malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 06122018 - khamis.pdf · penerbitan buku...

22
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1412-MQT0303 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status perkembangan pembinaan loji jana kuasa geothermal pertama untuk Malaysia yang terletak di Tawau. 2. PR-1412-MQT0309 Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa banyak komponen projek Pan Borneo Highway Sabah yang dikendalikan oleh golongan profesional tempatan. Adakah sumbangan mereka ini telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan projek tersebut. 3. PR-1412-MQT0310 Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah prosedur untuk memastikan kanak-kanak yang lahir di Malaysia yang tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat lahir boleh diberikan vaksin (vaccine) yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pembesaran sempurna kanak-kanak tersebut .

Upload: nguyentuyen

Post on 18-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

13

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1412-MQT0303

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan

status perkembangan pembinaan loji jana kuasa geothermal pertama untuk Malaysia yang terletak di Tawau.

2. PR-1412-MQT0309

Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan berapa banyak komponen projek Pan Borneo Highway Sabah yang dikendalikan oleh golongan profesional tempatan. Adakah sumbangan mereka ini telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan projek tersebut.

3. PR-1412-MQT0310

Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah prosedur untuk memastikan kanak-kanak yang lahir di Malaysia yang tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat lahir boleh diberikan vaksin (vaccine) yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pembesaran sempurna kanak-kanak tersebut .

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

48

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02471

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan Kerajaan Persekutuan dalam usaha

mengurangkan kebergantungan negara kita khasnya Sabah kepada tenaga buruh asing dalam jangka panjang. Dalam jangka pendek, adakah Kerajaan Persekutuan akan memberi kebenaran kepada buruh asing bagi memenuhi keperluan kekurangan pekerja berkemahiran rendah di seluruh Sabah.

2. PR-1412-L01965

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan setelah Kerajaan

membatalkan projek ECRL ke Pantai Timur dan HSR ke Singapura :-

(a) adakah GiatMARA akan meneruskan kursus latihan rel bersama UMP; dan

(b) adakah UniKL akan meneruskan Rail Institute yang telah diwujudkan.

3. PR-1412-L02045

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan untuk menjamin pusat-pusat pengajian maahad tahfiz di seluruh negara berdaftar dan terkawal dari segi keselamatan bangunan, pengajar dan terutamanya murid-murid.

AUM DR 6/12/2018 2

4. PR-1412-L02548

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status koridor ekonomi yang telah diwujudkan oleh pentadbiran yang lepas dan apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan pelaburan luar terus masuk dalam merancakkan pembangunan ekonomi koridor ini.

5. PR-1412-L02151

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil terhadap Amanah

Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.

6. PR-1412-L01745

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian meletakkan sebarang sasaran jumlah pemegang Master dan PhD yang ingin dicapai dalam tempoh beberapa tahun ; dan

(b) apakah usaha Kementerian ke arah menambahkan jumlah pemegang Master dan PhD dalam negara.

7. PR-1412-L01555

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap pemberhentian pekerja dalam masa sama masih lagi beroperasi di dalam syarikat lain.

8. PR-1412-L01883

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik pemberian wang

pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sehingga Jun 2018.

9. PR-1412-L01706

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan segera yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap projek 'waterfront' di Sungai Papar yang telah diluluskan peruntukannya sebanyak RM20 juta di bawah RMK-11 (JPS-Sabah) tetapi hanya berjaya disiapkan setakat 50 peratus pelaksanaannya.

3 AUM DR 6/12/2018

10. PR-1412-L02764

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan proaktif yang diambil oleh Kementerian dalam mengurangkan penggunaan kertas di IPT dan sekolah yang sekarang berada pada tahap yang tinggi hingga mengancam alam sekitar.

11. PR-1412-L02831

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan insentif yang diberikan kepada golongan guru di Malaysia terutamanya ketika mengikuti khusus atau urusan rasmi luar.

12. PR-1412-L01755

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines Bhd. setelah dana berjumlah RM6 bilion telah dilaburkan oleh Kerajaan.

13. PR-1412-L02638

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya, bagi memastikan prinsip ‘satu orang satu undi‘ akan dilaksanakan seperti yang dijanjikan. Jika ya, bilakah persempadanan semula akan diadakan dan adakah Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk tujuan ini.

14. PR-1412-L01685

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memetik kenyataan Menteri pada 20 September yang lepas, sebanyak 0.2 peratus harga barangan menurun disebabkan SST berbanding harga sewaktu pelaksanaan GST, berdasarkan kenyataan tersebut, nyatakan jenis barangan yang memberi kesan kepada penurunan kos sara hidup rakyat.

15. PR-1412-L01927

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah

perkembangan usaha Kementerian bagi mengkaji dan menyemak semula projek perumahan yang terbengkalai dan mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan kira-kira 350 projek terbengkalai di seluruh negara.

AUM DR 6/12/2018 4

16. PR-1412-L02054

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan penerbitan buku terjemahan ke Bahasa Malaysia dan adakah Kerajaan menyedari pihak penerbitan buku terjemahan kekurangan dana untuk melakukan terjemahan bahan bacaan akademik dan bacaan berkualiti dan bagi tujuan terjemahan berapakah peruntukan telah dibelanjakan sejak 2013 hingga 2018.

17. PR-1412-L02511

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cadangan pihak Kementerian untuk

mengelakkan pertindihan kuasa antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dalam menguatkuasa dan mentadbir akta Dadah Berbahaya.

18. PR-1412-L02311

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini Jambatan Pasir

Kelang yang mana pada sidang lepas Menteri menyatakan projek ini ditangguhkan dan apakah faktor-faktor penangguhan itu dan sehingga bilakah penangguhan tersebut.

19. PR-1412-L02364

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengawal kebanjiran pekerja tanpa izin, sekaligus memastikan bahawa terdapat pekerja yang mencukupi bagi negara.

20. PR-1412-L02051

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan projek KETARA 2 dan adakah Kementerian bercadang untuk memasukkan seluruh kawasan penanaman padi di Kawasan Setiu dalam projek KETARA 2 dan apakah perancangan Kementerian dalam membangunkan kawasan penanaman padi terbiar.

21. PR-1412-L02229

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos operasi Rapid Kamunting sejak dilaksanakan dan kesediaan Kementerian untuk menukar namanya kepada Rapid Taiping.

5 AUM DR 6/12/2018

22. PR-1412-L01535

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha dalam menangkis penularan ideologi Islam liberal yang semakin merebak yang mampu meruntuhkan institusi agama Islam di dalam negara.

23. PR-1412-L02537

Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan masalah yang dihadapi oleh Kementerian akibat masalah kewangan SME Ordnance Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal senjata dan bahan letupan kepada Kementerian. Apa alternatif sekiranya masalah syarikat tersebut berterusan.

24. PR-1412-L02005

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan secara holistik dan terperinci apakah kesalahan di dalam metodologi dakwah Dr. Zakir Naik, sehingga metodologi dakwah beliau dikatakan tidak sesuai di negara ini.

25. PR-1412-L01717

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan untuk:-

(a) merapatkan jurang pendapatan isi rumah; dan

(b) mencapai pendapatan per kapita GNI USD15, 000 menjelang 2020 memandangkan kira-kira 40% daripada isi rumah masih kumpulan B40 masih berpendapatan purata di bawah RM3860 .

26. PR-1412-L02078

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah peningkatan gaji minimum sebanyak RM50

yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 itu selari dengan situasi kos sara hidup pada masa kini disebabkan oleh kenaikan harga barang akibat pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

27. PR-1412-L02389

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan rancangan untuk mengurangkan kesan negatif kepada industri domestik berikutan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin serius.

AUM DR 6/12/2018 6

28. PR-1412-L01659

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebarang bentuk mekanisme yang difikirkan oleh Kerajaan untuk mencegah perilaku yang berunsur Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan pada masa yang sama dapat memastikan agar golongan tersebut tidak didiskriminasi atau dipinggirkan.

29. PR-1412-L02443

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk membina balai bomba mini di kawasan pedalaman memandangkan keadaan geografi dan jaringan jalan penghubung yang mengambil masa yang lama untuk sampai ke lokasi bencana terutamanya di kawasan luar bandar seperti Bintulu yang jauh dari pusat Bandar Bintulu ; dan

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan pasukan penyelamat seperti menaik taraf peralatan dan sistem kebakaran terutama di kawasan Bintulu seperti enjin bomba, perahu, pili bomba dan kemudahan-kemudahan lain dan sejauh manakah perlaksanaannya.

30. PR-1412-L01590

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah perancangan

Kementerian bagi menghapuskan jurang perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum di Malaysia.

31. PR-1412-L02707

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) adakah Kementerian bercadang menjadikan Batu Sumpah yang terletak di Keningau, Sabah, sebagai satu tugu nasional dan produk pelancongan yang menarik memandangkan ianya satu-satunya “Dokumen Berperlembagaan” dan tugu bersejarah tunggal yang terpahat di batu mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963; dan

7 AUM DR 6/12/2018

(b) bilakah Kementerian akan memulihkan perkataan-perkataan asal “Kerajaan Malaysia jamin” pada batu sumpah yang telah dihilangkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atau memasang semula plak batu sumpah yang asal yang telah dijumpai selepas lebih daripada 30 tahun dimana ianya diganti dengan plak yang baru tanpa perkataan-perkataan asal ‘Kerajaan Malaysia jamin".

32. PR-1412-L02210

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan mengapa Kerajaan Pusat membantah dan mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebatan syariah yang dilaksanakan terhadap pesalah Lesbian di Terengganu sedangkan ianya berlandaskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

33. PR-1412-L01500

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah anggaran pendapatan bulanan kepada Kerajaan setelah perubahan cukai GST kepada SST. Berapa banyak barangan yang dikecualikan dari cukai SST serta berapakah jumlah kehilangan pendapatan kepada Kerajaan semasa tax holiday selama tiga bulan.

34. PR-1412-L01987

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian akan meneruskan dasar 90:10 pengambilan guru anak tempatan bagi Sabah dan Sarawak; dan

(b) berapa peratuskah yang sudah dicapai dan bilakah sasaran 90% untuk anak Sabah dan Sarawak itu akan dijangka akan tercapai.

35. PR-1412-L02122

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan penjelasan bilakah Kerajaan bercadang untuk menambah 6 buah helikopter di Sabah dan Sarawak. Pada masa ini APMM hanya mempunyai helikopter yang beroperasi dari Lapangan Udara Subang tetapi tiada di Sabah dan Sarawak seperti bomba.

AUM DR 6/12/2018 8

36. PR-1412-L01941

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status Projek Pembinaan Balai Bomba Daerah Kecil Kg. Gajah.

37. PR-1412-L02697

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah peruntukan serta jenis projek yang dilaksanakan di bawah Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dikawasan Baram, Limbang dan Lawas sejak 3 tahun lalu serta 3 tahun akan datang.

38. PR-1412-L01476

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah penyebab penyusutan nilai Ringgit Malaysia dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menaikkan nilai Ringgit Malaysia.

39. PR-1412-L01896

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan senarai projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta di Kelantan yang sudah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu yang kini sedang dikaji semula serta apakah projek-projek ini akan dilaksanakan.

40. PR-1412-L01653

Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini pelaksanaan Projek Pemasangan Lampu Jalan Kampung dan jangkaan masa untuk projek ini siap sepenuhnya agar dapat dimanfaatkan oleh sekitar 2.5 juta penduduk kampung di seluruh negara.

41. PR-1412-L02749

Dato' Sivarraajh Chandran [ Cameron Highlands ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan justifikasi disebalik keputusan Kerajaan untuk mengenakan RM 10,000.00 sebagai cas levi pekerja asing yang mana perlu ditanggung 100% oleh para majikan. Adakah langkah ini diambil setelah mengadakan sebarang perbincangan bersama para peniaga.

42. PR-1412-L02186

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang untuk penduduk berstatus IMM13 yang tinggal di kawasan ‘Penempatan’ kelolaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Labuan. Untuk pengetahuan, penempatan ini telah dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan sebagai kawasan berisiko tinggi beberapa jenis wabak penyakit.

9 AUM DR 6/12/2018

43. PR-1412-L02608

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan adakah terdapat perancangan bagi merombak semula tafsiran miskin dan miskin bandar seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

AUM DR 6/12/2018 10

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pembangunan Usahawan

* Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2018.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

11 AUM DR 6/12/2018

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang

Perbekalan 2019 (D.R.21/2018) dan Usul Anggaran Perbelanjaan

Pembangunan 2019 seperti berikut :-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang

sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta ringgit

(RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan

bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan

yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di

ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis ( 6 Disember, 2018 )

2. ( D.R.24/2018 ) Rang Undang-undang Kewangan 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.22/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

4. ( D.R.23/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

5. ( D.R.30/2018 ) Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

AUM DR 6/12/2018 12

6. ( D.R.31/2018 ) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

7. ( D.R.28/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

8. ( D.R.29/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

9. ( D.R.25/2018 ) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

10. ( D.R.26/2018 ) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

11. ( D.R.27/2018 ) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018 [ Menteri Pendidikan ]

"

12. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan

mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu.

13 AUM DR 6/12/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

14. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 6/12/2018 14

15. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

16. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

17. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum­kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

15 AUM DR 6/12/2018

18. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

20. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

AUM DR 6/12/2018 16

21. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

17 AUM DR 6/12/2018

22. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

23. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi

AUM DR 6/12/2018 18

berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

24. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

25. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19 AUM DR 6/12/2018

26. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

27. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 6/12/2018 20

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2018 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST. 96 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Bagi Tahun 2017

6 Disember 2018

ST. 130 Laporan Penyata Kewangan Perbadanan Padang Golf Subang Bagi Tahun 2017

6 Disember 2018

ST. 131 Laporan Penyata Kewangan Majlis Sukan Negara Bagi Tahun 2017

6 Disember 2018

ST. 132 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2017

6 Disember 2018

ST. 135 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bagi

Tahun 2017

6 Disember 2018

ST. 139 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Bagi Tahun 2017

6 Disember 2018

21 AUM DR 6/12/2018

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 06.12.2018 (Khamis)

1. YB Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

1. Isu Kesihatan Mental Pelajar

1. YB Menteri Kesihatan

2. 06.12.2018 (Khamis)

2. YB Tuan Wong Ling Biu (Sarikei)

2. Klinik Kesihatan Bintangor

2. YB Menteri Kesihatan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)