buku panduan - division of research & innovation panduan(spd).doc · web viewcalon-calon bukan...

10
BUKU PANDUAN SKIM PASCA DOKTORAL PROGRAM HRD (S&T) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA (MOSTI)

Upload: phungnguyet

Post on 03-May-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

BUKU PANDUANSKIM PASCA DOKTORAL

PROGRAM HRD (S&T)KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN

INOVASI MALAYSIA(MOSTI)

Page 2: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

SKIM PASCA DOKTORALPROGRAM HRD (S&T), MOSTI

1. LATAR BELAKANG

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyedari bahawa penglibatan tenaga pakar dalam penyelidikan sangat diperlukan bagi menjalankan penyelidikan secara dedicated, berterusan dan sepenuh masa. Memandangkan bahawa bidang penyelidikan merupakan teras kepada kecemerlangan ilmiah sesebuah institusi/universiti, maka kerja-kerja penyelidikan tersebut mestilah digalak dan ditingkatkan dengan menarik pakar-pakar yang terlatih dalam bidang tersebut dengan tawaran serta insentif yang lebih menarik. Sehubungan dengan ini, pihak MOSTI telah mengaktifkan Skim Pasca Doktoral, MOSTI mulai 24 September 2001 yang telah dibekukan akibat kegawatan ekonomi pada tahun 1997.

2. TUJUANTujuan Skim Pasca Doktoral diadakan adalah untuk memberi peluang kepada saintis dan penyelidik menjalankan kerja penyelidikan secara sepenuh masa di institusi penyelidikan awam Malaysia. Calon-calon yang memohon terbahagi kepada tiga kategori:-

(i) Domestic Post Doctoral Research Fellowship(Pre-Service)Dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai ijazah Ph.D ATAU akan menerima ijazah Ph.D dalam tempoh 6 bulan dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan masih belum dilantik ke jawatan tetap

(ii) Domestic Post Doctoral Research Fellowship(In-Service)Dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai ijazah Ph.D ATAU akan menerima ijazah Ph.D dalam tempoh 6 bulan dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, telah dilantik ke jawatan tetap dan mendapat pelepasan cuti dari majikan

(iii) Post Doctoral Fellowship for Foreign ResearchersDibuka kepada bukan warganegara Malaysia yang mempunyai ijazah Ph.D ATAU aka menerima ijazah Ph.D dalam tempoh 6 bulan dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Page 3: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

3. KELAYAKAN MEMOHON(i) Calon-calon yang akan menerima ijazah Ph.D dalam tempoh 6

bulan dari tarikh permohonan perlu mengemukakan surat pengesahan dari penyelia Ph.D mereka

(ii) Calon-calon mestilah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik

(iii) Penyelia yang memohon calon pasca doktoral mestilah mempunyai geran penyelidikan

(iv) Calon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan Inggeris yang baik

(v)Calon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kelayakan Bahasa Inggeris seperti berikut:-

Test of English as a Foreign Language (TOEFL) – skor minimum 600 ATAU

International English Language Testing Services (IELTS) – skor keseluruhan minimum 6.5 dan skor minimum 6.0 bagi setiap komponen ujian

4. TEMPOH LANTIKANMinimum 12 bulan (boleh dilanjutkan mengikut prestasi dari tahun ke tahun), maksimum 36 bulan

5. KEMUDAHAN YANG DIBERIElaun Bulanan(i) Domestic Post Doctoral Research Fellowship (Pre-Service) dan

Post Doctoral Fellowship for Foreign Researchers- RM 2500 hingga RM 5000 (mengikut pengalaman calon)

(ii) Domestic Post Doctoral Research Fellowship (In-Service) - pegawai dalam perkhidmatan diluluskan cuti tanpa gaji

untuk bertugas sebagai felo penyelidikan sepenuh masa dan diberi elaun bulanan RM 2500 hingga RM 6000 (mengikut pengalaman dan kecemerlangan calon) ATAU

- pegawai dalam perkhidmatan diluluskan cuti untuk bertugas sebagai felo penyelidik di samping menjalankan tugas-tugas hakiki jawatan, bergaji penuh dan mendapat elaun bulanan RM 500 – RM 1500 (mengikut pengalaman dan kecemerlangan calon)

Pembiayaan ke luar Negara bagi tujuan pembentangan kertas kerja - rujuk Lampiran 1

6. BIDANG KEUTAMAAN

Page 4: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

Rekabentuk Industri Bahan Termaju Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mikroelektronik Bioteknologi Teknologi Pembuatan Termaju Pengawalan Pencemaran Industri dan Kejuruteraan Awam

Sekitar Aeroangkasa Tenaga Farmaseutikal Sains Kesihatan dan Perubatan Teknologi Berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2)

- Berasaskan SumberProduk Berasaskan KayuProduk Berasaskan Minyak Sawit (Makanan)Produk Berasaskan Minyak Sawit (Bukan Makanan)Produk Berasaskan Koko

- Berasaskan Pertanian dan Produk MakananIkan dan Produk IkanTernakan dan Produk TernakanBuah-buahan dan SayuranFlorikultur

7. PROSES PERMOHONAN- permohonan dibuka sepanjang tahun- tawaran dibuka oleh fakulti/universiti melalui iklan atau

jemputan- pihak urusetia universiti atau Jawatankuasa Pemilihan Peringkat

Universiti akan menjalankan proses pemilihan- pihak universiti akan menyediakan kertas kerja memperakukan

calon yang didapati sesuai dan mengemukakannya kepada MOSTI sebulan sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRD (S&T) MOSTI seperti berikut:-

- Hari Khamis terakhir bulan Januari- Hari Khamis terakhir bulan April- Hari Khamis terakhir bulan Jun- Hari Khamis terakhir bulan Ogos- Hari Khamis terakhir bulan Oktober

- bagi calon-calon yang diluluskan pembiayaannya oleh MOSTI, peruntukan pukal tahunan disalurkan kepada universiti untuk tujuan lantikan

- proses perlantikan calon diuruskan oleh pihak universiti

Page 5: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

8. KANDUNGAN PERJANJIAN- dokumen perjanjian ditandatangani antara calon dan pihak

universiti / MOSTI- mempunyai senarai tugas calon- pengagihan Intellectual Property Right (IPR) adalah mengikut

peraturan yang sedia ada di universiti- pihak MOSTI mempunyai hak membuat keputusan ke atas

perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembiayaan ke atas calon

- calon terikat kepada peraturan serta lain-lain syarat yang dikemukakan oleh pihak universiti

9. PENAMATAN PERLANTIKAN

Perlantikan boleh ditamatkan dengan perakuan Dekan/Pengarah Pusat di Universiti jika didapati calon tidak mematuhi syarat perlantikan atau tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan. Penamatan dibuat dengan memberi 3 bulan notis bertulis kepada calon dan salinan kepada MOSTI dan calon yang ingin menamatkan perkhidmatan juga perlu memberi 3 bulan notis bertulis kepada universiti dan salinan kepada MOSTI

10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB UNIVERSITI / INSTITUSI- menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilihan Peringkat

Universiti/Institusi- membuka satu akaun di Jabatan Bendahari Universiti bagi tujuan

pembiayaan calon post-doktoral- pengambilan calon post-doktoral dibuat mengikut keperluan

projek penyelidikan yang dijalankan (project-based) dan telah dikenalpasti mempunyai peruntukan geran R&D

- selepas menjalankan proses pemilihan, pihak universiti hendaklah mengemukakan satu kertas kerja memperakukan calon kepada MOSTI dengan butir-butir seperti berikut:-i. senarai ahli Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Universiti yang

menjalankan pemilihan tersebut serta tarikh pemilihan tersebut dibuat

ii. parakuan dari Jawatankuasa Pemillihan Peringkat Universiti iii. justifikasi dari Penyelia projek mengapa calon post doktoral

diperlukaniv. kelulusan bercuti untuk calon in-servicev. Borang Permohonan calon yang mempunyai senarai

penerbitan dan butir pengalaman / penyelidikan dalam bentuk CV, salinan kad pengenalan serta sijil-sijil yang berkaitan

vi. Cadangan elaun bulanan kepada calon serta jumlah peruntukan tahunan yang diperlukan

Page 6: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

- mengemukakan salinan surat tawaran dan dokumen perjanjian bagi calon yang telah dilantik untuk tujuan rekod kepada Urusetia Program HRD (S&T), MOSTI

- Pihak universiti hendaklah memohon kelulusan MOSTI atas perkara yang melibatkan pembiayaan calon di bawah program ini (contoh: lanjutan tempoh kontrak, permohonan menghadiri seminar pembentangan kertas kerja).

- Mengemukakan laporan kemajuan program dan laporan kewangan calon kepada MOSTI setiap tahun

- Memaklumkan kepada pihak MOSTI penamatan calon

Lampiran 1

Garis Panduan Pembiayaan Ke Luar Negara Untuk Post Doktoral Bagi Tujuan Seminar/ Pembentangan Kertas Kerja Di Bawah Program HRD (S&T), MOSTI

TujuanGaris panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memohon pembiayaan membentangkan kertas kerja di luar Negara di bawah Program Post Doktoral, MOSTI

Syarat permohonanPembiayaan untuk satu kali keluar Negara dalam tempoh keseluruhan kontrak

Tempoh pembiayaanTidak melebihi 30 hari

Perbelanjaan yang akan ditanggung oleh MOSTI Tambang pergi-balik untuk seorang – mengikut kelayakan bagi

pemohon In-service dan kelas ekonomi bagi pemohon pre-service

Yuran penyertaan (jika ada) Elaun pakaian panas, mengikut kelayakan Elaun sara hidup mengikut kadar negara berkenaan seperti yang

ditetapkan oleh JPA

Page 7: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

Cara memohonSemua permohonan mestilah melalui urusetia universiti dan mempunyai butir-butir berikut:-

Surat kelulusan dari Dekan/penyelia/Universiti Surat sokongan dari penyelia Justifikasi keperluan latihan yang dipohon serta faedah yang

akan diperolehi dari pembentangan/seminar yang akan dihadiri Laporan kemajuan penyelidikan yang diperakui oleh penyelia Surat persetujuan menerima pelajar ini dari pihak penganjur di

luar Negara Maklumat serta program latihan yang akan diikuti Kadar yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur di luar negara

(jika ada)

Sebarang pertanyaan dan permohonan yang lengkap boleh dikemukakan kepada:-

Urusetia Skim Pasca Doktoral

Page 8: BUKU PANDUAN - Division of Research & Innovation PANDUAN(SPD).doc · Web viewCalon-calon bukan warganegara Malaysia mestilah mempunyai kebolehan menulis dan berbahasa Malaysia dan

Program HRD (S&T)Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 1-7, Blok C5Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya

Tel: 03 8885 8000Faks: 03 8888 9070

Website: http://ehrd.mosti.gov.myEmail: ehrd.mosti.gov.my