

mengamalkannya.

ياذااجلللواالكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu

mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

،م و ص ع ممقا ر فمت مه د ع ب من ام نم مقمر فمت ما،ومم و ح ر اممع اجم ذماهمنمعمجم ل عماج م ه لل ام ا

شمنمع ب مت ي من ممالماومنمعمممالماومنمي ف م ه الل ل عمتم الموم .ام و ر مم الماومد و ر ط ممالماوميق ا

نمات ءمانمب رم وم ةنمسماحميمن الد اف ارالن ابمذماعمنمق ومة نمسمحمة رماخأخ ف

،ممل سمومه ب ح صمومه ال ءمىلمعمومد م ىم ملمعمىللا ل صموم

مم المالعمب رملل د م ال موم ي

Page 2: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

م ال عمالمم ي مم ,امل مم د لل رمب حماب ه أمج مع ي ومالس لمم عملمىسمي د نمام مم د ومعملمىآل ه ومأمص الص لمة

وم ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل المتم عمل ف ق ل و ب نماالل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala rahmat yang

Engkau kurniakan.

ياللايارحنيارحيم

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan

rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima

ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan menimba ilmu

pengetahuan serta permudahkanlah kami

untuk beramal dengan penuh keikhlasan

ياذااجلللواالكرام

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan

istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat

limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah

keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

ممع ص ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن ،املل ه م اج و م امم ر و م ا ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل .ومالم

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

عملمىم مم د ومعم ب ه ومسمل مم،ومصمل ىللا لمىءمال ه ومصمح م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 3: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

3

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

مم المالعمب رملل د م ل مام ومالس لمم عملمىسمي د نمام مم د وم ,ي مىآل ه ومعملمالص لمة حماب ه أمج مع ي ومأمص

ومالمتم عمل ف ق ل و ب نما ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل

اللهمانتالعزيزاجلليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهميارافعالدرجاتوياقاضيالاجات

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki

peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah

kekuasaan dan kehendakMu jua.

Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu.

Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala

urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.

ياللايارحنيارحيم

Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang

mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa

kepada bangsa dan negara.

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج ي مت ب م الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل مم ر و م اومالم ممط ر و د اومالم شمق ياومالم .ع نما

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 4: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

4

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

م ال عمالمم ي مم ,امل مم د لل رمب حماب ه أمج مع ي ومالس لمم عملمىسمي د نمام مم د ومعملمىآل ه ومأمص الص لمة

ياللايارحنيارحيم

Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau

menerangi bumi dengan cahaya Matahari selama-lamanya

ياللاياحكيمياحليم

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami,

maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan kami melupainya.

ياللاياغفار

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan

seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan

hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

ياللايارحنيارحيم

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami

nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami

Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon

keampunanMu Ya Ghaffar,

ئ تم ش تم عمل ال ز نمإ ن ومأمن تم مماجمعمل تمه سمه ل لمإ ال سمه سمه ل الل ه م المالن ار رمة حمسمنمة ومق نماعمذمابم فاآلخ فالد ن يماحمسمنمة وم رمب نماآت نما

وصلىللاعلىسيدناممدوعلىآلهوصحبهأجعي

ومال م ال عمالم م ي لل رمب د م

Page 5: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

5

DOA SEMPENA MESYUARAT

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

مامل مم العمالمم ي ومالس لمم ,د لل رمب الص لمة مم عملمىومالعماق بمةل ل م ت ق ي مسمي د نمام مم د حماب ه أمج مع ي ومعملمىآل ه ومأمص

ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ

تم عمل ي مومالم رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل ف ق ل و ب نما

زيزاجلليلعاللهمانتال Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian

terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهمياحكيمياعظيمSesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan,

komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun

membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-

pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami.

Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

اللهمياعليمياخبريJadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan

bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah

apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki

yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala

kebaikan di dunia dan di akhirat.

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج

مم ر و م ا ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل .ومالم

فالد الن ار رمب نماآت نما رمة حمسمنمة ومق نماعمذمابم فاآلخ ن يماحمسمنمة وم

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا

م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 6: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

6

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

مامل مم د لل العمالمم ي ومالس لمم وم,رمب م عملمىسمي د نمام مم د ومعملمىآل ه الص لمة حماب ه أمج مع ي ومأمص

ومالمتم عمل ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ

ي مف ق ل و ب نماغ لل ل ذ ي رمء و فرمح ارمب نماإن كم نمءماممن و

ياللاياكرميSesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan

menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi

sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

ياللايامنزلالربكةBerkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang

disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya

di dunia mahupun di akhirat.

يارحنيارحيمياربالعلميPerbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,

jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang

timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini.

واالكرامياحيياقيومياذااجللل Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah

diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami

dengan kesihatan yang sempurna.

عمل جم عمنماهمذماجم ،املل ه م اج ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن

مم ر و م ا ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل .ومالم

رمة حمسمنم فاآلخ فالد ن يماحمسمنمة وم الن اررمب نماآت نما عمذمابم ة ومق نما

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا

م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 7: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

7

DOA SEMPENA HARI GURU

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

م العمالمم ي ومالس لمم ومالعماق بمةل ل م ,امل مم د لل رمب الص لمة مم ت ق ي

م عملمىسمي د نمام مم د ومعملمىآل ه حماب ه أمج مع ي ومأمص

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah

(Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Tema Hari Guru)

يريدفعالملاياللاياعزيزياستار

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang

ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh

aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan

keredhaanMu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan

pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah

kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang

tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang

pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini

khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.

ارهوراليلوالنكيااللايام

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya

Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru

kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa

mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,

bangsa dan Negara yang tercinta .

Page 8: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

8

عمل جم عمنماهمذماجم ع ا ،املل ه م اج ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا ممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن

مم ر و م ا ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل .ومالم

رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة الن ار رمب نماءمات نماف ومق نماعمذمابم

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا

م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 9: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

9

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

د مامل مم العمالمم ي م,لل رمب ومالس لمم عملمىومومالعماق بمةل ل م ت ق ي الص لمة م حماب ه أمج مع ي ومعملمىآل ه ومأمص سمي د نمام مم د

وم ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ق ل و ب نماالمتم عمل ف ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل

كر ياودودميياللايا

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk

mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (Nama Sekolah)

ياللايافعالملايريد

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini

mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka

di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu

agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai,

samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi

kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

ياللاياغىنياحيد

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam

erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka

dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami

memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain,

supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

Page 10: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

10

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 11: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

11

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

ومالس لمم الص لمة ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ال حمم د لل الذ ي م أج ممع ي حمابه مومعملمىءمأل ه ومأص عملمىرمس و ل نمااخأم ي

ومان نماال ذ ومالمتم عمل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ي مان ي نمسمب مق و نماب اإل ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل ف ق ل و ب نما

Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup dengan keredhaanMu.

Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah

penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan

kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan.

كر ياودودميياللايا

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini

anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik

mahupun keperibadian.

يارحنيارحيمياربالعلمي

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami

nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

ياللاانتالغىنوحننالفقراء

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah

diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

، م ا ممع ص و ت مفمر قا ب مع د ه ن ت مفمر قم منمام م ا،وم ممر ح و اجم ع ا ذم جم عمنماهم عمل املل ه م اج د اومالم ق ياومالمممط ر و ي مت ب مع نماشم الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن م اومالمتم عمل .مم ر و

الن ار ابم ذم ق نماعم نمة وم سم حم رمة فاآلخ نمة وم سم فالد ن يماحم رمب نماآت نما

، ل مم سم وم ب ه عملمىءمال ه ومصمح عملمىم مم د وم صمل ىللا ومم ي العمالمم رمب د لل ومال مم

Page 12: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

12

DOA SEMPENA HARI SUKAN

للا ا ي م ب س م لر ح من الر ح

ومالس لمم الص لمة ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ال حمم د لل الذ ي

م أج ممع ي حمابه مومعملمىءمأل ه ومأص عملمىرمس و ل نمااخأم ي ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نما ي مان الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ومالمتم عمل ف ق ل و ب نما ب اإل

ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل

ياللايارحنيارحيم

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan

firmanMu yang mulia :

م ات ممموميمياممم ومكي س ن ق ل إ ن صملمت وم العمالمم ي لل رمب

Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu ya Allah”.

ياللايامهيمنياعزيزياجبار

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan

bahaya.

للاياحىياقيوميا

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan

sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

كاشفالغم ياللايافارجاهلموياBerkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah

ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek

akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia dan di akhirat .

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج

ممط ر و شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل مم ر و م اومالم .د اومالم

Page 13: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

13

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا

م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

م ومالس لمم عملمىرمس و ل نمااخأم ي الص لمة ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ال حمم د لل الذ ي

م أج ممع ي حمابه ومعملمىءمأل ه ومأص

Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu ,kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah

meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

ياللاياوهبيارزاق

Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha – usaha kami. Jadikan ia sebagai titik

permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Page 14: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

14

يارحنيارحيمياربالعلمي

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan .

ياحيياقيومياذااجلللواالكرام

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon

perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

ياللاياعزيزياستارفعالملايريد

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah

diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم،ومصمل ىللا عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

Page 15: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

15

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

ا ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ومالس لمم عملمىال حمم د لل الذ ي لص لمة م أج ممع ي حمابه مومعملمىءمأل ه ومأص رمس و ل نمااخأم ي

ومالمتم عمل ف ق ل و ب نما ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ارمب نما ل ل ذ ي نمءماممن و ي مغ ل رمء و فرمح إن كم

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

ياللايارؤفياودود

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim

, bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan .

Berkatilah usaha ini Ya Allah.

مليايارحنيارحيمياربالع

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau

hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah

kami ke jalan kebenaran .

ياحيياقيومياذااجلللواالكرام

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan

mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan .

كاشفالغم ياللايافارجاهلمويا

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan

menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang .

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج

Page 16: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

16

ي مت ب مع الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل مم ر و م اومالم ممط ر و د اومالم شمق ياومالم .نما

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

ىلمعمم لمالس وم ةلمالص ،مات حمال الص م ت تمه ت ممع ن ب ي الذ لل د م حمال مااخأم نمل و س رم حمأص ومه ل ءمأىلمعمومي مع ممأج ابه ي

ومالمتم عمل ف ق ل و ب نماالل ه م اغ ف ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ي م رمء و فرمح ارمب نماإن كم ل ل ذ ي نمءماممن و غ ل

ياللايارؤفالرحيم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan)

sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami

ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun

kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يارحنيارحيمياربالعلميياللا

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan

jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk

Page 17: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

17

meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan

muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

يامنزلالربكةوياكاشفالغم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah

diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

الن ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة ار رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

الص ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ومالس لمم عملمىال حمم د لل الذ ي لمة م أج ممع ي حمابه مومعملمىءمأل ه ومأص رمس و ل نمااخأم ي

ومالمتم عمل ف ق ل و ب نما ي مان ومان نماال ذ ي نمسمب مق و نماب اإل الل ه م اغ ف ر لمنماذ ن و ب منماومإل خ ارمب نماإن ل ل ذ ي نمءماممن و ي مغ ل رمء و فرمح كم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah

mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi

(Tahun Semasa) pada hari ini.

ياللاياحفيظياشافع

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan

menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai

sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan dan disiplin di sekolah ini .

Page 18: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

18

ياللايافالقالبوالنوى

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia

mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati,

samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

ياعزيزيالطيف

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah

diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج مم ر و م ا ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما الل ه م ف ي نماومالمممعمنماومالمممن تم عمل .ومالم

الن ار رمب ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا م العمالمم ي ومال مم د لل رمب

Page 19: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

19

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS / SEMINAR/BENGKEL

ي م للا الر ح من الر ح ب س م

ومالس لمم عملمى الص لمة ،م الص ال حمات ب ن ع ممت ه تمت م ال حمم د لل الذ ي م أج ممع ي حمابه مومعملمىءمأل ه ومأص رمس و ل نمااخأم ي

Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami

berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami

menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan

kursus/bengkel ini dengan jayanya .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian, Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut

namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan

yang sihat untuk menunaikan perintahMu.

لرحةويافاتحالربكةيامنزلا

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di

sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

جةياللاياقاضىالا

Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan

,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami

dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami

punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk

mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik

para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga

sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan

amal makruf dan nahi mungkar .

، ممع ص و م ا ب مع د ه ت مفمر قا عمل جم عمنماهمذماجم ع اممر ح و م ا،ومت مفمر قم منمام ن املل ه م اج

Page 20: Buku panduan doa majlis rasmi

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah

www.SmartSufi.com

20

الل ه م ف ي نم تم عمل مم ر و م اومالم ممط ر و د اومالم شمق ياومالم ي مت ب مع نما .اومالمممعمنماومالمممن

الن ار ومق نماعمذمابم رمة حمسمنمة اخأخ ومف الد ن يماحمسمنمة رمب نماءمات نماف

ب ه ومسمل مم، عملمىم مم د ومعملمىءمال ه ومصمح ومصمل ىللا

مومال م العمالمم ي م د لل رمب