buku analisis fundamental harga emas preview

66

Upload: encik-syed-saifullah

Post on 20-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW
Page 2: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

1

ANALISIS FUNDAMENTAL HARGA EMASJawapan kepada anda yang bertanya.

Page 3: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

2

Kata-kata aluan daripada Syukor HashimAdmin www.jutawanemas.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada anda yang membeli buku ini.

Anda telah membuat langkah yang bijak iaitu mendapatkan ilmuterlebih dahulu. Dengan ilmu, anda akan menjadi seorang pelaburemas yang lebih mantap.

Antara soalan-soalan yang saya terima sepanjang terlibat dengandunia pelaburan emas ialah:

“Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas?”

Ataupun soalan “Kenapa harga emas naik?”

Ataupun soalan “Kenapa harga emas turun?”

Soalan-soalan ini kerap ditanya oleh pelabur-pelabur emas atau bakal-bakal pelabur emas. Inikerana mereka berminat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Jadi, saya dan Shufaad mengambil keputusan untuk menulis buku ini bagi menjawab soalan-soalan tadi. Buku ini membolehkan anda mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi hargaemas dan menggerakkan harga emas samada naik atau turun.

Saya yakin, setelah membaca buku ini anda akan memahami pasaran emas dengan lebih jelas.

Selepas itu, anda boleh menggunakan ilmu ini sebagai salah-satu strategi untuk memaksimakankeuntungan anda.

Dengan kata lain, setelah mendapat ilmu maka anda perlu mengambil tindakan.

Saya percaya ilmu ini sangat menarik dan perlu dikuasai oleh pelabur emas atau bakal pelaburemas.

Sekian, terima kasih

Syukor HashimAdmin www.jutawanemas.comh/p: 013-2126999

Page 4: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

3

Salam hormat kepada semua pembaca!

Pertamanya, terima kasih kerana membeli buku ini. Pembelian buku iniadalah tanda sokongan anda terhadap saya dan sahabat saya SyukorHashim dan juga atas dasar cintakan ilmu.

Buku ini di tulis oleh seseorang yang tidak mempunyai diploma, degreemahupun master di dalam ekonomi, finance mahu pun bisnes.

Buku ini ditulis oleh seseorang yang cintakan ilmu, yang minat dan belajar ekonomi demimendapatkan sesuap nasi untuk dirinya dan keluarganya.

Buku ini adalah hampir kepada buku ekonomi tetapi di tulis dengan gaya bahasa yang santaisupaya pembacanya – anda – tidak tidur.

Tiada peperiksaan untuk dijawab, tiada stress semasa membaca.

Terima kasih kepada McDonalds Malaysia yang menyediakan suasana yang kondusif untuk sayamenulis buku ini. Keseluruhannya saya menghabiskan kira-kira 336 jam masa saya untukmenyiapkan buku ini di McDonalds di sekitar Ayer Keroh, Melaka (Saya berharap ada wakilMcDonalds yang membaca tulisan saya ini supaya mereka dapat sponsor projek saya yangseterusnya)

Terima kasih kepada Allah yang memberi ilham.

Terima kasih kepada Syukor Hashim kerana memberikan saya idea dan wisdom di kala sayabuntu menyiapkan buku ini (dan yang mengingatkan saya supaya letak nombor muka surat).Memang buku ini tulisan saya dan Syukor.

Terima kasih kepada keluarga yang menyokong saya dalam apa jua keadaan, hujan dan panas.

Terima kasih kepada anda, para pembaca yang budiman!

Noor Shufaad Bin Md NoraniProfessional Traderhttp://www.melakafx.comhttp://www.shufaad.com

Page 5: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

4

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1:

World Gold Council dan laporan Gold Demand Trends 5

BAHAGIAN 2:

Peranan Federal Reserve di dalam ekonomi US dan komponen-komponenekonomi yang berkaitan 23

The King of the USA 24Federal Open Market Committee 36Quantitative Easing 45US Employment Report 55US Equities 65US Government Bonds 81Gold Exchange Traded Fund 90Outside Market-US Dollar Index and Oil 100Commitment of Traders Report 107

BAHAGIAN 3:

Menggunakan kitco.com sebagai sumber analisis fundamental 114

Rujukan 129

Kesimpulan 130

Page 6: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

5

BAHAGIAN 1World Gold Council dan laporan

Gold Demand Trends

Page 7: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

6

WORLD GOLD COUNCIL

Sebelum saya menerangkan banyak lagi terma-terma fundamental atau ekonomi kepada andasemua, saya ingin mengajak anda untuk membaca satu laporan yang sangat penting kepadatrader/investor emas dunia.

World Gold Council merupakan satu organisasi yang mempunyai ‘authority’ di dalam subjekemas. Sebagai peminat emas, anda wajib mengetahui dan membaca apa yang ditulis di dalamlaporan-laporan yang di sediakan di dalamnya. Ini akan menjadikan anda lebih peka kepadasebarang pergerakan turun dan naik harga emas serta sebab musababnya berlaku perkaratersebut.

Melalui laman webnya, www.gold.org, anda boleh memuat turun laporan lengkap berkaitandengan trend permintaan emas. Laporan ini di kenali sebagail Gold Demand Trends.

Apakah isi kandungan utama laporan ini? Dan mengapakah ianya begitu penting kepada kita?

Baiklah, apa kata kita jenguk – jenguk isi kandungan laporan ini.

Page 8: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

7

GOLD DEMAND TRENDS

Buat pengetahuan anda yang baru pertama kali mengetahui kewujudan laporan ini, saya inginmemberitahu bahawa laporan ini akan dikeluarkan setiap suku tahun (quarterly). Sehingga sayamenulis buku ini, laporan ini hanya setakat suku ke tiga atau Quarter 3 2013 (Q3 2013).

Bagi yang berminat, saya sangat –sangat menggalakkan anda untuk memuat turun laporan inidi http://www.gold.org/media/press_releases/archive/2013/11/gdt_q3_2013_pr/

Atau jika anda layari laman web www.gold.org, ia akan berada di sebelah kanan laman webtersebut.

Page 9: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

8

Apakah isi kandungan laporan ini?

Di dalam laporan setebal 28 muka surat ini, ianya membincangkan perkara-perkara berikut:

Executive Summary

Di dalam bahagian ini, ia menerangkan trend permintaan (demand) emas secara keseluruhan.Ianya di bahagikan mengikut permintaan di dalam bidang atau sektor yang berbeza iaitu:

Barang kemas (jewellery), Teknologi Permintaan Pelaburan – gold bar, syiling (coin), Exchange Traded Fund (ETF) dan lain-

lain yang berkaitan Pembelian dari Bank Pusat (Central Bank)

Saya juga telah meletakkan ketiga-tiga suku tahun (Q1,Q2 dan Q3) untuk tahun 2013 sebagairujukan anda semua. Setiap satu laporan permintaan suku tahun ini akan dibandingkan dengansuku tahun sebelumnya iaitu tahun 2012.

Page 10: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

9

Cuba anda perhatikan jadual di bawah:

Ini adalah laporan Q1 2013. Seperti yang saya sebutkan tadi, jadual ini akan membandingkanQ1 2013 dengan Q1 2012.

Sebagai contoh, di dalam laporan Q1 2013, permintaan untuk barang kemas (jewellery) ialahsebanyak 551 tan.

Pada suku tahun yang sama tahun lepas, permintaan untuk barang kemas (jewellery) hanyalahsekitar 490.8 tan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 60.2 tan pada suku yang sama, tahunyang berbeza.

Secara keseluruhannya, untuk Q1 2013, permintaan untuk emas jatuh sebanyak 13%berbanding Q1 2012.

Yang di atas ini pula adalah laporan Q2 2013 yang mana di bandingkan dengan Q2 2012. Apakata saya ambil contoh permintaan emas di dalam sektor teknologi pula.

Berdasarkan kepada jadual di atas, permintaan emas di dalam sektor teknologi telah meningkatsedikit untuk Q2 2013 (104.3 tan), berbanding Q2 2012 (13.3 tan), sebanyak 1 tan.

Page 11: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

10

Secara keseluruhannya, permintaan emas untuk Q2 2013 menurun sebanyak 12% berbandingtahun 2012.

Bagaimana pula dengan jadual di atas?

Permintaan dari Bank Pusat (Central Bank) untuk Q3 2013 (93.4 tan) juga didapati menurunberbanding Q3 2012 (112.3) iaitu sebanyak 18.9 tan.

Secara keseluruhannya, permintaan emas untuk Q3 2013 jatuh sebanyak 21%.

Bagaimana jadual di atas boleh membantu anda?

Anda fokus kepada bidang atau sektor permintaan yang disenaraikan di atas untukmengetahui permintaan sebenar emas di pasaran dunia.

Saya beri anda satu contoh.

Katakanlah anda sedang berehat di ruang tamu rumah anda. Kemudian anda ambil surat khabardan ternampak satu artikel yang menulis sebegini;

Maka anda tahu yang permintaan emas di dorong makcik-makcik di China. Sebenarnya bukansahaja makcik, tetapi rakyat China secara keseluruhannya. Dan mereka ini adalah antara faktorutama penyumbang kepada peningkatan permintaan emas di pasaran dunia.

Page 12: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

11

China dan India – Pengguna emas terbesar dunia.

Ini merupakan satu kenyataan yang harus diakui oleh semua orang. China dan India – walaubagaimana situasi ekonomi dan politik dalaman mereka – adalah kuasa pengguna emasterbesar di dunia.

Antara penyumbang utama kepada permintaan ini adalah adanya musim perayaan sepertiTahun Baru Cina dan Deepavali, yang mana secara tradisinya, emas merupakan aksesori wajibperayaan. Apabila musim perkahwinan di kedua-dua negara ini, barang kemas menjadi pilihanutama.

Cuba anda perhatikan gambarajah di bawah ini yang saya ambil dari laporan Q1 2013:

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas, anda dapat lihat bagaimana jumlah permintaan dariChina dan India adalah hampir separuh dari permintaan emas dunia (47%). Kebanyakkannyaadalah dari permintaan barang kemas (jewellery) .

Page 13: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

12

Di dalam laporan Q2 2013 pula, satu survey telah diadakan kepada 1000 pengguna dan pembeliemas dari China dan India berkenaan dengan jangkaan harga emas untuk 5 tahun akan datang.

Kenapa mereka memilih responden dari China dan India? Kenapa tidak dari Malaysia?

Ini kerana rakyat China dan India lebih peka kepada harga emas berbanding rakyat negara lain,termasuklah Malaysia. Emas adalah sebahagian dari budaya mereka. Maka adalah pentinguntuk mereka mengikuti perkembangan harga emas semasa.

Dan berdasarkan kepada survey di atas, untuk bulan May 2013, 62% mengatakan yang hargaemas akan naik, manakala untuk survey yang di jalankan pada bulan July 2013, 66%mengatakan yang harga emas akan naik.

Agaknya apa yang difikirkan oleh mereka? Berkemungkinan besar:

1. Beli sekarang sebelum harga naik.2. Beli sekarang kalau tak, nak kahwin nanti harga emas dah naik.3. Beli sekarang buat asset, 5 tahun lagi dah boleh jual.

Page 14: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

13

Global Gold Market – first/second/third quarter 2013 review

Di bahagian ini, penjelasan yang diberikan adalah lebih meluas dan panjang lebar. Setiap satusektor akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Ini termasuklah jumlah berat (tan), negaraterlibat, pecahan sektor, jenis pelaburan dan sebagainya.

Untuk memudahkan pemahaman para pembaca, statistik di persembahkan dalam bentuk grafyang mudah di baca.

Antara statistik yang boleh anda lihat di bahagian ini adalah seperti berikut:

Statistik pelaburan berdasarkan kategori

Cuba anda perhatikan gambarajah di atas. Nampaknya permintaan untuk gold bar dancoin pada Q2 2013 telah mencatatkan rekod tertinggi kalau di banding dari tahun-tahunsebelumnya. Ini mungkin didorong oleh permintaan dari China dan India dan juga dariUS sendiri.

Page 15: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

14

Pecahan permintaan di dalam sektor teknologi

Permintaan barang kemas (jewellery) dari negara-negara

Jumlah permintaan bar dan coin

Page 16: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

15

Top 40 official gold holdings

Page 17: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

16

Aktiviti penawaran (supply)

Ada satu bahagian laporan yang penting untuk kita ketahui. Iaitu berkaitan dengan supply ataupenawaran.

Teori ekonomi 101 menyebut

“Jika penawaran kurang, permintaan tinggi, maka harga akan naik”“Jika penawaran tinggi, permintaan kurang, maka harga akan turun”.

Itu adalah asas kepada ekonomi. Permintaan dan penawaran atau Supply and Demand.

Oleh kerana terdapatnya trend permintaan di pasaran, samaada di sektor barang kemas,pelaburan atau pun teknologi, maka sektor penawaran haruslah berupaya untuk membekalkanemas bagi memenuhi permintaan.

Di bawah ini saya masukkan sekali jadual supply berdasarkan kepada suku tahun masing-masing;

Page 18: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

17

Berdasarkan kepada jadual di atas, jumlah keseluruhan penawaran emas (gold supply) untuk Q12013 adalah sebanyak 1051.6 tan.

Dua sumber penawaran (supply) utama adalah dari aktiviti perlombongan (mine production)dan ‘recycled gold’. Aktiviti lain seperti ‘net producer hedging’ tidak memberi kesan kepadajumlah keseluruhan penawaran emas di pasaran.

Aktiviti perlombongan di dalam tempoh ini telah menghasilkan kira – kira 688 tan emas, iaitu4% lebih dari suku tahun pertama Q1 2012. Antara lombong utama yang menjadi penyumbangkepada kenaikan ini ialah Barrick’s Pueblo Viejo di Replubik Dominican, dan beberapa lombongutama di China. Selain dari itu, terdapat juga aktiviti perlombongan yang menyokongpertumbuhan ini terutama di negara seperti Canada, Brazil dan Goldcorp’s Penasquito diMexico.

Di bawah ini pula adalah jadual supply untuk Q2 2013.

Berdasarkan kepada jadual di atas, penawaran emas (gold supply) untuk Q2 2013 telahmenurun sebanyak 6% berbanding Q2 2012. Faktor utama yang menyumbang kepadakejatuhan ini adalah kerana berlakunya pengurangan di dalam aktiviti ‘recycled gold’.

Page 19: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

18

Aktiviti ‘recycled gold’ jatuh sebanyak 21% manakala aktiviti perlombongan meningkatsebanyak 4% berbanding tahun lalu.

Yang terakhir adalah jadual penawaran untuk Q3 2013 yang difokuskan kepada aktiviti ‘recycledgold’ sahaja.

Melihat kepada jadual di atas, jumlah penawaran emas untuk tempoh Q3 2013 ialah 1145.5 5tan, iaitu pengurangan sebanyak 3% untuk tempoh yang sama tahun 2012. Sekali lagi,pengurangan jumlah ‘recycled gold’ telah mengakibatkan berlakunya pengurangan jumahpenawaran (supply). Jumlah penawaran untuk Q3 2013 ini, adalah yang terendah sejak tahun2008.

Mengapa ini berlaku?

Salah satu sebabnya ialah kerana harga emas yang jatuh menyebabkan tiada orang lagi yangingin menjual ‘recycled gold’.

Adakah kejatuhan harga emas boleh menjadi sesuatu yang buruk?

Ya. Jika trend penurunan ini berterusan, maka kita akan dapati penawaran atau supply emashanya bergantung kepada aktiviti perlombongan sahaja.

Page 20: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

19

Pada ketika saya menulis buku ini, harga emas berada pada paras US$1248. Ini merupakanharga yang sangat rendah berbanding dengan 2 tahun lepas.

Buat pengetahuan anda, kos purata untuk mengeluarkan emas dari lombong adalah sekitarUS$1000/Oz, bergantung kepada usia lombong, kedalaman dan faktor-faktor logistic yang lain.Malah, ada sesetengah lombong yang baru dibuka mempunyai kos setinggi US$1400/Oz.

Jika harga terus berada di paras sekarang, atau turun lagi ke paras $1000, maka ini akanmengakibatkan gangguan pada sistem penawaran. Siapa yang nak melombong kalau harga dipasaran spot atau future turun sehingga US$1000?

Jadi, bagaimana dengan mengetahui aktiviti supply atau penawaran ini boleh membantuanda?

Bayangkan jika anda sedang berehat di ruang tamu rumah anda sambil menghirup secangkirkopi madu. Anda pun capai surat khabar dan tiba-tiba anda ternampak tajuk seperti di bawah;

Maka anda tahu penawaran emas akan bertambah di sebabkan penemuan lombong emas yangbaru.

Harga kos lombong

Harga emas spotsekarang

Page 21: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

20

Gold Demand Statistik

Di bahagian akhir laporan ini, anda akan dapat melihat beberapa jadual statistik yangmenunjukkan antaranya;

permintaan emas di dalam tan, Nilai permintaan di dalam US$, jumlah permintaan untuk pelaburan, purata harga mengikut suku tahun (quarterly average price).

Salah satu jadual yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah jadual Permintaan danPenawaran Emas.

Jadual ini merangkumi dari tahun 2011 sehingga kepada yang terkini. Contoh yang ada sepertidi bawah adalah untuk Q1 2013.

Seterusnya;

Di bawah ini adalah jadual Permintaan dan Penawaran Emas untuk Q2 2013 dan yang terakhirsekali ialah untuk Q3 2013.

Page 22: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

21

Berpandukan kepada jadual statistik seperti ini, anda dengan mudah boleh mengetahuiberapakah jumlah penawaran dan permintaan sebenar di pasaran dunia termasuklah pecahan-pecahan nya sekali.

Page 23: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

22

Sebagai rujukan

Sebenarnya banyak yang boleh di kupas bila anda membaca laporan Gold Demand Trend ini. Didalam buku ini, saya hanya mengambil maklumat-maklumat penting sahaja.

Saya secara peribadi menggunakan laporan Gold Demand Trend untuk mendapatkan gambaranbesar (big picture) bagaimana trend permintaan dan penawaran emas di pasaran dunia.

Saya akan perhatikan permintaan dari negara-negara utama seperti China dan India, di sampingmengambil berat tentang apa yang berlaku di United States (US).

China dan India mewakili permintaan pengguna terbesar dunia, manakala US adalah kuasaekonomi terbesar dunia.

Kedua-duanya sangat penting di dalam menentukan hala tuju harga emas dunia.

Sebagai contoh, jika matawang India, iaitu Rupee, melemah berbanding US Dollar, maka sudahtentulah barangan yang diimport, termasukah emas, akan menjadi mahal. Ditambah puladengan cukai yang dikenakan (10% - 15%) maka kita akan dapati, permintaan terhadap emasdari India akan berkurangan.

Begitu juga sekiranya ada sesuatu yang berlaku di negara Uncle Sam. Sebagai contoh, ketika USmengalami masalah ‘debt ceiling’ sekitar penghujung bulan Julai 2011, kita dapati harga emasmeningkat dengan mendadak. Pembelian ini di kenali sebagai ‘panic buying’ kerana ketika itu,para trader/investor bimbang kerajaan US akan lumpuh kerana tidak mampu beroperasi tanpahutang.

Peristiwa-peristiwa seperti ini harus diambil berat sekiranya kita ingin memahami pergerakanharga emas dengan lebih mendalam.

Dan laporan seperti Gold Demand Trends ini ialah salah satu laporan terbaik yang boleh kitajadikan rujukan.

Page 24: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

23

BAHAGIAN 2Peranan Federal Reserve di dalam

ekonomi US dan komponen-komponenekonomi yang berkaitan

Page 25: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

24

THE KING OF THE USA

Page 26: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

25

THE KING OF THE USA – THE FEDERAL RESERVE

Apabila harga minyak dan harga gula naik, kebanyakan rakyat Malaysia akan berasa tidak puashati. Pada fikiran kita, ‘seseorang perlu dipertanggungjawabkan’ Jadi kita akan mula mencarisiapa pesalah tersebut, tuding jari dan jerit kuat-kuat. Nanti ramailah pengikut kita.

Sudah menjadi satu kelaziman sekiranya ekonomi sesebuah negara kukuh, maka orang pertamayang mendapat pujian ialah Perdana Menteri, dan jika melemah, beliau jugalah orang pertamayang akan dipersalahkan. Tidak kira sama ada dasar atau polisi yang diperkenalkan tersebut adakaitan atau tidak, ianya adalah mengenai Perdana Menteri.

Tetapi Perdana Menteri juga mempunyai check and balancenya. Jika kita merasakan kerajaan dibawah pimpinannya lemah, maka kita boleh menukar kerajaan semasa pilihanraya. Ini adalahsatu sistem yang sangat bagus.

Jika rakyat tidak suka atau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan, makarakyat berhak membuat keputusan semasa pilihanraya. Inilah yang di namakan sebagai kuasarakyat.

Tidak kira lah sama ada beliau itu adalah Perdana Menteri Malaysia, atau Presiden of UnitedStates of America (USA). Mereka harus bertanggungjawab dan bersedia untuk menghadapikuasa rakyat.

Page 27: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

26

Namun begitu, ada seseorang yang kebal dari sistem check and balance tersebut. Setelah dipilih, tidak boleh langsung dipecat. Hanya menunggu kontrak servisnya tamat.

King of The USA

Beliaulah raja di US atau di gelar King of the USA. Raja ini boleh menghancurkan kekayaansesiapa sahaja dengan sekelip mata tanpa sesiapa pun, terutama rakyat US, boleh berbuat apa-apa. Raja ini juga boleh meminjamkan duit rakyatnya kepada kawan-kawan, di dalam dan luarnegara tanpa memberitahu pemilik wang berkenaan. Dan beliau juga boleh menaikkan hargaminyak dan apa sahaja barangan tanpa perlu memberitahu sesiapa sebab-musababnya.

Namun begitu, setakat hari ini beliau belum lagi memberitahu rakyatnya supaya menggunakanjalan kampung sekiranya tol dinaikkan!

Oh ya!

Sejak bila di US ada Raja? Sistem perundangan di US tidak sama dengan di England, di manasistem beraja masih lagi wujud. Bagaimana Raja ini menjadi sangat berkuasa? Siapakahgerangan beliau? Adakah beliau lebih berkuasa dari Presiden US?

King of the USA sebenarnya ialah The Federal Reserve atau lebih dikenali sebagai Fed. Dan ya,Fed memang sangat berkuasa berbanding Presiden USA sendiri.

Sangat berkuasa.

Page 28: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

27

Siapa sebenarnya Fed?

The Federal Reserve atau Fed ialah bank pusat atau bank negara USA. Ia merupakan satu entitipaling berkuasa di US dan paling berkuasa di dunia. Yang peliknya, entiti ini tidak ada di dalamPerlembagaan Amerika Syarikat.

Ramai yang beranggapan bahawa Fed adalah sebahagian dari kerajaan US, tetapi sebenarnyatidak. Malah Fed sendiri menganggap yang mereka adalah bebas dari pengaruh kerajaan US.

Bagaimana Fed menjadi begitu berpengaruh?

Kewujudan Fed mula di kesan sejak tahun 1913. Sebenarnya ada banyak buku yangmenceritakan tentang sejarah Fed, jadi tak perlulah saya mengulangnya. Jika anda berminat,boleh beli buku atau Google saja.

Apa yang anda mesti tahu ialah Fed di cipta oleh golongan kaya untuk golongan kaya. Ia diciptaoleh ‘rich bankers’, untuk mem‘bail out’ bank-bank sekiranya salah satu daripada merekaberada dalam masalah besar, seperti yang berlaku pada tahun 2008 dan 2009.

Page 29: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

28

Untuk memastikan kewujudan mereka diiktiraf, rakyat US di momokkan dengan pelbagai ceritayang mana heronya ialah Fed. Dengan adanya Fed, semua masalah yang timbul di dalam sistemekonomi akan selesai.

Rakyat US juga di beritahu bahawa Fed dicipta untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomidan dengan adanya Fed, semua masalah ini tidak akan timbul lagi. Dan rakyat harus berterimakasih kepada Fed kerana telah menyelamatkan mereka.

Adakah rakyat US begitu bodoh?

The Great Depression

Tahukah anda bahawa selepas 20 tahun Fed di cipta, US telah mengalami apa yang di panggilsebagai The Great Depression (1929 – 1933)? Nama lain yang sama ngeri dengan nya ialahBlack Tuesday dan The Great Stock market Crash.

Page 30: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

29

Bukankah idea penciptaan Fed ini adalah mengatasi masalah seperti ini timbul? Mengapa iniberlaku? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Fed. Dan sepatutnya Fed dibubarkan keranaia gagal dalam fungsi utamanya.

Tahukah anda bahawa sebelum kewujudan Fed, US tidak mempunyai sebarang bank pusat ataucentral bank? Persoalan pokoknya, adakah bank pusat itu perlu? Kenapa kita rasa kita perlukansatu bank pusat?

Ya, di dalam sistem ekonomi akan ada turun dan naiknya, ‘boom’ dan ‘bust’ nya, tetapi masalahitu tidak juga hilang selepas kewujudan Fed. Malah kewujudan Fed makin menambahkan huru-hura sistem ekonomi sedia ada.

Semasa ‘The Great Depression’ berlaku, Fed menggunakan kesempatan yang ada untukmenambah kuasa dan pengaruhnya melalui Bank Act of 1935. Sejak dari itu, Fed telah menciptakrisis demi krisis dan menggunakan kesempatan yang ada untuk muncul sebagai penyelamatdunia seterusnya meluaskan pengaruhnya ke serata dunia.

Apa buktinya?

Dotcom Bubble

Apa kata kita lihat kepada apa yang berlaku pada tahun 1999. Semasa penghujung tahun 1999,seluruh dunia kecoh tentang suatu bencana yang bakal berlaku kepada sistem komputer yangdi kenali sebagai Y2K.

Bagi golongan yang sudah bekerja ketika tahun tersebut, saya pasti anda semua masih ingat.Setiap hari ada sahaja ‘pakar’ yang memberi pendapat tentang apa yang bakal berlaku kepadasistem perbankan, kepada sistem lapangan terbang dan macam-macam lagi.

Ada yang lebih ekstrem dengan mengatakan ekonomi seluruh dunia yang bergantung kepadasistem pengkomputeran akan mengalami masalah yang sangat serius. Itulah penangan Y2K –akronim untuk ‘Year 2000’.

Sebenarnya bukanlah kerja Fed untuk risau berkaitan dengan Y2k. Biarlah pakar computer yangbuat kerja dan selesaikan masalah tersebut. Tetapi disebabkan Fed ingin dilihat sebagai herodan penyelamat dunia, maka Fed telah mengambil langkah ‘pumping money’ ke dalam sistemperbanknya, dengan alasan, manalah tau, kot-kot nak pakai duit nanti.

Bagi Fed, penyelesaian kepada semua masalah ialah ‘easy money’. Senang saja. Tak cukup duit,kita pump lagi.

Sekarang kita lihat apa yang berlaku setelah Fed mengambil langkah bijaknya. Duit yang dipump ke dalam sistem perbankan sudah semestinya tidak akan duduk diam. Ketika tahun 1999,

Page 31: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

30

pasaran saham sedang berada di kemuncaknya. Dan duit yang ada ini dilaburkan terus kesaham-saham teknologi seperti Yahoo!, America On Line (AOL) dan Microsoft.

Langkah menuangkan wang Y2K ke dalam pasaran saham ketika itu adalah seperti menuangminyak ke dalam api; kesannya NASDAQ meningkat kira-kira 85% tahun tersebut. Jadi, apa yangtak kena?

Yang tak kena dengan langkah itu adalah Fed telah mencipta masalah lain; bubble di dalampasaran saham. Dan bila bubble itu pecah, seluruh negara akan berada di dalam situasi gawatdan tenat. Senario ini dikenali sebagai Dotcom Bubble.

Terima kasih kepada Fed.

Page 32: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

31

Housing Bubble

Jadi, adakah Fed belajar dari kesilapan tersebut?

Mestilah tidak. Malah Fed telah mengulang perkara yang sama.

Sebagai langkah mengatasi kegawatan ekonomi tahun 2001, Alan Greenspan, Chairman FederalReserve telah bertindak memotong Fed Fund rate atau digelar interest rate kepada 1%.

Ini merupakan langkah drastik Fed dalam memastikan survival ekonomi US. Bila interest ratejatuh, investor dari luar tidak berminat lagi untuk memegang US Dollar. Ini akan menyebabkanduit US Dollar berada banyak di pasaran domestic atau dalam negara.

Bisnes utama bank ialah pinjaman. Tanpa penjaman, bank tidak boleh menjana keuntungan.

Oleh kerana terdapat banyak duit US Dollar di dalam pasaran, maka Fed dan konco-konconya(bank) terdesak untuk menggerakkan duit itu kepada pengguna akhir. Pengguna akhir yang sayamaksudkan di sini adalah seperti individu yang membuat personal loan ataupun syarikat yangmembuat business loan.

Pada masa yang sama juga, langkah Fed ini telah membantu menurunkan mortgage rate padakadar yang sangat rendah.

Page 33: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

32

Ini seterusnya mewujudkan satu senario baru yang di gelar ‘cheap credit’.

Dalam bahasa mudah, ‘cheap credit’ bermaksud seseorang individu atau syarikat mudahmendapat duit dalam jumlah yang banyak di samping interest yang di kenakan untuk bayaranbalik adalah kecil.

Hasilnya, rakyat US berpusu-pusu membeli rumah dan hartanah kerana ‘mortgage rate’ yang dikenakan pada nilai pinjaman mereka telah menjadi sangat rendah.

Kesannya, terjadilah satu lagi bubble yang digelar housingbubble.

Bertambah susahlah rakyat US. Dulu mereka kehilangan duitdi dalam pasaran saham, sekarang hilang rumah terus.

Pakat ramai-ramai tidur bawah jambatan.

Terima kasih Fed. Anda memang bijak.

Page 34: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

33

Apa lagi yang Fed nak buat ni?

Setelah housing bubble ini meletus, kesan kegawatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat USadalah lebih teruk lagi berbanding ketika stock market bubble. Adakah Fed mengaku yangmereka bertanggungjawab keatas nya?

Sudah tentu tidak.

Fed adalah hero, Fed adalah penyelamat dunia. Tak mungkin Fed adalah punca masalah iniberlaku. Malah apa yang Fed lakukan sebenarnya adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Boleh percaya ke?

Dan memburukkan lagi keadaan, Fed muncul dengan satu lagi idea genius nya. Apa yangmereka lakukan ialah menggabungkan dua ‘solutions’ yang telah gagal tadi, menjadi satu.

Fed, dengan sombongnya, telah pump lebih banyak duit ke dalam bank DAN memotonginterest rate – kali ini menghampiri 0%.

Dan sekarang mereka mempunyai nama yang lebih saintifik dan nampak lebih genius. Ianya dipanggil Quantitative Easing atau QE.

Saya akan menerangkan QE dengan panjang lebar di bab yang akan datang.

Page 35: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

34

Bagaimana perkara seteruk ini dapat di biarkan berterusan?

Sebelum saya menjawab persoalan di atas, apa kata kita lihat apa yang telah di perkatakan olehPresiden USA yang ketiga, iaitu Thomas Jefferson mengenai bank pusat atau central bank.

“The central bank is an institution of the most deadly hostility existing

against the Principles and form of our Constitution. I am an Enemy toall banks discounting bills or notes for anything but Coin. If theAmerican People allow private banks to control the issuance of theircurrency, first by inflation and then by deflation, the banks andcorporations that will grow up around them will deprive the People ofall their Property until their Children will wake up homeless on thecontinent their Fathers conquered”

Di dalam petikan ringkas ini, adalah amat jelas sekali bagaimana Thomas Jefferson sendirisangat membenci central bank .

Persoalannya, bagaimana institusi seperti Fed masih lagi boleh wujud sehingga sekarang?

Adakah tiada undang-undang yang dikenakan untuk menghalang Fed dari terus berkuasa?

Jawapannya ada.

Berdasarkan kepada Article 1, Section 8 di dalam Constitution, ia ada menyebut bahawa hanyaCongress di berikan hak;

“To coin Money, regulate the Value thereof, and of foreign Coin, and fixthe Standard of Weights and Measures”

Langkah ini di ambil bagi mengelakkan setiap negeri di dalam US mencetak dan menggunakanduit negeri masing-masing. Tidak ada satu baris ayat pun di dalam Constitution yang mengiktiraf

Page 36: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

35

kewujudan Federal Reserve sebagai central bank apatah lagi membenarkan Fed mencetak danmengedarkan duit didalam dan di luar US.

Akan tetapi pada tahun 1935, selepas berlakunya The Great Depression, Kongress telahmeluluskan satu akta yang di panggil Banking Act. Akta ini memberi kuasa kepada FederalReserve terhadap monetary policy di US.

Akta ini juga telah secara langsung merompak hak kebanyakanrakyat US untuk hidup senang di negara mereka sendiri danmeletakkan nasib mereka kepada orang-orang yang tamak di Fed.

Akhirnya, virus Fed telah berkembang ke seluruh sistem ekonomi USdan ke seluruh pelusuk ekonomi dunia.

Maka bermulah episod ngeri yang seorang pun tidak tahu apakesudahannya.

Page 37: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

36

FEDERAL OPEN MARKET COMMITTEE

Page 38: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

37

FEDERAL OPEN MARKET COMMITTEE (FOMC) MEETING

Anda ingat mesyuarat pejabat anda aje penting? Ini lagi penting ok! Hehe.

Inilah mesyuarat yang paling di tunggu-tunggu oleh para penganalisis ekonomi, parapengeksport and pengimport, para pelabur di pasaran saham, komoditi, kewangan, dan lain-lain pasaran, para speculator dan hedge fund manager, negara-negara luar yang ada kaitanperdagangan dengan US dan akhir sekali kepada saya.

Walaupun saya tidak di jemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut, tetapi saya masih lagihadir… online..untuk tahu hasil mesyuarat ini.

Mesyuarat ini di kenali Federal Open Market Committee atau lebih di kenali sebagai FOMC.

Apakah perkara yang menjadikan mesyuarat FOMC ini begitu penting?

Kata kunci untuk memahami fungsi FOMC terletak pada perkataan ‘monetary policy’. Secararingkasnya, monetary policy bererti langkah-langkah yang di ambil oleh Federal Reserve dalammemastikan permintaan dan penawaran wang adalah mencukupi dan seterusnya memastikanwang tersebut diedarkan atau digerakkan di dalam pasaran.

Page 39: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

38

Ini termasuklah langkah-langkah seperti mencetak duit dan mengedarkan kepada bank-banknegeri dalam usaha untuk memastikan wang tersebut di pindahkan ke satu bentuk yang lain.

Mesyuarat FOMC adalah platform bagi melaksanakan tujuan monetary policy ini, di sampingbeberapa perkara lain seperti interest rate, program Quantitative Easing dan lain-lain.

Siapakah ahli mesyuarat FOMC?

Mesyuarat ini di ketuai oleh Ben Bernanke, selaku Chairman, Board of Governors dan di sertaioleh tujuh ahli Board of Governors yang lain. Selebihnya adalah Reserve Bank President yangakan digilirkan.

Berikut adalah senarai penuh ahli majlis FOMC. Tengok-tengok kot-kot ada yang kenal.

Page 40: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

39

Mesyuarat FOMC ini akan di adakan sebanyak 8 kali setahun; disebut sebagai ‘scheduledmeetings’. Ada juga keadaan di mana mereka akan membuat mesyuarat tergempar yang digelar ‘unscheduled meetings’.

Contoh jadual mesyuarat FOMC ini adalah seperti di bawah:

Selepas tamat satu-satu mesyuarat, anda boleh muat turun minit mesyuarat dalam tempoh 3minggu dari tarikh mesyuarat tersebut di adakan. Kalau anda berminat, ikuti ‘Press Conference’yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Untuk tahun 2014, jadual mesyuarat FOMC ini juga telah dikeluarkan. Paling awal mesyuarat iniakan diadakan ialah pada 28 dan 29 Januari. Kira-kira 2 minggu dari tarikh saya menulis bab ini.

Page 41: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

40

Ada satu perkara penting yang ingin saya beritahu di sini, iaitu berkenaan dengan tarikh. Jikatarikh FOMC tersebut ialah pada 30 Jan, untuk kita yang duduk di Malaysia, maka tarikh nyatelah pun bertukar menjadi 31 Jan. Dan kebiasaannya, waktu pagi, sama ada jam 3.15 pagiataupun jam 2.00 pagi.

Biasanya untuk tujuan ini saya akan terus ke laman web www.forexfactory.com dan membuatsetting waktu di situ.

Anda akan nampak ‘Time Options’ di bahagian atas. Saya galakkan supaya anda terus tukarwaktunya kepada waktu di Malaysia. Klik sahaja pada waktu tersebut (dalam contoh saya3.39pm) dan anda boleh terus tukar waktunya. Seperti contoh di atas, anda akan dapati berita‘FOMC Statement’ di keluarkan jam 3.15 pagi waktu Malaysia.

Kalau takde bola, jenuh jugak nak tunggu ni.

Page 42: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

41

Bagaimana mesyuarat FOMC ini mempengaruhi harga emas?

FOMC bertanggungjawab kepada salah satu dari ‘key tools’ Federal Reserve iaitu ‘Open MarketOperations’ (OMOs). OMO bermaksud pembelian dan penjualan sekurities (T-bills, T-notes danT-bonds) kepada pasaran terbuka oleh sesebuah bank pusat – dalam kes ini ia adalah FederalReserve.

Tanggungjawab FOMC menjadi lebih besar semenjak dari krisis kewangan dunia tahun 2008 –2009. Ini kerana, salah satu strategi utama Fed dalam menstabilkan ekonomi US ialah melaluipembelian bon secara besar-besaran – yang dibuat melalui OMO. Ini seterusnya akanmempengaruhi permintaan dan penawaran US Dollar di dalam pasaran domestik (US) dan luarnegara.

Oleh yang demikian, setiap kali mesyuarat ini di adakan, para pemain pasaran, sama ada bond,saham, kewangan mahupun komoditi, akan menantikan perkembangan terbaru dari Fed. Kesandari mesyuarat ini – sama ada ‘hawkish’ (bagus kepada US Dollar) atau pun ‘dovish’ (tak bagusuntuk US Dollar)- akan mempengaruhi semua pasaran yang menggunakan US Dollar sebagaibase quote nya.

Oleh kerana emas di niagakan di COMEX dan menggunakan US Dollar sebagai ‘base quote’ (disebut di dalam US Dollar), maka sudah tentulah sebarang isu berkaitan dengan US Dollarakan mempengaruhi harga emas.

Selain itu juga, keputusan-keputusan di dalam FOMC juga akan mempengaruhi psikologi dansentiment pemain pasaran. Bagi mereka yang mempunyai ‘risk on mentality’, mereka akanmelabur di dalam pasaran yang mempunyai ‘risk dan return’ yang tinggi; seperti pasaran ekuiti– atau saham.

Bagi mereka yang mempunyai ‘risk off mentality’, mereka mahu melihat wang mereka dilaburkan di dalam pasaran yang mempunyai ‘risk dan return’ yang kecil dan perlahan – seperipasaran bon.

Saya beri satu contoh. Jikalau hasil mesyuarat FOMC menyatakan yang mereka akanmengadakan QE4 dan menyuntik dana baru berjumlah, US$500 billion, sudah tentulah saham –Dow dan S&P terutamanya – akan meningkat dengan banyak. Inilah yang berlaku semasa QE1dan QE2 sebenarnya.

Jika FOMC bercadang untuk melaksanakan ‘Operation Twist ‘ kedua– atau Twisties, maka sudahtentulah bond yang akan menjadi sasaran.

Dan jikalau FOMC mendapati kadar inflasi meningkat secara mendadak hasil dari ’stimuluspackage’ yang mereka laksanakan, maka emas akan di beli untuk menangkis inflasi.

Page 43: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

42

Melihat kesan FOMC di carta emas.

Kita mulakan dengan mesyuarat yang di adakan pada 17 dan 18 September 2013.

Mesyuarat FOMC yang di adakan pada 18 September 2013 (19 September, jam 2.00 pagi waktuMalaysia) ini adalah penting kerana ada melibatkan laporan berkaitan inflasi dan peningkatanekonomi (economic growth).

Selain dari itu, keputusan sama ada untuk melakukan tapering ke atas program QuantitativeEasing (QE3) juga di buat semasa mesyuarat ini. Walaupun kebanyakan analisis berpendapatyang Fed akan melakukan tapering atau pemotongan, tetapi akhirnya ia tidak menjadi reality.

Hasilnya, harga emas meningkat dari US$1300 sehingga ke US$1365 dalam tempoh 3 jam.

Kesan selepas FOMCmeeting

Page 44: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

43

Apa kata kita tengok contoh yang lain pula. Kali ini ke 24 dan 25 Januari 2012. Seperti biasa,tarikh di www.forexfactory.com ialah 26 Januari dan masanya ialah pada 1.28 pagi – yang manasangat jarang berlaku. Biasanya jam 2.00 atau 3.00 pagi.

Di dalam mesyuarat FOMC bertarikh 26 Januari 2012 ini, Ben Bernanke selaku Chairman ofFederal Reserve menyatakan kesediaan Fed untuk menambah peruntukan pembelian bond didalam usaha untuk mengekalkan kadar interest yang rendah dan seterusnya merangsangpertumbuhan ekonomi US.

Bahasa yang paling mudah, Fed bersedia untuk mencetak duit lagi sekiranya diperlukan.Hasilnya harga emas telah melonjak sebanyak US$50, iaitu dari US$1660 sehingga US$1710 didalam tempoh 4 jam selepas pengumuman tersebut.

Dan hasilnya, pada 20 Jun 2012, Fed menambah dana di dalam Operation Twistnya sebanyakUS$267 billion.

Page 45: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

44

Sekarang saya akan bawa anda ke satu lagi mesyuarat FOMC yang penting iaitu pada 18 dan 19Jun 2013.

Di dalam mesyuarat FOMC kali ini, Ben Bernanke memberi hint yang mana Fed bersedia untukmembuat tapering; iaitu mengurangkan sejumlah peruntukan dari QE3. Berdasarkan satusurvey yang di lakukan oleh Bloomberg.com, 44% dari pakar ekonomi yang di temuramah,membuat andaian bahawa Fed akan mengurangkan sebanyak US$20 billion daripada jumlahUS$85 billion tersebut pada mesyuarat FOMC 17 dan 18 September 2013.

Adakah Fed benar-benar membuat tapering pada tarikh tersebut? Tentu sekali tidak.

Tetapi ‘damage has been done’. Harga emas telah pun jatuh dari US$1370 sehingga US$1270,kira-kira US$60.

Market sentiment menggerakkanharga hanya berpandukan kepadahint dan andaian sahaja

Page 46: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

45

QUANTITATIVE EASING

Page 47: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

46

QUANTITATIVE EASING (QE)

Quantitative Easing bermaksud mencetak duit. Atau money printing. Atau bahasa lain ‘stimuluspackage’. Nama yang kedengaran canggih ini adalah untuk mengelirukan orang awam,terutamanya rakyat US sendiri.

Perbuatan mencetak duit ala Fed ini bukan seperti yang kita gambarkan. Mencetak duit ala Fedtidak memerlukan mesin cetak yang besar. Hanya satu tools yang di panggil sebagai bond.

Ye, Fed mencetak duit menggunakan ‘bond purchasing program’.

Untuk mendapatkan lebih penjelasan, apa kata anda lihat ‘time line’ bekaitan denganQuantitative Easing atau aktiviti mencetak duit ala Fed yang telah saya susun ini:

25 Nov 2008 – Fed memperkenalkan QE1 yang berjumlah US$800 billion yang bertujuanuntuk menurunkan kos pinjaman rumah kepada pembeli. Langkah ini termasuklahmembeli sehingga US$100 billion dalam bentuk hutang langsung (direct debt) yangdimiliki oleh Fannie Mae, Freddie Mac dan Federal Home Loan Bank, bersama-samadengan sejumlah US$500 billion Mortgage Backed Securities (MBS) yang dimiliki olehFannie, Freddie dan Ginnie Mae (di kenali juga sebagai GSE – Government SponsoredEnterprise).

28 January 2009 – Di dalam satu mesyuarat Federal Open Meeting Committee (FOMC) ,Fed menyatakan kesediaan untuk meluaskan lagi program QE nya.

18 Mac 2009 - Fed telah membeli sehingga US$1.25 trillion MBS dari syarikat-syarikatmortgage yang lain dan sejumlah US$300 billion Treasury securities jangka panjang (T-Bond 30 tahun). Kesan dari pembelian ini, pasaran saham, terutamanya DJIA danS&P500, meningkat secara mendadak. Pasaran emas turut terkena tempiasnya. USDollar jatuh teruk.

31 Mac 2010 – Fed mengumunkan penamatan QE1. Jumlah yang dibelanjakan untukQE1 sebenarnya jauh melebihi amaun yang di jangka pada awal pelancarannya.

27 August 2010 – Di dalam satu symposium di Jackson Hole, Ben Bernanke, selakuChairman of Federal Reserve telah memberikan satu hint tentang kemungkinan untukmelancarkan QE2.

3 November 2010 – Di dalam satu mesyuarat FOMC, QE2 yang berjumlah US$600 billiontelah di lancarkan. Langkah yang sama di lakukan di mana Fed akan membeli Treasurysecurities – atau bond jangka panjang.

30 June 2011 – QE2 di tamatkan.

Page 48: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

47

21 September 2011 – Fed mengumunkan Operation Twist. Juga di kenali sebagai debt-swap program. Masih lagi berkaitan dengan bond. Apa yang di lakukan oleh Fed ialahmereka telah membeli sejumlah US$400 billion Treasury securities yang mempunyaibaki 6 tahun sehingga 30 tahun dari tarikh matang nya (maturity date) dan menjualsemula securities yang mempunyai baki maturity date kurang atau sama dengan 3tahun.

20 June 2012 – Operation Twist diteruskan dengan dana tambahan berjumlah US$267billion.

13 September 2012 – Fed mengumumkan cadangan awal untuk melaksanakan QE3 dimana ia melibatkan pembelian sejumlah US$40 billion mortgage backed securities(MBS) setiap bulan sambil mengekalkan Operation Twist.

12 December 2012 – Fed mengumumkan QE3 yang terdiri dari US$40 billion MBS danUS$45 billion bond-purchasing program atau program pembelian bond jangka panjangberjumlah US$85 billion sebulan. Ia menandakan berakhirnya Operation Twist. Tujuanutama QE3 adalah untuk merangsang kembali sektor pekerjaan. Fed meletakkansasaran untuk mencapai Unemployment Rate serendah 6.5% dengan kadar inflasi tidakmelebihi 2.5%. Jika Berjaya, maka kemungkinan besar kadar interest rate akan dinaikkan dari 0.25%.

22 May 2013 – Ben Bernanke memberi gambaran awal kemungkinan untukmengurangkan QE3 dalam tempoh beberapa bulan lagi kepada Congress. DJIA jatuh80.41 mata selepas pengumuman ini.

19 June 2013 – Bernanke sekali lagi mengulangi bahawa ada kemungkinan QE3 akandikurangkan jika ekonomi terus mengukuh. Di dalam satu temuramah lain, PresidenBarrack Obama pula memberi gambaran bahawa kontrak Bernanke tidak akan disambung.

18 September 2013 – Fed membuat keputusan untuk tidak memotong QE3 dan masihlagi mengekalkan pada jumlah US$85 billion. DJIA dan S&P500 mencatatkan rekodtertinggi di dalam sejaran.

QE3

MBS – US$40B Bond-US$45B

Page 49: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

48

18 December 2013 – Akhirnya tapering atau pemotongan yang di gambarkan oleh Fedberlaku. Daripada US$85 billion, Fed memotong sebanyak US$10 billion, menjadikanbaki QE3 berjumlah US$75 billion sebulan bermula Januari 2014. Fed telah memotongUS$5 billion untuk MBS dan US$5 billion untuk bond purchasing program.

Setakat ini, Fed telah melaksanakan 3 program Quantitative Easing dan 1 program OperationTwist. Dan tidak ada tanda-tanda yang ia akan berhenti. Malah ada sesetengah website yangsudah meletakkan nombor-nombor baru untuk QE. Ada juga yang menggunakan perkataan QEinfinity.

Dan untuk Ben Bernanke, beliau juga di gelar Helicopter Ben.

QE3 selepastapering

MBS – US$35B Bond – US$40B

Page 50: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

49

Kesan QE kepada pelbagai pasaran.

Kesan langsung dari program Quantitative Easing ini sangat di rasai oleh pasaran saham,terutamanya Dow Jones Industrial Average (DJIA) dan Standards & Poor 500 (S&P500). Selaindari itu juga, pasaran lain seperti bon dan emas juga mendapat tempias.

Cuba anda perhatikan chart S&P500 ketika pengumuman QE1, QE2 dan Operation Twist. Lihatbagaimana pemain pasaran, trader/investor menyambut keputusan Fed tersebut.

Pengumuan QE telah di sambut baik oleh trader/investor di Wall Street. Hasilnya, anda lihatbagaimana indeks &P500 atau SPX meningkat dengan mendadak bermula dari QE1 sehinggalahke QE2.

Apabila Operation Twist di lancarkan, SPX terus meningkat melepas paras 1400 mata.

Bagaimana pula dengan pengumuman QE3? Adakah SPX turun? Adakah para trader/investorsudah letih dengan SPX? Atau mereka semakin yakin yang ianya boleh naik lagi?

Page 51: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

50

Chart di atas adalah kesan dari pengumuman QE3 oleh Fed ke atas S&P500. Secara umunyajuga, pasaran US menerima kesan positif dari pengumuman QE.

Siapa lagi yang terkena tempias QE?

Oleh kerana QE melibatkan program pembelian bon atau bond purchasing program, makasudah tentulah pasaran bon juga turut terkena tempias nya. Pasaran bon di lihat sebagaipasaran yang low risk dan low return. Yang mana bagi kebanyakan trader/investor yanginginkan untung yang banyak dan cepat tidak memilih untuk membeli bon.

Untuk keterangan lanjut mengenai bon, saya cadangkan anda baca bab US Government Bond.

Sekarang ini saya akan menunjukkan kepada anda satu carta yield atau interest rate bagiTreasuries Note 10 year atau lebih di kenali sebagai T-Note.

QE3 = US$85 billion

QE3Tapering

QE3 = US$75 billion

Page 52: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

51

Pembelian bon besar-besaran telah di lakukan sejak QE2 iaitu sebanyak US$600 billion. Kesandari pembelian ini, yield atau interest rate telah jatuh ke paras serendah 1.72% pada bulanOktober 2008. Ditambah pula dengan pengumuman Operation twist. Yield terus menurun keparas terendah 1.43%.

Kadar yield yang menurun ini menunjukkan pengaliran dana ke dalam pasaran bon. Di dalamcontoh ini ialah T-Note. Kesan yang sama juga di rasai oleh Tresuries bond yang lain seperti T-Bond 30 year.

Bagaimana pula dengan emas?

Apa yang telah terjadi kepada pasaran emas? Nama mudah Quantitative Easing ialah printingmoney atau mencetak duit. Apa akan jadi kepada komoditi sekiranya US Dollar berlambak dipasaran? Adakah emas akan naik?

Atau menjunam teruk?

Page 53: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

52

Ya. Saya yakin anda dah dapat agak apa yang berlaku pada emas. Ia naik.

Kesan dari QE1, harga emas terus melonjak dari sekitar $700 ke paras tertinggi $1200 per troyoz. Begitu juga dengan QE2. Ia juga telah melonjakkan harga emas ke paras tertinggi baru. Ditambah pula dengan masalah debt ceiling atau had hutang kerajaan US ketika itu, harga emasmelonjak melepasi paras $1900 per troy oz.

Ini merupakan satu kenaikan yang sangat drastik, iaitu sebanyak $1200 – bermula dari $700sehingga ke $1900 - dalam tempoh hanya 3 tahun. Oh ya, saya menggunakan round numberuntuk memudah perkiraan kita. Sudah tentulah kenaikan yang sebenar dari itu. Untuk tujuanbuku ini, penggunaan round number pun sudah memadai.

Baik.

Apa yang terjadi pada harga emas ketika berlakunya Operation Twist? Ketika pasaran sahammenunjukkan kenaikan, lain pula yang dengan harga emas.

Page 54: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

53

Sebenarnya ketika harga emas mencecah $1900, sudah ramai yang memperkatakan tentangbubble yang berlaku di dalam harga emas. Saya secara peribadi, tidak melihat ia sebagai satububble tetapi lebih kepada retracement harga.

Jadi, apabila Operation Twist di lancarkan, trader/investor membuat keputusan untukmelakukan apa yang dikenali sebagai profit taking activity iaitu dengan menjual pegangan emasmereka.

Ke mana mereka selepas emas? Saham dan bon. Di bawah ini ialah carta emas semasa programOperation Twist dan QE3 di perkenalkan.

Kedua-dua program ini, Operation Twist dan QE3 adalah antara penyebab harga emas jatuh.

Malah kalau di ukur secara kasar, sejak dari pelancaran Operation Twist sehingga ke QE3tapering, harga emas telah jatuh melebihi US$600.

Operation Twist

US$400 billion + US$267billion

QE3

US$85 billion sebulan

Tapering

QE3

US$75 billion sebulan

Page 55: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

54

Adakah harga emas boleh jatuh lagi?

Bergantung kepada keadaan ekonomi dunia, dan langkah-langkah baru yang akan di ambil olehChairman Federal Reserve yang baru (ya, Bernanke yang bijak kontraknya akan tamat pada 31Januari 2014), tiada siapa yang dapat meramalkan apa kah langkah Fed seterusnya.

Sehingga saya menulis bab ini, US Unemployment rate berada pada kadar 6.7% manakala inflasidi US adalah pada 1.2%. Interest rate masih lagi di kekalkan pada paras 0.25%.

Ada juga desas desus yang mengatakan akan ada satu lagi tapering di lakukan sekitar bulan Mac2014. Jika ini berlaku, maka ini adalah signal kepada pemulihan ekonomi di US.

Dan mengambil kira keadaan ekonomi di China dan India, selaku kuasa permintaan emas dunia,maka saya jangkakan harga emas akan lebih stabil untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Kita tunggu dan lihat.

Page 56: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

55

US EMPLOYMENT REPORT

Page 57: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

56

US EMPLOYMENT REPORT – NFP DAN UNEMPLOYMENT RATE.

Satu soalan mudah yang ingin saya tanya kepada anda.

Tahukah anda berapa peratuskah kadar pengangguran di Malaysia? 10%? 20%? atau mungkinlebih?

Maklumlah setiap tahun kita baca tentang cerita graduan yang tidak bekerja dan bagaimanaKerajaan Malaysia mewujudkan pelbagai skim latihan dan insentif untuk menolong mereka.

Jadi, berapa peratus sebenarnya rakyat Malaysia yang menganggur?

Berdasarkan kepada statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan dan Statistik, kadarpengangguran di Malaysia setakat bulan Ogos 2013 ialah pada kadar 3.3%.

Anda boleh layari laman web jabatan tersebut melalui link di bawah ini:http://www.statistiks.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=60%3Aunemployment-rate-31-in-august-2013&catid=37%3Ahighlights&lang=en

Jumlah rakyat Malaysia pula, setakat tahun 2012 ialah seramai 29.24 juta. Sekarang dah tahun2014. Mungkin kurang , mungkin lebih.

Maksudnya, 29.24 x 3.3% = 960,000 orang rakyat Malaysia yang menganggur. Boleh tahanramai juga.

Baik. Oleh kerana data unemployment Malaysia tidak ada kaitan dengan harga emas dunia, kitabalik semula kepada US. Itu cuma general knowledge.

Non Farm Employment Change dan Unemployment Rate

Di US, berita utama berkaitan dengan Employment atau situasi perkerjaan adalah;

Non Farm Employment Change atau di sebut juga sebagai Non-Farm Payroll (NFP) danUnemployment Rate.

Kedua-dua berita ini adalah ‘mother and father of all news’. Tiada berita yang lagi besar selaindari kedua-duanya.

Page 58: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

57

Berita ini akan di keluarkan pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan. Masanya8.30 atau 9.30 malam waktu Malaysia.

NFP merekodkan data orang yang berkerja di US selain dari sektor ‘perladangan dan ‘kerajaanuntuk bulan sebelumnya. Maknanya kalau NFP keluar bulan Mac, data itu adalah untuk bulanFebruari. Ok?

Mengambil contoh jadual di atas, data NFP di jangka di keluarkan pada hari Jumaat, 10 Januari2014. Kalau tengok kalendar, ini dah minggu kedua. Ye, awal tahun adalah pengecualian sebabminggu pertama tahun baru, kebanyakan trader/investor masih lagi cuti.

Jadi data yang akan di keluarkan pada hari tersebut adalah data NFP dan Unemployment Rateuntuk bulan Disember 2013.

Unemployment Rate pula adalah kadar pengangguran. Data ini di berikan dalam bentukperatus. Jika kadar pengangguran tinggi, maka ianya sangat tidak baik untuk mana-mananegara.

Sekarang, berapa pula kadar pengangguran di US? Jawapannya, 7%.

Perlu di ingat juga bahawa kadar pengangguran di US pernah mencecah hampir ke 10% sekitartahun 2010. Jadi sebenarnya ini merupakan satu ‘improvement’ dari kadar yang sebelumnya.

Page 59: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

58

Semenjak dari tahun tersebut, kadar pengangguran mereka telah turun dengan ‘steady’ nyasehingga ke paras sekarang. Bagi trader/investor, penurunan kadar pengangguran ini adalahisyarat penting terhadap keadaan ekonomi US yang semakin pulih. Walaupun perlahan, tetapimenunjukkan tanda-tanda positif.

Ekonomi negara positif = investor/trader gembira.

Apabila investor/trader gembira, maka permintaan terhadap US Dollar juga akan meningkat.

Permintaan US Dollar meningkat = Bagus kepada ekonomi US.

Apakah hubungan di antara kedua-dua berita ini?

Bahasa yang paling mudah ialah, jika Mr John tinggal di US dan bekerja di IBM, maka namabeliau akan di catatkan di dalam data NFP. Kalau beliau tak bekerja, maka nama beliau akanmasuk ke dalam data Unemployment Rate.

Cuba anda perhatikan carta di bawah:

Pada keadaan biasa, akan berlaku ‘negative correlation’ antara kedua-dua data ini.

Maksudnya jika Unemployment Rate naik, maka NFP akan turun. Jika ramai orang yang tidakbekerja, maksudnya kadar pengangguran akan meningkat. Tetapi berlaku juga keadaan dimana, walaupun Unemployment Rate menurun, NFP pun turun juga. Ia berlaku tetapi jarang-jarang.

Page 60: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

59

Siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan data ini?

US Bureau of Labor Statistik. Atau Jabatan Buruh United State of America.

Semua yang anda ingin tahu berkenaan US Employment ada di dalam laman web ini. Kalau andanak tahu secara terpeinci, bagaimana data NFP dan Unemployment Rate dikira, apakahparameter yang digunakan maka semuanya ada diterangkan di sana.

Anda boleh klik di pautan di bawah ini;

http://www.bls.gov/

Jadi semua statistik berkaitan US Employment anda boleh cari di sini. Kalau anda berminat naktahu, selamat membaca dengan gigih.

Page 61: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

60

Mengapa data employment ini penting?

Apa kelebihannya orang yang bekerja? Sudah tentu, orang yang bekerja mempunyai kuasa belimasing-masing. Dengan kuasa beli ini, mereka boleh menggerakkan ekonomi.

Apa jadi kepada negara yang mempunyai rakyat yang tidak bekerja?

Ye, kuasa beli mereka kurang dan seterusnya ekonomi juga tidak bergerak. Yang bekerja punmungkin akan menyimpan lebih dan tidak berbelanja.

Kemungkinan untuk berlaku jenayah sosial juga meningkat. Mungkin orang sanggup berbunuhuntuk dapat kerja.

Bila sesebuah negara mempunyai kadar pengangguran yang kecil, maka secara amnya ia akanmemberikan satu gambaran positif kepada keadaan eknomi negara tersebut. Kerajaan akan dilihat berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya dalam keadaan yang kondusifdan selamat.

Iklim perniagaan seperti ini amat diperlukan untuk menarik pelabur asing ke sesebuah negara.Atau sekurangnya-kurangnya ia juga boleh memberi gambaran bahawa matawang negaratersebut berada di dalam keadaan yang kuat.

Kekuatan ekonomi = kekuatan matawang.

Ini adalah satu equation yang selalu di gunapakai oleh trader/investor.

Apa kaitan data Employment dengan harga emas?

NFP dan Unemployment Rate mempengaruhi hampir kesemua pasaran; komoditi, ekuiti, bondan lain-lain. Ia tidak mempengaruhi harga emas secara langsung tetapi lebih kepadabagaimana trader/investor menggunakan data tersebut untuk menggerakkan dana atau capitalmereka di dalam pasaran.

Ia juga berkaitan dengan equation yang saya beri di atas.

Jika matawang US Dollar dianggap meningkat nilainya, atau menguat, atau in demand olehpasaran, maka para trader/investor yang memegang satu portfolio pelaburan lain, contohnyakomoditi dan ekuiti akan mencairkan atau menjual portfolio tersebut untuk mendapatkan USDollar.

Saya berikan anda satu contoh.

Page 62: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

61

Pada 8 November 2013, satu data NFP telah dikeluarkan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.Data NFP di catatkan ialah sebanyak 204,000 berbanding 121,000 yang dijangka dan 163,000pada bulan sebelumnya.

‘By it standard’, ini merupakan satu peningkatan yang sangat besar. Walaupun dataUnemployment Rate tidak berubah, tetapi ia masih lagi cukup untuk menggerakkan pasaran.Sudah tentu jika kadar Unemployment Rate turun, ia akan memberi impak yang lebih kuatkepada pasaran ekonomi dunia.

Berdasarkan jadual di atas, secara ringkasnya, saya boleh membuat kesimpulan bahawa lebihramai orang yang telah mendapatkan pekerjaan pada bulan Oktober tahun 2013 berbandingbulan berikutnya.

Baguskan macam tu? Ye, bagus kepada ekonomi US jika lebih ramai orang yang bekerja.

Apakah pula kesannya kepada harga emas?

Berdasarkan kepada carta emas H1 di bawah, harga emas telah turun lebih dari US$21 dalamtempoh 2 jam. Perhatikan 2 candle yang berwarna hitam di dalam kotak merah yang telah sayatandakan. Impak yang kuat dari berita NFP ini dapat di perhatikan apabila harga emas terusturun ke paras yang lebih rendah walaupun selepas beberapa hari selepas pengumuman datatersebut.

Page 63: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

62

Ini merupakan impak langsung dari pengumuman tersebut. Anda boleh lihat bagaimana paratrader/investor bertindak hasil dari pengumuman yang telah di buat.

Bagaimana pula dengan contoh di bawah ini.

Pengumuman data NFP di buat pada 22 Oktober 2013, jam 8.30 malam waktu Malaysia danianya menunjukkan berlakunya penurunan jumlah orang yang bekerja di US untuk bulanSeptember 2013.

Hanya seramai 148,000 orang yang di daftarkan untuk bulan September 2013 berbanding yangdi jangkakan iatu seramai 182,000 orang dan lebih rendah dari bulan sebelumnya iaitu padakadar 193,000 orang.

Walau bagaimanapun, data Unemployment rate untuk bulan tersebut adalah lebih baik daribulan berikutnya, iaitu dari 7.3% kepada 7.2%.

Sepatutnya, jika Unemployment Rate jatuh, maka NFP akan naik. Betul? Betul, dalam keadaannormal. Sebab yang biasa berlaku ketidaknormalan ini banyak bergantung kepada bagaimanadata-data ini di kira, parameter yang diambil dan sebagainya, yang mana ianya terlalu panjanguntuk di huraikan. Bagi yang berminat, anda boleh terus membacanya di laman web BLS sepertidi atas.

Tetapi untuk kes di atas, ini sebenarnya yang berlaku.

Perhatikan tarikh pengumuman NFP dan Unemployment Rate itu dikeluarkan. Ye, 22 Oktober.Ianya sepatutnya di keluarkan pada hari Jumaat, minggu pertama setiap bulan. Saya tak rasa 22haribulan tu minggu pertama.

Jadi apa yang berlaku sebenarnya?

Berlaku apa yang di panggil sebagai ‘US Government Shutdown’. Shutdown bukan Showdown.Showdown tu dia panggil artis menyanyi. Ni shutdown. Tutup sekejap, lebih kurang 18 hari.Cuba anda bayangkan kat Malaysia kalau kerajaan shutdown…kosong Putrajaya

Page 64: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

63

Senario US government shutdown ini tidak memberi kesan langsung kepada harga emas, tetapimemberi kesan kepada data-data ekonomi yang bakal di keluarkan dan juga kepada pasaranbisnes dan ekuiti (stock) di US.

Walaupun ia tidak memberi kesan secara langsung, tetapi hasil dari pengumuman datatersebut, ini yang anda boleh lihat di carta emas H1;

Harga emas telah meningkat lebih dari US$29 dalam tempoh 4 jam.

Jadi dalam kes 22 Oktober 2013 ini, di dalam keadaan di dalam berlaku delay dari segipengumuman data di sebabkan oleh US Government shutdown, apabila data NFP jatuh, makaharga emas akan meningkat walaupun berlaku penurunan kadar pengangguran di US.

Agak jarang, tetapi ianya boleh berlaku. Di negara seperti US, macam-macam boleh berlaku.Jadi anda boleh ‘expect the unexpected’.

Ada juga pihak yang mengatakan data seperti NFP dan Unemployment Rate ini boleh dimanipulasi oleh kerajaan US. Ya, saya tidak menafikan kenyataan ini. Jika anda baca betul-betulparameter yang di gunakan semasa mendapatkan data kedua-dua berita ini, mungkin andaakan bersetuju juga.

Tapi kita nak buat macam mana? Takkan saya nak hantar surat bantahan pada Bernanke? Sayacadangkan, kita ‘follow’ je lah.

Page 65: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

64

Apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Oleh kerana anda telah tahu berita dari US Empoyment adalah sangat penting, maka jika andapeminat emas tegar, sama ada membeli fizikal atau pun pemain spot gold, jangan keluar rumahpada malam hari Jumaat tu.

Kedua-dua berita tersebut, NFP dan Unemployment Rate, menghindangkan satu peluangkepada anda untuk membuat lebih keuntungan.

Untuk mereka yang minat membeli emas fizikal, ini adalah peluang untuk anda menambahstok, jika harga emas jatuh. Jika harga emas naik, anda boleh jual untuk mendapat keuntungansegera.

Jika anda seorang trader yang bermain spot gold, seperti saya, ini adalah peluang untuk andabuat duit dengan banyak mengunakan strategi trading yang betul. Naik atau turun, anda masihboleh buat duit. Pastikan anda mempunyai risk management yang ketat kerana macam-macamboleh berlaku ketika data US Employment ini di umumkan.

Apa-apa pun, saya berharap anda akan memberikan perhatian penuh kepada berita tersebut.

Jadi, ingat harinya. Setiap hari Jumaat, minggu pertama, setiap bulan. Tak perlu keluar minum-minum. Kita minum depan computer sahaja.

Page 66: Buku Analisis Fundamental Harga Emas PREVIEW

Terima kasih kerana membaca versi PREVIEW buku Analisis Fundamental Harga Emas –Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dunia.

Ingin mengetahui sampai habis faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas?

Dapatkan versi penuh!

1. Buku fizikal Analisis Fundamental Harga Emas – mengenalpasti faktor-faktor yangmempengaruhi harga emas dunia. (buku fizikal, akan diposkan ke alamat anda)

2. Versi ebook (akan di hantar ke email anda)

Harga hanya RM70. Kos pos adalah PERCUMA.

Bagaimana cara mendapatkannya?

Sila sms@whatsapp saya di h/p: 013-2126999 Syukor Hashim jika anda inginmendapatkannya.

Saya akan maklumkan kepada anda butiran akaun.

Terima kasih.Dari penulisSyukor Hashim dan Noor Shufaad.